August 24, 2017

0 Rahsia Kilang Haram Kampung Sungai Lembu Yang @cmlimguaneng Cuba Sembunyikan


Gambar di atas adalah satu daripada beberapa gambar-gambar yang didedahkan oleh blog The Third Force, baca di sini, semalam. Gambar di atas adalah kemalangan pada 06/05/2015 yang membabitkan seorang pemandu lori yang menghantar habuk papan ke kilang haram tersebut, jatuh ke dalam satu daripada 31 lubang terbakar dan mengalami 93 peratus luka bakar di tubuhnya. 

Pemandu tersebut meninggal dunia pada hari berkenaan, dan ini membuktikan bahawa kilang itu bukan sekadar bahaya kesihatan, tetapi pekerjaannya. Kaedah yang digunakan oleh operatornya tidak pernah dipersoalkan atau disiasat oleh pentadbiran negeri dalam apa-apa kapasiti berikutan tragedi tersebut.


Kedua, gambar-gambar pembakaran terbuka yang telah diambil oleh penduduk seperti di atas pada 01/03/2011, gagal diberi perhatian oleh pihak Rejim DAP Pulau Pinang.

Ketiga, hanya sehingga semalam, Ketua Menteri memberitahu sidang akhbar bahawa tujuan beliau menyahklasifikasikan (declassified) minit mesyuarat bertarikh 06/05/2015 adalah bagi membuktikan membuktikan bahawa Phee So What telah menangani masalah itu dengan kapasitinya sebagai  EXCO Alam Sekitar yang berkebajikan dan penyayang.

Cumanya Joseph Lim Guan Eng gagal untuk menjelaskan para 3.3 iii yang mencatatkan, "Jabatan Alam Sekitar boleh menyokong penoperasian kilang ini sekiranya aktiviti pembakaran habuk kayu dibuat secara tertutup dan memastikan alat kawalan keselamatan digunakan. 

Keperluan ini telah pun dimaklumkan kepada pengusaha kilang supaya mematuhi keperluan kawalan alam sekitar. Kenapa Jabatan Alam Sekitar (JAS) amat berlembut dengan pihak kilang? Kenapa Kerajaan Negeri melalui EXCO Alam Sekitar gagal menguatkuasa penemuan yang ditemui oleh JAS?


Keempat, JAS telah menulis surat kepada Majlis Perbandaran Seberang Prai bertarikh 24/04/2015 untuk mengambil tindakan susulan ke atas kilang haram berkenaan? Kenapa tiada sebarang tindakan yang diambil dan pihak mana yang menghalang tindakan berkenaan diambil?



Kelima, pada 10/07/2015, pihak MPSP menulis surat kepada ADUN Penanti, Dr Norlela Ariffin beserta Notis Mengosongan Bangunan memaklumkan bahawa tuindakan meruntuh kilang haram berkenaan akan dilakukan. Kenapa perkara berkenaan berlarutan dan tiada tindakan dilakukan oleh MPSP untuk merobohkan struktur haram berkenaan?



Segala yang berlaku di Kampung Sungai Lembu adalah disebabkan kegagalan Rejim DAP Pulau Pinang. Pengadunya adalah ADUN Penanti dari PKR, sebahagian komponen dalam Pakatan Harapan. Semalam, Joseph Lim Guan Eng telah 'kaw tim' dengan jawatankuasa penduduk Kampung Sungai Lembu dan menyalahkan Barisan Nasional. Cibai lah!

August 23, 2017

13 @ngehkooham Dan @afifbahardin Pemenang YB Bengap Hari Ini


Hari ini, Yang Berhormat (YB) Pakatan Harapan berlumba-lumba menunjukkan kebodohan mereka. Bukan seorang tetapi dua. Saya tidak dapat menentukan pemenang bagi YB Paling Bengap hari ini melainkan menjadikan kedua-dua mereka sebagai pemenang.

Pertama, ADUN DAP Ayer Tawar, Ngeh Koo Ham telah mengitar semula isu tol di Thailand. Katanya, Thailand tiada tol sebab tiada UMNO dan Barisan Nasional. Tidak perlu ulas panjang, saya sertakan gambar plaza tol di Thailand seperti di bawah.



Kedua, sebelum dari itu ADUN Seberang Jaya yang juga merupakan EXCO Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin, Dr Afif Bahardin cuba untuk menjadi Nujum Pak Belalang dengan meramalkan harga minyak. 

Beliau mencanangkan bahawa RON95 akan naik 10 sen bermula tengah malam ini. Seperti biasa DS Najib Tun Razak dipersalahkan walaupun harga minyak ditentukan oleh harga minyak pasaran dunia.

Rupa-rupanya harga tidak berubah dan kekal seperti minggu lepas kecuali diesel yang  turun 3 sen. Ini sahajalah standard YB Pakatan Harapan. Nama saja ada 'doctorate', tetapi otak letak di kepala lutut.


9 Terkini! Hukuman Penjara 18 Bulan @RafiziRamli Dikekalkan! Satu Sudah Kena, Lagi Dua Menanti


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan hukuman penjara 18 bulan ke atas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli. Sekiranya Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 berlangsung sebelum rayuan beliau ke Mahkamah Rayuan didengar dan diputuskan, Rafizi Ramli akan terhadang oleh Perlembagaan Persekutuan daripada menjadi calon pilihanraya berkenaan.

Pada 14/11/2016, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan bagi setiap pertuduhan terhadap Rafizi Ramli yang menghadapi dua pertuduhan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972. Hukuman tersebut diperintah berjalan serentak, sebelum Rafizi Ramli memfailkan rayuan berhubung keputusan itu.

Mengikut pertuduhan pertama, Rafizi Ramli didakwa memiliki satu halaman muka surat 98 mengenai Laporan Pengauditan 1MDB yang merupakan kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972. Kesalahan itu didakwa dilakukan di lobi bangunan Parlimen, Jalan Parlimen, di sini pada 3 petang, 24/03/2016, mengikut Seksyen 8(1)(c)(iii) Akta Rahsia Rasmi 1972 yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun.

Bagi pertuduhan kedua pula, Rafizi Ramli, turut didakwa mendedahkan kandungan laporan tersebut dalam sidang media di tempat dan masa sama pada 28/03/2016, mengikut Seksyen 8(1)(c)(iv) akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun.

Satu sudah dijatuhkan hukum dan dua lagi menanti bulan ini. Berikut ialah senarai kes-kes Rafizi Ramli minggu ini:
1. Perbicaraan dakwaan memfitnah Tabung Haji (criminal defamation) di bawah Seksyen 499 Kanun Keseksaan. Bermula Isnin, 21/08/2017 selama seminggu sehingga Khamis, 24/08/2017.
2. Perbicaraan dakwaan di bawah BAFIA kes National Feedlot Corporation (NFC). Hakim akan memutuskan sama ada Rafizi Ramli akan dipanggil membela diri pada 21/09/2017.

Hebat Pakar Strategik PKR ini kan? Adakah Rafizi Ramli akan melakukan sekali lagi 'hatrick' seperti apa yang beliau lakukan pada tahun 2016?


4 Penjelasan Isu UNISEL, Pejabat MBI Dan Jana Niaga Dalam Bahasa Mudah



Jana Niaga Sdn Bhd merupakan syarikat yang dilantik sebagai 'concessionaire' untuk Universiti Selangor (UNISEL), ketika zaman DS Khir Toyo menjadi Menteri Besar Selangor pada tahun 2003. Antara kontrak tersebut adalah membina, mengoperasi dan menguruskan kediaman pelajar dan kakitangan.

Pada tahun 2011, ketika zaman TS Khalid Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor, UNISEL telah membatalkan perjanjian dengan Jana Niaga berhubung kerja mereka yang tidak memuaskan. Jana Niaga kemudian membawa kes ini ke mahkamah.

Pada Ogos 2012, asrama UNISEL di Bestari Jaya telah ditutup sementara kerana Jana Niaga mendakwa UNISEL berhutang dengan mereka sebanyak RM17 juta. Pada Disember 2012, Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan supaya Jana Niaga dan UNISEL menyelesaikan pertikaian mereka melalui timbang tara. Jana Niaga juga kalah dalam perbicaraan ketika membawa kes berkenaan ke Mahkamah Rayuan.

Pada Julai 2017, Pejabat Menteri Besar Incorporated (MBI) mengeluarkan kenyataan menafikan tuduhan mengenai pembayaran sebanyak RM60 juta kepada Jana Niaga. EXCO Pendidikan, Nik Nazmi Nik Ahmad pula mengatakan UNISEL dan Jana Niaga tidak ada lagi kontrak di antara mereka.

Jadi apa isunya?

Isunya adalah Jana Niaga gagal menyiapkan kerja berdasarkan perjanjian kontrak untuk kerja yang dilakukan pada tahun 2012. Mereka juga dibatalkan kontrak kerana tidak menepati kontrak. Namun kenapa pula MBI membuat pembayaran kepada Jana Niaga dan menyambung kontrak syarikat berkenaan? Tindakan Azmin Ali dan MBI membayar RM16 juta kepada Jana Niaga dan menyambung semula kontrak menjadi kontroversi kerana dibantah Mantan Naib Canselor UNISEL, Prof Redzuan Othman. 

Dua pembayaran yang dibuat kepada Jana Niaga, pada 2015 sebanyak RM10juta, pada 2016 pula sebanyak RM6 juta, kedua-dua pembayaran ini dilakukan ketika zaman Azmin Ali menjadi Menteri Besar Selangor. Baca di sini.

Pengarah Komunikasi Strategik, Pejabat Menteri Besar, Yin Shao Loong menafikan Azmin Ali terlibat dalam perjanjian di antara UNISEL dan Jana Niaga. Itu memang tidak dapat dinafikan Kaitannya bukan di sana. Kaitannya adalah pertama jawatan Azmin Ali di dalam MBI. Kedua, yang membuat pembayaran itu adalah MBI, dan ianya dipengerusikan oleh Azmin Ali.

7 PKR Dan Da Ma Cai Berpisah Tiada, @AzminAli Pula Buat U-Turn


Cantik sungguh kedudukan Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen (MP), Petaling Jaya Selatan. Sambil mendapatkan khidmat MP berkenaan, Rakyat Marhaen berkesempatan untuk membeli nombor ekor di tingkat bawah. Feng Shui ada ong katanya. Lihatlah bendera Selangor di atas bangunan tersebut yang dipasang terbalik. Macai-macai tidak mahu berguling di depan pusat khidmat inikah?


Semalam, anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dari Putrajaya berpakaian seragam memulakan serbuan pada pukul 10.00 pagi di Kampus UNISEL di Seksyen 7, Shah Alam dan Bestari Jaya, Kuala Selangor serta Pejabat MBI di Bangunan Darul Ehsan dan pejabat Jana Niaga di Bestari Jaya dan Desa Pandan, Kuala Lumpur.

Ianya bagi menyiasat pertikaian kontrak membabitkan universiti ini dengan bekas kontraktor Jana Niaga Sdn Bhd dan dakwaan rasuah dan salah guna kuasa membabitkan RM10 juta.

Menteri Besar Selangor, DS Azmin Ali menyifatkan tindakan SPRM berkenaan sebagai tindakan terancang untuk menjejaskan imej Kerajaan Negeri.

Pulak? Adakah Azmin Ali terlupa bahawa tidak lama dahulu beliau mengatakan beliau dan Kerajaan Negeri sedia untuk disiasat bagi sebarang dakwaan rasuah dan salah guna kuasa? Sekarang adakah tabloid Sinar Harian tersalah lapor atau Azmin Ali sudah kecut perut dan membuat 'u-turn'?


August 22, 2017

2 Minit Mesyuarat MPSP Mengenai Kilang Haram Kampung Sungai Lembu Didedahkan, Kenapa Phee So What Lebih Sudu Dari Kuah?

Hari ini EXCO Pulau Pinang, Phee Boon Poh alias Phee So What dan Ketua Menteri, Lim Guan Eng telah membuat satu Sidang Media. Mereka telah dedahkan satu minit mesyuarat Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) bertarikh 06/05/2015 yang dibuat atas permintaan Phee Boon Poh sendiri. Dr Norlela Ariffin ADUN PKR Penanti turut hadir mesyuarat berkenaan.

Pertama, jelas dalam minit tersebut dinyatakan MPSP telah mengeluarkan Perintah Meroboh kilang haram tersebut tetapi perintah itu telah ditangguhkan. Tidak pula dinyatakan kenapa ia ditangguhkan dan siapa memberi arahan supaya ditangguhkan. [Rujuk perkara 2.6]

Kedua, Phee Boon Poh meminta kilang haram memproses habuk gergaji kayu itu disenaraikan dalam pemutihan. [Rujuk 3.2 (v)] Beliau juga meminta satu kajian terperinci dilaksanakan bagi mengesahkan dakwaan penduduk Kampung Sungai Lembu mengenai masalah kesihatan dialami mereka adalah berpunca dari kilang haram berkenaan. [Rujuk 3.2 (iv)]

Ketiga, Phee Boon Poh adalah EXCO Alam Sekitar. Kenapa Phee Boon Poh terlalu ambil perhatian di atas masalah kilang haram ini? Masalah kilang ini bukan hanya masalah pencemaran alam sekitar sahaja. Kilang ini tiada kelulusan Pelan Merancang, tiada Pelan Bangunan, tiada Lesen MPSP dan juga tiada Lesen Perniagaan. Program pemutihan kilang-kilang haram adalah di bawah bidang kuasa Exco Kerajaan Tempatan iaitu Chow Kon Yeow. Kenapa Phee Boon Poh yang lebih sudu dari kuah?

Untuk rekod, Chow Kon Yeow dikatakan turut hadir di dalam Sidang Media pada hari ini tetapi beliau telah meninggalkan bilik mesyuarat sebelum wartawan sempat bertanyakan soalan kepadanya. Apakah dapatan kajian itu, sekiranya ia telah dijalankan sebagaimana arahan Exco?

Timbalan Presiden MCA, DS Dr Wee Ka Siong hari ini telah mengingatkan parti DAP bahawa parti berkenaan telah menguasai Pulau Pinang selama hampir sedekad. Dr Wee juga mengingatkan Ketua Menteri, Joseph Lim Guan Eng bahawa kilang karbon haram di Kampung Sungai Lembu wujud selepas beliau menjadi Ketua Menteri selepas Piliha Raya Umum 2008. Kata beliau dipetik Malay Mail Online, di sini:
Can Guan Eng please stop blaming the former Barisan Nasional for all of Pakatan Harapan’s shortcomings? Pakatan Rakyat in 2008, then Pakatan Rakyat again in 2013 and now Pakatan Harapan in 2017 have been in power for 9 years already. This is ample time and years to take action against the illegal carbon filter factory in Sungai Lembu.
Berikut pula adalah Kenyataan Media Yang dikeluarkan oleh ADUN Pulau Betong:
Kenyataan Media
Datuk Sri Muhamad Farid Saad
Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang
Kawasan Pulau Betong
Selasa 22 Ogos 2017
Merujuk kepada Minit Mesyuarat MPSP yang diedarkan kepada media tengahari tadi berhubung Kilang haram memproses habuk gergaji kayu di Sungai Lembu.
1.Apa jadi dengan arahan meruntuh yang telah dikeluarkan tetapi ditangguhkan itu? Apakah ia masih ditangguhkan sampai ke hari ini kerana ada arahan Exco?
2. Kenapa Minit Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang meluluskan dasar untuk tidak meruntuhkan kilang-kilang haram yang dibina sebelum Mac 2008 masih tidak didedahkan oleh Kerajaan Negeri?
3. Exco Alam Sekitar memohon supaya kilang haram tersebut diletakkan di bawah program pemutihan hanya pada 2 Mei 2015, iaitu lebih tujuh (7) tahun setelah DAP mengambil alih Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada Mac 2008.
"Kenapa tidak sebelum itu? Apakah Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengambil masa selama 7 tahun untuk kenal pasti kilang-kilang yang beroperasi secara haram?"
4. Exco juga meminta kajian terperinci dilaksanakan bagi mengesahkan dakwaan penduduk Sungai Lembu mengenai masalah kesihatan mereka adalah berpunca dari kilang haram berkenaan.
"Apakah kajian itu dibuat oleh pihak berwajib dan jika ia apakah dapatan kajian terperinci itu? Apakah dapatan itu dimaklumkan kepada orang ramai, terutamanya penduduk di perkampungan Sungai Lembu?"




0 SPAD Serah 300 Lagi Lesen Individu Kepada Pemandu Teksi


Majlis penyampaian surat tawaran permit teksi individu buat kali ketiga bagi tahun ini telah disempurnakan oleh DS Hajah Nancy Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri semalam. Turut hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), En Mohd Azharuddin Mat Sah. 

Majlis ini telah menyaksikan 300 lagi pemandu menerima lesen teksi individu yang membolehkan mereka mengendalikan dan pemandu sebagai usahawan apabila mereka telah keluar daripada kontrak pajak di bawah syarikat teksi. Daripada penerima lesen individu pada hari ini, 88 orang telah menerima geran kerajaan sebanyak RM5,000 bagi membantu membeli kenderaan untuk digunakan sebagai teksi. 

Sebelum ini, 343 pemandu teksi telah menerima geran tersebut di bawah peruntukan Kerajaan sebanyak RM150 juta seperti mana yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri di dalam Bajet 2017. Pengeluar kereta seperti Proton, Nissan,Perodua dan Toyota turut membuka kaunter bagi membolehkan pemandu untuk membuat tempahan selepas menerima surat tawaran tersebut.








August 21, 2017

50 Apa Beza Kerugian Perniagaan Forex Di Zaman Tun Dr Mahathir Berbanding Hutang 1MDB Di Zaman DS @NajibRazak


Hari pertama Inkues Suruhanjaya Di Raja (RCI) berkaitan perdagangan forex oleh Bank Negara Malaysia (BNM) merumuskan sekurang-kurangnya RM31.5 billion kerugian telah dicatatkan di antara tahun 1991 hingga 1994. Ini dinyatakan sendiri oleh kakitangan BNM sebagai saksi pertama, Abdul Aziz Abdul Manaf. 

Dibandingkan dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak RM135 billion pada masa itu, jumlah berkenaan adalah sebanyak 23% daripada nilai KDNK. Jumlah RM31.5 billion adalah satu jumlah yang amat tinggi pada tahun 1990an. Berbanding dengan 1MDB, jumlah baki hutang 1MDB adalah RM27 billion dan hanyalah merupakan 2.0% daripada jumlah KDNK sebanyak RM1.32 trillion pada tahun 2016.

Mana logiknya dakwaan pembangkang yang mengatakan Malaysia akan bangkrap dengan hutang 1MDB. RM31.5 billion perdagangan forex adalah hangus dan hilang dan tidak dapat semula, sedangkan 1MDB masih lagi  dalam proses membangunkan aset-asetnya yang sedia ada. 

Mengambil contoh Request For Proposal (RFP) untuk Bandar Malaysia sahaja, 1MDB telah menerima bidaan sebanyak RM42 billion. Ini tidak termasuk dengan hartanah di kawasan Tun Razak Exchange (TRX) yang akan dan sedang dibangunkan kelak.

Perbezaan di antara kerugian perniagaan forex pada zaman Tun Dr Mahathir adalah wang sebanyak RM31.5 billion telah hangus dikerjakan oleh Tun Dr Mahathir dan kroninya. 1MDB pula walaupun mempunyai hutang sebanyak RM27 billion, perniagaan aset-aset miliknya sahaja cukup dan mampu untuk menjana keuntungan berpuluh bilion ringgit.

Subsidi haji yang dibiayai Kerajaan bagi seorang jemaah adalah sebanyak RM 9,570. Jika setiap tahun 30,000 jemaah haji Malaysia dihantar menunaikan haji, RM31.5 billion yang hangus ini akan hanya habis digunakan setelah 109 tahun. Bayangkan.

Kos bina Putrajaya adalah RM20.5 billion. Dengan RM31.5 billion yang lesap dan hangus kerana ada penyagak main forex, sepatutnya kita boleh bina sebuah lagi Putrajaya. Malah siap ada baki untuk bina dua buah lagi menara berkembar seperti KLCC. Bayangkan.

August 20, 2017

19 RM16 Juta Dibayar Kepada Jana Niaga Oleh MBI Untuk Apa Sedangkan UNISEL Menang Kes Mahkamah 3 Kali? @SPRMMalaysia




Berdasarkan Minit Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah (BOD) No D1/2015, Pendidikan Industri YS Sdn Bhd (PIYSB) pemilik UNISEL, bertarikh 15/04/2015 seperti di bawah, mengesahkan pembayaran dari Menteri Besar Incorporated (MBI) sebagai pendahuluan sebanyak RM10 juta kepada Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) sebagai ''kompromi' telah ditukar kepada "penyelesaian". Sila baca Perkara 7.2.1.

Kedua, kenapa MBI membayar pendahuluan RM10 juta itu dan dalam masa sama kontrak JNSB disambung semula? Bukan itu sahaja, sebanyak RM6 juta lagi dibayar telah dibayar kepada JNSB. Perkara ini tidak ada logiknya memandangkan dalam perkara 7.2.7 di dalam minit di bawah mengatakan, "Mesyuarat juga telah dimaklumkan UNISEL telah menang dalam tiga (3) kes mahkama di antara JNSN dan UNISEL."

Adakah Menteri Besar Selangor, atau mana-mana pengarah PIYSB, sebagai pemilik UNISEL telah menerima apa-apa habuan, sogokan, komisyen atau sebagainya untuk "penyelesaian" ini? Apakah sebab ini Menteri Besar Selangor, Azmin Ali takut untuk menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dengan SPRM? Adakah ini sebabnya pengurusan UNISEL membantah tindakan yang dilakukan oleh MBI?



13 Buat Apa Deklarasi Harta Kepada @SPRMMalaysia Kalau Hendak Menipu Macam Phee So What?


Pembangkang mendabik dada mengatakan mereka adalah telus dan terbuka dengan kononnya mengistiharkan harta seperti Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli. Mereka kata Kerajaan Barisan Nasional (BN) rasuah, korup dan sebagainya. 

Mereka terlupa setiap Ahli Parlimen BN dan pengistiharan tersebut terbuka untuk pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) unruk menyemaknya.

Tidak ada gunanya membuat deklarasi bebas rasuah seperti Rejim Pulau Pinang menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sebagau satu wayang Cina sedangkan hakikatnya IBR digunakan untuk menipu.

Terbaru EXCO Penang, Phee So What tidak membuat dekklarasi mempunyai 4 akaun yang kesemuanya berjumlah RM2 juta. Akibatnya akaun berkenaan telah disita oleh pihak SPRM. Phee So What bodoh tidak menggunakan akaun adik beradik atau proksi.

Deklarasi aset EXCO-EXCO Rejim DAP Pulau Pinang hanya untuk "properties, investments & vehicles" sahaja. Jumlah simpanan tunai dalam bank tidak perlu dideklarasikan.

Mungkinkah menurut fahaman Ketua Menteri Pulau Pinang, simpanan tunai dalam bank bukan kategori aset? Sebagai seorang akauntan bertauliah, ini amat memalukan!


Nota Kaki: Rejim Azmin Ali di Selangor bila hendak tandatangani IBR?

0 SPAD Akan Siasat Pemandu Bas Sukan SEA Tiada Lesen Memandu

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) memainkan peranan sebagai fasilitator dalam proses perancangan dan perlaksanaan Sukan Asia Tenggara ke-29 yang kini sedang berlansung. Program seperti ini memerlukan perancangan dan koordinasi rapi pelbagai pihak bagi memastikan proses perancangan dan pelaksanaan berjalan dengan lancar. 

Merujuk kepada insiden baru-baru ini di mana seorang pemandu bas Sukan SEA yang telah didapati tidak memiliki lesen memandu yang sah, perkara ini seharusnya tidak sepatutnya berlaku. Ini dengan jelas telah melanggar Kod Amalan Keselamatan Industri (SPAD-ICOP) oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). 

Dalam menganjurkan sebuah temasya sukan yang terbesar di Asia Tenggara, proses perlantikan syarikat pengendali bas semestinya hendaklah jelas. Tambahan pula, syarikat yang telah dilantik perlu ada kriteria tertentu dan asas pelantikan perlu jelas. Syarikat yang dilantik iaitu Kiffah Travel & Tours Sdn Bhd harus bertanggungjawab sepeenuhnya ke atas kegagalan menyediakan pemandu yangtidak berlesen.

Sementara itu, SPAD dalam Kenyataan Media berkata, Suruhanjaya berkenaan akan memanggil syarikat bas berkenaan untuk membantu siasatan. SPAD dan agensi berkaitan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) akan meneruskan pemantauan rapi terhadap pengendali bas dan kenderaan awam yang dilantik bagi memastikan senarai lengkap pemandu dan kenderaan akan disemak dan diperiksa selanjutnya.

Tindakan SPAD dan agensi-agensi berkaitan amay penting dan harus dipuji, Ini memandangkan insiden yang berlaku ini sedikit sebanyak telah menjejaskan nama baik Malaysia sebagai tuan rumah kepada Sukan SEA ke-29, yang merupakan tanggungjawab yang amat besar dan tidak sepatutnya diambil mudah.

August 19, 2017

8 @AzminAli Akui DEIG Sama Dengan 1MDB, Harap @SPRMMalaysia Dapat Siasat


Menteri Besar Selangor, Azmin Ali hari ini membuat pengakuan terbuka bahawa DEIG sama dengan 1MDB. Perbezaan di antara DEIG dan 1MDB adalah 1MDB telah melalui pelbagai siasatan oleh pelbagai pihak, tetapi DEIG tudak.

Oleh itu, kita berharap agar pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jangan malu dan jangan segan untuk memulakan siasatan memandangkan 1MDB telahpun disiasat oleh SPRM. Oleh itu persamaan DEIG dengan 1MDB seperti yang ditegaskan oleh Menteri Besar Selangor perlu turut disiasat oleh SPRM.

Kedua, di dalam Sidang Parlimen yang akan datang, perlu ada usul diwujudkan Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) di kalangan Ahlo-Ahli Parlimen di pohak Kerajaan dan Pembangkang untuk menyiasat DEIG seperti mana 1MDB disiasat.

Ketiga, sekiranya diwujudkan Suruhanjaya Di Raja (RCI) untuk menyiasat 1MDB, RCI juga harus diwujudkan untuk menyiasat DEIG. Itu yang Azmin Ali mahu. Kita tak mahu selepas ini Azmin Ali mengualang kembali, "UMNO boleh, kenapa saya tak boleh?"

13 Rupanya Kos Membina Pintu Gerbang Di Kota Kinabalu Lebih Murah Dari Kos Mengecat Di Selangor


Rupanya mitos yang mengatakan harga barangan di Sabah dan Sarawak adalah lebih tinggi daripada di Semenanjung adalah tidak benar rupanya. Kerajaan Pakatan Azmin Ali di Selangor telah membuktikannya.

Kos untuk membaikpulih dan mengecat pintu gerbang Darul Ehsan adalah bernilai RM10 juta. Saya ulang RM10 juta. Kerajaan Selangor berkata kis berkenaan ditanggung oleh penderma-penderma awam dan Kerajaan Selangor mendahulukan kos berkenaan. Namun sehingga sekarang, 

Kerajaan Azmin Ali gagal untuk mengemukakan nama penderma-penderma itu yang menurut kenyataan EXCO beliau di Sidang DUN akan diukir dan dipamerkan pada pintu gerbang berkènaan. Adakah pendahuluan RM10 juta duit Kerajaan berkenaan (baca duit Rakyat) dibazirkan dan penderma-penderma itu hanyalah alasan yangvtidak pernah wujud?

Di Sabah pula, kos untuk membina (bukan baik pulih atau mengecat) Gerbang Kota Kinabalu adalah kurang daripada RM500 ribu. Macau-macai sekalian tahu tak perbezaan di antara RM10 juta dan RM500 ribu? Patutlah Kerajaan Selangor di bawah Azmin Ali masih takut dan enggan untuk menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Perbualan di bawah adalah imaginasi penulis semata-mata.

0 @RafiziRamli Menipu Lagi, Cubaan Untuk Mengaitkan TS Annuar Musa Dalam Isu Pembelian MARA Gagal


Semalam di laman sosial Facebook, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila mempertikaikan pembelian tiga unit hartanah di Australia oleh MARA. Beliau cuba mengaitkan isu pembelian hartanah ini dengan kes penangkapan TS Mohd Isa Samad yang didakwanya sebagai 'kambing hitam' untuk menyelamatkan DS Najib Tun Razak.


Tulisan terbaru Rafizi Ramli ini juga berupaya membawa beliau dihadapkan ke Mahkamah apabila mengaitkan nama Ketua Penerangan UMNO TS Annuar Musa. Rafizi Ramli menulis di laman sosial Facebook beliau,
Dalam kes tersebut, menteri yang bertanggungjawab ketika itu (Dato’ Seri Shafie Afdal) dan pengerusi MARA ketika itu (Tan Sri Anuar Musa) dengan secara jelas mengesahkan bahawa cadangan pembelian hartanah luar negara oleh MARA itu telah dibentangkan dan diluluskan oleh Majlis Ekonomi yang dipengerusikan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak.
Untuk makluman, ketika TS Annuar Musa dilantik menjadi Pengerusi MARA pada tahun 2013, semua aset yang disebut Rafizi Rafizi tersebut sudahpun selesai dibeli. Ini pula jawapan TS Annuar Musa, juga dipetik daripada laman sosial Facebook beliau, 
Menteri bertanggungjawab ketika itu (Dato Seri Shafie Afdal) dan Pengerusi Mara (Tan Sri Annuar Musa)"... beliau mungkin merujuk kepada penjawat jawatan ketika aset-aset di Australia dibeli oleh MARA sekitar tahun 2012/13.

Sekiranya beliau merujuk kepada ketika asset dibeli, sukacita dijelaskan bahawa Menteri KKLW ketika pembelian adalah DS Shafie Afdal dan Pengerusi MARA ketika itu adalah DS Idris Jusoh, bukan saya. Sewaktu saya mula di lantik 2013 semua asset asset tersebut sudahpun selesai dibeli.

Saya menganggapkan kesilapan YB Rafizi itu sebagai sesuatu yang beliau tidak sengaja atau beliau mempunyai maksud lain dan wajarlah beliau perbetulkan tanpa perlu perentah Mahkamah kerana beliau sudah banyak kali tewas di mahkamah.
Rafizi Ramli dan fitnah berpisah tiada. Di dalam bulan Ogos 2017 ini sahaja beliau berhadapan dengan tiga kes Mahkamah, dua daripadanya melibatkan fitnah Tabung Haji dan National Feedlot Corporation (NFC) dan satu lagi berkaitan pembocoran Akta Rahsia Rasmi (OSA). Jadi tidak hairanlah beliau cuba secara sengaja atau tidak untuk memfitnah Perdana Menteri dan TS Annuar Musa.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates