August 13, 2016

47 Pesalah 8 Tahun Penjara, 4 Rotan Kerana Menipu Ugut SPAD Dan Kerajaan Isu UBER Dan Grabcar


Beliau telah dihukum penjara lapan tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen pada bulan Mei 2015 selepas didapati bersalah terhadap lima pertuduhan menipu Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp), DS Dr Mohamad Salleh Ismail membabitkan RM1.75 juta dan 17 pertuduhan pengubahan wang haram. Baca The Sun Daily, di sini.

Semalam, sidang akhbar berbaur ugutan terhadap Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Kerajaan yang dibuat oleh pengasas Big Blue Taxi Services, Shamsubahrin Ismail, nampaknya tak menjadi. Melalui respon-respon yang dilihat di dalam artikel-artikel online, kenyataan yang dibuat oleh beliau itu dijadikan bahan lawak dan sindiran.

Malah Shamsubahrin seolah-olah dikatakan mempamerkan kebodohan beliau secara terbuka bila menyatakan syarikat teksi akan menyokong parti baru Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi) yang diasaskan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir. Tak cukup dengan itu, beliau bersifat seperti kebudak-budakan yang terdesak mendapat perhatian apabila turut memaki hamun pihak SPAD.
"SPAD ini sangat malas, bodoh dan tidak ada otak. Oleh kerana mereka sangat bodoh dan tidak ada otak, mereka sangat malas, mereka buat kabinet nampak cukup bodoh, tidak ada otak dan cukup bodoh."
video

Grabcab dan Uber sudah menjadi satu fenomena baru di seluruh dunia dan di Malaysia juga tidak terkecuali. Perkhidmatan ini mudah, selesa, dan berpatutan dengan harga dan perkhidmatan yang diberikan. Pemandu-pemandu teksi hendaklah mengubah mentaliti mereka yang menganggap perkhidmatan teksi masih lagi seperti di tahap tahun-tahun 70an dan 80an. 

Malaysia tidak perlu jurucakap seperti Shamsubaharin sedangkan diri sendiri bergelumang dengan kes penipuan untuk mengugut Kerajaan. Selagi pemandu-pemandu teksi tidak mahu mengubah sikap dan perkhimatan yang diberikan, tidak mustahil industri teksi negara akan menjadi seperti nasib telefon awam.

1 Lanjutan Lesen Pengusaha Pengangkutan Perdagangan Akan Diteliti Pihak SPAD


Penyelesaian terbaik bagi menangani isu lanjutan lesen pengangkutan perdagangan yang perlu diperbaharui dua tahun sekali yang didakwa membebankan syarikat pengangkutan akan dilakukan oleh pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Pengerusinya, TS Dr Syed Hamid Albar berkata perbincangan itu akan membabitkan pelbagai perkara termasuk isu keselamatan, pengurusan pentadbiran atau mengenai lanjutan tempoh lesen sehingga tujuh tahun. 

TS Syed Hamid berkata, SPAD sedia maklum dakwaan permohonan pengendali pengangkutan perdagangan yang mengatakan lesen perlu diperbaharui setiap dua tahun, selain membabitkan bebanan kertas kerja dan tempoh pemprosesan yang memakan masa. SPAD masih melihat kepada perkara ini. Oleh kerana ia membabitkan isu keselamatan, selain isu pentadbiran iaitu permohonan bagi melanjutkan lesen daripada perlu perbaharuinya setiap dua tahun. 

SPAD katanya akan menjalankan kajian termasuk perbincangan, jika ia sesuatu yang munasabah, akan ambil tindakan yang sewajarnya dan akan memanggil setiap pertubuhan bagi membincangkan perkara ini. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Ekspo Bas Trak dan Komponen Johor (JBTC) di Johor Bharu, semalam. 

TS Syed Hamid berkata, pihaknya juga akan meneliti perbincangan mengenai lanjutan tempoh lesen berkenaan sehingga tujuh tahun seperti yang pernah dilaksanakan oleh Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP). Katanya, jumlah permit bagi kenderaan perdagangan awam di Johor mencatatkan sebanyak 53,969 lesen sejak awal tahun ini, dengan kira-kira 35,000 daripada jumlah itu adalah pengangkutan lori.

August 12, 2016

85 Campurtangan Ahli Parlimen DAP Dalam Urusan Pentadbiran MBPP


Ahli Parlimen (MP) DAP Jelutong, Jeff Ooi telah menulis surat kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) bagi menggesa (baca mengarahkan) MBPP untuk tidak meluluskan permohonan tukar syarat kegunaan bangunan dari pejabat berkonsep Small Office Home Office (SOHO) kepada hotel kerana pemilik Maritim Waterfront Hotel adalah seorang ahli UMNO.

Lihatlah betapa demokratiknya amalan berpolitik seorang Ahli Parlimen yang mewakili Parti Tindakan Demokratik. Peluang perniagaan disekat hanya kerana pemilik adalah ahli UMNO. Ini adalah diskriminasi terhadap ahli parti politik yang bukan sekutu DAP. Apakah di Pulau Pinang sekarang, hanya ahli-ahli DAP sahaja boleh menjalankan perniagaan sejak DAP jadi kerajaan negeri pada 2008?


Surat di atas adalah bukti jelas campurtangan MP DAP Jelutong dalam urusan dan pentadbiran MBPP. MP DAP Jelutong tidak menghormati kuasa-kuasa Majlis Kerajaan Tempatan apabila menulis surat mengarahkan Datuk Bandar menangguhkan keputusan OSC yang di bawah bidang kuasa dan tanggungjawab MBPP. 

OSC sepatutnya tidak perlu mendapat "perkenan" mana-mana Ahli Parlimen sebelum membuat keputusan mereka. Bukan setakat itu, malah Jeff Ooi telah mengugut untuk membuat laporan SPRM sekiranya arahan beliau kepada MBPP tidak diendahkan oleh Datuk Bandar.

Lesen Sementara seperti tertera di bawah yang dikeluarkan oleh MBPP kepada operator Hotel Maritim Waterfront sejak November 2014 dan berakhir Oktober 2016. Oleh itu, tiada isu hotel ini beroperasi secara haram.

1 Bersatu Tidak Akan Pergi Jauh Kerana Ideologinya - DS Liow


Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hanya prihatin terhadap satu bahagian masyarakat dan ia tidak akan membantu menggalakkan keharmonian dan perpaduan kaum di negara ini. Oleh itu, kata beliau Bersatu  tidak akan pergi jauh kerana ideologinya.

Liow yang juga Menteri Pengangkutan berkata Rakyat Malaysia tidak mahu melihat parti Malaysia menjadi pelampau perkauman. Menurut beliau lagi, walaupun MCA adalah sebuah parti perkauman, namun parti berkenaan telah bekerjasama dengan pelbagai parti seperti UMNO dan MIC ke arah mewujudkan sebuah negara yang sederhana, bersatu dan harmoni.

Parti komponen Barisan Nasional (BN) katanya mempertahankan hak dan kebajikan semua rakyat Malaysia. Pada Selasa lalu, bekas Timbalan Perdana Menteri TS Muhyiddin Yassin telah mendaftarkan parti politik baharu yang dicadangkan namanya sebagai "Parti Pribumi Bersatu Malaysia".

Keahlian dibuka kepada rakyat Malaysia dengan status bumiputera sahaja manakala bukan bumiputera boleh menyertainya sebagai ahli bersekutu yang bermaksud mereka tidak boleh mengundi atau bertanding dalam pemilihan parti. Parti itu dilihat sebagai parti serpihan Umno. TS Muhyiddin dilaporkan akan menjadi Presiden parti itu dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi.

August 11, 2016

134 Drama Murahan DAP - Sudah Keluar Parti Masih Kuat Kempen

Superman DAP,  Hew Kuan Yau masih lagi aktif berkempen untuk DAP atau lebih tepat berkempen untuk memberitahu masyarakat bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang adalah bersih seperti Tokong.

Hew Kuan Yau sebelum ini keluar dari parti kononnya tidak mahu isu mulut lancangnya terpalit kepada parti, apabila beliau mendakwa Laut Cina Selatan adalah kepunyaan Republic Of China.

Beliau didapati sedang berada di majlis ceramah di Melaka yang disiarkan secara langsung di laman sosial Facebook. Kalau bukan opera Cina bukan DAP namanya. DAP banyak berdrama untuk mengelirukan masyarakat.

0 Kabinet Lulus Rancangan Perkhidmatan Uber Dan Grabcar Beroperasi Secara Sah


Perkhidmatan Uber dan Grabcar bakal dihalalkan operasinya setelah kabinet bersetuju dengan konsep 'e-hailing' oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Menurut laporan The Sun, di sini, Kabinet sangat berpuas-hati dengan 11 inisiatif yang dibentangkan, terutama inisiatif transformasi industri teksi negara dengan projek kemas kini Teksi 1 Malaysia (TEKS1M). Pelan rancangan ini bakal beroperasi pada hujung tahun ini.

Menurut laporan tersebut, Kabinet secara keseluruhan bersetuju dengan membenarkan operasi Uber dan Grabcar secara halal ialah satu langkah bijak untuk menjaga kepentingan rakyat. Dianggarkan seramai 150,000 pemegang permit teksi baharu akan muncul dalam tempoh tiga tahun akan datang, termasuk pemandu Uber, Grabcar dan pemilik teksi individu. Pertambahan ini bakal memberi saingan buat kesemua pihak untuk menambah baik servis mereka khususnya memberi keselasaan buat pengguna.

Sebelum ini, SPAD bercadang akan mempertimbangkan cadangan memperkenalkan sistem 'Kad Pemandu' kepada pemandu perkhidmatan Grabcar dan Uber. Pengerusinya, TS Dr Syed Hamid Albar berkata perkara itu perlu dilihat secara menyeluruh memandangkan pemandu yang terlibat adalah individu persendirian dan tidak mempunyai lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV).

TS Syed Hamid berkata SPAD akan membentangkan perkara tersebut kepada kerajaan khasnya mengenai syarat-syarat mentransformasikan industri pengangkutan awam yang berasaskan konsep teksi agar tidak timbul perasaan tersisih termasuk golongan pemandu teksi biasa yang menganggap mereka dibebankan oleh sistem sewa beli atau pajak.

TS Syed Hamid berkata SPAD akan mengadakan perbincangan lebih terperinci dengan  pemain industri sebelum memuktamadkan keputusan berhubung cadangan itu. SPAD dalam cadangan Program Transformasi Industri Teksi yang dikemukakan kepada kerajaan baru-baru ini antara lain menjelaskan tentang perlunya membenarkan dari segi undang-undang perkhidmatan Grabcar dan Uber serta menyamaratkan medan persaingan untuk pemandu teksi.

August 10, 2016

0 Kerajaan Prihatin - Peruntukan RM142.7 Juta Menjadi Talian Hayat Bagi 65 Pengendali Bas Luar Bandar


Bermula pada 03/01/2012, kerajaan telah memperuntukkan dana sebanyak RM400 juta untuk membantu pengendali bas berhenti-henti yang bersedia untuk meneruskan perkhidmatan mereka di laluan sosial. Satu inisiatif di bawah NKRA UPT (Pengangkutan Awam Bandar Bidang Keberhasilan Utama Negara), Dana Sokongan Sementara Bas Henti-henti (ISBSF) diwujudkan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan bas dan menggalakkan rakyat untuk menggunakan bas sebagai mod pengangkutan yang berkesan.

Inisiatif ini bertindak sebagai langkah sementara untuk membantu pengendali bas berhenti-henti yang terjejas ekoran daripada peningkatan kos operasi terutamanya di laluan sosial (atau yang kurang menguntungkan). Transformasi industri bas berhenti-henti tetap menjadi keutamaan bagi Kerajaan dengan penyaluran dana sebanyak RM142.7 juta di bawah ISBSF 2016.

Peruntukan yang kritikal ini akan disalurkan kepada 65 pengendali bas henti-henti yang telah memohon untuk mendapatkan bantuan pada tahun ini. ISBSF telah memberikan manfaat kepada lebih daripada 347 juta penumpang merentasi 608 laluan. Berikut adalah kenyataan rasmi dari pihak SPAD:



232 Lambang Parti Bersatu Diciplak Dari Logo Klinik Botox?


Ini adalah lambang parti yang baru dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan untuk penubuhan sebuah parti baru yang dikenali sebagai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang mahu dikenali sebagai BERSATU.


Ini pula adalah lambang yang hampir sama iaitu lambang atau logo sebuah klinik "non-surgical aesthetic procedures and advanced laser treatments" ini.



Adakah logo parti Bersatu yang kononnya diambil dari lambang bunga raya ini diciplak daripada logo klinik yang menyediakan perkhidmatan Botox? Umum mengetahui Datuk Padukang Khairuddin adalah orang yang bertungkus lumus untuk merealisasikan penubuhan parti ini sebelum ini. Umum mengetahui bahawa beliau juga mungkin kecewa tidak diberi jawatan penting di dalam parti sehingga mengumumkan tidak akan menyertai parti berkenaan. Umum juga mengetahui muka Datuk Padukang juga tegang seolah-olah diberi suntikan Botox. Adakah lambang parti BERSATU dan klinik yang menyediakan perkhidmatan Botox ini satu kebetulan? Kebetulan? Tonton video di bawah:

video

Rakan Facebook, Bicara Kelantan mempunyai penemuan menarik seperti di bawah:
Tahukah anda nama asal bagi Pasaraya The STORE ialah Pasaraya BERSATU. Nama ini diubah selepas Ahli Lembaga Pengarah mendapati nama BERSATU sudah tidak relevan dengan peredaran zaman. Dan tahukah anda Parti BERSATU ditubuhkan sebagai STORE kepada bekas-bekas pemimpin yang sudah bersara tetapi bernafsu besar dan tidak sedar yang mereka sudah tidak relevan dengan zaman.
Parti baru The STORE menghimpunkan pemimpin-pemimpin yang sudah menapous, kecewa dan kena pecat yang mempunyai nafsu besar untuk kembali berkuasa. Nampak sama tapi tidak serupa. Sekarang kita nak panggil parti BERSATU sebagai apa? Parti Botox atau Parti The STORE?


Dan tidak mungkin sama sekali logo parti BERSATU aka The Store aka Parti Botox mengambil idea logo NGO di bawah kan?

August 9, 2016

197 BERSATU ... Dalam Bahasa Sastera Bermaksud Melakukan Hubungan Intim


Mantan Timbalan Perdana Menteri, TS Muhyiddin Yassin akan mendaftarkan parti politik baharu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) hari ini. Nama BERSATU bukan satu nama baru. Di dalam Wikipedia BERSATU merujuk kepada Majlis Permesyuaratan Rakyat Melayu Patani. Kalau rajin membaca karya sastera, BERSATU bermakna melakukan hubungan intim.

Tun Dr Mahathir bagaimanapun tidak dapat hadir pada sesi pendaftaran hari ini kerana difahamkan beliau sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur. Mungkin bateri jantung lemah kot? Atau mungkinkah TunDr Mahathir terkejut TS Muhyiddin menjadi Presiden dan bukan anaknya, BoBoiBoy. 

Selain TS Muhyiddin dan Dr Mahathir, kumpulan ahli pertama parti itu adalah DS Mukhriz Mahathir, pemidato terhebat di seluruh alam semesta, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan wanita UMNO Langkawi, Anina Saadudin.

CTS tabik spring dengan kesungguhan Tun Dr Mahathir dan TS Muhyiddin menubuhkan parti baru untuk melawan UMNO (baca DS Najib Tun Razak). Kita mengharapkan di dalam Pilihan Raya Umum ke 14, sama ada Tun Dr Mahathir, TS Muhyiddin atau DS Mukriz sendiri ada keberanian untuk bertanding di Parlimen Pekan menentang DS Najib Tun Razak.

Nota kaki: 

1. Wanita / Puteri parti BERSATU dimestikan keturunan Hobbit kah?

2. Apa fungsi Pengerusi? Ketua Umum macam PKR atau Boss Presiden?

3. Kenapa anak Pengerusi tiada dalam carta organisasi parti? Tak patut betul.

31 Kempen #TangkapMO1 Cari Publisiti Murahan

Penganjur BERSIH mungkin tahu perhimpunan ini pastinya tidak akan mendapat sambutan daripada orang ramai. Oleh itu, beberapa ekor anak muda dipergunakan untuk menganjurkan himpunan yang dinamakan #TangkapMO1 pada 27 Ogos ini.

Penganjur BERSIH akan menggunakan perhimpunan ini sebagai penanda aras untuk mengadakan BERSIH 5.0 di mana tempat dan tarikh sehingga kini penganjur masih kecut perut untuk mengumumkannya. Sekiranya perhimpunan ini gagal, penganjur BERSIH masih ada masa untuk menangguhkan perhimpunan BERSIH 5.0.

Mereka di dalam gambar-gambar di bawah adalah anak-anak muda yang keliru. Mereka mahu bangkit bersuara terhadap kes Malaysia Official 1 yang dibawa oleh kuasa asing dan dicanang oleh DAP. Bagaimanapun, mereka berdiam diri dan seolah mempertahankan kes Penang Official 1 yang terang-terangan telah didakwa dalam dua tuduhan rasuah dan dudakwa di bawah Kanun Keseksaan. Bangang?

24 Dr Mahathir "Obsessed Over Control", Kata DS @NajibRazak


Elok-elok memegang jawatan sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun dan tiada siapa yang mencabar beliau, Tun Dr Mahathir secara tiba-tiba meletakka jawatan di dalam Persidangan Agong UMNO, "... dah lama dah ... huwaaa". Apabila telah meletakkan jawatan, beliau juga telah menolak jawatan Menteri Kanan kerana semua tahu selepas 22 tahun memegang jawatan tertinggi negara, mustahil beliau dapat melupakan begitu sahaja. 


Apabila sudah meletakkan jawatan, Tun Dr Mahathir masih lagi "obsess" untuk mengawal Perdana Menteri selepas beliau iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi dan DS Najib Tun Razak. Sepatutnya Tun Dr Mahathir menyusun langkah seperti Mantan Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew yang menyusun langkah menjadi Menteri Mentor selepas Menjadi Perdana Menteri. 

Inilah yang dimaksudkan oleh Tunku Abdul Rahman dalam biografi K. Das "Kenangan Tunku", perbezaan di antara Mahathir dan Lee Kuan Yew. Kata Tunku, Lee Kuan Yew mengatur langkah politiknya dalam satu 'landasan lurus', manakala Mahathir langkahnya 'berselerak'. 

Cuma tindakan Tun Dr Mahathir untuk mewujudkan parti bumiputera baru, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi menyaingi UMNO nampak seperti tidak berkesan dan terlambat. Ditambah pula, parti barunya kini menjadi parti bekas-bekas atau sampah-sampah yang dilonggokkan. Langsung tidak menarik dan tiada faktor wow ikut definasi golongan muda. Lihat wawancara DS Najib Razak dengan wartawan Indonesia seperti di bawah.

40 Sarawak Report Mengaku Membuat Laporan Yang Tidak Benar


Kitab muktabar yang menjadi rujukan penganut macai ProTun dan minions pembangkang, Sarawak Report, telah membuat pengakuan bahawa satu laporan yang dibuatnya sebelun ini iaitu Perdana Menteri telah menyalurkan dana sebanyak RM90 juta kepada parti PAS adalah bohong. Ianya ditulis semata-mata bersifat "widespread suspicion" dan tiada bukti yang jelas. Laporan Malaysiakini menyebut:
Sarawak Report editor Clare Rewcastle-Brown has clarified that the claim that Prime Minister Najib Abdul Razak had wooed PAS with RM90 million was merely a "widespread suspicion". This is after PAS deputy president Tuan Ibrahim Tuan Man earlier today cried foul over the allegation, which was published in a commentary on Sarawak Report last Saturday. However, Brown said she reported the suspicion as such on her website, and insisted that such allegations had indeed been widespread.
Apabila ditekankan hendak disaman fitnah, Editor Sarawak Report telah mengeluarkan kenyataan segala pertuduhan mengenai PAS menerima RM90 juta dari DS Najib Razak adalah syak wasangka semata-mata tanpa ada bukti atau dokumen yang hendak disandarkan. Adakah kitab muktabar Sarawak Report layak menjadi sumber rujukan minions pembangkang dan macai ProTun? Artikel kontroversi berkenaan telahpun dipadam.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates