October 22, 2016

0 Bajet 2017 Tetap Memberi Perhatian Kepada Kebajikan Pemandu Teksi

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengalu-alukan pembentangan Bajet 2017 di mana Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM60 juta dana untuk kebajikan pemandu-pemandu teksi. Kerajaan juga telah bersetuju memberikan geran sebanyak RM5,000 bagi pemandu teksi yang mendapat lesen individu, untuk membantu mereka membeli kenderaan baru. 

Setakat ini lebih 4,000 borang telah diedarkan dan 900 permohonan telah diterima sejak permohonan dibuka pada September 2016. Kerajaan juga di dalam Bajet 2017 bersetuju mencarum pemandu-pemandu teksi di dalam skim SOCSO untuk kebajikan mereka terutama ketika berlakunya kemalangan.

Adalah diakui bahawa perkhidmatan e-panggilan seperti Uber dan GrabCar mengganggu industri teksi di seluruh dunia, malah Malaysia telah mewujudkan Program Transformasi Industri Teksi (TITP) agar merubah industri ini selari dengan perkembangan teknologi dan permintaan semasa.

Di antara inisiatif yang diluluskan oleh kerajaan di bawah TITP adalah termasuk menarik balik pembekuan kepada permohonan lesen teksi individu yang membenarkan pemandu teksi yang layak dan akan menamatkan tempoh pajakan di bawah syarikat teksi untuk memohon lesen individu. Ini membolehkan mereka menjadi majikan sendiri dan tidak perlu menyewa permit teksi di bawah sistem pajak dengan syarikat teksi.

SPAD dengan kelulusan kerajaan telah menentukan kadar tambang maksimum bagi perkhidmatan teksi bermeter, tetapi bagaimanapun bagi mempromosikan perkhidmatan teksi, syarikat ataupun pemandu teksi boleh mengenakan tambang yang lebih rendah. Ini secara langsung dapat menarik perhatian umum untuk memilih perkhidmatan teksi.

Sementara itu, SPAD juga akan membentangkan usul kepada Parlimen untuk meminda Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 bagi membolehkan Suruhanjaya mengawal selia syarat-syarat kontrak yang dikenakan oleh syarikat teksi terhadap pemandu teksi. SPAD akan mengawal selia kontrak sewaan baharu, menyeragamkan dan menguatkuasakan syarat-syarat wajib yang dikenakan.

34 Hasrat PKR Hendak Memiliki Maskot Badak Hidup Tercapai


Hasrat parti PKR untuk memiliki maskot badak hidup tercapai hari ini apabila seorang cytro kontroversi yang dikenali sebagai Ratu Naga atau lebih mesra dipanggil Ratu Badak oleh netizen telah menyertai parti tersebut secara rasmi.

PKR sebelum ini telah melancarkan maskot badak sumbu Borneo semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak. Sayangnya, Ratu Naga atau Ratu Badak sepatutnya dipakaikan serba biru. Barulah saling tidak tumpah dengan rupa maskot. Pandai YB Zuraidah 'Mak Lampir' Kamaruddin memilih calon maskot. Penghuni Sungai Buluh Inn pastinya berbangga.

13 @AzminAli Cuba Bela 'Nasi Lemak Anak Dara' Dengan Kritik #Bajet2017


Menteri Besar Selangor, YAB DS Azmin Ali sekali lagi cuba menjadi hero dengan mengatakan bahawa Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak di dalam pembentangan Bajet 2017 semalam telah menyinggung perasaan pemilik Nasi Lemak Anak Dara, Siti Hajjar.

Beliau sebelum ini telah melawat gerai Siti Hajjar fan menyerahkan Borang Lesen Perniagaan. Azmin Ali berkata di dalam laman sosial Twitternya, Siti Hajjar tidak dapaf pekerjaan sebab ekonomi negara lumpuh akibat kecurangan 1MDB.

Apa yang berlaku sebenarnya berdasarkan temubual Siti Hajjar dan Berita Harian mendapati Siti Hajjar telah menolak dua tawaran pekerjaan yang setaraf dengan Ijazah yang dimilikinya kerana minat di dalam bidang perniagaan. Kenapalah Selangor mempunyai Menteri Besar sebodoh ini?

October 21, 2016

75 Banyak Perkara Dibentang Dalam #Bajet2017 Projektor Dewan Rakyat Yang Diulas Nurul Izzah

Saya pernah mengatakan berkali-kali di dalam posting saya sebelum ini bahawa pemimpin pembangkang tidaklah sebijak seperti yang kita lihat. Apatah lagi macai-macai mereka di bawah yang otaknya diletak di kepala lutut.

Bajet 2017 yang dibentang berjumlah RM260 bilion, Nurul Izzah Anwar di dalam laman sosial Twitter beliau hanya membuat posting bertanyakan dari mana Kerajaan dapat duit beli projektor untuk Dewan Rakyat.

Nurul Izzah membesarkan perkara yang kecil. Lebih memalukan beliau tidak tahu membezakan 'LED Screen' dengan projektor. Kalau iapun 'LED Screen' yang Nurul Izzah maksudkan sebagai projektor, bukankah ianya untuk kemudahan anggota Parlimen termasuk Nurul Izzah sendiri dan pengunjung yang hadir. Pengundi-pengundi Nurul Izzah di Lembah Pantai tidak malukah dengan mendapat Ahli Parlimen sebegini?

29 PM @NajibRazak Sibuk Bentang #Bajet2017 Dalam Dewan, Pembangkang Sibuk Cari MO1 Di Luar

Pembangkang tiada idea untuk menjawab pertanyaan wartawan selepas pembentangan Bajet 2017 yang hampir sempurna untuk Rakyat Malaysia. 

Cara yang paling mudah untuk menutup kemaluan adalah dengan membuat kacau bilau serta berperangai seperti kebinatangan dan bertindak keluar dewan sewaktu pembentangan bajet.

Tahniah buat pembangkang dari Parti PAS yang masih rasional dan matang. Tidak seperti dari parti pembangkang yang lain yang membawa placard bertulis "Siapa MO1" dan membuat riuh rendah di dalam Dewan Rakyat sewaktu pembentangan bajet. 

Ahli Parlimen DAP, PKR & PAN meninggalkan dewan semasa DS Najib Razak hendak menjawab yang bajet ini tidak disediakan tanpa asas ataupun tiada wang.

Rakyat sendiri boleh menilai perbuatan kurang ajar, yang dipilih rakyat untuk membawa suara mereka di dalam Dewan Rakyat.

Alhamdulillah, seluruh Rakyat Malaysia dapat menyaksikan secara langsung di kaca TV tingkah laku pembangkang seperti beruk terkena belacan.

14 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Menjawab Isu Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh (PPBP) cc. @DGHisham


Sejak semalam, netizen telah dihujani kebimbangan mengenai memo Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai perlaksanaan Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh (PPBP) yang berlegar di media-media sosial. Ramai yang beranggapan bahawa Kerajaan hendak menghapuskan perkhidmatan percuma perubatan terhadap Rakyat Malaysia. Laman web popular OHBULAN turut memuatnaikkan isu berkenaan.


Juga pemimpin Parti Cap Bunga Raya turut meroyan.



Menjawab persolan berkenaan, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, melalui laman web KKM, baca di sini, telah merungkaikan persoalan tersebut. Baca 'snapshot' seperti di bawah. Diharap fitnah bahawa Kerajaan akan menghapuskan perkhidmatan perubatan percuma akan terkubur.




15 Beberapa Kelemahan Bajet Alternatif Pembangkang


Ketua Pembangkang yang juga Presiden PKR, DS Dr Wan Azizah Wan Ismail membentangkan Bajet Pakatan Harapan 2017 di Bilik Taklimat, Bangunan Parlimen dua hari lepas. Turut bersama dalam majlis berkenaan ialah Presiden PAN, Mohamad Sabu dan Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang mewakili DAP. Tanpa kelibat mana-mana wakil daripada Parti Cap Bunga Raya, Bajet Alternatif pembangkang ini tidak mengambarkan suara kesemua pembangkang di dalam Pakatan Harapan.

Terdapat beberapa kelemahan yang nyata yang boleh dilihat sekali imbas melalui Belanjwan Alternatif pembangkang ini, di antaranya,

1. Kakitangan Kerajaan Tidak Dihargai Di Dalam Bajet 2017

Para penjawat awam seharusnya menyedari bahawa dalam Bajet Alternatif Pakatan Harapan 2017 tiada sebarang usaha untuk menghargai penjawat awam melalui pemberian intensif khas atau bonus? Malah mungkin ramai juga tidak sedar bahawa Bajet Alternatif Pakatan Rakyat pada tahun 2016 yang lalu juga menunjukkan pembangkang tidak berminat untuk menghargai jerih perih para penjawat awam.

Selaku Rakyat dan penjawat awam yang waras, seharusnya mampu berfikir sejauhmana keseriusan pihak pembangkang dalam membela nasib kehidupan mereka di negara ini. Pada 01/11/2011, Tony Pua pernah sebut dalam akhbar Sin Chew Daily, mukasurat 9 mengenai cadangannya hendak kurangkan penjawat awam di Malaysia. Pada 31/11/2011, Setiausaha kepada Tony Pua iaitu Kiam Wee juga pernah berkata DAP akan melaksanakan 'Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam' jika mereka menguasai Putrajaya.

Inilah bahaya pembangkang dan DAP, kalau dapat kuasa habis semua akan dibuang mereka. Bukan sahaja bonus tiada dalam belanjawan pembangkang, mereka juga ada niat hendak buang kakitangan awam di Putrajaya.

2. Bajet Alternatif Pembangkang Tidak Realistik Dan Mementingkan Rakyat

Di dalam Bajet Alternatif Pakatan Harapan, kebanyakannya hanya bertumpu kepada memperlekehkan usaha Kerajaan Pusat pimpinan Barisan Nasional. Manakala inisiatif daripada pembangkang ke arah kesejahteraan rakyat dalam bajet tersebut tidak begitu ketara. Contohnya, di dalam soal perumahan rakyat, di Selangor dan Pulau Pinang pun pembangkang gagal laksanakan rumah mampu milik untuk Rakyat.

3. Bajet Alternatif Pakatan Harapan Tidak Tahu Membezakan JPM Dan PMO

Bajet Alternatif Pakatan Harapan membongkar kebodohan pemimpin kanan PKR, DAP dan PAN. Bajet yang kali kedua disediakan oleh Pakatan Harapan bersama PAN itu, diumumkan dua hari sebelum Perdana Menteri, DS Najib Razak membentangkan Bajet 2017 di Parlimen hari ini. Mereka mencadangkan pemotongan belanjawan Jabatan Perdana Menteri sebanyak RM10 bilion iaitu dari RM20.3 bilion pada 2016 kepada RM10.31 bilion. Tahun lepas mereka hendak potong RM11 billion.

Pembangkang dilihat tidak dapat membezakan diantara Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan Pejabat YAB Perdana Menteri (PMO). Perkara ini memang sungguh memalukan. Bagaimana mereka mahu mentadbir negara jika perkara semudah ini pun gagal untuk mereka fahami. Tahukah mereka bahawa PMO hanya sebahagian kecil dari JPM? JPM terdiri daripada 58 jabatan, 15 Badan Berkanun, 14 syarikat, 5 yayasan dan satu pertubuhan antarabangsa. Anda boleh melayari laman JPM di sini untuk mengetahui maklumat lanjut.

Bayangkan sekiranya pemotongan sebanyak RM10 bilion dilakukan terhadap Agensi, Badan Berkanun dan Yayasan seperti senarai di atas. Mampukah mereka menjalankan peranan dan tanggungjawab yang diamanahkan untuk kepentingan Rakyat dan negara? Sudah tentu mereka tidak akan dapat berfungsi dengan cekap dan berkesan dengan kekangan kewangan sepertimana yang disarankan oleh pembangkang.

4. Pembangkang Akan Naikkan Levi 10% Setiap Tahun.

Dalam Bajet Alternatif 2017 pembangkang, bahagian paling menarik untuk dibincangkan ialah menyentuh mengenai cadangan menaikkan levi pekerja asing difahamkan sehingga 10 peratus pada setiap tahun sehingga 2020. Langkah itu sudah pasti akan menggemparkan para majikan dan membantutkan banyak sektor ekonomi yang sememangnya banyak bergantung kepada pekerja asing yang berdaftar.

Ia dicadangkan oleh pembangkang untuk dinaikkan di tiga sektor iaitu pembuatan, perkhidmatan dan pembinaan. Ia sudah pasti akan membebankan majikan yang terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi untuk membayar levi jika sekiranya mahu membawa masuk pekerja asing. Selain itu, mereka menciplak program pemutihan pekerja asing yang pernah dilaksanakan kerajaan sebelum ini sebagai salah satu langkah dalam Bajet Alternatif 2017 mereka.

5. Gaji Minimum RM1,500, Adakah Pembangkang Akan Laksanakan Di Negeri Yang Diperintah Oleh Mereka?

Pembangkang telah membentangkan bajet alternatif 2017 semalam dengan antara cadangan yang dikemukakan ialah menaikkan gaji minimum bulanan pekerja kepada RM1,500 sebulan di seluruh negara. Pembangkang bercadang melaksanakannya dengan membahagikan kos berkenaan sama rata antara kerajaan dengan majikan dan dengan itu ia mengambil RM2.5 bilion daripada belanjawan persekutuan.

Apa yang agak menghairankan ialah kenapa gaji minimum RM1,500 ini tidak dilaksanakan di Selangor dan Pulau Pinang terlebih dahulu, iaitu negeri di mana Pakatan Harapan memerintah? Jawapannya mudah, ianya tidak boleh dilaksanakan kerana ramai majikan akan protes dan membantah di Selangor dan Pulau Pinang.

Lim Guan Eng dan Azmin Ali mengetahui bahawa perlaksanaan ini akan melibatkan kos yang tinggi memandangkan Kerajaan Negeri terpaksa memberikan subsidi untuk pelaksanaannya. Harus diingat,  pada 2011 pembangkang buat Buku Jingga dan berkata hendak gaji minimum RM1,500. Apakah perkara itu mereka laksanakan di Selangor dan Pulau Pinang?

Untuk rekod, perintah gaji minimum 2016 iaitu RM1,000 sebulan bagi Semenanjung Malaysia dan RM920 sebulan bagi Sarawak, Sabah dan Labuan telah dikuatkuasakan mulai 1 Julai tahun ini. Mana-mana pihak yang tidak mematuhi perintah tersebut, jika disabitkan boleh dikenakan denda sebanyak RM10,000 bagi setiap kesalahan dan RM1,000 sehari bagi kesalahan berterusan di bawah Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011.

30 Dendam Kesumat Tun Dr Mahathir Membutakan Mata Beliau Ke Atas Pencapaian DS @NajibRazak

Di dalam artikel terkini blog Mantan Perdana Menteri, baca di sini, Tun Dr Mahathir, mengulas mengenai Bajet 2017 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, DS Mohd Najib Tun Razak. Tun Dr Mahathir antara lain menulis,
4. The budget is actually meaningless because the Government knows it will not have the money.
5. Why will the Government not have the money? It is because Government money is not used for good governance, for the development of the country and the well-being of the people.
6. The money is being used for winning popularity for the Prime Minister.
Mungkin posting terbaru blog chedet.cc ini ditulis oleh pembantu beliau tanpa kajian dan analisa yang teliti atau mungkin ditulis oleh beliau sendiri dengan hati yang dipenuhi dengan dipenuhi dendam kesumat.

Amat tidak beretika apabila Tun Dr Mahathir menulis bahawa duit Kerajaan tidak digunakan untuk pembangunan negara dan kesejahteraan Rakyat. CTS sertakan di bawah beberapa projek pembangunan negara dan kesejahteraan Rakyat (hanya namakan sebahagian) yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan DS Mohd Najib Tun Razak.

Di bawah disenaraikan projek-projek di bawah Tun Dr Mahathir selama 22 tahun berbanding DS Najib Tun Razak yang baru memegang tampuk Perdana Menteri selama 6 tahun. Apakah semua yang dilakukan oleh Perdana Menteri di bawah bukan untuk pembangunan negara dan kesejahteraan Rakyat?

October 20, 2016

0 Presiden MCA Bidas Bajet Alternatif Pembangkang Tidak Realistik


Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai berkata janji pembangkang dalam Belanjawan Alternatif untuk membangunkan negeri Sabah dan Sarawak adalah hanya semata-mata untuk meraih undi di kedua-dua negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang. Beliau berkata pembangkang  tiada sebarang kaedah untuk menunjukkan cara pengurusan kerajaan yang berkesan.

Beliau yang juga Menteri Pengangkutan berkata Belanjawan Alternatif 2017 oleh Pakatan Harapan tidak mempunyai asas yang kukuh dan hanya bermotifkan politik. DS Liow berkata cadangan pembangkang termasuk penambahbaikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 'berkadar sifar' tidak menunjukkan sebarang cadangan kukuh untuk menambah sumber pendapatan negara.

Beliau menambah bajet Kerajaan Barisan Nasional memfokuskan kepada ekonomi berasaskan Rakyat dan lebih realistik. DS liow berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan tren empat gerabak terbaharu, Express Rail Link Sdn Bhd (ERL), di Salak Tinggi, Negeri Sembilan.

CTS sependapat dengan Presiden MCA mengenai Bajet Alternatif pembangkang yang tidak realistik. Bajet alternatif yang dikemukakan pembangkang adalah satu helah untuk mengelirukan Rakyat kerana dari segi kewangan ia tidak boleh dilaksanakan. Cadangan Bajet Alternatif untuk menaikkan gaji minimum kepada RM1,500, adakah pembangkang akan melakukan apa yang dikata di negeri-negeri yang ditadbir oleh mereka seperti Pulau Pinang dan Selangor?

Di dalam Bajet Alternatif juga, pembangkang tidak tahu perbezaan di antara Pejabat Perdana Menteri (PMO) dan Jabatan Perdana Menteri (JPM), kerana PMO adalah sebahagian daripada jabatan itu, yang merupakan entiti lebih besar yang menempatkan pelbagai unit dan agensi penting.

15 Drama Cat Merah Maria Chin Sinonim Dengan Drama Teresa Kok


Skrip lakonannya biasa dan mudah dibaca. Saya diugut kononnya, kereta anak saya disimbah cat jam 3.00 pagi. Hebat bagaimana Maria Chin tahu waktunya? Tidak tidurkah beliau atau beliau melihat dengan mata kepala saya sendiri? Ditambah pula dengan skrip ketabahan seperti akan tetapi saya tidak gentar dan perjuangan harus diteruskan.

Manalah puak-puak baju merah tahu di mana Maria Chin tinggal atau dengan siapa kalau betulpun mereka hendak buat kianat kepada beliau. Amat teliti kalau pembaling cat tahu yang mana satu kereta anak Maria Chin melainkan orang yang rapat dengan keluarga berkenaan atau Ah Long yang meminjamkan wang kepada mana-mana keluarga berkenaan barangkali.

Pembangkang di Malaysia tidak lari dengan drama kebiasaan seperti cat merah, kena lontar 'molotov coctail, darah ayam disembelih, kereta  dipancitkan tayar dan sewaktu dengannya untuk menarik simpati.

Masih ingatkah kita dengan drama cat merah dan ayam mati dibunuh di Pejabat Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok? Drama yang dirancang begitu teliti juga menampakkan kebodohannya apabila cat merah bertaburan di tangga pejabat dan grill pintu pagar tidak langsung terkena cat. Ajaibnya lagi, pintu grill berkenaan berkunci! Adalah diharapkan Maria Chin dapat memberikan kita skrip drama yang lebih baik pada masa akan datang.

October 19, 2016

32 Mahfuz Omar, Gunting PAN Dalam Lipatan PAS




Rasanya belum kedengaran Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar masuk mana-mana parti di dalam Pakatanm Harapan sama ada Parti Cap Bunga Raya, PAN mahupun DAP. Kalau beliau masih menjadi ahli PAS, kenapa beliau menyibukkan diri dalam pembentangan Bajet olok-olok Pakatan Harapan?

Hendak masuk PAN, masuk sajalah. Kalau sayang sangat dengan Mukhriz Mahathir, masuk saja Parti Cap Bunga Raya. Tidak perlu menjadi 'double agent' seperti mempelam harumanis, hijau di luar, oren di dalam.

17 Drama Terbaru YAB DS @AzminAli, Pekerja Am Serba Boleh


Gambar di atas adalah gambar terbaru Menteri Besar Selangor, YAB DS Mohamed Azmin Ali ketika meninjau keadaan ban pecah akibat air pasang besar di Kampung Batu 4, Sungai Keramat. Dalam banyak-banyak Menteri Besar Selangor yang ada, DS Azmin Ali adalah satu-satunya insan dan pekerja am serba boleh. Selain dari mencangkul tanah untuk dibuat ban, kita tinjau kembali bakat semulajadi DS Azmin Ali yang tidak ramai Rakyat Selangor ketahui.

1. Beliau amat mahir membersihkan longkang tersumbat.


2. Tukang angkut sampah.


3. Merupakan tukang masak yang disegani.


4. Seorang yang mahir mengecat bangunan,


5. Kepakaran yang tidak dapat disangkal adalah pencuci baju terbersih.


6. Juga merupakan tukang kebun yang mahir.


7. Tidak kurang pentingnya, beliau juga merupakan seorang 'pest control' yang disegani. Hebat tak Menteri Besar CTS?

0 Macai Pembangkang Kitar Semula Artikel Idris Jala Tahun 2010 Bersempena Bajet 2017


Pembentangan Bajet 2017 akan dilakukan oleh Perdana Menteri, DS Mohd Najib Tun Razak Jumaat ini. Macai-macai ProTun dan minions pembangkang berusaha 24 jam sehari 7 hari seminggu untuk menyebarkan dakyah bahawa Malaysia akan muflis. Mereka bersandarkan kepada artikel The Star oleh Idris Jala yang diambil bertarikh 27/05/2010! Baca di sini.

Sungguh istiqamah macai dan minions ini untuk memburukkan negara sehingga mereka sanggup mengambil berita lama untuk didendangkan kembali. Cumanya, seperti biasa, minions dan macai ini tidaklah bijak seperti yang mereka sangka. Macai dan minions seharusnya berhenti dari mengitar semula berita lama. Untuk pengetahuan macai dan minions, orang yang sama iaitu Idris Jala telah mengeluarkan kenyataan di bawah pada 29/03/2012, dua tahun selepas berita kitar semula di atas. Baca di sini.

Nota kaki: Cuba tanya macai dan minions pembangkang yang menyebarkan berita Malaysia akan muflis ini, apa latar belakang dan pengalaman kerja mereka. Kemudian nilai sendiri samada mereka lagi hebat membicarakan tentang ekonomi berbanding Fitch, Moody’s, S&P dan Menteri Kewangan. CTS tanya saja.


October 18, 2016

0 'SPAD Land Public Transport Industry Awards 2016' ... Dan Pemenangnya Adalah

Semalam berakhirnya Simposium Anugerah Industri Untuk Pengangutan Awam Darat 2016. Acara tahunan anjuran Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ini adalah bagi mengiktiraf dan menghargai para pemain industri pengangkutan awam darat.

Berikut adalah pemenang-pemenangnya:

Category: Stage Bus Operators

1. Prasarana Malaysia Berhad (RapidKL) - Best Operator
2. Syarikat Pengangkutan Maju Berhad - Best Safety Practices
3. Handal Indah Sdn Bhd - Best Complaints Management

Category: Express Bus Operators

1. Tiara Pesona Sdn Bhd (Ekspress Perdana) - Best Operators
2. Konsortium E-Mutiara Berhad (E-Mutiara) - Best Safety Practices
3. Sani United (Sani Ekspres) - Best Complaint Management

Category: Lorry (KA) - Containers Operators

1. Century Total Logistics Sdn Bhd - Best Operators
2. Taipanco Sdn Bhd - Best Safety Practices
3. MISC Integrated Logistics Sdn Bhd - Best Complaint Management

Category: Lorry (LA) - General Cargo Operators

1. NITTSU Transport Service (M) Sdn Bhd - Best Operators
2. Sin-Kung Logistics Sdn Bhd - Best Safety Practices
3. Tasco Berhad - Best Complaints Management

Category: Rail Operators

1. Express Rail Link (ERL) - Best Safety Practices & Best Customer Service
2. Train Transit System (TTS) - Best Complaints Management

Category: Terminal Operators

1. Terminal Bersepadu Selatan - Best Terminal
 2. Terminal Amanjaya - Best Upcoming Terminal

Anugerah Merit pula diberikan kepada Stesen Sentral Kuala Lumpur bagi ketegori Rail Hub Terminal dan Colombia Leisure Sdn Bhd bagi kategori Excursion Bus. Sementara itu, 7 individu istimewa telah mendapar anugerah khas iaitu seorang pemandu bas dan 6 pemandu teksi di atas usaha mereka memertabatkan industri pengangkutan awam darat. Rahsia kejayaan mereka dapat dibaca seperti di bawah:









22 Adakah Marina Chin Dan Ambiga S Cuba Meraih Simpati Dengan Penyebaran Gambar Diugut Bunuh?


Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah hari ini mengesahkan menerima ugutan bunuh daripada individu tidak dikenali. Beliau merujuk kepada gambar suntingan yang memaparkan beliau seperti dalam keadaan berlutut sambil pisau diajukan padanya daripada ahli kumpulan bersenjata IS. Selain Maria Chin, turut dipaparkan gambar seakan sama adalah bekas pengerusi BERSIH, Ambiga S dan pegawai urus setia BERSIH, Mandeep Singh.

Kita alu-alukan tindakan Maria Chin ingin membuat laporan polis petang ini. Namun kita hairan mengapa Maria Chin dan Ambiga S langsung tidak bersuara apabila pendemo-pendemo BERSIH 4 pada tahun lepas membuat aksi pengkebumian traditional Cina ke atas Perdana Menteri dan isteri beliau? Kenapa Maria Chin dan Ambiga S langsung tidak bersuara dan membuat laporan polis apabila pendemo-pendemo BERSIH memaparkan kebiadapan seperti itu? Lihat gambar-gambar dan video di bawah.

Adakah mereka mengamalkan pilih kasih atau 'double standard'? Atau adakah suntingan gambar-gambar di atas dilakukan oleh anggota BERSIH itu sendiri dengan tujuan untuk meraih simpati? Umum mengetahui bahawa sessi promosi BERSIH ke seluruh negara setakat ini gagal untuk mendapat sokongan yang memberangsangkan. Mungkin inilah satu-satunya jalan terakhir untuk meningkatkan promosi BERSIH?



video
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates