July 24, 2017

81 @AzminAli Potong Riben, @DrWanAzizah Dan @HannahYeoh Pun Tak Mau Kalah Jugak



Wakil Rakyat Pakatan Harapan di Selangor memang suka potong riben ya setiap kali hendak merasmikan sesuatu tidak kira projek berkenaan besar atau kecil. Menteri Besar Selangor, DS Azmin Ali sebelum ini memerlukan 9 orang untuk memotong riben hanya untuk merasmikan jalanraya bertingkat sepanjang 4.5 kilometer sahaja.

Hari ini, Speaker Selangor, Hannah Yeoh pula turut memotong riben untuk perasmian parking bertingkat di SS15, Subang Jaya. Dalam masa yang sama, ADUN Kajang juga tidak melepaskan peluang untuk memotong riben hanya untuk merasmikan titi untuk orang kampung. Gila ka puak-puak ini?

Cuba lihat video di bawah. Beginikah ADUN yang dipilih Rakyat Kajang. Sesiapa tolong terjemahkan apa yang cuba disampaikan oleh Ratu Kipas, Dr Wan Azizah. Cakap seperti orang kena stroke. Tidak faham butir percakapan selain mendengar perkataan anjing. Adakah beliau menyindir 'Top Dog' Pakatan Haram? 


video

62 Perlukah Buat Majlis Hendak Beri RM500 Kepada Jamaah Haji?


Setiap jemaah Haji Malaysia yang melalui pakej muasasah Tabung Haji akan menerima subsidi sebanyak RM9,570.00. Kos sebenar keseluruhan seorang jemaah ialah RM19,550.00. 

Ini duit Tabung Haji sendiri yang saban tahun dibelanjakan kepada jemaah, yang mana Rafizi Ramli sifatkan Tabung Haji akan bangkrap.

Jadi kalau Kerajaan Selangor hendak memberikan RM500.00 sahaja kepada jemaah Haji di Selangor, anggap sedekah sajalah. Perlukah diadakan majlis dan letakkan kain rentang memaparkan muka Menteri Besar dan ADUN?

Tony Pua dan Hannah Yeoh tidak mahu bertanyakah RM500 duit yang diberikan kepada jemaah Haji berkenaan duit poket Azmin Ali atau ADUN Selat Kelang berkenaan, Dr Halimah Ali?

Kalau duit Kerajaan Negeri, bukankah ianya juga duit pembayar cukai? Bukankah Azmin Ali berkata beliau tidak mencampur adukkan duit Kerajaan dengan kepentingan parti atau individu?


120 Apa Pakatan Harapan Boleh Buat Dalam Masa 100 Hari Untuk FELDA?


Pengumuman kepimpinan Pakatan Harapan mengenai komitmen 100 hari pertama pentadbiran setelah mendapat mandat membentuk kerajaan terutama memulihkan FELDA tidaklah menghairankan.

Melihat kepada zaman Pengerusi Pakatan Harapan menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, apa telah terjadi kepada FELDA Labu, Sendayan dan Sungai Buaya? Bukankah kesemuanya telah difaraidkan kepada kroni? 

Masihkah kita percaya Tun Dr Mahathir sebagai 'Top Dog' Pakatan Harapan dan 'Below Dogs' di bawahnya akan memperbetulkan FELDA dalam masa 100 hari? Cerita rumah FELDA seperti gambar di atas sudah cukup untuk menilai keprihatinan DS Najib Tun Razak.



Semasa melancarkan Buku Jingga pada 2010 di Pulau Pinang, Pakatan Pembangkang telah berjanji 100 hari juga. Antara janji mereka termasuk menaikkan gaji guru, menghapuskan tol dan menurunkan tarif air. 

Namun apa sudah jadi sekarang? Gaji guru tidak dinaikkan sebab bukan bidang kuasa mereka. Rejim DAP Pulau Pinang sudah menaikkan tarif air 4 kali.

Sebelum PRU 12, Joseph Lim Guan Eng berkata caj 50 sen Tol Sungai Nyiur 'mencekik darah' Rakyat. Namun, selepas 10 tahun memerintah Pulau Pinang, tol masih beroperasi. 

Di Selangor pula, Menteri Besar DS Azmin Ali membeli syarikat air Splash dengan harga RM2.9 bilion, hampir 10 kali ganda daripada harga asal. Beginikah cara Pakatan Pembangkang berjanji untuk meringankan kos sara hidup Rakyat? 

Yang lucu ialah janji untuk memulakan proses reformasi institusi. Reformasi apa yang hendak dibuat? 'Bapa Reformasi' pun sudah berbaik-baik dengan 'Mahafiraun'. Reformasi apa lagi yang ada?
Bagi sebahagian generasi kedua dan ketiga peneroka yang masih sangsi dengan langkah Kerajaan menjaga kebajikan peneroka, kita minta mereka bertanya kepada generasi pertama, adakah pada zaman kegemilangan Tun Dr Mahathir-Anwar Ibrahim, adakah para peneroka diraikan seperti sekarang di zaman DS Najib Razak dengan menikmati pelbagai insentif kewangan, perumahan dan skim bantuan terutama yang terbaru seperti di bawah?







76 Betul, DS @NajibRazak Meneruskan Apa Yang Tun Buat Untuk Pengangkutan Awam Kecuali ...


video

Mungkin betul mungkin tidak seperti dakwaan Mantan Perdana Menteri 22 tahun bahawa DS Najib Tun Razak meneruskan apa yang beliau letakkan sebagai asas dalam pengangkutan awam. Ini kita tidak boleh nafikan. Namun ada beberapa perkara yang Tun Dr Mahathir lakukan sepanjang 22 tahun pemerintahan beliau tidak diikuti oleh DS Najib Tun Razak. Antaranya:

1. DS Najib tidak melakukan pengswastaan ke atas pengankutan awam dan 'bail-out' satu persatu apabila gagal.

2. Semua sistem jaringan sistem pengangkutan awam di bawah DS Najib tersusun dan dirancang dengan baik. Jadi tidak berlaku masalah contohnya sistem LRT Putra dan Star LRT di Masjid Jamek tidak berhubung antara satu sama lain. Pengguna terpaksa meredah jalanraya sesak di antaranya untuk bertukar LRT.

DS Najib Tun Razak telah mengarahkan Suruhanjaya Pengankutan Awam Darat (SPAD) untuk membangunkan Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara untuk menetapkan wawasan dan hala tuju pengangkutan awam darat di Malaysia. 
Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara tersebut telah ditandatangani dan diluluskan oleh Parlimen pada 16/10/2913. Wawasan Rancangan Induk adalah seperti di bawah:
Memastikan bahawa sistem pengangkutan awam darat adalah selamat, boleh diharap, responsif, mudah diakses, terancang, bersepadu, berpatutan dan lestari untuk meningkatkan pertumbuhan sosio-ekonomi dan kualiti hidup.
Contoh: Plaza Rakyat semasa zaman Tun Dr Mahathir:



Plaza Rakyat semasa zaman DS Najib Tun Razak:



3. DS Najib tidak membuat perjanjian konsensi yang gila dan berat sebelah. Contohnya, cukai lapangan terbang dipotong untuk dibayar kepada syarikat swasta seperti ERL sama ada pengguna menggunakan ERL atau tidak. Tambahan lagi kadar kenaikan tambang ERl dijamin kenaikan sepanjang tempoh konsesi.

4. DS Najib tidak membatalkan perkhidmatan bas mini yang sangat popular dan memaksa syarikat-syarikat bas lain menjual pegangan mereka kepada syarikat monopoli milik kroni Intrakota yang mana syarikat ini juga turut di'bail-out'.

5. DS Najib tidak mengasaskan sistem teksi di bawah pajakan milik syarikat tertentu. Di bawah DS Najib, secara beransur-ansur permit teksi individu dikembalikan kepada pemandu teksi.

Terbaru, pada 21/06/2017 SPAD telah menyerahkan 300 lesen individu kepada kumpulan pemandu teksi yang kedua di bawah program Program Tranformasi Industri Teksi (TTIP). 43 pemandu jug turut menerima geran tunai Kerajaan sebanyak RM5,000.

Kesimpulannya, mungkin Tun Dr Mahathir mengasaskan pengangkutan awam. Namun banyak perkara yang negarif di bawah Tun Dr Mahathir tidak diteruskan oleh DS Najib.

July 23, 2017

23 Beza Sambutan Hari Lahir @chedetofficial, @LimKitSiang Dan DS @NajibRazak

Ini adalah sambutan hari lahir Mantan Perdana Menteri 22 tahun Tun Dr Mahathir bersama sahabat baik beliau semasa sambutan ulang tahun kelahiran ke 90.





Ini pula sambutan hari lahir Penasihat Seumur Hidup DAP, Lim Kit Siang yang ke 75 di Equatorial Hotel, Pulau Pinang. CTS ada menulis di sini.




Hari ini pula adalah hari lahir Perdana Menteri. Di waktu pagi beliau sambut hari lahir bersama warga FELDA.


Manakala di sebelah malam pula, sambutan di Seri Perdana hanyalah tahlil dan doa selamat. 


Kesimpulan, lekeh sungguh sambutan hari lahir Perdana Menteriku.

Nota Kaki: Oh ya, bukan hendak kata tiada kek. Ada. Cuma disuap oleh isteri tersayang lah. 


Juga dihadiri oleh Ibunda tersayang.



96 6 Berita Baik PM @Najibrazak Umumkan Buat Peneroka


Perdana Menteri, DS Mohd Najib Tun Abdul Razak pagi tadi mengumumkan 6 berita baik buat peneroka FELDA dalam sambutan Hari Peneroka 2017 Peringkat Kebangsaan. Lebih manis lagi pengumuman ini dibuat bersempena hari ulang tahun kelahiran beliau ke 64 hari ini.

6 berita baik berkenaan adalah:

1) PM umumkan insentif RM5,000 kepada 94,956 orang peneroka pada akhir Ogos 2017 dengan jumlah keseluruhan RM474.7 juta

2) PM umum pelupusan hutang tanam semula berjumlah RM5,000 kepada setiap peneroka.
Melibatkan peruntukkan RM519 juta.

3) PM Najib umum pelupusan sebahagian baki pinjaman saham FGV libatkan lebih 77,000 peneroka. Bagi mereka yang habis pinjaman akan mendapat RM1,820

4) PM umum kelulusan bagi pinjaman pembesaran rumah tanpa faedah berjumlah RM40,000 dan boleh membina lebih dari satu unit rumah dalam satu tapak. Melibatkan 70,000 tapak rumah peneroka. Jumlah kos keseluruhan RM2.8 billion. 

5) PM umumkan geran khas tanam semula melibatkan RM7,500 bagi setiap hektar.

6) PM umum dana khas RM300 juta diwujudkan bagi tempoh 2017-2021 bagi lupuskan lebihan hutang tanam semula  melebihi jangkaan RM40,000.

Happy birthday DSN.


Ini pula poster-poster Timbalan Presiden Pakatan Harapan yang tersebar luas di laman-laman sosial.



Yang pasti ada yang dengki dan sakit hati walaupun sudah ada yang mati berceramah di atas lori beliau akibat sotong beracun.


July 22, 2017

40 Tidak Kusangka @LimKitSiang Pandai Buat Lawak Rupanya


Tersembur air Nescafe apabila membaca kenyataan terbaru Penasihat DAP Seumur Hidup menyatakan bahawa beliau tiada di dalam barisan kepimpinan Pakatan Harapan kerana ingin memberi laluan kepada anak-anak muda. Bagi macai 'Top Dog' yang baru keluar dari gua, izinkan saya letakkan kembali carta organisasi Pakatan Harapan yang kebanyakannya anak-anak muda.


Mari kita perkenalkan barisan anak muda ala Lim Kit Siang:

Ketua Umum, Anwar Ibrahim berumur 70 tahun.

Pengerusi, Tun Dr Mahathir berumur 92 tahun.

Presiden, Dr Wan Azizah berumur 65 tahun.

Seorang Timbalan Presiden, TS Muhyiddin Yassin berumur 70 tahun.

Semuanya masih muda belia. Masih teruna dan anak dara. Pandai Lim Kit Siang bergurau.

12 Rejim DAP Pulau Pinang Perlu 8 Hari Saja Lulus Projek Kondominum Mewah cc. @SPRMMalaysia


Hebat Rejim DAP Pulau Pinang boleh meluluskan projek kondominium mewah dalam masa 8 hari sahaja. Projek tiga jalan utama sudah dibayar oleh Rejim berkenaan sebanyak RM209 juta namun tidak ada tanda-tanda sebarang projek telah berjalan.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengambil masa 8 hari untuk meluluskan kondominium mewah, tetapi perumahan mampu milik SP Chelliah mengambil masa 223 hari untuk diluluskan manakala projek Kerajaan Persekutuan pula mengambil masa 516 hari. 

Apa keistimewanya projek kondominium mewah yang bernilai RM800 juta ini yang dibina di atas tanah anugerah Rejim DAP Pulau Pinang kepada pemaju swasta. Patutlah Rejim DAP Pulau Pinang begitu liat untuk menandatangani Inrar Bebas Rasuah (IBR) daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 

Over to you SPRM.

Nota Kaki: 

Joseph Lim Guan Eng juga mesti menjawab persoalan di bawah. SPRM sedang menunggu Ketua Menteri Pulau Pinang ini untuk 'minum kopi' dengan mereka.

42 Ketua Parti Chap Bunga Meninggal Dunia Ketika Berceramah Di Jelajah Truck Invoke



Berita terkini daripada laman sosial Facebook Chegubard menyatakan Cikgu Razali, Ketua Parti Chap Bunga Kluang telah meninggal dunia sebaik selesai ucapan penuh bersemangat di Jelajah Truck Invoke di Parlimen Sembrong.

Kita doakan sahaja Allahyarham tidak meninggal dunia sejurus sahaja menabur fitnah bersama-sama pemilik Invoke, Rafizi Ramli dan tidak sempat meminta maaf kepada pihak yang difitnah oleh beliau. Nauzubillah himinzalik.

Nota Kaki: Di bawah adalah sotong bakar.

78 Lagi Hujah Dangkal Dibuat Pendebat @syedsaddiq 'Palladium' cc. DS @NajibRazak


Ketua Armada Parti Chap Bunga bersuara lagi. Setiap kali beliau bersuara menampakkan ketidakmatangan (bahasa lembut bagi kebodohan) beliau dalam berpolitik. Di dalam laman sosial Facebook beliau, di dalam beliau mempertahankan 'Top Dog' Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir, beliau menyalahkan parti UMNO disebabkan berlakunya masalah kroni dan 'bail-out' dalam perkhidmatan awam semasa 'Top Dog' menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

Sukacita dimaklumkan kepada Syed Saddiq 'Palladium' semenjak DS Najib mengambil alih pentadbiran pada tahun 2009, ini yang beliau lakukan untuk pengangkutan awam di Malaysia:

1. Landasan elektrik berkembar 'Electrified Double Track Train Project (EDTP)' dati Ipoh ke Padang Besar sepanjang 329  kilometer dan siap digunakan pada tahun 2009 dengan kos RM12 billion.  

2. EDTP Seremban ke Gemas sepanjang 100 kilometer dan siap digunakan pada tahun 2010. 

3. Sedang bina EDTP Gemas ke Johor Baru sepanjang 197 kilometer dengan kos RM7.13 billion. 

4. Mula membina ECRL Gombak Wakaf Bharu sepanjang 600 kilometer. Kerja-kerja ambil tanah sudah bermula dan pada tahun 2018 dijangka mula kerja pembinaan besar-besaran. Projek ini adalah sebanyak RM55 billion.

5. Projek ECRL Gombak ke Port Klang sepanjang 88 kilometer. Pada peringkat 'feasibility study' tetapi kontrak sudah diberi sebanyak RM9 billion pada tahun ini. 

4. Di dalam Lembah Klang, DS Najib telah menyiapkan MRT1 dan MRT2 dan sedang membina SSP Line laluan Serdang ke Putrajaya sepanjang 52 kilometer dengan kos RM32 billion.

5. Tidak dilupakan pembinaan LRT3 laluan Bandar Utama-Klang-Johan Setia sepanjang 37 kilometer dengan nilai RM12 bilion. 

Ini semua belum lagi termasuk pembinaan Lebuhraya Pan Borneo tanpa tol dan keretapi laju daripada Kuala Lumpur ke Singapura.

KESEMUA PROJEK DI ATAS TIDAK DISWASTAKAN DAN MILIK PENUH KERAJAAN MALAYSIA. 

Kesemua projek di bawah Kerajaan DS Najib yang dilakukan sepanjang 7 tahun pemerintahan beliau ini adalah infrakrakyat yang mampu dinikmati oleh marhaen dan bukan simbol untuk menunjuk lagak pada masyarakat dunia saja.

Jadi, kesimpulannya, parti tidak salah kalau berlaku ketirisan, kroni dan 'bail-out'. Yang salah adalah pemimpin, wahai Syed Saddiq.

July 21, 2017

10 MB Selangor Secara Jelas Salahguna Kuasa Seleweng Peruntukan MARRIS


Kerajaan Pakatan Selangor di bawah Menteri Besar DS Mohamed Azmin Ali didapati telah menggunakan peruntukan Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Negeri (MARRIS) untuk kerja-kerja membaik pulih kerosakan bangunan dan kerja berkaitan di Dewan Orang Ramai, Kampung Padang Jawa, Klang.

Perbuatan ini jelas merupakan satu bentuk salah guna kuasa Kerajaan Negeri. Mana boleh peruntukan MARRIS digunakan untuk kegunaan lain selain daripada penyelenggaraan jalan raya. 

Seandainya berlaku keperluan penggunaan dana MARRIS untuk kegunaan lain, Kerajaan Negeri perlu bentangkan di dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) terlebih dahulu di bawah Rang Undang-Undang (RUU) Pembekalan.

Untuk rekod, untuk tahun 2016, peruntukan MARRIS yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Selangor berjumlah RM286 juta. Jadi tidak hairanlah rezab Selangor saban tahun bertambah banyak dan jalan raya di Selangor ibarat pusara di jalan raya dengan lubang-lubang yang menanti mangsa.





Sayugia diingatkan ini bukanlah kali pertama Kerajaan Pakatan Selangor menyalah guna peruntukan MARRIS. Pada tahun 2016, EXCO Negeri sendiri secara jelas mengaku menyalah guna peruntukan MARRIS untuk pembaikan pangsapuri.


Tidak ada gunanya Kerajaan Selangor mendabik dada mempunyai rezab yang tinggi dan berbangga dapat menderma hingga ke negeri lain jika Kerajaan Selangor melakukan salah guna kuasa menyeleweng peruntukkan MARRIS.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates