October 7, 2016

88 Mukhriz Mahathir Semakin Merapu Bila Sertai BERSIH



Teringat kata-kata Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed, yang berharap anaknya, Marina Mahathir tidak meletakkan diri terlalu rapat dengan BERSIH 2.0 atau gerakan lain yang antikerajaan kerana ia tidak baik untuk dirinya. Kata Tun Dr Mahathir,
"BERSIH telah dirampas oleh pemimpin pembangkang, saya tidak suka beliau meletakkan dirinya dekat dengan gerakan itu. Beliau tidak pernah katakan ini, tapi BERSIH dan beberapa gerakan lain didakwa ada kaitan dengan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Dia tidak pernah kata sokong lelaki kahwin lelaki, perempuan kahwin perempuan dan saya harap dia maksudkannya. Memang beliau seorang aktivis yang menolong ramai orang termasuklah golongan ini, tapi dia perlu jelaskan pendiriannya," - Sumber Sinar Harian.
Kini ludah terhadap BERSIH terpaksa ditelan Tun Dr Mahathir. Bukan sahaja anaknya Marina, malah beliau sendiri turut memberi sokongan kepada BERSIH tahun lepas. Kini anak lelakinya yang diharapnya menjadi Perdana Menteri Malaysia, Mukhriz Mahathir turut menyertai BERSIH, sebuah NGO yang dikatakannya ada kaitan dengan LGBT. Rasanya lebih elok Mukhriz Mahathir menghabiskan masanya melayan anak-anak bermain ikan lumba-lumba di Abu Dhabi.


13 Macai Parti Cap Bunga Raya Telalu Bodoh Menuduh Bendahari UMNO Kimanis Sebagai Pengarah Jabatan Air Sabah


Individu yang ditangkap dalam skandal rasuah yang terbesar di Sabah dan mungkin juga di Malaysia adalah Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah, Ag Mohd Tahir bin Mohd Talib dan Timbalan Pengarah, Ir. Teo Chee Kong serta dua individu lain yang ada kaitan dengan kes tersebut. Fakta penangkapan ada hubungan dengan projek air di Sabah sejak tahun 2010 yang bernilai RM3.3 bilion di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar &  Wilayah (KKLW). 

Buat sementara waktu tiada sesiapa yang menuduh atau menghubungkan individu-individu yang ditangkap tersebut mempunyai kaitan dengan mantan Menteri KKLW, DS Shafie Apdal. Oleh itu tidak perlulah mana-mana pihak untuk melompat. Agak bodoh dan bangang apabila Mantan Pengerusi Tekun dan bekas EXCO Perak, Datuk Hamidah Othman cuba mengaitkan DS Anifah Aman sebagai Ketua Bahagian UMNO Kimanis dalam skandal ini.

Ag Mohd Tahir menjadi Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah atas kelayakan beliau untuk dilantik yang bukannya lantikan politik. Dalam rekod UMNO tidak ada nama Ag Mohd Tahir bin Mohd Talib pernah menyandang sebarang jawatan dalam UMNO amnya dan khasnya UMNO Bahagian Kimanis. Untuk makluman umum, Bendahari UMNO Kimanis adalah Datuk Rizal Abdullah @ Raymond Godfrey. Macai, tolong hadam fakta ini!

Kemaskini 01:00 PM: Midah minta maaf!

9 Selepas Menteri Besar, ADUN Selangor Juga Cuba Jual Minyak Dengan Pemilik Nasi Lemak Anak Dara?



Kita jangkakan drama bergambar dengan pemilik Nasi Lemak Anak Dara hanya melibatkan Menteri Besar Selangor sahaja. Rupanya tidak. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor Kota Aggerik, Yaakob Sapari juga tidak ketinggalan untuk mencuba nasib.

Di laman sosial Facebok beliau, beliau menulis kononnya beliau hadir bertemu dengan Siti Hajjar untuk menyampaikan buku beliau bertajuk Mudahnya Jadi Usahawan kononnya supaya dapat membantu Nasi Lemak Anak Dara terus maju. Rasanya ada tak anak muda atau siswazah Selangor di luar sana yang berniaga mendapat buku yang serupa dari ADUN ini?

October 6, 2016

13 Naib Presiden PCM Dedah Kenderaan Mewah Di Pangsapuri Kos Sederhana Di Pulau Pinang


Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Major (B) Huan Cheng Guan, hari ini mendedahkan segelintir 'orang kaya' tinggal dan melabur di atas unit rumah kediaman kos sederhana di Pulau Pinang yang dikhaskan kepada pembeli rumah pertama. Hasil siasatan PCM ke atas Pangsapuri Kos Sederhana Murah yang berusia dua tahun mendapati beberapa kenderaan mewah seperti motorsikal BMW GS Superbike berharga RM114,900, motorsikal Triumph Street Triple Superbike berharga RM53,900, motorsikal KTM 1050 Adventure Superbike berharga RM68,888 dan keluaran terbaru pacuan 4 roda Toyota Hilux Double Cab 2.8 G berharga RM133,900. 

Menurut Datuk Huan, hampir kesemua kenderaan yang terdapat di parkir Pangsapuri berkenaan berharga sekurang-kurangnya RM80,000. Harga kenderaan berkenaan berharga jauh lebih tinggi daripada harga Pangsapuri berkenaan iaitu RM72,500 (harga yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri ke atas pemaju bagi Pangsapuri Kos Sederhana). PCM akan melaporkan penyelewengan berkenaan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat Jabatan Perumahan Pulau Pinang yang dipengerusikan oleh ADUN DAP Jagdeep Singh Deo.

1 ADUN DAP Hadir Lawatan Ke Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) Di Kerinchi


Teka-teki sama ada ADUN Damansara Utama, Yeo Bee Yin akan hadir ke sessi penerangan pengenalan Program Permata terjawab apabila beliau hadir pagi tadi ke Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) bertempat di Blok F, PPR Kerinchi, Jalan Pantai, Kuala Lumpur. Taklimat khas PERMATA di Kerinci pagi tadi disampaikan oleh DS Siti Azizah Syeikh Abod, Pegawai Khas Perdana Menteri dan TS Prof Dr Sharipah Habsah Syed Hasan Shahabudin.

Antara Wakil-Wakil Rakyat DAP yang turut hadir adalah Hannah Yeoh dan Ong Kian Meng dan ADUN Pulau Pinang Yap Soo Huey. Manakala pemimpin dari Barisan Nasional yang turut hadir termasuk Ahli Parliman Langkawi Dato Ir Nawawi Ahmad dan Ketua Wanita MCA Datuk Heng Seai Kie.

YB Yeoh Bee Yin pada dasarnya bersetuju program ini sangat baik tetapi mahukan diwujudkan satu Kementerian Khas untuk PERMATA dan bukan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri dan beliau juga mahu melihat akaun PERMATA. Beliau juga bimbang kesinambungan program PERMATA yang mungkin mati sekerat jalan sekiranya isteri Perdana Menteri, DS Rosmah Mansor tidak lagi menjadi Penaung dan Mentor PERMATA.

CTS merasa amat gembira apabila ADUN DAP mengiktiraf program PERMATA. Apatah lagi kebimbangan beliau mengenai program berkenaan akan mati separuh jalan sekiranya DS Rosmah Mansor tidak lagi menjadi Penaung PERMATA. Secara tidak langsung beliau juga turut mengiktiraf DS Rosmah Mansor sebagai individu penting dan nadi kepada program berkenaan. 

Mengenai akaun PERMATA pula, YB Yeo Bee Yin menggambarkan seolah-olah perbelanjaan PERMATA disorok daripada tatapan umum sedangkan hanya dengan menggunakan carian Google dan sesiapapun boleh mengakses rekod berkenaan di laman web Khazanah. Untuk kesenangan YB Yeo Bee Yin, CTS sertakan 'link' Perbelanjaan PERMATA dari 2012 hingga 2016 di bawah Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan yang boleh diakses di laman web Khazanah seperti di bawah:





5 Benarkah Andrew Claster Sanggup Kerja Sukarela Dengan Rafizi Ramli?


Seorang bekas pembantu Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama telah dibawa oleh Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli untuk bekerja dengan NGO beliau, Invoke dalam usaha mereka bagi memperbaiki kaedah berkempen untuk Pilihan Raya Umum akan datang. Andrew Claster, yang merupakan Timbalan Ketua Analisis kempen pemilihan semula Obama pada 2012, kini dikatakan kononnya menjadi seorang sukarelawan Invoke, yang membantu kumpulan itu dengan program analisis data pengundi.

Kita seharusnya percaya dan yakin Andrew Claster yang mendapat bayaran lumayan dalam 'team' kempen Presiden Barack Obama, kini sanggup bekerja sukarela dan tanpa sebarang bayaran dengan sebuah parti hidup segan mati tak mahu di benua Asia. Biarpun namanya sukarelawan, pasti ada bayaran saguhati dan elaun untuk menghargai tugas-tugas yang bakal dijalankan oleh Andrew Claster. Tidak boleh tidak ianya pasti berlaku dalam salah satu dari dua perkara berikut:

Pertama, Andrew Claster mempunyai hubungan yang sangat intim dan istimewa dengan Rafizi Ramli sehingga sanggup bekerja dengan percuma atau kedua, Invoke adalah tempat di mana ia beroperasi menggunakan dana sumbangan dari pihak asing yang juga menyokong gerakan menjatuhkan Barisan Nasional (BN) dan Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak. Jadi tidak hairanlah akta dan undang-undang berkaitan dana politik begitu ditentang oleh pakatan pembangkang.

7 Gelaran "Rasis" Pula Diberikan Tun Dr Mahathir Kepada Perdana Menteri


Tun Dr Mahathir meneruskan propaganda murahan beliau apabila meneruskan "name calling" kepada musuh politiknya, DS Mohd Najib Tun Razak. Selepas mengelarkan Perdana Menteri dengan perbagai gelaran seperti 'Pembunuh Altantuya', 'Pemberi Dedak', 'Cash Is King', Pencuri Duit Rakyat', 'Najis', 'Jadikan Agong Tahanan Istana', 'Pemimpin Nazi', Pengerusi Parti Bunga Raya ini kini mengelarkan DS Najib Razak sebagai 'Rasis'.

Tidak ada satu gelaranpun di atas yang beliau dapat buktikan. Apabila Tun Dr Mahathir menuduh  DS Najib Tun Razak sebagai "Dia memecah belahkan umat Islam daripada Islam dan Islam daripada bukan Islam", seolah-olah beliau bercakap di hadapan cermin. Usah terkejut sekiranya Tun Dr Mahathir secara terus-terusan menggunakan kaedah kebudak-budakan dengan memanggil orang dengan nama panggilan. Oleh itu tidak hairanlah kalau YDP Agong pun tidak yakin dengan dengan kata-kata Tun Dr Mahathir.

0 Malaysia Dilantik Ahli Majlis ICAO Empat Penggal Berturut-Turut



Menteri Pengangkutan, DS Liow Tiong Lai mengumumkan Malaysia sekali lagi dilantik sebagai ahli Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) untuk penggal 2016 hingga 2019. Beliau berkata ia adalah pelantikan Malaysia sebagai ahli Majlis ICAO untuk penggal keempat, sejak 2007. 

DS Liow menambah, Malaysia meraih 129 daripada 172 undi negara yang layak memilih, sekali gus menunjukkan pengiktirafan dan kepercayaan badan antarabangsa untuk menerajui kedudukan berkenaan. Katanya, sebagai hab industri penerbangan awam di rantau ini, Malaysia komited memacu matlamat ICAO menerusi inisiatif `Tiada Negara Terpinggir' dan 'Generasi Penjawat Penerbangan Seterusnya.' 

Malaysia katanya akan terus memenuhi keperluan latihan komuniti penerbangan global menerusi Program Kerjasama Teknikal Malaysia. DS Liow berkata Malaysia berbesar hati dengan pengiktirafan ICAO susulan sumbangan Malaysia terhadap badan antarabangsa ini. Beliau ketika ini menghadiri Perhimpunan Agung ICAO Ke-39, di Montreal, Kanada. 

Beliau berkata, Malaysia tidak pernah berkompromi dalam usaha memastikan tahap keselamatan penerbangan awam global menepati piawaian. Sehubungan itu, katanya, kerjasama dengan negara anggota ICAO menerusi pelbagai inisiatif dirangka akan diteruskan. Malaysia katanya percaya usaha untuk menjamin keselamatan penumpang ketika penerbangan adalah keutamaan yang tidak boleh dipandang mudah, justeru ia boleh dicapai melalui kerjasama setiap negara anggota ICAO.

October 4, 2016

37 PAN Adalah Parti Islam Yang Membawa Idea Baru, Betulkah?


Menurut Datuk Husam Musa, ahli baru dalam parti PAN, PAN adalah satu parti Islam yang membawa idea segar di dalam arena politik negara. Oleh itu tidak hairanlah apabila Presiden PAS membuka Cawangan baru di Pahang menggunakan mercun papan.

Tambah teruja apabila membaca 'page' Amanah Kawasan Ketereh, parti PAN juga terlibat di dalam mengedarkan minuman keras kepada orang asli. Kita akui bukan semua orang asli beragama Islam. 

Walau bagaimanapun, tidak perlulah bersubahat untuk mengedarkan minuman keras untuk mengambil hati dan cubaan memancing undi dari komuniti orang asli. Mungkin inilah idea segar 'Parti Islam' PAN yang Datuk Husam Musa maksudkan?

Nota kaki: Artikel asal 'page' di bawah telahpun diedit setelah menyedari minuman keras bukanlah sebahagian daripada idea segar PAN. Hahaha.

October 2, 2016

120 Midin Di Pentas PAS, Ramai Lagi Harumanis Di Dalam PAS Nampak Gayanya

Presiden Parti Cap Bunga Raya, TS Muhyiddin Yassin semalam kelihatan bersama-sama dengan sepentas bersama pemimpin-pemimpin PAS. Nampak gayanya PAS masih belum dibersihkan lagi dari kumpulan mangga harumanis, kulit di luar hijau dan isi di dalam oren.

Tidak kelihatan Presiden PAS, DS Haji Hadi Awang yang dikatakan mendapat rawatan di Institut Jantung Negara (IJN). Juga tidak kelihatan Ustaz Nik Abduh Nik Aziz. Cuma yang ada sepentas adalah pemilik seluar dalam putih yang besar. 

Perjuangan sebahagian pimpinan PAS kacau bilau. Mereka dikatakan tidak dapat menjalinkan kerjasama dengan PKR dan DAP, apatah lagi dengan PAN. Buktinya dapat dilihat melalui pentadbiran Kerajaan di Selangor dan Pulau Pinang.

Sebaliknya, mereka dapat memberi kerjasama kepada Parti Cap Bunga Raya yang terang-terang tidur sebantal dan menjalinkan kerjasama dengan parti PAN, PKR dan DAP. Politik pembangkang semakin terdesak. Jalinan hubungan politik sesama mereka ibarat Keluarga 69 dan sekadar menjalinkan seks bebas untuk 'one night stand'.

September 30, 2016

39 PAN Rasmi Pejabat Cawangan Pahang Bakar Mercun

Parti Amanah Negara (PAN) mendakwa mereka adalah parti yang mengantikan PAS walaupun hakikatnya mereka adalah parti serpihan PAS dengan ahli yang kecewa dengan parti lama. PAS membawa imej parti Islam. Tidak salah jika saya katakan PAN juga membawa imej Islam.

Apabila hari ini Presiden PAN, Sahibul Samahah Syeikhul Mat Sabu merasmikan Pejabat PAN Pahang dengan menggunakan mercun papan, budaya dan imej Islam mana yang PAN bawa? Mungkin terikut-ikut budaya DAP kot?

23 Bila Awek Kena Saman, Cepat Saja YAB DS @AzminAli Turun Padang





Bukan kali pertama kejadian peniaga-peniaga di Shah Alam disaman kerana berniaga di tempat yang tidak dibenarkan dan juga tidak mempunyai lesen perniagaan yang sah. Namun tidak pernah sekali mendengar Menteri Besar Selangor turun padang untuk meninjau permasalahan mereka.

Agak mengejutkan apabila pagi ini, Menteri Besar Selangor, YAB DS Azmin Ali turun padang untuk melihat sendiri peniaga 'come lote', Siti Hajar Ahmad, yang perniagaannya dikenali sebagai 'Nasi Lemak Anak Dara' diiringi pegawai-pegawai Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Kisah Siti Hajar viral di media sosial apabila beliau disaman MBSA beberapa hari lalu.

Persoalannya, nasib ramai Makcik-Makcik yang menjual kerepek menyara hidup di Dataran Automobil, Seksyen 15, Shah Alam atau di hadapan Bank Rakyat, Seksyen 23, Shah Alam dan beberapa tempat lagi yang berniaga di kaki lima, tidak pernah ada siapa perdulikan. Apabila mendengar anak dara cantik disaman MBSA, laju sahaja Menteri Besar turun. Dunia. Dunia.

Ramai netizen melahirkan ketidakpuasan mereka seperti di bawah:



5 Kes Rasuah Tokong Lim Guan Eng Ditangguh

Jangka hayat politik Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng masih selamat buat masa ini. Sesi pengurusan kes ditangguhkan pada 06/12/016, atas sebab membabitkan begitu banyak dokumen secara teknikal. Peguam Lim Guan Eng, Gobind Singh Deo memberitahu mahkamah, ianya membabitkan 13,000 halaman dokumen.

7 Perbicaraan Rasuah Lim Guan Eng Bermula, Hanya 100 Hadir Beri Sokongan?

Hari ini bermulalah perbicaraan Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng berkaitan pembelian sebuah 'banglo tanpa kolam renang' berkeluasan 10,500 kaki persegi di pinggir bandar eksklusif yang jauh di bawah harga pasaran dan pada harga per kaki persegi yang lebih murah daripada 'rumah mampu milik' yang dijual oleh Kerajaan Negeri.

Walaupun DAP dan Tokong Joseph Lim Guan Eng berkempen meminta orang ramai untuk hadir di mahkamah hari ini untuk menunjukkan sokongan, malangnya tidak lebih daripada 100 orang yang hadir memberi sokongan. Sebahagian daripada penyokongnya mungkin 'terpaksa' bermain golf amal bersama Tony Pua yang turut dijadualkan pagi ini. Ketibaan Tokong Lim Guan Eng di mahkamah disambut dengan jeritan penyokongnya "sokong Lim" manakala penentangnya pula membalas dengan jeritan "rasuah".





Macai-macai setia Tokong Joseph Lim Guan Eng ...

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates