July 9, 2016

97 You Can Run @ngakorming But You Can't Hide cc. @PDRMsia

Walaupun dua posting kontroversi menghina Umat Islam dalam bulan Syawal oleh Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming telahpun dipadam, namun luka di hati Umat Islam masih terasa.

Tahniah kepada Polis Di Raja Malaysia (PDRM) yang mengambil maklum kes-kes berkenaan dan akan membuat siasatan yang sewajarnya di bawah Akta Hasutan dan Kanun Keseksaan. 

Terima kasih kepada pengamal media sosial yang turut sama membantu mewar-warkan kes ini. Jangan dipandang rendah isu blog jalanan dan perkara yang dibangkitkan oleh pengamal media sosial.


Si kafir harbi ni memang kurang ajar. Dia pernah masuk dalam rumah orang Melayu pakai kasut.

July 7, 2016

177 Harbi Laknatullah @Ngakorming Anggap Duit Raya Sebagai Rasuah

Sebelum ini Ahli Parlimen Taiping telah menghina perayaan Aidil Fitri dengan meletakkan bendera Amerika Syarikat sebagai negaranya di dalam poster ucapan hari raya.

Poster kontroversi berkenaan telah dipadamkan oleh beliau selepas mendapat bantahan dari netizen. Nga Kor Ming sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila membuat poster baru dengan karikatur duit raya yang diterima budak-budak sebagai rasuah.

Tindakan biadap yang berterusan ini perlu diajar. Sahabat media sosial CTS akan membuat laporan polis esok. Diharap lebih ramai NGO akan turun membuat laporan yang sama. Pernahkah pemimpin UMNO menghina duit angpow di dalam perayaan Gong Xi Fa Chai yang diterima anak-anak Cina DAP?


Ni nak tanya harbi laknatullah Nga Kor Ming, gambar pemberian angpau di bawah dikira dedak atau rasuah?

July 6, 2016

140 Gila @ngakorming Sambut Aidil Fitri Dengan Bendera Amerika Syarikat

Adakah Ahli Parlimen Taiping baru tinggal di Malaysia sehingga beliau melupakan adat resam kaum Melayu Islam di Malaysia? Dengan menggunakan kalimah 'In God We Trust', inilah cara beliau mengucapkan Selamat Hari Raya kepada Umat Islam di Malaysia.

Tambah menyakitkan hati apabila poster ucapan perayaan beliau berlatar belakangkan bendera Amerika Syarikat. Sungguh tidak patriotik dan tidak bersemangat kebangsaan. Dalam perkataan lain, Ahli Parlimen DAP ini amat kurang ajar.

Apa maksud Nga Kor Ming apabila beliau kata "Lord, guide our Nation back to you." Apa maksud beliau Amerika Syarikat sebagai 'Nation'. Itu bukan negara kami!

32 Ucapan Hari Raya Tun Dr Mahathir Masih Berkisar Kekalahan #PRKSgBesar Dan #PRKKualaKangsar - Sudah Kalah Kalahlah!

Tidak boleh sehari di dalam 365 hari dalam setahun, Mantan Perdana Menteri dapat menulis sesuatu yang baik di dalam blog beliau. Sebaliknya di petang ambang Syawal, beliau masih memilih untuk mengomel dan melahirkan ketidak puasan hati nengenai kekalahan Pakatan Harapan di dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan dan Sungai Besar.

Sehinggakan tajuk posting beliau di ambang Aidil Fitri bertajuk 'Rasuah II'. Kita akui Tun Dr Mahathir suci dan maksum. Tiada pernah melakukan sebarang rasuah atau nemiliki sebarang kroni di zaman pemerintahan beliau selama 22 tahun. Oleh itu, wajarlah beliau mengungkapkan ucapan berikut di ambang Aidil Fitri semalam kepada Umat Islam di Malaysia.
Amatlah menyedihkan apabila didapati yang teramai dari orang yang menyuap dan memakan rasuah ialah orang Islam. Sebabnya ialah kerana tidak ada tekanan oleh mereka yang bertanggungjawab mendidik akan haramnya rasuah dan pentingnya ia ditolak. Justeru itu ia tidak termasuk dalam nilai hidup yang dipegang sebagai sebahagian dari budaya orang Islam Malaysia sekurang-kurangnya.

July 5, 2016

40 Malaysiakini Memburukkan Reputasi Dr Zakir Naik Di Malam Aidil Fitri

Nampak tak betapa jahatnya peranan yang dimainkan oleh portal pro pembangkang, Malaysiakini. Malaysiakini memutar belitkan cerita untuk membuatkan khayalak ramai menjadi benci kepada pendakwah dan penceramah terkenal, Dr Zakir Naik. 

Nampak tak bagaiamana dua penganas yang terbabit di dalam pembunuhan 20 tebusan di Dhaka dikaitkan dengan Dr Zakir Naik. Hanya kerana mereka ini merupakan pengikut Dr Zakir Naik di laman Media Sosial? 

Tahukah Malaysiakini bahawa pengikut-pengikut Dr Zakir Naik di media sosial berjumlah jutaan orang dan bukan seorang dua?

Inilah agenda portal Anti Islam. Sayangnya, The Star juga turut mengikut jejak langkah yang sama untuk memutarbelitkan cerita.

0 Ucapan Hari Raya Aidil Fitri Yang Penuh Bermakna Daripada Datuk Wee Ka Siong


Di samping menyambut Hari Raya Aidilfitri yang mulia ini, jangan kita lupa di sekeliling kita masih ada ramai keluarga yang hidup dalam kedaan yang daif dan fakir miskin yang amat memerlukan pertolongan kita. 

Di sebalik keriangan kita menyambut kedatangan Aidilfitri pada tahun ini, marilah kita menghulurkan pertolongan kepada golongan yang kurang bernasib baik ini. Moga amal jariah dan sedekah kita akan membawa berkat, dan turut memberi harapan dan semangat kepada mereka untuk tabah menghadapi cabaran dan dugaan dalam kehidupan.

Inilah mesej penuh bermakna yang cuba disampaikan di dalam klip video ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri oleh Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong di bawah.

video

Dr Wee berkongsi kegembiraan melihat Encik Sham Md Din sekeluarga yang dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri di rumah mereka yang sempat dibaikpulih sebelum Syawal menjelma. Beliau juga turut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam yang meraikan hari mulia ini.

July 3, 2016

170 'Walk With Guan Eng' Pagi Ini Sudah Seperti Pesta LGBT #LGExit #PadanMuka

Ada berpakaian biru, kuning, merah, hijau untuk menunjukkan solidariti kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng yang didakwa atas dua jenayah rasuah.

Lim Guan Eng ingin membuktikan pada warga Pulau Pinang bahawa beliau masih lagi mempunyai kreditbiliti. Namun politik protes jalanan sebegini membuatkan golongan atas pagar kurang senang. Beliau nyata menghina mahkamah dengan mengadakan demonstrasi jalanan.

Yang hadir pada pagi ini cuma segelintir penyokong berbanding jumlah penduduk Pulau Pinang sekarang jumlahnya 1.6 juta penduduk. Jika laporan portal pro pembangkang, Malaysiakini betul hanya 10 ribu yang hadir ini bermakna tidak sampai 1% dari angka penduduk Pulau Pinang. Maknanya lagi 99% adalah golongan "Silent Majority".

Kalau diikutkan akhbar Cina Guang Ming Daily, lagi teruk. Hanya 1,000 orang hadir pagi ini. Himpunan orang membeli belah di Sogo lagi ramai.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates