July 22, 2017

40 Tidak Kusangka @LimKitSiang Pandai Buat Lawak Rupanya


Tersembur air Nescafe apabila membaca kenyataan terbaru Penasihat DAP Seumur Hidup menyatakan bahawa beliau tiada di dalam barisan kepimpinan Pakatan Harapan kerana ingin memberi laluan kepada anak-anak muda. Bagi macai 'Top Dog' yang baru keluar dari gua, izinkan saya letakkan kembali carta organisasi Pakatan Harapan yang kebanyakannya anak-anak muda.


Mari kita perkenalkan barisan anak muda ala Lim Kit Siang:

Ketua Umum, Anwar Ibrahim berumur 70 tahun.

Pengerusi, Tun Dr Mahathir berumur 92 tahun.

Presiden, Dr Wan Azizah berumur 65 tahun.

Seorang Timbalan Presiden, TS Muhyiddin Yassin berumur 70 tahun.

Semuanya masih muda belia. Masih teruna dan anak dara. Pandai Lim Kit Siang bergurau.

12 Rejim DAP Pulau Pinang Perlu 8 Hari Saja Lulus Projek Kondominum Mewah cc. @SPRMMalaysia


Hebat Rejim DAP Pulau Pinang boleh meluluskan projek kondominium mewah dalam masa 8 hari sahaja. Projek tiga jalan utama sudah dibayar oleh Rejim berkenaan sebanyak RM209 juta namun tidak ada tanda-tanda sebarang projek telah berjalan.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengambil masa 8 hari untuk meluluskan kondominium mewah, tetapi perumahan mampu milik SP Chelliah mengambil masa 223 hari untuk diluluskan manakala projek Kerajaan Persekutuan pula mengambil masa 516 hari. 

Apa keistimewanya projek kondominium mewah yang bernilai RM800 juta ini yang dibina di atas tanah anugerah Rejim DAP Pulau Pinang kepada pemaju swasta. Patutlah Rejim DAP Pulau Pinang begitu liat untuk menandatangani Inrar Bebas Rasuah (IBR) daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 

Over to you SPRM.

Nota Kaki: 

Joseph Lim Guan Eng juga mesti menjawab persoalan di bawah. SPRM sedang menunggu Ketua Menteri Pulau Pinang ini untuk 'minum kopi' dengan mereka.

42 Ketua Parti Chap Bunga Meninggal Dunia Ketika Berceramah Di Jelajah Truck Invoke



Berita terkini daripada laman sosial Facebook Chegubard menyatakan Cikgu Razali, Ketua Parti Chap Bunga Kluang telah meninggal dunia sebaik selesai ucapan penuh bersemangat di Jelajah Truck Invoke di Parlimen Sembrong.

Kita doakan sahaja Allahyarham tidak meninggal dunia sejurus sahaja menabur fitnah bersama-sama pemilik Invoke, Rafizi Ramli dan tidak sempat meminta maaf kepada pihak yang difitnah oleh beliau. Nauzubillah himinzalik.

Nota Kaki: Di bawah adalah sotong bakar.

78 Lagi Hujah Dangkal Dibuat Pendebat @syedsaddiq 'Palladium' cc. DS @NajibRazak


Ketua Armada Parti Chap Bunga bersuara lagi. Setiap kali beliau bersuara menampakkan ketidakmatangan (bahasa lembut bagi kebodohan) beliau dalam berpolitik. Di dalam laman sosial Facebook beliau, di dalam beliau mempertahankan 'Top Dog' Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir, beliau menyalahkan parti UMNO disebabkan berlakunya masalah kroni dan 'bail-out' dalam perkhidmatan awam semasa 'Top Dog' menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

Sukacita dimaklumkan kepada Syed Saddiq 'Palladium' semenjak DS Najib mengambil alih pentadbiran pada tahun 2009, ini yang beliau lakukan untuk pengangkutan awam di Malaysia:

1. Landasan elektrik berkembar 'Electrified Double Track Train Project (EDTP)' dati Ipoh ke Padang Besar sepanjang 329  kilometer dan siap digunakan pada tahun 2009 dengan kos RM12 billion.  

2. EDTP Seremban ke Gemas sepanjang 100 kilometer dan siap digunakan pada tahun 2010. 

3. Sedang bina EDTP Gemas ke Johor Baru sepanjang 197 kilometer dengan kos RM7.13 billion. 

4. Mula membina ECRL Gombak Wakaf Bharu sepanjang 600 kilometer. Kerja-kerja ambil tanah sudah bermula dan pada tahun 2018 dijangka mula kerja pembinaan besar-besaran. Projek ini adalah sebanyak RM55 billion.

5. Projek ECRL Gombak ke Port Klang sepanjang 88 kilometer. Pada peringkat 'feasibility study' tetapi kontrak sudah diberi sebanyak RM9 billion pada tahun ini. 

4. Di dalam Lembah Klang, DS Najib telah menyiapkan MRT1 dan MRT2 dan sedang membina SSP Line laluan Serdang ke Putrajaya sepanjang 52 kilometer dengan kos RM32 billion.

5. Tidak dilupakan pembinaan LRT3 laluan Bandar Utama-Klang-Johan Setia sepanjang 37 kilometer dengan nilai RM12 bilion. 

Ini semua belum lagi termasuk pembinaan Lebuhraya Pan Borneo tanpa tol dan keretapi laju daripada Kuala Lumpur ke Singapura.

KESEMUA PROJEK DI ATAS TIDAK DISWASTAKAN DAN MILIK PENUH KERAJAAN MALAYSIA. 

Kesemua projek di bawah Kerajaan DS Najib yang dilakukan sepanjang 7 tahun pemerintahan beliau ini adalah infrakrakyat yang mampu dinikmati oleh marhaen dan bukan simbol untuk menunjuk lagak pada masyarakat dunia saja.

Jadi, kesimpulannya, parti tidak salah kalau berlaku ketirisan, kroni dan 'bail-out'. Yang salah adalah pemimpin, wahai Syed Saddiq.

July 21, 2017

10 MB Selangor Secara Jelas Salahguna Kuasa Seleweng Peruntukan MARRIS


Kerajaan Pakatan Selangor di bawah Menteri Besar DS Mohamed Azmin Ali didapati telah menggunakan peruntukan Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Negeri (MARRIS) untuk kerja-kerja membaik pulih kerosakan bangunan dan kerja berkaitan di Dewan Orang Ramai, Kampung Padang Jawa, Klang.

Perbuatan ini jelas merupakan satu bentuk salah guna kuasa Kerajaan Negeri. Mana boleh peruntukan MARRIS digunakan untuk kegunaan lain selain daripada penyelenggaraan jalan raya. 

Seandainya berlaku keperluan penggunaan dana MARRIS untuk kegunaan lain, Kerajaan Negeri perlu bentangkan di dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) terlebih dahulu di bawah Rang Undang-Undang (RUU) Pembekalan.

Untuk rekod, untuk tahun 2016, peruntukan MARRIS yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Selangor berjumlah RM286 juta. Jadi tidak hairanlah rezab Selangor saban tahun bertambah banyak dan jalan raya di Selangor ibarat pusara di jalan raya dengan lubang-lubang yang menanti mangsa.





Sayugia diingatkan ini bukanlah kali pertama Kerajaan Pakatan Selangor menyalah guna peruntukan MARRIS. Pada tahun 2016, EXCO Negeri sendiri secara jelas mengaku menyalah guna peruntukan MARRIS untuk pembaikan pangsapuri.


Tidak ada gunanya Kerajaan Selangor mendabik dada mempunyai rezab yang tinggi dan berbangga dapat menderma hingga ke negeri lain jika Kerajaan Selangor melakukan salah guna kuasa menyeleweng peruntukkan MARRIS.

52 'Top Dog' Puji 'Top Pig' Sebagai Pendakwah Terbaik


Dalam sejarah pemerintahan 22 tahun Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir yang mengelarkan dirinya dengan gelaran 'Top Dog' Pakatan Harapan, belum pernah rasanya beliau memuji mana-mana sarjana dan ilmuan Islam, mufti, Ustaz dan sebagainya sebagai pendakwah terbaik. Betulkan saya kalau salah.

Apa yang berlaku adalah sebaliknya. Kerajaan di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir pernah memecat Mufti Selangor, Dato Ishak Baharom kerana menghalang pertandingan ratu cantik di Selangor. Dalam satu tazkirah Ramadhan dalam bulan Ogos 2011 di Madrasah As Siddiqin, Bandar Tasik Puteri, Dato' Ishak Baharom berkata, 
"Saya dipecat hanya dengan satu surat dari Ibu Kota kepada Kerajaan Negeri Selangor yang berbunyi 'Singkirkan Ishak Baharom. Dia penghalang kemajuan'."
Hari ini, Mantan Perdana Menteri 22 tahun memuji Penasihat DAP Seumur Hidup, Lim Kit Siang sebagai pendakwah terbaik kerana menyampaikan petikan Ayat Al Quran kepada Peguam Negara. Saya tidak mempunyai komen apa-apa mengenai pujian 'Top Dog' kepada 'Top Pig'. Cumanya, kita minta juga Tun Dr Mahathir turut meminta ayat-ayat Al Quran dari Lim Kit Siang mengenai hukum menutup aurat di dalam Islam, bagaimana ayat-ayat Al Quran menyentuh mengenai hubungan sejenis dan seks songsang agar ianya dapat dijadikan panduan kepada keluarga kita semua dan juga keluarga Tun Dr Mahathir.

Nota Kaki: Teringat kata-kata Tengku Mahkota Johor seperti di bawah.


Di bawah pula adalah jamuan Hari Raya Aidil Fitri untuk pendakwah-pendakwah terbaik rasanya yang diadakan di Burmah Road, Pulau Pinang.




31 Gimik Politik Terbaru Jamal Yunos Bersama 'Dr Wan Azizah' Menaiki MRT





Apabila saya menerima mesej di bawah semalam di laman sosial Whatsapp, saya ingat ini semua sekadar gurauan. Rupa-rupanya ini adalah satu lagi gimik politik DS Jamal Yunos.

Salam sejahtera, 
Pengerusi Gabungan NGO Malaysia,Dato' Sri Jamal Md Yunos bersama Dato' Sri Wan Azizah akan menaiki MRT Dari Kajang Ke Sungai Buloh sempena pelancaran MRT SBK Fasa Dua pada 17 julai 2017 yang lalu.sidang media akan diadakan pada ketetapan seperti berikut: 
Tarikh : 21 Julai 2017 (Jumaat)
Jam : 10 Pagi
Tempat : Stesen MRT Stadium Kajang,Kajang,Selangor
Diharap sahabat media dapat hadir bersama-sama membuat liputan berkenaan perkara ini.
Terima Kasih.
Nasib baik bukan patung Nurul Izzah. Jamal ... Jamal ... 

50 Setelah Pembohongan Terbongkar, MP PKR Bayan Baru @SimTzeTzin Padamkan Posting Facebook


Semalam, Pengarah Strategik PKR yang juga Ahli Parlimen (MP) Bayan Baru, Sim Tze Tzin telah memuat naik beberapa gambar lawatan beliau ke Tapak Lebuhraya Bayan Lepas ke Teluk Kumbar. Cara beliau menulis posting di dalam laman sosial Facebook beliau seolah-olah beliau sedang melawat tapak projek yang diusahakan oleh Rejim DAP Pulau Pinang.

Projek bernilai RM208 juta ini bukan menggunakan duit Lim Guan Eng, Lim Kit Siang mahupun Sim Tze Tzin. Ini adalah projek Kerajaan Persekutuan. Jadi tidak perlulah bermuka-muka seolah-olah Kerajaan Negeri prihatin dan membuat projek untuk Rakyat. Rejim DAP tidak melakukan sebarang kebaikan untuk Rakyat Pulau Pinang. Malah projek Kerajaan Persekutuan untuk Rakyat berjumlah RM208 juta lebih rendah daripada kos 'feasibility study' untuk projek terowong bawah laut sebanyak RM300 juta yang masih belum siap sehingga sekarang!

Setelah menyedari pembohongan dan sikap bermuka-muka beliau mendapat komen-komen yang mengecam di posting beliau, beliau telah memadamkan posting berkenaan. Inilah kerja Wakil Rakyat Pembangkang. Kerja tidak mahu buat. Kerja orang lain mahu ambil nama. Lembu punya susu, sapi tehegeh-hegeh mahukan nama.

July 20, 2017

181 Apabila 'Top Dog' Bersuara, Mursyidul Am Pakatan Hope Bagi Amaran

Semakin menarik jalan cerita Pakatan Hope. Sebelum ini Pengerusi Pakatan Hope, Tun Dr Mahathir telah mengelarkan diri beliau sebagai 'Top Dog' dalam Pakatan Hope.


'Top Dog' Pakatan Hope bukan sahaja mahu jadi Yang Utama, Nombor Satu dan sebagainya, malah beliau juga mahu menjadi jurucakap Tuhan.


Namun, dengan majoriti 37 kerusi Parlimen yang dipegang oleh DAP, kita sebenarnya tahu siapa Tuan kepada 'Top Dog' di dalam Pakatan Hope.


Itulah sebabnya, Tuan kepada 'Top Dog' memberi amaran keras seperti di bawah:


Juga tonton video TS Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden Pakatan Hope di bawah untuk menjelaskan lagi siapa Tuan dalam Pakatan Hope dan juga 'Top Dog'. 'Dogs' yang di bawah tidak perlulah komen lebih-lebih.

video

Nota Kaki: Hampir terlupa untuk memperkenalkan siapa Mursyidul Am Pakatan Hope. Beliau adalah Shahibul Samahah Lim Kit Siang. Sebabnya, beliau mampu memutar belitkan ayat-ayat Al Quran mengikut tafsirannya. 'Dogs' di bawah mengangguk-angguk tanda setuju.

90 Budiman Bawa Ambulans Bantu Rakyat Susah, @RafiziRamli Bawa Lori Susahkan Rakyat



Ini bezanya Ahli Parlimen (MP) Barisan Nasional (BN) dengan MP Pakatan Harapan (PH). MP BN memikirkan bagaimana untuk membantu Rakyat di kawasan beliau manakala MP PH memikirkan bagaimana untuk menyesatkan Rakyat dengan dakyah-dakyah politik. Pengundi-pengundi MP PH pula terbiar dan membuat hal sendiri sehinggalah Pilihan Raya Umum akan datang.

Sebagai contoh perbandingan, MP Sungai Besar, YB Budiman Mohd Zuhdi berusaha untuk mendapatkan sebuah ambulans untuk kegunaan pengundi-pengundi di kawasan Parlimen beliau manakala MP Pandan, YB Rafizi Ramli pula membelanjakan sebuah lori untuk kegunaan beliau menyebarkan fitnah.

Agak menarik cerita bagaimana YB Budiman memperolehi ambulans berkenaan seperti yang dikisahkan di dalam laman sosial Facebook beliau seperti di bawah;
Bagaimana ia bermula?  
- Saya diundang ke Parlimen Sumut1, Sumatera kebetulan Prananda Surya Paloh adalah kenalan. Apabila saya ke Pusat Khidmat beliau, sebuah bungalow, saya melihat ada kelengkapan ambulans.
- Mentol saya menyala.
- Idea ini boleh dikembangkan ke kawasan saya. Bukan untuk saya, untuk kemudahan rakyat di kawasan saya.
- Saya bertemu DS Najib, beliau hanya senyum dan angguk. Hari ini bulan itu jatuh ke riba.
Terima kasih Perdana Menteri dan YB Budiman kerana merealisasikan impian ini dan tahniah juga pengundi-pengundi Parlimen Sungai Besar yang membuat keputusan yang bijak. 

July 19, 2017

133 Rasmi Jalanraya Bertingkat 4.5 Kilometer Macam Rasmi Lebuhraya Satu Selangor



Dari gaya riben perasmian yang begitu panjang yang dipegang oleh 9 orang perasmi, kita menjangkakan Menteri Besar Selangor akan merasmikan lebuhraya bertingkat untuk seluruh Kajang dan Bangi kalau bukanpun untuk seluruh Selangor.

Apa yang melucukan perasmian oleh 9 orang perasmi yang memegang riben panjang ini hanyalah untuk jalanraya bertingkat sepanjang 4.5 kilometer sahaja. Saya ulang 4.5 kilometer sahaja. Kalau jalan kaki hanya mengambil masa kurang 20 minit! Butiran lanjut boleh dibaca di Selangorkini, di sini.

Lebih melucukan Menteri Besar Selangor boleh mendabik dada jalanraya bertingkat sepanjang 4.5 kilometer ini tidak dikennakan tol. Kepala bapak apa jalanraya 4.5 kilometer hendak dikenakan tol Azmin Ali?

Persimpangan bertingkat sepanjang 4.5 kilometer ini bakal menghubungkan Bandar Baru Bangi-Kajang 2-Bandar Teknologi Kajang bernilai RM62 juta. 1 kilometer jalanraya bertingkat ini bernilai  RM14 juta.

110 So @HannahYeoh And @TonyPua Is Gurney Wharf A Gift For Penang?

When DS Salleh Keruak said, MRT is PM's Gift for the people, 

YB Hannah Yeoh said "Taxpayer's Money, not his money"

YB Tony Pua said "PM Najib paid for it with his pocket money is it?"

Both YB Hannah and YB Tony's logics is, if the project is built by the Government, the project is less appropriate to be deemed as gift i assume, and they are to chide it with sarcastic remarks.

Last year, YAB CM Lim Guan Eng too, claimed that a Penang Government project as being a "Gift" to the people of Penang.

I wonder if YB Hannah Yeoh and YB Tony would say :

IF YB Hannah Yeoh would say  "Taxpayers' money, not his (LGE) money"

IF YB Tony Pua would say "CM Lim Guan Eng paid for it with his pocket money is it?"

But one can only wonder.

Article credit to Facebooker Tai Zee Kin.




26 Cerita Kos Projek LRT Bayan Lepas Yang Murah, @n_izzah Pasti Bangga


Dalam bulan April 2015, LRT Bayan Lepas dilaporkan akan dibina dengan kos RM4.5 billion untuk jarak sepanjang 17.5 kilometer. Sumber The Malaymail Online, di sini.

Kemudian, pada bulan Mei 2016, jarak LRT Bayan Lepas telah menjadi sepanjang 30 kilometer dan kini kos menjadi RM7 billion. Sumber The Star, di sini.

Semalam, LRT Bayan Lepas kini telah meningkat kosnya kepada RM8.4 billion untuk jarak 30 kilometer. Sumber Free Malaysia Today, di sini.

Dengan kos semasa, LRT Bayan Lepas adalah RM280 juta setiap 1 kilometer. Perbandingan epal dengan epal mendapati kos LRT Bayan Lepas lebih tinggi daripada kos LRT3 di Lembah Klang.


Kos LRT3 adalah RM9 billion untuk 37 kilometer. Kos satu kilometer LRT3 adalah sebanyak RM243 juta. Untuk macai-macai 'Top Dog', mana lebih tinggi, kos RM243 juta per satu kilometer untuk LRT3 di Lembah Klang atau RM280 juta per satu kilometer untuk Bayan Lepas LRT?

Kesimpulannya, boleh percayakah cakap janda MP Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang mengatakan Kerajaan Pakatan Harapan boleh membina MRT dengan kos yang lebih murah dan jaringan yang lebih luas? Sila jawab macai-macai 'Top Dog'.


74 DS @NajibRazak Naik MRT, DS @AzminAli Tak Mau Kalah Naik Bas Smart Selangor


Tidak sampai 24 jam Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak merasmikan projek MRT di antara Sungai Buloh - Kajang, Menteri Besar Selangor, DS Azmin Ali tidak mahu kalah dengan bergambar menaiki Bas Smart Selangor. Gambar tersebut turut dimuatnaik dalam laman sosial Facebook beliau.

Apa yang melucukan Menteri Besar Selangor hanya menaiki bas berkenaan dari Bangi ke Kajang sahaja. Bolehlah. Kenapa tidak naik dari Shah Alam ke Kajang? Jawapannya mahu berpeluh baju Melayu dan kejang kaki Menteri Besar tersangkut dalam kesesakan lalulintas.

Kita faham kenapa Azmin Ali melakukan 'political stunt' sedemikian. Beliau kecil hati dengan DS Najib Tun Razak yang tidak nenjemput beliau di majlis perlancaran MRT Sungai Buloh - Kajang sehingga beliau mendakwa Perdana Menteri 'hijack' projek berkenaan untuk kepentingan UMNO. Tak tahu malu sungguh Menteri Besar Selangor untuk mengaku projek MRT ada kena mengena dengan Kerajaan Negeri Selangor.


Menteri Besar Selangor tidak perlu bersaing dengan Perdana Menteri dalam isu pengangkutan awam. Berbanding dengan Mantan Perdana Menteri 22 tahunpun beliau tertinggal jauh dengan DS Najib Tun Razak, apatah lagi Azmin Ali.


Kebanggaan Tun Dr Mahathir a.k.a- Top Dog dalam Pakatan Harapan adalah:

1. KL Monorail
2. Putra LRT
3. STAR LRT
4. Intrakota Bus

Akhirnya :

- Keempat-empat syarikat bankrap.
- Kerajaan terpaksa 'bail-out'.
- Kesemua ada perjanjian konsesi.

Perdana Menteri melalui Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah terlebih dahulu menyediakan perkhidmatan bas percuma di ibukota Kuala Lumpur. Perkhidmatan bas percuma di Kuala Lumpur telah bermula sejak 2012 dan dikenali dengan nama GoKL City Bus. Bila Azmin Ali atau Kerajaan Pakatan Selangor wujudkan Bas Smart Selangor?



Apa yang Azmin Ali banggakan hari ini dengan bas percuma, Perdana Menteri telah sediakan kepada Rakyat 5 tahun lepas. Sekarang zaman MRT lah Azmin Ali. Zaman orang mengejar masa dan mengelak kesesakan jalan raya dan bukan bas percuma yang dipenuhi oleh warga asing seperti Myanmar dan Bangladesh.

Mungkin kalau mengikut hujah Hannah Yeoh dan Tony Pua, Bas Smart Selangor pastinya mengunakan duit tabungan Azmin Ali sejak kecil dan bukan wang Rakyat (taxpayers money).

Nota Kaki: Berikut adalah ucapan terima kasih seorang anak muda dari Bangladesh untuk Menteri Besar Selangor, "Saiya virterima kazih itu azmin vagi firi vas sini Selangor, local no, vangla, myanmar naik vas." - Abdullah.

30 Ramalan Si Sotong Rafizi Ramli Mengenai Kos MRT Pada 2013 Tersasar Jauh



Ahli Parlimen Pandan dan Pakar Strategik PKR, Rafizi Ramli adalah ahli nujum negara paling merapu dalam sejarah Malaysia. Setakat ini tidak ada satupun ramalan dan unjuran beliau menjadi kenyataan.

04/04/2013, Rafizi Ramli telah memfitnah projek MRT hanya berdasarkan putar belit kenyataan media yang dibuat oleh Mantan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Mohd Nor Ismal Kamal.

Menurut Rafizi Ramli yang terkenal dengan panggilan Sotong oleh netizen, kos akan meningkat dan akan mencecah RM100 billion pada 2017, kononnya dari sumber dalaman beliau.Hakikatnya, projek MRT yang mula dibina pada 08/07/2011 hanya menelan belanja sebanyak RM22 billion sahaja apabila siap sepenuhnya. 

Semalam, rakan segelembong Rafizi Ramli pula berkata Pakatan Harapan boleh membina MRT yang lebih murah dengan lingkaran yang lebih luas. Semalam, Dr Norlela Ariffin ADUN PKR Penanti mendedahkan fakta berikut:

MRT Sungai Buluh - Kajang 51km = RM21 billion
1 meter berharga = RM411,764
LRT Komtar - Bayan Lepas 30km = RM24 billion
1 meter berharga = RM800,000

Wow!!! Hampir satu kali ganda. Bagus betul projek Tokong. Ini yang Nurul Izzah kata Pakatan Harapan boleh bina MRT yang lebih murah dengan jaringan yang lebih luas?


Rafizi Ramli perlu meminta maaf kepada SPAD dan Mantan CEOnya kerana memutar belit kenyataan mereka untuk melariskan pembohongan beliau.

Kesimpulannya, Rafizi Ramli dan Nurul Izzah kalau berbohong atau gelembong kata orang Kedah, babi pun boleh terbang.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates