November 19, 2016

80 Kesimpulan BERSIH 5 - Mahathir Dan ProTun 'Hijack' BERSIH #SukaRampas

Setelah beberapa pemimpin DAP dan BERSIH ditangkap semalam, dan hari ini Pengerusi BERSIH 5.0 sendiri, Marina Chin dikenakan tahanan SOSMA, nampaknya peserta tulen BERSIH ditipu hidup-hidup oleh Pengerusi Parti Cap Bunga Raya, Tun Dr Mahathir Mohamed dan minions ProTun.

Dengan langkah bangga seolah perhimpunan hari ini semua adalah kerana usahanya demi untuk melangsaikan cita-citanya menaikkan Mukhriz 'Boboi' Mahathir sebagai Perdana Menteri, cita-cita dan harapan majoriti peserta BERSIH yang majoriti terdiri daripada kaum Cina DAP dalam misi dan visi BERSIH menjadi tidak kesampaian.

Mungkin pemimpin Cina DAP dan PKR seperti Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Tian Chua dan ramai lagi yang aktif dalam perhimpunan BERSIH sebelum ini sudah nampak perkara ini akan berlaku. Mereka awal-awal lagi menjauhkan diri daripada hadir ke perhimpunan pada hari ini. Walau bagaimanapun, CTS tetap gembira.  Macam mana bijakpun Cina DAP mengatur perjalanan politik negara, akhirnya hari ini mereka tetap ditipu oleh seorang Mamak Kerala!


Baca luahan salah seorang peserta BERSIH 5 dan penyokong tegar reformasi seperti di bawah:

51 Ahli Seumur Hidup BERSIH Akhirnya ....

Wira-wira BERSIH akhirnya turun. Esok pagi DS Mohd Najib Razak terpaksa mengemaskan barangan di pejabatnya memandangkan Perdana Menteri baru akan mengangkat sumpah.

Gaya muda Muhyiddin Yassin. Baju fit nampak tetek. Seluar slim fit singkat. Nampak sado dan terkini. Inilah harapan baru untuk orang muda Malaysia!

51 Tun Dr Mahathir Bergegas Balik Dari Sudan Menyedari Rekod Beliau Di BERSIH Bakal Dipecahkan



Pengerusi Parti Cap Bunga Raya, Tun Dr Mahathir Mohamed bergegas pulang dari Sudan dan kini telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Subang. Beliau bergegas pulang apabila menyedari rekod beliau di dalam Guiness Stout Book Records sebagai orang paling tua yang hadir dalam Himpunan BERSIH bakal dicabar hebat oleh tiga orang tua di bawah.

Nota Kaki: Di negara yang kononnya menindas rakyat dan pembangkang, pemimpin pembangkang bernama Mahathir Mohamad masih mampu terbang ke sana sini dengan jet peribadi Bombardier Global 8000 ditempah khas daripada Vistajet milik syarikat Swiss.


82 Gambar-Gambar Peserta BERSIH 5 Baju Kuning Yang Dizalimi Kerajaan

Zalim. Memang zalim. Kerajaan Barisan Nasional memang zalim. Lihatlah keadaan peserta BERSIH dari kumpulan Baju Kuning.

13 Jelas 90% Peserta Baju Kuning Dikuasai Oleh Cina DAP

Keadaan terkini di Stesen Masjid Jamek, Kuala Lumpur. Jelas hampir 90% peserta baju adalah dari golongan Cina DAP. Bezanya, Ketua yang dikeldaikan Cina DAP terdiri dari India dan Melayu seperti Ambiga S, Marina Mahathir dan Hamidah Osman.

8 Baju Ungu Mengambilalih Tugas Unit Amal PAS Jaga Keselamatan Baju Kuning

Sekumpulan anak muda Cina DAP yang berbaju ungu kali ini di dalam BERSIH 5 kelihatan mengambil alih tugas keselamatan yang selama ini dipangku oleh Unit Amal PAS. BERSIH 5 kali ini menampilkan belang sebenar DAP apabila rata-rata peserta dari baju kuning terdiri daripada Cina DAP. Ahli-ahli PAS tidak turut serta di dalam perarakan ini menjadikan Himpunan BERSIH 5 agak hambar.

0 Undang-Undang E-Hailing Masih Dalam Peringkat Rundingan Di Antara Pihak SPAD Dan Jabatan Peguam Negara


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) hanya akan melaksanakan dan mengawal selia aplikasi e-hailing apabila pindaan undang-undang dimuktamadkan dan kemudiannya akan dibentangkan kepada kabinet sebelum diluluskan Parlimen. Buat masa sekarang, SPAD sedang mengadakan rundingan dengan Jabatan Peguam Negara dan Kementerian Pengangkutan untuk meminda undang-undang bagi mengawal selia aplikasi e-hailing berkenaan.

Pihak suruhanjaya telah dinasihatkan bahawa kelulusan kabinet oleh Parlimen dianggarkan tercapai pada suku pertama 2017. Aplikasi e-hailing menjadi pilihan pengguna pengangkutan awam di negara ini kerana ia lebih mudah ditempah, kadar tambang lebih murah dan penumpang dapat menganggar kadar tambang sebelum memulakan perjalanan.

Dalam melaksanakan Program Transformasi Industri Teksi, SPAD menjelaskan pihaknya telah menjalankan langkah-langkah segera bagi inisiatif yang tidak memerlukan pindaan undang-undang oleh Parlimen, seperti liberalisasi permit teksi kepada pemandu teksi individu di bawah sistem model pajak.

Sejak 1 September lalu, sebanyak 1,600 permohonan telah diterima. Inisiatif e-hailing ini terus mendapat sambutan baik pemandu teksi kerana ia memberikan kebebasan untuk mencapai model perniagaan yang paling sesuai dengan taraf ekonomi yang ingin dicapai pada masa depan.

November 18, 2016

0 GoKL City Bus - Perkhidmatan Percuma Terbaik Di Ibu Kota



GoKL City Bus adalah perkhidmatan bas percuma di atas initiatif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang diperkenalkan untuk menawarkan alternatif yang berdaya maju bagi penumpang untuk perjalanan dalam Daerah Pusat Perdagangan (CBD) Kuala Lumpur. GO KL memberikan perkhidmatan percuma kepada semua warga kota di Kuala Lumpur. Selain daripada mesra alam, bas ini turut menyediakan perkhidmatan WiFi yang boleh digunakan oleh semua penumpang. 

Menurut kajian dalaman yang dijalankan oleh SPAD, perkhidmatan GoKL dimanfaatkan oleh penumpang tempatan dan juga pelancong, dengan jumlah penumpang Malaysia dan pelancong luar negara masing-masing pada 63% dan 7%. Selain itu, perkhidmatan tersebut digunakan secara konsisten oleh 60% penumpang yang menaikinya setiap hari dan setiap minggu, dengan 33% untuk berulang-alik ke tempat kerja dan 23% untuk membeli-belah. Penumpang lain termasuklah pelajar kolej dan warga yang bergerak di sekitar ibu kota, manakala 20% pula terdiri daripada penumpang yang sedang bercuti dan menaiki GoKL untuk bersiar-siar.

Rungutan yang selalu diterima daripada penumpang warga tempatan adalah terlalu ramai pendatang asing yang bekerja di Malaysia menggunakan perkhidmatan percuma GoKL City Bus terutama daripada warga Bangladesh yang bekerja di Malaysia. Ini menjadikan suasana di dalam bas tidak kondusif dan menyamankan. 

Adalah disarankan agar pihak SPAD dapat mempertimbangkan agar kemudahan ini diberikan kepada Warganegara Malaysia sahaja dan bukan untuk semua, terutama pada waktu puncak dan hari bekerja. Pihak GoKL City Bus dapat mewujudkan sistem pengesana Mykad atau 'thumb scanner' seperti yang diamalkan oleh pihak perbankan untuk memastikan penumpang bas terdiri daripada Rakyat Malaysia.

November 17, 2016

177 Peristiwa Memali 19 November 1985, BERSIH 5 19 November 2016, Persamaan = Tiada Tun Dr Mahathir


19 November 1985, ketika peristiwa hitam Memali berlaku di mana 14 ahli PAS terkorban  di Kampung Memali, Mukim Siong, Daerah Baling Kedah, Perdana Menteri pada waktu itu, DS Dr Mahathir Mohamed dikatakan berada di China.

19 November 2016, tarikh peserta BERSIH 5 akan berkumpul. 3 hari sebelum itu iaitu semalam, orang yang sama, Tun Dr Mahathir Mohamad, mengadakan sidang video mengesa Rakyat memberi sokongan penuh dan menyertai himpunan BERSIH untuk memulihkan negara. Hari ini, beliau dengan selamba membuat keputusan untuk tidak menyertai BERSIH 5 dan pergi ke luar negara. 

Seorang Jeneral perang meninggalkan anak buahnya untuk berperang sedangkan beliau berseronok di luar negara? Adakah agenda ke luar negara lagi penting dari menumbangkan Kerajaan? Bukannya Tun Dr Mahathir tidak tahu tarikh penganjuran BERSIH 5 akan diadakan pada 19 November kerana ianya telah diumumkan beberapa bulan lepas.

Nampak sangat awal-awal lagi Tun sudah cuci tangan untuk tidak bertanggungjawab sekiranya apa-apa berlaku Sabtu ini. Nak buat macam mana, saya bukan ada di Malaysia, skrip biasa yang akan didendangkan. Sia-sia buat video bagai dan menjadi model paling tua dalam sejarah.


November 16, 2016

121 Rayuan Tun Dr Mahathir Minta Rakyat Sertai BERSIH 5 Disambut Dingin Oleh Netizen


Hari ini, Pengerusi Parti Cap Bunga Raya telah mengeluarkan video menyeru Rakyat Malaysia untuk bersama-sama turun ke Perhimpunan BERSIH 5. Video terdesak ini terpaksa dilakukan memandangkan tenaga penggerak terbesar BERSIH sebelum ini iaitu ahli-ahli PAS sudah membuat keputusan tidak menyertai BERSIH 5.

Tun Dr Mahathir dalam video berkenaan seperti biasa menggunakan idea Malaysia akan bangkrap. Jika Malaysia tidak bankrap apabila Tun Dr Mahathir menaikkan hutang negara sebanyak dua kali ganda dari 40% kepada 104% untuk nisbah hutang kepada KDNK pada tahun 1986 dalam tempoh 5 tahun beliau berkuasa, bagaimana Malaysia akan bankrap dengan hutang kepada nisbah KDNK sebanyak 54% sekarang?

Rayuan beliau yang dibuat dalam akhbar The Star dipandang sinis dan disambut dingin oleh pembaca yang membuat komentar. Rata-ratanya menganggap Tun Dr Mahathir tidak lagi berpengaruh seperti dulu dan mempunyai muslihat tertentu. Malah ada yang menasihatkan beliau untuk menghabiskan masa dengan cucu-cucunya dan melakukan amal ibadat di masjid.






Apapun, CTS amat kesal penganjur BERSIH telah menukar model untuk BERSIH 4 kepada BERSIH 5. Terus hilang selera makan.

0 Menteri Pengangkutan Umum AES Dikurangkan Kepada RM150


Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, mengumumkan denda bagi kesalahan melanggar kelajuan yang dihadkan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) ditetapkan pada kadar RM150 bagi setiap kesalahan. Ianya berdasarkan keputusan Kabinet yang menetapkan kadar sama tersebut sebanyak dikurangkan separuh berbanding RM300 yang dikuatkuasakan sebelum ini.

DS Liow, yang juga merupakan Presiden MCA, bagaimanapun menafikan khabar angin yang mengatakan Kerajaan akan menghapuskan kira-kira 1.6 juta saman AES yang dikeluarkan sebelum ini sejak sistem itu beroperasi pada 2012. Sistem AES diintegrasikan bersama Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) yang menggabungkan kamera dengan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara).

Pesalah trafik yang gagal membayar saman tersebut akan disenaraihitam dan tidak dibenarkan memperbaharui lesen memandu. Tiada lagi jumlah tetap kamera yang akan dipasang di bawah program Awas. Kerajaan telah memasang 40 kamera AES di seluruh negara pada fasa pertama pelaksanaan pada 2012 dan meletakkan sasaran 90 buah kamera.

Menurut laporan Institut Kajian Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), kes pelanggaran lampu merah menurun sebanyak 1.23 peratus setahun dan 2.2 peratus dalam tempoh enam bulan sejak kamera AES dipasang di lampu isyarat terpilih. Buat masa ini, kamera AES dipasang di sekitar Lembah Klang dan Perak.

75 Air Percuma Di IOI Puchong Semalam





Keterujaan untuk membuat posting-posting mengenai kekayaan luar biasa Pegawai Khas Ahli Parlimen Ampang membuatkan CTS terlupa untuk membuat posting berkenaan kebaikan yang Kerajaan Pakatan Harapan lakukan untuk Rakyat Selangor. Sejak beberapa minggu ini, Selangor difitnah dengan isu ketiadaan sumber air. 

Ini semua fitnah, Ini semua dakyah yang dilakukan oleh Barisan Nasional. Buktinya, CTS sertakan 3 gambar di atas di mana Kerajaan Selangor telah memberikan air secara percuma kepada Rakyat Selangor. Buat permulaan, air percuma diedarkan di hadapan pusat membeli belah IOI Puchong. Inilah contoh Negeri Berkebajikan.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates