August 27, 2016

117 3 Ekor Pokemon Dikenalpasti Dalam #TangkapMO1


Ada Tian Chua, ada Marina Chin Abdullah dan ada Hishamuddin Rais di sini. 

Setakat pukul 4.00 petang, inilah pula pemandangan dari udara yang diperolehi menggunakan 'drone' bagi menunjukkan bahawa himpunan ini gagal.

8 Laporan Pencarian #TangkapMO1 Di Dataran Merdeka

Setakat jam 2.45 petang, kehadiran pendemo-pendemo jalanan yang dikatakan di kalangan pelajar-pelajar Universiti dalam misi untuk mencari dan menangkap Maria Ozawa 1 (MO1) masih kelihatan gagal. Kehadiran amat mengecewakan. Dianggarkan dalam sekitar 500-600 sahaja dan yang pasti tidak melebihi 1,000 orang.

5 Pencarian #TangkapMO1 Bermula

Pencarian juak-juak pembangkang untuk mencari dan Tangkap Maria Ozawa 1 (MO1) bermula.


1.45 PM: Suasana di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Datatan Merdeka masih terkawal. Tiada tanda-tanda himpunan besar pada hari ini akan berlaku.


Situasi di depan Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman. Muda-muda kan pelajar Universiti sekarang. Ada yang boroi.

16 Gara-Gara Himpunan Bodoh #TangkapMO1 Raptai Hari Kebangsaan Dibatalkan

Di Dataran Merdeka sejak pagi tadi sedang berlangsung raptai sambutan Hari Kebangsaan. Disebabkan informasi dari pihak keselamatan menyatakan terdapat ancaman keselamatan akibat daripada Himpunan Tangkap MO1, maka raptai berkenaan terpaksa dihentikan separuh jalan.

Mengikut jadual, sepatutnya pada pukul 11.30 pagi, pelajar-pelajar yang menyertai raptai berkenaan dikehendaki masuk arena untuk sambung latihan. Walau bagaimanapun, 5 minit selepas itu pihak polis mengarahkan agar bersurai.

Malah bas pelajar yang biasanya mengambil dan menurunkan pelajar di depan Dataran juga sudah tidak dibenarkan masuk. Bas hanya dibenarkan menunggu berhampiran bangunan DBKL sahaja. Kesian pelajar-pelajar yang menyertai raptai yang terpaksa berjalan agak jauh bersama peralatan yang berat.

August 25, 2016

90 Gambar-Gambar Yang Tidak Mungkin Disiar Di Malaysiakini


Hanya sekadar dua tiga orang melakukan demo dan upacara panjat pagar tempoh hari sudah mendapat berita sensasi di dada portal pro pembangkang. Hanya kerana beberapa siswa siswi membuat kecoh kononnya hendak menegakkan kebenaran dan keadilan, diberi liputan oleh media seolah-olah seluruh siswa siswi anti kerajaan. 

Namun hakikatnya majoriti siswa siswi masih lagi waras menolak gerakan hasil doktrinisasi DAP terutama dari golongan siswa siswi atas pagar. Buktinya pilihanraya kampus yang terbaru, keputusan mencatatkan kemenangan besar ke atas parti kampus yang menyokong Kerajaan. 

Untuk rekod, bagi penggal 2015/2016, mahasiswa Aspirasi (Pro-A), kumpulan pro Kerajaan menang 26 daripada 31 kerusi di UKM, 34 daripada 40 kerusi di UM, 28 daripada 46 kerusi di USM, 12 daripada 23 kerusi di UIAM dan 23 daripada 29 kerusi di UPSI.

Manakala di kubu kuat di UiTM, Pro-A mencatatkan kemenangan bergaya apabila menyapu bersih kesemua 48 kerusi malahan rekod sama turut dilakar di UNISZA apabila Pro-A menang di keseluruhan 28 kerusi ditawarkan.

15 Pembangkang Dan Fitnah Berpisah Tiada - Maybank Pun Turut Jadi Mangsa


Kalau bukan penyebar fitnah, bukanlah namanya pembangkang dan ProTun namanya. Tersebar di laman-laman sosial penutupan beberapa Cawangan Maybank berkuatkuasa tahun 2016 dan 2017. Walaupun CTS bekerja dengan Bank tidak lama (sekadar 22 tahun), inilah pertama kali mendengar penutupan cawangan Bank tidak dibuat pengumuman di laman rasmi bank berkenaan sekurang-kurangnya dua bulan.

Kita faham apa tujuan fitnah ini disebarkan. Kononnya ekonomi Malaysia dalam keadaan tenat disebabkan bank terbesar di Malaysia pun menutup Cawangan-Cawangannya secara besar-besaran. Selepas tu, salahkan Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak! Pihak Maybank telahpun membuat penafian di laman sosial Facebook mereka seperti berikut:
"Kami sarankan anda untuk mengabaikan maklumat yang anda terima tersebut. Untuk makluman, semua cawangan tersebut masih beroperasi seperti biasa. Jika terdapat sebarang penutupan cawangan, pihak kami akan maklumkan di laman web rasmi Maybank. Terima kasih."


Kalau dilihat daripada senarai berkenaan yang diperbesarkan seperti di bawah, senarai berkenaan sebenarnya adalah jadual untuk menaiktaraf "Maybank Branch Network Systems" daripada BNP 2.0 kepada BNP 3.0. Betullah kata orang, kalau pandai bukanlah pembangkang dan ProTun.

67 Mahathir Punca Masalah Semasa Di Malaysia - Sultan Johor ... Daulat Tuanku


"It is a figment of Dr Mahathir’s imagination. He is stirring the hornet’s nest and my advice to him is to keep his mouth shut."
"He is going around dividing the people, including the Malays, while I am uniting Malaysians of all races, including the Malays."
"Mahathir is the root cause of the present problems in the country. He has no right to interfere in my state. I will not tolerate his antics."
Ini antara kata-kata Tuanku Sultan Johor yang dipetik The Star, di sini, ketika menjawab kenyataan Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed yang mengeluarkan kenyataan bahawa:
"Mempromosikan semangat kenegerian berbanding kebangsaaan hanya akan memecahbelahkan rakyat Malaysia. Ungkapan “Bangsa Johor” yang sering dilaungkan di negeri itu menggalakkan rasa bangga diri yang “tidak sihat” berbanding negeri-negeri lain. Ia cenderung memecahkan kesatuan persekutuan. Sebenarnya, kita perlu mempromosikan idea warga Malaysia berbanding rakyat berbeza-beza negeri. Menekankan kerakyatan negeri bukan perkara yang begitu sihat. Saya tidak mahu melihat kita ke arah itu kerana kita semuanya sama. Tiada yang lebih hebat daripada yang lain. Kita semua rakyat Malaysia." - Sumber The Malay Mail Online.
Tun Dr Mahathir sejak akhir-akhir ini banyak mengeluarkan kenyataan yang kontroversi. Beliau sebelum ini turut menyalahkan tindakan mantan Timbalan Menterinya, Allahyarham TS Megat Junid Megat Ayub. Tun Dr Mahathir dipetik sebagai berkata selepas mengambil alih sebagai Menteri Dalam Negeri daripada Tun Musa Hitam pada 1986, beliau telah menurunkan kuasa itu kepada Megat Junid sepanjang 11 tahun Allahyarham berkhidmat sebagai Timbalan Menteri dalam negeri di bawah pentadbirannya, untuk menahan mana-mana individu di bawah ISA, 

Anak sulung bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Megat Fairus Megat Junid semalam dipetik Sinar Harian berkata, dalam konteks penahanan ISA, sekiranya benar Allahyarham menandatangani surat penahanan tersebut, ia adalah melalui kebenaran dan pengetahuan Tun Dr Mahathir yang merupakan Menteri Dalam Negeri pada waktu itu. Datuk Megat Fairus membuat kenyataan demikian mewakili dua lagi anak Allahyarham serta ibunya Puan Sri Faizah Shuaib.

Kenyataan demi kenyataan yang dibuat Mantan Perdana Menteri sejak akhir-akhir ini tidak perlu diambil perhatian sangat. Apalah sangat 'tai chi' yang dibuat oleh Mantan Perdana Menteri ini. Beliau seorang saja yang maksum dan tidak pernah melakukan sebarang kesilapan sepanjang 22 tahun beliau memegang tampuk sebagai Perdana Menteri Malaysia.

August 24, 2016

0 Diskaun 50% Kepada Pengguna LRT Dan Monorel Antara Pukul 6.00 Pagi Hingga 7.00 Pagi



Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak hari ini melancarkan projek rel bandar di koridor barat Lembah Klang, Transit Aliran Ringan 3 (LRT3). Projek melibatkan jajaran sepanjang 37 kilometer dan menyediakan kemudahan penumpang di Klang, Shah Alam dan Petaling Jaya. Ia juga akan mengintegrasikan lima stesen LRT3 dengan menghubungkan pengangkutan baru dan sedia ada dan akan memanfaatkan kira-kira dua juta pengguna. 

Kerja-kerja pembinaan LRT3 dijadualkan bermula awal tahun 2017 dan dijangka siap pada 31 Ogos 2020 dengan kos kira-kira RM9 bilion. Perdana Menteri dalam pada itu berharap projek LRT3 akan dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan.

Turut hadir, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali dan Menteri Pengangkutan, DS Liow Tiong Lai. Menteri Pengangutan berkata beliau gembira menyatakan bahawa kemajuan besar terus dibuat ke arah menambah baik rangkaian pengangkutan awam di kawasan Greater Kuala Lumpur dan kawasan Lembah Klang. Ini telah lama menjadi fokus utama bagi Kementerian Pengangkutan serta Kerajaan Malaysia.

DS Liow menambah, ini adalah projek terkini yang dilancarkan sebagai sebahagian daripada usaha Kerajaan untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan awam. Inisiatif lain termasuk peningkatan kapasiti bagi Kelana Jaya dan Ampang LRT sedia ada, GO KL sebagai perkhidmatan bas percuma, Transit Sunway Bas Rapid (BRT), Projek Lanjutan LRT, dan tidak lama lagi menjadi Transit Line operasi Mass Rapid 1 (MRT1 ). Beliau menambah, projek-projek ini telah meningkat saham modal pengangkutan awam bandar dari 10% pada tahun 2009 kepada 20% pada akhir tahun 2015 dengan sasaran 40% pada tahun 2030.

Sementara itu, DS Najib berharap LRT3 akan mencapai standard pembinaan dan keselamatan bertaraf dunia. Beliau juga melahirkan penghargaan kepada kerajaan negeri Selangor atas kerjasama diberikan bagi membolehkan projek LRT3 dilaksanakan.

Apabila siap, projek LRT3 akan mempunyai 26 buah stesen termasuk sebuah stesen bawah tanah. LRT3 boleh membawa lebih penumpang berbanding pengangkutan awam lain di kawasan barat Lembah Klang dengan kadar 36,720 orang penumpang setiap arah dan setiap jam.

Perdana Menteri dalam pada itu turut mengumumkan pemberian diskaun 50 peratus kepada pengguna LRT dan monorel yang menggunakan perkhidmatan itu bermula pukul 6 pagi hingga 7 pagi. Pengguna akan menikmati potongan harga tiket itu bermula 16 September depan. Langkah itu dibuat bagi mengurangkan kesesakan di stesen LRT dan monorel semasa waktu puncak.

August 23, 2016

52 Barua DAP Mendapat Pujian Setiausaha Agong


1 Ogos 2016, Anis Shafiqah Md Yussof, pelajar Tahun 3, Fakulti Bahasa & Linguistik, Universiti Malaya, bersama beberapa 'geng bas sekolah' telah mengadakan Sidang Media acara #TangkapMO1. Baca di sini. Mereka hanya berani mengadakan Sidang Media tersebut di Restoren Amjal dan bukannya di dalam Universiti Malaya sendiri.


20 Ogos 2016, Anis Shafiqah bersama tidak sampai 10 pelajar lain turut ke UiTM Seri Iskandar kononnya untuk menangkap MO1. Tidak dapat dipastikan kenapa UiTM Seri Iskandar dipilih sebagai lokasi demo pelajar-pelajar ini. 3 pelajar lelaki turut ditangkap pada hari tersebut kerana memanjat pagar universiti dengan tujuan menceroboh.


Salah seorang daripada 3 yang ditangkap juga adalah pelajar Universiti Malaya, Luqman Nur Hakim, pelajar Tahun 3, Akademi Pengajian Islam. Hari ini, Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng telah melahirkan pujian terhadap Anis Shafiqah yang disifatkannya sebagai mahasiswi gagah. 

Jadi mungkin ada kebenaran desas desus di laman media sosial yang mengatakan bahawa Anis Shafiqah ini adalah produk Sekolah Politik Institut Kajian Dasar Dan Sekolah Demokrasi DAP. Jadi sekarang kita tahulah siapa dalang sebenar pelajar-pelajar ini.


Yang pastinya barua-barua DAP ini tidak dapat menandingi kehebatan pelajar cemerlang Melayu, Siti Aisah Kamarulzaman yang telah diiktiraf sebagai graduan terbaik di Malaysia dan ke-7 di dunia dalam pengajian Association of Chartered Certified Accountants (ACCA). CTS pun kalah dengan keputusan ini.

August 22, 2016

156 Sampai Bila Cina DAP Ini Hendak Dibiarkan Bebas Membuat Fitnah Wajai @SKMM_MCMC ? cc. @PDRMsia


Apa imuniti atau kekebalan yang beliau ada sehinggakan beliau bebas untuk membuat fitnah semahunya? Adakah tindakan memfitnah seperti di atas tidak boleh diambil oleh Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM)? Beliau dengan sengaja mendakwa Perdana Menteri, DS Najib Tun Abdul Razak mencuri (songlap) RM2.6 billion

Hew Kuan Yau, bekas pemimpin DAP ini tidak bertanggungjawab dan cuba memainkan sentimen perkauman dengan melagakan kaum Cina dengan kaum Melayu dan beliau tidak diambil tindakan. Baca di sini.

Si mulut celupar ini bersifat tidak patriotik dengan secara kontroversi mendakwa Laut Cina Selatan kepunyaan negara China. Baca di sini.

Berapa lama dan berapa banyak lagi fitnah yang akan beliau buat sebelum beliau diambil tindakan oleh SKMM?

0 MCA Muktamadkan Calon Sebagai Persedian Menghadapi PRU14

Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai akan mengadakan pertemuan dengan semua Menteri Besar dan Ketua Menteri bagi memuktamadkan calonnya bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). Ini sebagai langkah awal untuk menawan kembali kerusi yang tidak dimenangi oleh parti berkenaan pada pilihan raya umum lalu.

Menurut DS Liow, kriteria bagi pemilihan calon MCA bukan sahaja berlandaskan keputusan parti, tetapi juga seseorang calon itu mestilah disukai ramai dan boleh menang. MCA perlu mendapatkan kembali sokongan kaum Cina dan di Negeri Sembilan, MCA sudah mengenal pasti semua 10 kerusi berkenaan. 

MCA kata beliau akan membahagikan kerusi-kerusi berkenaan kepada beberapa kategori dan melipatgandakan fokus untuk memenangi kembali kerusi itu. DS Liow yang juga Menteri Pengangkutan, berkata MCA akan memohon mendapatkan kembali tiga kerusi Parlimen iaitu Kuantan, Gelang Patah dan Wangsa Maju daripada UMNO. 

MCA kata beliau telah meminjamkan tiga kerusi parlimen itu kepada UMNO dan MCA akan mendapatkannya balik serta yakin UMNO akan membantu MCA untuk mendapatkan sokongan pengundi Melayu. MCA, menurut DS Liow sudah bersedia, malah persiapan telah dibuat sejak awal lagi. Beliau menambah calon parti itu terdiri daripada muka baharu dan lama. 

DS Liow berkata, MCA akan bekerja keras untuk mendapatkan kembali sokongan kaum Cina dengan terus membantu dan berkhidmat kepada orang ramai, termasuk di kawasan MCA mengalami kekalahan pada PRU lalu. Beliau memberi contoh di Chennah, walaupun MCA kalah pada PRU lalu, MCA tidak akan berputus asa dan akan terus berkhidmat kepada Rakyat. Beliau berjanji MCA juga akan membawa pulang lebih banyak anggota MCA untuk memastikan mereka menjadi pengundi di sini dan cuba merekrut lebih banyak anggota baharu.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates