November 19, 2016

8 Baju Ungu Mengambilalih Tugas Unit Amal PAS Jaga Keselamatan Baju Kuning

Sekumpulan anak muda Cina DAP yang berbaju ungu kali ini di dalam BERSIH 5 kelihatan mengambil alih tugas keselamatan yang selama ini dipangku oleh Unit Amal PAS. BERSIH 5 kali ini menampilkan belang sebenar DAP apabila rata-rata peserta dari baju kuning terdiri daripada Cina DAP. Ahli-ahli PAS tidak turut serta di dalam perarakan ini menjadikan Himpunan BERSIH 5 agak hambar.

0 Undang-Undang E-Hailing Masih Dalam Peringkat Rundingan Di Antara Pihak SPAD Dan Jabatan Peguam Negara


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) hanya akan melaksanakan dan mengawal selia aplikasi e-hailing apabila pindaan undang-undang dimuktamadkan dan kemudiannya akan dibentangkan kepada kabinet sebelum diluluskan Parlimen. Buat masa sekarang, SPAD sedang mengadakan rundingan dengan Jabatan Peguam Negara dan Kementerian Pengangkutan untuk meminda undang-undang bagi mengawal selia aplikasi e-hailing berkenaan.

Pihak suruhanjaya telah dinasihatkan bahawa kelulusan kabinet oleh Parlimen dianggarkan tercapai pada suku pertama 2017. Aplikasi e-hailing menjadi pilihan pengguna pengangkutan awam di negara ini kerana ia lebih mudah ditempah, kadar tambang lebih murah dan penumpang dapat menganggar kadar tambang sebelum memulakan perjalanan.

Dalam melaksanakan Program Transformasi Industri Teksi, SPAD menjelaskan pihaknya telah menjalankan langkah-langkah segera bagi inisiatif yang tidak memerlukan pindaan undang-undang oleh Parlimen, seperti liberalisasi permit teksi kepada pemandu teksi individu di bawah sistem model pajak.

Sejak 1 September lalu, sebanyak 1,600 permohonan telah diterima. Inisiatif e-hailing ini terus mendapat sambutan baik pemandu teksi kerana ia memberikan kebebasan untuk mencapai model perniagaan yang paling sesuai dengan taraf ekonomi yang ingin dicapai pada masa depan.

November 18, 2016

0 GoKL City Bus - Perkhidmatan Percuma Terbaik Di Ibu Kota



GoKL City Bus adalah perkhidmatan bas percuma di atas initiatif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang diperkenalkan untuk menawarkan alternatif yang berdaya maju bagi penumpang untuk perjalanan dalam Daerah Pusat Perdagangan (CBD) Kuala Lumpur. GO KL memberikan perkhidmatan percuma kepada semua warga kota di Kuala Lumpur. Selain daripada mesra alam, bas ini turut menyediakan perkhidmatan WiFi yang boleh digunakan oleh semua penumpang. 

Menurut kajian dalaman yang dijalankan oleh SPAD, perkhidmatan GoKL dimanfaatkan oleh penumpang tempatan dan juga pelancong, dengan jumlah penumpang Malaysia dan pelancong luar negara masing-masing pada 63% dan 7%. Selain itu, perkhidmatan tersebut digunakan secara konsisten oleh 60% penumpang yang menaikinya setiap hari dan setiap minggu, dengan 33% untuk berulang-alik ke tempat kerja dan 23% untuk membeli-belah. Penumpang lain termasuklah pelajar kolej dan warga yang bergerak di sekitar ibu kota, manakala 20% pula terdiri daripada penumpang yang sedang bercuti dan menaiki GoKL untuk bersiar-siar.

Rungutan yang selalu diterima daripada penumpang warga tempatan adalah terlalu ramai pendatang asing yang bekerja di Malaysia menggunakan perkhidmatan percuma GoKL City Bus terutama daripada warga Bangladesh yang bekerja di Malaysia. Ini menjadikan suasana di dalam bas tidak kondusif dan menyamankan. 

Adalah disarankan agar pihak SPAD dapat mempertimbangkan agar kemudahan ini diberikan kepada Warganegara Malaysia sahaja dan bukan untuk semua, terutama pada waktu puncak dan hari bekerja. Pihak GoKL City Bus dapat mewujudkan sistem pengesana Mykad atau 'thumb scanner' seperti yang diamalkan oleh pihak perbankan untuk memastikan penumpang bas terdiri daripada Rakyat Malaysia.

November 17, 2016

177 Peristiwa Memali 19 November 1985, BERSIH 5 19 November 2016, Persamaan = Tiada Tun Dr Mahathir


19 November 1985, ketika peristiwa hitam Memali berlaku di mana 14 ahli PAS terkorban  di Kampung Memali, Mukim Siong, Daerah Baling Kedah, Perdana Menteri pada waktu itu, DS Dr Mahathir Mohamed dikatakan berada di China.

19 November 2016, tarikh peserta BERSIH 5 akan berkumpul. 3 hari sebelum itu iaitu semalam, orang yang sama, Tun Dr Mahathir Mohamad, mengadakan sidang video mengesa Rakyat memberi sokongan penuh dan menyertai himpunan BERSIH untuk memulihkan negara. Hari ini, beliau dengan selamba membuat keputusan untuk tidak menyertai BERSIH 5 dan pergi ke luar negara. 

Seorang Jeneral perang meninggalkan anak buahnya untuk berperang sedangkan beliau berseronok di luar negara? Adakah agenda ke luar negara lagi penting dari menumbangkan Kerajaan? Bukannya Tun Dr Mahathir tidak tahu tarikh penganjuran BERSIH 5 akan diadakan pada 19 November kerana ianya telah diumumkan beberapa bulan lepas.

Nampak sangat awal-awal lagi Tun sudah cuci tangan untuk tidak bertanggungjawab sekiranya apa-apa berlaku Sabtu ini. Nak buat macam mana, saya bukan ada di Malaysia, skrip biasa yang akan didendangkan. Sia-sia buat video bagai dan menjadi model paling tua dalam sejarah.


November 16, 2016

121 Rayuan Tun Dr Mahathir Minta Rakyat Sertai BERSIH 5 Disambut Dingin Oleh Netizen


Hari ini, Pengerusi Parti Cap Bunga Raya telah mengeluarkan video menyeru Rakyat Malaysia untuk bersama-sama turun ke Perhimpunan BERSIH 5. Video terdesak ini terpaksa dilakukan memandangkan tenaga penggerak terbesar BERSIH sebelum ini iaitu ahli-ahli PAS sudah membuat keputusan tidak menyertai BERSIH 5.

Tun Dr Mahathir dalam video berkenaan seperti biasa menggunakan idea Malaysia akan bangkrap. Jika Malaysia tidak bankrap apabila Tun Dr Mahathir menaikkan hutang negara sebanyak dua kali ganda dari 40% kepada 104% untuk nisbah hutang kepada KDNK pada tahun 1986 dalam tempoh 5 tahun beliau berkuasa, bagaimana Malaysia akan bankrap dengan hutang kepada nisbah KDNK sebanyak 54% sekarang?

Rayuan beliau yang dibuat dalam akhbar The Star dipandang sinis dan disambut dingin oleh pembaca yang membuat komentar. Rata-ratanya menganggap Tun Dr Mahathir tidak lagi berpengaruh seperti dulu dan mempunyai muslihat tertentu. Malah ada yang menasihatkan beliau untuk menghabiskan masa dengan cucu-cucunya dan melakukan amal ibadat di masjid.






Apapun, CTS amat kesal penganjur BERSIH telah menukar model untuk BERSIH 4 kepada BERSIH 5. Terus hilang selera makan.

0 Menteri Pengangkutan Umum AES Dikurangkan Kepada RM150


Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, mengumumkan denda bagi kesalahan melanggar kelajuan yang dihadkan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) ditetapkan pada kadar RM150 bagi setiap kesalahan. Ianya berdasarkan keputusan Kabinet yang menetapkan kadar sama tersebut sebanyak dikurangkan separuh berbanding RM300 yang dikuatkuasakan sebelum ini.

DS Liow, yang juga merupakan Presiden MCA, bagaimanapun menafikan khabar angin yang mengatakan Kerajaan akan menghapuskan kira-kira 1.6 juta saman AES yang dikeluarkan sebelum ini sejak sistem itu beroperasi pada 2012. Sistem AES diintegrasikan bersama Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) yang menggabungkan kamera dengan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara).

Pesalah trafik yang gagal membayar saman tersebut akan disenaraihitam dan tidak dibenarkan memperbaharui lesen memandu. Tiada lagi jumlah tetap kamera yang akan dipasang di bawah program Awas. Kerajaan telah memasang 40 kamera AES di seluruh negara pada fasa pertama pelaksanaan pada 2012 dan meletakkan sasaran 90 buah kamera.

Menurut laporan Institut Kajian Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), kes pelanggaran lampu merah menurun sebanyak 1.23 peratus setahun dan 2.2 peratus dalam tempoh enam bulan sejak kamera AES dipasang di lampu isyarat terpilih. Buat masa ini, kamera AES dipasang di sekitar Lembah Klang dan Perak.

75 Air Percuma Di IOI Puchong Semalam





Keterujaan untuk membuat posting-posting mengenai kekayaan luar biasa Pegawai Khas Ahli Parlimen Ampang membuatkan CTS terlupa untuk membuat posting berkenaan kebaikan yang Kerajaan Pakatan Harapan lakukan untuk Rakyat Selangor. Sejak beberapa minggu ini, Selangor difitnah dengan isu ketiadaan sumber air. 

Ini semua fitnah, Ini semua dakyah yang dilakukan oleh Barisan Nasional. Buktinya, CTS sertakan 3 gambar di atas di mana Kerajaan Selangor telah memberikan air secara percuma kepada Rakyat Selangor. Buat permulaan, air percuma diedarkan di hadapan pusat membeli belah IOI Puchong. Inilah contoh Negeri Berkebajikan.

21 Dari 3 Rumah Mewah Termasuk Rumah Disneyland Kepada 4 Kereta Mewah, Hebat Ketua AMK Ampang! cc. @SPRMsia






Daripada laman sosial Instagram milik jutawan muda berumur 28 tahun, Ketua AMK PKR Ampang, didapati tidak kurang dari 5 buah kereta mewah didakwa dimiliki oleh beliau. Ada Range Rover, ada Mercedes, ada BMW dan ada Mini Cooper. Salah satu keretanya, Mercedes CLA250 dibeli sewaktu Umat Islam sibuk untuk menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Dalam erti kata lain kereta raya lah. Dari mana datangnya tohmahan pembangkang yang mengatakan Rakyat Malaysia hidup susah dan melarat? 

Sekiranya Ketua AMK PKR merangkap Pegawai Khas Ahli Parlimen Ampang yang bukan dari keluarga hartawan boleh memiliki sekurang-kurangnya 5 buah kereta mewah, apa yang hendak dihairankan sekiranya Ahli Parlimen Ampang, YB Zuraidah Zakaria sendiri, bekas peniaga gerai buah-buahan mempunyai 7 atau 8 kereta mewah? Saya mencadangkan agar Kerajaan Selangor mengadakan kursus kepada Rakyat Selangor dikendalikan oleh Dato Adam Rosly dengan tajuk cadangan "Bagaimana hendak menjadi jutawan sebelum 30 tahun".

18 Adam ... Adam ... Kusangkakan Dua Rupanya Tiga cc. @SPRMsia


Skandal jutawan muda Ketua AMK PKR Ampang berusia 28 tahun, Dato Adam Rosly tidak hanya berakhir dengan rumah ala Disneyland beliau di Ampang. Hasil carian rakan-rakan mendapati terdapat dua lagi unit rumah sederhana mewah yang bernilai ratusan ribu ringgit dimiliki oleh beliau di Ampang Saujana dan Putrajaya.

Adakah kedua-dua hartanah ini diperolehi secara lelongan pihak Bank? Teringat kata-kata pelakon Zaharah Agus yang memegang watak Latifah dalam filem P Ramlee Madu Tiga, "Jamil ... Jamil ... Kusangkakan dua rupanya tiga."  Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) perlu mengesahkan sama ada Dato muda ini ada membayar cukai pendapatan atau tidak.

Kedua, LHDN kena menyiasat sama ada taksiran cukai pendapatan beliau adalah betul. CTS pernah didenda LHDN disebabkan kesalahan mentafsir, jadi tidak wajar jutawan muda ini dibiarkan bebas lari dari membayar cukai.

November 15, 2016

39 Adakah Rumah Disneyland Ketua AMK Ampang Menggunakan Eletrik Milik @Tenaga_Nasional Secara Haram? cc. @SPRMsia


Kebiasaannya kotak bacaan meter elektrik milik Tenaga Nasional bagi rumah orang kebanyakan terletak di dalam kawasan premis. Namun bagi rumah teres mewah dan rumah banglo seperti milik jutawan muda PKR, Dato' Adam Rosly, 28 tahun, kotak elektrik tersebut kebiasaannya terletak di hadapan rumah sebagai langkah 'privacy'. Persoalannya, ke mana pergi kotak meter elektrik? Bagaimana rumah ala Disneyland ini memperolehi bekalan elektrik?

Beliau juga mendakwa membeli rumah Disneyland berkenaan dengan harga lelong dari Bank sebanyak RM1 juta berdasarkan video di bawah:

video

Hasil carian Google Map bertarikh Julai 2016, mendapati proses pembinaan semula sedang giat dijalankan pada masa itu. Oleh itu, harga RM1 juta yang didakwa oleh Dato Adam Rosly ini pastinya belum termasuk harga pembinaan dan pengubahsuaian rumah berkenaan. SPRM mana?



Apapun adakah betul kenyataan Dato Adam Rosly di bawah? Jadilah seperti Adam.

80 Antara Dua Darjat - Pemandangan Dari Atas Rumah Ketua AMK Ampang, Dato (28 tahun) Adam Rosly cc. @SPRMsia

Posting mengenai rumah Ketua AMK Ampang yang berpangkat Dato dan berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah mendapat viral pembaca yang paling tinggi dalam sejarah sepanjang CTS berblog, baca di sini. Sebagai ucapan terima kasih, CTS sertakan gambar-gambar rumah beliau dari pemandangan atas. 

CTS teringat bagaimana mantan ADUN (BN) Pelabuhan Klang yang juga Ketua UMNO Klang, Datuk Zakaria @ Zainal Md Deros dimalukan dengan gambar-gambar rumah beliau di Kampung Idaman.






8 Bajet 2017 Pulau Pinang - Pejabat Ketua Menteri Mendapat Tambahan Peruntukan Lebih RM500 Juta!!!


Penduduk Pulau Pinang mendapat limpahan nikmat daripada Bajet 2017 yang dibentangkan hari ini. Pejabat Ketua Menteri & Pejabat Setiausaha Kerajaan mendapat peruntukan tertinggi di antara jabatan-jabatan Kerajaan di Pulau Pinang. Tambahan sebanyak RM546.02 juta berbanding peruntukan hanya RM161.59 juta pada tahun 2016.

Tiada kenaikan ketara untuk bajet bagi Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS). Dalam erti kata lain, banjir yang kerap berlaku di Pulau Pinang tidaklah merupakan agenda penting bagi Ketua Menteri, Joseph Lim Guan Eng. Banjir bukanlah menjadi satu masalah di Pulau Pinang.

Dalam ucapan pembentangan Bajet 2017, Joseph Lim Guan Eng berkata Kerajaan DAP Pulau Pinang akan memperuntukkan sebanyak RM150 juta kepada JPS Pulau Pinang pada tahun 2017 untuk melaksanakan projek-projek tebatan banjir (tidak termasuk Projek Tebatan Banjir Lembangan Sungai Pinang) bagi seluruh negeri Pulau Pinang.

Namun begitu dalam paparan infografik yang disediakan semasa ucapan pembentangan bajet tersebut peruntukan yang diberikan kepada JPS Pulau Pinang hanyalah RM14.46 juta sahaja. Sedikit penambahan berbanding peruntukan yang disediakan bagi tahun 2016. Adakah paparan infografik yang salah atau Ketua Menteri Pulau Pinang berbohong?

Untuk rekod, Joseph Lim Guan Eng sekali lagi bentang bajet defisit untuk negeri Pulau Pinang. Kali ini defisit berjumlah RM667.10 juta, pertambahan defisit sebanyak 128.36%. Hebat betul Joseph Lim Guan Eng menguruskan Pulau Pinang.

November 14, 2016

65 3 Kali Didenda Dalam Tahun 2016 Dan Hari Ini Dihukum Penjara, @RafiziRamli Memang Hebat ... Menipu


Setiausaha Agung PKR yang juga Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli didapati bersalah melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA) hari ini dan menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan ke atasnya. Berdasarkan kertas pertuduhan Rafizi didakwa memiliki secara salah halaman 98 laporan Ketua Audit Negara berkaitan 1MDB. Justeru beliau didakwa melanggar Seksyen 8(1)(c)(iii) OSA 1972. 

Rafizi juga dituduh mengedarkan dokumen sulit tanpa kebenaran di lobi parlimen pada 28/03/2016 dan beliau didakwa melanggar Seksyen 8(1)(e)(iv) akta yang sama. Bagaimanapun, mahkamah kemudian membenarkan penangguhan bagi membolehkan pihak pembelaan memfailkan rayuan di peringkat yang lebih tinggi.

Mengikut Perlembagaan Persekutuan beliau masih kekal sebagai Ahli Parlimen Pandan.  Berdasarkan peruntukan di bawah Perkara 48 (4) (b) Perlembagaan Persekutuan beliau berhak untuk merayu terhadap keputusan itu. Oleh yang demikian kerusi yang disandang oleh beliau tidak akan menjadi kosong dan kedudukan beliau akan kekal seperti sedia ada sehinggalah proses rayuan di bawah Perlembagaan Persekutuan selesai sepenuhnya.

Perlu diingat Rafizi Ramli tidak dijatuhi hukuman kerana "mendedahkan skandal besar kesalahan 1MDB" seperti apa yang Pakatan Pembangkang katakan, namun kerana mendedahkan satu halaman dalam Laporan Ketua Audit Negara 1MDB yang sudah dibaca oleh 4 Ahli Parlimen Pakatan termasuk Tony Pua.

Rafizi Ramli telah mendedahkan dokumen OSA bahawa Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mempunyai hubungan dengan 1MDB tetapi belum dibayar sepenuhnya. Seperti yang kita sedia maklum, LTAT diberikan kontrak oleh 1MDB untuk menggerakkan Pengkalan Udara Sungai Besi dan untuk membangunkan 8 penggantian pengkalan tentera.

Dalam mana-mana kes, LTAT tidak hilang sebarang wang dan akan dibayar sepenuhnya oleh konsortium Keretapi IWH-China yang telah mengambil pemilikan 60% daripada projek Bandar Malaysia.

LTAT langsung tidak rugi dan sebenarnya, malah telah membuat keuntungan dan akan terus mengaut keuntungan dari kerja-kerja pembinaan pengkalan tentera dan daripada kontrak untuk menggerakkan Pangkalan Udara Sungai Besi.

Pendedahan maklumat OSA oleh Rafizi Ramli adalah kerja sia-sia. Tiada penyelewengan yang dibongkarkan, tiada salah laku atau tiada kerugian yang dialami oleh mana-mana pihak. Rafizi Ramli sebenarnya sengaja menempah tiket percutian ke Sungai Buloh. Mungkin rindu untuk bersama dengan idolanya di sana.

November 13, 2016

0 Semangat Konsensus Barisan Nasional Bakal Mendapat Kepercayaan Rakyat




Perdana Menteri, DS Mohd Najib Tun Abdul Razak menyifatkan semangat konsensus dalam Barisan Nasional (BN) adalah kerjasama yang utuh dan wajar menerima kepercayaan dari rakyat. Beliau berkata perhubungan ini lahir daripada kerjasama yang sudah terjalin selama berdekad lamanya. Malah kerjasama dengan MCA sudah menjangkau 64 tahun dan pelbagai keputusan berkaitan dasar negara yang dibuat adalah daripada kerjasama yang rapat ini.

Perdana Menteri mempertikaikan hubungan antara Pakatan Pembangkang. Beliau menyifatkan Pakatan Pembangkang sebagai politik hipokrit. Kata beliau tidak mungkin pembangkang mempunyai kerjasama sekukuh konsensus BN. DS Najib Tun Razak berkata demikian dalam ucapannya ketika merasmikan Perhimpunan Agung MCA ke-63 di Wisma MCA di ibu negara, hari ini.

Perdana Menteri turut memuji MCA kerana dilihat semakin kukuh berbanding sebelum ini. MCA menurut beliau mempunyai satu pasukan sahaja. Pasukan MCA. Tiada lagi Pasukan A atau Pasukan B. Dengan semangat satu pasukan ini, adalah mudah untuk berurusan dengan MCA. MCA adalah satu parti yang menjaga kebajikan kaum Cina di Malaysia, tetapi MCA bukan satu parti ultra rasis seperti DAP yang membelakangkan rakan-rakan parti di dalam pembangkang.

Komponen BN dan Rakyat Malaysia khususnya, harus memahami pendirian MCA. Sebagai sebuah parti yang matang, MCA pernah menolak sebarang jawatan kabinet sekiranya mereka tidak dapat merealisasikan kerusi Parlimen kepada komponen BN. Konsep kesederhanaan dan muafakat di dalam gabungan komponen BN sebeginilah telah mula berjaya membawa masyarakat Cina mengundi BN pada dua Pilihan Raya Kecil yang lalu iaitu di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Jadi tidak hairanlah apabila Perdana Menteri juga memaklumkan beliau bersedia melakukan segala yang termampu untuk komuniti Cina. Cumanya, beliau berharap untuk meraih sokongan tanpa berbelah bahagi daripada kaum tersebut. Mesej yang mendalam Perdana Menteri berikan kepada Masyarakat Cina,
"Saya boleh tolong tetapi komuniti Cina kena respon secara positif. Tidak bolehlah minta dari Kerajaan Barisan Nasional tetapi undi DAP. Saya beri jaminan kepada semua yang hadir di Perhimpunan Agung MCA bahawa kita akan pastikan kepentingan masyarakat Cina sentiasa terpelihara. Misalnya saya faham ada permintaan untuk tambah SJKC, Insya-Allah akan kita perincikan bersama. Tetapi saya perlukan juga sokongan masyarakat Cina agar kerajaan Barisan Nasional dapat teruskan perjuangan jaga kepentingan semua pihak. Negara ini milik kita bersama, bangunkan sama-sama."

148 Mahligai Jutaan Ringgit Dan Kereta Mewah Ketua AMK Ampang Viral Di Media Sosial cc. @SPRMsia





Hebat dan mengkagumkan. Itulah yang dapat CTS katakan apabila melihat Istana dan kereta mewah Ketua AMP PKR Ampang yang berumur 28 tahun. Dikenali dengan nama Adam Rosly kini sudah bergelar Dato. Mahligai yang dikatakan bernilai RM7 juta ini didirikan di tengah-tengah rumah-rumah orang miskin. Kereta mewah terdiri daripada BMW, Mercedes dan lain-lain berderetan di dalam laman rumah. 

Bayangkan ini hanyalah Ketua AMK Ampang. Masih lagi bukan setaraf dengan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Zakaria. Saya kagum dengan Dato Adam Rosly yang dapat menyimpan sejak dari kecil untuk membolehkan beliau membeli mahligai jutaan ringgit sewaktu umur 20an.

Beliau ketika mengulas isu tersebarnya gambar-gambar di atas di media sosial mencabar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan ke atas beliau dan beliau akan memberikan kerjasama yang penuh. Over to you SPRM!

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates