January 4, 2017

3 13 Kereta Uber / Grabcar Disita Dalam Operasi SPAD Di KLIA Dan KLIA2


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat  (SPAD) telah membuat sitaan kepada 13 kereta milik pemandu Uber / Grabcar yang didapati bersalah kerana menjalankan kegiatan 'ulat' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2.

Pengurus Besar Kanan Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata, 13 pemandu Uber / Grabcar merupakan antara 58 ulat yang ditangkap penguatkuasa itu di dua lapangan terbang utama negara sejak tiga bulan lalu.

Menurut Datuk Che Hasni, ulat-ulat ini ada pelbagai jenis dan yang terbaharu adalah Uber / Grabcar. Mereka menyalahgunakan aplikasi untuk menjalankan kegiatan mereka. SPAD katanya, mula membuat tangkapan ke atas ulat-ulat Uber / Grabcar ini sejak Oktober lalu. 

Beliau berkata demikian pada sidang media di KLIA, sejurus selepas menjalankan operasi Ops Parasit di dua lapangan terbang itu di sini. Sehubungan itu, Datuk Che Hasni mengingatkan kepada pemilik kenderaan seperti Uber / Grabcar bahawa tindakan akan diambil dengan menyita kenderaan mereka termasuk pemandu yang melakukan kesalahan.

Katanya, tindakan dibuat di bawah Seksyen 205(1) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010. Mereka boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, manakala kuasa menyita dan melucutkan hak kenderaan di bawah Seksyen 16 APAD.

Selain 13 tangkapan membabitkan Uber / Grabcar pada tahun lalu, SPAD turut menahan 22 ulat teksi, 16 kereta sapu dan tujuh ulat tiket. KLIA2 menyaksikan jumlah tangkapan lebih banyak dengan 40 ulat manakala 18 lagi di KLIA. Menurut Datuk sebanyak tiga 'ulat' ditahan, berumur antara 37 dan 38 tahun. Beliau menambah, urusan pendakwaan terhadap ulat-ulat tersebut di mahkamah akan dilakukan dengan segera dalam tempoh 24 jam sebaik sahaja tangkapan dibuat.

January 2, 2017

92 Jadilah Seperti Din Pagoh, Si Marhaen Makan Lempeng Cicah Kari


Masih lagi terikut-ikut rasanya dengan aktiviti ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri. Setiap hujung tahun akan ke luar negara bersama-sama keluarga untuk melancong. Padanlah kita tidak mendengar langsung suara beliau walaupun Parti Cap Bunga Raya kucar kacir dengan penyingkiran Ketua Srikandi parti berkenaan, Anina Saadudin dan perletakan jawatan Mohamad Ezam Mohd Nor keluar parti, kurang 3 bulan menyertai parti itu.

Mungkin pengikut-pengikut Parti Cap Bunga Raya agak kecewa dengan tindakan Presiden Parti yang masih lagi berdiam diri dengan isu-isu parti, namun mereka boleh berbangga bahawa Presiden mereka seorang yang amat marhaen dan tawadduk. Makan pun lempeng cicah kuah kari saja dan bercuti keluargapun sekadar di Vienna saja dan menginap di Park Hyatt. Bagi minions Bunga Raya yang tak tahu Vienna di mana, ala cuma belakang Mak Mandin saja.


51 Inilah Legasi Yang Tun Dr Mahathir Tinggalkan Untuk Rakyat

Bapa mereka pernah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun dan juga pernah menjawat sebagai Menteri Kewangan.

Pengorbanan Bapa mereka tidak terhenti setakat itu. Kini dalam usaha 91 tahun, beliau masih berusaha untuk berjuang untuk kesejahteraan Rakyat. Demi Rakyat.

Bapa mereka berkorban untuk menjadi Pengerusi sebuah parti baru untuk menyelamatkan Malaysia. Semuanya untuk Rakyat.

Untunglah mendapat Bapa seperti Tun Dr Mahathir Mohamed. Tiada sebarang harta ditinggalkan  untuk keluarga. Semuanya hanya untuk Rakyat.

Saya menangis teresak-esak melihatkan penderitaan dan kesengsaraan keluarga ini. Bapa siapa lagi ada tinggalkan legasi yang sebegini hebat?




January 1, 2017

52 Bila RBA DAP Akan Fasih Berbahasa Malaysia?

Kalau sebelum ini cytro-cytro Red Bean Army (RBA) DAP membuat kesalahan-kesalahan tatabahasa Bahasa Malaysia seperti dipatuk menjadi dibatut, menjunam menjadi merunam dan yang terbaru adalah mangkuk menjadi mangguk. Persamaan di antara kesalahan-kesalahan ini adalah semuanya dikongsi oleh orang yang sama, Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming.

Entah bilalah Cina-Cina RBA DAP ini hendak fasih berBahasa Malaysia sedangkan pekerja-pekerja dari Myanmar dan Bangladesh dapat menguasai Bahasa Malaysia setelah baru beberapa bulan bekerja di Malaysia.

Nga Kor Ming pasti akan menafikannya tetapi dari gaya dan lenggok bahasa serta kesalahan tatabahasa yang amat bodoh kita tahu pengendali atau Admin bagi page baru 'BN Barang Naik' adalah orang atau sekumpulan Cina Bukit yang sama. Corak dan 'style' poster juga sama. BN merunam pun sama. Jangan sampai dibatut ular nanti anda menjadi golongan mangkuk hayun ehh salah, mangguk.

62 Golongan Manakah Yang Mempunyai Ciri-Ciri Mendapatkan Haji Yang Mabrur Mengikut Pandangan Tuan Guru Syeikh Al Mahathir


Apabila Pengerusi Parti Cap Bunga Raya merangkap Mursyidul Am Parti mengeluarkan fatwa bahawa sesiapa yang mengerjakan Haji menggunakan wang 1MDB tidak akan mendapat Haji Mabrur. Ini kerana kata beliau, mengerjakan Haji tajaan 1MDB berpunca daripada duit penajaan program tersebut kononnya haram kerana dicuri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Baca di sini.

Maka ramailah yang tertanya-tanya, bagaimana hendak mendapatkan Haji yang Mabrur. CTS pun tidak dapat memberi penjelasan yang pasti kerana masih belum mengerjakan Haji. Namun, apa yang pasti, mengikut apa yang CTS pelajari, seseorang yang mendapat Haji yang Mambrur, kehidupan beliau akan berubah menjadi lebih baik dan beriman. Jadi kalau ditanya, siapakah yang mempunyai ciri-ciri orang yang mendapat Haji yang Mabrur. Jawapannya pastilah keluarga Tuan Guru Al Syeikh Mahathir Al Keralali.




Jemaah Haji tajaan 1MDB tidak Mabrur. Taukeh judi taja sambutan majlis hari jadi, kira Halalal Toyyiba kan?

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates