June 11, 2016

42 @RafiziRamli Patut Berbangga Mantan PM 22 Tahun Sebar Gurauan Dan Dongengan Beliau #PRKSgBesar


Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli seharusnya berbangga apabila Mantan Perdana Menteri selama 22 tahun telah menyebar di khayalak ramai mengenai dogengan dan gurauan beliau. Kita seharusnya tabik dan 'standing ovation' dekat Rafizi Ramli yang dengan begitu mudah berjaya membuatkan mantan Perdana Menteri selama 22 tahun percaya cerita bohong dan dongengnya.

Tun Dr Mahathir di dalam ucapannya di dalam satu majlis dengan masyarakat Tionghua pagi tadi semperna kempennya membantu calon PAN (baca DAP) di Sekinchan, Sungai Besar, sempat menyelitkan isu perkahwinan anak Perdana Menteri serta penggunaan jet oleh isteri Perdana Menteri.

Walaupun isu perkahwinan dan penggunaan jet ini acapkali telah dijelaskan, demi dendam yang tidak sudah kepada Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak, Tun Dr Mahathir sanggup melakukan 'gutter politic' iaitu serangan ke atas keluarga Perdana Menteri.

Berdasarkan risalah-risalah (seperti di atas) yang disebarkan tentang kedatangan Tun Dr Mahathir ke Dewan Restoran Hao Xiang Chi, Sekinchan menyatakan bahawa Tun Dr. Mahathir akan membuat pendedahan besar-besaran bersama-sama dengan bukti selain dokumen-dokumen berkaitan dengan dakwaannya terhadap Najib Abdul Razak.

Malangnya, selain hanya lebih kurang 300 orang sahaja yang hadir untuk mendengar dan menyaksikan sendiri bukti serta dokumen seperti yang dinyatakan dalam risalah tersebar berbanding reputasinya yang sangat gah, Tun Mahathir rupa-rupanya kembali dengan perangai lamanya ialah kuat menipu.

Kedua-dua isu fitnah berkenaan isu perkahwinan dan isu penggunaan jet pertama kalinya dimainkan oleh Rafizi Ramli sehinggakan beliau acapkali terduduk apabila fitnah beliau dipatahkan. Seperti mana isu pembelian cincin di mana beliau mengakui itu adalah gurauannya, begitulah isu perkahwinan anak Perdana Menteri dan penggunaan jet oleh isteri Perdana Menteri yang sehingga sekarang masih menjadi gurauan yang juga ingauan ngeri beliau apabila fitnah tersebut memakan dirinya.

Barangkali kerana sedar tentang penipuan Rafizi Ramli yang terlalu bergantung kepada kalkulator untuk mengira dan kemudian cuba menimbulkan persepsi bahawa DSP Rosmah Mansor berada di dalam pesawat sewaan ganti itu selama 2 bulan, Tun Dr Mahathir sekadar mampu menyindir dan tidak berani membuat tuduhan sebagaimana yang sering dilakukannya sebelum ini.

Isu remeh seperti peranan DSP Rosmah Mansor sebagai isteri Perdana Menteri yang sudah tentu turut diberikan tanggungjawab tertentu mewakili negara, Tun Dr Mahathir benar-benar telah menjatuhkan dirinya ke tahap paling rendah dan hina. Tun  Dr Mahathir hanya mampu mensensasikan pembohongan Rafizi Ramli sedangkan pada masa yang sama, tindakan-tindakannya yang merugikan rakyat negara ini selama 22 tahun, langsung tidak disentuhnya.

Sebagai seorang bekas Perdana Menteri yang gah dan sangat masyhur, Tun Dr Mahathir akhirnya memalukan dirinya hari ini dengan sekadar menggunakan tohmahan sebagai hujah. Mana pergi kehebatan Che Det? Mana perginya segala maklumat-maklumat yang kononnya telah sampai ke pengetahuannya daripada orang-orang tertentu? Tun Dr Mahathir menjadikan gurauan dan sindiran sebagai modal beliau untuk menghentam musuh politiknya tanpa memperdulikan dosa dan pahala di bulan Ramadhan. Kita fikir baik sajalah. Mungkin Tun Dr Mahathir tidak berpuasa hari ini.

0 MCA Selesaikan Masalah Lampu Navigasi Di Jeti Nelayan Sungai Besar


Nelayan-nelayan di sekitar Sungai Besar telah membawa satu permasalahan dalam satu mesyuarat dengan Presiden MCA iaitu nelayan-nelayan berkenaan mempunyai kesukaran untuk kembali ke pelabuhan dari laut selepas menangkap ikan pada waktu malam kerana kekurangan lampu navigasi.

Berikutan daripada itu, DS Liow Tiong Lai yang juga Menteri Pengangkuta telah meminta Ketua Pengarah Jabatan Laut untuk melihat ke dalam permasalahan ini dan menyelesaikan keadaan ini dengan segera. Ini bagi memastikan nelayan-nelayan Sungai Besar dapat kembali ke pelabuhan dalam keadaan selamat.




19 Calon PAN #PRKSgBesar Tidak Mahu Berjanji Lagi #SCS93

Selepas DAP menarik calon PAN, Azhar Abdul Shukur dari sesi sidang media sebelum ini, Calon PAN berkenaan terpalit pula dengan kontroversi iaitu berjanji balik kawasan dua bulan sekali sekiranya dipilih. Kini Azhar menambahkan lagi kontroversi dirinya dengan menampakkan betapa dirinya tidak bersedia sebagai calon atau wakil rakyat Parlimen Sungai Besar.

Semasa memberi ucapan kempen ceramah Pakatan Harapan di Pekan Sungai Besar pada 10/06/2016,  Azhar enggan berucap panjang kerana takut segala janji dalam ucapannya itu tidak mampu ditunaikan olehnya. Azhar hanya berceramah 4 minit sahaja dengan kata-kata penutup:
“Cukup setakat itu, tak boleh cakap panjang-panjang, banyak janji nanti lepas pilihanraya teruk saya kena tuntut janji. Jadi setakat itu saja."
Inikah cara jawapan seorang calon pilihan raya Parlimen?

18 Tun Dr Mahathir Zahirkan Sokongan Terbuka Kepada PAN Dan Bukan PAS #PRKSgBesar

Ceramah pertama Mantan Perdana Menteri selama 22 tahun di dalam dua PRK serentak iaitu di Sungai Besar dan Kuala Kangsar adalah di sebuah Restoren Cina di Sekinchan, pagi ini. Di hadapan 300 hadirin yang rata-ratanya berbangsa Tionghua dan merupakan pengundi tegar DAP, beliau secara terbuka menyokong calon PAN (baca DAP). Di dalam cermah tersebut Tun Dr Mahathir menyerang DS Najib Razak dan DS Abdul Hadi Awang sekaligus.

Ceramah tersebut dibuat dalam DUN Sekinchan yang merupakan kubu DAP zaman berzaman. Penasihat DAP Lim Kit Siang kelihatan berkepit seperti 'kembar siam' dengan Tun Dr Mahathir dari beliau sampai hingga balik. Jika ditolak pemimpin pembangkang, ahli dan jentera mereka, rombongan Mahathir, pihak media, mungkin jumlah sebenar pengundi Sungai Besar yang hadir di majlis itu tidak berapa kerat saja dan semuanya Tionghua.

Beliau kemudian menyaksikan ikrar yang dibuat oleh calon PAN (baca DAP), Azhar Ab Shukur yang menyatakan sokongan terhadap Deklarasi Rakyat. Di dalam sidang medianya, Tun Dr Mahathir menyerang DS Abdul Hadi dan DS Mohd Najib sekali lagi. Beliau menolak tindakan DS Abdul Hadi yang membentangkan Rang Undang-Undang untuk memperkasa Mahkamah Syariah.

Program anjuran DAP itu turut dihadiri Pengerusi DAP Selangor Tony Pua, bekas Menteri Besar Selangor, TS Muhammad Muhammad Taib, bekas Setiausaha Agung PAS Datuk Kamaruddin Jaafar dan Setiausaha Agung PAN Anuar Tahir. 

17 @RafiziRamli Kena Cepuk? Pandai Propa Sotong Dan Gurauan Budak PAN #PRKSgBesar

video

Tersebar viral semenjak semalam video Rafizi Ramli dikatakan dicepuk dan dipukul. Dengan gurauan Setiausaha Agung PKR hampir setiap hari, masih ada lagikah yang mengatakan kejadian di atas benar? Katanya kes Rafizi kena cepuk tu hanya lakonan semata-mata untuk menarik perhatian bahawa BN terdesak dan untuk menarik undi simpati.

Pendapat CTS, kalau bukan lakonan sekalipun Rafizi Ramli ini memang patut dan selayaknya dicepuk muka dia. Ini disebabkan oleh keceluparan mulut beliau yang tiada insurans dengan asyik menabur fitnah dan kemudian melepaskan diri dengan mengatakan itu hanya gurauan!

Kalau ianya hanya lakonan sekalipun, adalah dicadangkan  Rafizi berlakonlah ditolak dan jatuh dari bangunan 10 tingkat. Barulah nampak 'real'! Selagi tiada laporan polis yang dibuat dan tiada siapa yang ditangkap dalam insiden berkenaan, kita anggaplah Rafizi Ramli sekadar bergurau.

June 10, 2016

30 Saya Hanya Budak Kampung - YB Budiman #PRKSgBesar

Calon BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi menafikan dakwaan yang mengatakan pihaknya terlibat dalam merampas tapak papan iklan DAP dan menaikkan poster kempennya di Sekinchan.

Menurut Budiman, gambar yang terdapat pada papan iklan itu sebenarnya bukan merupakan prosedur operasi standard (SOP) beliau selama ini. Katanya, beliau tidak berpakaian baju melayu di kawasan majoritinya Cina dan pakaian kot bukanlah SOP dari pasukan beliau. Budiman menyifatkan dirinya budak kampung dan beliau cuma memakai pakaian biasa.

Dalam pada itu, Budiman yang juga ADUN Sungai Panjang memaklumkan bahawa dakwaan tersebut adalah taktik bagi memburukkan imej beliau memandangkan pihak berkenaan tidak mempunyai modal serta sengaja menggugat sokongan rakyat terhadap BN.

Beliau berkata, papan iklan berkenaan tidak sewajarnya dipasang memandangkan iklim politik di Sungai Besar adalah berlainan. Beliau nemohon berilah Rakyat di Sungai Besar memilih dengan tenang tanpa ada provokasi yang melampau.

Tambah Budiman, pihaknya kini dalam perbincangan dengan peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkenaan berhubung isu tersebut. 

Sebelum itu, Adun DAP Sekinchan, Ng Suee Lim menuduh BN mencuri tapak billboard yang dimiliki oleh mereka di sekitar Sekinchan.

20 Lagi Gurauan @RafiziRamli Dipatahkah Oleh Pegawai Peribadi DSP Rosmah Mansor


video

Tidak puas hati dengan penjelasan yang diberikan terhadap fitnah beliau berkaitan tindakan DSP Rosmah Mansor menghadiri satu majlis di Istanbul bertarikh 27/05/2016, bernama 'Global Good Governance Award 2016', Setiausaha Agung PKR sekali lagi mengadakan Sidang Akhbar.

Kali ini, beliau berkongsi video dua minit yang kononnya menunjukkan Rosmah menaiki pesawat milik Emirates Airline dengan pegawainya membawa beg ke dalam pesawat. Bercakap kepada pemberita di Kuala Kangsar, Rafizi mempersoalkan jumlah pegawai yang mengiringi isteri Perdana Menteri, DS Najib Razak dalam lawatan itu serta kandungan beg berkenaan.

Menurut ahli parlimen Pandan itu, beliau tidak pasti bilangan beg yang dibawa itu dan menyoal mengapa ia idak diletakkan di kawasan bagasi yang ditetapkan tetapi terpaksa diangkut sendiri ke dalam pesawat berkenaan.

Menjawab persoalan berkenaan, Dato Rizal Mansor, Pegawai Peribadi kepada DSP Rosmah Mansor telah memberikan jawapan kepada persoalan di atas di dalam laman sosial Facebooknya, di sini.
YB Rafizi Ramli mahu menutup malu setelah membuat kesilapan mengira 'flying hours' rombongan Isteri Perdana Menteri ke Istanbul iaitu dengan mengira 1440 jam dan bukannya 26 jam. Oleh kerana itu beliau sekarang bercakap mengenai jumlah beg untuk rombongan Isteri Perdana Menteri ke Istanbul.
Mungkin di kawasan Parlimen Pandan sudah tiada isu rakyat yang hendak perjuangkan maka dengan itu beliau mengambil tahu hal yang tiada kaitan dengan beliau. Saya beranggapan YB Rafizi Ramli tidak pernah menaiki pesawat komersil mahupun pesawat eksekutif. Oleh yang demikian, saya akan menjelaskan SEIKHLASNYA dan MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU MUDAH agar dapat difahami dan diselami oleh YB Rafizi Ramli.
YB boleh menyemak terma 'ACT - additional centre tank' dengan 'rakan-rakan' dalam industri penerbangan. Pesawat ini telah mebuat pengubahsuaian kepada ruang kargonya untuk membesarkan tangki minyak bagi membolehkan pesawat terbang lebih jauh (more range). Untuk makluman YB juga, ruang kargo pesawat eksekutif juga tidak sama seperti pesawat komersil. Dalam kes penerbangan ini, ruang kargo digunakan untuk membawa kostum dan alatan Permata Seni yang diundang membuat persembahan di sana. (boleh rujuk gambar).
Penumpang pesawat berkenaan bukanlah hanya Isteri Perdana Menteri seorang. Sebaliknya pesawat ini turun membawa bersama 13 penumpang dan 7 anak kapal. Adakah kesemua penumpang lain tidak membawa bagasi masing-masing? Ini penerbangan jarak jauh. Sudah tentu perlu menukar pakaian. Sebab itu dibawa 'hand-carry' beg. Begitu juga makanan daripada sendiri dibawa atas pesawat. 
Jelas tuduhan YB Rafizi Ramli berniat jahat dan bertujuan menimbulkan kebencian terhadap pimpinan Negara dan keluarga.
P/S: berapa kali pc lagi dia nak buat? takat nak tanya soalan camtu boleh whatsaps gua je bro ataupun tag gua kat FB

June 9, 2016

43 Angkuh! Ng Sue Lim Akan Sambut Kemenangan PAN Dengan Carlsberg, Tiger Dan Guinness Stout #PRKSgBesar


Begitu angkuh sekali kenyataan ADUN Sekinchan, Ng Sue Lim. Baca pendedahan yang dibuat oleh Jocelyn Tan dalam kolumnya di The Star hari ini,  09/06/2016.

Menurut artikel Jocelyn, dalam satu ceramah, Ng Sue Lim menyatakan "Jika PAN mendapat undi lebih baik daripada PAS, kita akan raikan dengan Carlsberg, Tiger dan Guinness Stout". Maka setiap undi orang Islam kepada PAN akan menyumbang kepada minuman Carlsberg Beer, Tiger dan Guinness Stout.

Jadi tidak hairanlah apabila calon PAN Sungai Besar dengan selambanya mengedarkan 'dumpling' atau ketupat rebus Cina sewaktu perayaan semalam. Tak ada salah untuk edaran. Cuma tahukah beliau apa isi 'dumpling' yang dipegangnya itu? Isi ayamkah, itikkah atau babi?

15 Why DAP Make Fuss Of Budiman's Peace Or V Sign? #PRKSgBesar


DAP have no pertinent issues in Sungai Besar. Thus, small issue like "Peace" or "V" sign made by BN candidate, YB Budiman is really matter to them. Maybe in America or in United Kingdom its means the same thing as giving the middle finger sign or simply "up yours" of "fxxx you". But look, different country has different culture and meaning. Lets take a word "butuh" for example. In Indonesia, the word "butuh" means "needed" while for its neighbor Malaysia, "butuh" is simply a male private part!


Now, lets take another example. Did you know that "thumbs-up" sign might mean "nice job" or "way to go" in America. However In many place abroad  like in the Middle East, Russia, Greece, Sardinia, Western Africa, Latin America, its really a bad ideas. Its means the gesture invites the recipient(s) to "sit on my erect penis" which, believe it or not, many people find insulting. In southern Sardinia, where the gesture is particularly obscene, hitchhiking is discouraged. And in the Middle East, don't try any fonzie impressions, since the double thumbs-up will unleash a jihad on your ass.

11 PAN-DAP Cuba Memecahkan Umat Islam Dengan Memasang Papan Iklan Kontroversi Perkauman (@f_kedaulatan)



Semakin banyak papan iklan yang menyerang PAS dan BN mula muncul di kawasan penduduk majoriti Cina di Sekinchan pada hari keempat kempen pilihan raya kecil bagi merebut kerusi parlimen Sungai Besar. 

Antaranya, sebuah papan iklan yang mengabungkan wajah Presiden PAS DS Abdul Hadi Awang, Ketua MCA DS Liow Tiong Lai dan Presiden UMNO DS Najib Razak sebagai tiga kembar Siam. Papan iklan kontroversi yang menghentam PAS dan BN di Sekinchan ini telah dibuat dan dinaikkan oleh DAP. Ini diakui sendiri oleh Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua. Baca Malaysiakini, di sini.

Tindakan ini merupakan satu tindakan desperado daripada PAN dan DAP. Tindakan memasang bahan kempen berbentuk papan iklan yang berunsur tohmahan dan provokatif terhadap sesebuah parti adalah amat tidak bertanggungjawab serta melanggar etika berkempen. BN sendiri pada tarikh 01/06/2016 telah menurunkan bendera arti yang dipasang tanpa permit kerana menghormati Undang-undang Kecil 4 Undang-undang Kecil Pilihanraya ( MDSB) 2007. 

Terdapat 12 kawasan di mana notis penurunan bendera telah dikenakan ke atas BN dan BN tetap akur dengan undang-undang. Bahan kempen yang dipasang oleh PAN (baca DAP) di Kawasan Sekinchan jelas melanggar Akta Kesalahan Pilihanraya dan Tatatetika Pilihanraya iaitu; 

7.2  Tidak boleh mempamerkan, memberikan atau mengedar bahan kempen kepada orang ramai melainkan setelah mendapat permit daripada Pengarah Pilihan Raya Negeri dan telah membayar wang deposit bahan kempen kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri;

7.6  Hanya bendera, poster dan kain rentang serta bahan bercetak seperti risalah dibenarkan. Penggunaan billboard untuk pameran bahan kempen tidak dibenarkan. Pemasangan bahan kempen tertakluk kepada peraturan berikut:- 

(a)  Hanya gambar calon yang bertanding di dalam Bahagian Pilihan Raya berkenaan dan pemimpin utama parti politik yang bertanding, simbol dan manifesto parti atau calon dibenarkan dalam poster atau kain rentang. Slogan, karikatur atau apa-apa bentuk penyampaian mesej yang mempunyai apa-apa unsur sindiran dan mengejek sama sekali tidak dibenarkan;

 (b)  Tidak boleh memasang poster gambar mana-mana pemimpin parti politik yang tidak bertanding di Bahagian Pilihan Raya berkenaan, kecuali gambar pemimpin utama parti politik yang digandingkan (berpasangan) dengan gambar calon dalam poster yang sama; 

(c)  Tidak boleh memasang dan mengibarkan bendera parti yang tidak bertanding di Bahagian Pilihan Raya berkenaan; 

(b)  Tidak berlaku apa-apa bentuk kecaman ke atas hal ehwal peribadi mana-mana calon, pemimpin atau anggota parti politik di khalayak umum yang mempunyai unsur-unsur tohmahan, fitnah ataupun tuduhan yang tidak berasas;

Tahniah kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Pengarah SPR Negeri yang mengarahkan pegawainya membuka atau membuang bahan kempen oleh PAN (baca DAP) yang jelas melanggar peraturan pilihanraya, semalam.


17 Janji Calon PAN Kepada Pengundi Sungai Besar - Akan Lawat Kawasan Dua Bulan Sekali #PRKSgBesar #SCS93



Buat pengundi-pengundi di Parlimen 093 Sungai Besar, ini adalah janji calon PAN jika beliau terpilih menjadi Ahli Parlimen nanti. Janjinya adalah akan melawat pengundi di kawasan beliau dua bulan sekali. Kata beliau dalam satu ceramah:

"Saya berjanji dihadapan presiden saya (Mohamad Sabu), di depan YB Tony Pua, YB Nurul Izzah, ketiga-tiga parti ada ... paling kurang saya akan bersama tuan-tuan puan-puan, paling kurang dua bulan sekali. Kalau saya seronok sebulan sekali."

Inikah yang dikatakan jika terpilih mahu menjadi wakil Rakyat demi Rakyat? Dua bulan sekali baru nampak batang hidung? Jadi bukanlah beliau merupakan anak tempatan dan bermastautin di Sungai Besar? Jadi selama ini dakwaan yang mengatakan calon PAN anak watan tempatan tipu besar lah ya?

June 8, 2016

2 Ceramah PAN Di Kuala Kangsar Ditegur Kerana Menganggu Sembahyang Terawikh


Ini cerita ceramah PAN (baca DAP) di Taman Emas, Kuala Kangsar malam semalam. Ketika ADUN Tronoh, YB V Sivakumar sedang berceramah, datang dua orang lelaki berbaju Melayu meminta program ceramah dihentikan kerana mengganggu umat Islam yang sedang bersolat Tarawikh. Setelah mengadakan perbincangan dengan YB Nizar Jamaluddin,  ceramah berkenaan diteruskan dengan syarat speaker diperlahankan.

Kempen pilihanraya dalam bulan Ramadhan ketika umat Islam sedang berpuasa dan mempertingkatkan ibadah mereka, pendekatan berkempen dengan mengadakan ceramah memang sangat tidak sesuai di kawasan majoriti penduduknya beragama Islam.

Puak-puak parti PAN (baca DAP) yang sedang sibuk berkempen, sehinggaka tidak tahu hendak menghormati masyarakat setempat yang ingin bersembahyang Terawikh amat dikesali.

Apa salahnya tunggu sehingga pukul 10.00 malam sesudah hampir kebanyakan sembahyang sunat berkenaan selesai, barulah ceramah sampai ke pagi.


video

21 @RafiziRamli Bergurau Dan Terkhilaf Mengatakan DSP Rosmah Mansor Guna Jet Peribadi Mewah Ke Istanbul Mewakili PERMATA


Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli sekali lagi melakukan gurauan. Kali ini gurauannya seperti biasa gurauan bodoh tidak berasas. Ianya adalah berkaitan tindakan DSP Rosmah Mansor menghadiri satu majlis di Istanbul bertarikh 27/05/2016, bernama 'Global Good Governance Award 2016', di mana PERMATA telah dianugerahkan "3G Children Welfare Award". DSP Rosmah Mansor hadir sendiri sebagai penaung untuk menerima anugerah itu.

Di dalam posting di dalam blog beliau yang diterbitkan selepas Sidang Media di Kuala Kangsar, baca di sini, Rafizi Ramli telah mengemukakan 3 soalan kepada Perdana Menteri dan DSP Rosmah Mansor:
1. Kenapa DSP Rosmah Mansor tidak menggunakan penerbangan komersil untuk perjalanan ke Istanbul yang sudah tentu jauh lebih murah berbanding menyewa sebuah jet peribadi ACJ319 hanya untuk beliau?
2. Siapa yang membuat tempahan jet peribadi tersebut dan siapa yang membayar kos sewaan tersebut?
3. Kenapa DSP Rosmah Mansor sebagai seorang awam diberikan pelepasan menggunakan lapangan terbang di Pengkalan Udara Subang yang sepatutnya khusus untuk kegunaan ketenteraan dan bukan penerbangan awam seperti ini?
Merujuk kepada ‘pertanyaan’ Rafizi Ramli tentang penggunaan pesawat peribadi oleh Isteri Perdana Menteri, perlu difahami bahawa kehadiran beliau di Istanbul, Turki adalah bagi menerima anugerah “3G Children Welfare Award” bagi pihak Permata Negara di dalam Majlis Global Good Governance Award 2016.    

‘Pendedahan’ ini bersifat jahat kerana beliau cuba memesongkan pandangan rakyat bahawa Isteri Perdana Menteri sedang melakukan suatu pembaziran. Tuduhan ini jelas merupakan suatu fitnah apabila mengatakan lawatan ini bersifat bermewah-mewah. Isteri Perdana Menteri menempuh perjalanan hampir 13 jam ke Istanbul hanya untuk menerima anugerah dan menyampaikan ucapan. 

Beliau bergegas pulang selepas majlis tersebut kerana perlu menghadiri Mesyuarat Agong Persatuan Pandu Puteri Malaysia yang akan dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Mana mungkin DSP Rosmah dapat menghadiri semua acara-acara penting sekiranya mengikuti jadual penerbangan pesawat komersil. 

Rafizi Ramli dengan sengaja cuba menimbulkan persepsi negatif terhadap Isteri Perdana Menteri di dalam tempoh berkempen di Pilihanraya Kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar. Beliau sepatutnya menggunakan tempoh berkempen ini untuk memberitahu rakyat apa sumbangan parti beliau tawarkan kepada rakyat bukannya membuat ‘pertanyaan-pertanyaan’ yang tidak kena-mengena dengan Pilihanraya Kecil. 

Sekurang-kurangnya DSP Rosmah Mansor mengilhamkan suatu program yang memberi manfaat kepada ribuan anak-anak malahan program ini mendapat pengiktirafan dunia. YB pula apa program yang telah dilaksanakan? Harapnya pertanyaan-pertanyaan YB ini bukanlah gurauan semata. Tambahan pula bulan Ramadan yang mulia ini kita dianjurkan berbuat baik sesama insan.  

Untuk pengetahuan Rafizi Ramli, Program Permata Negara adalah sebuah projek kerajaan di bawah Bahagian Permata, Jabatan Perdana Menteri dan Isteri Perdana Menteri DSP Rosmah Mansor merupakan Penaungnya. Program Permata Negara adalah cetusan ilham beliau.

Menjawab persoalan Rafizi Ramli perjalanan Isteri Perdana Menteri ke Istanbul tidak dilaporkan dan tidak diketahui, ingin saya jelaskan belum pernah berlaku dalam mana-mana berita melaporkan aturan perjalanan seseorang kenamaan kecuali berita mengenai aturcara lawatan.
 
Maka, saya ingin menjawab soalan-soalan yang ditujukan Rafizi Ramli,

SOALAN 1.

Kenapa Datin Seri Rosmah Mansor tidak menggunakan penerbangan komersil untuk perjalanan ke Istanbul yang sudah tentu jauh lebih murah berbanding menyewa sebuah jet peribadi ACJ319 hanya untuk beliau?

JAWAPAN

Kerajaan tidak menyewa pesawat tersebut khusus untuk Datin Paduka Seri Rosmah Mansor. Pesawat ACJ319 No. Pendaftaran A6-CJE adalah pesawat gantian yang disewa oleh Kerajaan Malaysia bagi kegunaan kenamaan-kenamaan Negara termasuk Yang Di Pertuan Agong, Permaisuri Agong dan lain-lain kenamaan. Isteri Perdana Menteri menempuh perjalanan hampir 13 jam ke Istanbul hanya untuk menerima anugerah dan menyampaikan ucapan. 

Beliau bergegas pulang selepas majlis tersebut kerana perlu menghadiri Mesyuarat Agong Persatuan Pandu Puteri Malaysia yang akan dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Mana mungkin Datin Paduka Seri Rosmah dapat menghadiri semua acara-acara penting sekiranya mengikuti jadual penerbangan pesawat komersil. 
  
SOALAN 2. 

Siapa yang membuat tempahan jet peribadi tersebut dan siapa yang membayar kos sewaan tersebut?

JAWAPAN

Pesawat tersebut disewa oleh Kerajaan untuk sementara (2 bulan) sebagai gantian kepada pesawat ACJ320 yang kini dalam tempoh penyelengaraan.

SOALAN 3. 

Kenapa Datin Seri Rosmah Mansor sebagai seorang awam diberikan pelepasan menggunakan lapangan terbang di Pengkalan Udara Subang yang sepatutnya khusus untuk kegunaan ketenteraan dan bukan penerbangan awam seperti ini?

JAWAPAN

Pesawat tersebut adalah pesawat gantian Kerajaan maka atas sebab itu penerbangan ini menggunakan Pengkalan Udara Subang. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor adalah Isteri Perdana Menteri Malaysia dan kedudukan beliau dari segi protokol adalah layak. Kita tidak memerlukan lepasan MCKK untuk bertanya soalan sedemikian. 

Satu sahaja soalan saya untuk YB Rafizi pula, siapakah penternak ikan yang dimaksudkan oleh Latifah Koya?

41 Ceramah PAN Cipta Sejarah - Hanya 7 Orang Berlansung 15 Minit


Parti PAN (baca DAP) seharusnya sedar bahawa ceramah bukanlah jalan terbaik untuk berkempen di Sungai Besar kali ini disaat penduduk di sini sibuk membuat amalan terutamanya di bulan Ramadhan. Strategu semeangny harus diubah jika tidak mahu calon PAN (baca DAP) kehilangan deposit pilihan raya.

Mana tidaknya, ceramah yang diadakan malam aemalam hanya mampu untuk menghadirkan 7 orang penonton. Itupun tidak dapat dipastikan sama ada mereka itu pengundi di Sungai Besar atau tidak. Ceramah semalam mampu mencatatkan rekod dunia di Guiness. Tambahan lagi, disebabkan bilangan penonton yang begitu sedikit, ceramah terpaksa dipendekkan menjadi 15 minit sahaja.

Calon PAN, Azhar Abdul Syukur telah berjanji di Balai Raya, Kampung Penerangan, Sekinchan, di hadapan 7 orang penonton dengan berkata,
"Saya berjanji balik dua bulan sekali, kalau seronok saya balik sebulan sekali."
Namun, ketiadaan penonton tidaklah lama. Apabila hampir tengah malam penyokong-penyokong PAN mula membajiri kawasan ceramah seperti gambar di bawah:

June 7, 2016

45 Jangan Undi YB Budiman, Beliau Tamak, Sudah Jadi ADUN Mahu Jadi MP Lagi #InilahBudiman


Antara kempen kotor PAN (baca DAP) di PRK Sungai Besar adalah serangan yang dilakukan ke atas calon Barisan Nasional (BN) dan PAS berikutan kapasiti mereka berdua sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN). Kempen kotor yang cuba disebarkan adalah mereka tamak untuk menjadi Ahli Parlimen (MP), walaupun sudah bergelar ADUN. Tindakan calon BN dan PAS ini kononnya akan menjejaskan khidmat mereka kepada pengundi di Sungai Besar.

Namun PAN (baca DAP) terlupa bahawa YB Budiman Mohd Zohdi adalah anak jati Sungai Besar. Beliau dilahirkan di sini, bersekolah dan dibesarkan di sini, malah beliau sekarang turut berkhidmat dengan penduduk di sini. PAN (baca DAP) juga terlupa bahawa YB Budiman adalah merupakan ADUN Sungai Panjang, yang merupakan salah satu daripada dua kerusi DUN di bawah Parlimen Sungai Besar. Oleh itu, bukankah YB Budiman sudah melakukan separuh kerja kepada Rakyat di dalam Parlimen Sungai Besar?

PAN (baca DAP) terlupa bahawa seorang ADUN bertanding MP dan sebaliknya bukan merupakan perkara baru. Tidak kurang dari 6 orang pemimpin pembangkang yang mempunyai dua jawatan iaitu sebagai MP dan ADUN. Bagi yang terlupa baca senarai di bawah:

1. DS Dr Wan Azizah Wan Ismail - ADUN Kajang dan MP Permatang Pauh.
2. DS Azmin Ali - ADUN Bukit Antarabangsa dan MP Gombak.
3. Lim Guan Eng - ADUN Air Putih dan MP Bagan.
4. Nga Kor Ming - ADUN Kepayang dan MP Taiping.
5. Ngeh Koo Ham - ADUN Setiawan dan MP Beruas.
6. TS Khalid Ibrahim - ADUN Port Klang dan MP Bukit Antarabangsa.

Lambang parti PAN yang sebenar adalah seperti di bawah:

3 Datin Mastura Bukan Orang Luar, 27 Tahun Berkhidmat Di Kuala Kangsar


Pembangkang memainkan isu beliau berasal dari Negeri Sembilan. Hakikatnya, Datin Mastura Mohd Yazid adalah wanita Kuala Kangsar dan telah 27 tahun berkhidmat bersama arwah suami untuk masyarakat di Kuala Kangsar. Beliau adalah pengundi di Kuala Kangsar dan tidak seperti calon PAN yang menetap di Shah Alam dan mengundi juga di Shah Alam. Begitu juga dengan calon PAS yang bukan merupakan pengundi Kuala Kangsar.

Soal Datin Mastura 'orang luar' tidak timbul dalam pencalonan beliau pada PRK ini kerana beliau bukan orang baharu di kawasan tersebut. Beliau berkahwin dengan orang Kuala Kangsar dan telah bekerja bersama arwah suami, Allahyarham Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad untuk masyarakat Kuala Kangsar. Pastinya, masyarakat di Kuala Kangsar lebih bijak menilai berdasarkan kerja-kerja pembangunan yang telah dilakukan sejak 27 tahun lalu bersama arwah suami beliau.

22 Ceramah Perdana PAN Di Kuala Kangsar, Yang Dengar Hanya Wartawan

Mereka kata mereka sebuah parti baru yang kuat. Mereka kata mereka bakal mengantikan parti PAS. Hakikatnya PAN hanyalah balaci parti DAP. Rakyat sudah mula menghidu perkara ini dan sudah muak dengan lakonan mereka. Buktinya ceramah umum perdana parti itu semalam yang diserikan oleh Tuan Presiden dan calon sendiri di Kuala Kangsar hanya dihadiri oleh wartawan sahaja.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates