March 3, 2017

11 KTM Oh ... KTM cc. @NajibRazak @syedhamidalbar @nawawikawi


Di atas adalah rungutan terbaru oleh pengguna Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang dibuat oleh netizen pagi tadi. Ini bukan kali pertama kita membaca rungutan sebegini. Semalam, Perdana Menteri, DS Mohd Najib Tun Razak melahirkan kekecewaan di laman sosial Facebook beliau berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh KTMB terutamanya mengenai ETS dan pembelian tiket secara talian terus. 

Kekecewaan ini nampak ketara apabila beliau mengarahkan KTMB melakukan penyelesaian segera dan meminta agar Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) agar memantau perkara ini dan melaporkan kepada beliau secepat yang mungkin.

Perlu diingat, DS Najib Tun Razak adalah seorang yang amat prihatin dengan permasalahan Rakyat. Mana ada seorang Perdana Menteri sebelum ini yang mengambil berat mengenai permasalah Rakyat Marhaen yang kecil-kecilan seperti KR1M, BR1M, UTC, Klinik 1 Malaysia, prasarana pengangkutan sepert LRT, MRT, Monoreal dan sebagainya.


Pengerusi SPAD semalam sudah membuat maklum balas di laman sosial Twitter beliau di atas teguran Perdana Menteri dan berjanji akan membuat tindakan segera. 


Pengerusi KTMB, YB Dato Ir Nawawi Ahmad pagi ini kelihatan membuat tinjauan ke atas perkhidmatan talian terus oleh KTMB. Semalam, Pengerusi KTMB telah membuat kenyataan rasmi yang dipetik oleh BERNAMA, di sini.

Dato Ir Nawawi berkata tiga perkara utama dikenal pasti menjadi permasalahan kepada pelanggan perkhidmatan KTMB termasuk transaksi yang tidak berjaya tetapi dikenakan caj. Kedua adalah pemulangan wang yang lambat bagi transaksi yang tidak berjaya dan ketiga adalah kesukaran mengakses sistem tiket dalam talian KTMB yang tidak mesra pelanggan

Dato Ir Nawawi berkata KTMB telah menubuhkan unit khas bagi membincangkan pelan tindakan jangka pendek dan jangka panjang untuk memastikan sistem pembelian tiket dalam talian dipantau secara terperinci.

Menurutnya, rekod transaksi tiket dalam talian menunjukkan peningkatan ketara iaitu sebanyak 90 peratus tahun lepas berbanding pada 2015 sehingga beberapa inisiatif diambil untuk memastikan perkhidmatan dalam talian itu terus berfungsi dengan baik.

Antaranya dengan menambah satu talian internet khas e-tiket secepat mungkin, meningkatkan kapasiti kemudahan akses internet daripada 14mb kepada 30mb bermula Isnin lepas dan menaik taraf sistem infrastruktur dan pangkalan data bagi sistem tiket pada 10 Januari lepas.


Menurut sumber, KTMB telah ditegur beberapa kali oleh pihak SPAD dan mesyuarat secara berkala juga telah turut dijalankan tetapi masih gagal ambil tindakan yang pro-aktif dan susulan yang berkesan dijalankan oleh pihak KTMB. 

Kita memahami KTMB tidak mempunyai Pengarah Urusan atau Ketua Pegawai Eksekutif untuk urusan seharian. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna Ahli Lembaga Pengarah tidak boleh bertindak secara proaktif. Apa-apapun kita tunggu laporan dari SPAD.

11 comments:

Anonymous said...

Pecat nawawi..kerja lembab

ted manoff said...

Tak suka nawawi pergii duduk bulan sana..kikikikikikiπŸ˜ŠπŸ˜†πŸ˜‰πŸ˜…πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„prOoTt..

Anonymous said...

Pecat asameen pasal masalah ni berlaku kat Selangor ..
Dia tak pandai urus KTM dinegeri yg dia perintah.
MB BODOH.

din pagoh said...

Subjek Sejarah 'dibunuh' secara perlahan-lahan


Subjek Sejarah yang dikatakan 'dibunuh' secara perlahan-lahan menjadi punca generasi muda kurang mengetahui sejarah Malaysia sehingga ada yang menganggapnya tidak lagi penting. 

Sejarawan yang juga Pensyarah Jabatan Sejarah Universiti Malaya (UM), Tan Sri Prof Emeritus Dr Khoo Kay Khim menganggap ia berlaku apabila sistem pengajarannya di sekolah ketika ini tidak lagi menekankan keperluan mempelajari sejarah sehingga ramai yang tidak melihat kepentingannya. 

Kay Khim berkata, contoh jelas termasuklah senario di Jabatan Sejarah UM sendiri yang sebelum ini pernah menampung kemasukan hingga 300 pelajar setiap kali pengambilan baharu dibuat tetapi jumlah itu kini hanya seramai 18 pelajar. 

"Peraturan yang dibuat oleh universiti kadang-kala menyekat minat pelajar untuk memilih bidang itu, manakala di sekolah pula, guru yang mengajar subjek Sejarah tidak datang dari latar belakang pendidikan berkenaan. 

"Mereka juga belajar hanya dari buku teks dan menghafaz untuk lulus periksa," katanya pada forum When the Three Rivers Meet: A People History of Kuala Lumpur pada Kuala Lumpur Literary Festival (KLLF) 2016 di sini, hari ini. 

Yang turut hadir Pengasas Pusaka, Eddin Khoo. Mengenai sikap masyarakat di negara ini terhadap sejarah, Kay Khim berkata, mereka tidak perlu takut dengan sejarah kerana ia memberitahu tentang kebenaran dan bukan bersifat sentimental. 

"Malaysia bertuah kerana sejarah kita ditulis dalam pelbagai bahasa. Misalnya ketika Perang Dunia Pertama, ekonomi negara dikawal oleh Jerman dan banyak sumber sejarah ditulis dalam bahasa itu sebelum negara ini diperintah Jepun.

"Terdapat juga sumber sejarah Malaysia di Thailand, Lisbon, Portugal; Taipei, Taiwan dan London. Bagaimanapun, apa yang penting kita mempelajari bahasa asing berkenaan dalam usaha untuk mencari sejarah itu," katanya. 

Kay Khim berkata, beliau menyedari beberapa tahun kebelakangan ini pandangan beliau kerap menjadi kontroversi tetapi perkara yang lebih utama adalah pandangan itu datang dari fakta yang diperoleh menerusi penyelidikan yang mengambil masa bertahun-tahun. 

"Oleh itu saya pernah menyebut, negara ini tidak pernah dijajah British sebaliknya untuk memulihara apa yang ada berbanding dengan dasar yang mereka perkenalkan di India. 

"British juga memberi pendidikan Inggeris kepada sebahagian orang Melayu atau Malaya untuk membantu mentadbir negara ini. Ketika Jepun menjajah, mereka menggunakan tenaga kumpulan ini untuk mentadbir pula," katanya.

- Diterbitkan semula untuk kesedaran, berita asal pada 13 NOVEMBER 2016 @ 6:36 PM

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/212432
celahgelegar at 8:30 AM

Anonymous said...

ted kentot tetap bodoh abadi...

Anonymous said...

yang buta sejarah tu macam mat sabumah, komunis seperti mat indera seorang pejuang kemerdekaan???

Anonymous said...

Betol tuh ted kentut...gen y pun nak tahu sejarah diktator kelepet duit rakyat berbilion...sehinggalah di dedahkan CIA baru2 nih.KTMB sebenornya telah diresapi parasit ph dlm organaisasi tuh.

Anonymous said...

Yang komen masalah KTM Shah Alam disyaki org Mat Bunga atau DAP atau PKR. Train paling awal sampai di stesyen Shah Alam adalah 6.31am bkn 6.10am dan sampai di Subang antara 650-655am..sempat nak tukar LRT (diskaun 50% <7am). Hrp jgn cepat percaya dgn org bangang yg nak memburukkan semua kaitan dgn kerajaan. tq

Anonymous said...

siapa yang bekal mesin pengeluar token/tiket

siapa yang sepatutnya servis mesin berkenaan

untuk jadi negara maju, dua aspek diatas perlu diteliti agar perkhidmatan berjalan lancar

Anonymous said...

30 MB? Haku punya rumah pun 100 MB.

Anonymous said...

Kena tubuh makmal dulu

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates