November 24, 2016

28 Berpangkat EXCO Tapi Tindakan Macam Lembu



Inilah antara barisan ADUN / EXCO suruhan Tokong Lim Guan Eng mengikut sahaja apa suruhan Ketua Menteri berkenaan untuk kelangsungan politik walaupun tindakan mereka nampak bodoh seperti lembu. Ceritanya begini ...

Suratkhabar The Star pada 21/11/2016, telah menyiarkan gambar muka depan bertajuk "Under Water". Ketua Menteri Pulau Pinang mempunyai hati senipis kulit bawang terasa hati dengan mengatakan bahawa akhbar The Star memberikan laporan yang salah tentang keadaan banjir di Pulau Pinang.


Beliau merasa tidak puas hati terus membuat sidang akhbar dan mengarahkan tentera RBA untuk membuat propaganda bahawa Kerajaan Pulau Pinang telah diserang.



Akhbar The Star telahpun membuat penjelasan seperti berikut:


Tidak cukup dengan itu, balaci-balaci ADUN / EXCO Pulau Pinang terus dikerahkan untuk membuat Sidang Media menghentam The Star dengan isu kecil yang sepatutnya boleh diselesaikan dengan mudah. Persoalannya,

1. Yang Joseph Lim Guan Eng marah sangat dengan tajuk umum akhbar berkenaan ini kenapa? Pulau Pinang tidak pernah kena banjirkah tahun ini?

2. Akhbar The Star tidakpun menamakan Pulau Pinang sebagai tajuk berita utamanya. Kenapa beliau terasa sangat dengan tajuk "Under Water"? Adakah beliau terasa perkataan "Under Water" itu ditujukan untuk terowong bawah laut yang Kajian Kebolehlaksanaan (EIA) projek itu sahaja bernilai RM305 juta yang dibayar kepada Consortium Zenith BUCG (CZBUCG)?

November 23, 2016

29 Apa Ada Dengan Kok ehh ... Pintu Gerbang Selangor

Bagi yang melalui Lebuhraya Persekutuan setiap hari, pasti akan menyedari pintu gerbang Selangor yang bernilai RM9.8 juta yang sudah hampir siap. Gambar di bawah menunjukkan perbezaannya. Gambar atas adalah pintu gerbang yang lama berwarna kuning manakala pintu gerbang baru berwarna hijau gelap yang telah diubahsuai.

Ada perbezaan ketarakah dari segi binaan dan struktur? Dengan jumlah pembelanjaan RM9.8 juta digunakan untuk menaik taraf bahagian hadapan binaan dengan menambah baik struktur seperti lampu, sistem elektrik, lanskap, ukiran, reka bentuk, cat baru serta penjagaan gerbang dan kawasan sekitarnya, adakah ianya berbaloi?

Menurut EXCO Selangor, Haniza Talha, gerbang ini kononnya telah ditempah oleh Sultan Selangor dan kosnya telah ditanggung melalui derma. Nama-nama penderma akan diukirkan di pintu tersebut. Saya masih menantikan siapakah penderma budiman serta bodoh yang menderma RM9.8 juta untuk pengubahsuaian sebegini.

23 Pengerusi Parti Cap Bunga Raya Kata MCA Lebih Jahat Dari DAP

Menurut Dr Mahathir, Ibrahim mendakwa bahawa DAP adalah "jahat", tetapi jika dibandingkan DAP dengan MCA, siapa sebenarnya lebih jahat. Katanya, DAP secara terbuka mengisytiharkan bahawa mereka menghormati perlembagaan, kedudukan Raja-Raja Melayu, Islam sebagai agama rasmi negara dan sebagainya. Adakah MCA atau MIC pernah melakukan perkara yang sama, soalnya. Sumber - Malaysiakini.
Inilah ibarat pepatah, sudah mendapat isteri baru, bekas isteri lama digelar pelacur. CTS amat pelik apabila tiba-tiba tiada angin, tiada ribut, Mantan Perdana Menteri selama 22 tahun, Tun Dr Mahathir mengelarkan MCA sebagai jahat dan DAP pula sebagai baik. Semakin hari, semakin banyak pula orang tua ini mencari musuh baru. 

Lupakah Tun Dr Mahathir, mana mungkin beliau dapat berkuasa selama 22 tahun sekiranya parti Cina MCA yang beliau katakan jahat ini tidak membantu beliau memegang tampuk pemerintahan melalui parti komponen yang diberi nama Barisan Nasional (BN). Mudah sangat orang tua ini melupakan jasa-jasa pemimpin-pemimpin Cina MCA yang bertungkus lumus mendapatkan undi masyarakat Cina di saat masyarakat Melayu secara terbuka dan terang-terangan menolak beliau pada tahun 1999.

Mungkin orang tua ini perlu diingatkan kembali sewaktu UMNO diharamkan pada tahun 1988, bukankah MCA yang mengambil alih jawatan Pengerusi BN daripada beliau. Pemimpin MCA pada waktu itu sudah menjadi Perdana Menteri sementara secara tak rasmi. Jika MCA berniat jahat, pada waktu itu sahaja mereka sudah boleh buat macam-macam perkara yang tidak diingini. Apatah lagi dengan tuduhan jahat Tun Dr Mahathir bahawa MCA tidak menghormati perlembagaan, kedudukan Raja-Raja Melayu, Islam sebagai agama rasmi negara. Sudah-sudahlah Tun. Saya setuju apabila Tun berkata, "Melayu mudah lupa."

25 UMNO Bakal Tumbang Di Langkawi



Kalau dilihatkan sessi ceramah Parti Cap Bunga Raya bersama DAP dan PAN semalam, CTS yakin 100% kerusi Parlimen yang dipegang oleh UMNO di Langkawi bakal hangus. Ini berikutan sambutan hangat yang diberikan oleh penduduk Langkawi semalam ke atas ceramah ketiga-tiga parti pembangkang di Dewan Ho Peng Pokok Asam, Kuah.

Bukan calang-calang penceramah yang datang. Ada Presiden PAN, Tuan Haji Sahibul Samahah Mat Sabu, ada bakal Menteri Besar Perak, Datuk Hamidah Osman, dan Wakil Rakyat Kedah, YB Dr Azman Nasarudin dan YB Teoh Boon Kok.

Mana mungkin tiada sambutan hangat memandangkan lagenda Langkawi sendiri yang merupakan orang penting Parti Cap Bunga Raya iaitu Ainina 'Hobbit' Sainuddun berasal dari sini. Ceramah semalam mungkin mendapat sambutan hangat memandangkan kerusi yang digunakan simbolik kepada Gerakan Merah.

November 22, 2016

99 MP Pembangkang Membuat Walkathon Dari Parimen Ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman






Beberapa Ahli Parlimen pembangkang menjalankan senam kaki apabila membuat 'walkathon' daripada bangunan Parlimen hingga ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Sambil membawa sepanduk bertulisan 'Jangan Salah Guna SOSMA', 'Free Maria' dan 'Pertahankan Hak Ahli Parlimen', Ahli-Ahli Parlimen berkenaan telah menyampaikan satu memorandum kepada pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM).

Inilah barisan Wakil Rakyat yang terbaik di dunia. Rakyat memilih mereka supaya mereka dapat berdemo dan membawa placard.

November 21, 2016

3 Dr Wee Ka Siong Rebuts Teo Nie Ching Over Drop In Chinese Schools Figure



There has been an increasing number of Chinese vernacular schools during the past two decades, says MCA Deputy President, DS Dr Wee Ka Siong. Dr Wee has slammed DAP’s Kulai MP Teo Nie Ching over her claim that between 1990 and 2000, the number of Chinese vernacular schools in Malaysia fell from 1,290 to 1,284.

Dr Wee hit out at DAP MP Teo Nie Ching who questioned MCA’s commitment in building more schools. According to him, between 1999 and 2016, 17 new Chinese schools had been approved, of which 16 were now in operation.

Previously, Teo claimed that despite an increase of student enrolment to 42,261 between 1990 and 2000, the number of Chinese schools fell from 1,290 to 1,284. However, Dr Wee said there were now 1,298 schools, and that figure did not include SJK(C) Kajang Utama, which is to start its first school session next year.

Dr Wee in his statement urged that by using obsolete figures, Teo is being unfair to the Government as well as those who have worked hard in building Chinese schools. Dr Wee said MCA had never abandoned its fight for Chinese education.

He reminded Teo of the period when Anwar Ibrahim was deputy prime minister, in which he disallowed vernacular schools to be built on land reserved for national schools. It was only after Anwar was sacked, the then Education Minister DS Najib Tun Razak worked with MCA to build and relocate Chinese schools.

Dr Wee said that between 1999 and September 2016, MCA had facilitated the building and relocation of 104 schools. The party is also working to build and relocate eight schools which are waiting for the Prime Minister’s approval. He added since 2008, Najib had approved more than RM500 million for vernacular schools.

In contrast, he said the Pakatan-led Selangor government did not do anything and even imposed red tape on MCA’s efforts to build new schools. Dr Wee gave an example when MCA was working to build new schools in Selangor, namely SJK(C) Tun Tan Siew Sin, SJK(C) Kheng Chee, Puchong and SJK(C) Sungai Long, MCA faced obstacles in getting approval. The delays according to Dr Wee, could run up to two years. In contrast, the Johor government gave approvals under two months.

Dr Wee said Selangor and Penang were among the states which received most Chinese support and questioned why the Pakatan-led governments were not willing to work together to build more Chinese schools. Johor had allocated more than 20 pieces of land for schools and had given fullest cooperation in expediting our applications. 

The question is why can’t Selangor and Penang do the same? The Penang government had only agreed to land-for-land exchanges for schools. The land Penang had given to SJK(C) Yang Cheng in exchange for was located on higher ground. Not only the land had to be flattened, the school had to spend large sums to build retaining walls. This is unlike the Johor government, which was sincere in providing land, and even spent several million ringgit on roads and ensuring the construction goes well.

76 Seminar Pemikiran Anwar Ibrahim Untuk Penolong Kanan Sekolah Di Bawah JAIS? What the Kok!

Apakah ini satu gurauan daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) apabila pada tarikh 28/11/2016, JAIS mewajibkan kesemua Penolong Kanan 1 (Korikulum) daripada Sekolah Rendah Agama (SRA), Sekolah Rendah Agama Intergrasi (SRAI) dan Kelas Agama & Fardhu Ain (KAFA) untuk mengikuti Seminar Pemikiran Anwar Ibrahim!

Pemikiran Anwar Ibrahim yang manakah yang akan diterapkan di dalam modul seminar berkenaan. Umum mengetahui dan bukan menjadi rahsia lagi, Anwar Ibrahim telah didapati bersalah dan telah dan sedang menjalani hukuman penjara di atas dua kesalahan jenayah.

Pertama, adalah kesalahan salah guna kuasa dan yang kedua adalah kesalahan jenayah liwat. Pertanyaan saya kepada JAIS, adakah pemikiran luar tabie Anwar Ibrahim termasuk di dalam modul seminar berkenaan? Adakah salah guna kuasa juga menjadi teras untuk mengajar guru-guru dari Sekolah Agama ini? Apa sudah jadi dengan JAIS? Agama telah dipolitikkan sebegini rupa. What the Kok!

54 Apa Masalah @NUJofficial Ingin Memboikot Aktiviti UMNO Pahang?



Tindakan National Union of Journalists Malaysia (NUJ) yang mahu memulaukan semua kegiatan UMNO Pahang ekoran kononnya menghalau keluar wakil media yang hadir semasa Konvensyen UMNO Negeri Pahang, dua hari lepas adalah tidak berasas dan kebudak-budakan. Jelas tindakan NUJ dibuat setelah mendengar cerita hanya sebelah pihak.

Konvensyen tersebut dijalankan secara tertutup supaya peserta boleh memberikan pendapat secara telus dan terus terang. Kejadian berlaku semasa Pengerusi Perhubungan Negeri, DS Adnan Yaakob memberikan ucapan mengalukan Naib Presiden UMNO, DS Hishamuddin Tun Hussein yang hadir merasmikan Majlis Penutupan, beliau nampak kehadiran wakil media dan menegur kehadiran mereka dengan menyatakan konvensyen itu diadakan secara tertutup.

Beliau kemudiannya meminta wakil media bertemu dengan beliau selepas majlis untuk dapatkan penjelasan. Namun tidak ada seorang pun wakil media yang memberi isyarat tanda bersetuju. Pihak peserta Konvensyen bersorak ramai menghalau wakil media keluar meninggalkan majlis. Sebaliknya DS Adnan telah menyabarkan mereka dan menyatakan wakil media tidak perlu dihalau keluar. Semua ini direkodkan melalui kamera video yang membuat liputan Konvensyen seperti di bawah:


Untuk rekod, sejak DS Adnan dilantik sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Perhubungan, wakil media sentiasa dilayan bukan saja dengan baik, bahkan diberikan layanan sangat istimewa. Mereka diberikan meja dan makanan istimewa selepas meja kenamaan. Jika NUJ bertindak adil, ianya sepatutnya mendapat penjelasan dari pihak UMNO Pahang.

Tetapi malangnya, ianya tidak berlaku sebab mereka bukan pengamal undang-undang tetapi wakil media. UMNO Pahang bersedia diboikot oleh NUJ. Yang penting UMNO Pahang jangan diboikot oleh rakyat. Setakat ini UMNO dan BN Pahang masih mengekalkan sokongan 2/3 majoriti dalam Dewan Undangan Negeri hasil sokongan majoriti rakyat.  

Yang penting Konvensyen yang diadakan telah berjaya mencapai matlamat sepenuhnya samada dari perspektif kehadiran, isi perbahasan dan komitmen semua peringkat kepimpinan UMNO Pahang ke arah menghadapi PRU ke 14 yang menjadi Tema Konvensyen.

21 Lembu Punya Susu, @cmlimguaneng Yang Potong Riben



Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof telah meluluskan peruntukan segera RM700,000 bagi membaik pulih Laluan FT006 Jalan Teluk Bahang - Batu Feringgi berhampiran Tropical Spice Garden. Hari ini laluan berkenaan telah dibuka kepada lalu lintas.

Peruntukan daripada Kerajaan Pusat. Ketua Menteri Pulau Pinang dengan muka selamba dan tidak tahu malu telah merasmikan pembukaan jalan berkenaan dengan acara bodoh seperti memotong riben. 

Bukan setakat beliau telah mengambil kredit daripada peruntukan Kerajaan Persekutuan, malah Ketua Menteri Pulau Pinang ini turut membalas jasa baik Kerajaan Pusat dengan menghadiri Perhimpunan BERSIH 5 di Ibu Kota dua hari lepas serta membuat ucapan yang mengutuk Kerajaan.


0 Komitmen Kerajaan Dalam Transformasi Pengangkutan Awam


Sistem pengangkutan awam yang efisien adalah perintis kepada pertumbuhan sosio ekonomi sesebuah negara. Oleh itu, di bawah Program Transformasi Negara (NTP), Perdana Menteri, DS Mohd Najib Tun Razak telah menggariskan Mempertingkatkan Pengangkutan Awam di Bandar sebagai salah satu daripada enam Bidang Keberhasilan Utama.

Sejajar dengan itu, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah ditubuhkan bagi mengemudi Rancangan Induk Pengangkutan Awam Negara, dengan tujuan memastikan pengangkutan awam darat negara sentiasa berkembang dan bertambah maju dari semasa ke semasa, selain menjadikan pengangkutan awam sebagai pilihan utama rakyat Malaysia.

Laporan Perjalanan 5 tahun Transformasi Pengangkutan Awam SPAD yang telah diancarkan oleh Perdana Menteri di Simposium Pengangkutan Awam Darat 2016 bulan lalu mengandungi segala progres dan inisiatif yang telah dilakukan sejak SPAD ditubuhkan, mentransformasi pengangkutan awam negara ke arah yang lebih baik.

Antara kemajuan pesat transformasi pengangkutan awam dapat dilihat daripada beberapa inisiatif Kerajaan seperti MRT sedang rancak dibina, malah fasa pertama laluan Sungai Buloh-Kajang dijangka beroperasi bermula Disember tahun ini dan seterusnya pada tahun hadapan secara berperingkat. 

Selain itu, laluan LRT dengan Projek Sambungan Laluan (LPE) dengan 15 stesen yang merentasi kawasan berkepadatan penduduk yang tinggi seperti Subang Jaya, Glenmarie, Kinrara dan Puchong, manakala projek Transit Aliran Ringan 3 atau LRT3 pula dijangka akan berupaya menampung 74,000 pengguna sehari dan menghubungkan koridor Barat Lembah Kelang seperti Bandar Utama, Shah Alam dan Klang.

Kerajaan juga telah menambah baik dan menyusun semula laluan bas berhenti-henti, bagi memperluas liputan laluan dan meningkatkan kekerapan perkhidmatan ini. Semenjak pelaksanaan inisiatif ini, kadar purata penumpang harian meningkat daripada 256,000 pada November 2015 kepada 320,000 pada Disember 2015.

Tambahan kepada itu, projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur – Singapura yang kini dalam perancangan juga akan meningkatkan hubungan baik kedua-dua buah negara dan memberi manfaat secara langsung seperti hubungan perniagaan selain meningkatkan ekonomi penduduk yang tingal berdekatan dengan laluannya seperti di Bandar Malaysia, Putrajaya, Seremban, Ayer Keroh, Muar, Batu Pahat dan Iskandar Puteri.

Untuk menggalakkan lagi penggunaan pengangkutan awam, kemudahan Park & Ride dengan lebih 10,000 tempat letak kereta telah disediakan di stesen-stesen seperti Terminal Bersepadu Selatan, LRT Gombak, KTM Shah Alam, ERL Salak Tinggi dan banyak lagi.

Pada tahun 2012 pula, SPAD juga telah melancarkan perkhidmatan bas percuma GoKL bagi memudahkan perjalanan serta memberi alternatif pengangkutan yang selamat dan selesa buat warga Kuala Lumpur.

Komitmen Malaysia dalam menyediakan sistem pengangkutan yang mampan juga telah dizahirkan dalam pembentangan Bajet 2017 yang sudah diluluskan oleh Dewan Rakyat. Seperti dimaklumi, antara projek Pengangkutan Awam Darat yang telah dan akan disiapkan oleh kerajaan termasuk membantu pemain industri demi kesejahteraan rakyat adalah seperti berikut:

1. Projek sambungan jajaran LRT laluan Kelana Jaya dan Ampang. telah pun beroperasi pada bulan Jun yang lalu.

2. Perkhidmatan MRT laluan Sungai Buloh-Kajang akan beroperasi pada 16 Disember 2016. Ini memberi manfaat kepada 1.2 juta pengguna di Lembah Klang.

3. Menambah baik pengangkutan awam di luar bandar dengan pelaksanaan projek rel baharu East Coast Rail Line, menghubungkan Lembah Klang ke Pantai Timur sepanjang 600 kilometer yang melalui Port Klang, ITT Gombak, Bentong, Mentakab, Kuantan, Kemaman, Kerteh, Kuala Terengganu, Kota Bharu dan berakhir di Tumpat secara berfasa dengan anggaran kos 55 bilion ringgit. Ini sekali gus akan meningkatkan dinamik ekonomi pantai timur seiring dgn pembangunan arus perdana.

4. Penyediaan geran 5 ribu ringgit untuk membeli kenderaan baharu dan menawarkan permit teksi individu.

5. Skim PERKESO kepada pemandu teksi individu yang berpendapatan sehingga 3 ribu ringgit sebulan akan diperkenalkan dengan geran pelancaran 60 juta ringgit.

6. Di bawah Skim ini, pemandu teksi perlu membuat caruman pada kadar 157 ringgit hingga 443 ringgit setahun, yakni, hanya 13 ringgit 8 sen sebulan. Sekiranya berlaku kemalangan sewaktu bekerja, mereka layak membuat tuntutan daripada PERKESO.

7. Pemandu teksi yang hilang upaya kekal akan menerima bayaran pukal berjumlah 43 hingga 121 ribu ringgit dan bayaran bulanan antara 1,281 hingga 2,624 ringgit sepanjang hayat. Sekiranya pemandu tersebut meninggal dunia, warisnya akan mendapat Faedah Orang Tanggungan pada kadar 945 hingga 2,655 ringgit sebulan.

8. Kerajaan menggalakkan penyertaan mereka sebagai pemandu ride-sharing seperti pemandu UBER, terutama bagi pemilik kenderaan sendiri.

9. Bagi mereka yang tidak memiliki kenderaan, bayaran pendahuluan boleh dibuat menggunakan BR1M dan rebat sebanyak 4 ribu ringgit bagi pembelian Proton Iriz.

Saksikanlah video di bawah untuk mengetahui perjalanan transformasi pengangkutan awam darat sejak tahun 2010.

34 Apa Tindakan Pensyarah Universiti Awam Yang Menyertai Perhimpunan Haram BERSIH 5? cc. @DrAliHamsa

Kita masih menantikan apa bentuk tindakan yang bakal diambil ke atas dua pensyarah universiti awam yang mengambil bahagian di dalam Perhimpunan Haram BERSIH 5. Dua pensyarah yang terlobat dikenal pasti sebagai Pensyarah Undang-Undang Universiti Malaya, Prof Dr Azmi Sharom dan Pensyarah Universiti Malaysia Sarawak, Prof Madya Dr Andrew Charles Bernard Aeria.

16 November lalu, Ketua Setiausaha Negara, Dr. Ali Hamsa mengikrarkan kononnya tindakan disiplin termasuklah buang kerja, gantung tugas atau potong gaji akan dikenakan kepada penjawat-penjawat awam yang menyertai Himpunan BERSIH 5.0.

Kita nantikan pihak manakah yang akan mengambil tindakan ke atas kedua-dua pensyarah ini. Adakah Kementerian Pengajian Tinggi? Adakah Naib Chanselor Universiti terbabit atau adakah Ketua Setiausaha Negara sendiri?

November 20, 2016

37 Damailah Engkau Di Sana, Abang Din Turtle


Pada yang mengenali blogger Shaifuddin Mahmud atau nama penanya Din Turtle, Allahyarham baru sahaja menghembuskan nafasnya terakhirnya petang tadi dan kembali ke Rahmatullah.

Walaupun kami berbeza pandangan politik sejak akhir-akhir ini, kami tidak pernah bermusuhan sehingga ke akhir hayat beliau. Damailah engkau di sana sahabatku.

Al-Fatihah.

0 Permintaan Penambahan Rangkaian Dan Laluan MyBas Di Perak


Kerajaan Negeri Perak berhasrat untuk menambah rangkaian dan laluan Skim Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti (SBST) atau lebih dikenali dengan myBas di negeri ini. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, namun ia tertakluk kepada penilaian yang dilaksanakan oleh pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Beliau berkata demikian menjawab soalan lisan yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Mohammad Ziad Mohamed Zainal Abidin dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN). Jelasnya kajian semula rangkaian dan laluan berkenaan akan mengambil kira permintaan serta maklum balas daripada pengguna. Sehingga kini, myBas dilaksanakan dalam dua frasa iaitu fasa pertama pada 1 Jun lalu yang melibatkan enam laluan, manakala fasa kedua pula pada 1 September melibatkan 13 laluan.

Bagi laluan yang baru, pihak Kerajaan Negeri akan merujuk SPAD untuk pertimbangan. Beberapa kriteria telah diambil kira semasa perancangan SBST bagi menjamin keberkesanannya. Kriteria tersebut termasuklah menyediakan rangkaian laluan serta kebolehsampaian perkhidmatan bas berhenti-henti yang merangkumi 75 peratus penduduk di kawasan berkenaan.

Sejak 01/06/2016, pengguna bas di Ipoh kini dapat menikmati perjalanan yang lebih selesa dan mudah dengan pengenalan perkhidmatan bas berhenti-henti myBAS Ipoh. Perkhidmatan yang dikendalikan oleh Perak Transit Berhad ini menawarkan laluan di sekitar bandar raya Ipoh dan kawasan luar daerah tersebut dengan kadar tambang serendah RM1.00.

Kadar tambang yang dikenakan berdasarkan jarak perjalanan dengan harga serendah RM1.00 bagi perjalanan tertentu. Semua kenderaan myBAS Ipoh mempunyai ciri-ciri seperti perkhidmatan bas yang dilengkapi dengan penyaman udara, kerusi yang selesa dan pemantauan menerusi sistem GPS. Dalam pelaksanaan menyeluruh myBAS Ipoh yang akan datang, lebih banyak lagi laluan akan diperkenalkan untuk rakyat Ipoh.

87 Adam Rosly Tidak Mengaku Kroni Azmin Ali, Katanya Beliau Kaya Sebab Jual Nasi Lemak Dari Dulu

Kita tinggalkan sekejap cerita Perhimpunan BERSIH 5 semalam. CTS tertarik dengan Sidang Akhbar yang dibuat oleh jutawan muda 28 tahun yang juga Ketua AMK Ampang, Dato Adam Rosly yang memiliki 3 buah rumah bernilai melebihi RM3 juta dan beberapa kereta mewah. Menurutnya, hasil kekayaan beliau adalah disebabkan beliau berniaga nasi lemak dari dulu dan bukan disebabkan beliau merupakan kroni dan proxy Menteri Besar Selangor, DS Azmin Ali.

Terharu CTS mendengar penjelasan Adam Rosly. Buat rugi rasanya belajar penat-penat, belanja berjumlah puluhan ribu sampai penuh sijil dalam fail, kerja berpuluh tahun kalau hidup biasa-biasa saja.Kalau tahu, sudah lama CTS jual nasi lemak sebelum ini. Dapat merasa rumah ala 'Disneyland' dan memandu kereta mewah.

Katakan harga jualan setiap bungkus nasi lemak secara purata adalah RM3.00, tolak modal RM1.00, dapat untung RM2.00. Untuk mendapat untung bersih RM1.0 juta, kena jual 500,000 bungkus nasi lemak.Kena jual 1,370 paket nasi lemak setiap hari untuk setahun barulah boleh menjadi jutawan seperti Adam Rosly. itupun segala keuntungan tidak boleh dibelanjakan dan perlu disimpan.

Pandai sungguh Dato Adam Rosly berniaga nasi lemak. Mesti nasi lemaknya lebih sedap dari Nasi Lemak Anak Dara yang menjadi kebanggaan Menteri Besar Selangor.

0 BERSIH 5 Telah Terpesong Dari Perjuangan Asal - Presiden MCA



MCA menyokong sebarang usaha untuk mengujudkan Pilihan Raya Umum yang bersih tetapi menurut Presiden parti, DS Liow Tiong Lai, BERSIH 5 telah lari daripada perjuangan dan matlamat asal mereka. Beliau berkata, BERSIH 5 digunakan oleh pihak pembangkang, yang bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih oleh Rakyat secara demokrasi.

DS Liow berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Persekutuan Foochow Persatuan Malaysia. Beliau berkata, secara umumnya Masyarakat Malaysia terutama generasi muda menghargai keamanan dan keharmonian dan golongan ini juga tidak menyokong sebarang aktiviti yang mengganggu gugat keamanan dan perpaduan.

Berlainan dengan DAP yang cuba menjatuhkan Kerajaan yang sedia ada melalui demonstrasi jalanan seperti BERSIH, fitnah dan adu domba di media-media sosial serta ceramah-ceramah ke seluruh negara menghentam Kerajaan dan menjatuhkan maruah negara, MCA pula bertindak sebaliknya walaupun kedua-dua parti ini mempunyai ideologi yang hampir sama, parti untuk Masyarakat Cina di Malaysia.

MCA lebih memilih untuk bekerjasama dengan Kerajaan melalui kesatuan di dalam komponen Barisan Nasional (BN) untuk menstabilkan dan meningkatkan prestasi ekonomi negara bersama-sama Perdana Menteri, DS Mohd Najib Tun Razak. MCA tidak pernah sekali-kali memihak mahupun menyokong kepada mana-mana kumpulan atau NGO yang ingin menghancurkan keharmonian dan kesejahteraan rakyat yang berbilang kaum di negara ini.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates