November 12, 2016

43 @MukhrizMahathir Dan @MuhyiddinYassin Dulu Dan Sekarang

Muhkriz Mahathir dulu ...


Mukhriz Mahathir sekarang ...


Muhyiddin Yassin dulu ...


Muhyiddin Yassin sekarang ...


Hidup Parti Cap Bunga Raya!

31 Fenomena Supermoon Melanda Lebih Awal Ke Atas Mukriz Dan Muhyiddin


Supermoon terbesar sejak 1948 akan berlaku dua hari lagi pada 14 November 2016. Bulan tengah naik sekarang. Jadi tidak hairanlah ramai orang yang jiwa kacau. Mood atau kelakuan manusia juga dipengaruhi oleh bulan, bukan pasang surut air laut sahaja. Kalau tidak percaya lihatlah gambar di atas. Bagaimana manusia yang selama ini begitu bencikan manusia bernama Anwar Ibrahim, kini memegang placard "Free Anwar"!

Anak Karpal Singh yang suruh Anwar Ibrahim bertaubat pun tidak ghairah untuk mengangkat placard bebaskan Anwar Ibrahim. Mukhriz Mahathir dan Muhyiddin Yassin pula yang terlebih sudu dari kuah yang hendak bebaskan pesalah liwat berkenaan. Jangan terkhilaf apabila orang yang memungkinkan Anwar Ibrahim dipenjarakan atas kesalahan liwat iaitu Tun Dr Mahathir kini memakai lencana di dada untuk pembebasan Anwar Ibrahim.



14 Setelah PPS Menjadi Kontroversi, @cmlimguaneng Tubuhkan Pula BPS

Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng bijak memanipulasikan undang-undang. Setelah Pasukan Peronda Sukarela (PPS) diharamkan, beliau kini menubuhkan pula Badan Peronda Sukarela (BPS) pula. Cumanya kali ini Joseph Lim Guan Eng sedikit cerdik apabila beliau meletakkan BPS di bawah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Negeri (JKKN) untuk menjadikan badan berkenaan halal.

Isunya di sini ialah badan sukarela ini sebelum ini bertindak seperti Polis atau Tonto dan menjadi pekerja parti DAP seperti menggantung poster dan menjaga keselamatan bilik gerakan pilihanraya DAP, termasuk jadi balaci kepada YB DAP.  Sepatutnya tugas utama mereka adalah menjaga keselamatan kawasan perumahan dan kampung. penubuhan pasukan BPS juga tidak dibincangkan dan diluluskan di peringakt Dewan Undangan Negeri (DUN).

Untuk maklumat, tidak kira PPS atau BPS, mereka tidak ada kuasa untuk memberhenti, menahan atau periksa anda jika tiada kehadiran anggota polis. Jadi, kalau Polis Palsu ini ingin memeriksa, anda tidak perlu memberi kerjasama untuk mempertahankan hak asasi anda.

November 11, 2016

217 Amanah, Progresif, Peduli, Profesional dan Inklusif ... Rahmatan Lil Alamin



CTS masih berfikiran positif apabila Ahli Parlimen PAN Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmood semalam menegaskan bahawa cukai minuman keras tidak sepatutnya dinaikkan kerana akan membebankan golongan bukan Islam. Dr Siti Mariah bijak menjaga hubungan baik beliau dengan rakan-rakan sekutu beliau di dalam DAP. Mungkin juga beliau mempertaruhkan kenyatan beliau untuk meraih undi masyarakat bukan Islam di Kota Raja di dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14.

Mungkim disebabkan oleh bebanan cukai arak yang terlalu tinggi maka Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor tidak dapat berpesta Octoberfest, satu pesta arak terbesar di Selangor tahun ini. Acara gilang gemilang yang dihadiri oleh 5,000 orang tahun lepas di One Utama, Petaling Jaya, hanya tinggal kenangan. Saya hanya dapat sertakan gambar kenangan untuk tahun lepas. Mungkin YB Siti Mariah dapat meperjuangkan harga yang lebih kompetatif untuk minuman keras di Selangor dengan meminta Kerajaan Selangor memberi diskaun yang tertentu. Ini dapat mengurangkan beban peminumnya.

November 9, 2016

80 Pembangkang Patut Mengadakan Demonstrasi Membantah Projek ECRL Di Medan Tiananmen


18/07/2013, merupakan detik yang bersejarah apabila pembangkang yang dikepalai oleh DAP telah pergi ke Taiwan untuk berdemo dan menyampaikan notis bantahan terhadap projek 'Kuo Kuang Petrochemical Technology Company (KKPTC)' dan 'Refinery and Petrochemicals Integrated Development (RAPID)' yang dicadangkan untuk dijalankan di Pagerang, Johor. Projek berkenaan telah dibatalkan dan DAP telah mendabik dada bahawa pembatalan itu adalah usaha mereka.

Terkini, pembangkang sekali lagi membantah projek East Cost Rail Line (ECRL), satu projek kerjasama di antara syarikat China, China Communication Contruction Company Ltd (CCCC) dan syarikat milik penuh MOF Inc, Malaysia Rail Link Sdn Bhd.

Kita mengharapkan agar pemimpin-pemimpin pembangkang seperti Rafizi Ramli, Dr Hatta Ramli, Wong Chen dan Ong Ka Ming dapat mengetuai demontrasi dan bantahan terhadap projek ECRL di China. Adalah dicadangkan demontrasi dan bantahan berkenaan diadakan di Medan Tiananmen atau berhampiran 'The Forbidden City' di Beijing.

13 Pembangkang Bising Syarikat RM2 MOF Tetapi Tutup Mulut Syarikat RM2 DIEG Selangor

Satu Kenyataan Media yang dibuat oleh Rafizi Ramli, Dr Hatta Ramli, Wong Chen dan Ong Ka Ming, baca di sini, telah mempertikaikan tindakan Kerajaan menubuhkan syarikat urus Keretapi Pantai Timur (ECRL) dengan modal berbayar (paid-up capital) RM 2.

Pertama, adalah menjadi syarat untuk membuka Syarikat Sdn Bhd adalah melantik dua orang Pengarah Syarikat dengan saham sebanyak RM1 merangkap pemegang saham, dan syarikat baru berkenaan didaftarkan dengan modal berbayar (paid up capital) RM2.00.

Kedua, apabila Kerajaan menubuhkan Syarikat Sdn Bhd, Kerajaan akan memberi kuasa kepada dua orang pegawai kanan kerajaan menjadi Pengarah Syarikat. Ini kerana dua orang pengarah adalah minimum keperluan dalam sebuah Syarikat Sendirian Berhad ditubuhkan di negara ini.

Ketiga, bagi syarikat kerajaan yang baru ditubuhkan pemilik sahamnya ialah Ministry of Finance (MOF) Inc. Bagi syarikat Malaysia Rail Link Sdn Bhd, milik MOF Inc, saham RM2 dipegang oleh Ahmad Suhaimi Endut dan Dr Yusof Ismail. Kedua-dua adalah Setiusaha Bahagian dan Timbalan Setiusaha Bahagian di Kementerian Kewangan. Kedua-dua mereka hanyalah penama atau nominee sahaja. Boleh dirujuk kepada Memorandum of Association.

Keempat, kebiasaannya, Syarikat Sdn Bhd yang dimiliki orang kebanyakan, mereka akan meningkatkan modal berbayar ke RM100 ribu atau lebih untuk menaikkan kredebiliti, keperluan tender atau pinjaman bank. Namun, bagi syarikat milik kerajaan seperti Malaysia Rail Link Sdn Bhd yang menandatangani MOU dengan syarikat dari China untuk kerjasama pembinaan landasan kereta api koridor timur, syarikat berkenaan tidak perlu meningkatkan apa-apa modal berbayar sebelum tanda tangan perjanjian kerana tidak dikehendaki oleh pihak dari negara China.

Kelima, Malaysian Rail Link Sdn Bhd ditubuhkan pada 26/09/2016. Tahukah Rafizi Ramli & Co., untuk meningkatkan modal berbayar sahaja perlukan sekurang-kurangnya 3 bulan untuk diproses?

Untuk penjelasan cepumas, Syarikat Darul Ehsan Investment Group (DEIG) yang menguruskan kesemua aset-aset di Selangor, telah ditubuhkan bertahun. Aset yang berjumlah berbillion dipindahkan ke syarikat ini. Modal berbayar masih lagi RM2. Paling mengemparkan, Lembaga Pengarah syarikat DEIG bukan dari  kakitangan kanan kerajaan negeri Selangor. Kenapa Rafizi Ramli & Co. tidak bising?

Untuk penjelasan cepumas kedua, Kerajaan Pulau Pinang menandatangani 5 perjanjian berasingan untuk projek jalan-jalan utama dan terowong bawah dasar laut bernilai RM6.3 billion. Satu perjanjian adalah di antara Kerajaan Negeri dan Kosortium Zenith-BUCG yang bermodalkan hanya RM2 semasa perjanjian ditandatangani. Kenapa Rafizi Ramli & Co. tidak bising?

November 8, 2016

48 RM24 Juta Untuk Pakaian, Barang Kemas Dan Kasut? Banyaknya DS Rosmah Mansor Membeli Belah


Modus operandi serangan ke atas isteri Perdana Menteri, DS Rosmah Mansor seperti biasa adalah menunjukkan persepsi bahawa beliau seorang yang boros dan suka membeli belah secara bermewah-mewahan. Tuduhan dan fitnah terbaru yang dilemparkan oleh cytro-cytro pembangkang adalah DS Rosmah telah membelanjakan sebanyak RM24 juta untuk membeli pakaian, barang kemas dan kasut.

Pertama, untuk jumlah barangan RM24 juta, berapa kontena di perlukan dan pelabuhan mana barangan berkenaan dijangka sampai? Port Klang, Penang atau Pasir Gudang? Kedua, CTS adalah merupakan seorang juruaudit bertauliah. Banyak prosedur yang perlu dipatuhi untuk membawa masuk barangan sebanyak RM24 juta. Antaranya, adalah Shipping Guarantee, Bill of Lading, Invoice dan Delivery Order, Packing List dan juga Borang K1 yang memerlukan kelulusan Jabatan Kastam.

Agak mustahil bagi cytro-cytro pembangkang tidak dapat menyertakan waima satu dokumen yang disebutkan di atas untuk membawa masuk barangan bernilai RM24 juta. Jika sebelum ini, benda sekecil-kecil cincin sebentuk pun tidak dapat disorok sehingga pembangkang mengeluarkan segala bentuk Airway Bill dan Borang K1, takkanlah barang berkontena-kontena banyaknya ini boleh disorok?

5 Tun Dr Mahahir Buat Gimik 'Political Stunt' Dengan Datang Ke Parlimen Hari Ini


Betullah kata Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed, "Melayu mudah lupa". Terasa kelakar apabila melihat Tun Dr Mahathir datang ke Parlimen semata-mata bagi membicarakan soal kebebasan bersuara. Sangat-sangat kelakar. Mungkin beliau terlupa Uncle Tua yang duduk di sebelahnya dalam gambar di atas pernah dipenjarakannya tanpa bicara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana kebebasan bersuara.


Tun Dr Mahathir Mohamad juga terlupa wanita di sebelah kirinya juga suaminya diaibkan dengan hal paling jijik dan dipenjarakan selama bertahun-tahun, dan kini beliau sanggup menjilat ludahnya kembali duduk bersama. Setelah 18 tahun mereka hidup dengan caci mencaci, hina menghina, aib mengaib, hari ini mereka bertentang mata dan duduk bersebelahan.


Jadi tidak hairanlah apabila Tun Dr Siti Hasmah dihantar ke rumah DS Dr Wan Azizah sebagai posmen supaya Tun Dr Mahathir tidak dimalukan di Parlimen hari ini dengan ketidakhadiran DS Dr Wan Azizah. Lihatlah kifarah Allah sudah nampak di dunia lagi. 

November 7, 2016

52 Suara Rakyat For Dummies - RM9 Billion Masuk Poket Siapa?


Portal pembangkang 'Suara Rakyat' telah mempersoalkan jumlah yang terkurang sebanyak RM9 billion di dalam pembinaan keretapi laju ECRL dengan pertanyaan wang berkenaan masuk poket siapa? Mari kita belajar macam mana nak buat pengiraan sendiri:

1. Tanya Encik Google dan buat carian 'CCCC China Communications Construction Economy'.

2. Masuk laman web syarikat tersebut dan cari infomasi yang berkaitan dengan pelaburan di Malaysia. Masuk di bahagian 'News Centre >> Company News'

3. Terdapat dua pengumuman yang  berbeza, pertama:

- untuk pelaburan bernilai 46 billion; dan kedua,

- untuk pelaburan bernilai RM8.9 billion di mana portal Suara Rakyat pura-pura tidak nampak.

4. Ambil kalkulator, buat pengiraan anda sendiri, nilaikan dan hadam.

Selamat mencuba semua.

21 Jagdeep Singh Deo - EXCO Penang To The Rescue


Amboi amboi EXCO Pulau Pinang, Jagdeep Singh Deo memang merupakan seorang pelakon yang hebat. Air banjir di Pulau Pinang hanyalah separas lutut, namun YB terpaksa memakai jaket keselamatan (life jacket). Awat YB takut lemas ayaq bah ka? Keduanya, pakaian yang YB pakai terlalu formal. Tidak perlulah memakai 'office attire' untuk melawat mangsa-mangsa banjir YB. Nasib baik YB tak pakai tali leher dan kot!

Kalau setakat memakai T-Shirt datang melawat, tak hilanglah jawatan EXCO yang YB sandang. Siapa macai YB yang rajin bebenar membawa bendera hijau mengiringi YB? Hari masih hujankah atau YB takut demam kena hujan? Kalau begitu cuba YB bayangkan penduduk di Pulau Pinang yang entah kali ke berapa menghadap banjir tahun ini.


YB tahan Grabcar ka Uber? Atau YB nak naik bas sekolah?


Kesimpulan yang saya dapat baca daripada laman sosial Facebook YB adalah YB tetap menyalahkan Kerajaan Pusat atas musibah yang melanda Pulau Pinang. Letak jawatan sajalah YB kalau semua perkara Kerajaan Pusat yang salah. Biaq Kerajaan Barisan Nasional uruskan Pulau Pinang. Ada berani?


47 @cmlimguaneng Kejam!!! Aniaya Pelajar-Pelajar SPM

Hari ini adalah hari pertama pelajar-pelajar menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Hari ini juga pelajar-pelajar ini diuji oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Pelajar-pelajar mangsa banjir di Pulau Pinang ini terpaksa diangkut oleh anggota bomba dan pihak keselamatan untuk dihantar ke sekolah untuk mengambil peperiksaan.

Terkini, banjir kilat berlaku di Jalan P Ramlee, Spice Garden Teluk Bahang, Jalan Taman Thean Teik dan Sungai Dondang yg menyusur melalui Little Sisters of the Poors di Lorong Batu Lanchang.

Lim Guan Eng sibuk berpolitik dan Rakyat yang menjadi mangsa. Dulu Lim Guan Eng salahkan hujan bila banjir. Sekarang beliau salahkan pula Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS). Padan muka. UBAH lagi!!!


November 6, 2016

21 Lihatlah Kebiadaban Pegawai Khas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II Ke Atas Sultan Johor @PDRMsia @SKMM_MCMC

Di bawah adalah posting yang dibuat di laman sosial Facebook oleh Satees Muniandy, Pegawai Khas kepada Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr P Ramasamy. 

Lihatlah kebiadapan seorang ahli tegar DAP yang mempunyai jawatan politik terhadap Sultan Johor. Agak kurang ajar anak muda berbangsa India ini memberi amaran kepada Paduka Sultan Johor agar tahu batas-batas Baginda sebagai Sultan. 

Carian ke atas posting ini sebenrar tadi telah tiada kerana sudah  dipadamkan oleh beliau setelah dikritik hebat oleh netizen.

10 Pemurahnya @AzminAli Bayar SPLASH Tambahan RM2.45 Billion Duit Rakyat Selangor cc. @Khalid_Ibrahim


Semalam, Mantan Menteri Besar Selangor, TS Khalid Ibrahim telah mengeluarkan Kenyataan Media menuduh Menteri Besar DS Mohamed Azmin Ali mengkhianati Rakyat Selangor kerana bersetuju untuk membayar 10 kali lebih iaitu sebanyak RM2.7 bilion untuk membeli syarikat SPLASH dan bukannya RM250 juta seperti yang ditawarkan oleh beliau sebelum ini.

TS Halid juga bertanyakan soalan yang sama di medai sosial Twitter. Bukan sahaja tidak menjawab, sebaliknya DS Azmin Ali membalas Twitter berkenaan dengan isu kitar semula dakwaan pinjaman Bank Islam yang diperolehi oleh TS Khalid Ibrahim.

Pertama, isu pinjaman Bank Islam adalah isu peribadi TS Khalid Ibrahim dan isu membayar SPLASH sebanyak RM2.7 billion adalah isu Rakyat Selangor kerana menggunakan duit Rakyat Selangor. 

Kedua, malangnya bagi Azmin, tuduhan-tuduhan isu Bank Islam adalah terdapat di dalam 91 dokumen halaman fitnah yang dibuat oleh PKR terhadap TS Khalid Ibrahim dan TS Khalid Ibrahim telahpun menyaman PKR kerana fitnah. Lebih malang, PKR kemudian memohon maaf tanpa syarat di mahkamah untuk TS Khalid dan berkata semua ini adalah tidak berasas dan berjanji tidak akan mengulangi semula.


Nampaknya DS Azmin Ali bukan sahaja mengkitar semula pembohongan tetapi kali ini mungkin menghina mahkamah (contempt of court) kerana mengulangi tuduhan-tuduhan ini, hanya kerana DS Azmin Ali mahu mengalihkan isu menjawab pembayaran 10 kali ganda kepada syarikat SPLASH. 

Sayugia diingatkan bahawa pembayaran lebihan sebanyak RM2.45 bilion boleh membeli lebih banyak Nasi Lemak Anak Dara dan selepas ini Menteri Besar Selangor boleh digelar "Mr 10 Times Richer".





 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates