August 10, 2017

21 Top Dog Pakatan Harapan Fail Saman Singkir Panel RCI, #NothingToHide Lah Sangat




10/07/2017, Top Dog Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir dalam satu ceramah beliau dengan bongkak berkata beliau tidak gentar disiasat. Malah beliau mencabar Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak supaya menangkapnya. 

08/08/2017, tidak sampai sebulan kemudian apabila Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) memulakan persidangan, Tun Dr Mahathir telah mengarahkan peguam-peguamnya untuk memfailkan saman untuk menyingkirkan panel RCI dan juga Ketua Hakim setelah permohonan mereka untuk perkara yang sama ditolak.

Pakar 'u-turn' sudah 'u-turn' lagi. Kalau sebulan yang lepas sikit punya gempak suruh Perdana Menteri tangkap beliau. Kini, beliau menggunakan modus operandi Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim untuk melengah-lengahkan kes. Laporan dari malaysiakini.com 09/08/2017:
Pengerusi Pakatan Harapan Dr Mahathir sedang mendapatkan perintah mahkamah bagi menggugurkan dua anggota Suruhanjaya DiRaja menyiasat kerugian tukaran wang asing (RCI). Mahathir juga sedang mendapatkan perintah mahkamah menuntut kerajaan persekutuan untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk menarik semula lantikan dua individu terbabit. Bekas perdana menteri juga mahu mahkamah menangguhkan RCI tersebut sehinggalah kes ini diputuskan di mahkamah.
'Nothing To Hide' lah sangat Top Dog kan? Jadi  Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak tidak perlu lah melayan perkara remeh seperti program Nothing to Hide 2.0, anjuran Armada, Ahad ini. Seperti kata Ketua Penerangan UMNO, TS Annuar Musa, Perdana Menteri mempunyai banyak tanggungjawab lain yang perlu dilaksanakan.

Tambah TS Annuar lagi, kerja cabar-mencabar ini, kalau parti A tak buat, parti B akan buat, tapi kerja Perdana Menteri kalau beliau abaikan, tiada siapa hendak buat. Kemudian Rakyat yang terabai, jika Perdana Menteri fokus kepada kerjanya, Rakyatlah akan dapat untung. Malah TS Annuar turut menyifatkan Armada sengaja ingin mencari publisiti dengan menganjurkan forum berkenaan.


21 comments:

Anonymous said...

Pakar hutang bila nak buat hutang lagi? Tolong buat hutang dalam billion ya..

Anonymous said...

Sekarang syarikat anak-anak Mahahtir berhadapan dgn serbuan IRB,sama ada tindakan tersebut kerana perangai Mahahtir atau tidak itu tak jadi soal,yg penting kalau terbukti ada kesalahan di bawah ITax acts.ambil lah tindakan.Masa Mahahtir berkuasa dulu sama juga ,ambil tindakan pada musuh politiknya,sama ada yg berniaga atau yg berpolitik semata.Kalau IRB nak cari salah memang boleh cari.Kita tengok saja lah ,apa kesudahnnya,'bersih' atau tidak syarikat anak mereka ni.

Mahathir pula bakal berhadapan dgn RCI,nampak gaya macam takut-takut je.Para pengikut Mahahtir terus berpesta menggalakan Mahathir macam menyabung ayam.Yg sedang berhadapan dgn masalah ialah Mahahtir dan sekeluarga.Dulu pun aku dah kata ,penyokong Mahahtir ni tak ada belas kasihan langsung pada Mahahtir. Mahahtir tu dah tua ,rekord buruk dalam masa menjadi PM pun banyak,anak-anak manja dan kaya raya yg boleh mendantang kan syak wasangka,di galaknya pula buat hal nak tunjuk handal.Betul betul nak cari nahas.

Anonymous said...

Kedutaan US..Australia...Turkey ada jual borang saper nak jadi warganegara depa..madey dah apply lum....

hihihihihihi

Anonymous said...

Aku pun tak dapat lah nak bersimpati pada Mahahtir,sekarang dia kena dia punya pasal lah ,tanggung senidiri.Bukan ke dia kata kita Melayu ni memperalatkan dia,jadi sekaranglah masanya kita angguk saja apa yg dia kata.Masa jadi PM dulu walau pun dia alat kita ,tapi dia hanya kaya kan kroni dia,sekarang dia kena minta tolong pada kroni lah.

Anonymous said...


Ko le yg buat hutang rumah,hutang kenderaan, hutang ptptn, hutang peribadi dp bank, dan bebelas2 kad kredit, bila nak bayar???

Anonymous said...

Kutyy pondan tua. Macai dia pondan muda ekeke.

Anonymous said...

Kesian atok tua tu..kenapa gatal tangan jolok sarang tebuan...kan dah kena..nak lari mana ke hulu kena ke hilir pun kena akhirnya terjun masuk tempat Dapig berkumbah...lagi..naya...dahlah kotor.. Jijik..berkuman tapi yang pasti HARAM di sisi Islam...kan kan kan

Anonymous said...

ECRL Projek Bertaraf Dunia Untuk Rakyat Biasa

1 November 2016, hasil lawatan Datuk Seri Najib ke China sejumlah 14 perjanjian perdagangan bernilai RM144 billion telah dipersetujui. Salah satunya adalah projek Laluan Rel Pantai Timur atau ECRL sepanjang 688 kilometer dari Pelabuhan Klang ke Pengkalan Kubor.

Semasa China bersetuju untuk melabur dalam projek ECRL berkelas dunia bernilai RM55 billion ini pada November lepas, pembangkang membuat pelbagai tohmahan dan kutukan kononnya Malaysia sudah kena gadai dengan China.

Tuduhan yang sama sekali tidak benar, ini kerana dalam masa yang sama pelaburan Malaysia bernilai RM7.5 billion juga masuk ke China. Bila Guan Eng meminjam wang tanpa had dari Exim Bank of China tidak pula dikata Pulau Pinang kena gadai?

Projek ECRL ini adalah satu projek bertaraf dunia untuk rakyat biasa. Pembangkang tidak perlu mempolitikkan semua benda, kerana kebaikan ECRL ini manfaatnya adalah untuk semua rakyat biasa.

Sistem pengangkutan yang moden dan bertaraf dunia ini akan memudahkan pergerakan ramai orang, dari Selangor terus ke Kelantan dalam masa 4 jam sahaja.

Sama seperti projek MRT, kini dari Kajang ke Sungai Buloh, setiap hari ramai orang mahu merasai menaiki MRT. Ada yang berswafoto dalam MRT, ada yang mahu rasa makan Sate Kajang dan pemandu Grab pun dapat tambah rezeki mereka.

Inilah juga yang akan dirasai oleh rakyat di Pantai Timur bila ECRL ini siap nanti. ECRL mensasarkan 5.4 juta penumpang dan 53 juta tan kargo antara tahun 2024 hingga 2030.

Malah Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob turut mengakui ECRL bakal memberi impak besar pada rakyat Kelantan nanti. Kisah janji Husam Musa untuk buat tren laju sejam dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur hanya tinggal jadi bahan jenaka sahajalah, bila ECRL ini siap nanti.

Seramai 3,600 pelatih dari kalangan mahasiswa akan dilatih dalam Program Latihan Kemahiran Industri ECRL. Membuka peluang pekerjaan kepada 80,000 rakyat Malaysia.

ECRL juga dijangka meningkatkan KDNK negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan sebanyak 1.5%. Menurut Anthony Dass, Group Chief Economist Ambank, pembinaan ECRL ini turut menyumbang 0.2% kepada pertumbuhan GDP negara.

4.4 juta rakyat di Pantai Timur akan dapat menikmati perkhidmatan tren berkelas dunia bila ECRL siap nanti pada 2024. Hari ini pun, mereka yang mahu balik ke utara sedang menikmati kemudahan tren ETS yang cukup selesa, menjimatkan masa dan tenaga.

Bagai goreng pisang panas, tiket ETS habis awal bila musim perayaan dan hujung minggu. Itulah nanti yang akan dinikmati oleh orang Kelantan, Terengganu dan Pahang nanti bila ECRL siap pada 2024 nanti.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri sudah menyatakan bahawa projek rel terpanjang di Malaysia itu telah mendapat sokongan penuh rakyat.

"MRT membuatkan rakyat percaya bahawa kita mampu mencapai dan menyediakan kemudahan bertaraf dunia. Begitu juga dengan ECRL yang akan bertaraf dunia.

"Adalah sesuatu yang membanggakan projek ini mendapat sokongan 95 peratus daripada 17,000 responden daripada kaji selidik yang dijalankan selama tiga bulan," kata Datuk Seri Najib.

600 orang boleh berada dalam satu tren ECRL yang akan beroperasi selama 22 jam 30 minit sehari antara jam 5 pagi hingga 1 pagi.

Bermakna emak dan ayah boleh pergi rumah anaknya di Gombak jam 5 pagi dari Tumpat membawa bersama Nasi Dingin atau Nasi Berlauk.

Sampai 9 pagi sudah boleh bersarapan bersama anak anak di Gombak. Kemudian pulang semula ke Tumpat pada jam 5 petang dan sampai jam 9 malam.

Hubungan kekeluargaan menjadi erat dengan adanya ECRL. Mereka yang jauh didekatkan dengan keretapi berkelas dunia. Hentikanlah buat cerita yang tidak baik.

Dulu cakap Lynas ada "zombie" dan sebagainya, sekarang selepas 5 tahun ada orang mati kerana bahan radioaktif dan jadi "zombie"? Pembangkang menipu sahaja.

Bersama samalah kita menyokong projek ECRL bertaraf dunia ini, demi kebaikan semua rakyat .

Anonymous said...

TOP DOG BUAt2 TUNJUK MACHO.. SEBENARNYA KELAM KABUT DAH!!

KETIKA MAHATHIR GUNAKAN TAKTIK LGE DAN RAFIZI UNTUK TANGGUHKAN RCI FOREX, OTAKNYA MAKIN SAKIT BILA 3 ORANG ANAK LELAKINYA PULA 'DIKUNJUNGI' LHDN!!!

Ketika si bapa kelihatan amat kelam-kabut tetapi masih lagi berlagak seolah-olah hero filem dari negara asal keturunannya, anak-anak pula bercempera dalam 'serangan' yang tidak diduga.

Dr. Mahathir sebelum ini merungut, rakan-rakan rapatnya termasuklah rakan kongsinya telah didatangi oleh LHDN menuntut bayaran cukai yang tidak dijelaskan atau dilarikan selama ini. Bagi Mahathir, LHDN dan Kerajaan telah bertindak kejam kerana menuntut ratusan juta ringgit bahkan berbilion-bilion ringgit daripada rakan-rakannya itu.

RCI Forex baru hendak bermula. Dr. Mahathir bercakap megah, kononnya kalau Kerajaan berani, tangkaplah dia. Tetapi RCI FOREX katanya perlu ditangguhkan dahulu sehinggalah keputusan mahkamah berhubung kedudukan dua orang ahli panel RCI yang dilantik oleh DYMM Yang Di-Pertuan Agong, diputuskan oleh mahkamah terlebih dahulu. Dengan kata lain, taktik yang dahulunya digunakan oleh Anwar Ibrahim dalam usaha menangguhkan perbicaraan, kemudian digunakan pula oleh Rafizi Ramli dan sekarang ini menjadi amalan rutin Lim Guan Eng, telah diadaptasi oleh Dr. Mahathir.

Adakah selepas ini, Dr. Mahathir juga akan mempertikaikan mana-mana akta atau sebahagian seksyen dalam akta-akta tersebut sebagai tidak berperlembagaan sepertimana helah yang digunakan oleh Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli dan Lim Guan Eng?
Besar kemungkinan itulah yang akan berlaku sekiranya Dr. Mahathir memilih mana-mana peguam dari kalangan DAP!

Mahathir mungkin tidak begitu risaukan tentang dirinya. Kalau dia ditangkap, bermakna dia akan menyelamatkan ramai orang terutama sekali tiga orang anak lelakinya. Malah kalau dia berjaya 'pujuk' Najib Abdul Razak untuk duduk sekali dengannya, berdebat dengan Najib dalam program Nothing To Hide 2.0, dia boleh menyelamatkan air mukanya. Apatah lagi kalau bab berbohong, menipu dan TERLUPA, Mahathir sudah boleh diangkat sebagai MAHARAJA.
Nothing to Hide 2.0 adalah program yang terpaksa dicipta oleh ARMADA Cap Bunga bagi menyelamatkan air muka Mahathir yang gagal menjawab banyak persoalan berhubung kekayaan anak-anak dan kroni-kroninya.
.....con't

theflyingkick.blogspot.my/2017/08/ketika-mahathir-gunakan-taktik-lge-dan.html

Anonymous said...

Di Batu Gajah pula sudah tertubuh pusat pembuatan locomotive

Anonymous said...

MAHARAJA UTURN... mader kutty..
Haaakkktuuuiii...

Anonymous said...

It is very sickening to see a bunch of lawyers manipulate the law for their personal interest including political. Because they are lawyers and members of the law fraternity they twist and do whatever they can find to oppress justice.

Anonymous said...

Aku memang Dah lama bull shit kan geng lawyer ni... Mereka mainkan undang undang macam haram jadah... Bila aku jumpa mereka INI, berbangga pula dgn tag logo justice kat kereta, aku sumpah seranah he puak ni.... Haram jadah...

Anonymous said...

style pentadbiran Najib..
dia buat projek Mega dia perturunkan peluang tu DIRECT pd semua..

takde lagi konsep proksi penyangak mcm TDM Kutty buat.. pastu letak konsesi gilababi punya klausa2 yg mencekik darah rakyat dan pemimpin seterusnya






Anonymous said...

Insya Allah dijangka akan berkembang pesatnya perkembangan ekonomi mendadak di Kelantan-Terengganu-Pahang apabila bermulanya ECRL ini.

Banyangkan pembangunan dan limpahan rezeki akan mencurah-curah ke Kelantan dan Terengganu selain daripada rakyat pantai timur berulang alik dengan mudah dan selamat selesa, ia akan jadi satu produk pelancongan baru yang menjana ekonomi baru di negeri-negeri ini.

Lihat sistem rel Padang Besar-KL Sentral sahaja sudah menjangkau kapasiti maksimum.

UMP- Universiti malaysia Pahang akan menjadi pusat kejuruteraan rel termaju. Manakala jurutera2 muda lepasan ijazah akan mendapat peluang yg sangat banyak.. ini bukan mai2n punya skala projek. MRT skala kecil pun sudah banyak semua golongan dapat manfaat. Insya Allah

Belum lagi dikira penduduk setempat yang akan melibatkan diri dalam kejuruteraan sivil, elektrikal, lanskap, dna hiliran2 lain. Syarikat2 di pantai timur yang selama ini tertinggal dr semua ini. Alhamdulillah satu kehebatan dan keikhlasan kepimpinan Kerajaan melalui inisatif berani DS Najib Tun Abdul Razak.

Rakyat Kelantan-Terengganu-Pahang akan rasai satu kemudahan bentuk baru yang luar dari apa yang mereka rasai sebelum ini.
MRL under MOF akan kendalikan projek ini dbawah kontraktor utama CCCC dibawah pembiayaan Bank of China. Konsep ini sama shj zaman Malaysia membina sistem bekalan air, empangan, infra2 lain melalui pinjaman Yen Jepun dan juga Korea Selatan

Sistem Rel EMU Electric Metre Guage dlm Standard Guage merupakan satu design bijak oleh Kerajaan Najib berbanding rekabentuk sistem rel ETS-Komuter Padang Besar-Gemas sekarang kerana sistem Rel ECRL membolehkan tren dari rangkaian ETS dan Komunter KTM pantai Barat boleh memasuki sistem Rel ECRL. Tetapi tidak sebaliknya. Ini disebabkan Metre Guage ialah sistem lama dan terhad kapasitinya dan merugikan kerana Tren EMU tidak dapat mencapai kelajuan maksimum dalam kelas tertentu.

Satu kesilapan zaman Madey apabila merancang double-tracking KTM pantai barat dibiarkan dengan mengekalkan sistem lama Metre Guage yang menyebabkan kelajuan maksimum EMU unit hanyalah sekitar 140-160Kmj dan tidak dikategorikan sebagai High Speed Train (EU Certification) berbanding spesifikai ECRL dan KLSG-HSR yan boleh mencecah 250-300 Kmj.

Insya Allah dengan siapnya sistem hebat ini Betapa beruntungnya penduduk pantai timur dan Johor berbanding sistem rel KTMB pantai barat kerana kelajuan dan adaptasi dual-guage adaptor dikemudian hari dengan kelajuan sebenar Bullet Train di Jepun dan EU.

Anonymous said...

Beloq TOP DOG semakin gelabah. banyak maki hamun dan caci mencaci macam dh hilang akal. Sejak Zahid attack dengan IC Madey s/o Kutty betul2 mereka geram dan panik. Sebahagian org Org Melayu dan warga FELDA akan menolak Bersatoo kerana isu ini.

TOP DOG terpaksi gali lubang baru untuk tutup lubang lama. Betapa banyak wang dihabiskan untuk semua ini. Mungkin ini takdir kerana semasa memerintah 22 tahun dulu banyak yang tidak rakyat ketahui. 3 orang anaknya pula ada masalah cukai!

memalukan!

Anonymous said...

Berbohong isu 1MDB punca akar umbi Umno reput
Kontroversi menyelubungi 1MDB meninggalkan kesan mendalam di kalangan ahli Umno di Langkawi yang kini semakin tergugat dengan pengaruh Dr Mahathir Mohamad dalam pakatan pembangkang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 10 Ogos, 2017.

MENCURI satu hal tetapi berbohong dan tidak mengaku mengenainya menyebabkan banyak pemimpin akar umbi Umno di Langkawi hilang kepercayaan terhadap kepimpinan presiden parti Najib Razak.

Seorang ketua cawangan Umno di Langkawi memberitahu The Malaysian Insight, 80% daripada ahli cawangannya menentang kepimpinan Najib kerana salah langkahnya itu.

"Kalau dia mengaku awal-awal terima duit RM2.6 bilion itu orang tak kisah, mestilah ada sebabnya.

"Tetapi yang dia berbohong, itu saya tidak boleh terima," kata Ahmad Kamardin, 52, yang menjadi ketua Umno cawangan Kampung Mawat, Ulu Melaka, Langkawi sejak 18 tahun lalu.


Ahmad berpendapat Najib sepatutnya menyaman pihak yang menuduhnya mencuri duit sebaik sahaja mereka melemparkan semua tuduhan itu.

"Kalau orang tuduh saya, saya boleh tumbuk orang itu. Tetapi apabila orang tuduh kita, kita tidak buat apa, bagi saya itu mana boleh.

“Di mana maruah pemimpin kita?" Soal bekas tentera yang 33 tahun menjadi ahli Umno itu.

Anonymous said...

Apa jadi jika berhutang terlalu banyak dengan China, soal aktivis
Robin Augustin
ShareTweetPinMail
Azlan-Awang

PETALING JAYA: Seorang aktivis sosio-ekonomi terkemuka memberi amaran kepada Putrajaya mengenai risiko Malaysia menghadapi masalah sama dengan Sri Lanka kerana berhutang terlalu banyak kepada China.

Timbalan Pengerusi Bantah-TPPA, Azlan Awang berkata, Malaysia perlu menanggung akibatnya jika projek mega berkaitan China gagal.

Pengasas bersama Blindspot yang merupakan kumpulan kepentingan sosio-ekonomi itu memberitahu FMT ada persamaan antara hutang Sri Lanka dan Malaysia kepada China.

Beliau merujuk rusuhan berhampiran bandar pelabuhan Hambantota di selatan Sri Lanka, baru-baru ini. Perusuh membantah satu perjanjian yang mereka dakwa akan menyebabkan pelabuhan terbabit menjadi jajahan China.


Menerusi perjanjian itu, pelabuhan terbabit akan dipajak selama 99 tahun kepada sebuah syarikat, di mana China akan mempunyai 80% pegangan. Ia juga akan menyebabkan penubuhan zon perindustrian di mana syarikat China akan dipelawa menubuhkan pangkalan mereka di sana.

Azlan berkata, perjanjian itu adalah akibat kegagalan Sri Lanka membayar balik kos projek lapangan terbang Mattala yang dibiayai China. Ia adalah gambaran cara Beijing menangani mereka yang gagal membayar hutangnya.

“Beijing mungkin tidak menghantar tenteranya, tetapi pemilikan pelabuhan laut dalam Hambantota dan 15,000 ekar tanah untuk zon perindustrian baru diserahkan kepada China kerana ia akan menjadi tanah jajahan untuk 99 tahun akan datang.

“Bagi Malaysia, apa penaltinya jika kita gagal membayar hutang besar kita?”

Azlan mendakwa pelaburan serta pinjaman “sembarangan dan melulu” Putrajaya akan menyebabkan “timbunan besar” hutang, tanpa kesan pengganda atau keuntungan ekonomi jangka panjang.

“Walaupun China tidak boleh dianggap bersifat imperialisme, ia tentunya tidak memberikan wang kerana hendak berbudi. China sebenarnya tahu cara untuk mengenakan penalti.”

Tun Dr Mahathir Mohamad turut menyuarakan kebimbangan sama baru-baru ini dengan berkata, tanah yang dijual kepada syarikat China akhirnya akan menjadi “negeri asing”

Anonymous said...

Dipantai timor sudah ade lebuhraya dan lapangan terbang...jika tambang ecrl sama mahal dengan kos penggunaan kereta ato kapalterbang ecrl hanye penuh sesak pada musim raye saje....

Anonymous said...

Cina bukan melabir dlm ecrl....cina bagi pinjam 55 billion dan jadi kontraktor utama...kalo cina melabor mesia tak perlu bayar...

Anonymous said...

China melabur di Malaysia tentu nak untung..Malaysia beri China melabur sbb tahu Malaysia mampu berkembang..dgn bantuan pelabur dari China..habis dulu waktu atok tu jadi Pm..Dasar Pandang ke timur berlumba lumba syarikat Jepun datang bukak kilang Hitachi... Sanyo...Dan banyak lagi.. Ada Malaysia dijual ke Jepun..tak kan...sudah lah Atok...lagi atok ckp lagi banyak tambah dosa.. Duduk diam Istighfar banyak2.. Ni musim orang pg Haji tak nak k atok bawa nenek Asmah..buat Haji...Atok banyak duit...naik jet kejap jer sampai

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates