July 7, 2017

35 @cmlimguang Dan @limkitsiang Mesti Jadi Anak Jantan, Adakan Semula Pemilihan CEC


Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) sebentar tadi telah mengeluarkan Kenyataan Media di mana ROS telah membuat keputusan berlandaskan kepada Akta Pertubuhan 1966 dan perlembagaan Parti DAP itu sendiri bahawa parti DAP perlu mengadakan sekali lagi pemilihan semula Ahli Jawatankuasa Pusat (CEC) yang baharu.

Keputusan yang dibuat oleh ROS hari ini membuktikan bahawa barisan tertinggi kepimpinan parti DAP telah menipu dalam pemilihan parti mereka pada pemilihan tahun 2013.

Ini juga membuktikan mereka semua adalah hipokrit dan munafik apabila mengkritik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) konon nya tidak telus dalam PRU tetapi mereka sendiri adalah kaki penipu dalam pemilihan parti mereka.

Perlu diingatkan bahawa skandal penipuan dalam pemilihan CEC DAP ini telah dilaporkan oleh ahli DAP sendiri dimana ahli DAP tidak berpuas hati dengan kepincangan terhadap proses-proses pemilihan semula CEC DAP yang dijalankan pada 29/09/2013 yang lalu. 

Adalah diharapkan Lim Guan Eng serta bapa beliau Lim Kit Siang tidak lagi berdrama dengan memberikan seribu satu alasan untuk tidak melakukan pemilihan semula CEC DAP.

Jika Lim Guan Eng anak jantan sudah semestinya beliau akan berani bertanding dan mempertahankan jawatan Setiausaha Agung parti yang disandang beliau sekarang.

Nota Kaki: Mengikut Kenyataan Media ROS, pemilhan semula mesti berdasarkan senarai nama perwakilan yang hadir dan mengundi pada pemilihan CEC DAP pada 15/12/2012. Habislah Tokong. Ramai yang hendak 'cincang' beliau berdasarkan senarai ini.

Kenyataan Media penuh ROS adalah seperti berikut:
KENYATAAN MEDIA 
YBHG. DATO’ MOHAMMAD RAZIN BIN ABDULLAH 
PENDAFTAR PERTUBUHAN MALAYSIA 
MENGENAI STATUS PEMILIHAN SEMULA CEC PARTI DAP 
07 JULAI 2017 
PUTRAJAYA 
Saya merujuk kepada kenyataan-kenyataan yang diberikan oleh beberapa orang pemimpin DAP mengenai status pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP yang telah diadakan pada 29 September 2013 dan juga kenyataan yang telah diberikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, merangkap Menteri Dalam Negeri pada 3 Julai 2017, yang menyebut bahawa beliau akan mengadakan pertemuan dengan Pendaftar Pertubuhan berhubung dengan isu yang dibangkitkan tersebut. 
Dalam hal ini, saya telah mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri dan beliau telah menyarankan supaya apa juga tindakan yang diambil oleh pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM), hendaklah berlandaskan kepada Akta Pertubuhan 1966 dan perlembagaan Parti DAP itu sendiri. 
Ingin ditegaskan di sini bahawa pihak JPPM menganggap bahawa Parti DAP sebagai sebuah parti yang sah di sisi undang-undang dan setakat ini pihak JPPM tidak berniat sama sekali untuk membatalkan Parti DAP. Bersabit dengan aduan-aduan yang dibuat oleh ahli-ahli DAP sendiri yang tidak berpuas hati dengan kepincangan terhadap proses-proses pemilihan semula CEC DAP yang dijalankan pada 29 September 2013, pihak JPPM berpendirian bahawa pelantikan anggota CEC serta pemegang jawatan utama melalui pemilihan semula ini, adalah tidak sah dari segi undang-undang. Pemilihan semula yang diadakan tersebut sepatutnya berdasarkan kepada senarai nama perwakilan yang berhak hadir dan mengundi pada pemilihan CEC DAP bertarikh 15 Disember 2012 iaitu yang melibatkan seramai 2576 perwakilan dari 865 buah cawangan. 
Justeru, JPPM mengambil pendirian supaya pihak Parti DAP perlu mengadakan sekali lagi pemilihan semula CEC yang baharu yang sah dan telus bagi membolehkan para perwakilan memilih 20 orang anggota CEC yang sah dan diiktiraf. Hanya anggota CEC yang sah dan diiktiraf sahaja boleh melantik pemegang jawatan utama yang sah dan diiktiraf mengikut Akta Pertubuhan 1966 dan Perlembagaan Parti DAP. Ini amat penting di sisi undang-undang memandangkan pelantikan bagi jawatan utama parti mempunyai peranan yang penting sebagai wakil parti yang mempunyai autoriti untuk menandatangani watikah pelantikan calon untuk mewakili parti dalam pilihanraya yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Pilihanraya. 
Sehubungan dengan itu, JPPM ingin menegaskan bahawa arahan akan dikeluarkan kepada pihak DAP supaya mengadakan pemilihan semula CEC yang baharu untuk memilih 20 orang anggota yang sah, berpandukan kepada Akta Pertubuhan 1966 dan Perlembagaan Parti DAP untuk membolehkan pemilihan ini diiktiraf oleh JPPM. 
#TAMAT# 
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia
Kementerian Dalam Negeri
7 Julai 2017

35 comments:

Anonymous said...

Kalau anak Melayu LGE sanggut masuk penjara, masakan untuk berdepan terwakilan 2012 LGE kecit teloq yer dak.

Anonymous said...

Fening atok kalau tak boleh guna lambang locket kik3. Boleh lapat hart attack lagu nih.. hua!

Anonymous said...

Self implanted "timebomb" to be detonated at appropriate time. Aptly described what was written few years ago. Wohoo!

Anonymous said...

Dap dah buat pemilihan semula CEC pada tahun 2014...ROS keluar arahan pada tahun 2017.... Berapa tahun tuu?...kenapa 3 tahun baru nak suruh buat pemilihan semula?...tido ato ikut telunjuk seseorang?...hihihi...cara kerja jabatan kerajaan mesia...

Anonymous said...

Krnapa kerajaan tak haramkan saje DAP?...habis talian hayat umno...tak boleh cari makan lagi...

Anonymous said...

Dap akan bermesyuarat besok. Soalannya kalau CEC sedia ada (yang memasukkan Zairil di dalamnya) adalah tidak sah, apakah mesyuarat tersebut mampu mengeluarkan arahan yang sah buat Dap? Hmm.

**CEC pra 2012 yakni yang masih sah ada terkandung Tan Seng Giaw.

Anonymous said...

.
Tidak sampai 50% ahli sokong parti jadi dinasti atau dikuasai oleh diktator. Majoriti ahli mahukan domokrasi yang bebas dinasti atau kediktatoran.

Ini kerana demokrasi dan diktator adala berantagonis antara satu sama lain. Iaitu Diktator anti demokrasi atau demokrasi anti diktator. Dua-dua tak boleh ujud dalam satu masa yang sama.
.

Anonymous said...

Apakah Dr Tan akan dibenarkan hadir dalam mesyuarat besok?

Anonymous said...

Dulu atok Kim seru atok Tir letak jawatan/bersara. Apakah atok Kim akan cakap serupa bikin yakni akan kalihkan seruan tersebut pada diri sendiri tatkala semua punca kepincangan mengarah kepada beliau. Ini satu yang menarik dan dinanti-nantikan perkembangannya. Apakah atok Kim akan cakap serupa bikin? Tunggu!

Anonymous said...

CEC pra 2012 menyaksikan ada 3 muka Melayu. CEC sekarang hanya ada satu muka Melayu dan itupun EHSAN dari "computer glitches". What a joke.

Anonymous said...

Wayang thamil jerr nii...jgn jadii batuapi ryezall..

Anonymous said...

Dulu Uno di kepalai oleh dikdokter (aka diktator) tetapi Dap dikepalai oleh Chen Man Hin iaitu demokrater.

Sekarang terbalik: Cap Bunga pula dikepalai oleh dikdokter tetapi Dap sebaliknya dikepalai secara daddyatur.

Semua itu adalah PERUBAHAN atau change.

Kah kah kah

Anonymous said...

8:35. Satu 'Melayu' dlm CEC skrg adalah anak 100% totok cina asalnya bernama Christopher Ross Lim kemudian dinamakan Zairil Khir Johari bin Abdullah bila tubuh mamanya dimasuki Melayu. Dan dia skrg memasukkan pula totenya kedlm tubuh Melayu .. sampai bila pun dia takkan jadi Melayu dari segi bangsa, dia tetap sbg seorg berbangsa cina ..

Anonymous said...

Parti yang bermasalah dan tidak berubah akan diletakkan harapan untuk selesaikan masalah dan bawa perubahan buat ABU? ABU must be out of center for hoping that would be the case. False hope.

Anonymous said...

Kembalinya kerjasama Dr M – Anwar janjikan cabaran sengit atas BN
http://www.mysinchew.com/files/man_0.jpg
Pemimpin Pakatan Harapan (PH), menyambut baik kenyataan Dr Mahathir Mohamad semalam, mengatakan gandingan bekas perdana menteri itu dan Anwar Ibrahim akan kembali mengukuhkan gabungan pembangkang yang selama ini dilihat retak.

Mereka berkata, kenyataan pengerusi Bersatu itu sekaligus menamatkan perseteruan di antara Dr Mahathir dan Anwar yang berlaku sejak 1998 ketika kedua-duanya masih bersama Umno dan kerajaan. Share this quote Share this quote

“Gandingan Dr Mahathir-Anwar serta seluruh kepimpinan PH dan jenteranya adalah kekuatan yang bakal mencetuskan gelombang kebangkitan rakyat bagi menyingkirkan sebuah kerajaan kleptokrat yang rakus serta hilang arah,” kata Pengarah Strategi Amanah Dr Dzulkefly Ahmad kepada The Malaysian Insight.

“Apakah sudah sampai waktu dan detiknya yang dinanti-nantikan rakyat supaya ‘agenda tertangguh’ untuk menobatkan anak didiknya Anwar akan tertunai jua akhirnya?”

Dalam temubual bersama akhbar Britain The Guardian yang disiarkan semalam, Dr Mahathir mengatakan beliau tiada masalah menyokong Anwar menjadi perdana menteri selepas dibebaskan daripada penjara.

Pada 1998, Dr Mahathir yang merupakan perdana menteri memecat Anwar sebagai timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno di atas tuduhan liwat. Anwar kemudiannya dipenjarakan di atas tuduhan salah guna kuasa.

Naib Presiden PKR Chua Tian Chang berkata, Dr Mahathir dan Anwar “berjiwa besar” kerana sanggup mengenepikan perbezaan dan bersatu untuk melakukan perubahan di Malaysia.

“Isunya bukan mengenai siapa bakal jadi PM, tetapi Dr Mahathir dan Anwar berganding bahu untuk melakukan perubahan.

Anonymous said...

Ko minat tan seng giaw ...nasihat tan seng giaw masuk mca ato gerakan plak...

Anonymous said...

Dulu ko ler yg kuat sangat sokong diktator madey...hihihi...sekarang ko merepek2 plak...

Anonymous said...

belum lagi ada tercatat dalam sejarah tamadun manusia seorang yang disahkan peliwat @ biseksual diangkat sebagai seorang Perdana Menteri ... dizaman nabi Luth mungkin lah...
walau menang PRU sekali pun ..apa confident ke dapat perkenan Yang DiPertuan Agung

Anonymous said...

so...siapa kena main dengan siapa sekarang ni
PH menang PRU...boboiboy@madey kerala PM ke7

Anonymous said...

Blm ade dlm sejarah orang yg diliwat menyerah tanpa diugut...tapi repot di rogol..hihi..

Asyik tipu jer said...

Takpa janji jgan menipu.curi lepas tu lari ..kesian war lord tkda telor..sikit tutup la parti ..duit derma buat filem semi lucah

Anonymous said...

amboiii.. jeles ler tu aljub tak taram dia
awwwwwww

hahahaha

Anonymous said...

Umno la punya pasal tu psal ada melayu joint dap...korang dok bela penyamun buat apa..penyamun jenis pondan..tanya jr lari

Anonymous said...

Gandingan madey dan anwar membawa malaysia di kenali sebagai tiger of asia...sekarang telah menjadi pussycat....tiger of asia akan kembali mencengkam pussycat...pussycat ketakutan...

Anonymous said...

tu la pasal..saiful cakap dia diugut cara emosi atau bagaimana..tak siapa tau..anwar dah maintain bisu sepanjang 6 tahun perbicaraan..loyar anwar tak berani nak soal..takut kantoi kan anak guam
jadi yg tinggal ..perspektif pelbagai dari macai bang non macam anus 947
sekian ...terima kasih

Asyik tipu jer said...

Rasanya rasanya rosmah dgn najib lagi terok crita silam dorang...ooi pening la bila harga barang nk turun ni duit gst dh berlambak kutip...tula umno ni keja dia kencing jdr..tipu.tipu dn tipu..otg kampung dh bising ni..

Anonymous said...

Makin banyak francais dunia 'gulung tikar' di Malaysia

SEMAKIN banyak jenama dan syarikat dari luar negara yang melabur di negara ini sejak beberapa tahun lalu dilaporkan terpaksa gulung tikar.

Portal The Malay Mail Online melaporkan, tahun lalu sahaja, sebanyak 68 cawangan bank daripada 63 institusi bank di seluruh negara telah ditutup, manakala 1,425 pekerja mereka diberhentikan dalam masa 6 bulan.

Faktor kemerosotan nilai ringgit atau pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) mungkin telah membuatkan orang ramai lebih berjimat lapor portal itu lagi.

Anonymous said...

Ade plak diugut cara emosi...dah besar panjang lebih kuat dari anwar boleh menyerah jubor ...hihihi...temberang

Najib taram jubo altonya kata PI Balasubramaniam dlm SD...PI Bala di beritahu oleh Razak baginda kroni najib...

Anonymous said...

anus 1014
ko ni lagi hebat dari sri ram loyar bang non dulu fakta taram menaram ko sangat bernas..ko loyar gak kann

Hahahaha

megat panjialam said...

Anon 7:34 sejak bila lge masuk penjara kerana anak Melayu? Beliau dopenjarakan atas kesalahan dibawah Akta Mesin cetak. Sorg lg penjilat jubor LGE

Anonymous said...

Ko spy leman...hihihi..

Anonymous said...

Ko nak putar ker...dia bela seorang gadis melayu yg dirogol oleh ketua menteri umno kuat seks...penjilat jubok cina jho lo..
Ko megat panjialam yg ditikam oleh hang tuah?...rase2 nye ko megat temberang...hihihi
.

Anonymous said...

Hanjing tokong menyalak kepanasan..hahaha..

Anonymous said...

Mak kau jual bontot kat bangla pun salah umno jugak la ye..kikiki

Anonymous said...

hujah apalah yg penjilat tegar pelir Lim Bapak persembahkan kat sini, setaraf komen taik kering yg dibawa arus dlm longkang kumbahan.

lebih baik tlg fikirkan bagaimana Lim Bapak nak kelentong, putar-belit, dan temberang bila ROS kata DAP sah, yg tak sah pemilihan CEC. Tlg bagitau kat Lim Bapak ada tolor kah utk buat pemilihan baru?

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates