January 4, 2017

3 13 Kereta Uber / Grabcar Disita Dalam Operasi SPAD Di KLIA Dan KLIA2


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat  (SPAD) telah membuat sitaan kepada 13 kereta milik pemandu Uber / Grabcar yang didapati bersalah kerana menjalankan kegiatan 'ulat' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2.

Pengurus Besar Kanan Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata, 13 pemandu Uber / Grabcar merupakan antara 58 ulat yang ditangkap penguatkuasa itu di dua lapangan terbang utama negara sejak tiga bulan lalu.

Menurut Datuk Che Hasni, ulat-ulat ini ada pelbagai jenis dan yang terbaharu adalah Uber / Grabcar. Mereka menyalahgunakan aplikasi untuk menjalankan kegiatan mereka. SPAD katanya, mula membuat tangkapan ke atas ulat-ulat Uber / Grabcar ini sejak Oktober lalu. 

Beliau berkata demikian pada sidang media di KLIA, sejurus selepas menjalankan operasi Ops Parasit di dua lapangan terbang itu di sini. Sehubungan itu, Datuk Che Hasni mengingatkan kepada pemilik kenderaan seperti Uber / Grabcar bahawa tindakan akan diambil dengan menyita kenderaan mereka termasuk pemandu yang melakukan kesalahan.

Katanya, tindakan dibuat di bawah Seksyen 205(1) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010. Mereka boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, manakala kuasa menyita dan melucutkan hak kenderaan di bawah Seksyen 16 APAD.

Selain 13 tangkapan membabitkan Uber / Grabcar pada tahun lalu, SPAD turut menahan 22 ulat teksi, 16 kereta sapu dan tujuh ulat tiket. KLIA2 menyaksikan jumlah tangkapan lebih banyak dengan 40 ulat manakala 18 lagi di KLIA. Menurut Datuk sebanyak tiga 'ulat' ditahan, berumur antara 37 dan 38 tahun. Beliau menambah, urusan pendakwaan terhadap ulat-ulat tersebut di mahkamah akan dilakukan dengan segera dalam tempoh 24 jam sebaik sahaja tangkapan dibuat.

3 comments:

Anonymous said...

Najib cakap boleh hutang kereta IRIS untuk Uber masa bajet 2017.

Botak tangkap Uber..

Kenapa tak Sita terus office UBER..

Mcm BABI shj..asal boleh keluar saman..

Anonymous said...

nak jadi pemandu uber, jangan jadi ulat pulak. Tu namanya tak ikut undang-undang

Anonymous said...

anon 12:00 pm bahasa tu tak beradab kurang ajar sangat..uber di kawasan lain tak ada larangan bukan di klia..

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates