December 24, 2016

2 Lesen Pengendali Goldstar Express Digantung Serta Merta Oleh SPAD



Lesen pengendali syarikat bas ekspres, Goldstar Express (M) Sdn Bhd, telah digantung serta merta oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berkuatkuasa hari ini. Ini bagi membolehkan pihak berkaitan menjalankan siasatan di dalam kes kemalangan bas ekspres Alison Golden Coach yang berlaku pada jam 3.45 pagi di KM 137.4 Lebuh Raya Utara Selatan yang telah mengakibatkan kehilangan nyawa dan kecederaan parah penumpang.

Dalam kejadian pukul 3.59 pagi itu, bas ekspres yang membawa mereka dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas kira-kira 20 kaki ke kawasan curam. 14 maut manakala 16 lagi cedera dalam kemalangan yang berlaku berdekatan Kampong Jayo, Muar, yang turut mengorbankan pemandu dan seorang kanak-kanak.

SPAD turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat serta memberikan jaminan bahawa siasatan menyeluruh akan dijalankan ke atas tragedi tersebut. Siasatan berkenaan akan diketuai oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros), manakala SPAD akan menyiasat perlanggaran syarat-syarat Kod Amalan Keselamatan Industri (SPAD ICOP). Kenyataan media penuh SPAD boleh dibaca di bawah:


December 23, 2016

3 SPAD Telah Mulakan Siasatan Isu Pemandu Teksi Kenakan Tambang RM800 Bagi Perjalanan KLCC Ke Masjid Negara

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memandang serius terhadap laporan yang diterima baru-baru ini daripada pelancong yang mengadu telah dikenakan tambang RM800 bagi perjalanan daripada KLCC ke Masjid Negara. 

Dalam kejadian berkenaan, dua pelancong Perancis dikenakan tambang RM800 oleh seorang pemandu teksi Sabtu lalu bagi perjalanan kurang enam kilometer. Pelancong wanita berkenaan yang dikenali sebagai Sarah dilaporkan mahu ke Masjid Negara dari KLCC namun dibawa ke Putrajaya. 

Kedua-dua pelancong itu telah membuat laporan di Pejabat SPAD di Pudu selain memberikan maklumat nombor pendaftaran teksi serta gambar pemandu teksi berkenaan. Suruhanjaya telah memulakan siasatan mengenai insiden tersebut susulan daripada pertemuan dengan pengadu di pejabat SPAD.

Sarah bersama rakannya dilaporkan membuat aduan kepada SPAD Ahad lepas selepas tidak berpuas hati dengan insiden pada petang sebelumnya. Pemandu teksi itu dilaporkan tidak menggunakan meter tambang dan wanita berkenaan yang ketakutan akur membayar jumlah yang diminta.

SPAD dalam pada itu memberikan peringatan tegas kepada pengendali teksi supaya mematuhi kesemua syarat-syarat Lesen Pengendali di bawah Akta Pengangkutan Awan Darat 2010. Kenyataan Media penuh SPAD boleh dibaca di bawah.


79 Pengerusi Gerakan Merah Buat Kunjungan Hormat Ke Pusat Judi Haram Di Sekinchan cc. DS @AzminAli

Berikutan penutupan dan tindakan meroboh sebahagian premis perniagaan hotel dan resort beliau, Pengerusi Gerakan Merah, DS Jamal Yunos hari ini telah membuat kunjungan hormat ke atas beberapa premis perjudian haram di Sekinchan.

Adalah didapati perniagaan perjudian haram berkenaan dijalankan di deretan 3 rumah kedai. Pastinya kita yakin dan percaya aktiviti perjudian haram ini telah terlepas pandang oleh Kerajaan Selangor terutama Majlis Perbandaran Sabak Bernam (MPSB), pihak yang sama menyita dan merobohkan premis perniagaan DS Jamal.

Dalam pada itu, memetik laporan Malaysiakini, baca di sini
Bagaimanapun ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim ketika dihubungi Malaysiakini untuk mengesahkan laporan itu berkata perobohan berkenaan tidak ada kena mengena dengan bantahan yang dibuat oleh Jamal. "Tiada dendam... ini (hanya) kebetulan," katanya.
Kita harapkan ADUN Sekinchan akan menafikan kewujudan premis judi dan rumah pelacuran haram, rupanya beliau hanya menafikan tindakan Kerajaan Negeri ke atas DS Jamal bukan atas faktor dendam. Nampak gayanya, tak tidur malamlah Menteri Besar Selangor selepas ini.

December 22, 2016

128 Pagi Bagi Notis, Petang Sudah Roboh? Apa Ni DS @AzminAli ?







Baru pagi tadi CTS siarkan posting berkenaan Notis Perintah Tutup ke atas hotel dan resort yang dimiliki oleh Presiden Gerakan Merah, DS Jamal Yunos. Baca di sini. Apa yang berlaku petang ini adalah kerja-kerja meroboh permis perniagaan DS Jamal oleh Majlis Daerah Sabak Bernama (MDSB) sedang dilakukan. Tidak mungkin MDSB berani melakukan kerja-kerja meroboh tanpa arahan pihak atasan. 

Pagi tampal notis petang ini roboh. Ini adalah tindakan balas dendam oleh kerajaan negeri terhadap kelantangan DS Jamal mengkritik kerajaan di bawah pimpinan DS Azmin Ali. Apa yang DS Jamal lakukan sejak semalam adalah untuk kepentingan Rakyat Selangor yang menderita dengan masalah air.

72 Menteri Besar DS @AzminAli Balas Dendam Jamal Yunos Malukan Beliau Di SUK Semalam






Menteri Besar Selangor, DS Azmin Ali telah membalas dendam ke atas Pengerusi Gerakan Merah, DS Jamal Yunos kerana memalukan beliau dan Kerajaan Negeri apabila bertuala mandi dan pergi ke Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, sebagai protes akibat ketiadaan air. Baca di sini.

Selepas cubaan Ratu Naga dan rakan-rakan PKR gagal untuk malukan DS Jamal, baca di sini, langkah seterusnya adalah dengan menghantar notis penutupan hotel dan resort milik DS Jamal. Rumah urut dan pusat hiburan haram di Selangor bersepah tumbuh bagai cendawan tumbuh selepas hujan tidak dibenteras. Sebaliknya, resort DS Jamal juga yang menjadi pilihan Menteri Besar untuk disita.

Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) telah menutup hotel milik Melayu kerana tidak ikut perintah Undang-Undang Kecil Hotel. Kita tidak kata ini tindakan yang salah tapi kita cabar MDSB dan semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor untuk menutup rumah judi, rumah urut dan pusat hiburan yang tidak ikut undang-undang PBT.

15 Ratu Badak Hendak Malukan Pengerusi Gerakan Merah Tetapi Dimalukan Dengan Tepung

Hari ini, blogger dan cytro belaan PKR dan YB Ampang, Zuraidah Zakaria berhasrat untuk memalukan Pengerusi Gerakan Merah, DS Jamal Yunus dengan membuat Sidang Media di hadapan rumah DS Jamal. Perkara ini telah diwar-warkan di dalam media sosial sejak semalam,

Sebaliknya, apa yang berlaku hari ini adalah drama bertukar menjadi tragedi kelakar apabila Ratu Naga telah dimandikan dengan air longkang dan di'tepung tawar' di hadapan kediaman DS Jamal. Ratu Badak berjaya ditepungkan untuk dijadikan cucur badak. 

Ratu Naga dan puak PKR datang ke rumah DS Jamal kononnya hendak hantar air mandikan beliau. Sebelum Ratu Naga mandikan DS Jamal, mereka terlebih dulu yang dimandikan dan ditepung tawar. Macam-macam drama sejak DS Jamal bertuala mandi di hadapan bangunan SUK semalam. DS Jamal berkata,
"Sudah lima hari air tiada di rumah saya, jadi apa yang mereka bawa dengan sebotol air hanya nak mengejek-ejek saya, saya tahu apa yang mereka lakukan ini kerana tindak balas tentang mesej saya berikan semalam.
Saya minta dia balik tapi tak mahu balik sebab itulah dia dimandikan dengan air longkang dan air najis baru dia balik. Dia nak sangat merasa air longkang dan air kumbahan jadi dia kena hadaplah benda ini, kerana perbuatan beliau untuk mengejek membawa padah."


December 21, 2016

0 Samsung Galaxy J7 Bakal Dimenangi Dalam Peraduan #PengangkutanAwamDaratMembawaSayaKe!


Tahukah anda? Anda berpeluang untuk memenangi Samsung Galaxy J7 dan kad Touch 'n Go bernilai RM250 dengan menyertai peraduan #PengangkutanAwamDaratMembawaSayaKe! Tapi bagaimana? Anda hanya perlu kongsi pengalaman ke lokasi kegemaran yang boleh diakses dengan pengangkutan awam darat dalam bentuk kolaj gambar atau video. Tarikh peraduan adalah dari 16 ke 30 Disember 2016.

Cara penyertaan sangat senang! 

Langkah 1: Rakamkan perjalanan anda ke lokasi kegemaran anda menggunakan pengangkutan awam darat. 
Langkah 2: Muat naik video atau gambar tersebut ke akaun Instagram anda. 
Langkah 3: Ceritakan kisah perjalanan anda dengan #PengangkutanAwamDaratMembawaSayaKe 
Langkah 4: Tag seorang rakan anda yang suka berjalan pada gambar yang dimuat naik. 

Kunjungi profil @spadmalaysia atau di Facebook SPAD di sini, untuk maklumat lanjut cara-cara penyertaan.

103 Pengerusi Gerakan Merah Bertuala Mandi Untuk Tumpang Mandi Di SUK



video

CTS bukanlah seorang peminat Pengerusi Gerakan Merah, DS Jamal Yunos. Namun kelibat DS Jamal hadir ke bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dengan memakai tuala mandi sebagai tanda protes terhadap kerajaan negeri berkaitan isu gangguan bekalan air, kalau difikirkan amat perlu.

DS Jamal turut membawa gayung, berus gigi dan alatan mandian lain. Bagaimanapun, beliau yang tiba di pintu utama bangunan itu jam 9.40 pagi tadi, dihalang daripada memasuki pusat pentadbiran kerajaan Selangor itu.

Kita mengharapkan agar NGO-NGO wanita tidak mencontohi tindakan DS Jamal ini dengan bertuala mandi beratur di depan SUK. Pastinya akan berlaku kelam kabut dan kejadian yang tidak diingini pastinya nanti.

Pasti ada yang akan mempertikaikan tindakan DS Jamal. Pesan CTS, jangan lihat tindakan DS Jamal bertuala mandi di SUK. Lihatlah apa apa yang cuba beliau sampaikan di sebalik tindakan beliau itu iaitu Selangor sudah kerap sangat ketiadaan air!

December 20, 2016

60 Suami ADUN Selangor Tidak Boleh Cari Makan Di Malaysia?


Ini adalah ADUN Batu Tiga, YB Rodziah Ismail. Di dalam laman sosial Twitter beliau semalam, beliau telah memuatnaik status beliau menghatar suami beliau ke lapangan terbang untuk ke Jepun. Menurut katanya, "Hantar suami pergi cari rezeki di Jepun. Dalam negara sendiri susah nak cari rezeki."

Takkan inipun nak salahkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan DS Najib Tun Razak? Adakah Menteri Besar Selangor, Azmin Ali tidak pandai jaga anak buah sampaikan suami ADUN Batu Tiga terpaksa berhijrah ke Jepun mencari rezeki sebab tak ada kerja dalam negara? 

Lain kali projek pintu gerbang tu hulur-hulurlah sedikit dekat anak buah. Belum lagi berpuluh projek yang diletakkan di bawah syarikat RM2. Takkan hendak suruh laki YB berkenaan cari peluang kerja / perniagaan di bawah Kerajaan BN kot?

10 Apa Ada Dengan Kok ... Ehhh, The Top, KOMTAR


Projek pengubahsuaian atau rejuvenasi KOMTAR di Pulau Pinang telah diswastakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng kepada syarikat Only World Group (OWG). OWG diberikan 'konsesi' selama 60 tahun sebagai balasan melaksanakan projek rejuvenasi KOMTAR mengikut budi bicara OWG sendiri yang diberi persetujuan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang pimpinan Joseph Lim Guan Eng.

OWG adalah juga syarikat yang menguruskan taman tema air di laut 'Wet World Wild' di Batu Ferringhi yang kini sudah berhenti operasi. Projek rejuvenasi ini termasuk penambahan 2 tingkat baru ke atas KOMTAR. Semua kos pembaikan dan rejuvenasi ditanggung oleh syarikat pemaju berkenaan.

Sukacita diingatkan, segala "taman tema" dan penambahan tarikan pelancong yang dibina atau disediakan di the Top @ KOMTAR seperti the Rainbow Skywalk dikenakan caj masuk, bukan percuma, dan ia juga bukan murah. Harga tiket dewasa adalah RM98 manakala harga untuk kanak-kanak adalah RM50.


Jangan kata tanah di Pulau Pinang habis Kerajaan DAP Pulau Pinang gadaikan atau  dijual, bangunan KOMTAR yang sebiji itupun turut digadaikan selama 60 tahun!

December 18, 2016

46 Ketua Menteri Pulau Pinang Abadikan Nama Rainbow Sebagai Satu Lagi Destinasi Perlancongan

Walaupun Pembantu Peribadi Ketua Menteri Pulau Pinang, Ng Phaik Keng atau lebih dikenali sebagai Rainbow telah lama dikeluarkan dan dipecat daripada Pejabat Ketua Menteri sejak 2012, nama beliau terus diabadikan di tingkat 68, Menara Komtar dengan nama 'Rainbow Skywalk'

Gadis cantik yang bukannya menjadi rahsia ramai dikatakan diminati oleh Joseph Lim Guan Eng sehinggakan ada blog dan portal yang mendakwa kesan plaster yang dipakai oleh Joseph Lim Guan Eng di dahi adalah gara-gara pergaduhan dengan isteri beliau, Betty Chew. Namun, kesahihan cerita masih menjadi misteri.

Bersama-sama sahabat baik beliau (siap pegang tangan tu), Menteri Perlancongan DS Nazri Aziz, Ketua Menteri Pulau Pinang pagi tadi dengan gembiranya merasmikan 'Rainbow Skywalk'. Menitis air mata CTS mengenangkan kisah cinta yang penuh tragis ini. Minta agar penerbit tersohor David Teoh dapat mengangkat kisah cinta ini ke layar perak.


An inspiring story from the Taj Mahal ...

December 17, 2016

10 Pembohongan @RafiziRamli Dibogelkan @MRTMalaysia


Bengang dengan serangan bertali arus membongkarkan pembohongan Ahli Parlimen Pondan ... maaf Pandan yang dibuat pada 2012, Rafizi Ramli telah membuat pembohongan atas pembohongan. Pembohongan 2012 mengenai kos Mass Rapit Transit (MRT) telah didedahkan oleh CTS semalam di sini

Rafizi Ramli yang terkenal di kalangan pemain media sosial dengan nama sotong telah membuat Kenyataan Media yang dipetik portal pembangkang, Malaysiakini, baca di sini tengah hari tadi dengan berkata,
"Since last night, Umno online propaganda groups have launched a social media campaign to show that the true cost of the MRT project was only RM21 billion and not RM100 billion as I had previously mentioned. They attacked me on social media (on this issue). What they do not realise is that Najib announcement that the cost to complete Phase 1 of the MRT for the first stretch from Sungai Buloh to Kajang (12 stations spanning 21 kilometres only) was RM21 billion.
The RM21 billion cost mentioned by Najib is only for 21km out of the planned 141km MRT line, he said, which means it is only 15 percent of the total cost for the entire MRT project. Employing simple calculations, he said, if the cost for each kilometre of the rest of the MRT line remained roughly the same as it was for the first phase, it would be RM1 billion per kilometre. If that is so, the remaining 120km of the MRT line would cost about RM120 billion."
Beliau membuat tuduhan berdasarkan andaian beliau bahawa jumlah kos RM21 juta yang disebut oleh Perdana Menteri adalah untuk 21 kilometer sahaja. Berdasarkan baki yang belum disiapkan beliau merumuskan bahawa kos pembinaan MRT adalah RM1 billion per kilometer. Malangnya, hanya penyokong-penyokong zombies dan minions beliau akan menelan apa sahaja pembohongan yang dilakukan oleh beliau. 

Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRTCorp) sebentar tadi telah mengeluarkan Kenyataan Media menafikan pembohongan, andaian, gurauan atau fitnah Rafizi Ramli. MRTCorp telah menjelaskan bahawa jumlah kos pembinaan MRT sebanyak RM21 juta adalah untuk Fasa 1 dan Fasa 2 SBK Line yang sepanjang 51 kilometer. Kenapalah bodoh sangat Rafizi Ramli ini?


63 Doktor Pelatih Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang Minta YDP Agong Letak Jawatan cc. @DGHisham @KKMPutrajaya @SKMM_MCMC

Pemilik akaun laman sosial ini masih bekerja sebagai doktor pelatih di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang. Melihat kepada posting-posting di wall beliau cukup berani menentang arahan-arahan Kerajaan termasuk arahan Ketua Setiausaha Negara (KSN) agar penjawat awam tidak menyertai perhimpunan haram. 

Malah ada juga statusnya memaki hamun ketua-ketua jabatan dan pakar-pakar hospital kononnya pilih kasih dan mengutamakan jantina. Status-statusnya memaki hamun pemimpin negara saban hari dan terkini tindakan kurang ajar dan biadap seorang kakitangan Kerajaan mempertikaikan sifat soleh YDP Agong kita yang gemar beribadat dan disuruh pula meletakkan jawatan sebagai Agong. 

Doktor pelatih sebenarnya belum disahkan dalam perkhidmatan. Mereka perlu disahkan di dalam perkhidmatan sebelum boleh menjadi doktor berdaftar penuh. Melihat kepada sikapnya yang biadap kepada YDP Agong, adalah disarankan Kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Kesihatan Malaysia harus bertindak tegas kerana kesetiaan kepada Seri Paduka Baginda adalah merupakan perkara asas bagi setiap penjawat awam dan langsung tidak boleh dikompromikan. 

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates