November 5, 2016

108 @RafiziRamli Pecah Malaysian Guinness Of Book Records Dengan 3 Kesalahan Jenayah Dalam Setahun


Sesuatu yang boleh dibanggakan oleh macai-macai pembangkang apabila tokoh politik kesayangan mereka, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli telah memecahkan rekod Malaysia apabila berjaya dikenakan denda oleh mahkamah sebanyak 3 kali dalam masa setahun akibat kesalahan jenayah.

Pertama, pada 26/01/2016, Rafizi Ramli dikenakan denda RM1,800 oleh Mahkamah Sesyen kerana menghina dan membuat provokasi terhadap anggota UMNO. Baca di sini.

Kedua, pada 31/10/2016, Rafizi Ramli Rafizi, yang juga Setiausaha Agong dan Naib Presiden PKR, diarahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk membayar RM150,000 kepada Pengerusi National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) DS Mohamad Salleh Ismail dan RM50,000 kepada NFC dan kos mahkamah sebanyak RM100,000 kerana memfitnah NFC menggunakan dana kerajaan sebagai pengaruh untuk mendapatkan pinjaman bagi lapan harta tanahnya. Baca di sini.

Ketiga, pada 01/11/2016, Rafizi Ramli telah dikenakan denda sebanyak RM1,950 kerana menyertai dan mengadakan Perhimpunan 505. Baca di sini.

Rekod ini bakal dipecahkan tidak lama lagi kerana banyak kes fitnah Rafizi Ramli yang masih belum atau dalam perbicaraan seperti:

1. Saman Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) di atas putar belit politik Rafizi Ramli yang cuba mengaitkan LTAT dengan 1MDB.

2. Laporan polis yang dibuat oleh Tabung Haji (TH) semalam di mana TH meminta Rafizi Ramli disiasat di bawah undang-undang jenayah. Ini berikutan Lembaga TH menafikan tuduhan tidak berasas Rafizi Ramli bahawa agensi itu memberi jaminan korporat kepada syarikat bersekutunya, TH Heavy Engineering Berhad (THHE).

3. Kes lama Rafizi Ramli yang masih dalam perbicaraan iaitu melibatkan Seksyen 97(1) BAFIA yang boleh dihukum mengikut Seksyen 103(1)(a) akta sama kerana mendedahkan dokumen penyata baki akaun bank milik NFC, National Meat & Livestock Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd dan akaun bank Mohamad Salleh kepada perunding media Yusof Abdul Alim dan pemberita The Star Erle Martin Carvalho.

Hebat Sotong Pandan!!!

November 4, 2016

12 CCCC Tidak Boleh Berurusniaga Dengan Kerajaan Malaysia Tapi Dianugerahkan Kontrak RM2.3 Billion Di Pulau Pinang

Macai-macai pembangkang termasuklah Ketua Biro Publisiti DAP Perak, Chong Zhemin meminta agar Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak menjelaskan kenapa Perdana Menteri menganugerahkan projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) bernilai RM55 bilion kepada China Communications Construction Company (CCCC) yang telah disenarai hitamkan oleh Bank Dunia sehingga 12/01/2017. Baca di sini.


Mungkin macai RBA terlupa bahawa pada 28/10/2015, syarikat yang sama melalui anak syarikat milik penuhnya telah dianugerahkan kontrak untuk menjalankan kerja penambakan tanah bagi projek Seri Tanjung Pinang Fasa 2 (STP2) di Pulau Pinang yang bernilai RM2,3 billion. Baca di sini.

Bank Dunia melaksanakan penggantungan kepada CCCC pada tahun 2011 berdasarkan siasatan pada isu yang berdekad lamanya berkaitan dengan syarikat sebelumnya yang dipanggil China Road dan Bridge Group yang tidak lagi wujud.

Penggantungan tersebut hanya menghalang CCCC untuk membuat projek menggunakan pinjaman Bank Dunia, itupun akan berakhir pada 12/01/2017, sebelum perjanjian bagi ECRL dimuktamadkan. CCCC sendiri hanya ditubuhkan pada tahun 2005 daripada penggabungan syarikat China Harbour Engineering Group dengan China Road dan Bridge Group.  Ianya merupakan sebuah entiti yang baru.

Syarikat China Harbour Engineering juga merupakan syarikat yang berjaya membina Jambatan Pulau Pinang ke 2, keseluruhannya dalam lingkungan bajet dan tempoh masa yang ditetapkan serta boleh dianggap sebagai mempunyai rekod yang baik di Malaysia.

Adalah penting untuk mengambil perhatian bahawa CCCC dimiliki oleh kerajaan China yang merupakan syarikat infrastruktur terbesar milik kerajaan China dan syarikat keempat terbesar keseluruhan. Memandangkan kerajaan China akan memberikan pinjaman mudah dengan kadar faedah yang rendah untuk membiayai sepenuhnya projek ECRL ini, Kerajaan China mempunyai hak untuk melantik syarikat mana yang akan mengetuai usaha untuk membina ECRL.

36 Gambar-Gambar Keluarga Presiden US Menaiki 'Air Force One' Untuk Tatapan Macai

Untuk macai-macai pembangkang yang mempertikaikan anak-anak Perdana Menteri menaiki pesawat Kerajaan sila lihat gambar-gambar di bawah. Ini adalah gambar-gambar keluarga Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama menaiki pesawat rasmi kerajaan yang dikenali sebagai 'Air Force One'.

Hasil carian Google, tidak pula diperolehi ada rungutan daripada Rakyat Amerika Syarikat membantah anak-anak Presiden Amerika Syarikat menaiki pesawat ini. Mungkin Rakyat Amerika Syarikat lebih bodoh dari Rakyat Malaysia, mungkin?

43 Sejak Bila Reza Aziz Pelarian Dari DoJ Marina Mahathir? @netraKL


Ini jawapan anak perempuan Pengerusi Parti Cap Bunga Raya apabila seorang netizen mempertikaikan bahawa Marina Mahathir turut mengikuti rombongan rasmi ke China semasa Tun Dr Mahathir Mohamed menjadi Perdana Menteri. Katanya di laman sosial Twitter,
"Yes I did but I wasn't a fugitive from the DoJ at the time"
Persoalannya, sejak bila Reza Aziz menjadi pelarian Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syaikat? Pertama, perintah injunksi DoJ adalah terhadap Syarikat Red Granite, yang mana perintah berkenaan telahpun ditarik balik. Saman kini hanya tertumpu terhadap keuntungan dua buah filem yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut. Kedua, saman DoJ adalah suatu saman sivil, dan bukan saman jenayah (criminal). Tidak timbul isu 'tidak boleh meninggalkan Amerika Syarikat' dan sebagainya. 

Mungkin Marina Mahathir boleh turut mempersoalkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang didakwa atas kesalahan jenayah rasuah yang masih ke sana ke mari, menggunakan kenderaan dan keistimewaan Kerajaan walaupun Ahli Parlimen DAP, Tony Pua sendiri telah menyatakan Lim Guan Eng perlu meletak jawatan sebagai Ketua Menteri.

November 2, 2016

64 Pensyarah Universiti Malaya Terkesan Kenaikan Harga Minyak, Tulis Surat Kepada DS @NajibRazak

Seorang wanita yang dipercayai seorang Pensyarah di Universiti Malaya menggunakan nama Ashley Greig-Momin di laman sosial Facebook, telah menjadi viral di media sosial apabila surat beliau di laman sosial Facebook kepada Perdana Menteri telah dipetik oleh beberapa portal seperti Says.com, Worldofbuzz.com, sinchew.com.my dan discoverkl.com.





Wanita ini mengeluh di Facebook mengenangkan nasib beliau yang terkesan dengan kenaikan harga minyak yang melanda dirinya dan masyarakat Malaysia sehingga beliau menandatangani surat beliau dengan nama "A despondent, powerless young adult struggling to make ends meet". 



Tidak dapat dipastikan adakah beliau menulis surat di atas kepada Perdana Menteri disebabkan desakan hidup akibat kenaikan harga minyak atau mencari publisiti murahan. Sebabnya:

1. Adakah orang susah di Malaysia berbadan montel?



2. Adakah orang susah di Malaysia boleh bebas melancong dan meletakkan gambar di laman sosial Facebook?


3. Adakah orang susah mendapat rawatan di hospital swasta dan berbangga dengan bil yang tinggi di Instagram atau adakah orang susah ke hospital Kerajaan?

16 Parti Cap Bunga Raya Umum Barisan Kepimpinan Tertinggi, Anak Bapa Ada Jawatan Akhirnya!


Tanpa perlu ada pencalonan, pengundian dan pemilihan seperti mana tradisi parti-parti lain di Malaysia, Parti Cap Bunga Raya hari ini mengumumkan barisan kepimpinan parti tersebut. Inilah corak kepimpinan yang dipilih dengan cara yang paling demokratik, adil dan saksama yang pertama di dunia. Akhirnya anak bapa ada jawatan tertinggi juga akhirnya.

Pengerusi - Tun Dr Mahathir Mohammad.

Presiden - TS Muhyiddin Yassin.

Timbalan Presiden - DS Mukhriz Mahathir.

Naib Presiden - Dato Hamidah Osman, Datuk Abdul Rashid Asari, TS Abdul Rashid Abdul Rahman

Ketua Srikandi - Ainina 'Hobbit' Saadudin.

Ketua Armada - Syed Saddiq 'Palladium' Syed Abdul Rahman.

Setiausaha Agung - Datuk Dr Shahruddin Md Salleh 

Bendahari Agong - Dr Mohd Sallej Bajuri.

Ketua Penerangan - Datuk Kamaruddin Md Noor.

Turut mengisi kepimpinan tertinggi PPBM adalah bekas Ketua Pengarang Kumpulan News Straits Times Press (NSTP), Datuk Abdul Kadir Jasin. Jadi tidak hairanlah kalau Khairuddin 'Botox' Abu Hassan merajuk membawa diri keluar parti kerana tiada jawatan tertinggi diperuntukan untuk beliau.

0 Laporan Lengkap Kejadian Tren Kargo Tergelincir Di Batu Gajah Selepas 14 Hari


Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata laporan lengkap insiden tren kargo tergelincir di KM200.332 di Kampung Bakap berhampiran Stesen Keretapi Batu Gajah, Perak Jumaat lepas akan diketahui dalam tempoh 14 hari.

Beliau menjawab soalan V Sivakumar (DAP-Batu Gajah) yang bertanya mengenai punca dan tindakan diambil pihak bertanggungjawab susulan kejadian yang menjejaskan kira-kira 12,000 penumpang Perkhidmatan Keretapi Elektrik (ETS).

Beliau berkata, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyiasat punca kejadian sama ada kerana kecuaian manusia atau kelemahan teknikal. Menurut Datuk Ab Aziz, kejadian kereta api tergelincir ini jarang berlaku. Dalam kejadian di Batu Gajah, tren kargo telah mengikut Prosedur Operasi Standard yang biasa ketika hendak masuk ke tempat penyelenggaraan.

Pada masa sama, KTMB sedang giat menjalankan kerja-kerja pembaikan landasan dan mengalih gerabak tergelincir yang menghalang laluan kedua-dua arah utara-selatan. Datuk Ab Aziz berkata KTMB telah mengambil langkah untuk mempertingkatkan lagi kerja penyelenggaraan dan pemeriksaan infrastruktur, sistem dan stok operasi kereta api bagi memastikan keselamatan tren pada tahap terbaik, sekali gus mengelak kejadian berulang pada masa depan.

Pada kejadian 3.15 pagi Jumaat lalu, tren kargo yang dalam perjalanan dari Kuang, Selangor menghala ke Tasek di Perak untuk mengambil muatan simen, tergelincir di Km200.332 antara Kota Bharu-Lahat di sini.

Dalam perkembangan berkaitan, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat telah mengeluarkan Kenyataan Media beberapa hari lepas mengarahkan pihak KTMB supaya mempercepatkan kerja baik pulih kerosakkan landasan kereta api. KTMB telah diarahkan untuk berusaha sedaya upaya untuk mengalihkan gerabak kereta api yang tergelincir dan mempercepatkan pemulihan bekalan elektrik dengan kadar segera bagi membolehkan perkhidmatan ETS beroperasi seperti biasa. 

SPAD juga telah mengarahkan KTMB untuk mengeluarkan laporan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Kenyataan penuh media SPAD adalah seperti berikut:

36 Jurutera MIMOS Berhad Adalah Timbalan Pengerusi BERSIH 5.0?




Kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan DS Mohd Najib Tun Razak adalah Kerajaan paling baik di dunia. Mana ada Kerajaan yang menyimpan kakitangan yang secara terbuka dan terang-terangan hendak menjatuhkan Kerajaan di mana setiap bulan beliau mengemis gaji untuk menyara keluarganya. 

Bagaimana Mimos Berhad, sebuah badan berkanun, milik penuh Kerajaan yang bernaung di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Innovasi (MOSTI) boleh menyimpan seekor biawak hidup?

Shahrul Aman Mohd Saari adalah Timbalan Pengerusi BERSIH 5.0, baca di sini. Mengikut laman carian kerja Linkedin, beliau juga merupakan seorang Jurutera Mimos Berhad! Adakah MOSTI tidak sedar perkara ini atau MOSTI menutup mata dengan salah laku pegawai badan berkanun Kerajaan ini?

Berikut adalah biodata Timbalan Presiden BERSIH 5.0:

Nama: Shahrul Aman bin Mohd Saari

Kerjaya:
- Staff Engineer MIMOS.
- Naib Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia.
- Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Remaja IKRAM.
- Timbalan Pengerusi BERSIH 5.0.

Pendidikan Peringkat Menengah:

Maktab Sains Mara Kuala Lumpur
A-Levels
1993 – 1995

Sekolah Alam Shah Kuala Lumpur
SPM
1988 – 1992

November 1, 2016

80 Dulu Boleh, Sekarang Tak Boleh, Macai ProTun Hadam Gambar-Gambar Ini!


Macai-Macai ProTun menyebar luas gambar-gambar lawatan Perdana Menteri ke China bersama dua anak lelakinya Riza Aziz dan Norashman Najib. Umbun-umbun belum keras macai-macai ProTun ada hati untuk mempertikaikan tindakan DS Najib Tun Razak.

Mereka terlupa Mantan Perdana Menteri pujaan mereka, Tun Dr Mahathir Mohamed pernah membuat lawatan ke negara yang sama. Siap bergambar di Tembok Besar China. Turut berada di dalam gambar adalah Marina Mahathir, anak perempuan Tun Dr Mahathir.

Aik ... boleh pulak? Siapa Marina Mahathir di dalam Kerajaan pada masa itu? Menteri kah? Timbalan Menterikah? Dutakah atau Pegawai Tinggi Kerajaan? Untuk perhatian macai-macai ProTun, Presiden Indonesia, Jokowi juga pernah membawa dua anak beliau ketika lawatan rasmi ke Jepun.

22 Kenapa DS @NajibRazak Bawa Keluarga Untuk Lawatan Kerja Ke China - Ini Jawapan Pembantu Khas Perdana Menteri



Juak-juak ProTun sejak semalam mempertikaikan kehadiran anak-anak Perdana Menteri, DS Mohd Najib Tun Razak mengikuti rombongan kerja Perdana Menteri ke China. Berikut adalah japan daripada Pegawai Khas Perdana Menteri, Dato Rizal Mansor yang dikeluarkan melalui poating di laman sosial Facebook beliau:

1. Perdana Menteri jarang membawa keluarga untuk lawatan rasmi, walaupun beliau kerap mengadakan lawatan rasmi setiap tahun demi menjalankan tanggungjawab untuk membina hubungan diplomatik dan perdagangan dengan negara-negara luar.

2. Kerajaan China telah menjemput Perdana Menteri dan keluarganya dalam lawatan ke China kali ini. Mereka yang arif dengan budaya China pasti tahu bahawa ianya merupakan satu kebiasaan untuk pemimpin besar China menjalinkan keakraban melalui hubungan peribadi dan keluarga dengan pemimpin lain.

3. Budaya membina hubungan kekeluargaan ini dikuatkan lagi dengan peribahasa lama Cina yang menyebut - "飲水思源" - apabila anda minum air, fikirkanlah punca air tersebut”.

4. Kerajaan China amat menghargai bahawa pertalian China dan Malaysia moden bermula daripada ayahanda Perdana Menteri, Tun Abdul Razak. Malaysia merupakan negara pertama ASEAN yang menjalinkan hubungan diplomatik dengan China pada tahun 1974.

5. Walaupun Perdana Menteri jarang membawa keluarga beliau, tetapi adalah normal jika PM mahukan anak-anaknya bersama ketika lawatan panjang selama seminggu - apatah lagi jika terdapat jemputan khas untuk membawa keluarga.

6. Terdapat banyak perjanjian perdagangan dan pelaburan yang akan ditandatangani dalam lawatan rasmi ini, ianya bakal membawa puluhan billion ringgit pelaburan dan manfaat untuk Malaysia.

Jadi mengapa perlu dibangkitkan soal kecil mengenai kedua anak mengikuti beliau dalam lawatan ini?

21 Takkan Keluarga Jutawan Tun Dr Mahathir Tak Mampu Bayar Tukang Masak Yang Telah Berkhidmat 35 Tahun Kot?


Mengalir air mata dan air hidung apabila membaca posting Fanpage ProTun, Saya Sayang Tun Dr Mahathir (SSTDM). Kononnya ada berita sedih semalam apabila tukang masak dan pembantu rumah yang telah berkhidmat selama 35 tahun antara yang tidak disambung perkhidmatan oleh Kerajaan dan terpaksa diberhentikan.

Takkanlah keluarga Tun Dr Mahathir tidak mampu bayar gaji tukang masak dan pembantu rumah ini? Dua anaknya jutawan dan mungkin billionaire, seorang Mantan Menteri Besar dan mempunyai syarikat yang mempunyai kontrak rundingan terus dengan Kerajaan bernilai jutaan ringgit dan Tun sendiri seorang Negarawan. Waima Rakyat Marhaen yang bekerja keluar Subuh balik Isyak sekalipun menggunakan duit sendiri untuk mengupah orang gaji.

Adakah 35 tahun jasa tukang masak berkenaan hanya dibalas dengan pelukan dan dipergunakan untuk mencari simpati politik semata-mata? Jika 35 tahun berjasa kepada keluarga multi jutawan pun tidak boleh dibantu, apa diharapkan mereka ini membantu rakyat biasa jika membentuk Kerajaan melalui Parti Cap Bunga Raya?


Saksikalah sendiri kebodohan admin SSTDM seperti komen mengampu dan menjilat seperti di bawah:

October 31, 2016

24 @RafiziRamli Disahkan Mahkamah Seorang Pemfitnah Hari Ini

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi memerintahkan Naib Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli membayar ganti rugi RM200,000 kepada National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) dan Pengerusi Eksekutifnya, DS Dr Mohamad Salleh Ismail, kerana memfitnah. Ia adalah berhubung kenyataan Rafizi Ramli berkaitan pinjaman pembelian hartanah KL Eco City, Bangsar.

Pesuruhjaya Kehakiman Azizul Azmi Adnan membuat perintah itu selepas membenarkan tuntutan saman NFCorp dan Mohamad Salleh selaku plaintif selepas mendapati kenyataan dikeluarkan Mohd Rafizi, adalah memfitnah. Pesuruhjaya Kehakiman dalam penghakiman beliau berkata, perkataan 'diselewengkan' dikeluarkan Rafizi Ramli adalah serius dan ia membayangkan perlakuan jenayah.

Rafizi Ramli diarahkan membayar ganti rugi kepada syarikat berkenaan berjumlah RM200,000 serta RM100,000 untuk kos. Persoalannya, adakah adil bagi mahkamah mengenakan denda ganti rugi sebanyak RM200,000 sedang satu perniagaan orang Melayu telah lingkup akibat daripada fitnah tersebut dan berbaloikah ganti rugi berkenaan jika dibandingkan dengan fitnah yang dilakukan sehinggakan kini apabila orang menyebut UMNO, penyokong pembangkang akan sahut "lembu kondo".

10 ADUN BN Pula Angkat Placard Dalam Sidang DUN Selangor

Kalau dalam pembentangan Bajet 2017 tempoh hari, Ahli-Ahli Parlimen pembangkang mengangkat placard bertanyakan 'Siapa MO1', hari ini di dalam pembentangan Bajet 2017 Selangor, giliran ADUN-ADUN Barisan Nasional mengambil tindakan serupa.

Placard yang bertulis 'Tak Keluar!!! Kami Hormati Dewan & Mandat Rakyat' seolah-olah satu sindiran yang tajam. Beza pembangkang di parlimen dan pembangkang di DUN Selangor, pembangkang di DUN Selangor tidak keluar dewan ketika sessi pembentangan bajet.


October 30, 2016

32 @cmlimguaneng Yang Tidak Bertanggung Jawab, Tinggalkan Rakyat Untuk Kampua


Semalam, setelah air surut barulah Ketua Menteri Pulau Pinang berani menjejakkan kaki ke tempat mangsa banjir. Itupun sekadar terhad kepada kawasan DUN beliau sahaja dan penempatan kaum Cina.

Hari ini Ketua Menteri yang berjiwa Rakyat ini sebelum Subuh sudah meninggalkan Rakyat dan negeri beliau yang dilanda musibah banjir untuk Persidangan Tahunan di Sibu. 

Coretan beliau di laman sosial Twitter juga kelihatan gembira memandandangkan beliau tidak sabar untuk menikmati kampua, sejwnis makanan Masyarakat Sabah berasaskan mee.

Tahniah juga buat Rakyat Pulau Pinang kerana selain dari mendapat Ketua Menteri yang berjiwa Rakyat, beberapa tempat di Paya Terubung, air terjun kelihatan dari bukit-bukit berhampiran. 

Selain dari menjadi tarikan baru pelancong, kemungkinan lereng-lereng bukit ini akan berlaku runtuhan atau 'landslide' amat tinggi.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates