July 15, 2017

39 Tun Dr Mahathir Dan PKR


Di saat macai-macai Parti Chap Bunga yang terlebih-lebih meraikan penubuhan Pakatan Harapan, bagi PKR pula Tun Dr Mahathir jelas hanya sebagai pembantu Anwar Ibrahim sahaja.

Jelas PKR memperlekeh taraf Tun Dr Mahathir hanya sebagai pembantu kepada bekas Timbalannya dan merangkap banduan yang sedang dipenjara. Sungguh hina.

Namun ini tidak melemahkan semangat Tun Dr Mahathir. Hari ini, pembantu dan pengawal peribadinya menaikkan gambar di bawah dengan caption, "Gambar ini paling win". 

CTS setuju benar dengan 'caption' tersebut. Ulang tayang kembali mungkin Tun Dr Mahathir terlupa bahawa parti di belakang beliau iti lahir disebabkan reformasi ke atas kepimpinan beliau. Lambang mata pada logo parti berkenaan adalah lahir dari mata lebam Anwar Ibrahim.

Sesungguhnya Melayu mudah lupa, kata Tun Dr Mahathir. Mungkin kenyataan tersebut ditujukan kepada dirinya sendiri. Betullah orang kata, untuk menjadi ahli politik kita mesti bermuka tebal dan tak tahu malu.

July 14, 2017

170 Di Mana Diktator Lim Kit Siang Dan DAP Dalam Organisasi Pakatan Harapan?



Sebagai sebuah parti pembangkang terbesar yang mempunyai kerusi Parlimen terbanyak, adalah mustahil DAP membiarkan 2 parti gabungan lain iaitu Parti Cap Bunga Raya dan PKR menguasai 3 kerusi tertinggi di dalam gabungan Pakatan Harapan iaitu Ketua Umum, Pengerusi dan Presiden.

Sebagai Mantan Setiausaha Agong parti DAP selama 31 tahun daripada tahun 1969 sehingga 1999, dan sehingga kini kekal sebagai diktator dan penasihat seumur hidup parti DAP, mustahil Lim Kit Siang membuang ego beliau untuk mengetuai gabungan parti pembangkang ini yang dikatakan nama Pakatan Harapan (Hope) dan logo parti dicipta dan ditentukan oleh pemimpin DAP.

Mustahil Lim Kit Siang hanya berpuas hati dengan meletakkan anak beliau, Lim Guan Eng di tangga keempat untuk jawatan Timbalan Presiden sebaris dengan balaci DAP iaitu Mohamad Sabu yang Tun Dr Mahathir terlajak nyanyuk dengan memanggil beliau sebagai Presiden UMNO, lihat video di bawah, dan TS Muhyiddin Yassin, Presiden Parti Bunga yang ada tidak menambah dan tiada tidak mengurang?

video


Logikkah Lim Kit Siang khasnya dan DAP amnya dapat menerima hanya tiga orang sahaja iaitu Lim Guan Eng, M Kula Segaran dan Chong Cheng Jian? Selain Lim Guan Eng, siapa Kula Segaran dan Chong Cheng Jian di dalam hirieki kepimpinan DAP? Adakah Chong Cheng Jian, Pengerusi DAP Sarawak kedudukannya lebih tinggi dari Tan Kok Wai, Pemangku Pengerusi Nasional DAP?

Nampak seperti ada udang di sebalik spaghetti yang berkemungkinan barisan kepimpinan Pakatan Harapan ini hanyalah sebagai puppet kepada DAP untuk menunjukkan kepada Rakyat Malaysia bahawa Melayu berkuasa di dalam pakatan pembangkang. Realitinya, semua orang tahu.

TS Anuar Musa, Ketua Penerangan  UMNO Malaysia pula menyifatkan tindakan deklarasi bersama hanya ditandatangani oleh Pemangku Pengerusi DAP Nasional, Tan Kok Wai sesuatu yang bijak dalam strategi peperangan di bawah prinsip 'The Art Of War' karya Sun Tzu. Berikut adalah Kenyataan Media penuh beliau:
SIARAN MEDIA KETUA PENERANGAN UMNO MALAYSIA 
Tahniah DAP...Kerana bertindak cukup bijak apabila "deklarasi bersama" PH di tanda tangani oleh semua "big boses" PKR,PAN DAN PPNM tapi DAP hanya oleh PEMANGKU PENGERUSI NYA YB Tan Kok Wai... 
ITULAH "THE ART OF WAR"(Sun Tzu ) yaitu :-
MEMBUNUH DGN PISAU YG DI PINJAM...KEPUNG WEI UTK SELAMATKAN ZHAO...PERDAYA LANGIT UTK MELEWATI SAMUDERA.....antara strategi perang yg sangat licik dan benar benar di hayati DAP. 
DAP tau politik melayu PH berpecah parah.DAP juga dapat menghidu dgn persis kerana ketiga tiga "mangsa"ini adalah ciptaan mereka...PKR PAN DAN PPBM bukan saja lemah dan "devided" tapi juga merupakan RAMUAN TEPAT MEMECAHBELAHKAN MELAYU DAN ISLAM. 
Justeru Lim Kit Siang membiarkan deklarasi di buat kerana beliau tau DAP bukan saja paling berkuasa dengan sejumlah pengundi cina di bandar sudah pasti milek mereka DAN INI MENJAMIN KEDUDUKAN ANAKNYA LGE DI SAF NAIB PRESIDEN SEBAGAI DE FACTO PRESIDEN PH memandangkan DSAI dalam tetap dlm jel dan tiada jaminan utk mendapat pengampunan,TM pula sudah berusia hampir 100 tahun dan DS Wan Azizah di ketahui terlalu lemah..hanya boneka. 
Maka dengan deklarasi yg hanya di iktiraf oleh PEMANGKU PENGERUSI,DAP TAU PH BERADA DLM GENGGAMAN MEREKA..dan mengekalkan status DAP LED PH.. 
Dengan cara ini DAP akan dapat memperalatkan PKR PPBM DAN PAN dalam agenda menguasai politik msia dan MELAKSANAKAN SEGALA DASARNYA. 
Inilah kelebihan politik DAP DAN LKS..... 
TAN SRI ANNUAR MUSA
14/7/17
Nota Kaki: CTS sebenarnya bersetuju dengan permintaan netizen di laman-laman sosial agar Menteri Besar Selangor, DS Azmin Ali, Timbalan Presiden Pakatan Harapan agar meletakkan gambar Pengerusi mereka di billboard di seluruh Selangor seperti di bawah:

89 Logo Pakatan Harapan Menyerupai Struktur Hidung Pengerusi Gabungan


Struktur dan logo Pakatan Harapan akhirnya berjaya dimuktamadkan selepas mesyuarat majlis presiden bersidang lebih empat jam semalam. Tun Dr Mahathir Mohamad secara rasmi dilantik sebagai Pengerusi gabungan pembangkang itu.  

Anwar Ibrahim yang kini berehat di Bamboo River Inn pula dinamakan sebagai Ketua Umum Pakatan Harapan (asyik KETUM sahaja), manakala isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail dinamakan sebagai presiden.

Setelah pelbagai alternatif dikemukakan setelah logo asal yang dikeluarkan oleh Rafizi Ramli mendapat kutukan dan troll dari netizen, Pakatan Harapan memuktamadkan lambang logo mereka mirip hidung Pengerusi gabungan parti iaitu Tun Dr Mahathir Mohammed. 



Kalau tidak percaya boleh rujuk kartun milik kartunis PKR, Zunar. Ini secara langsung atau tidak menunjukkan rasa sayang dan cinta Pakatan Harapan kepada idola mereka, Tun Dr Mahathir melalui ikon hidung beliau.




Apa yang sebenarnya berlaku adalah pembangkang telah mengubahsuai, meniru dan menciplak logo Singapore Democratic Party seperti di bawah. Pembangkang di Malaysia tiada originaliti. Asyik hendak meniru saja kerjanya.


Mungkin lambang hidung Pengerusi gabungan parti boleh juga digantikan dengan lambang di bawah:


July 13, 2017

16 Tun Dr Mahathir Had Plan To Topple DS @NajibRazak Since 2014, Testified @MukhrizMahathir


There you go. Officially from the son himself, DS Mukhriz Mahathir. Mukhriz Mahathir testified at the High Court today that his father Tun Dr Mahathir Mohamad had plans to topple Prime Minister DS Mohd Najib Tun Razak since 2014.  

Mukhriz Mahathir was replying to a question by DS Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad's lawyer DS Jahaberdeen Mohamed Yunoos on whether he agreed with his suggestion that the former premier had attempted to topple Najib from 2015.  

The former Kedah Mentri Besar agreed with the suggestion, but added that the plan likely began in 2014. He also agreed that Tun Dr Mahathir and former deputy prime minister TS Muhyiddin Yassin had plans to topple Najib, but denied that they had "conspired" to do so.

Wait a minute. The 1MDB issue exploded only in 2015. So it was not about 1MDB after all. The plot of Anti Najib Campaign suddenly become thickens.

Further, Mukhriz Mahathir, who is now Deputy President of Parti Chap Bunga said in an interview with foreign newspaper on April 22 last year that he had no intention of becoming Prime Minister.

He had also said that he did not contest the post of Vice President in 2013 with the aim of becoming Prime Minister.

However, he told the court that it was not immoral or wrong for him to win the party Vice President post to eventually become Prime Minister. What is this? Cakap belit-belit. You want to be a Prime Minister or not?

111 Fitnah Terbaru Malaysiakini Ke Atas DS @NajibRazak Dan Isteri, Pasangan Suami Isteri Jadi Saksi Mangsa Fitnah


Di atas adalah bukti bagaimana Malaysiakini mempunyai standard yang sangat rendah dan menjijikkan. Apabila Pakatan Pembangakng terdesak Malaysiakini turut menjadi terdesak.

Malaysiakini cuba membuat fitnah kepada Perdana Menteri, DS Mohd Najib Tun Razak dan isteri dengan membuat berita bahawa orang ramai dipaksa ke koc keretapi di belakang untuk memberi laluan kepada rombongan Perdana Menteri yang mencuba prkhidmatan MRT berkenaan semalam.

Fitnah Malaysiakini meloyakan dan terbukti kantoi. Pertama, fitnah Malaysiakini orang ramai dipaksa ke koc belakang keretapi atau MRT sedangkan gambar yang digunakan adalah gambar di dalam 'feeder bus' yang digunakan oleh Perdana Menteri dan rombongan sebelum menaiki MRT.

Kedua, DS Najib dan rombongan mencuba line MRT Sungai Buloh Kajang yang akan dibuka 17 Julai nanti. Oleh itu penumpang berbayar yang ada dalam MRT turun di Semantan, stesen terakhir setakat ini. 

Bagaimana perkhidmatan MRT yang dinaiki oleh Perdana Menteri dan rombongan yang belum beroperasi dan tidak dibuka lagi untuk orang awam, boleh memaksa orang awam duduk di belakang? Siapa orang awam berkenaan? Hantu Mak Limah?

Berikut adalah kenyataan yang dibuat oleh sepasang suami isteri di laman sosial Facebook yang mengikuti rombongan berkenaan. Baca dan hadam.








July 12, 2017

83 Salahkah Mengatakan DAP Adalah Parti Anak Dan Bapak?

Fakta bukan auta. Lim Kit Siang telah menjadi Setiausaha Agong DAP daripada tahun 1969 sehingga 1999. Berapa tahun macai-macai? 31 tahun. Anak kesayangannya, Joseph Lim Guan Eng pula menjadi Setiausaha Agong DAP dari tahun 2004 sehingga tahun 2017. Berapa tahun macai-macai? 14 tahun. Ini bermakna, matematik mudahnya adalah semenjak tahun 1969 sehingga kini Lim & Son telah mengepalai parti berkenaan selama 44 tahun atau 90% daripada tempoh 49 tahun. 

Perlu diingat parti DAP tidak seperti parti-parti politik lain di Malaysia. Parti-parti politik lain di Malaysia, Presiden selalunya adalah pada kedudukan hirieki tertinggi parti. Bagi DAP bukan Presiden tetapi sebaliknya Setiausaha Agong berkuasa sepenuhnya dan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) hanyalah kuda tunggangan sahaja.

Sekiranya parti DAP mengadakan pemilihan semula tahun ini, Joseph Lim Guan Eng boleh menjadi Setiausaha Agong lagi sehingga 2021. Ini berlaku sama ada beliau mendapat ubdi tertinggi atau undi tercorot. Sekiranya ini berlaku, Joseph Lim Guan Eng akan menjadi Setiausaha Agong selama 18 tahun iaitu dari 2004 hingga 2021.

Ini juga bermakna hampir separuh abad iaitu selama 48 daripada 53 tahun anak dan bapak menjadi Setiausaha Agong dan menguasai parti. Jadi salahkah kalau kita memanggil DAP sebagai Parti Anak Dan Bapak? Yamseeng!

63 Apabila Gabungan Persatuan Dan Syarikat Teksi Dan UBER Berkerjasama, @RafiziRamli Pening



Buat julung-julung kalinya Gabungan Persatuan Dam Syarikat Teksi Semenanjung Malaysia (Gabungan) dan pemilik syarikat Uber telah menjalinkan kerjasama menandatangi kerjasama untuk program perintis 'UberTaxi'.

Program ini membolehkan ahli-ahli terpilih dari Gabungan untuk memandu teksi mereka mengunakan rangkaian Uber. Sebagai program perintis, sebanyak 500 teksi sebagai permulaan akan digunakan.

Adalah diharapkan dengan adanya projek perintis 'Ubertaxi' di antara Gabungan dan Uber akan membuka lebih banyak kerjasama pada masa depan. Diharap kerjasama ini akan memberi faedah yang lebih baik buat pengguna-pengguna pengangkutan awam di Malaysia.

Pakar Strategik PKR, Rafizi Ramli pastinya antara orang yang pening kepala dengan kerjasama yang terjalin di antara Gabungan dan Uber hari ini. Beliau awal bulan ini pernah menganjurkan perhimpunan pemandu-pemandu teksi untuk menghasut mereka menentang Kerajaan. Baca artikel CTS di sini.

Kenyataan Media yang dikeluatkan oleh Gabungan dan Uber boleh dibaca seperti di bawah:

KUALA LUMPUR, 11 July 2017 - Uber, a smartphone app that connects riders with drivers, and Gabungan Persatuan dan Syarikat-Syarikat Teksi Semenanjung Malaysia, an Association of all taxi associations and taxi companies in Peninsular Malaysia, today signed an MOU to kick-off “UberTaxi,” a pilot programme to allow Gabungan’s best drivers to drive on the Uber network using their taxi vehicles. 

Explaining the move, Warren Tseng, General Manager for Uber in Malaysia and Singapore said, “Uber believes this partnership will provide a tangible demonstration of how giving more people the power of choice at the touch of a button makes things better for all - driver-partners, riders, and the city. We support the Government’s intention to improve the overall public transportation landscape and will do our part to ensure a quality experience for all riders and driver-partners. Since launching three years ago, Uber has continually worked to empower give Malaysian riders, driver-partners and cities the power of choice at the touch of a button.” 

Commenting on the pilot programme, Yg. Bhg. Dato Hj SM Shalahuddin SM Amin, Gabungan President, said, “By exploring this collaboration with Uber, we expect our taxi drivers to benefit from enjoying the power of Uber’s technology to efficiently match them to rides. This way, they can potentially earn more money by spending more time earning ride fares, instead of spending time idling and waiting for rides. We certainly want to take on the challenge of improving ourselves even more to benefit from technology that increased flexibility and exposure to more economic opportunities.” 

As part of the UberTaxi programme, approximately 500 of Gabungan’s best drivers and their taxi vehicles will be onboarded onto the Uber platform. However, this is subject to Gabungan’s drivers meeting Uber driver-partner and vehicle requirements, such as having a valid driver’s license and passes our background check including relevant insurance information, as well as making the sure that the vehicle is no more than 5 years old. The pilot is open to all types of taxi vehicles, including sedans and MPVs, and fare pricing will be based on the UberX fare structure and mechanics, and will include dynamic fares. Gabungan Taxi drivers may accept street hails when they are not online with the Uber app.

To request an UberTaxi ride, users will select a new product category option within the app called “UberTaxi”. Riders may pay for rides via cash and credit card via the Uber app. All of the other features that have contributed to great Uber experience for all - such as the mutual rating system and customer support infrastructure - remains available and in effect as part of this pilot programme.   

As part of this pilot programme, participating taxi companies under Gabungan will sign up as Uber fleet partners and actively communicate, promote and market to its members the benefits of being active on the Uber app, such as the economic and entrepreneurial benefits.

Commenting on the impact to Uber’s business and service quality, Uber stated that it expects the overall impact to be broadly positive and reiterated its commitment to ensuring a quality experience for all - including both riders and current driver-partners. Warren elaborated, “Riders benefit when there are more cars on the road because it reduces waiting times and gets riders to where they need to be more quickly and efficiently. Current driver-partners will also benefit because, counterintuitively, more drivers improves network efficiency, which then decreases waiting times, and in turn, increases rider demand for ridesharing services. We have only touched a slice over the overall pie - there is still a lot more room to grow, effectively growing the pie for all.” 

###

About Uber
Uber’s mission is to bring reliable transportation to everywhere, for everyone. We started in 2010 to solve a simple problem: how do you get a ride at the touch of a button? Six years and more than two billion trips later, we’ve started tackling an even greater challenge: reducing congestion and pollution in our cities by getting more people into fewer cars. Since launching in Malaysia in 2014, Uber is now available in 12 cities nationwide: Alor Setar, Ipoh, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuala Lumpur, Kuantan, Kuching, Langkawi, Melaka, Miri, Penang, and Seremban. Find out more at www.uber.com

About Gabungan
Gabungan Persatuan dan Syarikat-Syarikat Teksi Semenanjung Malaysia (GABUNGAN) is the Association of all taxi associations and Taxi companies in Peninsular Malaysia. The members of the Association hold over 90% of corporate Taxi permits in Malaysia which amounts to over 28,000 units of taxis.

For Uber media enquiries, contact:
Jeffrey Loh, Rantau PR
- Tel: +60 12 636 6183 | jeffrey@rantaupr.com.my

Leigh Wong, Head of Communications (Singapore & Malaysia), Uber
- Tel: +60 12 323 2988 | leighwong@uber.com

75 EXCO Agama Pulau Pinang Patut Letak Jawatan Isu Filem Gay



Mengaibkan dan memalukan bagi Umat Islam Pulau Pinang yang mempunyai EXCO yang menjaga Ugama Islam, berifat lembab dan pekak bedak sehingga tidak malu mengaku semalam baru tahu mengenai tayangan filem gay di Tanjong Tokong, yang juga dinaungi oleh ADUN DAP.

Performing Arts Centre of Penang, atau lebih dikenali sebagai Penangpac bercadang mengadakan tayangan percuma sebuah filem gay dari Vietnam. Bertempat di Penangpac, acara dijadualkan bermula pada jam 8 malam pada 11 Julai 2017, semalam.


Di bawah penjagaannya, Abdul Malik Abul Kasim mempunyai Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang di mana di dalamnya terdapat ratusan pegawai dan kakitangan. Mustahil tidak ada seorang pun yang menyampaikan perkara ini kepada EXCO yangvterkenal dengan gelaran Malek Itik di media sosial?

Perkara yang sudah lepas baru beliau tahu dan baru nak panggil untuk berbincang (boleh bincang lagi tu?). Nasib baik ada NGO Islam yang mendesak sehingga tayangan filem tu dibatalkan. Kita sarankan Malik Itik sila letak jawatan kerana memalukan Islam.

Nota Kaki: Kerajaan Negeri seperti biasa akan menafikan penglibatan mereka. Untuk rekod, Ketua Menteri Pulau Pinang sendiri merasmikan Penangpac dan Penangpac pernah mendapat geran RM100,000 dari Kerajaan Negeri.




July 11, 2017

65 Langkah Kajang @RafiziRamli Turut Mendapat Troll Dari Rara DAP


Pemimpin muda DAP yang juga Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Syefura Othman yang lebih dikenali sebagai Rara, turut menganjing Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli. Beliau hari ini telah memuatnaik gambar beliau di dalam MRT melalui laman sosial Instagram beliau sambil meletakkan caption #JomNaikMRT #KajangMove.

Walau bagaimanapun, disebabkan penyokong-penyokong Abang Sotong yang tidak 'sporting' menyebabkan Rara telah menutup ruangan komen bagi posting berkenaan.

Nampak gayanya Rara juga turut menyokong 'hashtag' Perdana Menteri iaitu #JomNaikMRT. Beliau juga mungkin dapat melihat kesan 'Langkah Kajang' oleh Perdana Menteri seperti berikut:

1. Jalur MRT aliran Sungai Buloh - Kajang menjadi lengkap dengan jarak sejauh 51 km dan mempunyai 31 stesen dengan kekerapan jadual 3 minit.

2. Jalur ini menjangkau 1.2 juta penduduk dengan kapasiti membawa 400,000 orang penumpang. Ia sekaligus menjadi alternatif kepada Rakyat untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas di Greater KL.

3. Dengan lengkapnya jalur pertama MRT ini, maka fokus berikutnya adalah jalur kedua iaitu Sungai Buloh - Serdang - Putrajaya sejauh 52 km. Pembinaannya sudah berjalan 10% dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2022.


86 Langkah Kajang @NajibRazak vs Langkah Kajang @RafiziRamli



Saya akui Perdana Menteri, DS Mohd Najib Tun Razak mempunyai 'sense of humour' yang baik. Suka atau tidak beliau adalah seorang pemimpin yang mempunyai pengikut media sosial yang paling ramai di Malaysia. Kebelakangan ini beliau amat rajin 'menganjing' atau dalam bahasa orang muda 'troll' macai-macai pembangkang dan pemimpin mereka.

Terbaru, di dalam laman sosial Facebook dan Twitter beliau, beliau meletakkan gambar stesen MRT Kajang dengan 'caption', "The Real Kajang Move - Coming to you in in seven days. #JomNaikMRT". Gelak besar CTS bagaimana Perdana Menteri menganjing si 'sotong' Rafizi Ramli, 'so-called' Ketua Perang Saraf PKR.

Umum mengetahui Langkah Kajang atau 'Kajang Move' yang dipelopori oleh Rafizi Ramli kini menjadi sebuah epik yang gagal yang akan dikenang sebagai satu bahan lawak jenaka dari PKR. Langkah Kajang versi Rafizi Ramli merupakan satu usaha untuk menaikkan DS Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor, menjatuhkan mantan Menteri Besar Selangor ketika itu, TS Khalid Ibrahim serta mempermainkan mandat Rakyat dengan mengarahkan ADUN Kajang meletakkan jawatan.

Manakala Langkah Kajang DS Najib Tun Razak adalah langkah untuk kebaikan Rakyat. Mana hendak dapat seorang Perdana Menteri yang membuat satu projek mega untuk Rakyat di kawasan pembangkang yang tidak memberi undi kepada barisan kepimpinan beliau? Rakyat Kajang penyokong pembangkang di Kajang akan mula bebas dari kesesakan sedikit demi sedikit dengan kenikmatan projek Rakyat yang dibawa oleh Perdana Menteri. Masih adakah yang mengatakan Perdana Menteri zalim?

Nota Kaki: Langkah Kajang DS Najib Tun Razak juga merupakan satu kemudahan kepada ADUN Kajang untuk melawat ahli keluarga di Penjara Sungai Buloh. Tiket MRT dari Kajang ke Sungai Buloh hanya RM5.50 sahaja dengan 'Touch and Go'. 

July 10, 2017

132 Pulau Pinang, Selangor Dan Kelantan Tidak Komited Perangi Rasuah


Tiga kerajaan negeri yang belum menandatangani Ikrar Bebas Rasuah yang diperkenalkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disifatkan belum cukup komited memerangi rasuah. Ia membabitkan kerajaan negeri Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad, ketika banyak kementerian dan agensi kerajaan berlumba-lumba menyatakan ikrar masing-masing. Baca Astro Awani di sini.

Apa persamaan ketiga-tiga negeri ini? Pertama, negeri-negeri ini ditadbir oleh pembangkang. Kedua, kenapa Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor yang belum menyatakan Ikrar Bebas Rasuah? Bukankah untuk membendung rasuah, kita perlu tunjuk contoh daripada semua peringkat terutama dari pimpinan negeri? Ketiga, negeri-negeri ini antara paling lantang bercakap mengenai ketelusan dan keterbukaan. Kalau diikutkan cakap Menteri Besar dan Ketua Menteri ketiga-tiga negeri berkenaan, babi pun boleh terbang.

81 Imbas Kembali - Kalau @cmlimguaneng Berkeras Tidak Mahu Pemilihan Semula, Beliau Tidak Layak Menjadi Setiausaha Agong DAP


Beginilah apa yang terjadi di dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada 15/12/2012, 04/01/2013 dan 29/09/2013:

15/12/2012: Joseph Lim Guan Eng mendapat 1,576 undi, Chow Kon Yew mendapat 986 undi dan Liew Chin Tong dapat 984 undi.

04/01/2013: Selepas pengumuman semula disebabkan kesalahan mengira undi menggunakan Microsoft Excel, ketiga-tiga calon di atas telah mendapat undi yang sama.

29/09/2013: Selepas undian semula, secara tiba-tiba Liew Chin Tong berada di tempat pertama dalam pemilihan CEC.

Kesimpulannya, bukankah Liew Chin Tong lebih layak menjadi Setiausaha Agong DAP berbanding Joseph Lim Guan Eng dari segi populariti mahupun undian yang dibuat perwakilan?

Balik ke tahun 2017, DAP kini mengatakan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mahu melakukan sabotaj ke atas parti berkenaan kerana DAP berkata mereka telah mengadakan pemilihan semula parti pada 29/09/2013. Malangnya, ROS tidak pernah menyedari bahawa pemilihan semula telah dilakukan pada 2013, yang mana pemilihan ini sepatutnya menyelesaikan pemilihan tahun 2012 yang bermasalah.

Surat yang bertarikh Disember 2013 daripada ROS kepada DAP Kedah yang selepas pemilihan semula CEC pada 29/09/2013, jelas membuktikan ROS tidak mengiktiraf pemilihan senula itu. Malah, pada Oktober 2015, Menteri Dalam Negeri, DS Ahmad Zahid Hamidi secara khusus memberitahu Anthony Loke di Parlimen dalam jawapan bertulis, "ROS masih menyiasat pemilihan DAP kerana parti itu masih belum mengambil langkah-langkah seperti cadangan daripada ROS".

Pembangkang Pro-DAP membuat kenyataan bahawa Kerajaan Barisan Nasional takut dengan DAP. Dengan sebab itu mereka mendakwa, Kerajaan Barisan Nasional cuba mensabotaj mereka melalui ROS. Kerajaan Barisan Nasional tidak pernah takut dengan DAP. Tontonlah video di bawah. Dengarlah kata-kata Ketua Penerangan UMNO Malaysia, TS Anuar Musa mengenai Pakatan Pro-DAP. Siapa yang takut siapa sebenarnya?


video

July 9, 2017

89 Kenapa @SyedSaddiq Bodoh Sangat? Ranking Transperancy International Pun Tak Pandai Baca?


Kita akui Ketua Armada Parti Chap Bunga, Syed Saddiq Paladium merupakan jaguh debat terhebat seluruh galaksi angkasaraya. Namun, dari segi politik dan pengetahuan am, beliau ternyata amat lemah dan bodoh. 

Di dalam posting beliau di dalam laman sosial Twitter, beliau telah membuat kenyataan bahawa semasa Tun Dr Mahathir bersara, Malaysia berada pada kedudukan indeks rasuah ke 37 ranking Transperancy International (TI). Sebaliknya pada zaman DS Najib Tun Razak, kedudukan menjunam (katanya) ke tempat 55.

Woi bodoh! Ingat kedudukan TI ini lebih banyak nombor pada skalanya lagi teruk kah? Kedudukan skala pada kedudukan 55 lebih baik daripada skala kedudukan nombor 37 lah baghal. 

37 lebih korup dari 55 mengikut skala TI. Ramai pula macai ProTun yang 'like' dan 'retweet' posting berkenaan. Sama baghal macam tuan punya posting. TI di dalam laman web rasmi mereka, baca di sini, menulis untuk tahun 2016,
Over two-thirds of the 176 countries and territories in this year's index fall below the midpoint of our scale of 0 (highly corrupt) to 100 (very clean). The global average score is a paltry 43, indicating endemic corruption in a country's public sector. Top-scoring countries (yellow in the map below) are far outnumbered by orange and red countries where citizens face the tangible impact of corruption on a daily basis.
Nota Kaki: Mungkin sebab itulah macai ProTun kata kedudukan ekonomi Malaysia adalah dalam keadaan teruk. Ini disebabkan mereka melihat kedai idola mereka Tun Dr Mahathir iaitu The Loaf di Bangsar Village II telah ditutup!

8 Buruknya Perangai Setiausaha Agong DAP Persendakan Kematian Karpal Singh Dalam Isu Pemilihan CEC



Bagaimana pihak luar ingin menghormati pemimpin-pemimpin DAP sekiranya pemimpin-pemimpin DAP sendiri mempersendakan Mantan pemimpin mereka terutama yang telah meninggal dunia?

Bayangkan Mantan Pengerusi DAP yang telah meninggal dunia dimomokkan dan dipermainkan dalam isu pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP oleh Setiausaha Agong DAP sendiri dan Lau Weng San.

Joseph Lim Guan Eng dipetik berkata, "
He is no more, so are we to go ask Karpal Singh to come back to cast his vote?"
Manakala Lau Weng San pula menulis di laman media sosial, 
Its ridiculous. Are we going to put back the name of the late Karpal Singh on the ballot paper? What if he is elected into the CEC accidentally?
Bagi menjawab soalan bodoh daripada kedua-dua pemimpin bebal DAP di atas senang saja. Untuk terpilih di dalam pemilihan CEC, setiap perwakilan mesti menandatangani borang pencalonan terlebih dahulu. 

Mungkin Lim Guan Eng dan Lau Weng boleh menghantar borang berkenaan melalui e-mail, Whatsapp, Telegram atau masuk sendiri ke dalam kubur untuk mendapatkan tandatangan Karpal Singh. 

Kedua, nama Karpal Singh tidak ada salahnya kalau berada dalam senarai kehadiran 2,576 deligasi dari 865 bahagian seperti dalam senarai tahun pemilihan 2012. Soalnya sama ada Karpal Singh akan datang atau tidak, itu soal lain. Kalau tidak datang, catatlah sebagai deligasi tidak hadir. Kalau datang, sendiri mau ingat lah.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates