December 13, 2017

17 KISS Indah Khabar Dari Rupa, Kiss My Ass





Tersebar meluas di media-media sosial promosi produk terbaru dari Kerajaan Pakatan Harapan Selangor yang diberi nama Kasih Ibu Smart Selangor (KISS). Diwar-warkan sesiapa anak Selangor dan pengundi di Selangor bolehlah mendaftar diri di pejabat-pejabat ADUN atau penyelaras DUN.

Sayangnya, produk KISS hanya untuk pendapatan seisi keluarga di bawah RM2,000 atau dalam erti kata lain keluarga 'miskin tegar'. Persoalannya, bukankah senarai miskin tegar Selangor sudah ada dalam 'database' Kerajaan Negeri terutama di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang melibatkan Melayu dan bukan Melayu serta Pusat Zakat Selangor (PZS) bagi Melayu Islam?

Kenapa Kerajaan Negeri tidak terus melakukan pemberian melalui JKM dan  PZS? Cara ini bukan perkara baru malah telah dilakukan oleh Kerajaan Pusat melalui pemberian BR1M dengan meletakkan tanggungjawab kepada Jabatan Pendaftaran Negata (JPN) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk menguruskan pendaftaran dan memperolehi maklumat secara 'online'?

Kenapa dihadkan produk ini hanya kepada golongan Ibu sahaja? Sudahlah kaum Ibu sahaja malah syarat lain adalah menetap lebih dari 10 tahun! Kenapa pula hanya terhad kepada kedai-kedai terpilih sahaja? Tambahan lagi, kenapa hanya terhad kepada pembelian barang-barang tertentu sahaja? Bagaimana dengan golongan bujang yang berpendapatan bawah RM2,000? Golongan ini tidak pentingkah?

Adakah ini merupakan 'dedak politik' kerana umum mengetahui Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) hampir tiba. Kita meragui propaganda KISS sebagaimana kita meragui keberkesanan produk Tawas, Peduli Sihat, janji bantuan Anak Selangor ke universiti, bantuan ibu tunggal, bantuan ibu yang tidak bekerja dan lain-lain janji yang pernah dilaungkan oleh kerajaan negeri Selangor sebelum ini? 

Hanya yang pasti bantuan air percuma 20ml padu masih diteruskan. Itupun adalah usaha Mantan Menteri Besar Selangor, TS Khalid Ibrahim dan bukannya DS Azmin Ali. Di bawah adalah keluhan warga Ibu Selangor mengenai produk KISS, kiss my ass!

December 12, 2017

23 Adakah @RafiziRamli Sengaja Memfitnah Agar Beliau Disaman Dan Boleh Mengutip Dana Untuk INVOKE?


Agak pelik bagi Raja Fitnah Negara, Rafizi Ramli tidak mengetahui bahawa DS Abdul Rahman Dahlan dan Raslan Dahlan (gambar di atas) tidak mempunyai hubungan persaudaraan. 

Malah, Rafizi Ramli sendiri mengaku fakta yang digunakan untuk menyerang Menteri di Jabatan Perdana Menteri adalah tidak benar. Sebaliknya, beliau langsung tidak meminta maaf. Sebaliknya, beliau telah mencabar Menteri berkenaan untuk menyamannya di mahkamah.
Apakah Rafizi Ramli ini bodoh? Pastinya tidak. Adalah Rafizi Ramli cuai menyelidik sesuatu fakta? Mungkin ya dan mungkin tidak. Apa motif beliau sebenarnya? Cabaran itu bukanlah untuk menutup malu seperti ramai orang berfikir, sebaliknya ia adalah langkah yang dirancang oleh Rafizi Ramli untuk mengutip dana seperti yang berlaku sebelum ini. 

Bayangkan, sekiranya Rafizi Ramli kalah dalam kes saman ini dan perlu membayar RM1 juta, beliau akan mengutip derma sebanyak RM3 juta dan si Sotong Kurita ini dengan mudah untuk memperolehi keuntungan sebanyak RM2juta. 

Rafizi Ramli tidak mempunyai banyak masa. Beliau perlu mengumpul dana sebelum dipenjarakan. Beliau dikatakan tidak lagi akan diletakkan menjadi calon di dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14. 

Beliau perlu mempersiapkan diri untuk belanja keluarga dan dirinya semasa dan selepas beliau keluar dari penjara nanti. Kalau ini benar, mungkin banyak lagi 'maklumat salah' akan keluar dari mulut Rafizi Ramli.



6 Sejak Bila Mat Sabu Pandai Menulis Artikel English Dengan Sempurna?


Terkesima membaca artikel-artikel Presiden PAN, Mohammad Sabu yang disiarkan di dalam portal Malaysiakini. Memang diakui Mat Sabu amat dikenali sebagai seorang orator Bahasa Malaysia yang baik. 

Namun, amat jarang (dan mungkin tidak pernah) Mat Sabu berkomunikasi dalam English di dalam ceramah-ceramah beliau. Oleh itu, amat janggal bagi Presiden PAN ini dapat menulis artikel Englsh dengan begitu baik dengan tata bahasa yang berpiawai tinggi.

Tahniah kepada ahli dan pemimpin PAN kerana, tanpa diketahui, Presiden mereka rupa-rupanya boleh menulis menggunakan bahasa English yang begitu cantik berbunga. 

Baca 4 contoh artikel dan komentar dari Presiden PAN, Mat Sabu seperti berikut:

1. “The need to stay at a safe distance from Saudi Arabia”. Malaysiakini 02/12/2017. Baca di sini.

2. “The growing threat of IS in Malaysia”. Malaysiakini 06/12/2017. Baca di sini.

3. “Whither Malaysia? The fall of the ringgit”. 07/12/2017. Baca di sini.

4. “Why is Trump moving the US embassy to Jerusalem?”. Malaysiakini 08/12/2017. Baca di sini.

December 11, 2017

16 Abdul Rahman Dahlan @mpkotabelud Dan Raslan Dahlan Bukan Ada Pertalian Wahai Sotong @RafiziRamli




Di dalam Sidang Medianya di laman sosial 'Facebook Live' hari ini, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli sekali lagi membuat tuduhan liar berunsur fitnah. Kali ini mangsanya adalah Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional dan juga Ahli Parlimen Kota Belud, DS Abdul Rahman Dahlan.

Rafizi Ramli mendakwa Kementerian EPU di bawah DS Abdul Rahman Dahlan telah menganugerahkan kontrak projek #Negaraku kepada syarikat Pico Integrated Exhibits Sdn Bhd di mana salah seorang pemegang saham bernama "Raslan Dahlan" yang mana Rafizi Ramli mendakwa adalah saudara sedarah atau Abang kepada DS Abdul Rahman Dahlan.

Syarikat Pico telah berada di dalam bidang perniagaan sejak 20 tahun lalu. Itu bukan masalah utama fitnah Rafizi Ramli. Masalahnya adalah Raslan Dahlan dan Abdul Rahman Dahlan tidak mempunyai sebarang hubungan kekeluargaan.

Nama penuh Raslan Dahlan adalah Nooraslan bin Mohd Dahlan dan beliau dilahirkan di Johor dengan kod MyKad adalah 01. Manakala nama penuh DS Abdul Rahman adalah Abdul Rahman bin  Datuk Haji Dahlan (tiada Mohd) dan beliau dilahirkan di Sabah. 



Ayah DS Abdul Rahman adalah ADUN Sabah untuk DUN Sulaman untuk 6 tahun bermula pada 1971. Nombor kod MyKad untuk Sabah adalah 12, 47, 48 atau 49, dan bukan 01.

Nampak gayanya fitnah Rafizi Ramli kantoi lagi dan beliau mungkin akan berhadapan dengan saman sivil daripada DS Abdul Rahman Dahlan. Selamat maju jaya Sotong.







December 9, 2017

29 Lawak @fatiyalatiff Dan @SyedSaddiq, Mohon @PDRMsia Untuk Siasat

Hari ini media sosial dipenuhi dengan cerita artis yang terkenal dengan aksi terlampau di Bigo Live, Nur Fathia Latiff diugut oleh seseorang. Perkara ini diceritakan di laman sosial Twitter beliau. 

Sebelum kita ke cerita berkenaan, kita saksikan dulu lawak malam ini dari Ketua Pemuda PPBM atau dikenali sebagai Ketua Armada, Syed Sajat Saddiq. 

Apabila Fatiya meminta pertolongan dan memerlukan pertolongan, wira dewata raya, Syed Sajat Saddiq menghulurkan bantuan kononnya.


"I'll be more than glad to help", kata hero bunga ini.


Hakikatnya bila Syed Sajat Saddiq diusik oleh beberapa orang di hadapan kedutaan Amerika Syarikat semalam, belakang DS Jamal Yunos juga tempat beliau bersembunyi dan meminta pertolongan. Nak jadi hero Fatiya konon. Piiiirah.


Lawak kita tolak ke tepi. Kita meminta Polis Di Raja Malaysia (PDRM) agar menyiasat dakwaan artis ini. Jika benar, ambil tindakan ke atas pengugut tersebut. Ini membabitkan keselamatan Rakyat. Jika ini hanya rekaan, jelas ia bermotifkan hasutan, maka tindakan harus diambil ke atas artis ini.


Alasan yang diberikan oleh artis ini untuk tidak membuat laporan polis agak pelik walaupun diugut dengan parang.


Selain dari di atas, beberapa fakta berikut perlu diberi perhatian kenapa artis ini masih tidak mahu membuat laporan polis:

1. Dikatakan diserang seorang lelaki botak yang membawa anak.
2. Mengaku membawa parang dalam kereta dan mengunakannya.
3. Mengenali nama pelaku.
4. Lelaki itu mulakan provokasi dengan ugutan mencedera.
5. Pengawal atau pak guard nampak insiden  berkenaan tetapi tidak buat apa-apa.



December 8, 2017

16 Akibat Terhina @limkitsiang Dipanggil Maharaja, Sayap @dapMalaysia Pussy Buat Laporan Polis ... Meow, Meow ...


Agak kelakar apabila sayap parti cauvinism DAP, Wanita dan Pemuda membuat laporan polis hanya kerana DAP merasa terhina Lim Kit Siang dipanggil Maharaja oleh Ketua Wanita UMNO, DS Shahrizat Jalil.


Alasan yang diberikan oleh jurucakap kumpulan berkenaan, Syerleena Abdul Rashid, sebab musabab laporan polis dibuat adalah, menggalakkan ucapan kebencian dan menggalakkan ketaksuban. Bodoh punya pemimpin DAP.

Selama ini apa yang tidak mereka gelar Perdana Menteri, perompak, penyamun dan sebagainya. Mereka juga lupa Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming pernah mengelarkan Menteri Besar Perak DS Zambry Abdul Kadir 'hitam metalik' dan 'Melayu Pukimak', kenapa tiada tindakan daripada kumpulan ini?

Apabila pemimpin numero uno mereka dipanggil Maharaja, mereka menjadi dayus, pengecut dan hati tisu dengan membuat laporan polis. Inilah parti yang sering melaungkan kebebasan bersuara? My ass! Mana perginya Red Bean Army (RBA) yang menjadi kesatria maya DAP selama ini?

Telor sudah disedut masuk ke dalam kerandut kah untuk takut berhadapan kami di alam maya? Bersembunyi di sebalik polis? Sepatutnya DS Shahrizat memanggil Lim Kit Siang sebagai 'Dinasour' dan bukan 'Maharaja'. DAP is such a pussy. Meow ... meow ...

December 7, 2017

11 Mana Suara Menteri Besar @AzminAli Ketika Baginda Sultan Selangor Murka Dengan @zaidIbrahim?

Dia duduk di Selangor, baliklah Kelantan kalau tak setuju, buat rumah besar-besar dan tolong rakyat Kelantan. Jangan cari rezeki di Selangor. Saya minta Zaid Ibrahim baca dengan teliti ke­nyataan saya dan dapatkan fakta yang betul sebelum buka mulut.
Itu susulan kenyataan dari Baginda Sultan Selangor berikutan kenyataan biadab Zaid Ibrahim di dalam akaun laman sosial Twitter beliau yang bertulis,
Sultan Selangor seharusnya lebih berhati-hati dengan kata-katanya. Tidak ada sesiapa yang kebal apabila negara terbakar.
Saranan Baginda Sultan Selangor ini seharusnya dipandang berat oleh Zaid Ibrahim sekiranya beliau seorang yang bermaruah dan berprinsip. Tidak pasti sama ada Baginda Sultan Kelantan yang juga YDP Agong serta Rakyat Baginda secara berlapang dada menerima Zaid Ibrahim. Apa yang pasti, Pulau Pinang pasti menjadi syurga kepada Zaid Ibrahimdan kedatangan beliau pasti dialu-alukan.

Kita juga tertanya-tanya di manakah hilangnya Menteri Besar Selangor, DS Azmin Ali. Ketika Sultan Selangor murka dengan 'Self Proclaimed Top Dog' Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir, Azmin Ali mendiamkan diri. Kali ini dalam tempoh tidak sampai sebulan, sekali lagi Baginda Sultan Selangor murka akibat kenyataan biadab Zaid Ibrahim. 

Sebagai rakan kongsi politik Tun Dr Mahathir (PPBM) dan Zaid Ibrahim (DAP) di dalam Pakatan Harapan, Azmin Ali tidak harus berdiam diri. Beliau harus membuat kenyataan menyokong kenyataann mereka atau sebaliknya. Sebagai Menteri Besar Kerajaan berdaulat Selangor, Azmin Ali seharusnya mempertahankan Baginda Sultan Selangor atau beliau wajib meletakkan jawatan!

December 6, 2017

7 Ahli Parlimen Kapar Bidas Fakta SPAD Secara Membabi Buta, Senang Sungguh Kerja Pembangkang

Agak kelakar bagi Ahli Parlimen (MP) Kapar mempertikaikan kajian dan kaji selidik yang dibuat oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tanpa memberikan sebarang fakta untuk membalas hujah selain dari membebel seperti orang tua. Baca leteran Manivanan Govin, di sini

Manivanan Govin sendiri mengakui di dalam tulisannya bahawa purata harian penumpang di semua laluan bagi tempoh Januari hingga Ogos 2017 menyaksikan peningkatan sebanyak 12 peratus daripada 570,021 kepada 638,605 penumpang pengangkutan awam. Sebagai pembangkang yang bodoh, pastinya beliau tahu bahawa kalau mengikut sifir yang mudah, tidak mungkin berlaku peningkatan di dalam pengangkutan awam sekiranya Rakyat tidak berpuas hati.

Kedua, Manivanan Govin mempertikaikan mengenai beribu aduan yang telah dibuat oleh pengguna terhadap SPAD berhubung pengangkutan awam terutamanya untuk perkhidmatan tren komuter Keretapi Tanah Melayu (KTM). Adakah benar terdapat beribu aduan di SPAD berkaitan KTMB? Setahu saya Manivanan Govin tidak pernah bekerja di SPAD dan tidak pernah meminta maklumat dari SPAD bukan?

Ketiga, pastinya Manivanan Govin tidak tahu bahawa RM1 bilion dibelanjakan kerajaan bagi meningkat kualiti perkhidmatan Komuter melalui projek menaik taraf Landasan Berkembar Lembah Kelang (KVDT), masih lagi di peringkat perlaksanaan dan masih lagi belum berfungsi sepenuhnya. Sekiranya projek KVDT ini siap sepenuhnya, dari segi keberkesanan perkhidmatan, masa kelewatan menunggu untuk perkhidmatan KTMB akan dapat dikurangkan. Sabarlah Macha.

Kempat, kenapa membandingkan perkhidmatan teknologi 'bullet train' atau lebih dikenali sebagai 'Shinkansen' di Jepun dengan keretapi lama atau komuter KTMB. Sepatutnya bandingkanlah dengan projek Landasan Keretapi Pantai Timur / East Coast Rail Link (ECRL) dan projek keretapi berkelajuan tinggi Kuala Lumpur - Singapura yang sedang dibina atau setidak-tidaknya perkhidmatan ETS dari Kuala Lumpur ke Padang Besar yang sedia ada. Barulah nampak pembangkang ada otak sedikit.



7 Inilah Sebabnya @ShilaMajid Merungut Harga Makanan Mahal Dan Kos Sara Hidup Tinggi

Kata orang, kalau nak tengok seseorang artis itu hidup mewah atau merempat, jenguk-jenguklah ke laman sosial mereka seperti Instagram dan Bigo Live. Di sini kita dapat melihat gaya hidup mewah dan pelik mereka. Kalau dibaca posting di Twitter Shila Majid semalam, baca di sini, pastinya kita akan bayangkan kesengsaraan hidup yang beliau alami. Barangan makanan yang mahal katanya. Cuba kita lihat apa yang beliau makan di Instagram beliau.



Shila Majid makan udang kara atau 'lobster' serta 'roast beef' di restoren mewah, memanglah harga makanan mahal. Lain kali kalau tidak mampu makan 'lobster', makan udang dan daging yang dimasak sendiri sajalah Shila Majid. Kalau ikut posting di Twitter beliau lagi, kos sara hidup di Malaysia adalah tinggi. Dalam kos sara hidup Malaysia yang tinggi, Shila Majid masih boleh melancong ke Jepun. Ok lah tu.


Oh ya! Di mana pula Shila Majid memotong rambutnya? Kalau tempat ini mahunya hampir RM200 sekali melawat bukan?



Apa kata Ketua Penerangan UMNO, TS Annuar Musa mengenai kenyataan Shila Majid di Twitter beliau:

December 5, 2017

21 Surat Terbuka Buat @ShilaMajid



As Salam Shila,

Saya merujuk kepada keluhan anda di laman sosial Twitter. Pertama, berkaitan dengan harga barangan terutama ikan dan sayur-sayuran, ianya bergantung kepada keadaan musim. Sekarang musim banjir, hujan dan laut bergelora. Pastinya harga naik mendadak. Apabila musim bertukar ganti kepada musim panas, pastinya harga akan kembali stabil. Kedua, harga seperti beras, minyak masak, gula, gas memasak, ayam adalah di bawah harga kawalan dan tidak melibatkan banyak perubahan harga.

Ketiga, semenjak kemuncak populariti Shila pada tahun 1990an  hingga sekarang, purata pendapatan isi rumah telah meningkat dari hany RM1,704 pada tahun 1999 kepada RM5,228 pada tahun 2016. Memang benar harga barangan meningkat dari zaman kemuncak anda pada tahun 1990an tetapi begitu juga dengan pendapatan Rakyat Malaysia.

Keempat, untuk tukaran matawang asing, tambatan Ringgit pada tahun 1998 pada harga RM3.80 dan selepas Ringgit bebas diperdagangkan nilainya tetap kekal pada harga sekitar itu buat beberapa lama. Kalau dibandingkan sekarang pun, nilai RM4.06 hanya lemah sebanyak 6.8% berbanding tambatan Ringgit pada harga RM3.80.

Kelima, kadar pengangguran terkini negara adalah pada kadar 3.4%, antara yang terendah di dunia. Terdapat berjuta Rakyat Asing yang bekerja di Malaysia. Sama ada Rakyat Malaysia pemalas atau tidak mahu mengambil peluang mengisi kekosongan pekerjaan ini. Di laman pekerjaan Jobstreet sahaja, terdapat 26,356 peluang pekerjaan yang belum diisi. Jadi tidak benar Shila mengatakan "jobs are scarce".

Keenam, pertumbuhan ekonomi sekarang berada pada kadar 6.2% untuk suku terakhir tahun ini. Kadar ini pastinya antara yang tertinggi di rantau ini kalau tidakpun di dunia. Pergilah di KLIA atau KLIA2, sektor perlancongan amat mengujakan. Bukan setakat pelancong asing melawat Malaysia malah Rakyat Malaysia amat amat berkemampuan untuk melancong di dalam dan di luar negara.

Ketujuh dan terakhir, sekiranya ekonomi Malaysia berada dalam keadaan nazak, mana mungkin jualan tiket anda di konsert tahun lepas habis dijual atau 'sold out' dalam masa yang singkat iaitu sebulan dengan harga minima RM388 dan maksima RM888. Perlu diingat, itu konsert anda tahun lepas dan bukan pada tahun 1998.

Bukan peminat Shila Majid,

CTS.


15 Barua DAP @zaidibrahim Semakin Kurang Ajar Bagi Amaran Kepada Sultan Selangor cc. @PDRMsia


Pastinya Tuan DAP tersenyum lebar hari ini apabila barua mereka, Datuk Zaid Ibrahim dengan lantang, kurang ajar dan biadab memberi amaran kepada Baginda Sultan Selangor. Ini berikutan Baginda Sulta Selangor menegur satu lagi barua DAP, 'Top Gun' Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menurut Baginda akan memusnahkan negara ini dengan kemarahan beliau.

Ditanya sama ada Tun Dr Mahathir ada meminta maaf kepada Baginda, Tuanku Sultan Selangor menjawab: "Beliau tidak pernah meminta maaf." Tuanku berkata Tun Dr Mahathir bukanlah jenis pemimpin yang akan membenarkan orang lain membaiki prestasi mereka. Tuanku Sultan Selangor menambah, "Beliau mempunyai 'inferiority complex' dan kebencian yang mendalam di dalamnya. Beliau dipenuhi rasa marah dan kemarahannya akan membakar seluruh negara."

Dalam membalas kenyataan Baginda Sultan Selangor, Zaid Ibrahim berkata, Baginda Sultan Selangor seharusnya berhati-hati apabila berkata-kata kerana menurut Barua DAP ini, tidak ada siapa yang kebal apabila negara ini menjadi huru hara. Selanjutnya, Zaid Ibrahim menambah, apabila golongan Di Raja bermain politik, mereka tahu natijah atau kesannya. Zaid Ibrahim memberi amaran selanjutnya tiada harga untuk golongan Di Raja sekiranya mereka berpihak.

Pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) wajib memanggil Zaid Ibrahim kerana kerana keceluparan mulutnya memberi amaran kepada Sultan Selangor. Nampak sangat agenda jahat DAP ingin menghapuskan imuniti Raja-Rja Melayu apabila mereka berkuasa kelak. Apa yang hendak dihairankan. 'Top Dog" Pakatan Harapan sendiri telah berjaya menghapuskan  sebahagian daripada imuniti dan kekebalan Raja-Raja Melayu satu masa dahulu.

December 4, 2017

17 Gambar Terbaru YB Rantau Panjang Timbulkan Lebih Banyak Keraguan


Beberapa hari lepas, Wakil Rakyat Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff, melakukan kejutan dengan bergambar seolah-olah membawa lori tetapi ajaibnya tanpa kunci di 'starter'. Baca di sini. Semalam, telah tular di laman-laman sosial gambar beliau seperti di atas yang menjunjung beras di atas kepala. 

Terdapat beberapa persoalan yang bermain di kepala CTS berkaitan gambar di atas, walaupun CTS telah beberapa kali cuba untuk berfikir positif.

1. Kenapakah si lelaki berlebai di belakang membiarkan seorang perempuan mengusung beras?
2. Miskin sangatkah Pusat Khidmat Masyarakat Rantau Panjang sehinggakan tiada sampan untuk membawa barangan mangsa banjir? Dan soalan cepumas ...
3. Kampit beras berkenaan bukankah sepatutnya dihantar ke pusat pemindahan banjir? Kenapa dihantar ke rumah yang hendak tenggelam? Agak-agak hendak masak di mana?

YB hendak bersessi fotografi atau hendak menolong mangsa banjir?

2 @AzminAli Tidak Terlibat Kes Rasuah Pasir RM4 Juta? Bukankah KKSB Di Bawah MBI Inc.?



DS Mohamed Azmin Ali menafikan penglibatannya dalam menganugerahkan sebarang kontrak perlombongan pasir di Selangor, sehari selepas seorang anak saudaranya ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Sebaliknya, Menteri Besar Selangor itu berkata kontrak pasir dikendalikan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KKSB), yang tidak dianggotai beliau. Baca di sini.

Memang benar KKSB tidak dianggotai oleh Azmin Ali sebagai Ahli Lembaga Pengarah. Namun jangan lupa, KSSB adalah anak syarikat milik penuh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Inc. Yang pasti Azmin Ali adalah Pengerusi MBI Inc. dan Azmin Ali berkuasa penuh ke atas syarikat tersebut. Oleh itu, alasan idola beliau iaitu 'Top Dog' Pakatan Harapan yang selalu berkata, "Saya tak tau", "Saya tak ingat" tidak terpakai dalam kes ini.

Kedua, mungkin betul tiada anugerah sebarang kontrak ke atas KKSB disebabkan oleh perlombongan pasir ini dilakukan secara haram. Ketiga, KKSB ditubuhkan tidak lama selepas Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri Selangor selepas pilihan raya umum 2008. Peranan utamanya ialah eksplorasi, perlombongan, pengeluaran dan penjualan pasir, bahan batuan dan sumber mineral di negeri Selangor. Agak tidak logik MBI Inc. tidak mengetahui tadbir urus syarikat berkenaan.

Siasatan SPRM beberapa hari lepas menunjukkan syarikat perlombongan pasir itu didakwa merasuah pegawai kerajaan tempatan di Kajang, iaitu tempat syarikat itu beroperasi sejak 2014. SPRM telah membekukan akaun syarikat bernilai RM4 juta, susulan penahanan empat individu dipercayai terlibat dengan perlombongan pasir dan batu haram di Selangor, termasuk seorang anak saudara Azmin berumur 30-an. Adakah ini semua sekadar kebetulan?

December 3, 2017

3 Srikandi PPBM Keluar Parti, Takkan @SyedSaddiq Sajat Pula Nak Pegang Jawatan?




Hari ini berlangsunh Sidang Media Khas pengumuman isytihar keluar parti oleh Ketua Srikandi PPBM Pendang, Ketua Srikandi PPBM Kuala Kedah  Ketua Srikandi PPBM Pokok Sena, Ketua Srikandi PPBM Jerai ketika ini selepas tidak berpuas hati dengan kepimpinan parti PPBM.

3 Ketua Srikandi PPBM dan 2 orang AJK Srikandi PPBM Bahagian telah isytihar keluar dari PPBM sebentar tadi dalam satu sidang media di Hotel Seri Malaysia.  Mereka terdiri daripada:

1. Zuraini Kamal 
EXCO Srikandi Malaysia
Ketua Srikandi PPBM Bahagian Kuala Kedah

2. Halimahton Saadiah binti Shah Mat
Ketua Srikandi PPBM Pendang
AJK PPBM Negeri Kedah

3. Rukiza Abu Bakar
Ketua Srikandi PPBM Pokok Sena 
AJK Srikandi Negeri Kedah

4. Sopi binti Aziz
AJK Srikandi PPBM Kuala Kedah

5. Fatimah binti Ahmad 
AJK Srikandi Kuala Kedah

Kalau tidak silap saya baru beberapa hari lepas PPBM buat pengumuman 10 ribu katanya ahli UMNO menyertai PPBM. Walaupun tiada bukti, kita bersangka baik sajalah. Hari ini beberapa Ketua Serikandi Kedah keluar parti. Takkan PPBM hendak mengharapkan Syed Sajat Saddiq mengetuai Serikandi Kedah pulak kan?

Nota Kaki: Kenapa Serikandi PPBM nampak macam Makcik-Makcik ya? Yang muda sikit tak ada ka?

3 YB Lembah Pantai @n_izzah Contoh Wakil Rakyat Yang Pemalas


Ini satu contoh Wakil Rakyat yang pemalas. Sepatutnya sebagai seorang Wakil Rakyat, Nurul Izzah sepatutnya turun padang. Setidak-tidaknya beliau boleh mendapatkan khidmat agensi pro pembangkang seperti INVOKE atau Merdeka Review untuk mendapatkan jawapan soalan beliau di atas.

Cuba kita tafsirkan apa sebenarnya yang cuba dilakukan oleh Nurul Izzah. Bertanya harga ikan untuk apa? Sudah tentunya harga tidak menentu akibat monopoli orang tengah, cuaca dan lokasi. Apakah positifnya pertanyaan ini. Saya tidak faham bagaimana pemimpin-pemimpin parti pembangkang ini boleh menang bertanding hanya dengan menipu Rakyat.

Mengapa ikan kembung menjadi satu asas untuk menentukan kenaikan atau penurunan harga barang. Ikan kembung bukan makanan ruji yang dimakan Rakyat Malaysia setiap hari. Tidak perlu menjadikan ikan kembung sebagai modal politik, seperti mana Wakil Rakyat ini memberikan sebuku roti kepada pengundi beliau sepanjang 4 tahun beliau memegang kerusi Parlimen Lembah Pantai.

December 2, 2017

9 UMNO Tidak Faham Kesusahan Rakyat, Kata Mak Lampir Yang Ada 7 Kenderaan Mewah



UMNO tidak faham kesusahan Rakyat, itu kata-kata YB Zuraida Kamaruddin atau dikenali netizen sebagai Mak Lampir. Mungkin ada benarnya hanya Zuraida Kamaruddin seorang sahaja yang memahami erti kesusahan Rakyat. Kenapa saya kata begitu? 

Pertama, Zuraida Zakaria antara Wakil Rakyat dan Ahli Parlimen yang bermula sebagai orang susah. Beliau berniaga buah-buahan di gerai dan bukan merupakan Rakyat Malaysia yang asal. Kedua, cara beliau memahami kesusahan Rakyat adalah dengan mengumpul kekayaan dengan cepat. Apa tidaknya, baru dua penggal menjadi Wakil Rakyat beliau sudah mengumpul 7 biji kereta mewah! 

Ketiga, beliau berjaya merekrut dan mendidik anak buahnya untuk berjaya dan kaya sepertinya. Salah seorang daripadanya adalah Datuk Adam Rosly, pemilik rumah Disneyland Ampang, yang telah menjadi jutawan hanya dengan menjual nasi lemak. Mungkin itulah sebabnya Mak Lampir kata UMNO tidak faham kesusahan Rakyat.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates