April 8, 2017

93 Sikap Terbaru Talam Dua Muka Dan Lidah Bercabang Setiausaha Agong DAP


12 Jun 2014, semasa PAS masih bersama DAP, Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng di dalam video di bawah berkata, beliau akan mempertahankan hak masyarakat Islam untuk membawa usul hudud hingga ke akhir hayat beliau. Lim Guan Eng di dalam video berkenaan berkata,
"If there is any motion presented, we should err.. the Speaker should allow [inaudible]. We may not agree with what they are doing. We do not agree with the hudud motion but as Voltaire (french philosopher) said "I may not agree with you but I will defend to my death your right to disagree with me."

Itu dulu lah. Terkini, DAP telah mencuba pelbagai cara untuk menghentikan pembentangan RUU 355 daripada dibentangkan di Parlimen. Apabila mereka telah gagal dalam usaha berkenaan, beliau berkata parti komponen Barisan Nasional mesti bertanggungjawab kerana membenarkan PAS untuk RUU 355 telah berjaya dibentangkan di Parlimen. Kenapa mesti memberi sokongan berpilih untuk hukum Islam?

Media Cina melaporkan Lim Guan Eng berkata, DAP membenarkan hudud dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun 2014 adalah kerana "demokrasi" tetapi pembentangan RUU355 di Parlimen baru-baru ini adalah "tindakan politik (political scheme)".

Tahun 2014, Speaker Selangor dari DAP, Hannah Yeoh membenarkan usul hudud dibentang di dalam DUN Selangor. Beliau berkata ini "demokrasi". Tahun 2017, Pakatan Harapan di bawah Lim Kit Siang dan DAP mencuba sedaya upaya untuk menghalang usul RUU 355 dari dibentang di dalam parlimen. Mereka mengatakan bahawa Parlimen dan demokrasi sudah mati apabila mereka gagal menghalang pembentangan berkenaan.

Hebat sikap talam dua muka dan lidah bercabang Setiausaha Agong DAP dan bapanya itu.  Apakah salah jika dikatakan DAP adalah anti Islam, sekiranya mereka mengepalai penentang satu usaha penambah baikan undang-undang Islam yang tidak ada kaitan dengan Keluarga Lim atau parti dinasti mereka? Adakah demokrasi mesti mematuhi piagam dan kehendak semasa DAP?

4 Buku Sudah Bertemu Dengan Ruas, Upin Disaman MCA


Saat yang dinantikan telah tiba. Jika selama ini ahli-ahli politik DAP sewenang-wenagnya membuat tohmahan dan fitnah kepada pemimpin-pemimpin Kerajaan dan komponen Barisan Nasional dan terlepas begitu saja, kini tidak lagi.

Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng yang terkenal dengan panggilan Upin dewasa (manakala Ipin dewasa pula dipegang oleh MP Serdang, Ong Kian Ming) telah disaman oleh MCA. MCA telah menyerahkan surat tuntutan (letter of demand) kepada Lim Lip Eng, meminta permohonan maaf secara terbuka, menarik balik fitnah yang dibuatnya dan sejumlah RM100 juta sebagai ganti rugi.

Surat tuntutan ini berikutan dakwaan Lim Lip Eng bahawa MCA menyeleweng dana yang diperoleh daripada sumbangan orang ramai dan kerajaan yang diperuntukkan untuk sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina. Dalam surat tuntutan bertarikh 29 Mac, MCA diwakili oleh firma guaman Ng & Farah, kata kenyataan Lim telah menyebabkan "kecederaan parah (severe injuries)" kepada reputasi parti.

Lim Lip Eng mungkin masih di bangku sekolah ketika MCA sejak kemerdekaan memperjuangkan isu pendidikan masyarakat Cina. MCA telah mengalirkn keringat dan air mata untuk mengumpul dana dalam membina sekolah-sekolah Cina dan juga Universiti Tunku Abdul Rahman melalui dana parti mereka sendiri. Apa yang DAP perjuangkan untuk sekolah-sekolah Cina? Pernahkah DAP membina walau sebuah tadika?

Lim Lip Eng dalam satu kenyataan kepada Free Malaysia Today, baca di sini berkata, beliau tidak mempunyai wang sebanyak RM100 juta. Jika ditanya kepada saya, tiada masalah. MCA akan menyaman Lim Lip Eng sehingga beliau menjadi muflis. Atau berkemungkinan MCA boleh memberikan diskaun seperti mana Setiausaha Partinya menikmati diskaun pembelian ke atas banglo tanpa kolam renang. Tahniah MCA. 


April 7, 2017

90 Penang's Achievement Since DAP Took Over In 2008

Since the DAP took over Penang in 2008, these are Penang’s achievements and successes:

Recorded the first ever case in the history of the world where both the buyer and the seller of a property (without swimming pool) does not know its market value.


The first ever sitting chief minister to be charged in court for corruption and the first ever civil servant in Malaysia who was not suspended from duties after being charged in court for corruption in Malaysian history.


Only the most stupid state government does studies worth RM305 million, get stuck at 87% and then when cannot deliver, and then blame a Barisan Nasional project of 18 years ago.

Despite promising to abolish toll in General Election 13, six months later in November, the Penang government signs agreement to approve a new 30-year toll concession.

106 Pembentangan RUU 355 Di Dewan Rakyat Bukti Lim Kit Siang Anti Melayu Dan Islam


Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355) telah dibentangkan di Dewan Rakyat, semalam dan dibawa oleh Ahli Parlimen Marang, DS Abdul Hadi Awang buat kali ketiga untuk meminda Seksyen 2 dalam akta berkenaan.

RUU itu bertujuan meningkatkan hukuman sedia ada untuk kesalahan syariah tertentu, daripada maksimum 3 tahun penjara kepada 30 tahun, daripada denda maksimum RM5,000 kepada RM100,000 dan daripada enam kepada 100 sebatan. Namun sebelum Abdul Hadi memulakan pembentangan, menyedihkan melihat kelakuan pembangkang yang cuba membuat kacau selama 40 minit dengan harapan RUU 355 itu tidak jadi dibentangkan hari ini.

Sikap biadap mereka ini terutama sekali diktator dan Penasihat DAP seumur hidup, Lim Kit Siang jelas menunjukkan sikap mereka yang anti Melayu dan anti Islam. Entah kenapa mereka begitu bimbang dengan RUU 355 ini sedangkan ia hanya tertakluk kepada orang Islam sahaja. Ahli-ahli parlimen DAP ini tidak akan masuk pun mahkamah syariah. Kenapa takut sangat? Mungkin berjuang untuk puak puak LGBT, homoseksual, pluralisme dan rakan rakan Siti Kassim di luar sana.

Alasan yang diberikan DAP ialah kenapa RUU 355 diberikan keutamaan, sedangkan kata Lim Kit Siang, rang undang-undang persendirian yang difailkan olehnya telah ditolak oleh Speaker. Untuk menguatkan hujahnya itu, Lim Kit Siang turut mengemukakan Peraturan Mesyuarat kepada Speaker TS Pandikar Amin sebaik sahaja beliau membenarkan DS Abdul Hadi membacakan usulnya.

Tujuan Kit Siang berbuat demikian adalah untuk mencuri masa dan mengumpan Ahli Parlimen pembangkang lain yang bukan Islam untuk sama-sama membantah. Selain Kit Siang, tiga lagi Ahli Parlimen pembangkang bukan Islam iaitu Gobind Singh Deo (DAP-Puchong), Dr Lee Boon Chye (PKR-Gopeng) dan Gooi Hsiao Loong (PKR-Alor Setar) turut membantah secara terbuka. Disebabkan itu, Ahli Parlimen Pendang, Othman Abdul bangun dan berkata: "Makin tua makin gila''. Bila ayat ini keluar, Malaysiakini mulalah putar alam mencari simpati. Inilah hasil provokasi mereka tadi.


Nasib baik Pandikar Amin bertegas dalam isu itu dan mengingatkan Ahli Parlimen yang cuba bangkit untuk membantah akan dihalau keluar. Tindakan Kit Siang dan beberapa Ahli Parlimen bukan Islam dari DAP dan PKR yang cuba membuat kecoh itu telah menyebabkan DS Abdul Hadi memberikan amaran.

"Kepada bukan Islam, jangan permain-mainkan agama Islam yang menjadi agama bagi persekutuan,'' kata Abdul Hadi yang turut menyelar ahli Parlimen sama ada Islam atau bukan Islam yang membantah RUU tersebut. Ia disifatkan Abdul Hadi sebagai petanda buruk terhadap budaya politik perpaduan matang di negara ini.

Sepatutnya tiada apa yang perlu dibimbangkan kerana hukuman yang dicadangkannya bukannya satu penyeksaan kepada pesalah, sebaliknya ia bertujuan mendidik. Anthony Loke, Ketua Pemuda DAP pun pernah kata kalau tidak buat salah apa hendak takut dengan RUU355. Semalam Kit Siang kata mahu hornati orang Melayu. Hari ini tengoklah sendiri betapa biaDAP nya mereka ini menghalang undang undang Islam dibentangkan di parlimen. Sikap anti Islam Kit Siang terserlah.

Kenapa Lim Kit Siang begitu menentang RUU 355? Lim Kit Siang merupakan pengasas DAP yang membawa gagasan 'Malaysian Malaysia' iaitu kesamarataan kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa, ras, keturunan dan lain-lain yang diperkenalkan oleh mentornya, Lee Kuan Yew sewaktu PAP (People's Action Party) hendak bertanding Pilihanraya 1964.

Pindaan RUU ini yang bertujuan untuk memperkasa Institusi Mahkamah Syariah merupakan satu tempelak kepada gagasan 'Malaysian Malaysia' kerana memartabatkan Agama Islam dan Melayu (takrif Melayu di dalam Perlembagaan salah satunya adalah mesti beragama Islam) melebihi daripada agama dan kaum lain di negara ini.

Selagi mana terdapat kedudukan istimewa terhadap Islam atau bangsa Melayu di dalam negara ini, selagi itulah perkara ini akan ditentang oleh Lim Kit Siang. Beliau merasakan dirinya yang lahir sebagai seorang kaum Cina merupakan rakyat kelas kedua ataupun '2nd Class Citizen' akibat dasar kerajaan yang memberikan kedudukan istimewa kepada agama Islam dan orang Melayu.

Puluhan tahun hidup di negara ini sebagai ahli politik yang mendokong gagasan 'Malaysian Malaysia' menjadikan Lim Kit Siang seakan benci kepada Agama Islam dan orang Melayu atas dasar kedudukan istimewa yang diterima. Bagaimana Lim Kit Siang berhasrat untuk merealisasikan harapan 'Malaysian Malaysia' ini? Hanya satu cara sahaja. BN/UMNO perlu dijatuhkan!

Saya amat tertarik dengan kata-kata hikmah daripada Speaker Dewan Rakyat sebelum beliau menangguhkan sidang:
"If you are in power, you are powerful, If you dont use your power, you are bloody fool. Maka pada hari ini, saya tidak mahu jadi 'bloody fool', dengan ini saya gunakan kuasa saya dengan membuat ketetapan supaya perbahasan ini diadakan pada sesi akan datang."
Saya juga amat bersetuju dengan apa yang diluahkan oleh Ahli Parlimen Ketereh, TS Annuar Musa, walaupun beliau tidak dapat hadir ke Dewan Rakyat kerana kurang sihat.

April 6, 2017

96 @RafiziRamli Sudah Gila, Dakwa PAS Pula Dapat Wang 1MDB Dari DS @NajibRazak

Meroyan setelah gagal untuk berbahas RUU 355 yang dibentangkan oleh Presiden PAS, DS Haji Hadi Awang, Rafizi Ramli petang tadi telah membuat tuduhan bahawa 'seseorang yang rapat dengan PAS' telah menerima wang 1MDB daripada Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak.

Sesiapa sahaja boleh membuat tuduhan yang tidak berasas. Yang paling penting adalah kemukakan bukti. Rafizi Ramli tidak ada telur untuk menamakan orang berkenaan. Ahli Parlimen Pandan tidak seharusnya bergurau, menghasut dan bertindak kebudak-budakan meminta Presiden PAS menafikan dakwaannya itu. Isu dana 1MDB.

Rafizi Ramli tidak perlu cabar mencabar. Jalan terbaik adalah beliau membuat laporan kepada SPRM dan serahkan bukti itu untuk disiasat Rafizi Ramli seharusnya mengemukakan bukti kukuh bahawa wang 1MDB disalurkan kepada parti PAS. 

Zaman Rafizi Ramli merasakan Rakyat Malaysia bangang seperti beliau dengan berfikiran syarikat besar seperti 1MDB boleh sewenang-wenangnya mengeluatkan wang seperti Kedai Runcit Ah Chong, sudah berlalu. Mungkin macai-macai beliau masih percaya.

Waima untuk keluarkan duit dari kedai runcit sekalipun memerlukan prosedur tertentu. Inikan pula pengeluaran duit daripada syarikat yang terikat dengan sistem perakaunan yang ketat. Cukup-cukuplah dengan fitnah bodoh ini. Saya meminta dan merayu agar Arul Kanda dan 1MDB menyaman sotong bodoh ini.

37 Penentang Tegar RUU 355 Dari Kalangan Ahli Parlimen Islam Pembangkang




Untuk rekod, inilah muka-muka Ahli Parlimen Melayu yang mengikut telunjuk DAP. Dalam Dewan Rakyat mereka menghentam dan membantah Rang Undang-Undang (RUU) 355. Sedangkan RUU tersebut adalah untuk orang Islam sahaja tujuan ianya dibentang di Dewan Rakyat hanyalah untuk meminda untuk menambah baikkan akta Mahkamah Syariah yang sedia ada.

Jam 4.00 petang Speaker Dewan Rakyat, TS Pandikar Amin menangguhkan sessi dewan. Beliau memutuskan perbahasan RUU 355 akan bersambung pada sessi 24 Julai. Palin kelakar apabila Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli marah kerana tidak dapat berbahas kerana menurunya beliau penat menulis teks ucapan namun tidak dapat dibahas. Ini adalah kali pertama saya menulis kertas ucapan jelasnya.Mungkin pada tarikh berkenaan beliau risau akan berbahas di penjara kot?

33 Badan Kewangan Swiss Hentikan Siasatan Terhadap 1MDB, Pembohongan Tun Dr Mahathir Terjawab


Terbaru, 4 April 2017, Reuters baca di sini melaporkan Badan kewangan Switzerland FINMA telah menghentikan siasatan terhadap UBS Group AG (UBSG.S) berkaitan dengan dana 1MDB kerana tiada asas pembuktian.

Pada 23 Mac 2017, portal berita antarabangsa 'The Independent' baca di sini melaporkan siasatan Jabatan Kehakiman (DOJ) AS ke atas Jho Low adalah palsu. Laporan berkenaan juga melaporkan bahawa portal Wall Street Journal sengaja mereka cipta dan mensensasikan cerita tersebut.

Dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada 30 Mac 2017, Kementerian Kewangan berkata 1MDB telah menyelesaikan sepenuhnya kesemua hutang pada 2015 dan 2016. Kenyataan Kementerian berkata:
"1MDB telah memperoleh tunai sebanyak RM10.97 billion pada tahun 2015 dan 2016 melalui penjualan aset syarikat Edra Global Energy Sdn Bhd, penjualan sebahagian ekuiti syarikat Bandar Malaysia Sdn Bhd dan penjualan lot tanah di projek Tun Razak Exchange."
Tuduhan asal Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir iaitu Perdana Menteri adalah mencuri / melesap RM42 bilion wang 1MDB masuk ke akaun peribadinya sendiri, selepas itu ditukar pula angkanya menjadi sebanyak RM27 bilion turut lesap hasil kononnya hasil perbuatan DS Najib, nyata tidak berasas. Menteri Propaganda Nazi, Joseph Goebbels pernah berkata.
"Jika anda beritahu satu pembohongan yang cukup besar dan terus ulangnya berulang kali, lama kelamaan orang akan percaya pembohongan anda itu."

April 5, 2017

73 Kamaruddin Jaafar Sibukkan Diri Dengan Nasib Pengundi Bandar Tun Razak Sehinggakan Melupakan Rakyat Tumpat



Datuk Kamaruddin Jaafar masih lagi Ahli Parlimen (MP) Tumpat setakat hari ini. Hari ini, beliau di Parlimen sibuk membantah pembinaan perumahan Rakyat di sebuah padang bola di Parlimen Bandar Tun Razak. Seperti mana beliau meminggirkan nasib pengundi-pengundi beliau di Tumpat, Kamaruddin Jaafar memperbodohkan diri untuk menyelamatkan sebuah padang dari memberi Rakyat kawasan berkenaan penempatan yang selesa untuk diduduki.


Rizab Padang Bola di Jalan Jujur, Bandar Tun Razak ini akan mengantikan 640 buah rumah Flat Sri Labuan. Kerajaan melalui Kementerian Wilayah Persekutuan telahpun mengantikan rizab padang bola sepak berkenaan dengan padang lebih elok, turf dan padang yang lebih terjaga dan cantik untuk kegunaan penduduk tempatan (lihat rajah berkenaan di atas nombor 3).

Tapak asal Flat Sri Labuan pula akan didirikan Residensi Razakmas, suatu penempatan yang menyamai Residensi Kerichi dan Razak Mansion. Masih ingatkah kita Residensi Kerinchi yang ditentang keras oleh MP Lembah Pantai sehingga menyebabkan sejumlah 35 keluarga yang gagal mendapat rumah berkenaan?

Adakah Datuk Kamaruddin Jaafar sedang mengikut jejak langkah kegagalan YB Nurul Izzah? Sayugia diingatkan, isu padang bola ini sebelum ini pernah cuba dijuarai oleh YB Tian Chua namun beliau juga kini turut menyepi.

90 Lim Kit Siang Kata Beliau Dan Tun Dr Mahathir Adalah Patriot Dan Bukan Badut


Pakatan Harapan (PH) pembangkang di Malaysia mempunyai susun atur carta organisasi yang mungkin paling pelik di dunia kerana ianya tidak diketuai oleh seorang Pengerusi dan dibantu oleh Timbalan Pengerusi seperti lazimnya, sebaliknya hanya meletakkan dua orang Penasihat sahaja. Menyedari hakikat ini, Lim Kit Siang hari ini mengeluarkan kenyataan, baca di sini, bahawa beliau dan Tun Dr Mahathir adalah seorang wira atau patriot. Lim Kit Siang juga menafikan bahawa beliau adalah merupakan badut kepada Tun Dr Mahathir dan juga sebaliknya.

Kita tidak pasti dengan status patriot yang diperjuangkan oleh Lim Kit Siang kononnya untuk menyelamatkan Malaysia, namun yang pasti DAP sudah memecah rekod dunia bila Kit Siang direkodkan sebagai pemimpin diktator paling lama di dunia iaitu 51 tahun. Rekod ini sepatutnya dimasukkan ke dalam Guinness World Book of Record. Apa yang pasti juga adalah, status patriot mereka adalah semata-mata untuk menyelamatkan anak-anak dan kroni masing-masing.

PH yang terdiri daripada pakatan parti DAP, PAN, PKR dan PPBM itu meletakkan nama Ketua Pembangkang, Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir sebagai Penasihat Jawatankuasa Protem PH yang diputuskan dalam mesyuarat pakatan itu baru-baru ini. Secara lazimnya, di bawah Penasihat sepatutnya ialah Pengerusi dan Timbalan Pengerusi yang jelas masih kosong kerana tidak diumumkan pun siapakah mereka.

Bukankah kalau diikutkan, sepatutnya Pengerusi adalah Lim Kit Siang kerana beliau mewakili DAP yang memiliki paling banyak kerusi berbanding parti pembangkang lain, iaitu 37 kerusi Parlimen dan 96 kerusi Dewan Undangan Negeri? Kalau Lim Kit Siang merupakan Pengerusi, pasti anaknya Lim Guan Eng kekal sebagai Timbalan Pengerusi, bukan? Barulah muncul Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, iaitu bekas Timbalan Menteri, Saifuddin Abdullah dan diikuti oleh AJK-AJK.

Jika di dalam mana-mana organisasi lain di dunia ini, nama Pengerusi untuk mengetuai sesuatu organisasi akan dipaparkan dengan jelas di dalam carta organisasi bagi memberikan maklumat kepada orang ramai siapa yang mengepalai organisasi itu. Jadi kenapa PH begitu berahsia mengenai siapa yang mengetuai pakatan berkenaan. Selalunya, oraganisasi haram sahaja yang mempunyai agenda tertentu dan tersembunyi akan merahsiakan siapa ketua mereka yang sebenar.

Pemerhati politik tahu dengan jelas kini bahawa Lim Kit Siang sebenarnya adalah ibarat Pengerusi PH dan Lim Guan Eng adalah Timbalannya. Namun itu tidak ditulis secara rasmi dalam PH. Setakat ini, parti-parti lain di dalam PH sememangnya akur dengan keputusan Lim Guan Eng dan bapanya Lim Kit Siang dalam pelbagai hal seakan-akan pemimpin DAP itu mempunyai kuasa veto dalam PH. Mungkin dengan tidak menamakan dengan secara jelas dan terbuka siapa Pengerusi dan Timbalan PH adalah agenda tersembunyi kedua-dua beranak ini dalam memastikan usaha mereka untuk "use Melayu to screw Melayu".


0 Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Bidan Terjun


Lim Kit Siang bukanlah nama baru dalam politik tanahair. Penasihat DAP seumur hidup ini telah memecahkan rekod World Guinness Book of Records apabila beliau telah melepasi 50 tahun menguasai parti chauvinist DAP. UMNO bakal meraikan ulang tahunnya yang ke 71 dan kepimpinan tertingginya juga telah bersilih-ganti sebanyak 7 kali di dalam amalan demokrasinya. 

Bagaimana dengan DAP? Apabila meraikan ulang tahunnya yang ke 60, siapakah yang masih duduk di pentas utama selama lebih 50 tahun jika bukan diktatornya, Lim Kit Siang? Mana ada seorang pemimpin utama parti yang kalah di dalam pilihan raya umum, dilantik menjadi Pengerusi parti? Hanya Lim Kit Siang dapat melakukan semua itu pada tahun 1999.

Jika kita melihat sejarah hayat kepimpinan diktator dunia, Kim Il-sung adalah pemimpin utama Korea Utara selama 46 tahun. Robert Mugabe telah menguasai politik Zimbabwe selama 37 tahun. Ferdinand Marcos digulingkan setelah 31 tahun. Suharto mencengkam kuasa di Indonesia selama 30 tahun. 

Joseph Stalin memerintah Rusia selama 30 tahun. Saddam Hussein mengetuai Parti Ba'ath beliau selama 30 tahun. Franois Duvalier adalah pemimpin negara itu selama 14 tahun. Idi Amin masih berkuasa selama lapan tahun dan di tanah air kita pula, Tun Dr Mahathir adalah Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO selama 22 tahun.

MCA salah sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN) MCA menyifatkan Lim Kit Siang adalah wakil rakyat "bidan terjun" dan gagal kerana sering berubah kawasan yang ditandingi. Timbalan Presidennya, DS Dr Wee Ka Siong, berkata sikap berdolak-dalik Kit Siang dalam pemilihan kawasan yang mahu ditandingi juga mengaburi masyarakat di sebalik kegagalannya berkhidmat kepada rakyat di kawasannya.

Sejak dulu pun Kit Siang hanya bertanding sepenggal di kawasan yang ditandingi kecuali Ipoh Timur selama dua penggal. Beliau seperti calon bidan terjun bukan mahu berkhidmat pun. Lim Kit Siang suka berdolak-dalik dan tidak berani pun memberi kepastian sama ada untuk kekal di Gelang Patah atau bertanding di tempat lain.

Masyarakat di kawasannya, di Gelang Patah sudah mula bosan dan mempertikaikan peranannya sebagai Ahli Parlimen yang gagal menjalankan tugas. Oleh sebab itulah Kit Siang tidak berani beri jaminan akan kekal bertanding di Gelang Patah kerana bimbang masyarakat semakin mempertikainya,

Terdapat ura-ura mengatakan bahawa Lim Kit Siang akan bertanding di Kedah. Namun CTS masih percaya Lim Kit Siang akan bertanding di salah satu Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang. Ini memandangkan beliau tahu jangka hayat anaknya, Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri amat singkat dengan perbicaraan dua kes rasuah. Oleh itu, sekiranya Lim Guan Eng dipenjarakan, maka perlu ada pengganti di kalangan ahli keluarga untuk menjalankan tugas sebagai Ketua Menteri.

April 4, 2017

80 Sindrom Tidak Tahu Berjangkit Kepada Mahfuz Omar Pula

Adalah menjadi satu kerisauan apabila satu demi satu Ahli Parlimen (MP) pembangkang mengalami sindrom tidak tahu. Hari ini sahaja sudah dua orang pesakit. Pertama, MP Pandan Rafizi Ramli secara tiba-tiba hilang ingatan dan menjadi serba tidak tahu. Kedua, MP Pokok Sena, Dato Mahfuz Omar yang turut dilanda sindron tidak tahu bahawa partinya akan mengadakan muktamar tahunan, tahun ini pada bulan ini.

PAS dijadual mengadakan muktamar tahunannya yang ke-63 mulai 29 April hingga 1 Mei ini di Alor Setar, Kedah. Jarak di antara Alor Setar dan Pokok Sena tidak jauh. Agak pelik kalau Mahfuz Omar tidak tahu bilakah akan berlangsungnya multamar tahunan PAS.

Melainkan kalau beliau sudah tidak mahu mengambil tahu tentang perjalanan partinya itu. Maklumlah, jika dahulu, Mahfuz Omar terkenal sebagai mempelam harumanis, di luar hijau di dalam oren. Sejak kebelakangan ini, dikatakan beliau mula berjinak-jinak dengan Parti Cap Bunga Raya. Jadi tidak hairanlah penyakit pelupanya itu berjangkit daripada Pengerusi parti berkenaan.

141 RM2.6 Billion Dia Tahu, RM2.1 Billion Dia Tahu, Kenapa RM2.7 Billion @RafiziRamli Tak Tahu?


Ahli Parlimen Pandan yang selama ini dianggap cerdik dan bijak oleh minions pembangkang, hari ini menjadi seorang pelupa. Beliau dikatakan arif tentang isu wang derma RM2.6 billion, siapa dapat dan ke mana wang berkenaan dibelanjakan, kononnya. Beliau juga arif berkenaan pembelian saham syarikat Indonesia, PT Eagle High Plantations oleh Felda Global Ventures Holdings Bhd bernilai RM2.1 billion.

Secara tiba-tiba, apabila Gerakan Selangor membuat laporan rasuah terhadapnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini, Rafizi Ramli telah menjadi insan yang serba tidak tahu. Pengerusi Gerakan Selangor, Datuk David Ang Chin Tat mendakwa, Selangor meluluskan RM2.7 bilion untuk pengambilalihan ekuiti Splash, iaitu 11 kali lebih tinggi daripada yang ditawarkan TS Khalid Ibrahim.

Gerakan Selangor juga menggesa SPRM menyiasat Rafizi Ramli kerana mungkin terlibat dengan rundingan pengambilalihan aset air Selangor sehingga wujud konflik kepentingan. Terlalu banyak berkawan dengan Mantan Perdana Menteri 22 tahun mungkin menyebabkan Rafizi Ramli mengalami sindrom alzheimer atau demensia sejenis penyakit pelupa yang terpilih, ada yang suka dia ingat, kalau tidak dia jadi pelupa secara semulajadi.


3 Seniman Dan AKAR Mengecam Tindakan Mediacorp Dan Artis Singapura Menghina DS @NajibRazak


Dua persatuan artis Malaysia, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dan Angkatan Karyawan Nasionalis (AKAR), telah mengeluarkan Kenyataan Media berkaitan tindakan Mediacorp 5 dan artis-artis yang menyertai rancangan OK Choppe, Episod ke 26, yang mempersenda dan mempermainkan Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak. 

Presiden Seniman, Zek Zaidi, dalam Kenyataan Media beliau seperti di bawah mendesak penerbit rancangan berkenaan Mediacorp 5 untuk meminta maaf kepada Perdana Menteri dan Rakyat Malaysia di atas keceluparan berkenaan dan jika tidak Seniman akan mengetuai usaha untuk mengharamkan artis-artis biadap ini dari terus berkarya di Malaysia.
Kenyataan Media Seniman
3 April 2017
Seniman mengecam tindakan jijik dan tidak bertanggungjawab stesen penyiaran Mediacorp 5 milik Temasek Holdings yang menyiarkan rancangan OK Choppe, Episod ke 26 yang mempersendakan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Haji Najib Tun Abdul Razak.
Rancangan bual bicara berkonsep jenaka santai yang dikendalikan oleh pengacara Vernetta Lopez ini yang turut disertai oleh beberapa artis seperti Sam See, Najip Ali, Rishi Budhrani dan Mike Kassim tidak sensitif dengan budaya dan sensitiviti masyarakat majmuk di Malaysia.
Untuk peringatan pelakon - pelakon cetek akal ini, Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan prinsip demokrasi berparlimen di mana Perdana Menteri dipilih oleh Rakyat di negara ini. 
Menyedari bahawa artis - artis Singapura juga tidak mampu "mencari makan" di Singapura, kerajaan Malaysia juga telah mengamalkan dasar pintu terbuka kepada artis Singapura untuk membantu mencari rezeki di negara kita yang bertuah ini. 
Oleh yang demikian, tindakan jijik artis - artis ini menjadikan Perdana Menteri Malaysia sebagai bahan lawak dan kecaman, mungkin merupakan salah satu cara untuk warga dan karyawan Singapura melepaskan bebanan akibat masalah inflasi dan kesuraman ekonomi Singapura yang makin menjerut kehidupan mereka. 
Seniman mendesak penerbit rancangan berkenaan Mediacorp 5 untuk meminta maaf kepada Perdana Menteri dan Rakyat Malaysia di atas keceluparan ini dan jika tidak kami akan mengetuai usaha untuk mengharamkan artis-artis biadap ini dari terus berkarya di Malaysia.
Sementara itu, AKAR mahu kerajaan menghalang selebriti Singapura daripada masuk ke negara ini kerana mendakwa menghina Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak. Timbalan Presiden AKAR, Helme Hanafi berkata, penghinaan artis Singapura terutama Najip Ali itu tidak boleh diterima apatah lagi beliau banyak 'cari makan' di negara ini. Berikut adalah Kenyataan Media penuh AKAR:
Saya mengikuti dengan dekat kemarahan rakyat Malaysia terutamanya penyokong kerajaan terhadap warga Singapura bernama Najip Ali.
Menonton kembali program yang menjadi punya kemarahan tersebut, jelas wujud kesengajaan untuk menghina Perdana Menteri Malaysia.
Samada Datuk Seri Najib Razak atau sesiapa juga, hinaan terhadap PM Malaysia tidak boleh diterima sama sekali terutama dengan orang asing yang 'cari makan' dalam negara ini.
Saya cadangkan KDN melalui Jabatan berkaitan menghalang Najip Ali dan kawan2nya masuk ke Malaysia selamanya.
Kedua panggil Pesuruhjaya Tinggi Singapura dan mendesak republik tersebut mendakwa Najip Ali dan rakan2nya kerana menghina pemimpin negara jiran dalam siaran TV negara itu.
Ketiga mendesak Najip Ali menggantung diri sebagai tanda penyesalan  yang teramat kerana perbuatannya mengeruhkan hubungan rakyat dan pemimpin dua negara.
Sekian
Helme Hanafi
Timbalan Presiden
Angkatan Karyawan Nasionalis
(AKAR)
4 April 2017

April 3, 2017

47 Terowong Bawah Laut Atau Jambatan Ketiga @cmlimguaneng ?


Untuk selama beberapa tahun kebelakangan ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng amat tegas dalam rancangan pembinaan terowong dasar laut Pulau Pinang dengan tol selama 30 tahun. Projek yang membabitkan kos RM6.3 bilion yang dijangka siap pada tahun 2025, akan dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri DAP menerusi bayaran dalam bentuk tanah di lokasi strategik seluas 44 hektar, iaitu di tepi laut di Persiaran Gurney yang dinilai mengikut harga tahun 2013.

Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan, pernah mempertikaikan pada bulan Mei tahun lepas bahawa kos kos keseluruhan kajian kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut di negeri itu yang mencecah RM305 juta adalah terlalu tinggi kerana ia hanya kertas kerja asas dan laporan kajian berkaitan projek.

DARD mempertikaikan mengapa kerajaan Pulau Pinang menetapkan harga tanah itu mengikut harga pada tahun 2013. Ini bermakna kawasan seluas 44 hektar itu akan bernilai dua atau tiga kali ganda menjelang 2025. Ia juga bermakna projek itu akan menyebabkan rakyat menanggung kos RM20 bilion atau lebih.

DARD juga mempertikaikan sebagai tambahan membiayai sepenuhnya kos RM6.3 bilion itu, kerajaan negeri turut memberi pemaju projek, Consortium Zenith BUCG (CZBUCG) konsesi selama 30 tahun untuk mengutip tol bagi terowong berkenaan, sekali gus membolehkan syarikat itu mengaut keuntungan atas angin.

Ini adalah perjanjian konsesi yang paling luar biasa pernah berlaku dan telah menewaskan semua perjanjian berat sebelah yang dibuat di zaman Tun Dr Mahathir Mohamed. Gagal untuk mempertahankan cerita kartun yang digarapnya, Lim Guan Eng telah cuba untuk 'tai chi' kepada Kerajaan Pusat. Pada Mei 2016, kerajaan Pulau Pinang menghantar surat kepada Kementerian Kerja Raya (KKR) meminta kelulusan bagi jambatan ketiga tanpa mengemukakan apa-apa dokumen sokongan.

Sememangnya Lim Guan Eng tidak ikhlas di dalam permohonannya. Menurut Menteri KKR, DS Fadillah Yusof, kementerian beliau telah lima kali meminta laporan pada bulan-bulan berikut sejak Mei 2016 untuk laporan kajian itu, membabitkan kos RM305 juta yang ditanggung oleh kerajaan Pulau Pinang dengan sekurang-kurangnya RM135 juta telah dibayar setakat tarikh berkenaan. Mungkin permohonan pertukaran daripada terowong dasar laut kepada jambatan ketiga hanyalah satu helah Kerajaan Negeri DAP untuk menghentikan serangan ke atas model perniagaan yang sangat berat sebelah ini.

Mari kita kaji lidah bercabang Ketua Menteri Pulau Pinang. Mulanya Lim Guan Eng berkata beliau tidak mempunyai masalah untuk memberikan kajian. Kemudian beliau bertanya mengapa Kerajaan Pusat perlukan kajian berkenaan. Kemudian beliau meminta Kerajaan Pusat lulus dulu sebelum memberi kajian. Kemudian beliau berkata, kajian masih lagi belum bersedia dan akan memberikan kajian berkenaan pada awal 2017.

Semalam dan terkini, beliau menyatakan bahawa kajian tersebut telahpun siapa sebanyak 87% dan menyalahkan Kerajaan BN di atas kelewatan baki lagi 13% serta memberi harapan kajian berkenaan akan disiapkan menjelang akhir 2017.

23 Medan Selesa Padang Brown Mempunyai Hiasan Membahaya




Medan selera Padang Brown, Pulau Pinang baru sahaja diubahsuai. Namun apa yang dipertikaikan adalah hiasan atau 'design' yang dibuat ke atas tiang medan selera berkenaan amat merbahaya. Apa motif tiang berkenaan dibuat dalam bentuk tajam seperti mata lembing? Hendak mencederakan atau membunuh orang? Adakah pihak yang sama yang membuat jalan basikal (bicycle lane) di hadapan medan selera berkenaan? Di mana Majlis Perbandaran Pulau Pinang? Tidurkah?

Kemaskini 04/04/2017:

Berdasarkan laporan sebuah akhbar Cina seperti di bawah, tindakan telahpun diambil untuk megeluarkan mata tajam daripada tiang-tiang berkenaan.

April 2, 2017

117 MediaCorp 5 Singapore Harus Meminta Maaf Kerana Mempersendakan DS @NajibRazak


Sebuah rancangan lawak Singapura yang diberi nama Ok Chope terbitan MediaCorp 5 Singapore, Episod 26, didapati telah menghina dan mempersendakan Perdana Menteri, DS Mohd Najib Tun Razak dan isteri dan menggelarkan mereka sebagai "Beauty And The Beast".

Rancangan senda gurau ala Rafizi Sotong itu dilihat tidak menghormati Perdana Menteri Malaysia yang merupakan jiran terdekat Singapura dan sehingga kini belum ada mana-mana pihak tampil memohon maaf berhubung insiden tersebut.

Lebih menjengkelkan lagi, salah seorang panel rancangan tersebut, Najip Ali kini mempunyai kontrak 'cari makan' di Malaysia sebagai juri rancangan Maharaja Lawak 2017 terbitan Astro tetapi dengan rasa bangga mempersendakan Perdana Menteri negara tempat beliau cari makan. 

CTS ingin memberitahu Najip Ali dan rakan-rakannya, seteruk-teruk Perdana Menteri Malaysia, belum pernah lagi rasanya Rakyat Malaysia terpaksa minum air kencing yang disuling. Apa dipanggil? Newater? 


0 Pemandu Teksi Diberi Dua Pilihan Di Bawah Pindaan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010


Pengerusi Suruhanjaya Pe­ngangkutan Awam Darat (SPAD), TS Dr Syed Hamid Albar berkata, pemandu teksi boleh mengenakan caj tambang kepada penumpang tanpa menggunakan sistem meter seperti Uber dan Grab sekiranya mereka memilih menggunakan e-hailing. Kaedah itu akan diguna pakai sekiranya pindaan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 diluluskan di Parlimen pada sesi ini.

Menurut TS Syed Hamid, pindaan tersebut memberi pilihan kepada pemandu teksi untuk kekal menggunakan sistem tambang bermeter yang mempunyai caj permulaan sekiranya mereka mengambil penum­pang di tepi jalan atau stesen teksi. Dalam masa sama, jika mereka menggunakan sistem e-hailing iaitu mengambil penumpang berdasarkan permintaan melalui aplikasi, maka tambang yang dikenakan sama seperti pemandu Uber dan Grab.

Langkah ini kata beliau membolehkan pemandu teksi memperoleh pendapatan yang lebih sekali gus mereka dapat bersaing dengan lebih adil. Ketika ini sistem meter meletakkan caj permulaan RM3 untuk teksi bajet, RM6 (teksi Premier) dan RM8 (teksi Eksekutif) dan ia akan meningkat mengikut jarak atau tempoh perjalanan.

TS Syed Hamid berkata, menerusi e-hailing pula, SPAD tidak akan mengawal tambang sebaliknya hanya bertanggungjawab dalam memastikan setiap pemandu memiliki kad pemandu, lesen memandu yang tidak tamat tempoh dan perlindungan insurans untuk penumpang. 

Beliau menambah, SPAD berharap pemandu teksi yang layak dan menerima lesen teksi individu dapat mengubah persepsi masyarakat dan cuba menyesuaikan diri dengan trend yang mendorong permintaan pasaran hari ini. Katanya, pemandu teksi juga dinasihatkan supaya tidak mengadakan demonstrasi jalanan sekiranya terdapat kekeliruan, sebaliknya sentiasa mengadakan pertemuan dan berbincang dengan SPAD.

40 Sekiranya Reza Aziz Tiada Kaitan Dengan DS @NajibRazak

Kutipan Filem Syarikat Red Granite Yang Dikaitkan Dengan Riza Aziz Adalah RM3.55 Bilion atau 4 Kali Ganda Bajet Produksinya. Setakat nak beli rumah mewah di New York memang tak ada masalah. Jika Riza hanya anak Rakyat biasa sudah tentu pelbagai anugerah telah diberikan kepadanya. Baca tulisan Lim Sian See di bawah:

Ianya menyedihkan apabila anak tiri Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak, Riza Aziz dikaitkan dengan isu 1MDB. Syarikat perfileman miliknya, Red Granite Pictures mempunyai rekod penghasilan filem yang baik sehingga menjana pendapatan yang lumayan.

Beberapa nama besar dalam industri perfileman telah membintangi filem terbitan beliau semenjak tahun 2013, termasuk Leornado DiCaprio, Margot Robbie, Jim Carrey, Jeff Daniels, Will Ferrell, Mark Wahlberg dan juga Mel Gibson. Secara keseluruhan, 3 filem terakhir terbitannya telah menjana keuntungan besar dan menjadi 'box-office' dengan nilai $802 juta US – atau sekitar RM3.55 bilion.

Nilai tersebut tidak termasuk penjualan DVD, penjualan hak kepada sistem televisyen rumah atau kabel TV yang hampir menyamai atau melebihi nilai 'box-office' sepanjang tahun. Keuntungan yang diperoleh syarikat itu adalah melebihi dari jumlah yang dikatakan telah dibiayai oleh 1MDB, seperti yang dikaitan oleh orang ramai.

Sekiranya Riza Aziz tidak mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak mahupun 1MDB, dia pastinya telah dianggap sebagai wira global di Malaysia. Sehingga kini, tiada rakyat Malaysia yang berjaya menerbitkan filem di Amerika Syarikat. Pujian perlu diberikan kepada yang sepatutnya.

Nota Kaki: Filem Kapsul yang turut dibintangi oleh Perdana Menteri 22 tahun sekalipun gagal untuk menarik minions pengikutnya untuk menonton. Kutipan filem berkenaan untuk sepanjang tahun 2015 adalah RM96,900.26 sedangkan kos pembikinan filem berkenaan adalah RM2.3 juta!

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates