December 10, 2016

0 Tun Dr Mahathir "Mudah Lupa" Jasa MCA, Ujar Ong Ka Chuan


MCA melalui Setiausaha Agungnya, DS Ong Ka Chuan melahirkan kekecewaan berhubung tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang terus menerus menyerang parti itu. DS Ong berkata sebelum ini MCA sentiasa menyokong Mantan Perdana Menteri itu ketika zaman susah dan senangnya.

DS Ong berkata demikian ketika mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir di catatan blognya yang bertajuk "Associating With Thieves", yang menyifatkan MCA sebagai sebuah parti perkauman manakala "mengagungkan DAP" sebagai parti yang menghormati Perlembagaan Persekutuan.

DS Ong berkata Dr Mahathir lupa bahawa MCA telah menyumbang ke arah penggubalan Perlembagaan Persekutuan bersama UMNO. MCA mengingatkan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa mereka setia dan menyokongnya semasa beliau menjadi Perdana Menteri.

Tahun 1998 menjadi saksi, bagaimana Tun Dr Mahathir terus mendapat sokongan MCA sewaktu Anwar Ibrahim memilih untuk menjemput campurtangan IMF dalam menyelesaikan krisis matawang negara. MCA bersama Tun Dr Mahathir menentang cadangan itu demi mempertahankan kedaulatan ekonomi negara.

Tatkala era reformasi pula, kesetiaan MCA kepada Tun Dr Mahathir tidak pernah berbelah bahagi. Pada kemuncak gerakan reformasi apabila Rakyat turun ke jalanan demi Anwar Ibrahim, MCA tetap bersama Dr Mahathir.

DS Ong berkata MCA teguh berdiri di belakang kepimpinan Barisan Nasional (BN), termasuk ketika ianya dikemudikan oleh Tun Dr Mahathir. Antara peranan penting yang dimainkan oleh MCA adalah apabila Mahkamah Agung mengharamkan UMNO pada 1988 dan penubuhan parti baharu, UMNO baru.

Ketika itu, presiden MCA selaku pengerusi BN, dan secara tidak langsung Perdana Menteri sehari, sebelum UMNO Baru diterima masuk ke BN supaya Tun Dr Mahathir boleh kembali menjadi Perdana Menteri.

Dalam sejarah, MCA tidak pernah mengabaikan Perikatan dan BN. Secara dalaman, ada masanya parti mungkin berdepan masalah yang diselesaikan dengan pantas, tetapi hubungan MCA dengan komponen BN lain kekal utuh.

47 Lawak Hujung Minggu - Surat Palsu DS @Zahid_Hamidi Mahu Merampas Kuasa Tersebar

Tersebar di laman sosial Whatsapp surat palsu kononnya Timbalan Perdana Menteri, DS Dr Ahmad Zahid Hamidi mendesak Perdana Menteri, DS Mohd Najib Tun Abdul Razak meletakkan jawatan. Sekali imbas, nampak meyakinkan, tetapi hakikatnya palsu semata-mata. Sungguh kreatif siapa yang melakukan perkara ini. Cuba lagi lain kali. Terdesak sungguh puak-puak ini hendak melaga-lagakan kepimpinan Barisan Nasional (BN) kerana gilakan kuasa.




Bukan susahpun hendak buat surat palsu. Surat palsu di atas pun boleh diubah tandatangan kalau mahu seperti di bawah:



Lagi kesalahan yang dapat dikesan pada surat palsu berkenaan. Pembuat surat palsu ini amat amatur atau bayaran yang diberikan mungkin sedikit.


Kemungkinan besar surat palsu berkenaan dibuat dan disebarkan oleh mat-mat Parti Cap Bunga Raya adalah tinggi berdasarkan bukti di bawah:

December 9, 2016

67 Berlebih-lebih Pulak Wala' Si Boboi Kepada DAP


Timbalan Presiden Parti Cap Bunga Raya, DS Mukhriz Mahathir di dalam ucapan semasa majlis Perasmian Pejabat PPBM Kedah di Stargate Alor Setar malam tadi menyatakan bahawa:

1. DAP akan menjaga dan pertahankan Hak Keistimewaan Bumiputera.
2. DAP akan pertahankan Agama Islam sebagai agama rasmi.
3. DAP akan menjaga Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi.
4. DAP juga akan menjaga kedaulatan Raja-Raja Melayu.

Anak Mahathir ini memang seorang Melayu Mudah Lupa sungguh. Demi hendak meraih kuasa beliau sanggup pertahankan DAP. Kalau DAP merupakan satu parti yang serba lengkap segalanya, kenapa ditubuhkan Parti Cap Bunga Raya? Masuk pasrti DAP terus kan senang? PKR yang sudah bertahun-tahun bersama dengan DAP pun tidak tunduk menyembah kepada DAP macam tu sekali.

Persoalan utama yang patut dijawab oleh Mukhriz Mahathir adalah adakah Doktor Cina di bawah yang merupakan penasihat DAP, berumur 91 tahun dan tidak boleh berbahasa Malaysia akan melakukan 4 perkara di atas?

12 Ragam Parti Cap Bunga Raya - Majlis Amanat Presiden & Perasmian Ibu Pejabat Di Kedah



Ini sudah seperti kes gila talak kalau begini caranya. Ibarat kata orang, kalau tak dapat jumpa dengan orangnya, dapat tengok bumbung rumah pun jadilah! Kita masih ingat lagi sewaktu Persidangan Agong UMNO (PAU) baru-baru ini, Mukhriz Mahathir di dalam laman sosial Instagram beliau tidak segan silu menggunakan hastag #PAU2016 dan meraikan perwakilan serta masih tergila-gila hendak menggunakan nama UMNO pada jawatannya. Baca di sini.

Semalam, geng-geng Parti Cap Bunga Raya sibuk pula mengadakan Majlis Amanat Presiden, serupa tapi tak sama dengan majlis yang diadakan di PAU. Kalau jiwa tu sudah sebati dengan UMNO pusing pi pusing mai, ikut UMNO jugak.

Kita tinggalkan dulu Majlis Amanat Presiden. Kita terjah pula upacara perasmian Ibu Pejabat yang dibuat di Kedah. Apa yang mungkin terlepas pandang ialah ketiadaan Ketua Srikandi Pribumi, Ainina 'Hobbit' Saaduddin. Kita tahu Ketua Srikandi Peribumi berasal dari Langkawi, Kedah, selayaknya beliau wajib ada kerana ini negeri beliau. Akan tetapi malangnya beliau tiada.

Malah apa yang lebih menarik ialah Naib Presiden Pribumi, Datuk Hamidah Osman pula hadir. Mungkinkah permusuhan antara keduanya yang digemburkan oleh ahli parti pribumi sendiri adalah benar sehingga mengakibatkan mereka tidak boleh berada dalam satu majlis yang sama?

December 8, 2016

58 Bukan Tun Dr Mahathir Seorang Yang Dibatalkan Jemputan Ke Majlis Pertabalan


Polemik Mantan Perdana Menteri 22 tahun, Tun Dr Mahathir Mohamed dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamed Ali dibatalkan jemputan mereka untuk hadir ke majlis pertabalan YDP Agong yang baru masih lagi hangat dibincangkan di media-media sosial.

Bukan saja Tun Dr Mahathir saja yang dibatalkan jemputan. Difahamkan Ahli Parlimen Ketereh, TS Annuar Musa juga dibatalkan jemputannya. Begitu juga dengan beberapa individu korporat dan mantan ahli politik seperti TS Syed Mokhtar Al Bukhary, TS Rodzali Ismail, TS Mahmood Adam dan juga TS Sanusi Junid.

Sebab musabab mengapa jemputan dibatalkan tidak perlulah rasanya kita pertikaikan. Sudah menjadi hak Tuan Rumah iaitu Majlis Raja-Raja melalui Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja untuk menjemput sesiapa yang mereka kehendaki dan begitu juga sebaliknya. Tidak perlulah bertindak tanpa kesipuan dengan menceroboh majlis yang tidak mendapat undangan.

Saya tabik TS Annuar Musa. Walaupun beliau berada di dalam situasi yang sama dengan Tun Dr Mahathir, beliau menerima keputusan Majlis Raja-Raja dengan hati yang terbuka. Beliau tidak melompat dan juga tidak bercadang untuk hadir juga ke majlis yang tidak diundang itu.

December 7, 2016

143 Marina Mahathir Menghina Majlis Raja-Raja Dengan Kenyataan Ini

Apabila Istana Negara, melalui Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menarik balik jemputan ke atas Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali untuk hadir ke Majlis Pertabalan YDP Agong yang baru, selepas peristiwa Mantan Perdana Menteri 22 tahun hadir di Perhimpunan Agung DAP tempoh hari, maka semua pihak kenalah faham isyarat DYMM Tuanku Sultan Kelantan ini. Apa pun hak beliau sebagai bakal DYMM YDP Agong tidak perlu dipertikaikan oleh sesiapa.

Marina Mahathir mungkin tidak faham bahawa Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bertindak atas titah Istana bukan atas arahan kerajaan Persekutuan. Adalah di maklumkan bahawa segala jemputan adalah dari pihak Istana Negara, iaitu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dan bukan dari pihak Eksekutif Kerajaan. Salah Najib jugak? Mungkin pada zaman bapa beliau menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, pihak Istana hanya mengikut telunjuk, kita tidak pasti.

Surat-surat ini juga semestinya dihantar secara sulit oleh Majlis Raja Raja kepada kedua-dua Tun kerana menghormati status kedua-dua mereka. Jadi apabila anaknya sendiri mendedahkan kedua-dua surat yang diterima oleh mereka natijahnya kedua dua ibu bapanya akhirnya tetap menerima kesipuan (embarrassed) bila satu Malaysia tahu yang tidak menjemput mereka bukanlah Kerajaan tapi Majlis Raja Raja sendiri

Apa hak Marina Mahathir hendak menghina pihak Istana? Apakah kerana bapa beliau tidak dijemput maka status Istana jadi 'low class'? Lupakah Marina Mahathir bahawa bapa beliaulah yang menarik balik kekebalan dan mengurangkan kuasa Raja-Raja suatu waktu dulu. Pepatah English ada menyebut, 'what goes around comes around'. Saya tanya balik soalan, siapa akan tersipu-sipu nanti?




35 Tun Dr Mahathir Berbohong Apabila Membuat Serangan Ke Atas MCA Dan DS @NajibRazak

Hari ini, Tun Dr Mahathir telah membuat posting terbaru di blog beliau, chedet.cc yang bertajuk Associating With Thief, baca di sini. Artikel yang mempunyai 13 para ini secara langsung menyerang parti komponen Barisan Nasional, MCA dan seperti biasa musuh ketat beliau, Perdana Menteri DS Mohd Najib Tun Razak.

Terdapat beberapa pembohongan dan fitnah di dalam posting Pengerusi Parti Cap Bunga Raya kali ini.


Pertama, Tun Dr Mahathir menuduh DS Mohd Najib Razak mencuri berbilion ringgit. Sehingga ke hari ini tidak ada satu buktipun yang beliau keluarkan. Kedua, saya minta sangat Tun berikan data atau pautan yang menyatakan Malaysia adalah antara negara sepuluh yang paling korup di dunia. Pembohongan Tun ternyata terserlah apabila mengikut Indeks Persepsi Rasuah Tranperansi Antarabangsa, Malaysia disenaraikan dalam 3 teratas dari segi kurang aktiviti rasuah.


Sekali lagi Tun berbohong dan membuat fitnah. Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) tidak pernah melaporkan bahawa Perdana Menteri mencuri sebarang dana atau wang. Sila berikan bukti. Malah, seperti berpuluh-puluh individu yang tidak dinamakan dalam saman DOJ itu, MO1 bukan pihak yang terlibat atau disaman sivil oleh DOJ. Get your fact right old man.


Kita faham Tun ingin menjilat rakan sekutunya yang baru iaitu DAP. Apa sahaja yang DAP lakukan adalah wangi bagi Tun, tetapi kenyataan bahawa MCA tidak menyokong atau membantah perkara I. sehingga IV. di atas adalah pembohongan terbesar Tun. Kalau betul sekalipun tuduhan berkenaan, adalah bodoh dan baghal bagi seorang Perdana Menteri menjalinkan kerjasama dengan MCA selama 22 tahun!


Ini adalah satu pembohongan dari Tun. Tapi saya maafkan kerana mungkin beliau tertidur di atas faktor usia. Lim Guan Eng telah menggunakan bahasa Mandarin di tengah-tengah ucapan pengulungan beliau. Video di bawah sebagai bukti. Sila tonton dan dengar pada minit 7 dan 16 saat. Adakah ini bunyi seperti Bahasa Kebangsaan kepada anda?

video


Puas saya mencari kenyataan MCA seperti di atas sama ada dalam bentuk pelaporan berita mahupun video di Youtube. Minta Tun berikan pautan sekiranya Tun bukan seorang pembohong untuk membodek DAP.


Apabila Tun menarik balik sokongan kepada DS Najib pada Ogos 2014, ianya langsung tidak ada kaitan dengan 1MDB. Malah, Tun telah menyatakan sebab utama beliau menarik balik sokongan adalah kerana DS Najib telah memansuhkan ISA. Tambahan lagi, umum mengetahui pertama kali Tun menyerang UMNO adalah pada bulan Oktober 2013 apabila anaknya kalah dalam pemilihan parti bagi jawatan Naib Presiden UMNO. Melayu mudah lupa kan Tun?


Shame on you Tun Dr Mahathir. Tua-tua lagi mahu bohong.

28 Welcome To Penang - Lebuhraya Termahal Di Malaysia

Malaysia Guinness Stout World Book Of Records pastinya akan merekodkan lebuhraya paling mahal di Malaysia apabila Lebuhraya Jalan Lim Chong Yew - Bandar Baru Ayer Hitam siap dibina di Pulau Pinang.

Berdasarkan dua artikel di bawah daripada The Star dan Penang Property Talk, lebuhraya berkenaan yang panjangnya hanya kurang dari 5 kilometer  bernilai RM819,000,000 atau RM162,000,000 utuk satu kilometer. Dalam perkataan lain, untuk satu meter lebuhraya berkenaan, kosnya berharga RM162,000!!!

Maaf, saya tidak pasti sama ada lebuhraya ini disadur dengan emas untuk harga tidak masuk akal ini. Pembaca boleh baca pautan di bawah untuk maklumat lanjut:
http://www.thestar.com.my/business/business-news/2016/12/02/mudajaya-gets-rm810m-for-penang-road-projects/
http://www.penangpropertytalk.com/2016/02/roads-being-widened-for-bypass/

December 6, 2016

32 Kabinet Bayangan DAP - Sendiri Edit, Sendiri Sangkal, Sendiri Buat Sidang Akhbar

Haiya Lim Kit Siang, teknik propaganda murahan seperti ini masih laku lagikah? Baru selepas 2 hari pelbagai kontroversi melanda di dalam Persidangan Parti DAP 2016 di IDCC, Shah Alam, DAP telah mengadakan Sidang Media murahan ini.

Tidak ada siapalah yang berminat untuk mencetak Kabinet Bayangan DAP. Melainkan DAP sendiri. Sendiri buat Kabinet Bayangan, sendiri cetak dan sendiri buat Sidang Media untuk menafikannya. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan sebagai tektik untuk meraih simpati dan sebagai 'diversion' untuk mengelakkan orang ramai membicarakan kontroversi yang melanda.

Ini termasuklah Tun Dr Mahathir datang ke Persidangan Parti berkenaan walaupun pada asalnya dihalang, ahli DAP meletak jawatan pada hari persidangan berkenaan dan juga Tun Dr Mahathir menghina Rasulullah SAW. Sudahalah Lim Kit Siang. Waima cucu sendiripun akan gelak Datuknya buat tektik propaganda sebegini.

December 5, 2016

67 Ini Bukan Kali Pertama Tun Dr Mahathir Hina Rasulullah SAW

Apabila Presiden Parti Cap Bunga Raya, Tun Dr Mahathir menghina Rasulullah SAW dengan mengatakan Rasulullah SAW tiada RM2.6 billion di dalam akaun dan Baginda juga tidak ada akaun 1MDB, ramai yang beristighfar dan terkejut.

Kalau ikut sejarah Tun Dr Mahathir, ini bukan kali pertama beliau menghina Rasulullah SAW. Pada tahun 1997 Tun Dr Mahathir pernah memperlekehkan janggut Rasulullah SAW dengan berkata:

1. Siapa tahu janggut Nabi macam mana?
2. Siapa biasa tengok janggut Nabi, ada gambar?
3. Di zaman tu dia bukan ada Gillette.
4. Pisau cukur pun tiada zaman tu, jadi macam mana nak cukur. Naik unta sana sana sini. Bukan boleh dapat air di padang pasir.

Oleh kerana keceluparan kata-kata Tun Dr Mahathir itulah membuatkan Barisan Nasional (BN) kehilangan kerusi Parlimen Arau dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) 1998.

Jadi tidak hairanlah Tun Dr Mahathir apabila berada bersama DAP beliau perlu menunjukkan yang beliau lebih DAP dari DAP sehingga sanggup memperlekehkan Junjungan Besar Rasulullah SAW sendiri.

Tun Dr Mahathir memang seorang Melayu yang mudah lupa. Namun, kami tidak pernah lupa ketika Tun Dr Mahathir menghina Baginda Rasulullah SAW, Imam kami.



video

48 Apa Beza Perhimpunan Solidariti Untuk Rohingya Dengan Perhimpunan Aman Malaysia Wahai Tun Dr Mahathir?


Mantan Perdana Menteri 22 tahun, Tun Dr Mahathir Mohamed berkata, DS Najib Tun Razak sepatutnya bertindak lebih tegas demi masyarakat Rohingya dan bukannya sekadar hadir di acara demonstrasi. Katanya di petik Malaysiakini, baca di sini,
"Sebagai kerajaan, (sepatutnya) kita tidak berdemonstrasi. Kita berdemonstrasi terhadap kerajaan. Kalau kita tukar kerajaan, cadangan saya ialah kita break off diplomatic relations sebagai satu tanda ketidakpuasan hati kita terhadap layanan terhadap orang Rohingya. Apabila dia Perdana Menteri, dia buat demonstrasi, dia demonstrate kepada siapa, hah?"
Tun Dr Mahathir sememangnya seorang Melayu yang mudah lupa. Pertama, perhimpunan pagi tadi di Stadium Taman Tasik Titiwangsa bukanlah acara demonstrasi sebaliknya Himpunan Solidariti Membantah Kekejaman Ke Atas Masyarakat Rohingya.

Kedua, pada tahun 2003, beliau sendiri selaku Perdana Menteri telah menghadiri satu perhimpunan di Stadium Bukit Jalil untuk Perhimpunan Aman Malaysia bagi membantah penindasan ke atas Palestin dan juga serangan ke atas Iraq. Berlainan dengan Himpunan Solidariti Rohingya, perhimpunan Aman Malaysia diisi dengan nyanyian-nyanyian dari artis-artis terkenal.

Ketiga, sekiranya Tun Dr Mahathir menyatakan tindakan DS Najib Tun Razak mengadakan perhimpunan untuk mengecam kezaliman ke atas penduduk Rohingya dipercayai sekadar "suatu wayang" oleh pihak kerajaan, wayang apakah yang beliau mainkan sewaktu tahun 2003? Persoalan yang harus ditanya, kalau betul beliau begitu prihatin dengan Palestin, sepanjang 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri, berapa kali beliau menjejakkan kaki ke Palestin?

December 4, 2016

24 Ceramah Buang Najib Jadi Ceramah Buang Karan




Ini cerita semalam yang masih lagi menjadi bahan jenaka penduduk Kedah sampai ke petang ni. Punyalah semangat Rafizi Ramli dan puak-puak pembangkang hendak malukan Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak, maka mereka mengadakan ceramah Buang Najib. Nampak gaya dengan kehadiran berjuta-juta penonton seperti dalam gambar di atas, cermah Buang Najib hanya Tinggal ceramah Buang Karan. Buang Karan dalam maksud utara adalah buang masa.

Hadirin yang datang adalah dalam 100 orang. Hangpa nak Buang Najib macam mana Rafizi ooi. Hangpa nak halau nyamuk yang banyak pada malam semalampun belum pasti berjaya. Malulah anjur majlis ceramah dengan kempen besar sebegini tapi tak laku. Kalau ikut penceramah yang datang, boleh pecah panggung.

14 Semangat KeMalaysiaan DAP Lebih Tinggi Daripada MCA - Pengerusi Parti Cap Bunga Raya


Berkatalah Pencinta DAP yang terbaru Tun Dr Mahathir Mohamed di dalam Persidangan Parti DAP 2016 pagi ini,
"Saya pernah sertai perhimpunan MCA dan sekarang DAP. Lagu parti MCA dalam bahasa Cina, lagu DAP dalam bahasa kebangsaan! DAP ada ahli dan pemimpin pelbagai kaum, sekarang saya sedar DAP bukan parti Cina. Semangat keMalaysiaan DAP lebih tinggi daripada parti komponen BN seperti MCA. Pandangan saya terhadap DAP dulu sudah salah."
Pertama, selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri, Cawangan Khas (Special Branch) di bawah beliau, pemimpin-pemimpin DAP yang bepaling tadah berada di sekeliling beliau dan ini tidak termasuk perisik-perisik Polis dan Tentera, malangnya Tun Dr Mahathir tidak tahu lagu DAP dalam Bahasa Melayu dan ahli DAP bukan setakat hanya kaum Cina?

Kedua, Ppada tahun ini DAP berusia 50 tahun. Tun Dr Mahathir pula berusia 91 tahun. Ini bermakna Tun Dr Mahathir berusia 41 tahun semasa DAP ditubuhkan. Agak aneh dan sukar untuk percaya sepanjang 50 tahun yang lalu Tun Dr Mahathir tidak pernah tahu lagu parti DAP adalah dalam Bahasa Melayu dan keahlian DAP adalah berbilang bangsa. 

Cumanya setakat ini belum kedengaran Pengerusi Parti Cap Bunga Raya ini mengucapkan kalimah DAP bukan parti rasis, DAP memperjuangkan Islam lebih dari UMNO dan PAS, DAP mempertahankan Melayu dan DEB sejak dulu, DAP memperjuangkan Akta 153. Kalau Mendiang Karpal Singh masih hidup, menangis beliau melihat gambar ini.

Berbalik kepada kenyataan Tun Dr Mahathir seperti di atas, sama ada beliau seorang pembohong nombor satu di dunia atau beliau sudah benar-benar nyanyuk!

Nota Kaki: CTS bersetuju dengan komen salah seorang ahli DAP, Shamsher Singh Thind yang memanggil Tun Dr Mahathir sebagai Bapa Ayam, yang meminta Lim Kit Siang untuk meminta maaf daripada Tun Dr Mahathir ke atas segala tuduhan beliau selama ini.

43 Lim Kit Siang Tukar Fikiran, Jemput Juga Tun Dr Mahahir Akhirnya

Ini baru betul. Sesuai dengan pepatah English, 'birds of a feathers flock together'. DAP sebelum ini berkeras untuk tidak menjemput Pengerusi Parti Cap Bunga Raya, Tun Dr Mahathir hadir ke Persidangan Parti DAP 2016, hari ini terpaksa mengalah.

Pagi ini Tun Dr Mahathir kelihatan gagah di pentas utama bersebelahan dengan Penasihat DAP seumur hidup, Lim Kit Siang. Bersyukurlah, air yang dicincang tak akan putus. Harapnya tidak ada perwakilan DAP yang akan memanggil Tun Dr Mahathir sebagai Bapa Ayam atau Pelacur hari ini.

Untuk rekod, DAP masih lagi tidak berganjak dengan polisi MalaysianMalaysia mereka dan Perdana Menteri pilihan mereka masih lagi Anwar Ibrahim.


Untuk tatapan pembaca budiman, mana anda lebih suka lihat? Gambar Tun Dr Mahathir berkepit dengan Lim Kit Siang sewaktu Persidangan Parti DAP pagi ini atau gambar DS Mohd Najib Tun Razak dan DS Haji Hadi Awang di Solidariti Rohingya juga pagi ini?


 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates