December 17, 2016

10 Pembohongan @RafiziRamli Dibogelkan @MRTMalaysia


Bengang dengan serangan bertali arus membongkarkan pembohongan Ahli Parlimen Pondan ... maaf Pandan yang dibuat pada 2012, Rafizi Ramli telah membuat pembohongan atas pembohongan. Pembohongan 2012 mengenai kos Mass Rapit Transit (MRT) telah didedahkan oleh CTS semalam di sini

Rafizi Ramli yang terkenal di kalangan pemain media sosial dengan nama sotong telah membuat Kenyataan Media yang dipetik portal pembangkang, Malaysiakini, baca di sini tengah hari tadi dengan berkata,
"Since last night, Umno online propaganda groups have launched a social media campaign to show that the true cost of the MRT project was only RM21 billion and not RM100 billion as I had previously mentioned. They attacked me on social media (on this issue). What they do not realise is that Najib announcement that the cost to complete Phase 1 of the MRT for the first stretch from Sungai Buloh to Kajang (12 stations spanning 21 kilometres only) was RM21 billion.
The RM21 billion cost mentioned by Najib is only for 21km out of the planned 141km MRT line, he said, which means it is only 15 percent of the total cost for the entire MRT project. Employing simple calculations, he said, if the cost for each kilometre of the rest of the MRT line remained roughly the same as it was for the first phase, it would be RM1 billion per kilometre. If that is so, the remaining 120km of the MRT line would cost about RM120 billion."
Beliau membuat tuduhan berdasarkan andaian beliau bahawa jumlah kos RM21 juta yang disebut oleh Perdana Menteri adalah untuk 21 kilometer sahaja. Berdasarkan baki yang belum disiapkan beliau merumuskan bahawa kos pembinaan MRT adalah RM1 billion per kilometer. Malangnya, hanya penyokong-penyokong zombies dan minions beliau akan menelan apa sahaja pembohongan yang dilakukan oleh beliau. 

Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRTCorp) sebentar tadi telah mengeluarkan Kenyataan Media menafikan pembohongan, andaian, gurauan atau fitnah Rafizi Ramli. MRTCorp telah menjelaskan bahawa jumlah kos pembinaan MRT sebanyak RM21 juta adalah untuk Fasa 1 dan Fasa 2 SBK Line yang sepanjang 51 kilometer. Kenapalah bodoh sangat Rafizi Ramli ini?


63 Doktor Pelatih Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang Minta YDP Agong Letak Jawatan cc. @DGHisham @KKMPutrajaya @SKMM_MCMC

Pemilik akaun laman sosial ini masih bekerja sebagai doktor pelatih di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang. Melihat kepada posting-posting di wall beliau cukup berani menentang arahan-arahan Kerajaan termasuk arahan Ketua Setiausaha Negara (KSN) agar penjawat awam tidak menyertai perhimpunan haram. 

Malah ada juga statusnya memaki hamun ketua-ketua jabatan dan pakar-pakar hospital kononnya pilih kasih dan mengutamakan jantina. Status-statusnya memaki hamun pemimpin negara saban hari dan terkini tindakan kurang ajar dan biadap seorang kakitangan Kerajaan mempertikaikan sifat soleh YDP Agong kita yang gemar beribadat dan disuruh pula meletakkan jawatan sebagai Agong. 

Doktor pelatih sebenarnya belum disahkan dalam perkhidmatan. Mereka perlu disahkan di dalam perkhidmatan sebelum boleh menjadi doktor berdaftar penuh. Melihat kepada sikapnya yang biadap kepada YDP Agong, adalah disarankan Kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Kesihatan Malaysia harus bertindak tegas kerana kesetiaan kepada Seri Paduka Baginda adalah merupakan perkara asas bagi setiap penjawat awam dan langsung tidak boleh dikompromikan. 

December 16, 2016

31 Satu Lagi Pembohongan Sotong Mengenai MRT Terhadap SPAD Terbongkar, Saya Hanya Bergurau

Si Sotong Kangkung ditangkap dengan dengan skirt beliau yang terlondeh sekali lagi. Itulah pepatah English untuk "don’t get caught with your skirt down". Rafizi Ramli dalam satu kenyataan di dalam Keldaian Daily bertarikh 05/07/2012 (baca di sini) berkata, "berdasarkan maklumat daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), kos  kos sebenar projek My Rapid Transit (MRT) menghubungkan Sungai Buloh ke Kajang kini meningkat kepada RM100 bilion berbanding anggaran asal RM37 bilion."


Walau bagaimanapun, penipuan dan fitnah yang dibuat oleh Ahli Parlimen Pondan ... maaf Pandan ini terbongkar apabila Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak, bersempena dengan pembukaan Fasa 1 MRT semalam, mengumumkan bahawa projek Sungai Buloh ke Kajang MRT adalah bernilai RM21 bilion, iaitu RM2 bilion di bawah bajet. Baca di sini.


Jadi maafkanlah Rafizi Ramli. Selepas ini pastinya beliau akan mengeluarkan kenyataan, "saya hanya bergurau." seperti mana beliau pernah berkata apabila fitnah terhadap isteri Perdana Menteri, DS Rosmah Mansor terbongkar, "Saya cuma berseloroh tentang cincin Rosmah".

December 15, 2016

0 90 Saat Sasaran Kekerapan Perkhidmatan Tren Di Lembah Klang


Pengguna perkhidmatan tren seperti komuter, monorail, LRT dan yang terbaru MRT pastinya teruja apabila Menteri Pengangkutan DS Liow Tiong Lai melahirkan harapan agar kekerapan perkhidmatan tren di Lembah Klang dapat ditingkatkan kepada setiap 90 saat.

DS Liow yang mengambil contoh lawatan kerja ke Moscow, Rusia baru-baru ini, beliau sangat kagum dengan perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) bawah tanah di bandar itu yang mampu menampung 8.5 juta penumpang sehari dengan kekerapan setiap 90 saat.

Berdasarkan langkah penambahbaikan perkhidmatan tren Lembah Klang yang telah dilaksanakan setakat ini, katanya sasaran itu mampu dicapai dengan usaha dan kerjasama semua pihak terlibat. DS Liow berkata kekerapan perkhidmatan KTM Komuter misalnya telah berjaya ditambah daripada setiap sejam kepada setengah jam dan yang terbaru kepada setiap 15 minit.

DS Liow yang juga Presiden MCA berkata melalui pelaksanaan Projek Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT), tempoh menunggu KTM Komuter akan disingkatkan lagi kepada 7.5 minit menjelang 2019 dan akan terus ditingkatkan kepada setiap 3.5 minit. 

Kita mengalu-alukan usaha dan hasrat Menteri Pengangkutan yang berusaha memberi perkhidmatan tambah baik kepada pengguna-pengguna perkhidmatan awam terutamanya perkhidmatan tren. Tidak seperti ahli-ahli politik pembangkang yang lain yang sering membuat kritikan dan tidak memberi nilai tambah.

38 Hadiah Untuk Rakyat - Tambang Percuma Sebulan Untuk MRT


Tambang percuma selama sebulan perkhidmatan Transit Aliran Massa Laluan Sungai Buloh - Kajang (MRT SBK) dapat dinikmati Rakyat sempena pelancaran sulung laluan itu bermula esok pagi. Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak berkata, perkhidmatan pengangkutan tren percuma yang dikendalikan oleh RapidRail Sdn Bhd itu dapat dinikmati pengguna bermula esok selama sebulan sehingga 17 Januari depan.

Perdana Menteri melancarkan Fasa Pertama MRT laluan Sungai Buloh - Kajang di stesen MRT Kwasa Damansara. Perdana Menteri turut mengumumkan tambang dan perkhidmatan bas perantara percuma bermula esok sehingga 16/01/2017 bagi Fasa Pertama MRT. Perkhidmatan bagi fasa pertama akan bermula pada pukul 6.00 pagi esok, membabitkan 12 stesen di antara Sungai Buloh dan Semantan dan meliputi laluan sepanjang 21 kilometer.

Katanya, pembukaan laluan Fasa 1 MRT SBK bermula daripada Sungai Buloh hingga ke Semantan yang turut melalui 10 stesen lain sekitar Damansara yang menghala ke pusat bandar. Beliau berkata demikian dalam Majlis Pelancaran Operasi Fasa Pertama MRT SBK di Stesen MRT Kwasa Damansara.

Fasa ini melibatkan 12 stesen iaitu Sungai Buloh, Kampung Selamat, Kwasa Damansara, Kwasa Sentral, Kota Damansara, Surian, Mutiara Damansara, Bandar Utama, Taman Tun Dr Ismail, Phileo Damansara, Pusat Bandar Damansara dan Semantan. Fasa ini juga menelan belanja RM25 bilion. Bankrap sangatlah Malaysia seperti dakwaan ProTun dan minions pembangkang.

Kejayaan ini amat manis dan ianya lanjutan daripada initiaif Perdana Menteri mengarahkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk membangunkan Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara bagi menetapkan wawasan dan hala tuju pengangkutan awam darat di Malaysia. Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara tersebut telah ditandatangani dan diluluskan oleh Parlimen pada 16 Oktober 2013.

Wawasan Rancangan Induk ini adalah bagi memastikan bahawa sistem pengangkutan awam darat adalah selamat, boleh diharap, responsif, mudah diakses, terancang, bersepadu, berpatutan dan lestari untuk meningkatkan pertumbuhan sosio-ekonomi dan kualiti hidup.



December 14, 2016

43 Din Tunggul Kuat Benar Menipu


Presiden Parti Cap Bunga Raya, TS Muhyiddin Yassin ditangkap cuba berbohong dan menipu apabila beliau membuat fitnah bahawa gambar Perdana Menteri, DS Mohd Najib Tun Razak telah diturunkan semasa pembukaan Malaysia Pavillion yang bertempat di Milan World Expo 2015.

Video di dalam portal pembangkang, KiniTV, tonton di sini, Muhyiddin cuba menimbulkan kegemparan kononnya, gambar Perdana Menteri telah diturunkan semasa pembukaan Malaysia Pavillion kononnya, DS Najib Tun Razak telah memalukan Malaysia. Fitnah yang tersebar melalui KiniTV telah dipanjangkan dan ditokok tambah oleh portal fitnah pembangkang, World of Buzz, baca di sini, semalam.

Hari ini, Matrade, sebuah agensi di bawah MITI telah mengeluarkan Kenyataan Media bahawa TS Muhyiddin Yasin telah berbohong dan membuat fitnah. Matrade telah mengesahkan kesemua parti yang terlibat di dalam mengendalikan Malaysia Pavillion telah menafikan bahawa gambar Perdana Menteri telah diturunkan. Ternyata, TS Muhyiddin Yassin cuba mengantikan tempat Harith Iskandar sebagai juara 'Funniest Person In The World 2016' atau mengantikan tempat Rafizi Ramli sebagai Raja Bergurau.


38 Rayuan Semakan Kehakiman Ditolak, Anwar Ibrahim Kekal Dipenjara


Mahkamah Persekutuan pagi tadi telah menolak permohonan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim untuk menyemak semula keputusan kehakiman kesalahan liwatnya. Justeru, hukuman penjara yang dikenakan sebelum ini kekal. Dengan keputusan itu Anwar Ibrahim dijangka akan terus dipenjara sehingga pertengahan 2018.

Sementara itu, kelibat penyokong-penyokong Anwar Ibrahim di perkarangan Mahkamah Persekutuan pagi ini amat mengecewakan. Tidak ramai yang menghadirkan diri seolah-olah sudah mengetahui keputusan yang bakal diterima. Apapun aura Anwar Ibrahim nampak semakin pudar, tidak seperti beberapa tahun lepas.




December 13, 2016

31 Jahat Betul Cytro Pembangkang - Pertabalan YDP Agong Ke 15 Pun Masih Nak Buat Fitnah cc. @PDRMsia @SKMM_MCMC





Jahat betul tindakan segelintir cytro pembangkang yang cuba memfitnah dan mempolitikkan ketibaaan Yang Di Pertuan Agong ke 15, Sultan Muhammad V. Siapa mereka untuk mempertikaikan YDP Agong untuk keluar dari pintu mana yang Baginda sukai. Apa yang berlaku seterusnya adalah Baginda mengelilingi kenderaan Baginda untuk bersalam dengan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Cytro gemuk belaan Mak Lampir ni faham protokol majlis atau tidak? Piawai protokol tempat duduk untuk YDP Agong adalah di sebelah kiri belakang. Selepas keluar YDP Agong terus ke arah Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri di sebelah belakang kanan. Pintu belakang kanan juga dibuka sebagai memenuhi piawaian protokol, kerana Baginda belum ada lagi Pemaisuri. Biasanya tempat duduk belakang sebelah kanan dikhaskan untuk permaisuri.


Minta macai pembangkang untuk menonton video di bawah untuk lebih faham situasi sebenar.


Kalau betullah Baginda YDP Agong tidak mesra dengan Perdana Menteri dan Timbalannya, adakah boleh kita melihat foto-foto yang sebegini? Bodoh punya macai pembangkang! Mungkin kulit pembuat fitnah ini kalis api neraka rasanya.


13 Kenapa Hanya Kerjasama, Kenapa Parti Cap Bunga Raya Tidak Menyertai Pakatan Harapan?

Agak pelik apabila keputusan mesyuarat hari ini yang diadakan di antara Pakatan Harapan dan Parti Cap Bunga Raya hanya memeterai kerjasama. Kenapakah Parti Cap Bunga Raya tidak menyertai gabungan Pakatan Harapan? Parti ini tidak yakinkah gabungan ini akan pergi jauh atau Pakatan Harapan sendiri tidak yakin dengan parti Mantan Perdana Menteri 22 tahun?

Ketika ditanya mengapa Parti Cap Bunga Raya tidak terus menyertai Pakatan Harapan sebagai salah sebuah parti di bawah gabungan pembangkang, jelas Dr Wan Azizah, perjanjian itu adalah langkah permulaan. Kata Dr Wan Azizah dalam sidang media,
"Ini adalah permulaan untuk kita bekerjasama. Kami telah mula bekerjasama dan gabungan itu hanya satu 'formaliti'. Buat masa ini, inilah perjanjian yang persetujui iaitu kerjasama. Ini adalah satu perjanjian bahawa kita akan bekerjasama, jadi kita kena pastikan menang pilihan raya dahulu."
Mereka hanya kerjasama untuk menang pilihan raya sahaja. Bagaimana sekiranya kalah? Kalau menang pula bagaimana?

December 12, 2016

52 Jangan Kata Perkara Besar, Yang Kecilpun @cmlimguaneng Nak Tipu Rakyat Pulau Pinang


Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng dipetik The Malay Mail Online, baca di sini, berkata beliau telah Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) untuk menyerap cukai GST 6% ke atas cukai taksiran bagi tahun 2017.

Bagi Rakyat Pulau Pinang yang buta peraturan dan undang-undang serta zombie Pakatan Harapan, pastinya menganggap ini sebagai satu tindakan mulia oleh Joseph Lim Guan Eng. Namun sebenarnya Lim Guan Eng berbohong kerana cukai taksiran tidak tertakluk atau dikenakan GST. Rujuk peraturan Kastam bertarikh 10/11/2014 di bawah.


December 11, 2016

29 Mat Sabu Yakin Boleh Rampas Kelantan Dan Terengganu


Presiden Parti PAN, Mat Sabu yakin bahawa parti berkenaan mempunyai peluang yang baik untuk memenangi Kelantan dan Terengganu yang merupakan kubu kuat PAS. Beliau berkata demikian kepada perwakilan di konvensyen PAN kebangsaan pertama di Shah Alam hari ini. Mat Sabu juga berkata pengundi Terengganu juga akan meninggalkan PAS kerana parti itu terlalu rapat dengan BN.

Kita yakin benar dengan kata-kata Mat Sabu berkenaan. Seperti mana Mat Sabu amat yakin dengan kemenangan besar di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar, kita harapkan keyakinan beliau kali ini juga akan menjadi seperti kedua-dua PRK berkenaan.

Kita juga ingin mengucapkan tahniah kepada Harith Iskandar, anak jati Gerik, Perak menjadi juara 'Funniest Person In The World 2016' semalam. Nasib baik Mat Sabu tidak masuk percalonan. Kalau tidak tak merasa Harith Iskandar menjadi juara.


Walau bagaimanapun, parti PAN tetap memenangi hati DAP dengan kenyataan di bawah:

0 Timbalan Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang Minta Lim Guan Eng Bercuti Sementara


Timbalan Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang, Ang Chor Keong, dalam satu Sidang Media hari ini berkata Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng sekali lagi disaran bercuti sementara setelah Mahkamah Tinggi di sini menetapkan tarikh perbicaraan kes rasuah beliau dan ahli perniagaan, Phang Li Koon bermula Mac tahun depan. 

Ang Chor Keong, berkata Lim perlu berbuat demikian bagi memastikan pentadbiran negeri tidak terganggu dan demi kepentingan rakyat Pulau Pinang. Tambah beliau, sebelum ini mungkin Lim tidak perlu ambil cuti, tapi kini mahkamah sudah tetapkan tarikh perbicaraan, jadi demi kehendak dan kepentingan rakyat, maka Lim perlu bercuti sementara. Ini memandangkan tugas Ketua Menteri amat berat, dan ianya melibatkan pertumbuhan ekonomi, kebajikan rakyat termasuk kemasukan pelaburan asing.

Pada 6 Disember lalu, mahkamah menetapkan 34 hari bermula 27 Mac 2017 bagi perbicaraan kes rasuah Lim dan Phang berhubung pembelian banglo di bawah nilai pasaran. Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail berkata tarikh perbicaraan yang diberikan mahkamah juga tidak boleh dipinda memandangkan ia dipersetujui pasukan pendakwaan dan pembelaan. Tarikh perbicaraan itu ialah pada 27 hingga 31 Mac, 10 hingga 14 April, 24 hingga 28 April, 15 hingga 19 Mei, 29 Mei hingga 2 Jun, 13 hingga 16 Jun dan 17 hingga 21 Julai tahun depan.

Lim Guan Eng didakwa atas dua pertuduhan rasuah. Bagi pertuduhan pertama, Lim didakwa sebagai penjawat awam iaitu Ketua Menteri telah menggunakan kedudukannya untuk suapan bagi dirinya dan isterinya Betty Chew Gek Cheng, dengan meluluskan Permohonan Perlingkungan Semula daripada Zon Pertanian kepada Zon Perumahan Awam di Daerah Barat Daya Pulau Pinang kepada syarikat Magnificient Emblem Sdn Bhd. 

Bagi pertuduhan kedua, Lim didakwa sebagai penjawat awam iaitu Ketua Menteri telah mendapatkan untuk dirinya suatu barang berharga dengan suatu balasan yang diketahui tidak mencukupi, iaitu lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat No 25, Jalan Pinhorn, George Town di sini daripada Phang dengan harga RM2.8 juta. Nilaian semasa hartanah itu adalah sebanyak RM4.27 juta dengan Lim mengetahui bahawa Phang mempunyai hubungan dengan tugas-tugas rasminya.

Lim Guan Eng didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, atau mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

16 Parti Cap Bunga Raya Parti Munafik, Promosikan BR1M


Melihatkan portal atau 'website' rasmi Parti Cap Bunga Raya yang masih dalam proses kemaskini menyerlahkan sikap hipokrit dan bermuka-muka pemimpin mereka. Ini adalah kerana portal berkenaan telah mempromosikan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M). Pengerusi parti berkenaan sebelum ini dengan lantang mengkritik Kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana pemberian BR1M dan menganggapnya sebagai satu rasuah kepada Rakyat.

Nampak tak sikap hipokrasi dari Pengerusi hingga ke ahli biasa parti berkenaan. Kalau dulu mereka mempertikaikan BR1M kepada Rakyat walaupun kita faham anak-anak dan Pengerusi parti berkenaan sendiri kaya raya dan ada yang billionaire. Sekarang mereka menjilat lidah sendiri dengan mempromosikan BR1M sebab Rakyat marhaen menghargai pemberian berkenaan dan inilah salah satu cara mereka untuk merauh undi hasil usaha dan pemberian pihak lain.

36 Maria Chin Non-Partisan? Ye lah Tu


Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah kelihatan berada di barisan hadapan bersama-sama jemputan-jemputan VIP yang lain seperti Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Teresa Kok di dalam Komvensyen tahunan Parti PAN di SACC, Shah Alam.

Maria Chin turut berada dan hadir dalam Konvensyen tahunan parti DAP minggu lepas. Maria Chin sebelum ini sering melaungkan bahawa BERSIH adalah non-partisan dan bukan sebuah organisasi pembangkang. Perjuangan mereka hanyalah pilihanraya yang bersih dan bebas. Bukan berunsurkan politik. Pemimpin-pemimpin pembangkang termasuklah Maria Chin adalah hipokrit dan pembohong.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates