December 22, 2016

15 Ratu Badak Hendak Malukan Pengerusi Gerakan Merah Tetapi Dimalukan Dengan Tepung

Hari ini, blogger dan cytro belaan PKR dan YB Ampang, Zuraidah Zakaria berhasrat untuk memalukan Pengerusi Gerakan Merah, DS Jamal Yunus dengan membuat Sidang Media di hadapan rumah DS Jamal. Perkara ini telah diwar-warkan di dalam media sosial sejak semalam,

Sebaliknya, apa yang berlaku hari ini adalah drama bertukar menjadi tragedi kelakar apabila Ratu Naga telah dimandikan dengan air longkang dan di'tepung tawar' di hadapan kediaman DS Jamal. Ratu Badak berjaya ditepungkan untuk dijadikan cucur badak. 

Ratu Naga dan puak PKR datang ke rumah DS Jamal kononnya hendak hantar air mandikan beliau. Sebelum Ratu Naga mandikan DS Jamal, mereka terlebih dulu yang dimandikan dan ditepung tawar. Macam-macam drama sejak DS Jamal bertuala mandi di hadapan bangunan SUK semalam. DS Jamal berkata,
"Sudah lima hari air tiada di rumah saya, jadi apa yang mereka bawa dengan sebotol air hanya nak mengejek-ejek saya, saya tahu apa yang mereka lakukan ini kerana tindak balas tentang mesej saya berikan semalam.
Saya minta dia balik tapi tak mahu balik sebab itulah dia dimandikan dengan air longkang dan air najis baru dia balik. Dia nak sangat merasa air longkang dan air kumbahan jadi dia kena hadaplah benda ini, kerana perbuatan beliau untuk mengejek membawa padah."


December 21, 2016

0 Samsung Galaxy J7 Bakal Dimenangi Dalam Peraduan #PengangkutanAwamDaratMembawaSayaKe!


Tahukah anda? Anda berpeluang untuk memenangi Samsung Galaxy J7 dan kad Touch 'n Go bernilai RM250 dengan menyertai peraduan #PengangkutanAwamDaratMembawaSayaKe! Tapi bagaimana? Anda hanya perlu kongsi pengalaman ke lokasi kegemaran yang boleh diakses dengan pengangkutan awam darat dalam bentuk kolaj gambar atau video. Tarikh peraduan adalah dari 16 ke 30 Disember 2016.

Cara penyertaan sangat senang! 

Langkah 1: Rakamkan perjalanan anda ke lokasi kegemaran anda menggunakan pengangkutan awam darat. 
Langkah 2: Muat naik video atau gambar tersebut ke akaun Instagram anda. 
Langkah 3: Ceritakan kisah perjalanan anda dengan #PengangkutanAwamDaratMembawaSayaKe 
Langkah 4: Tag seorang rakan anda yang suka berjalan pada gambar yang dimuat naik. 

Kunjungi profil @spadmalaysia atau di Facebook SPAD di sini, untuk maklumat lanjut cara-cara penyertaan.

103 Pengerusi Gerakan Merah Bertuala Mandi Untuk Tumpang Mandi Di SUK



video

CTS bukanlah seorang peminat Pengerusi Gerakan Merah, DS Jamal Yunos. Namun kelibat DS Jamal hadir ke bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dengan memakai tuala mandi sebagai tanda protes terhadap kerajaan negeri berkaitan isu gangguan bekalan air, kalau difikirkan amat perlu.

DS Jamal turut membawa gayung, berus gigi dan alatan mandian lain. Bagaimanapun, beliau yang tiba di pintu utama bangunan itu jam 9.40 pagi tadi, dihalang daripada memasuki pusat pentadbiran kerajaan Selangor itu.

Kita mengharapkan agar NGO-NGO wanita tidak mencontohi tindakan DS Jamal ini dengan bertuala mandi beratur di depan SUK. Pastinya akan berlaku kelam kabut dan kejadian yang tidak diingini pastinya nanti.

Pasti ada yang akan mempertikaikan tindakan DS Jamal. Pesan CTS, jangan lihat tindakan DS Jamal bertuala mandi di SUK. Lihatlah apa apa yang cuba beliau sampaikan di sebalik tindakan beliau itu iaitu Selangor sudah kerap sangat ketiadaan air!

December 20, 2016

60 Suami ADUN Selangor Tidak Boleh Cari Makan Di Malaysia?


Ini adalah ADUN Batu Tiga, YB Rodziah Ismail. Di dalam laman sosial Twitter beliau semalam, beliau telah memuatnaik status beliau menghatar suami beliau ke lapangan terbang untuk ke Jepun. Menurut katanya, "Hantar suami pergi cari rezeki di Jepun. Dalam negara sendiri susah nak cari rezeki."

Takkan inipun nak salahkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan DS Najib Tun Razak? Adakah Menteri Besar Selangor, Azmin Ali tidak pandai jaga anak buah sampaikan suami ADUN Batu Tiga terpaksa berhijrah ke Jepun mencari rezeki sebab tak ada kerja dalam negara? 

Lain kali projek pintu gerbang tu hulur-hulurlah sedikit dekat anak buah. Belum lagi berpuluh projek yang diletakkan di bawah syarikat RM2. Takkan hendak suruh laki YB berkenaan cari peluang kerja / perniagaan di bawah Kerajaan BN kot?

10 Apa Ada Dengan Kok ... Ehhh, The Top, KOMTAR


Projek pengubahsuaian atau rejuvenasi KOMTAR di Pulau Pinang telah diswastakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng kepada syarikat Only World Group (OWG). OWG diberikan 'konsesi' selama 60 tahun sebagai balasan melaksanakan projek rejuvenasi KOMTAR mengikut budi bicara OWG sendiri yang diberi persetujuan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang pimpinan Joseph Lim Guan Eng.

OWG adalah juga syarikat yang menguruskan taman tema air di laut 'Wet World Wild' di Batu Ferringhi yang kini sudah berhenti operasi. Projek rejuvenasi ini termasuk penambahan 2 tingkat baru ke atas KOMTAR. Semua kos pembaikan dan rejuvenasi ditanggung oleh syarikat pemaju berkenaan.

Sukacita diingatkan, segala "taman tema" dan penambahan tarikan pelancong yang dibina atau disediakan di the Top @ KOMTAR seperti the Rainbow Skywalk dikenakan caj masuk, bukan percuma, dan ia juga bukan murah. Harga tiket dewasa adalah RM98 manakala harga untuk kanak-kanak adalah RM50.


Jangan kata tanah di Pulau Pinang habis Kerajaan DAP Pulau Pinang gadaikan atau  dijual, bangunan KOMTAR yang sebiji itupun turut digadaikan selama 60 tahun!

December 18, 2016

46 Ketua Menteri Pulau Pinang Abadikan Nama Rainbow Sebagai Satu Lagi Destinasi Perlancongan

Walaupun Pembantu Peribadi Ketua Menteri Pulau Pinang, Ng Phaik Keng atau lebih dikenali sebagai Rainbow telah lama dikeluarkan dan dipecat daripada Pejabat Ketua Menteri sejak 2012, nama beliau terus diabadikan di tingkat 68, Menara Komtar dengan nama 'Rainbow Skywalk'

Gadis cantik yang bukannya menjadi rahsia ramai dikatakan diminati oleh Joseph Lim Guan Eng sehinggakan ada blog dan portal yang mendakwa kesan plaster yang dipakai oleh Joseph Lim Guan Eng di dahi adalah gara-gara pergaduhan dengan isteri beliau, Betty Chew. Namun, kesahihan cerita masih menjadi misteri.

Bersama-sama sahabat baik beliau (siap pegang tangan tu), Menteri Perlancongan DS Nazri Aziz, Ketua Menteri Pulau Pinang pagi tadi dengan gembiranya merasmikan 'Rainbow Skywalk'. Menitis air mata CTS mengenangkan kisah cinta yang penuh tragis ini. Minta agar penerbit tersohor David Teoh dapat mengangkat kisah cinta ini ke layar perak.


An inspiring story from the Taj Mahal ...

December 17, 2016

10 Pembohongan @RafiziRamli Dibogelkan @MRTMalaysia


Bengang dengan serangan bertali arus membongkarkan pembohongan Ahli Parlimen Pondan ... maaf Pandan yang dibuat pada 2012, Rafizi Ramli telah membuat pembohongan atas pembohongan. Pembohongan 2012 mengenai kos Mass Rapit Transit (MRT) telah didedahkan oleh CTS semalam di sini

Rafizi Ramli yang terkenal di kalangan pemain media sosial dengan nama sotong telah membuat Kenyataan Media yang dipetik portal pembangkang, Malaysiakini, baca di sini tengah hari tadi dengan berkata,
"Since last night, Umno online propaganda groups have launched a social media campaign to show that the true cost of the MRT project was only RM21 billion and not RM100 billion as I had previously mentioned. They attacked me on social media (on this issue). What they do not realise is that Najib announcement that the cost to complete Phase 1 of the MRT for the first stretch from Sungai Buloh to Kajang (12 stations spanning 21 kilometres only) was RM21 billion.
The RM21 billion cost mentioned by Najib is only for 21km out of the planned 141km MRT line, he said, which means it is only 15 percent of the total cost for the entire MRT project. Employing simple calculations, he said, if the cost for each kilometre of the rest of the MRT line remained roughly the same as it was for the first phase, it would be RM1 billion per kilometre. If that is so, the remaining 120km of the MRT line would cost about RM120 billion."
Beliau membuat tuduhan berdasarkan andaian beliau bahawa jumlah kos RM21 juta yang disebut oleh Perdana Menteri adalah untuk 21 kilometer sahaja. Berdasarkan baki yang belum disiapkan beliau merumuskan bahawa kos pembinaan MRT adalah RM1 billion per kilometer. Malangnya, hanya penyokong-penyokong zombies dan minions beliau akan menelan apa sahaja pembohongan yang dilakukan oleh beliau. 

Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRTCorp) sebentar tadi telah mengeluarkan Kenyataan Media menafikan pembohongan, andaian, gurauan atau fitnah Rafizi Ramli. MRTCorp telah menjelaskan bahawa jumlah kos pembinaan MRT sebanyak RM21 juta adalah untuk Fasa 1 dan Fasa 2 SBK Line yang sepanjang 51 kilometer. Kenapalah bodoh sangat Rafizi Ramli ini?


63 Doktor Pelatih Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang Minta YDP Agong Letak Jawatan cc. @DGHisham @KKMPutrajaya @SKMM_MCMC

Pemilik akaun laman sosial ini masih bekerja sebagai doktor pelatih di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang. Melihat kepada posting-posting di wall beliau cukup berani menentang arahan-arahan Kerajaan termasuk arahan Ketua Setiausaha Negara (KSN) agar penjawat awam tidak menyertai perhimpunan haram. 

Malah ada juga statusnya memaki hamun ketua-ketua jabatan dan pakar-pakar hospital kononnya pilih kasih dan mengutamakan jantina. Status-statusnya memaki hamun pemimpin negara saban hari dan terkini tindakan kurang ajar dan biadap seorang kakitangan Kerajaan mempertikaikan sifat soleh YDP Agong kita yang gemar beribadat dan disuruh pula meletakkan jawatan sebagai Agong. 

Doktor pelatih sebenarnya belum disahkan dalam perkhidmatan. Mereka perlu disahkan di dalam perkhidmatan sebelum boleh menjadi doktor berdaftar penuh. Melihat kepada sikapnya yang biadap kepada YDP Agong, adalah disarankan Kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Kesihatan Malaysia harus bertindak tegas kerana kesetiaan kepada Seri Paduka Baginda adalah merupakan perkara asas bagi setiap penjawat awam dan langsung tidak boleh dikompromikan. 

December 16, 2016

31 Satu Lagi Pembohongan Sotong Mengenai MRT Terhadap SPAD Terbongkar, Saya Hanya Bergurau

Si Sotong Kangkung ditangkap dengan dengan skirt beliau yang terlondeh sekali lagi. Itulah pepatah English untuk "don’t get caught with your skirt down". Rafizi Ramli dalam satu kenyataan di dalam Keldaian Daily bertarikh 05/07/2012 (baca di sini) berkata, "berdasarkan maklumat daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), kos  kos sebenar projek My Rapid Transit (MRT) menghubungkan Sungai Buloh ke Kajang kini meningkat kepada RM100 bilion berbanding anggaran asal RM37 bilion."


Walau bagaimanapun, penipuan dan fitnah yang dibuat oleh Ahli Parlimen Pondan ... maaf Pandan ini terbongkar apabila Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak, bersempena dengan pembukaan Fasa 1 MRT semalam, mengumumkan bahawa projek Sungai Buloh ke Kajang MRT adalah bernilai RM21 bilion, iaitu RM2 bilion di bawah bajet. Baca di sini.


Jadi maafkanlah Rafizi Ramli. Selepas ini pastinya beliau akan mengeluarkan kenyataan, "saya hanya bergurau." seperti mana beliau pernah berkata apabila fitnah terhadap isteri Perdana Menteri, DS Rosmah Mansor terbongkar, "Saya cuma berseloroh tentang cincin Rosmah".

December 15, 2016

0 90 Saat Sasaran Kekerapan Perkhidmatan Tren Di Lembah Klang


Pengguna perkhidmatan tren seperti komuter, monorail, LRT dan yang terbaru MRT pastinya teruja apabila Menteri Pengangkutan DS Liow Tiong Lai melahirkan harapan agar kekerapan perkhidmatan tren di Lembah Klang dapat ditingkatkan kepada setiap 90 saat.

DS Liow yang mengambil contoh lawatan kerja ke Moscow, Rusia baru-baru ini, beliau sangat kagum dengan perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) bawah tanah di bandar itu yang mampu menampung 8.5 juta penumpang sehari dengan kekerapan setiap 90 saat.

Berdasarkan langkah penambahbaikan perkhidmatan tren Lembah Klang yang telah dilaksanakan setakat ini, katanya sasaran itu mampu dicapai dengan usaha dan kerjasama semua pihak terlibat. DS Liow berkata kekerapan perkhidmatan KTM Komuter misalnya telah berjaya ditambah daripada setiap sejam kepada setengah jam dan yang terbaru kepada setiap 15 minit.

DS Liow yang juga Presiden MCA berkata melalui pelaksanaan Projek Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT), tempoh menunggu KTM Komuter akan disingkatkan lagi kepada 7.5 minit menjelang 2019 dan akan terus ditingkatkan kepada setiap 3.5 minit. 

Kita mengalu-alukan usaha dan hasrat Menteri Pengangkutan yang berusaha memberi perkhidmatan tambah baik kepada pengguna-pengguna perkhidmatan awam terutamanya perkhidmatan tren. Tidak seperti ahli-ahli politik pembangkang yang lain yang sering membuat kritikan dan tidak memberi nilai tambah.

38 Hadiah Untuk Rakyat - Tambang Percuma Sebulan Untuk MRT


Tambang percuma selama sebulan perkhidmatan Transit Aliran Massa Laluan Sungai Buloh - Kajang (MRT SBK) dapat dinikmati Rakyat sempena pelancaran sulung laluan itu bermula esok pagi. Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak berkata, perkhidmatan pengangkutan tren percuma yang dikendalikan oleh RapidRail Sdn Bhd itu dapat dinikmati pengguna bermula esok selama sebulan sehingga 17 Januari depan.

Perdana Menteri melancarkan Fasa Pertama MRT laluan Sungai Buloh - Kajang di stesen MRT Kwasa Damansara. Perdana Menteri turut mengumumkan tambang dan perkhidmatan bas perantara percuma bermula esok sehingga 16/01/2017 bagi Fasa Pertama MRT. Perkhidmatan bagi fasa pertama akan bermula pada pukul 6.00 pagi esok, membabitkan 12 stesen di antara Sungai Buloh dan Semantan dan meliputi laluan sepanjang 21 kilometer.

Katanya, pembukaan laluan Fasa 1 MRT SBK bermula daripada Sungai Buloh hingga ke Semantan yang turut melalui 10 stesen lain sekitar Damansara yang menghala ke pusat bandar. Beliau berkata demikian dalam Majlis Pelancaran Operasi Fasa Pertama MRT SBK di Stesen MRT Kwasa Damansara.

Fasa ini melibatkan 12 stesen iaitu Sungai Buloh, Kampung Selamat, Kwasa Damansara, Kwasa Sentral, Kota Damansara, Surian, Mutiara Damansara, Bandar Utama, Taman Tun Dr Ismail, Phileo Damansara, Pusat Bandar Damansara dan Semantan. Fasa ini juga menelan belanja RM25 bilion. Bankrap sangatlah Malaysia seperti dakwaan ProTun dan minions pembangkang.

Kejayaan ini amat manis dan ianya lanjutan daripada initiaif Perdana Menteri mengarahkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk membangunkan Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara bagi menetapkan wawasan dan hala tuju pengangkutan awam darat di Malaysia. Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara tersebut telah ditandatangani dan diluluskan oleh Parlimen pada 16 Oktober 2013.

Wawasan Rancangan Induk ini adalah bagi memastikan bahawa sistem pengangkutan awam darat adalah selamat, boleh diharap, responsif, mudah diakses, terancang, bersepadu, berpatutan dan lestari untuk meningkatkan pertumbuhan sosio-ekonomi dan kualiti hidup.



December 14, 2016

43 Din Tunggul Kuat Benar Menipu


Presiden Parti Cap Bunga Raya, TS Muhyiddin Yassin ditangkap cuba berbohong dan menipu apabila beliau membuat fitnah bahawa gambar Perdana Menteri, DS Mohd Najib Tun Razak telah diturunkan semasa pembukaan Malaysia Pavillion yang bertempat di Milan World Expo 2015.

Video di dalam portal pembangkang, KiniTV, tonton di sini, Muhyiddin cuba menimbulkan kegemparan kononnya, gambar Perdana Menteri telah diturunkan semasa pembukaan Malaysia Pavillion kononnya, DS Najib Tun Razak telah memalukan Malaysia. Fitnah yang tersebar melalui KiniTV telah dipanjangkan dan ditokok tambah oleh portal fitnah pembangkang, World of Buzz, baca di sini, semalam.

Hari ini, Matrade, sebuah agensi di bawah MITI telah mengeluarkan Kenyataan Media bahawa TS Muhyiddin Yasin telah berbohong dan membuat fitnah. Matrade telah mengesahkan kesemua parti yang terlibat di dalam mengendalikan Malaysia Pavillion telah menafikan bahawa gambar Perdana Menteri telah diturunkan. Ternyata, TS Muhyiddin Yassin cuba mengantikan tempat Harith Iskandar sebagai juara 'Funniest Person In The World 2016' atau mengantikan tempat Rafizi Ramli sebagai Raja Bergurau.


38 Rayuan Semakan Kehakiman Ditolak, Anwar Ibrahim Kekal Dipenjara


Mahkamah Persekutuan pagi tadi telah menolak permohonan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim untuk menyemak semula keputusan kehakiman kesalahan liwatnya. Justeru, hukuman penjara yang dikenakan sebelum ini kekal. Dengan keputusan itu Anwar Ibrahim dijangka akan terus dipenjara sehingga pertengahan 2018.

Sementara itu, kelibat penyokong-penyokong Anwar Ibrahim di perkarangan Mahkamah Persekutuan pagi ini amat mengecewakan. Tidak ramai yang menghadirkan diri seolah-olah sudah mengetahui keputusan yang bakal diterima. Apapun aura Anwar Ibrahim nampak semakin pudar, tidak seperti beberapa tahun lepas.




 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates