December 31, 2013

10 5 sms Dalam Masa 50 Minit? Inikah Cara Kerajaan Berjimat DS @NajibRazak ?


CTS ada menerima 5 sms petang tadi dalam masa 50 minit. Persoalan yang timbul adalah adakah hanya CTS seorang yang menerima sms ini? Berapa 'target audience' yang disasarkan? Apakah kaedah persampelan yang digunakan? Adakah ianya secara rawak? Adakah syarikat telekomunikasi yang CTS gunakan menjual maklumat CTS? Jika benar, bukankah ini bersalahan dengan 'Personal Data Protection Act (PDPA) 2010' yang telah digazetkan dan berkuatkuasa bermula 15 November 2013?

Berbalik kepada kos yang digunakan, adakah sms-sms yang dihantar ini percuma atau ianya dicaj mengikut caj daripada syarikat telekomunikasi sebanyak RM0.03 satu sms? Katakan sms di atas dihantar kepada 'target audience' sebanyak 1 juta orang dan kos satu sms adalah RM0.03, jumlah kos yang ditanggung adalah (RM0.03/sms X 5 sms) X 1,000,000 sasaran Rakyat Malaysia = RM150,000!!! Siapakah yang membayar caj berkenaan kepada syarikat telekomunikasi? Adakah duit Rakyat Malaysia digunakan? 

CTS amat gembira apabila Perdana Menteri mengumukan 11 langkah penjimatan yang akan dilaksanakan oleh sektor awam, semalam. Tapi hari ini apabila menerima sms ini, hati menjadi marah. Lebih marah sekiranya sms ini bukan percuma dan pembaziran dilakukan untuk menghantar sms -sms 'bodoh' ini. ConSultan Pejabat Perdana Menteri yang manakah menawar diri untuk menjawab persoalan CTS di atas?

December 30, 2013

5 Tahniah @cmlimguaneng Sambut Tahun Baru 2014 Dengan W221 Mercedes-Benz S300L Baru




Dengan hasil pentadbiran DAP Pulau Pinang yang Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) berjaya membuahkan hasil. Ketua Menteri Pulau Pinang bakal menaiki kereta W221 Mercedes-Benz S300L baru berwarna 'Palladium Silver'. Plat kemegahan beliau PG1 masih dikekalkan untuk kenderaan mewah yang baru ini. Sumber dari paultan.org boleh dibaca di sini.

Zuhud sungguh Khalifah merangkap Tokong Pulau Pinang ini. Surcaj air naik, hasil jualan tanah naik, saman parking pun meningkat, elaun ADUN pun naik. Okay la kalau nak naik Mercedes-Benz S300L pun. Juak-juak TURUN yang bakal berguling-guling di Dataran Merdeka malam besok tidak mahu turun sama berguling-guling di Pulau Pinang? Tahniah Tokong Lim Guan Eng kerana berjaya menipu hidup-hidup Melayu Pulau Pinang.

8 Pemuda UMNO Tanjong Karang Nak Hantar Memo Kat PM @NajibRazak ? DS @nohomar Mana? Pi Bercuti Ka?



Bab yang ni memang CTS tak boleh hadam. Apa kejadah Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tanjong Karang hendak menyerahkan memorandum bantahan kepada Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak? Kononnya memorandum bantahan ini berkaitan dengan kenaikan harga barangan dan kos sara hidup. Memorandum berkenaan sedang dalam perjalanan hendak diserahkan kepada Perdana Menteri.

CTS nak tanya bukankah DS Noh Omar Ketua UMNO Bahagian Tanjong Karang? Bukankah DS Noh Omar Ahli Parlimen Tanjung Karang? Dan bukankah DS Noh Omar juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor yang dilantik oleh Presiden UMNO? Awat dia tidak tahukah penyerahan memorandum bantahan itu hari ini? Atau beliau sedang sibuk pergi bercuti? Bukankah lebih molek sekiranya memorandum bantahan dari ahli parti sendiri diserahkan kepada Ketua Bahagian atau dalam kes ini Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor sendiri untuk diserahkan kepada Perdana Menteri. 

Sudah hilangkah adab dalam parti atau sekumpulan orang sedang menangguk di air yang keruh untuk menjadi popular. Kalau inipun DS Nor Omar tidak boleh selesaikan dan memalukan Perdana Menteri, eloklah kiranya beliau letak jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor. Buat malu orang kampung saja.

December 29, 2013

8 Unit Anal PAS Menari Dengan Orang Asli - Apa Fatwa TG Nik Aziz Nik Mat?



Kalau gambar-gambar di atas ditukarkan kepada gambar pemuda-pemuda UMNO, pasti gegak gempita bloggers dan cybertroopers PR terutama PAS menjatuhkan hukum bahawa UMNO membawa maksiat, anjur pesta tari menari di dalam ziarah amal mereka. Namun, malangnya gambar-gambar di atas adalah gambar-gambar yang tidak diedit. Inilah gambar-gambar Unit Anal PAS sewaktu Ziarah Amal mereka ke perkampungan orang asli Sungai Peroh, Kluang, Johor. 

Mungkin niat mereka untuk menghormati tradisi tuan rumah, tapi apakah matlamat menghalakan cara? CTS tidak mahu menjatuhkan hukum, semua sudah besar panjang untuk berfikir sendiri. Janganlah kuman seberang laut nampak di mata, bangkai gajah terbungkam di depan mata kita buat tak tahu.

December 28, 2013

7 Menteri Ayam Buat Kenyataan Bodoh Lagi - Bila DS @NajibRazak Nak Pecat Ni?


Menteri Ayam bersuara lagi. Kali ini beliau berkata Rakyat Malaysia menyokong kenaikan harga berikutan kurangnya aduan yang dibuat kepada kementerian beliau. Kita mengharapkan Menteri-Menteri barisan kabinet DS Najib mengeluarkan kenyataan yang bijak sedikit. Kalau begini caranya beliau memberi kenyataan, penyokong-penyokong Barisan Nasional pun boleh muntah hijau.


Patutlah beliau kelihatan di rancangan siaran langsung Maharaja Lawak Mega. Pak Lawak rupanya beliau ini. Kalau harga ayam mahal jangan makan ayam makan daging. Kalau ikan mahal cuba cari benda lain nak makan. Itulah antara kata-kata keramat Pak Lawak yang bertaraf Menteri ini. Kita faham kalau beliau terus memegang jawatan sebagai Menteri. Cara beliau mencium tangan Perdana Menteri pun sydah cukup mengambarkan jiwanya.

December 26, 2013

6 YB PAS Menyebar Foto Fitnah PERKASA Di Facebook


Amat malang sekali bagi seorang Yang Berhormat (YB) bertudung labuh dari parti yang mendakwa Parti Islam, membawa berita fitnah di laman sosial Facebook beliau yang dibaca oleh ribuan orang. Tindakan ADUN PAS Rantau Panjang, YB Siti Zailah Mohd Yusuf menyebarkan foto yang telah diedit, dengan tujuan untuk memburuk-burukkan PERKASA amat dikesali. 

Seharusnya YB berkenaan membuat semakan dan rujukan terlebih dahulu sebelum menjatuhkan hukum serta menjadi ajen penyebar fitnah. Tidak perlu rasanya CTS nyatakan hukum seorang yang menyebarkan fitnah bukan. YB sendiri terlebih maklum. Lihat foto sebenar dan foto edit seperti di bawah:

2 Sumbangan RM39.2 Juta Untuk Mangsa Banjir - Ke Mana Wang Berkenaan Disalurkan DS @NajibRazak ?


Saya amat tertarik dengan 'posting' yang dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Tun Abdul Razak di dalam laman sosial Twitter beliau dua hari lepas. Beliau telah memaklumkan bahawa Presiden UAE, Sheikh Khalifa Zayed Al Nayhan, telah menyumbangkan RM39.2 juta untuk mangsa-mangsa banjir negara. 

Persoalan yang ingin saya timbulkan di sini, bagaimanakah sumbagan berkenaan diberikan kepada mangsa banjir? Adakah sumbangan berkenaan akan dimasukkan ke dalam tabung untuk digunakan pada masa hadapan atau diberikan terus kepada mangsa-mangsa banjir yang berlaku baru-baru ini? Kalau diikutkan jumlah yang diberikan, diandaikan mangsa banjir berjumlah 39,000 orang, setiap mangsa banjir akan memperolehi lebih dari RM1,000 setiap orang. 

Adakah ini akan berlaku? Rasanya tidak. Cuma apa yang saya harapkan agar tidak sesen pun daripada wang berkenaan digunakan selain daripada membantu mangsa-mangsa banjir. Jika tidak, bukankah itu dinamakan pecah amanah kepada amanah yang diberikan oleh Presiden UAE? Tak gitu DS?

December 25, 2013

9 Keranda India Dibalut Bendera PAS? 'Confirm' Masuk Syurga Nik Aziz! (3 Gambar)




Hebat betul tarbiyah ustaz dan ustazah PAS sehingga India '3 line' sekarang turut membalut keranda mereka apabila berlaku kematian dengan bendera PAS. Apa lagi India mahu. Syurga Nik Aziz sudah dalam tapak tangan.

Ketua Wanita Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Cawangan Kota Raja telah meninggal dunia hari ini. Mayatnya telah dibalut dengan bendera Pas. UMNO dan BN wajib belajar bagaimana PAS dan DAP menyalurkan propaganda mereka sehingga konsep 'PAS For All' begitu terkesan sekali di kalangan orang-orang India.

5 @ngakorming Biadap Sambut Hari Natal Dengan Menghina DS @NajibRazak Suami Isteri


Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming, hari ini menyambut Hari Natal dengan bertindak menghina Perdana Menteri, DS Najib Tun Abdul Razak suami isteri. Nga Kor Ming atau nama Kristiannya David memilih hari raya orang-orang Kristian untuk bertindak menghina seteru politiknya dengan membandingkan DS Najib suami isteri dengan watak-watak Marty dan Gloria dalam filem trilogi Madagascar. 

Pemimpin berbangsa Cina DAP semakin terang-terangan menghina pemimpin Melayu. Dalam kemeriahan menyambut Hari Natal, masih ada pemimpin DAP yang berfikiran kanak-kanak tadika, "low class politician" dan langsung tidak tahu berpolitik cara berhemah. Tahniah Nga Kor Ming. Kamu telah menunjukkan sifat DAP yang sebenar.

December 24, 2013

2 @ibdil Bincang Krisis Himpunan Haram Ambang Merdeka Dalam Sessi "Cigar Appointment" #Lifestyle @khairykj


Mungkin inilah cara terbaik bagi Pengerusi, Biro Media Baru, Pemuda UMNO Malaysia menangani pengurusan krisis (crisis management) juak-juak PR yang akan mengadakan perhimpunan haram Ambang Merdeka di Dataran Merdeka pada 31 Ogos nanti. Cara "Lifestyle" yang diamalkan beliau adalah mengadakan sessi "cigar appointment" dengan golongan-golongan "the rich and famous" seperti Nedim anaknya DS Nazri Aziz, Pengarah Eksekutif Naza, Dato' Wira SM Faisal SM Nasimuddin dan beberapa tokoh korporat yang lain. 

Hebat betul cara hidup EXCO Pemuda UMNO ini. Bagaimanalah agaknya hendak mendekati golongan Rakyat Marhaen melalui media sosial? Apakah beliau berkemampuan untuk masuk di dalam kumpulan elit ini atau beliau hanyalah balaci yang dipergunakan oleh golongan korporat untuk kepentingan tertentu? Tahniahlah Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin yang bijak memilih EXCO Pemudanya. Ohh! Nak lihat Pengerusi BMB pakai beg tangan? Lihat instagram milik SM Faisal ini. "Lifestyle" beb!

4 Gambar-Gambar Dan Video Fenomena Aneh Ikan Melompat Ke Darat Di Pantai Tambisan, Lahad Datu Pagi Tadi






video

video

Kejadian berlaku di persisiran pantai Kampung Tambisan Darat, Lahad Datu pada kira-kira pukul 8.45 pagi tadi. Beribu-ribu ikan tamban yang kebiasaannya hanya berenang di tengah lautan, hari ini dilihat berpusu-pusu berenang ke pesisiran pantai dan melompat naik ke daratan. Kita doakan tidak ada kejadian buruk yang akan berlaku di sana. Kejadian ikan-ikan naik ke darat pernah berlaku sebelum kejadian tsunami di Acheh pada 26 Disember 2004. Setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmah yang dapat kita fikirkan bersama.

December 23, 2013

2 Alif Pada Kalimah Allah Digantikan Dengan Lambang 1Malaysia?


CTS tidak pasti puak mana yang tergamak membuat poster di atas. Dalam keghairahan segelintir pihak untuk mempertahankan kalimah Allah, mereka sama ada sedar atau tidak telah mempersendakan kalimah Allah itu sendiri. Huruf Alif di dalam kalimah Allah telah digantikan dengan lambang 1Malaysia. CTS bukan alim ulama yang layak untuk mengeluarkan hukum hakam, tetapi adalah haram untuk mengubah mana-mana huruf dan tanda bacaan bagi mana-mana Ayat Al Quran.

5 Apa Barang Buat 'Flash Mob' Sambil Tidur Di Kaki Jalan Tuanku Abdul Rahman?



Kalau penting sekalipun hendak buat 'flash mob' membantah mengenai kenaikan harga barang dan perkhidmatan, kenapa sampai begitu sekali baring atas kaki lima? Gambar-gambar di atas diambil di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman ketika kumpulan yang mengelarkan diri mereka Jingga 13 membuat 'flash mob' petang tadi.

Kalau pegang 'placard' sambil berdiri pegang tak boleh ka? Atau memang 'Standard Operating Procedures (SOP) kena berbaring? Kalau di sebelah Utara perangai sebegini kami tak panggil Jingga 13, mereka ni kami panggil 'qhaplah jingga'!

Walaupun CTS yakin ramai yang tidak bersetuju dengan kenaikan tarif elektrik, tambang bas sekolah, kenaikan tol, harga barangan dan sebagainya, namun apa gunanya berpiket sedemikian? dapatkah merubah apa-apa? Nampak kurang bijak tindakan begitu.

December 22, 2013

23 Gambar-Gambar Danok, Thailand Dibom Hari Ini (10 Gambar)











Bagi pengemar-pengemar makanan "tomyam" dan "kerabu kaki ayam" terutama di sempadan Danok, Thailand - Bukit Kayu Hitam, Kedah, dinasihatkan menangguhkan dulu selera anda itu disebabkan Danok hari ini di bom sekali lagi. Kejadian dipercayai berlaku jam 1.20 petang tadi. Pada gambar pertama, kelihatan gambar Kancil dengan plat pendaftaran PEY2822. Siap dengan sticker UUM lagi. Kantooi!

Kejadian berlaku berhampiran Oliver Hotel. Sayang hotel berkenaan dengan Malaysia sehingga mengibarkan bendera Malaysia di premis mereka. Motif kejadian belum dapat dipastikan. Kejadian dikatakan ada persamaan dengan dua bom motosikal meletup hampir serentak di hadapan balai polis daerah Sadao dan Padang Besar di Songkhla, pada jam 11.20 pagi tadi.

4 Puak Kristian Anjur Majlis Gunakan Nama Allah Di Selangor


Hari ini bertempat di Hotel Gold Coast, Klang dari jam 1.00 petang hingga 6 petang hari ini, puak Kristian bakal menganjurkan majlis International Full Gospel Fellowship, satu forum yang menggabungkan tiga rumah ibadat agama Kristian iaitu Gereja Klang, Nilai dan Puchong. Kita tidak kisah apa sekali majlis yang hendak penganut-penganut Kristian hendak anjurkan. Malaysia menganjurkan kebebsan beragama. Apa yang dikesalkan adalah tindakan pihak penganjur yang degil masih mahu menggunakan kalimah Allah terutama di dalam negeri Selangor. Secara terang-terangan kalimah Allah diletakkan pada banner majlis berkenaan. 

Apakah mereka mahu mencabar titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menetapkan bahawa semua rakyat negeri itu, tanpa mengira agama dan keturunan perlu akur dan mematuhi larangan penggunaan Kalimah Allah oleh mereka yang bukan beragama Islam. Titah Baginda selaras dengan perkara itu diputuskan oleh Dewan di Raja Selangor yang bersidang pada 11 November lalu seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 9 Bahagian 1 Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Dikalangan Orang Islam) 1988. Enakmen tersebut terpakai kepada semua orang sama ada Islam atau bukan Islam dalam negeri Selangor.

December 21, 2013

0 SPAD Cadang Bas Awam Dipasang GPS

Kita mengalu-alukan saranan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk menggalakkan semua bas awam dilengkapkan dengan Sistem Pengesanan Global (GPS) bagi mengelakkan kenderaan itu dipandu laju.
     
Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata selepas melawat Terminal Sentral Kuantan, setakat ini hanya beberapa syarikat bas seperti Rapid Bus Sdn Bhd telah berbuat demikian bagi memantau kelajuan pemandu mereka di jalan raya.

Malaysia sewajarnya mencontohi negara China yang menggunakan satu sistem pemantauan terhadap pemandu pengangkutan awam mereka bagi memastikan pemandu tidak memandu melebihi kelajuan yang ditetapkan. Di negara berkenaan, sekiranya seorang pemandu keretapi didapati memandu melebihi had laju, pusat kawalan akan dimaklumkan dan langkah segera akan diambil bagi mengurangkan kelajuan keretapi tersebut.

SPAD sewajarnya lebih kerap mengadakan pertemuan dengan pengusaha syarikat bas awam untuk membincangkan cadangan pemasangan GPS. Mungkin pihak SPAD juga boleh mencadangkan kepada Kerajaan untuk memberikan diskaun tertentu terhadap pengusaha syarikat bas awam yang komited hendak melaksanakan sistem berkenaan.

December 20, 2013

0 MB Johor Saran Wujudkan Intergrasi Antara PBT & SPAD

Menteri Besar Johor, DS Mohamed Khaled Nordin menyarankan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Johor supaya menubuhkan unit pengangkutan awam bermula tahun hadapan bagi melibatkan diri dalam usaha meningkatkan pengangkutan awam yang lebih berkesan.

Penubuhan unit ini dilihat perlu bagi perkembangan pengangkutan awam selari dengan kepesatan pembangunan dan pembukaan bandar-bandar baharu di negeri ini di masa-masa akan datang.

MB Johor menyeru supaya PBT memainkan peranan dalam merangka dan membuat cadangan kepada pihak berkuasa kerajaan seperti Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Ia merupakan satu intergrasi penting bagi memastikan keseimbangan dalam menyediakan keperluan rakyat dengan pengangkutan awam yang disediakan.

Kita mengalu-alukan langkah dan cadangan daripada MB Johor berkenaan. Kerjasama di antara PBT dan SPAD ini, bukan sahaja dapat menyediakan sistem pengangkutan awam yang lebih baik kepada rakyat malah pada masa sama dapat mengurangkan kos sara hidup mereka. Cadangan MB Johor ini dilihat bersesuaian untuk diterapkan ke dalam setiap PBT di seluruh negara kerana ia dapat membantu SPAD dalam memperolehi maklum balas dan langkah penyelesaian lebih jitu. Sekiranya setiap PBT merangka, merancang dan melaksanakannya daripada sekarang, tidak ada masalah besar dari segi pengangkutan awam tidak dapat diselesaikan.

December 19, 2013

1 Makmal Kaji Sara Hidup Pula Hendak Ditubuhkan? Cukup-Cukuplah Bayar ConSultan @khairykj


Asal ada masalah tubuh makmal. Asal tubuh makmal panggil ConSultan. Asal panggil ConSultan berjuta-juta hingga berbillion duit Rakyat Marhaen dihabiskan. Sudah-sudahlah dengan idea merepek yang hendak menghabiskan duit negara, sedangkan taraf hidup Rakyat Marhaen tidak pernah berubah. 

Apa guna ada Menteri dan Timbalan Menteri kalau sekadar hendak mengeluarkan kenyataan yang bodoh? Terbaru, kita tidak pasti apa tujuan Menteri Muda Kementerian Belia dan Sukan mengeluarkan kenyataan supaya sebuah makmal ditubuhkan di bawah PEMANDU untuk mengkaji kos sara hidup Rakyat. Tidak cukupkah PEMANDU di bawah pengurusan DS Idris Jala menghabiskan duit Rakyat selama ini tanpa ada satu keputusan bijak yang dikeluarkan. 

Taraf hidup semakin tinggi. Harga barangan semakin naik. Sekarang YB Khairy Jamaluddin menyarankan kita menyara PEMANDU dengan bayaran berjuta-juta hingga berbillion-billion dengan duit Rakyat untuk mengkaji taraf hidup Rakyat? Pergi mampuslah YB! Rakyat Marhaen di Malaysia melaratlah!!!

2 Video-Video Amatur Rakaman Puting Beliung Di Johor Bharu Pada 18/12/2013




Perbagai kejadian fenomena cuaca aneh berlaku di beberapa tempat di seluruh dunia. Salji telah turun di Kaherah setelah beratus tahun kali terakhir kejadian berkenaan berlaku. Terbaru petang semalam, warga Johor Bharu dikejutkan dengan kejadian puting beliung atau "hurricane" yng berlaku berhampiran dengan Danga Bay. CTS meminjam gambar-gambar dan video-video amatur yang diperolehi di laman sosial untuk dikongsi bersama untuk sama-sama kita fikir mengenai fenomena kejadian cuaca yang aneh ini.

video

video

December 17, 2013

0 SPAD Jamin Tambang Bas Sekolah Tidak Membebankan

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memberi jaminan, kadar caj tambang bas sekolah yang baru akan diumumkan sebelum sesi persekolahan 2014 bermula, tidak akan membebankan pengguna. Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar, berkata pihaknya masih mengkaji kadar yang sesuai, walaupun berdepan desakan Persekutuan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia yang mahu kenaikan 40 peratus mulai Januari ini.

Kita berharap SPAD dapat mengambil pendapat daripada keseluruhan Rakyat sama ada pengusaha bas maupun pihak ibu bapa. Persekutuan Persatuan Bas Sekolah Malaysia seharusnya prihatin dengan desakan mereka. Malah ketika ini, banyak syarikat bas tidak mengikut kadar caj sebenar ditetapkan SPAD, sebaliknya menaikkan kadar hingga menyusahkan ibu bapa pula. 

Pengusaha-pengusaha bas seharusnya mengambilkira pelbagai insentif dan bantuan diberikan Kerajaan kepada pengusaha bas sekolah, termasuk peruntukkan subsidi diesel 570 liter sebulan, rebat RM10,000 bagi skim penukaran bas sekolah baru serta pinjaman dengan kadar faedah dua peratus. 

Kita membantah keras dengan kenaikan tambang 40 peratus kerana jumlah itu terlalu tinggi dan tidak wajar berbanding beban yang akan dialami pihak ibu bapa yang menanggung anak bersekolah menaiki pengangkutan terbabit. Ini ditambah bagi ibu bapa yang mempunyai ramai anak yang bersekolah. SPAD juga seharusnya mengenakan tindakan keras dan tegas dan sewajarnya jika mereka masih berdegil untuk menaikkan tambang tanpa kelulusan badan itu, sekiranya ianya diumunkan sebelum sessi persekolahan dimulakan pada tahun depan.

December 16, 2013

3 Gambar MB Terengganu Goyang Kaki Lihat Mangsa Banjir Cuci Peralatan Sekolah


Suka sangat CTS melihat gambar di atas. Gambar Menteri Besar Terengganu, DS Ahmad Said serta isteri membantu membasuh kerusi pelajar-pelajar sekolah yang terlibat di dalam banjir tempoh hari. CTS tidak mahu memuji berlebihan. Mungkin ada yang berkata ini hanya lakonan. Mungkin juga sifat ikhlas dari kedua suami isteri berkenaan. Ikhlas atau tidak itu urusan beliau dengan Allah tetapi jika itulah jiwa beliau.

Beliau tidak dapat sembunyikan naluri dan perasaan beliau. Bahasa badan tidak akan menipu kita tetapi lidah sentiasa menipu kita. Namun gambar ini 1,000 kali lebih baik daripada gambar sekumpulan pemuda UMNO yang dua tiga orang memegang penyapu dan menyapu di tempat yang sama, ketika Misi Bantuan Banjir di Kuantan. Hipokrit tahap gaban!


1 Guan Eng Akan Selesaikan Masalah Banjir Pahang Dalam Satu Penggal? Banjir Di Penang Apa Cer?


Dengan nada bongkak, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata PR mampu menyelesaikan masalah banjir di Pahang dalam tempoh sepenggal sahaja!!! Nada bongkak beliau tersebut nyata bersyarat. Syarat kedua pula adalah sekiranya mereka berjaya memerintah di Pahang dan menguasai Putrajaya. Setakat cakap kosong siapapun boleh. Siapa sahaja boleh membuat pemasaran dan janji-janji kosong, sedangkan servis selepas jualan (after sales service) hancur!

Sekarang baru semua tahu yang Lim Guan Eng bukan sahaja berjaya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, malah betul-betul sebagai Tokong kerana mampu menahan hujan supaya tidak berlaku banjir. Ironisnya Tokong ini bukan sahaja gagal mengatasi masalah dalaman DAP, malah dalam 2013 sahaja sudah beberapa kali Pulau Pinang dilanda banjir. Gambar-gambar di bawah sebagai bukti. Apa kata Tokong?









 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates