December 29, 2009

17 Celaka ... Celaka ... Celaka ...

Datuk Nik Aziz ketika diminta mengulas mengenai insiden malam tadi apabila rumah bekas Ketua Penerangan Pemuda Pas Kelantan, Dr Rosli Allani Abdul Kadir, “dikepung” oleh keluarga isteri keduanya yang mengesyaki pasangan tersebut masih tinggal bersama walaupun diperintah Mahkamah Syariah supaya tinggal berasingan kerana kesahihan perkahwinan mereka diragui, berkata "Ini berita fitnah. Mana mungkin orang PAS bawa lari anak dara orang. Mana mungkin orang PAS mengajar anak derhaka kepada ibu bapa. Mana mungkin orang PAS bersekedudukan di dalam perkahwinan yang diragui sahnya. Mana mungkin perkara ini berlaku kerana tidak dilaporkan dalam PasTV dan Harakah."

Beliau kemudiannya ditanya wartawan Agensi Cucu Tok Selampit mengenai perletakkan jawatan setiausaha politiknya, Annual Bakhri Haron dan setiausaha akhbar beliau, Mohd Saiba Yaakub, mengesahkan mereka telah meletakkan jawatan kerana masing-masing tamat tempoh kontrak dan bukannya kerana diberhentikan atas sebab tertentu ekoran kemelut politik dalaman Pas sejak kebelakangan ini. "Kalau sudah tamat kontrak mana boleh sambung lagi. Tak boleh! Melainkan anak menantu saya. Kamu tak tahukah seseorang yg telah tamat kontrak kena menghantar surat untuk meletakkan jawatan?" katanya lagi.

Sebelum beliau meninggalkan sidang akhbar, beliau seraya berkata, "Celaka ... celaka ... celaka puak-puak bloggers yang melaporkan berita itu."

Agensi Cucu Tok Selampit.

5 Husam Bersuara Setelah Lama Mendiamkan Diri

EXCO Kerajaaan Negeri Kelantan, Husam Musa yang selama ini mendiamkan diri apabila dikritik dengan teruk oleh anak perempuan Dato' Nik Aziz, Nik Amalina dan menatunya Ariffahmi, di dalam isu perlantikan menantu Dato' Nik Aziz sebagai CEO PBMK, semalam telah bersuara di dalam di dalam tulisan di dalam blognya. Antara lain beliau menyebut:
Dihimpit antara kritikalnya kedudukan negara dan sedikit sebanyak gangguan dalaman yang wujud, peliharalah integriti pemimpin-pemimpin kita dengan anggota keluarga tidak merasa diri mereka adalah stake holder yang lebih penting dari pihak yang dipilih oleh rakyat secara yang sah.

Dilihat dari sirah Rasulullah, ada keadaan-keadaan di mana anggota keluarga memberikan pandangan atau diminta pandangan dalam pelbagai isu. Namun, keputusan akhir adalah di tangan Rasulullah s.a.w dan isu-isu itu pula bukan berbentuk monetary gain atau percaturan politik keluarga tetapi lebih kepada public interest.

Sumber: Weblog Husam Musa.
Walaupun tulisannya hanya menyentuh mengenai peranan Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah di dalam isu-isu anak menantu mereka, namun apa yang tersurat di dalam tulisan di atas adalah supaya Menteri Besar Kelantan tidak sekadar menjadi Pak Turut dan boneka di dalam membuat dasar dan keputusan kerajaan. Keputusan yang dibuat oleh Menteri Besar Kelantan juga tidak hanya sekadar memenuhkan mulut dan kantung poket keluarganya sahaja sebaliknya untuk kepentingan maslahat umum. Ibarat pepatah pukul anak sindir menantu. Adakah Husam Musa sudah berpatah arang berkerat rotan dengan mengeluarkan artikel berkenaan setelah sekian lama mendiamkan diri? Adakah beliau sedar kedudukan beliau yang bakal diharakirikan oleh keluarga Menteri Besar Kelantan itu. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.

December 27, 2009

11 Sejak Bila Pula Artis Dapat Layanan Kelas Pertama Pihak Polis?

Foto diambil dari The Star oleh Mohd Sahar Misni

Saya sebenarnya sudah lama tidak menulis bab hiburan di blog saya semenjak menulis hal-hal berkaitan politik tanahair. Apabila membaca ruangan hiburan mStar Online, tangan ini merasa gatal untuk menulis. Berita ini berkenaan dengan penangkapan pengacara hiburan terkenal, Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya di Rootz Club, Bukit Bintang, Kuala Lumpur awal pagi kelmarin.

Petikan akhbar portal online melaporkan seperti berikut:

Awal juga menceritakan tentang bagaimana dia dilayan dengan baik oleh Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Supritendan Sharifah Hawariah Syed Idrus ketika berada di IPK Kuala Lumpur.

“Sharifah Hawariah membenarkan saya berehat di bilik pejabatnya buat sementara waktu kerana saya takut ramai media yang menunggu di luar. Kemudian, saya tertidur di situ sehingga pukul 11 pagi. Pada pukul 11.30 pagi baru pengurus saya datang mengambil saya."

Sumber: mStar Online.

Sejak bilakah pula artis-artis kita mendapat layanan kelas pertama daripada pihak polis? Apakah keistimewaan Awal Ashaari sehinggakan apabila beliau ditangkap, beliau tidak disumbatkan ke lokap seperti kebiasaannya seperti pesalah-pesalah lain sebaliknya dibenarkan berehat dan tidur di bilik Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur.

Awal Ashaari bukan mangsa keadaan atau pihak yang teraniaya. Beliau berada di kelab malam haram itu dengan kerelaan hatinya. Beliau gagal memberikan sampel air kencing untuk menguji kesan dadah di kelab malam haram berkenaan walaupun apa jua alasannya. Kenapakah beliau dilayan sebagai warga kelas pertama. Adakah disebabkan taraf beliau sebagai selebriti atau kekacakan wajahnya? Pegawai yang menangkap Awal Ashaari pula Pegawai Polis ka atau Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat?

December 24, 2009

9 "Malaysia Without Malays" - Buku Terbaru Pak Habib Bakal Talqinkan Anwar

GEMPAR! Wan Azizah tak yakin apabila Anwar berdua-duaan dengan lelaki lain dalam rumah! Buku ini bakal mentalqinkan Anwar. Senaskah buku yang mempunyai 550 mukasurat berjudul “Malaysia Without Malays” bakal menemui rakyat Malaysia tidak lama lagi. Buku yang ditulis oleh seorang penulis buku politik popular, Syed Hussein Al Attas atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Habib. Secara eksklusif di muka belakang buku tersebut sepertimana gambarnya disiarkan pada posting ini, Pak Habib telah membuat satu 'quote' berkaitan Anwar iaitu “Anwar’s con exposed” seperti berikut:
Al Attas : “Ada seseorang beritahu saya Wan Azizah telefon awak dari Washington DC untuk pergi check on Anwar. Masa tu ada seorang lelaki dalam rumah, see if Anwar is up to something, is it true?”

Ezam : “Jawapan saya kepada soalan ini nanti boleh membuka aib seseorang. Saya tak akan berbuat begitu melainkan saya dicabar sehingga menggugat maruah saya dan sudah tentu saya akan pertahankan maruah saya ini. Apabila tiba waktu saya memberikan keterangan bersumpah dalam mahkamah, saya akan jawab semua soalan termasuklah soalan Pak Habib tadi”

Selepas pertemuan dengan Ezam itu muncul persoalan ini dalam fikiran saya, kenapakah Wan Azizah tetap pertahankan suaminya sedangkan dia dah ragu-ragu tingkah laku suaminya itu? Masih adakah Islam dalam diri Anwar? Melayukah Anwar? Masih adakah Melayu dalam SATU Malaysia jika Anwar menjadi Perdana Menteri..? Lu fikirlah. - Pak Habib.
Apa yang menarik dalam buku terbaru Pak Habib kali ini ialah beliau kelihatan lebih yakin bahawa Anwar Ibrahim adalah seorang PELIWAT. Malah pada tahun 2008 Pak Habib sudahpun menerbitkan sebuah buku beliau bertajuk “SODOMI, BONTUTI, AL-LIWATI”. Tetapi agak pelik juga apabila ramai tidak menyedari penjualan buku tersebut sedangkan menurut Pak Habib buku tersebut 'Sold Out' seperti goreng pisang panas! Di sini timbul tanda tanya siapakah yang “memborong” buku buku tersebut? Apakah telah berlaku satu modus operandi dari skuad penjilat Anwar ketika itu untuk menyapu bersih buku buku tersebut dari toko toko buku agar rakyat tidak berpeluang untuk memilikinya? Adalah diharapkan kita berkesempatan untuk mendapatkan buku “Malaysia Without Malays”apabila ianya diedarkan di pasaran tidak lama lagi.

Nota: Posting ini diolah dari sumber asal yang dipetik dari blog Medan Info Kita. Terima kasih di atas artikel menarik ini.

Merry Christmas ... ho ho ho

December 23, 2009

3 F-5E Scandals - Another Interesting Point Of View

The theft of an F5-E fighter jet engine, sorry engines from the Royal Malaysian Air Force, is concerned. The fact that not one but two fighter aircraft engines could go missing from the Royal Malaysian Air Force's (RMAF) inventory is not just a normal case of theft. It involves national security. I opined not only must heads roll, those involved must be tried for nothing less than treason.

Following to various comments from the press and bloggers, Defence Minister, Datuk Zahid Hamidi had warned bloggers not to sensationalise the incident, stressing that the government was committed to having a transparent investigation. He didn't want bloggers who will twist facts with various analyses and speculation. Well well, Datuk Zahid, I think it is too late for you to issue such warning, don't you think. The issue now has been a national scandals.

I am not interested to comment on how this drama happened or who and how many clowns involved in this scandals. Lets us look on different point of view. My Facebooker's friend, Tan Ken Liang have an interesting story to share:

However, it is suprising as to why the disappearance and theft of such large national defence assets were not highlighted in the Auditor General’s Annual Report for the year 2007 or even 2008. This incident had occurred in the year 2007 and the Ministry of Defence had also filed a police report on that matter in the same year, which would have alerted any auditing of the ministry’s assets.

Under Section 6(ba) of the Audit Act 1957, the nature of audit of the Auditor General includes examining whether due care has been taken to account for and to ensure proper use, control, maintenance and disposal of all public chattels and property of any such authority.

Section 9(5) of the Act provides that the Auditor General may in any report submitted in accordance with Article 107 (1) of the Federal Constitution (commonly known as the Auditor General’s Annual Report) make recommendations and may generally comment upon all matters relating to public chattels and property of any such authority.

In view of the nature of the disappearance of the large defence assets, the Auditor General should have made known these irregularities in its Annual Report, which are of public interest.

Source: Tan Keng Liang's Blog.

As a practitioner auditor myself, I was also wondering how on earth the auditors of the Auditors General have missed and overlooked all these fraud findings and police reports. I wonder why.

December 22, 2009

8 Cakap Bab Islam Berdegar-Degar, Nak Kahwinpun Lintang Pukang

Terkini:

Bagaimana perangai dan kelakuan anak-anak buah Nik Aziz tak senonoh. Cuba lihat petikan kata-katanya di bawah yang dipetik daripada NST Online, yang menyeru ulama supaya mempraktikkan poligami:
"In Kelantan, the people like polygamous marriages. Normally, when a man likes a beautiful woman, he will take her as his second wife," Nik Aziz said after launching the 20th anniversary of ulama leadership in the state at the Kelantan Trade Centre here.

Source: NST Online.
Kalau dalam kepala Menteri Besar Kelantan asyik ingat perempuan dan seks sahaja, patutlah Kelantan jauh ketinggalan berbanding negeri lain.

Posting Asal:

Saya seboleh-boleh tidak mahu menjadikan isu perkahwinan sebagai bahan untuk saya menulis. Bagi saya perkahwinan dan penceraian adalah hak individu seseorang walaupun beliau seorang pemimpin, ahli politik dan artis. Sekiranya ianya melibatkan maslahat umum dan pelakunya pula seorang yang sering membicarakan bab Islam dan keadilan, maka seharusnya cerita berkenaan harus ditulis buat teladan semua.

Berita semalam yang melaporkan Mahkamah Tinggi Syariah di Kota Bharu memerintahkan Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Kelantan, Dr. Rosli Allani Abd Kader, 35 tinggal berasingan dengan isteri keduanya sehingga permohonan bapa mertuanya ntuk membatalkan perkahwinan mereka diputuskan, harus dipandang serius oleh pimpinan PAS negeri. Ini kerana plantif yang juga bapa kepada pasangan Dr Rosli, Mohd Noor Che Man, memohon supaya pernikahan defendan pertama dengan Ilyani selaku defendan kedua dibatalkan kerana percaya perkahwinan mereka di Masjid Lapangan Terbang Subang, Selangor pada 26 Disember 2008, tidak sah.

Persoalanya sekarang, bagaimanakah perkahwinan tersebut dapat dilakukan di Malaysia tanpa persetujuan wali? Adakah defendan pertama berniat jahat dengan melarikan defendan kedua tanpa mendapat kebenaran walinya? Bagaimana Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri boleh dipercayai untuk memimpin pengikutnya sedangkan hendak berkahwinpun melarikan anak dara orang?

Sebelum ini pimpinan kerajaan negeri digemparkan dengan tuntutan nafkah sebanyak RM3 juta daripada ADUN Melor oleh bekas isteri keduanya. Nampak gayanya, Menteri Besar, TG Nik Aziz kena menasihatkan anak buahnya supaya mengikut ajaran Islam walaupun di dalam soal perkahwinan dan penceraian. Jangan asyik masa hendak kahwin main redah saja apa yang patut. Ikut nafsu mati, ikut rasa binasa.

December 21, 2009

8 Di Dada Karpal Singh Ada 'Bulan' - Nik Aziz

Saya terkebil-kebil membaca tajuk posting berkenaan. Mulanya saya rasa tersilap masuk portal Utusan Malaysia atau Berita Harian. Al maklumlah puak Pakatan Haram pasti akan berkata ianya berita fitnah. Apabila menyemak kembali "link"nya, maka betullah ianya adalah dari Haprakdaily, maka betullah berita itu. Saya memang suka lawak jenaka dan drama sinetron yang dimainkan oleh pihak PAS, DAP dan PKR. Walau bagaimanapun, lawak jenaka kali ini membuatkan saya ketawa berguling-guling. Kita baca kembali petikan akhbar portal berkenaan:
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan 'di dada Karpal Singh ada bulan', merujuk kepada lambang PAS adalah bulan. Nik Aziz berkata demikian ketika berucap dalam majlis penutup konvensyen pertama Pakatan Rakyat hari ini.

Sumber: Haprakdaily.
Alhamdulillah. Nampak gayanya selepas ini, Negara Islam yang diidamkan parti PAS pasti akan tercapai. Karpal Singh pastinya tidak lagi akan mengucapkan "Mahu wujudkan negara Islam, Langkah mayat kami dulu". Kita seharusnya melihat dari sudut yang positif. Demi perjuangan berdasarkan hasad dengki dan nafsu amarah untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional, mereka ini masing-masing sanggup "melacurkan diri" dan mengadaikan maruah yang ada untuk melakonkan satu sinetron yang hebat ini.


Saya betul-betul kesian dengan penyokong-penyokong fanatik puak-puak ketiga-tiga parti ini yang ditipu hidup-hidup dalam satu lagi tipu helah dan pembohongan secara terang-terangan. Pastinya penyokong-penyokong fanatik mereka akan berkata, lihatlah wahai rakyat Malaysia, Nik Aziz telah berjaya mentarbiah Karpal Singh. Soalan saya, adakah Nik Aziz berjaya berdakwah kepada Karpal Singh atau Nik Aziz bakal mengikut telunjuk dan ditarik hidungnya oleh Karpal? Sama-sama kita tunggu dan lihat!

December 20, 2009

11 Prof Aziz Bari, Professor Yang Bertaraf Budak Taska

Menyamakan Malaysia seperti zaman pemerintahan Robert Mugambe di Zimbabwe adalah amat keterlaluan. Seorang yang bertaraf professor mengeluarkan kenyataan kebudah-budakan dan bukan bersifat akademik, amat-amat memalukan. Sejak bila Malaysia mengamalkan undang-undang rimba seperti yang dituduhnya. Berapa orang yang telah dibunuh sehingga menyamakan Malaysia sebagai "state of lawlessness" atau negara yang tiada undang-undang. Kenyataan biadapnya boleh dilihat di sini.

Sekiranya Malaysia adalah seperti yang beliau gambarkan, bolehkah saudara-saudara di luar sana memberi jaminan bahawa saya tidak akan ditahan oleh pihak berkuasa dan didakwa di mahkamah sekiranya saya memengal kepala mangkuk hayun yang tidak mengenang budi ini. Adakah beliau boleh bebas mengeluarkan perkataan dan teorinya yang menghina kerajaan dan negara khasnya sekiranya DS Najib memerintah seperti Robert Mugambe. Sudah pasti sehelai rambutnya tidak akan ditemui.

Wahai Aziz Bari, makan boleh sebarang makan, cakap jangan sebarang cakap. Hadapkanlah muka anda ke cermin dan cermin baik-baik. Kalau betul ingin mengkritik kerajaan, berhentilah mengemis dengan makan gaji dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) dan jadilah ahli politik sepenuh masa. Janganlah merosakkan nama baik ahli akademik yang lain, kalau betul-betul anda seorang yang berprinsip.

December 19, 2009

10 Ucaptama Jenaka Dan Pembohongan Guan Eng Dalam Kovensyen Pakatan Haram

Saya mengikuti dengan penuh minat Konvensyen Pakatan Haram yang diadakan di Shah Alam yang berlangsung sehari, hari ini. Mari kita ikuti sedutan ucaptama Lim Guan Eng di dalam konvensyen tersebut dan anda nilaikan sendiri:
Tsunami politik 8 hb Mac 2008 mengubah lanskap politik Negara tetapi kita sebenarnya dirompak. Kalau tidak kerana ketidakbebasan dan ketidakadilan SPR, kita sudah menjadi kerajaan bukan sahaja di 5 negeri malah di Putrajaya juga. Dato Seri Anwar sebenarnya dirompak jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Lihatlah bagaimana SPRM diperalatkan untuk menganiayai PR sehingga kerajaan negeri Perak dijatuhkan, Datuk Seri Nizar Jamaluddin seorang Menteri Besar Perak dipilih rakyat diguling dan aktivis demokrasi Teoh Beng Hock dibunuh dengan kejam sekali. Saya ingin meningatkan pihak bertanggungjawab kita tidak akan lupakan kamu kerana tiada maaf bagimu. Kita perlu tabah hati menghadapi cabaran yang begitu pahit sekali.
Soalan saya mengenai sedutan di atas yang pastinya telah membuatkan 1,500 perwakilan konvensyen berkenaan ternganga sehingga melelehkan air liur basi:

1. Sejak bila pula Pak Syeih Anwar Al Juburi dinafikan hak dan dirompak jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia? Bukankah beliau gagal di dalam usahanya untuk memancing ahli parlimen dan membentuk kerajaan pintu belakang. Bukankah beliau yang pernah berkata, "We have the numbers!"

2. Sekiranya SPR tidak telus, tidak bebas dan tidak adil, kenapakah mereka membiarkan 5 negeri terlepas kepada Pakatan Haram? Bukankah lebih baik SPR mengusahakan agar tidak ada satu negeripun yang terlepas kepada Pakatan Haram?

3. "Aktivis demokrasi Teoh Beng Hock dibunuh dengan kejam sekali"? Sudah tamatkah inkues yang dijalankan? Sudah keluarkah keputusan mengenai kematian TBH? Bukankah ini boleh ditakrifkan sebagai menghina inkues?

4. Nizar "The Puppet" Jamaluddin Menteri Besar dipilih oleh rakyat? Sejak bila pula sistem pilihanraya di negara ini memberi hak kepada rakyat untuk memilih Menteri Besarnya? Bukankah Menteri Besar dilantik oleh DYMM Sultan Perak, Sultan Azlan Shah? Bahkan jawatan Dato' Seri yang disandangnya juga dianugerahkan oleh Paduka Tuanku. Bengap betul Guan Eng ini.

Pengumuman penting:

Jangan lupa Tuan-Tuan dan Puan-Puan. Malam ini bermula 6.00 petang di Masjid Negeri Selangor, Masjid Sultan Sallehuddin akan diadakan ceramah perdana oleh Tokoh Maal Hijrah, Dr Yussoff Qardawi. Ucaptama ceramah perdana akan disempurnakan oleh DS Anwar Ibrahim. Mungkin DS Anwar akan di dalam ucaptamanya akan menasihatkan orang ramai supaya menjauhi zina terutama dengan isteri orang yang juga isteri rakan baik sendiri. Mungkin juga beliau akan menasihatkan kita supaya menjauhi hubungan biseksual, hubungan rambang di antara sesama jantina, lelaki dengan lelaki. Kalau kita bernasib baik mungkin DS Anwar akan bersumpah di hadapan ulama terkenal, Dr Yusoff Qardawi bahawa beliau tidak pernah meliwat Saiful Bukhari Azlan. Datanglah beramai-ramai memberikan sokongan.

3 Penjenamaan Baru Bagi "Inter Faith Commission (IFC)"

Pakatan Haram di dalam "Konvensyen Pakatan Rakyat" yang berlansung sehari di Shah Alam bersetuju untuk mengadakan Suruhanjaya Di Raja atau "Royal Commission" untuk mengendalikan dan menguruskan masalah-masalah berkaitan dengan Agama di Malaysia.

Nampak gayanya sekali lagi Agama Islam menjadi taruhan mainan poilitk Pakatan Haram ini. Suruhanjaya Di Raja ini tidak langsung berbeza dengan "Inter Faith Commission (IFC)" yang dijalankan oleh Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism and Sikhism (MCCBCHS) semenjak tahun 2001, yang mana pertubuhan ini telah mendapat bantahan keras daripada umat-umat Islam termasuk PAS, rakan sekutu Pakatan Haram kerana berhasrat untuk menyamaratakan semua agama di Malaysia.

Adakah Suruhanjaya Di Raja yang bakal dicadangkan penubuhan ini mempunyai kuasa melebihi Mahkamah Syariah? Majlis Agama Negeri? Sultan waima sekalipun sebagai Ketua Agama? Apakah bentuk kesamarataan agama yang mereka hendak bentuk sekiranya mereka berjaya mengambilalih Putrajaya? Apakah Agama Islam akan terpinggir seperti negara-negara lain sekiranya Pakatan Haram diberikan peluang memerintah?

Apa jaminan yang boleh rakyat Malaysia terutama umat-umat Islam di Malaysia perolehi daripada Pakatan Haram untuk menjaga Agama Islam sebagai Agama Rasmi Malaysia sekiranya mereka memerintah kelak, Nauzubillah hi minzalik. Nampak gayanya PAS yang kononnya sebagai parti Islam telah berlembut dan bertolak ansur di dalam mengadaikan prinsip perjuangan Islamnya demi sedikit kuasa yang diperolehi. Seperti janji Presiden PAS di dalam ucaptama konvensyen,
“PAS ingin membuktikan kita boleh bersepakat, kami akan setia dalam Pakatan Rakyat sebagaimana ditekankan dalam Islam.”

1 Akhirnya Kelab Penyokong Pas Berstatus Dewan Orang Ramai

Penulis ingin mengucapkan tahniah kepada pimpinan PAS kerana berjaya mempergunakan Kelab Penyokong PAS yang terdiri daripada lebih 20,000 ahli daripada kaum India, Cina, Siam dan Iban yang ditubuhkan pada tahun 2004. Tindakan terbaru parti PAS ini dilihat lebih bijak memanupulasi pengundi-pengundi bukan Melayu untuk menyokong parti itu berbanding UMNO.

PAS yang selama ini didesak oleh penyokong-penyokongnya yang terdiri daripada bukan Islam telah memperlihatkan sikap kelentongnya dengan meluluskan perlembagaan khusus bagi sayap baru yang mana Kelab Penyokong PAS akan dikenali Dewan Himpunan Penyokong PAS mulai tahun depan.

Tindakan ini memperlihatkan usaha terdesak PAS yang bersifat kosmetik untuk mengaburi mata penyokong-penyokong bukan Islamnya dan menjaga hati yang ahli-ahli yang sedia ada. Ini kerana kehadiran penyokong bukan Islam dalam bentuk “dewan” hanya akan membolehkan mereka menjadi pemerhati khas dalam muktamar sahaja. Dewan berkenaan tidak ada kuasa untuk mengundi dalam muktamar peringkat pusat dan negeri. Nama saja bertukar, fungsi masih sama.

Alasan yang diberikan oleh PAS kenapa Dewan berkenaan tidak diberikan hak mengundi adalah peruntukan itu memerlukan pindaan pada perlembagaan induk parti yang kelulusan Pendaftar Pertubuhan juga akan mengambil masa yang lama. Agak dangkal melihat alasan yang diberikan kerana rakyat tahu perlembagaan UMNO baru sahaja diubah dalam Perhimpunan Agong baru-baru ini dan ianya tidak mengambil kelulusan yang lama dari Pendaftar Pertubuhan.

Apapun, tindakan penipuan PAS ini layak dipuji. Dewan Himpunan Penyokong PAS hanyalah tidak lebih dan tidak kurang seperti Dewan Orang Ramai. Orang datang dan pergi, makan, minum dan buang air dan kemudian balik. Tahniah PAS!

December 16, 2009

11 Apabila TG Nik Aziz Berusaha Menjadi Malaikat

Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS merangkap mertua kepada Ariffahmi Ab Razak, yang masih lagi memegang jawatan sebagai ketua pengarah eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), ketika diwawancara oleh Malaysiakini, tetap menafikan beliau bersalah di dalam kontroversi panjang yang melanda syarikat berkaitan kerajaan itu susulan tindakannya melantikAlmenantunya itu.

Di dalam wawancara berkenaan (video temuramah dapat dilihat di sini), beliau mengulangi kenyataannya bahawa beliau tidak tahu-menahu bahawa tindakannya melantik menantu sendiri menerajui PMBK melanggar peruntukan undang-undang. Jadi siapa yang patut dipersalahkan. Mahu tidak mahu, Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan yang menjadi kambing hitamnya. Seperti kata-kata beliau di dalam temu bual berkenaan:
"Waktu saya lantik menantu saya, saya tidak tahu barang tidak boleh. (Saya) lantik dalam mesyuarat penuh. Ada penasihat undang-undang negeri (LA). Saya sebut dalam kertas, menantu saya (dilantik). LA senyap. Saya kata, sahlah."
Kalau sudah Menteri Besar sendiri melalui persidangan meja bulatnya (mesyuarat yang menurut Nik Amalina, anak perempuannya, diadakan bersama keluarga sewaktu makan), telah menetapkan beliau mahukan Almenantunya sebagai ketua pegawai eksekutif, siapa lah penasihat undang-undang untuk menegurnya. TG Nik Aziz dilaporkan oleh The Malaysian Insiders sebagai berkata:
“Mana boleh manusia ini buruk 100 peratus dan baik 100 peratus. Yang baik 100 peratus itu adalah malaikat, dan buruk 100 peratus itu adalah syaitan. Saya (kalau boleh) berusaha nak jadi malaikat."
Tingginya tahap Mursyidul Am PAS. Rasulullah SAW yang maksum (dijanjikan Allah tidak melakukan sebarang dosa) sekalipun tidak pernah melahirkan hasrat untuk berusaha menjadi malaikat melalui hadis-hadis sahih maupun hadis daif. Mungkin tahap Mursyidul Am ini terlalu tinggi yang memungkinkan penasihat undang-undang negeri tidak mampu berkata apa-apa apabila TG Nik Aziz mengungkapkan hasratnya untuk melantik AlMenantunya sebagai ketua pegawai eksekutif PMBK. Saya rasalah kot!

December 14, 2009

30 PAS Lancar Kempen "UMNO Pengkianat Rakyat"? Kita Hendak Gelakkah?

Tersenyum saya apabila parti PAS semakin hari semakin tidak relevan di pentas politik tanahair. Entah apa yang mereka sumbangkan kepada negara pun saya tak tahu. Setiap hari hanya kedengaran gimik-gimik politik murahan mereka dijaja di sini sana bertujuan untuk menjadikan mereka sentiasa mendapat perhatian, walapun kita sebagai rakyat marhaen disajikan dengan politik-politik murahan.

Terbaru, ketua penerangan PAS Idris Ahmad, telah mengumumkan PAS akan melaksanakan Program 'Umno Pengkhianat Rakyat', yang akan dilancarkan 9 Januari ini. Program ini kononya akan mendedahkan tindakan Umno terhadap orang Islam dan Melayu di negara ini. Apa-apa sahaja puak-puak ini. Bagi saya, strategi kempen "UMNO Pengkianat Rakyat" bakal mengundang bahana kepada parti PAS itu sendiri. Buruk sangatkah UMNO? Pengkianat sangatkah UMNO? Selama ini rakyat hidup menderita sangatkah di bawah pemerintahan Barisan Nasional yang ditunjangi UMNO kah berbanding Thailand, Indonesia dan Myanmar? Tidak adakah jasa UMNO kepada negara dan rakyatnya?

Saya tidak mahu mengulas isu ekonomi makro dan mikro walaupun saya mempunyai kelulusan yang tinggi untuk mengulasnya. Saya tidak mahu bercakap soal statistik, soal perakaunan dan sewaktu dengannya kerana saya mahu bercakap bahasa orang kampung. Saya mahu bercakap bahasa Haji Ismail dan Pak Mat yang berbual di kedai-kedai kopi. Analoginya cukup mudah:
  • Kalau Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat dan ADUN Melor, Wan Ismail Wan Jusoh muntah darah dan perlukan rawatan, hospital PAS ke yang dicarinya atau hospital yang dibina oleh kerajaan? Kenapa Wan Ismail memerlukan rawatan di Hospital Selayang? Bukankah UMNO itu pengkianat rakyat? Kalau UMNO pengkianat, maka segala hasil dan usaha yang UMNO lakukan HARAM digunakan oleh puak-puak PAS. Kalau boleh menerima tuntutan saman fasakh dari bekas isteri berjumlah berjuta-juta, kenapa tidak pergi ke hospital swasta sahaja, Tuan Haji?
  • Berapa banyak anak-anak orang PAS yang bersekolah di sekolah Agama Rakyat PAS berbanding sekolah-sekolah bantuan kerajaan? Apa anak-anak orang PAS yang bijak pandai memaki dan memfitnah kerajaan selepas dibekalkan dengan segulung diploma atau ijazah tidak belajar di sekolah bantuan kerajaan dan mendapat bantuan pinjaman dan biasiswa kerajaan? Kenapakah puak-puak ini seperti susu diberi, jari digigitnya dan diibaratkan kita melepas anjing-anjing ini dari jerat, kita pula hendak digigitnya.
  • Orang-orang PAS, tok-tok guru dan tok-tok alim yang pergi menunaikan Haji dan menyimpan di Tabung Haji, tahukah kamu siapakah yang menubuhkannya. Orang-orang PAS kah? Adakah orang-orang PAS tidak gunakah perkhidmatan Tabung Haji yang diusahakan oleh Kerajaan di bawah pimpinan UMNO?
  • Sistem Takaful, kewangan dan perbankan Islam yang membolehkan umat Islam bermuamalat secara Islam dan tanpa was-was tu, siapa yang usahakan? Bank Islam, Takaful, Dinar Emas, Pajak Gadai Islam, Sistem Pasaran Islam tu orang-orang PAS yang usahakan ka?
  • Puak-puak PAS pergi ke pasaraya-pasaraya kecil dan besar, sebelum membeli sesuatu barang, apa yang dahulu dibeleknya? Bukankah tanda halal JAKIM? JAKIM tu siapa yang tubuhkan? Puak-puak fanatik PAS jugakkah?
  • Masjid-masjid yang dibina di seluruh negara supaya umat Islam boleh beribadah dan pihak PAS boleh memaki hamun dan memfitnah kerajaan tu, berapa banyak PAS yang dirikan? Kerajaan PAS yang memerintah Kelantan selama 19 tahun pun tidak pernah membina satupun masjid melainkan taksub dengan pembinaan kuil dan berhala-berhala yang terbesar, baik duduk, berdiri atau tidur.
Saya sering kali bertempur dengan fanatik-fanatik PAS di Facebook. Setakat rencana ini ditulis, mereka masih tidak dapat menjawab satu-satunya soalan yang sering saya kemukakan kepada mereka. Kebanyakan dari mereka hanya berdolak dalik. Hari ini, sebagai menyambut kempen "UMNO Pengkianat Rakyat" yang dilancarkan oleh PAS, di bawah ini saya kemukakan soalan yang tidak pernah terjawab oleh puak-puak PAS:
Apakah yang PAS lakukan untuk meningkatkan syariat Islam di Malaysia? Selain dari menjual ayat-ayat Al Quran dengan harga yang murah, apakah yang telah PAS lakukan untuk mengembangkan syiar Islam, sesuai dengan nama partinya sebagai nama Islam? Jangan berdolak dalik, berikan saya fakta mengenai soalan di atas dan bukannya merapu raban dan maki hamun.

December 8, 2009

45 Siapa Nazri Hendak Memanggil Tun Dr Mahathir "Bloody Racist"?

Apabila Tun Dr Mahathir ditanya pemberita wajarkah Biro Tatanegara Negara dikaji semula, Tun menjawab, "Ketika zaman saya, peserta BTN menganggap ia amat berguna kerana ia mendedahkan diri mereka dengan nilai dan budaya baru kerana nilai dan budaya sedia ada (waktu itu) tidak kondusif jika ingin berkhidmat dengan kerajaan. Jadi, saya tidak nampak salahnya kursus BTN ini, jadi apa yang dikritik hanyalah cubaan untuk memperbesar-besarkan perkara yang tidak benar.”

Seperti yang telah saya jangka semalam, Nazri Aziz pasti akan menghentam Tun dengan kenyataan ini memandangkan beliaulah orang pertama yang mencadangkan kepada kabinet supaya Biro Tata Negara dikaji semula setelah beliau terlalu dayus dan bacul untuk menghadapi tekanan dari Pakatan Haram khasnya DAP. Kenyataan bacul beliau boleh dibaca di sini. Tun Dr Mahathir tidak tidak sedikitpun menyebut nama sesipa dan tidak pula mengkritik usaha perubahan yang cuba dilakukan oleh Nazri ini. Kenapakah Nazri terlalu biadap dan bangsat memanggil sehingga sanggup memanggil Tun Dr Mahathir sebagai "bloody racist"? Siapakah Nazri yang mentah ini hendak mengajar seorang Negarawan Malaysia? Keceluparan dan kebiadaban Nazri boleh di baca di The Malaysian Insiders, di sini.

Nazri yang ku kenali memang seorang pembodek nombor satu negara. Sewaktu Tun Dr Mahathir memerintah, apa perintah Tun yang tidak beliau lakukan. Apabila Tun Dr Mahathir bersara dan digantikan dengan Tun Abdullah, dipuji dan dibodeknya orang tua itu. Tun Dr Mahathir pula dibelasahnya. Inilah pejuang Islam Hadhari sejati mengalahkan Tun Abdullah atau Pak Lah sendiri. Apabila Pak Lah mengundurkan diri, giliran DS Najib pula hendak dicium bontot. Sekarang dialah wira 1Malaysia. DS Najib sendiri tak kata apa-apa pasal kenyataan Tun Dr Mahathir, dia pula yang lebih-lebih. Memang lebih sudu dari kuah.

Bagi pejuang kuat Islam Hadari di zaman Pak Lah dan pejuang 1Malaysia di zaman DS Najib, kita merasa hairan kerana perwatakan Nazri tidak mengambarkan peribadi keluarganya yang sebenar. Janganlah takbur sangat dengan jawatan Menteri yang kamu sandang sedangkan keluarga sendiri kamu tidak dapat pimpin menjadi penganut Islam yang baik. Menteri Islam apakah si Nazri sekiranya anak sendiri kaki tunggang arak dan kaki perempuan. Anda saksikan gambar di bawah. Kalau anak sudah rintik, pasti bapanya borek. Mana hendak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.










December 6, 2009

19 Inikah Selangor Negeri Berkebajikan Ala Pakatan Haram?

(Foto ehsan rakan Facebook, Rohaizat Tahir)

Tidak sayukah mata melihat anak-anak ini tidur bergelimpangan di kaki-kaki lima. Mungkin permandangan ini sudah biasa di Indonesia dan Thailand, tetapi tidak di Malaysia. Lebih-lebih lagi gambar ini diambil diambil di kawasan Hulu Kelang di mana ADUN dan Ahli Parlimen daripada parti PKR (Parti Kelentong Rakyat), terletak di negeri Selangor yang mewar-warkan sebagai negeri berkebajikan. Apa yang kedua-dua wakil rakyat ini buat? Di mana Azmin Ali dan di mana pula Saari Sungib? Adakah mereka sedang sibuk memenuhkan kantung poket masing-masing?

December 4, 2009

17 Sasaran 10,000 Budak-Budak Nakal Tidak Tercapai

Walaupun perhimpunan pada pagi ini bertujuan untuk menghimpunkan 10,000 budak-budak nakal penyokong-penyokong Datuk Nik Aziz Nik Mat bagi mengekalkan jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan, saya difahamkan jumlah kehadiran adalah sekitar 5,000 orang sahaja, walaupun Haprakdaily cuba membohongi pembacanya dengan mengatakan jumlah puluhan ribu, memang haprak sekali. Walaupun perhimpunan budak-budak nakal ini dilakukan pada hari cuti am Jumaat bagi negeri Kelantan, rakyat Kelantan lebih memilih untuk bercuti dan beristirehat bersama keluarga dari melayan kerenah Menteri Besar Kelantan. Laporan Malaysiakini, di sini. Cukuplah tu sokongan buat Menteri Besar Kelantan untuk berkhidmat sehingga ke akhir hayat.
"Perkara ini bercanggah dengan (prinsip) keadilan asasi. Selagi tidak bagi (royalti petroleum), kita doa sampai pecah perut orang itu."
Begitulah kata Nik Aziz. Terkenang saya tentang apa yang beliau tidak pernah doakan kepada Tun Dr Mahathir suatu ketika dahulu. Alhamdulillah, Tun Dr Mahathir masih sihat dan cergas hingga ke hari ini walaupun beliau lebih tua dari Nik Aziz. Cuma apa saya merasakan lebih baik Nik Aziz berdoa untuk kesejahteraan Sultan Kelantan yang gering daripada mendoakan kecelakaan orang lain, terutama DS Najib.

Dia doakanlah apa yang dia nak doa. Hanya Allah Rabbul Alamin sahaja yang layak dan berhak memakbulkan doa. Negeri Kelantan telah diturunkan bala dengan menjadi negeri tertinggi dengan bilangan pesakit HIV nya. Saya berdoa agar Kelantan dijauhkan bala dan musibah lain yang bakal diturunkan Allah akibat permainan doa yang bukan-bukan ini. Wallahualam.

8 Tahniah YDP MD Baling dan Menteri Besar Kedah

Saya mendapat maklumat daripada Pembantu Khas Menteri Besar Kedah, DS Azizan telah menyarankan perniagaan terbuka seperti pasar malam ditutup sementara bagi menghormati waktu azan. Lantaran itu, Majlis Daerah Baling merupakan penguatkuasa pertama di negeri Kedah yang mewajibkan aktiviti-aktiviti perniagaan di Pasar Malam seluruh Daerah Baling ditutup selama 15 minit sebagai menghormati masuknya azan Maghrib. Mungkin ada orang berkata ini adalah tindakan kosmetik kerajaan negeri. Bagi saya apa sahaja yang dilakukan oleh mana-mana kerajaan yang menegakkan syiar Islam akan saya sokong. Tahniah YDP Majlis Daerah Baling dan DS Azizan.

December 3, 2009

2 10,000 Budak-Budak Nakal PAS Diperlukan esok!

1. Tindakan Dewan Pemuda PAS mempertahankan tindakan pemimpinnya membuat laporan polis agar mengambil tindakan menghalang demonstrasi amat melucukan. Ini rentetan daripada tindakan perhimpunan mendesak Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meletakkan jawatan semalam. Naib Ketua Pemuda PAS Kelantan, Hisam Fauzi dilaporkan berkata, dewan itu "menggesa polis supaya mengambil tindakan pencegahan bagi mengelak perhimpunan ini" dan menyifatkan ia bertujuan "mengganggu gugat kestabilan politik" di negeri itu. Kalau pihak lain buat, nak pula mereka buat laporan polis. Kononnya tindakan pencegahan untuk perhimpunan yang menganggu gugat kestabilan politik. Yang PAS Kelantan hendak anjurkan perhimpunan 10,000 budak-budak nakal PAS untuk berdemonstrasi di jalanan esok tak apa pula. Lihat poster di bawah. Inilah yang dikatakan kami buat halal, orang lain buat haram. Memang haram jadah betul.

2. Berita akhir-akhir ini sibuk melaporkan bahawa Nik Aziz akur dengan kehendak pimpinan PAS Pusat supaya menantu hantunya meletakkan jawatan sebagai CEO PMBK, apa pula ceritanya ya? Informer penulis memberitahu Ariffahmi masih belum meletakkan jawatannya dan beliau juga tiada rancangan yang terdekat untuk meletak jawatan. Tambahan lagi, penulis difahamkan, Nik Aziz menyokong penuh tindakan menantu hantunya itu untuk menangguhkan perletakkan jawatannya. Kerakusan menantu hantu ini hendak menangguhkan perletakkan jawatannya boleh di lihat di Malaysiakini, di sini. Mungkin ada lagi saki baki wang PMBK yang hendak dirembatnya. Seperti kata kawan saya, PAS boleh buat pementasan teater muzikal di Istana Budaya yang bertajuk, "Menantuku Masih CEO". Poster telah kami sediakan seperti di bawah.

3. Adakah sandiwara perhimpunan 10,000 budak-budak nakal PAS keesokkan hari adalah untuk menutup kes penyelewengan Nik Aziz dan menantunya. Kalau sekiranya ianya bertujuan untuk mendapat sokongan rakyat, saya mencabar sekiranya perhimpunan berkenaan gagal mengumpul 10,000 budak-budak nakal PAS, Nik Aziz seharusnya meletakkan jawatan.

Secara peribadi saya tidak mahu Nik Aziz meletakkan jawatan kerana keletah dan perangai kebudak-budakan beliau boleh memberikan impak positif ke atas usaha UMNO dan Barisan Nasional untuk mengambil alih Kelantan di dalam PRU13. Biarkan beliau terus menjadi Menteri Besar. Banyak sikit bahan untuk saya tulis di dalam blog, ya tak?

December 2, 2009

7 DS Anwar Ibrahim Sekali Lagi Diiktiraf Majalah Amerika

DS Anwar juga turut diakui kehebatannya oleh akhbar Juruselam Post, sebuah akhbar portal Israel
DS Anwar bin Ibrahim atau lebih dikenali dengan gelaran Pak Syeikh Anwar Al Juburi oleh Naib Presiden PAS, Mohammed Sabu, sekali lagi mendapat penganugerahan daripada majalah Amerika yang dimonopoli oleh golongan Yahudi. Kali ini beliau telah mendapat tempat ke 32 sebagai tokoh pemikir melalui anugerah "Top 100 Global Thinkers" oleh majalah Foreign Policy dari Amerika Syarikat. Laporan penuh dapat dibaca di The Malaysian Insiders, di sini. Ketua Pengarang Foreign Policy, Moises Naim merupakan seorang Yahudi anti Islam yang amat berpengaruh di Amerika Latin dan merupakan kawan rapat kepada DS Anwar. Beliau banyak menulis artikel mengenai DS Anwar. Dalam soal ini, tidak menjadi hal kawan baik mengangkat sahabat baiknya untuk menjadi popular.

Menurut Agensi Cucu Tok Selampit, penganugerahan itu diambil kira memandangkan beliau telah berjaya menipu hampir keseluruhan rakyat Malaysia melalui "Projek 16 September"nya. Kata-kata beliau yang menjadi idola panel-panel juri yang memilih beliau adalah "We have the numbers!"

Selain daripada itu anugerah ini juga turut mengakui kecekapan beliau berfikir mengelakkan diri daripada didakwa di mahkamah akibat daripada pertuduhan meliwat pembancuh kopinya, Mohd Saiful Bukhari. Panel juri berpendapat amat luar biasa bagi seseorang tertuduh yang berjaya mempermainkan sistem kehakiman Malaysia walaupun kes berkenaan telah didengar di mahkamah hampir satu setengah tahun yang lalu. Hasil risikan agensi mendapati, sekiranya beliau berjaya menangguhkan kes berkenaan jauh lebih lama, tidak mustahil kedudukan beliau sebagai tokoh pemikir akan naik ke kedudukan yang lebih baik untuk tahun hadapan.

Kami di Agensi Cucu Tok Selampit ingin merakamkan tahniah di atas kejayaan DS Anwar di atas pengiktirafan golongan korporat-korporat Yahudi berkenaan. Jadi tidak sia-sia dan berbaloi bagi Kerajaan Selangor mendapatkan khidmat beliau sebagai penasihat ekonomi Selangor dengan nilai sebanyak RM1.

Agensi Cucu Tok Selampit.

5 ADUN Melor Dimasukkan ke ICU di Mekah?

Penulis mendapat berita daripada pakcik sahabat yang berada di Mekah menyatakan bahawa ADUN Melor, Wan Ismail Bin Wan Jusoh, yang terkenal dengan tuntutan mutaah daripada isterinya, Siti Aishah Abdullah, rakyat Kemboja keturunan Cina yang dinikahinya ketika berumur 19 tahun pada 2003, telah 3 hari dimasukkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di sana. Beliau diberitakan dimasukkan ke ICU akibat mengalami batuk berdarah dan dipercayai menghidap Hepititis B.

Sejak dua menjak ni, semakin ramai pula ADUN-ADUN PAS yang mengalami batuk berdarah. Sebelum ini Menteri Besar Kelantan telah dimasukkan ke IJN akibat simptom yang sama. Mungkinkah ADUN berkenaan tertekan dengan tuntutan mutaah RM3 juta? Atau mungkinkah beliau tertekan dengan cita-citanya yang tidak kesampaian untuk mengantikan Dato' Nik Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar Kelantan? Atau adakah pemimpin-pemimpin PAS sering mendoakan kecelakaan orang lain sehinggakan Allah membalasnya ke atas mereka sendiri? Apapun kita harapkan beliau cepat sembuh. Tak fasal-fasal pulak terpaksa mengadakan PRK lagi.

December 1, 2009

6 Yang Mana Satu Yang Betul Ni?

Kumpulan yang mengelarkan diri mereka sebagai Kumpulan Prihatin Rakyat Kelantan hari ini berkumpul di depan Kota Darul Naim mendesak Menteri Besar, TG Nik Aziz meletakkan jawatan. Ini rentetan keceluparan mulut Menteri Besar yang mendoakan kecelakaan kepada Perdana Menteri, DS Najib Razak dan Umno kerana keengganan Kerajaan Persekutuan membayar royalti.

Yang menjadi persoalan saya bukanlah bila TG Nik Aziz akan meletakkan jawatan. Tidak payahlah kita membuang masa memikirkannya kerana seperti DS Samy Vellu, beliau hanya akan meletak jawatan apabila malaikat Izrail mencabut nyawanya sahaja. Tidak sekali-kali sebelum itu.

Yang menjadi tanda tanya saya ialah bilangan penunjuk perasaan yang berkumpul. Haprakdaily melaporkan 5o orang yang mengadakan tunjuk perasaan. The Malaysian Insiders pula melaporkan 200 orang manakala Bernama dan The Star pula melaporkan sekurang-kurangnya 1,000 orang. Yang mana satu angka yang boleh kita percayai ini. Takkanlah bilangan penunjuk perasaanpun hendak di"spin" oleh pihak akhbar jugak?

November 30, 2009

5 Apa Salah Gambar Guan Eng Dipijak Dan Dibakar?

Pulau Pinang hari ini dikejutkan dengan adengan seorang lelaki pertengahan umur yang menyertai tunjuk perasaan dan mengambil sekeping poster gambar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, lalu memijak dan membakarnya. Kejadian ini berlaku sewaktu tunjuk perasaan oleh sekumpulan kira-kira 100 penyokong Pemuda BN berkumpul di depan bangunan DUN Pulau Pinang yang bermula kira-kira 12.15 tengah hari dan berakhir hampir sejam kemudian ketika sidang DUN Pulau Pinang sedang berlangsung hari ini.

Penulis berpendapat tidak ada salahnya perbuatan penduduk-penduduk Pulau Pinang ini kalau Ketua Menterinya, "bekas banduan yang tak laku bertanding di Melaka tetapi diangkat penduduk Pulau Pinang sebagai Ketua Menteri" sendiri memijak sambil menari-nari di atas gambar ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, ADUN Changkat Jering, Mohd Osman Mohd Jailu dan ADUN Jelapang, Hee Yit Foong.

Memang padan dengan muka dia. Jangan pula lepas ini anjing-anjing DAP menyalak mengutuk tindakan memijak dan membakar poster mantan banduan Lim Guan Eng. Seperti kata pepatah, ibarat guru kencing berdiri, anak murid mesti kencing berlari.

November 28, 2009

5 Al Juburi Pembela Penduduk India Sri Lanka?

Sewaktu mengadakan majlis korban di Seksyen 23 hari ini, penulis berkesempatan berbual dengan seorang blogger terkenal. Macam hendak menangis apabila diberitahu rakan penulis bahawa Pak Syeih Anwar Al Juburi sewaktu persidangan Dewan Rakyat pada 23hb lepas telah membidas sikap tidak endah kerajaan Malaysia dalam menangani isu konflik kaum di Sri Lanka yang membabitkan pembunuhan dan pelarian etnik Tamil. Menurut rakan penulis, beliau dan dua rakan baiknya, Gobala Krishnan (PKR-Padang Serai) dan P.Ramasamy (DAP-Batu Kawan) telah mendesak Timbalan Menteri Luar, A. Kohilan Pillay meletakkan jawatan kerana memalukan kaum India.

Penulis berasa hairan sejak bila pula Al Juburi ini mengambil berat mengenai kaum India di negara ini. Lebih-lebih lagi tiba-tiba beliau ingin menjadi jaguh menjuarai atau membela kaum India di Sri Lanka. Adakah nasib kaum India di Malaysia sudah terbela sewaktu beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri? Di manakah beliau sewaktu Hindraf mengadakan mogok lapar di KLCC beberapa hari lepas? Penulis melihat konflik kaum di Sri Lanka sebagai isu dalaman negara berkenaan, satu pendirian yang sejajar dengan dasar luar negara yang berteraskan kepada prinsip menghormati kemerdekaan, kedaulatan dan integriti wilayah serta tidak mencampuri urusan dalaman negara lain.

Sememangnya Al Juburi bijak mengambil sebarang peluang yang terhidang. Cumanya, penulis agak hairan kerana seingat penulis Al Juburi tidak pernah mengutuk pencerobohan Israel ke atas bumi Palestin. Al Juburi yang penulis kenali tidak pernah mengutuk Amerika Syarikat yang menjadi kroni Israel di dalam usaha menghapuskan penduduk Palestin yang tidak berdosa serta menghalau mereka dari bumi tempat tumpah darah mereka. Adakah nyawa penduduk-penduduk Islam Palestin adalah lebih murah murah jika dibandingkan dengan nyawa penduduk India di Sri Lanka, di mata Al Juburi?

November 24, 2009

16 Sepandai-Pandai Karpal Singh, Bila Bercakap Pakai Kepala Lutut Juga

Permintaan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mahu pihak polis menghentikan proses menyoal siasat saksi selepas waktu pejabat adalah sama seperti meminta balai polis ditutup pada pukul 5 petang, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. TS Musa secara sinis berkata,
"Jika begitulah keadaannya, sesiapa yang mahu membuat laporan polis selepas waktu pejabat boleh berjumpa dengan Karpal. Jika saksi datang untuk memberi kenyataan mereka pada waktu malam, adakah Karpal mahu kami menghalau mereka?"
Saya menambah, lebih baik suruh balai polis dibuka jam 8.00 pagi sampai 4.30 petang sahaja - waktu pejabat bagi pejabat-pejabat Kerajaan. Kalau ada saudara mara Karpal Singh ditumbuk, dirogol, diliwat dan dibunuh, suruh saja Karpal Singh atau Gorbind Singh tunggu keesokkan harinya. Secara logik mengikut tafsiran Karpal Singh si tua kutuk ni, laporan polis tidak boleh di buat kerana balai polis sudah ditutup. Ye lah buat apa hendak membazir wang kerajaan buka balai polis selepas 4.30 petang kalau polis tidak boleh menyoal siasat selepas waktu pejabat.

Kalau ikut tafsiran Karpal Singh lagi, polis pula tidak boleh tangkap orang selepas waktu pejabat. Kenapa saya kata begitu. Sebab kalau tangkap juga penjenayah, kena bawa ke lokap, balai polis kan sudah ditutup. Lagipun mana boleh soal siasat. Kena tunggu keesokkan hari. Buat sementara tu penjenayah-penjenayah itu nak letak di mana? Rumah Karpal Singh? Bodoh bangang si tua kutuk ni. Bijak-bijak si Karpal ni bila bercakap pakai juga kepala lutut.

4 Selangor Negeri Berkebajikan?

Petang semalam, sekumpulan mahasiwa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) yang diketuai oleh Presiden Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) telah menyerahkan memorandum untuk mendesak Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim campur tangan bagi mengurangkan kadar yuran bagi pengajian diploma dan ijazah di kolej tersebut yang dikatakan meningkat melebihi 100%. Kolej tersebut, yang terletak di Nilai, adalah milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Mungkin inilah idea-idea baru yang dikemukakan oleh Tuan Penasihat "RM1" Ekonomi Selangor, DS Anwar "Al Juburi" Ibrahim kepada Kerajaan Selangor. Untuk memulihkan ekonomi Selangor yang defisit semenjak Pakatan Haram mengambil alih tampuk pemerintahan, pusat-pusat maksiat hendaklah diperbanyakkan dan diperluaskan. Yuran-yuran pengajian mana-mana institusi pengajian swasta di bawah naugan Kerajaan Negeri hendaklah dinaikkan.

Ingin saya ingatkan kepada Menteri Besar Selangor, TS Abdul Khalid, salah satu janji Kerajaan Pakatan Haram di dalam manisfesto mereka sekiranya mereka berjaya memerintah Selangor ialah "memberi bantuan dan biasiswa pelajaran untuk anak Selangor". Walaupun janji Barisan Alternatif ialah untuk anak-anak Selangor, tidak ada salahnya sekiranya Kerajaan yang melaungkan Selangor, Bersih, Maju dan Berkebajikan, meluaskan skop kebajikannya untuk warga pelajar dan kolej seta universiti swasta yang berada di bawah naungan Kerajaan Negeri. Untuk pengetahuan TS Khalid juga, kami rakyat Selangor masih menantikan lain-lain janji-janji manifesto di atas untuk ditunaikan. Harap-harap TS Khalid tidak buat-buat lupa.

November 23, 2009

18 Baru Buat Laporan Polis, Pemuda UMNO Sudah Kecut Telor


Apabila blog Pemuda UMNO Nibong Tebal, yang merupakan antara pihak terawal yang menulis tentang pemberian bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada fakir miskin di sebuah tokong oleh Ketua Menteri Pulau Pinang di dalam artikelnya bertarikh 16 November 2009, saya merasa teruja dan berbangga. Inilah barisan Pemuda UMNO yang kita perlukan. Pemuda yang menyuarakan suara keramat mereka. Pemuda UMNO yang memperjuangkan nasib anak bangsa.

Apabila saya melawat kembali blog mereka Pemuda UMNO Nibong Tebal (lihat di sini) semalam, perasaan saya merasa amat jengkel dan meloyakan. Keberanian mereka yang saya sangka, pengecut mereka yang saya terima. Artikel berkenaan telah dibuang oleh pentadbir blog berkenaan. Amat memalukan lagi apabila Pemuda UMNO Nibong Tebal telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan Phee Boon Poh. Ini rentetan laporan polis yang dibuat ke atas mereka oleh pembantu-pembantu peribadi kepada kedua-dua wakil rakyat berkenaan.

Baru laporan polis dibuat, sudah kecut telor. Belumpun lagi mereka didakwa di mahkamah. Kalau di suruh mengangkat senjata melawan musuh-musuh yang menyerang negara, saya rasa masing-masing akan bersembunyi di dalam kain bini masing-masing. Bukankah pendapat mereka betul? Bukankah bantuan kepada orang-orang miskin oleh JKM tidak wajar diadakan di tokong, tidak kira siapa penganjurnya? Tidak ada tempat lainkah hendak dibuat seperti Dewan Orang Ramai dan sebagainya? Kalau pendapat mereka betul, kenapa takut disoal siasat polis? Apa PDRM potong kepala mereka ka?

Pemuda UMNO sekarang bukan lagi seperti harimau jantan seperti era pemerintahan Dato' Harun Idris, yang amat pantang sekiranya maruah orang Melayu diperkotak katikkan. Pemuda UMNO sekarang terutama Bahagian Nibong Tebal ibarat anjing menyalak di dalam kandang, apabila dilepas sembunyi ekor. Kalau Ketua Pemuda UMNO sudah berpakaian metroseksual dan bergambar di dalam majalah fesyen, bagaimana pula anak buahnya. Tentulah ibarat mak nyah pulang petang. Kalau beginilah contoh keberanian yang mereka tunjukkan, saya sarankan agar blog Pemuda UMNO Nibong Tebal yang kebanyakannya memaparkan aktiviti bahagian ditutup. Simpanlah telur anda semua di dalam kerandut masing-masing.

November 22, 2009

4 Wartawan Melayu Yang Salah ... Anak Menantu Dan Kroninya Saja Yang Betul

"Hebat Harrier ini," kata Menteri Besar Kelantan dengan penuh tawadduk
Apabila senario politik di Negeri Cik Siti Wan Kembang menjadi kacau bilau dengan ura-ura Exco Kelantan, Dato' Husam Musa akan meletakkan jawatan dan meninggalkan parti, Menteri Besar Kelantan pantas mengeluarkan kenyataan menafikannya. Seperti biasa, untuk dijadikan kambing hitam, media massa yang selalu menjadi sasarannya. Kali ini umpan kambing hitam agak pelik. Beliau secara terbuka menyalahkan wartawan-wartawan Melayu dan memuji wartawan-wartawan berbangsa lain. Beliau ketika diwawancara oleh Haprakdaily dipetik berkata:
“Tetapi dukacitanya wartawan kita masih suka mengkrobek hal peribadi orang, termasuk menuduh orang-orang tertentu dengan sesuatu yang mengejutkan. Wartawan kita suka mencari benda panas walaupun perkara tu tak betul tetapi panas, dia fikir untuk melariskan jualan akhbar dia, dia tak fikir ianya boleh melukakan hati orang lain, fikiran orang tergugat, dia tak kira. Ini suatu perkara yang dukacita dalam masyarakat wartawan kita. Adakah wartawan ni hanya pandai ambil kalam… kertas dan tulis tulis… tiada kursus ke wartawan ni…apa ni lagu ni, malu kita pada wartawan cina, wartawan cina lebih pandai pada wartawan kita.”
Kelu lidah saya apabila Menteri Besar Kelantan berkata, wartawan Cina lebih pandai dari wartawan Melayu. Saya dapat merasakan betapa sebak tokoh-tokoh wartawan Melayu seperti Dato' A Kadir Jasin dan lain-lain apabila mendengar komen Menteri Besar Kelantan ini.

Apa nak buat kita kena akui sajalah. Menteri Besar Kelantan termasuk di dalam orang-orang yang maksum. Apa yang berlaku tidak ada kena mengena masalah menatunya, Ariffahmi, juga tidak ada kena dengan konspirasi yang diakui sendiri oleh Dato' Husam Musa di sini. Semuanya adalah salah wartawan Melayu. Cuma saya agak tekilan kali ini. Selalunya apa sahaja masalah yang berlaku dalam Pakatan Haram, pastinya jari akan ditunding ke arah UMNO. Mungkin mereka akan tuduh esok lusa kot?

November 20, 2009

12 Adakah Khalid Samad Mahu Menderhaka Kepada Sultan Selangor?

Tidak habis-habis dengan cerita peribadi Ahli Parlimen Shah Alam yang seorang ini, YB Khalid Samad yang terkenal di kalangan bloggers sebagai Khalid Gereja, kerana usahanya untuk mempertabatkan nama Allah di gereja. Daripada isu ingin membina kuil Hindu terbesar di Selangor iaitu di kawasan majoriti Melayu di Seksyen 23 sehinggalah kepada tuduhan bahawa UMNO mendalangi isu kepala lembu. Isu terbaru bila mana Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menarik balik tauliah yang diberikan kepadanya untuk mengajar dan memberi ceramah di masjid-masjid.

Beliau kelihatan tidak berpuas hati dengan keputusan itu dan merasakan dirinya begitu arif untuk mengajar penduduk-penduduk di Shah Alam mengenai bidang agama telah berusaha mengumpulkan tandatangan penduduk-penduduk bagi menghalalkan tindakan ceramahnya itu. Mohd Jamil Abd Rahim, seorang pegawai khas Khalid yang juga ahli kariah di Bukit Subang, sedang berusaha mendapatkan tandatangan penduduk Shah Alam dan dijangka diserahkan kepada JAIS dalam masa terdekat bersama satu memorandum bantahan. Lebih 650 ahli kariah di Shah Alam diberitakan telah menurunkan tandatangan, membantah tindakan JAIS yang tidak memberikan tauliah mengajar agama kepada Khalid.

Saya menyarankan agar Khalid Samad menumpukan sahaja kepada pembangunan material dan insaniah di kawasan parlimennya, Shah Alam. Semenjak beliau memegang amanah sebagai Ahli Parlimen, saya tidak nampak sebarang usaha untuk membangunkan atau menaik tarafkan ekonomi dan sosial penduduknya. Beliau sibuk dengan aktiviti ceramahnya dan tidak lupa dengan usaha pembinaan kuil Hindunya. Saya berpendapat eloklah ceramah diberikan kepada orang yang arif. Saya rasa YB tidakpun mempunyai sebarang kelulusan rasmi dalam bidang Agama untuk mengajar. Bab masjid serahkan saja kepada orang yang arif tentang masjid, jangan pula YB yang hendak sibuk-sibuk.

Bukankah sebarang keputusan untuk melantik dan menggugurkan siapa yang layak berceramah di Selangor memerlukan kelulusan daripada DYMM Sultan Selangor sebagai payung Ketua Agama di Selangor. Hormatlah sedikit kepada Sultan kami. Kalau rasa-rasa hendak tunjuk kurang ajar dengan arahan Tuanku, kami sebahagian besar penduduk-penduduk Shah Alam boleh menunjukkan jalan keluar buat YB untuk pulang ke Johor, negeri asalmu.

November 19, 2009

7 TG Nik Aziz Sebagai Mudalilul Am?

Akhbar Sinar Harian melaporkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu bertanggungjawab dengan kekeliruan dan semaraknya perpecahan di kalangan umat Islam yang dicetuskan oleh kenyataan-kenyataan berhubung agama yang disesuaikan dengan kepentingan politiknya.

Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa’amah, 64, berkata, sudah sampai masa baginya membuat teguran secara terbuka, biar pun akan dimusuhi kerana tindak-tanduk Mursyidul Am Pas sudah keterlaluan dan diselubungi rasa takbur. Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Pondok Kelantan berkata, banyak kenyataan Nik Abdul Aziz tidak bersandarkan ijtihad ulama dan mentafsirkan Al-Quran berdasarkan pemahaman sendiri yang sentiasa disesuaikan dengan kepentingan tertentu.

“Bagi saya, beliau bukan lagi Mursyidul Am tapi Mudalilul Am (Penyesat Umum). Beliau orang yang sesat, itu hakikatnya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pondoknya di Tumpat.

Sebagai guru agama pondok, Tuan Haji Abdullah Sa'amah tentunya amat arif dengan segala kekeliruan yang telah dituturkan oleh TG Nik Aziz selama ini. Marilah sama-sama kita sorot kembali sebahagian omongan yang pernah beliau ucapkan di akhbar-akbar:
“Jika Nabi Muhammad boleh menandatangani perjanjian dengan musuh tradisi Islam, iaitu kaum Yahudi, sebaik tiba di Madinah, PAS juga sanggup bekerjasama dengan DAP.” – Berita Harian, 12 Mei 1999.

“Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” – Ucapan Nik Aziz Nik Mat kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 17 Ogos 2009 selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.


"PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan takapa ..." - Berita Harian, 25 Jun 1999.


"Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembangunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit darimana?" - Utusan Malaysia, 26 November 1994
.

"Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia dimana tempatnya." - Utusan Malaysia, 28 April 1999.

"Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.


"Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima." - Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.

November 18, 2009

10 Pemimpin Pakatan Haram Mursyid Sangatkah Sampai Tak Boleh Tegur?

Apabila YB Zulkifli Nordin yang terkenal dengan sifat keterbukaannya membela Islam, mengkritik DS Anwar "RM1" Ibrahim, ramai pemimpin-peminpin Pakatan Haram yang mendesak supaya beliau dikenakan tindakan disiplin. Apabila blogger upahan PAS, Syed Azidi "Kickdefella" mengkritik TG Nik Aziz dan menantu hantunya, Ariffahmi, beliau telah dipecat dari jawatannya.

Terbaharu, kritikan sinis dapat dibaca apabilaa Mat Sabu memberikan penghargaan kepada mereka yang mengkritik Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz, yang diheret ke dalam pertikaian tajaan ke Mekah. Sambil berseloroh Mat Sabu berkata, "bila ada tajaan, ada udang di sebalik mee ..." (sila lihat Merdeka Review, d sini). Apabila kritikan sinis ini dilontarkan oleh Naib Presiden PAS, maka juak-juak pembodek yang terdiri daripada blogger upahan PAS mendesak agar Mat Sabu dikenakan tindakan disiplin oleh Jawatankuasa Disiplin PAS. Ini dapat dibaca melalui blog Penarik Beca, di sini.

Adakah pemimpin-pemimpin Pakatan Haram terlalu mursyid sehinggakan tidak boleh ditegur oleh ahli-ahli dan penyokong-penyokong mereka sendiri atau adakah pakatan ini akan sudah mengamalkan satu kuasa kuku besi. Kalau ahli dan penyokong sendiri tidak dibenarkan mengkritik pemimpin, bagaimana sekiranya mereka berkuasa nanti. Adakah rakyat akan dipenjarakan sekiranya mengkritik corak dan dasar kepimpinan mereka?

Seburuk-buruk UMNO, pernahkah kita mendengar laungan dari pemimpin-pemimpin UMNO untuk mengenakan tindakan-tindakan disiplin ke atas ahli-ahlinya yang lantang mengkritik pemimpin-pemimpin kerajaan. Adakah blogger-blogger seperti A Voice dan BigDogDotCom dikenakan apa-apa tindakan disiplin kerana menjalankan amal makruf, nahi mungkar dan menjadi suara kepada rakyat dan ahli-ahli UMNO?

November 13, 2009

19 Selangor Darul Maksiat?

Saya merasa begitu marah, hampa dan kecewa dengan keadaan maksiat yang semakin berleluasa di Selangor. Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pula sibuk dengan isu tauliahnya. Tidak cukup dengan kes Dr. Mohd Asri yang akan didakwa di Mahkamah Syariah Gombak Timur di AU2 Tmn Keramat hari Rabu 18 Nov @ 9 pagi, Utusan Malaysia mukasurat 17 hari ini pula memaparkan Dr Abdullah Yassin di bicarakan kerana mengajar tanpa tauliah.

Dr Abdullah yang saya kenali merupakan seorang pendakwah bebas yang mengajar tafsir Al Quran dan Hadith. Sepanjang beliau mengajar, tidak nampak sebarang ajaran songsang yang dibawa olehnya. Bukan beliau tidak pernah meminta tauliah dari JAIS. Mengikut sumber saya di JAIS, sudah 3 tahun permohonannya untuk mengajar telah diperap oleh pihak JAIS. Kelayakan beliau mengajar pula melebihi ilmu yang dimiliki oleh Ketua Pengarah JAIS itu sendiri.

Isu remeh temeh seperti tauliah menjadi keutamaan JAIS sedangkan maksiat berleluasa. Lihatlah gambar-gambar di bawah. Gambar-gambar berkenaan diambil di Damansara, Selangor. Anak-anak gadis ini dijadikan simbol seks dalam acara yang dianjurkan oleh Kelab Cuci Motor Damansara. Dimanakah JAIS sewaktu maruah anak-anak gadis Melayu Islam diperdagangkan? Atau inikah yang dilaungkan oleh Menteri Besar Selangor, TS Khalid Ibrahim di dalam sidang DUN yang berlansung baru-baru ini bahawa beliau mempromosikan Islam di Selangor. Inikah konsep Islam yang beliau promosikan? Renung-renungkanlah.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates