March 18, 2017

13 Cara Raja Bahrin Berkempen Amat 'Low Class'

Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad bukan calang-calang orang. Beliau adalah Ahli Parlimen (MP) PAN Kuala Terengganu. Bukan seorang yang baru mengenali dunia politik. Hari ini, beliau sendiri yang menjatuhkan mertabat dirinya sebagai seorang ahli politik. 

Perlukah seorang MP untuk berkempen di jalanan dengan berceramah di belakang kenderaan pacuan 4 roda dengan menggunakan pembesar suara? Sebagai seorang Wakil Rakyat, beliau seharusnya berkhidmat dan berdamping mesra dengan Rakyat. Bukan turun di jalanan dan merungut kenaikan harga barangan. 

Beliau marah apabila media sosial mengeluarkan gambar beliau bersama isteri muda dan anaknya di London, Paris dan sebagainya, sedangkan di dalam negara sendiri beliau memilih untuk berkempen di jalanan dan bukan dengan mendekati Rakyat.

Persoalan yang harus difikir bersama, adakah Rakyat Kuala Terengganu akan terus memilih beliau sebagai Wakil Rakyat?

23 Guna Komik Untuk Kaedah 'Brainwash' Satu Teknik Komunis China Yang Telah Lapuk @cmlimguaneng

Bagi membersihkan diri beliau dari persepsi dua pertuduhan rasuah yang bakal dibicarakan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hujung bulan ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng terdesak untuk mengeluarkan sebuah komik propaganda untuk 'brainwash' pengikut-pengikutnya.

Komik berkenaan dijenamakan sebagai 'The People's Chief Minister'. Sayangnya, satu-satunya negara yang terkenal mengamalkan kaedah sebegini adalah negara komunis China sewaktu era revolusi budaya pada tahun tahun 1960an dan 70an.

Malangnya, cara sebegini sudah tidak lagi digunakan sejak 20 tahun lalu oleh negara berkenaan. Satu-satunya negara yang masih mengamalkan cara sebegini adalah Korea Utara. Mungkin Ketua Menteri Pulau Pinang ingin menceritakan tentang rumah banglo beliau yang tidak mempunyai kolam renang di dalam komik tersebut kot?

March 17, 2017

90 Tun Dr Mahathir Kata Dia Perdana Menteri Paling Miskin, Ini Buktinya



Dalam ceramah beliau di Kota Bharu, Kelantan dua hari lepas, Tun Dr Mahathir mempertikaikan perkahwinan anak Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak yang disifatkannya sebagai berbelanja mewah. Katanya, "jadi PM gaji tak banyak bukan boleh kaya," disambut gelak ketawa penonton yang hadir. Saya menangis teresak-esak mendengar pengakuan Mantan Perdana Menteri 22 tahun ini yang hidup tidak kaya.

Saya yakin dan percaya, laporan-laporan di bawah tentang harta dan kekayaan Tun Dr Mahathir adalah merupakan fitnah dan adu domba yang sengaja direka cipta oleh cytro Barisan Nasional (BN) untuk memburukkan Pengerusi Parti Cap Bunga Raya ini.

1. Tun Dr Mahathir dikatakan mempunyai sekurang-kurangnya 40 ekor kuda. Sumber baca di sini.

2. Tun Dr Mahathir dikatakan pemilik kedua terbesar The Palace of Golden Horses, perhotelan mewah bertaraf 5 bintang,


3. Anak Tun Dr Mahathir, Datuk Mokhzani Mahathir, merupakan antara 10 orang terkaya di Malaysia. Alhamduillah, semuanya berkat tunjuk ajar Tun Dr Mahathir mendidik Datuk Mokhzani menabung dari kecil sehingga beliau berjaya di dalam perniagaan tanpa pertolongan dan campur tangan bapa beliau.

4. Tun juga dikatakan pemilik syarikat kapal terbang sendiri.


5. Lebih memilukan apabila Tun Dr Mahathir dan keluarga difitnah memiliki 488 syarikat.






Ini semua fitnah akhir zaman. Mana mungkin anak seorang Pengetua Sekolah Menengah di Alor Setar dan menantu seorang Penghulu mampu memiliki kekayaan sehingga ke beberapa generasi? Oleh itu, kita hendaklah yakin dan percaya apabila Tun Dr Mahathir berkata bahawa beliau adalah Perdana Menteri yang paling miskin.

50 Hari Ini Dalam Sejarah - Wartawan Saman @cmlimguaneng


Joseph Lim Guan Eng telah bertemu buku dengan ruas. Pagi ini, wartawan akhbar Guang Ming Daily, Ong Beng Siang memfailkan saman fitnah terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Dalam penyataan saman beliau, Ketua Menteri telah mengeluarkan kenyataan memfitnah iaitu,
"Kami juga tahu wujudnya wartawan yang ingin memburuk-burukkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, jika mereka ingin menggulingkan Kerajaan sila gunakan kenyataan dan bukannya memaparkan laporan yang tidak berasas."
Ong Beng Siang mendakwa Joseph Lim Guan Eng dalam laman sosial Facebook rasmi beliau telah memfitnahnya sebagai seorang wartawan tidak beretika dan tidak profesional. Joseph Lim Guan Eng pada 22 Januari lalu dilaporkan berkata di Facebook bahawa terdapat pemberita yang mahu mencemarkan reputasi kerajaan Pulau Pinang.

Joseph Lim Guang Eng tidak senang dengan laporan Ong Beng Siang yang mendakwa lembaga pengarah Chung Hwa 3 memutuskan tidak membina cawangan pada tapak tanah yang disediakan kerajaan negeri kerana dasar-dasar yang ketat.

Pengarah sekolah itu bagaimanapun menafikan laporan itu. Ini mendorong Joseph Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan balas terhadap Ong Beng Siang.




March 16, 2017

81 Belum Bermula Sudah Berakhir? Bunga Oh Bunga

Loqlaq sungguh Mat-Mat Bunga kat Negeri Kedah. Punah harapan Boboi hendak menjadi Menteri Besaq Pasir Berdegung. Ini orang dok habaq, belum bermula sudah berakhir. Hangat-hangat tahi ayam lagu tu.

Katanya 500 orang Parti Cap Bunga Raya Bahagian Baling keluaq parti hari ni. Betui ka? Mana mai 500 orang pun tak tau lah. Gebang kuat hangpa ni. Ahli-ahli yang berdaftar pun baru 221 orang. Dalam gambaq bawah adalah 10 orang. 

Puak-puak Bunga ni dok bagi ketaq Tok Wan dan Boboi saja. Dah la Tok Wan jantung pun pakai bateri. Satgi hangpa kata Tok Wan pun tak mau kalah. Kalau DAP keluaq ahli ramai-ramai kat Melaka, geng Bunga pun sama naik sheikh keluaq kat Kedah. Loghat hangpa noo ...


14 Rosmah Mansor Pegang Penaung PERMATA Salah, Betty Chew Pegang Lembaga Pengarah Hartanah Boleh? Dajal Kiasu Punya DAP

Berkatalah seorang Ketua Menteri di sebuah negeri di Utara tanahair yang dipetik Free Malaysia Today, baca di sini,
"Although I am not a water expert, I am holding this position because I am CM. The CM post comes from the people’s vote. Rosmah’s post was not determined by polls. Please do not talk about that when she is just the PM’s wife. You have the position by marriage. And hence you are the patron. So, please do not drag me into this issue."
Joseph Lim Guan Eng berkata demikian ketika mengulas kenyataan Pegawai Khas isteri Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor menamakannya sebagai orang yang tidak layak kalau berdasarkan kepada kelulusan, latarbelakang pendidikan mahupun kelayakan untuk menjadi Pengerusi PBAPP selepas ADUN Damansara Utama, Yeo Bee Yin mempertikaikan kelayakan Rosmah Mansor sebagai Penaung PERMATA.

Pertama, jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang bukan dipilih oleh Rakyat. Rakyat Pulau Pinang hanya memilih beliau sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih. Kedudukan beliau sebagai Setiausaha Agung DAP sejak 2004 dan anak kepada 'diktator' di dalam DAP memungkinkan beliau menjawat jawatan tersebut.

Kedua, membandingkan DS Rosmah Mansor sebagai isteri Perdana Menteri dan dengan kedudukan tersebut DS Rosmah Mansor menjawat jawatan Penaung PERMATA mungkin ada betulnya. Namun apa kesalahan dengan memikul tanggungjawab tersebut? Mungkin Lim Guan Eng terlupa tentang isterinya Betty Chew. Betty Chew adalah ADUN Kota Laksamana di Melaka dan Melaka dan Pulau Pinang bukanlah negeri yang sama (untuk pengetahuan macai DAP yang bengap).

Barangkali Joseph Lim Guan Eng boleh memberikan sebab yang sama, mengapa isterinya Betty Chew terlibat dalam sektor hartanah dan konsultansi hartanah di Pulau Pinang yang turut melibatkan Phang Li Koon sebagai rakan kongsi terutama dalam syarikat yang bernama Excel Property Management and Consultancy Sdn Bhd. Baca di sini. Macai DAP kenal tak siapa perempuan Phang Li Khoon ini? Untuk rekod, Phang Li Khoon adalah tertuduh yang telah turut didakwa dalam dua kes rasuah bersama-sama Joseph Lim Guan Eng. Ingat tak macai?


Begitu juga dengan perlantikan Betty Chew oleh Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang untuk mengetuai jawatankuasa hartanah menerusi kaitan rapat antara Joseph Lim Guan Eng dengan Tan Sri Tan Kok Ping. Baca di sini. Bukankah kedudukan Betty Chew ini juga seperti kata Joseph Lim Guan Eng, "position by marriage"?

March 15, 2017

247 Kalau DS Rosmah Mansor Tidak Layak Menjadi Penaung PERMATA, Apa Kelayakan @cmlimguaneng Terajui PABPP


Tindakan ADUN Damansara Utama, Yeo Bee Yin mendesak isteri Perdana Menteri, DS Rosmah Mansor meletak jawatan sebagai Penaung Program Permata Negara (PERMATA) disifatkan kenyataan dangkal dan kebudak-budakan. Ini disebabkan Wakil Rakyat DAP berkenaan mempertikaikan kelayakan DS Rosmah Mansor sebagai Penaung PERMATA.

Untuk pengetahuan Yeo Bee Yin, DS Rosmah Mansor adalah lulusan Sarjana Muda Pengajian Sosiologi dan Antropologi dan juga pemegang Sarjana Bidang Sosiologi. Latar belakang pendidikan Isteri Perdana Menteri itu sememangnya melayakkan beliau menerajui program pendidikan awal kanak-kanak itu. Saya mahu tanya ADUN Damansara Utama, apa kelulusan beliau sehingga mempertikaikan kelulusan orang lain?

Untuk pengetahuan Wakil Rakyat DAP yang rata-ratanya baghal dalam pengetahuan am, Penaung dalam sesuatu organisasi tidak mempunyai sebarang Kuasa Eksekutif atau pembuat keputusan dasar. Oleh itu, PERMATA sebagai sebuah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri mempunyai peraturan dan syarat ketat untuk sebarang urusan keluar masuk peruntukan. Jadi amatlah dangkal sekiranya Wakil Rakyat DAP cuba untuk menuduh DS Rosmah Mansor mempergunakan peruntukan PERMATA untuk kegunaan peribadi.

Kalau YB Yeo Bee Yin cuba untuk membuat perbandingan mengenai siapa yang layak memegang jawatan, cuba tepuk dada tanya Joseph Lim Guan Eng, adakah beliau pakar dalam kajian air sehinggakan beliau dilantik sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP)? Kenapa tak suruh Ketua Menteri Pulau Pinang berkenaan meletakkan jawatan kerana beliau bukanlah seorang pakar air.

17 Selepas Kerinchi Residensi, Hari Ini Razak Mansion Menjadi Kenyataan







Pada 22 April 2014, Perdana Menteri, DS Mohd Najib Tun Razak telah melancarkan Projek Pembangunan Semula Perumahan Awam 1Razak Mansion yang akan memberi manfaat kepada 658 keluarga. Serentak dengan itu juga beliau mengumumkan "durian runtuh" kepada penduduk melalui tiga insentif antaranya 557 keluarga sedia ada akan menerima rumah baharu secara percuma.

Penghuni-penghuni ini akan menukar unit lama dua bilik tidur, satu bilik mandi saiz 399 kaki persegi dengan unit baru tiga bilik tidur dan dua bilik mandi bersaiz 800 kaki persegi. Unit baru ini bernilai 4 kali ganda nilai unit lama. Manakala 101 keluarga penyewa ditawar harga jualan RM42,000 berbanding harga pasaran RM250,000.

Selain itu, Perdana Menteri memberitahu duti setem pemilikan rumah baharu berjumlah RM4,000 diberi subsidi dan ditanggung sepenuhnya berserta pemberian wang imbuhan RM3,000 kepada 557 penghuni sedia ada. Perdana Menteri berkata,
"Perumahan ini dekat di hati saya kerana Allahyarham Tun Abdul Razak pernah menjejakkan kaki beliau di sini dan seterusnya merasmikan Kawasan Perumahan Awam Razak Mansion kira-kira 47 tahun yang lalu."
Projek pembangunan itu akan melibatkan keseluruhan 658 unit rumah, 23 kedai, 110 lot pasar berserta kemudahan seperti pejabat kecil, dewan orang ramai, surau, tadika, pejabat persatuan penduduk dan pondok polis.

Hari ini, 15 Mac 2017, tidak sampai tiga tahun, Perdana Menteri telah menyerahkan kunci unit baru kepada penduduk-penduduk. Janji ditepati.

Dulu


Sekarang

77 Bagaimana @RafiziRamli Boleh Menjadi Akauntan Bertauliah Dengan Mengeluarkan Kenyataan Bodoh Mengenai Hotel St Regis?


Ini adalah petikan daripada kenyataan terbaru Ahli Parlimen Ampang, Rafizi Ramli di dalam laman sosial Facebook beliau, di sini:
Saya telah menyemak prestasi kedua-dua syarikat ini sejak ditubuhkan sehingga ke penyata kewangan terkini yang diaudit, yang menunjukkan kedua-dua syarikat ini menanggung kerugian semasa dan terkumpul seperti berikut:
Integrated Nautical Sdn Bhd (Hotel St Regis)
Kerugian semasa - RM3 Juta (31 Disember 2015)
Kerugian terkumpul - RM8 Juta Sejak ditubuhkan 2013
Garuda Suci Sdn Bhd (LICC)
Kerugian semasa - RM2 Juta (31 Disember 2015)
Kerugian terkumpul - RM4 Juta Sejak ditubuhkan 2013
Kedua-dua projek ini tidak pernah menunjukkan keuntungan sejak ditubuhkan 3 tahun lalu dan ada kemungkinan ia akan berterusan mengalami kerugian seperti yang telah ditunjukkan di dalam penyata perbandingan kewangan.
Pertama, Majlis Pecah Tanah atau 'Ground-Breaking Ceremony' bagi kedua-dua pembinaan Hotel St Regis dan Langkawi International Convention Centre (LICC) yang dimulakan pada tahun 2013 bermaksud bermulanya tarikh pembinaan kedua-dua hartanah berkenaan. Ini bukanlah bermaksud tarikh bermulanya operasi kedua-dua hotel dan pusat konvensyen berkenaan.

Adalah satu yang normal bagi sesuatu projek mengalami kerugian semasa projek pembinaan sedang berjalan memandangkan projek berkenaan belum menghasilkan sebarang keuntungan tetapi terdapat kos yang terlibat. Hotel St Regis hanya dibuka pada April 2016 dengan jumlah pengunjung yang begitu memberansangkan.

Kedua, hotel-hotel di Langkawi mencatatkan kadar kunjungan pelancong di antara 75% sehingga 95% pada suku pertama 2016. The Edge pula melaporkan, 
Langkawi, one of the hotel markets with the highest average daily rate (ADR) in the country, is expected to continue performing well with the recent opening of the St Regis hotel, It has completely changed the high-end luxury travel for Langkawi.
Ketiga, Hotel St Regis bukanlah merupakan hotel rumah ayam yang selalu Rafizi Ramli menginap untuk mendapatkan ilham. Majalah Vogue, baca di sini membuat ulasan Hotel St Regis seperti berikut:
3. Langkawi, Malaysia Thailand and Vietnam have traditionally stolen the spotlight in Southeast Asia, even though Malaysia’s cuisine, art, architecture, and beaches are just as fantastic. Langkawi, an archipelago made up of 99 islands on Malaysia’s west coast, is about to put the country on the travel map. The St. Regis opened the country’s first all-suite resort here, complete with a Bill Bensley–designed restaurant and the largest swimmable lagoon on the island. Next summer, the Ritz-Carlton is scheduled to open a 90-room, 30-villa property with a destination spa that will rival even Thailand’s famous wellness retreats.
Manakala, Majalah Singapore Tatler, baca di sini, juga memberi ulasan yang positif mengenai Hotel St Regis di Langkawi dengan tajuk rencananya, Langkawi Gets a Luxe Revival with The St. Regis.

Oleh kerana itulah, Kerajaan melalui Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Aset Tanah Nasional Bhd memutuskan untuk bekerjasama dengan TS Peter Sondakh, yang memiliki rangkaian Hotel St Regis di Bali dan Jakarta untuk membangun hotel berkenaan di Langkawi.

Rafizi Ramli tidak perlulah menjalankan tugas hakikinya iaitu 'menghasut rakyat tiap-tiap hari', dengan menyebarkan fitnah bahawa Kerajaan akan menanggung kerugian RM379 juta kesan dari pelaburan ini dan akan 'bail-out' projek ini pada masa akan datang.

0 Presiden MCA Sifatkan Parti DAP Seperti Parti Lim Kit Siang Dan Anak Sdn Bhd


DAP Melaka 3 hari lepas mengalami gelombang kedua melibatkan anggotanya yang keluar parti selepas ahli veteran dan Ahli Parlimennya, Sim Tong Him bersama tiga ADUN lain berbuat demikian bulan lalu. Seramai 182 anggota akar umbi DAP yang diketuai tujuh bekas anggota jawatankuasa DAP negeri, keluar parti kerana kecewa dengan parti itu.

Mengulas kejadian berkenaan, Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai berkata, peletakan jawatan yang berlaku dalam DAP Melaka bukanlah merupakan satu kejutan kerana parti itu telah kehilangan arahnya. Antara lain, parti itu menyimpang daripada prinsip "Malaysian Malaysia" yang diperjuangkan selama ini.

Tambah DS Liow, pemimpin DAP lebih berminat dalam melindungi kepentingan mereka sendiri daripada mendengar keluhan ahli-ahli mereka, menyumbang kepada perletakan jawatan beramai-ramai ini. Begitu juga dengan pemimpin tertinggi parti seperti Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng yang menjadikan parti berkenaan seperti parti 'Lim Kit Siang dan Anak Sdn Bhd.

Bekas Setiausaha DAP Melaka, Liou Chen Kuang, yang menyertai DAP 18 tahun dulu, mengkritik DAP kerana menjual maruah Cina demi meraih undi untuk mendapat kuasa, dengan mendakwa gagal menghapuskan rasuah dalaman serta dakwaan campur tangan kepimpinan pusat dalam hal berkaitan DAP negeri.

Tidak seperti MCA yang sentiasa berlaku perubahan di dalam pucuk pimpinan parti, DAP pula mengamalkan konsep diktator di dalam mengekalkan pentadbiran parti. Oleh itu, tidak hairanlah apabila Lim Kit Siang masih lagi mengekalkan kuasa di dalam parti sejak 40 tahun lepas.

March 14, 2017

131 Sewa Bulanan RM124 Sebulan, Namun Kenapa Sewaan Tertunggak Bagi Penduduk PPR Mencecah RM1.9 Billion?


Agak mengejutkan statistik yang dibentangkan di dalam Dewan Rakyat hari ini apabila Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, TS Noh Omar, menyatakan bahawa terdapat 377 notis yang dikeluarkan kepada penduduk yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) disebabkan sewaan bulanan yang tertunggak. Jumlah ini bukannya sedikit malah mencecah sehingga RM1.9 billion.

Jumlah ini kalau dilihat sekali imbas memang tidak masuk akal. Kalau dilihat dari segi kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan, Perumahan Awam DBKL misalnya hanya mengenakan jumlah sewaan sebanyak RM124 sebulan. Mana hendak dapat jumlah sewaan RM124 di bandar Kuala Lumpur?

Bukan itu sahaja, malah kos pembaikan ditanggung oleh Kementerian Wilayah Persekutuan. Menteri Wilayah Persekutuan, DS Tengku Adnan Tengku Mansor juga menjanjikan dan menyediakan Pengangkutan Bas Percuma kepada penduduk PPR. Namun, mengapa masih ada kes-kes tunggakan seperti ini? Kenapa masih ada penduduk PPR yang masih kufur nikmat dan tidak tahu bersyukur?

Graf insiden kemiskinan semakin menurun setiap tahun sehinggakan kini di bawah 1%. Kita tidak menafikan ada golongan yang tidak bernasib baik di mana dari paras miskin jatuh ke paras miskin tegar. Ini kebiasaannya disebabkan oleh malapetaka dan bencana. Yang ini perlu dikenalpasti dan dibantu. 

Namun kita tidak mahu golongan anti Kerajaan yang kufur nikmat berselindung di sebalik topeng kemiskinan dan menyalah gunakan kemudahan yang diberikan. Mana tidaknya, jumlah 'prepaid' untuk internet yang digunakan untuk mengutuk Kerajaan di laman-laman sosial kadang kala lebih daripada jumlah sewaan bulanan sebanyak RM124.

March 13, 2017

243 ADUN PKR Batu Uban Hina Islam cc. @PDRMsia @SKMM_MCMC

Kenyataan kurang ajar dari ADUN Batu Uban PKR dengan selamba mengatakan Islam bukan agama keamanan. Dalam satu kenyataan berbahasa English, Raveentharan Subramaniam menulis, "Firstly Islam was never a religion of peace". Adakah ADUN PKR ini cuba menuduh Islam adalah Agama Keganasan?

Kemaskini 6.30 PM: Ketua Polis Negara, TS Khalid Abu Bakar telahpun bersuara.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates