November 26, 2016

23 Kartunis Zunar Ditahan Di Bawah Akta Hasutan Dan Kanun Keseksa 504, Ketua Menteri Yang Rasmi?

Kartunis pembangkang, Zunar yang mengadakan pameran karya-karya karikatur berbaur hasutan dan menghina Perdana Menteri di Tingkat 3, Komtar, Pulau Pinang semalam ditahan bawah Akta Hasutan dan Kanun Keseksaan petang tadi.

Sepatutnya Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng diangkut sekali kerana beliaulah yang meluluskan permit pameran dan juga merasmikan pameran berbau hasutan dan menghina Perdana Menteri berkenaan. 

Rejim DAP Pulau Pinang harus dipertanggungjawabkan terhadap peruatan kurang ajar Zunar yang dihadapkan ke muka pengadilan kerana tindakan kedua-dua pika pelukis dan penganjur samalah seperti membuat fitnah dan hasutan secara terang-terangan.

Nak tahu lawak yg tak mampu digambarkan dengan karikatur Zunar? Beliau lupa masa menghina anak Tun Razak, lupa dia duduk dalam Kompleks Tun Razak.

34 Rakyat Perak Sengsara Kos Sara Hidup Tinggu Beratur Semalaman Untuk Makanan

Lihatlah betapa zalimnya pemerintahan Barisan Nasional (BN). Kejadian berlaku di negeri Perak, lebih tepat di Meru. Rakyat Perak terutama golongan kaum Melayu terpaksa beratur semalaman dari malam semalam semata-mata untuk menunggu hari ini. Zalimnya Perdana Menteri melihat Rakyat Malaysia menderita duduk di kaki loma sebegini.

Rakyat Perak beratur bukan untuk mendapatkan makanan untuk kelangsungan hidup, sebaliknya mereka beratur di Amanjaya Convention Centre, Causarina Hotel, disebabkan adanya pameran jenama fesyen dan kecantikan diadakan di situ hari ini dan esok. Nikmat apa lagi tinggal di Malaysia yang ingin kamu dustakan?

Nota: Kredit gambar diambil dari rakan Facebook Afi Roshezry.

November 25, 2016

42 Tahniah Pulau Pinang - RUU 355 Ditolak, RUU Penternakan Babi 2016 Diterima Serta Merta


16/10/2016, Ketua Menteri DAP Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng telah membuat membantah keras ke atas Rang Undang-Undang (RUU) Akta 355 iaitu Memperkasakan Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) Akta 1965. Begitu juga dengan PKR, yang sehingga kini masih bermain wayang dalam isu RUU 355 yang diusulkan oleh Presiden PAS, DS Abdul Hadi Awang. Sehingga kini Presiden PKR, DS Dr Wan Azizah Wan Ismail masih belum menyatakan pendiriannya.

25/11/2016, di dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang telah diluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perternakan Babi 2016, iaitu satu RUU yang rasanya tidak pernah kita dengar selama ini. Lebih mengejutkan apabila RUU itu dibentangkan oleh EXCO Melayu iaitu Dr Afif Bahardin, ADUN PKR Seberang Jaya dengan alasan bahawa enakmen tersebut diperkenalkan bagi mengawal selia dan memastikan industri babi berkenaan berkembang dengan sihat dan lestari pada masa akan datang.

Kawasan yang diluluskan oleh RUU Penternakan Babi 2016 pula terletak di kawasan Jawi, tempat majoritinya kaum Melayu. Kenapa kawasan penduduk Melayu menjadi korban untuk pembangunan projek ternakan babi? Tiada langsung soal sensitiviti Agama dan kaum diambil kira dalam hal ini? Mampukah penguatkuasaan yang serius dijalankan terhadap penternakan babi ini selepas RUU babi diluluskan terutamanya hal melibatkan pencemaran air sungai, iaitu satu isu yang selama ini membelengu penduduk di negeri berkenaan?

Menyedihkan apabila RUU Penternakan Babi itu diluluskan oleh PKR dan DAP namun mereka membantah RUU Memperkasakan Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016  atau RUU 355, sedangkan RUU 355 jelas untuk umat Islam sahaja. Mungkin satu hari nanti Pulau Pinang tidak lagi digelar Pulau Mutiara sebaliknya Pulau Babi.

19 Rakyat Sudah Muak, Pameran Karikatur Zunar Diserang Di Komtar












Mungkin sudah muak dengan pembohongan dan fitnah pembangkang, pameran kartunis Zunar tengah hari tadi yang bertempat di Tingkat 3, Bangunan Komtar, Pulau Pinang telah diserang. Mungkin sekali sekala tindakan sebegini diperlukan apabila tindakan undang-undang mengambil masa yang lama dan tindakan diplomasi tidak diendahkan.

Lebih memalukan pameran karikatur ini telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng. Joseph Lim Guan Eng membenarkan satu pameran untuk memfitnah Perdana Menteri dan isteri walaupun berbentuk karikatur sedangkan beliau sendiri amat sensitif sekiranya wartawan tidak memberikan perhatian kepada berita mengenainya dan berita negatif tentang pentadbirannya. Bayangkan kalau Perdana Menteri merasmikan pameran karikatur yang menghina Joseph Lim Guan Eng dan bapanya.
'

26 Pembuli Pegawai MBSA Semalam Lahir Hasil Didikan BERSIH 5



video

Video sepasang suami isteri berbangsa Cina membuli dan cuba menghalang penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) daripada menjalankan tugas mereka viral di media-media sosial semalam. Kejadian yang berlaku di Jalan BRP6/11, Bukit Rahman Putra mendapat kritikan dan kecaman daripada majoriti netizen.


Hari ini Ketua Polis Negara, TS Khalid Abu Bakar telah mengemaskinikan laman sosial Twitter dan Facebook beliau memaklumkan bahawa kedua-dua suspek buli berkenaan telahpun ditahan dan akan didakwa di bawah Seksyen 353, Kanun Keseksaan. Kedua-dua suami isteri berkenaan telah ditahan dan dihadapkan ke Mahkamah dan mereka dikenakan hukuman penjara selama 14 hari.

Hasil carian ke atas pembuli berkenaan di media sosial mendapati kedua-dua suspek buli suami isteri berkenaan adalah merupaka ahli DAP dan bergiat aktif di dalam aktiviti perhimpunan haram BERSIH. Jadi tidak hairanlah peserta-pesrta BERSIH ini menunjukkan sikap kurang ajar dan tidak menghormati pihak penguatkuasa.



November 24, 2016

47 Nasib Baik MAIS Membatalkan Program Seminar Pemikiran Anwar Ibrahim

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), telah mengarahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk membatalkan arahannya kepada guru-guru sekolah agama di negeri ini untuk menghadiri seminar mengenai ‘Pemikiran Anwar Ibrahim’ yang dijadualkan akan diadakan di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Isnin depan.

Pengerusi MAIS, Dato Mohamad Adzib Mohd Isa berkata dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini berkata, pegawai JAIS yang mengeluarkan perintah itu melakukannya atas dasar peribadi, tanpa merujuk kepada pihak atasan beliau. Beliau juga mengingatkan Kerajaan Negeri dan pemimpin-pemimpin PKR Selangor tidak melibatkan JAIS dalam hal-hal politik.

Walau bagaimanapun, pengarah JAIS, Dato Haris Kasim berkata dalam satu kenyataan berasingan, Jabatan itu menerima perintah daripada kerajaan negeri untuk menjemput guru-guru agama untuk menghadiri seminar itu, tetapi ia tidak wajib bagi mereka untuk berbuat demikian.

Melihat kepada tentitif program pada hari berkenaan, institusi dan sekolah agama bakal diresapi pemikiran songsang serta penyelewengan aqidah melalui penyisipan amalan pluralism. Ini dapat dilihat daripada senarai pembentang ceramah seperti Dr Mohd Nur Manuity dan Anuar Tahir, serta penganjur program itu sendiri, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Tambah ketara apabila perasmian dilakukan oleh Timbalan Presiden PKR,  DS Mohamed Azmin Ali pada sebelah pagi dan ditutup oleh Presiden PKR, DS Wan Azizah Wan Ismail pada sebelah petang, di mana kesemua mereka ini adalah pencinta dan pemuja Anwar Ibrahim. Apakah ini bukan indoktrinasi politik yang merendahkan ilmuan ugama? Amat memalukan PKR menggunakan cara sebegini untuk menyebarkan dakyah songsang pemimpin mereka.

28 Berpangkat EXCO Tapi Tindakan Macam Lembu



Inilah antara barisan ADUN / EXCO suruhan Tokong Lim Guan Eng mengikut sahaja apa suruhan Ketua Menteri berkenaan untuk kelangsungan politik walaupun tindakan mereka nampak bodoh seperti lembu. Ceritanya begini ...

Suratkhabar The Star pada 21/11/2016, telah menyiarkan gambar muka depan bertajuk "Under Water". Ketua Menteri Pulau Pinang mempunyai hati senipis kulit bawang terasa hati dengan mengatakan bahawa akhbar The Star memberikan laporan yang salah tentang keadaan banjir di Pulau Pinang.


Beliau merasa tidak puas hati terus membuat sidang akhbar dan mengarahkan tentera RBA untuk membuat propaganda bahawa Kerajaan Pulau Pinang telah diserang.



Akhbar The Star telahpun membuat penjelasan seperti berikut:


Tidak cukup dengan itu, balaci-balaci ADUN / EXCO Pulau Pinang terus dikerahkan untuk membuat Sidang Media menghentam The Star dengan isu kecil yang sepatutnya boleh diselesaikan dengan mudah. Persoalannya,

1. Yang Joseph Lim Guan Eng marah sangat dengan tajuk umum akhbar berkenaan ini kenapa? Pulau Pinang tidak pernah kena banjirkah tahun ini?

2. Akhbar The Star tidakpun menamakan Pulau Pinang sebagai tajuk berita utamanya. Kenapa beliau terasa sangat dengan tajuk "Under Water"? Adakah beliau terasa perkataan "Under Water" itu ditujukan untuk terowong bawah laut yang Kajian Kebolehlaksanaan (EIA) projek itu sahaja bernilai RM305 juta yang dibayar kepada Consortium Zenith BUCG (CZBUCG)?

November 23, 2016

29 Apa Ada Dengan Kok ehh ... Pintu Gerbang Selangor

Bagi yang melalui Lebuhraya Persekutuan setiap hari, pasti akan menyedari pintu gerbang Selangor yang bernilai RM9.8 juta yang sudah hampir siap. Gambar di bawah menunjukkan perbezaannya. Gambar atas adalah pintu gerbang yang lama berwarna kuning manakala pintu gerbang baru berwarna hijau gelap yang telah diubahsuai.

Ada perbezaan ketarakah dari segi binaan dan struktur? Dengan jumlah pembelanjaan RM9.8 juta digunakan untuk menaik taraf bahagian hadapan binaan dengan menambah baik struktur seperti lampu, sistem elektrik, lanskap, ukiran, reka bentuk, cat baru serta penjagaan gerbang dan kawasan sekitarnya, adakah ianya berbaloi?

Menurut EXCO Selangor, Haniza Talha, gerbang ini kononnya telah ditempah oleh Sultan Selangor dan kosnya telah ditanggung melalui derma. Nama-nama penderma akan diukirkan di pintu tersebut. Saya masih menantikan siapakah penderma budiman serta bodoh yang menderma RM9.8 juta untuk pengubahsuaian sebegini.

23 Pengerusi Parti Cap Bunga Raya Kata MCA Lebih Jahat Dari DAP

Menurut Dr Mahathir, Ibrahim mendakwa bahawa DAP adalah "jahat", tetapi jika dibandingkan DAP dengan MCA, siapa sebenarnya lebih jahat. Katanya, DAP secara terbuka mengisytiharkan bahawa mereka menghormati perlembagaan, kedudukan Raja-Raja Melayu, Islam sebagai agama rasmi negara dan sebagainya. Adakah MCA atau MIC pernah melakukan perkara yang sama, soalnya. Sumber - Malaysiakini.
Inilah ibarat pepatah, sudah mendapat isteri baru, bekas isteri lama digelar pelacur. CTS amat pelik apabila tiba-tiba tiada angin, tiada ribut, Mantan Perdana Menteri selama 22 tahun, Tun Dr Mahathir mengelarkan MCA sebagai jahat dan DAP pula sebagai baik. Semakin hari, semakin banyak pula orang tua ini mencari musuh baru. 

Lupakah Tun Dr Mahathir, mana mungkin beliau dapat berkuasa selama 22 tahun sekiranya parti Cina MCA yang beliau katakan jahat ini tidak membantu beliau memegang tampuk pemerintahan melalui parti komponen yang diberi nama Barisan Nasional (BN). Mudah sangat orang tua ini melupakan jasa-jasa pemimpin-pemimpin Cina MCA yang bertungkus lumus mendapatkan undi masyarakat Cina di saat masyarakat Melayu secara terbuka dan terang-terangan menolak beliau pada tahun 1999.

Mungkin orang tua ini perlu diingatkan kembali sewaktu UMNO diharamkan pada tahun 1988, bukankah MCA yang mengambil alih jawatan Pengerusi BN daripada beliau. Pemimpin MCA pada waktu itu sudah menjadi Perdana Menteri sementara secara tak rasmi. Jika MCA berniat jahat, pada waktu itu sahaja mereka sudah boleh buat macam-macam perkara yang tidak diingini. Apatah lagi dengan tuduhan jahat Tun Dr Mahathir bahawa MCA tidak menghormati perlembagaan, kedudukan Raja-Raja Melayu, Islam sebagai agama rasmi negara. Sudah-sudahlah Tun. Saya setuju apabila Tun berkata, "Melayu mudah lupa."

25 UMNO Bakal Tumbang Di Langkawi



Kalau dilihatkan sessi ceramah Parti Cap Bunga Raya bersama DAP dan PAN semalam, CTS yakin 100% kerusi Parlimen yang dipegang oleh UMNO di Langkawi bakal hangus. Ini berikutan sambutan hangat yang diberikan oleh penduduk Langkawi semalam ke atas ceramah ketiga-tiga parti pembangkang di Dewan Ho Peng Pokok Asam, Kuah.

Bukan calang-calang penceramah yang datang. Ada Presiden PAN, Tuan Haji Sahibul Samahah Mat Sabu, ada bakal Menteri Besar Perak, Datuk Hamidah Osman, dan Wakil Rakyat Kedah, YB Dr Azman Nasarudin dan YB Teoh Boon Kok.

Mana mungkin tiada sambutan hangat memandangkan lagenda Langkawi sendiri yang merupakan orang penting Parti Cap Bunga Raya iaitu Ainina 'Hobbit' Sainuddun berasal dari sini. Ceramah semalam mungkin mendapat sambutan hangat memandangkan kerusi yang digunakan simbolik kepada Gerakan Merah.

November 22, 2016

99 MP Pembangkang Membuat Walkathon Dari Parimen Ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman






Beberapa Ahli Parlimen pembangkang menjalankan senam kaki apabila membuat 'walkathon' daripada bangunan Parlimen hingga ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Sambil membawa sepanduk bertulisan 'Jangan Salah Guna SOSMA', 'Free Maria' dan 'Pertahankan Hak Ahli Parlimen', Ahli-Ahli Parlimen berkenaan telah menyampaikan satu memorandum kepada pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM).

Inilah barisan Wakil Rakyat yang terbaik di dunia. Rakyat memilih mereka supaya mereka dapat berdemo dan membawa placard.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates