June 4, 2016

46 BN Dan PAS Diarah Turun Bendera Di Sungai Besar, Bagaimana Dengan PAN?

Majlis Daerah Sabak Bernam bertindak pilih kasih apabila mengeluarkan arahan kepada parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) dan PAS untuk menurunkan bendera parti yang kononnya dipasang tanpa permit di sekitar Parlimen Sungai Besar. 

Kenapa arahan yang sama tidak dikenakan ke atas parti PAN? Apakah disebabkan PAN mewakili Pakatan Harapan yang mewakili Kerajaan Selangor, maka Majlis Daerah boleh tutup sebelah mata? Lebih menyakitkan hati tiada tindakan atau notis diberikan ke atas parti DAP walaupun bendera parti itu bebas dipasang di kawasan yang sama dan parti itu tidak bertand8ng di dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini.

Sudah sampai masanya Kerajaan BN di negeri lain menurunkan semua papan tanda, banner dan bendera parti pembangkang di semua negeri yang diperintah oleh BN. Tidak perlu takut kerana 'precedent'nya sudah ada di Sungai Besar. 

Beginilah corak pemerintahan pembangkang jika mereka mengambil alih tampuk pemerintahan negara. Semasa PRK di Sungai Besar pun pembangkang suruh turunkan, yang pembangkang pasang sepanjang tahun tu bendera parti, apa cerita?

0 SPAD Akan Bawa Isu Teksi Ke Kabinet


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Malaysia (SPAD) akan membawa cadangan bagi menyelesaikan isu membabitkan pemandu teksi, ke Kabinet menerusi Kementerian Pengangkutan. Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Azharuddin Mat Sah, berkata antara perkara yang akan dititikberatkan dalam cadangan berkenaan adalah berhubung pendapatan dan kebajikan pemandu teksi. 

Mohd Azharuddin berkata, SPAD akan membawa cadangan ini bagi mencari keadilan kepada semua pemandu teksi terutama yang menyediakan perkhidmatan di Lembah Klang, Sebelum ini, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan dilapor menggesa SPAD menyatakan pendirian segera terhadap isu perkhidmatan teksi Uber dan Grabcar yang disifatkan mengganggu 'periuk nasi' pemandu teksi. 

Nadzim berkata, isu perkhidmatan teksi Uber dan Grabcar itu perlu diselesaikan segera bagi memastikan pendapatan pemandu teksi tidak terus terjejas. Beliau berkata, penyelesaian yang adil untuk kedua-dua pihak perlu diperoleh kerana masalah itu juga membabitkan kepentingan pengguna. 

Dalam pada itu, Mohd Azharuddin berkata, SPAD juga akan mencari kaedah terbaik bagi memastikan semua pemandu menggunakan aplikasi telefon pintar bagi memudahkan urusan pemandu, pengendali dan penumpang. 

Kaedah itu kata beliau memudahkan banyak perkara. Sepanjang tahun lalu kami menerima 9,000 aduan mengenai tingkah laku pemandu, kualiti perkhidmatan dan pemandu yang tidak menggunakan meter,

June 2, 2016

50 Berbaju Melayu Di Perhimpunan Agung PAS Pusat

Sememangnya ini bukan satu kebetulan. Kalau semalam, Perhimpunan Pemuda PAS Pusat pemimpin tertingginya segak berpakaian baju Melayu ala pendekar, hari ini di Perhimpunan Agung PAS Pusat pula para pemimpinnya berpakaian baju Melayu lengkap bersampin.

Amat jarang juga bagi pemerhati politik Malaysia untuk melihat pemimpin-pemimpin PAS bersongkok hitam. Tambah menarik apabila keris panjang digunakan sebagai simbolik untuk memotong pulut kuning. Tidak pasti kenapa budaya Melayu telah mengantikan budaya Timur Tengah yang selama ini menyerap di dalam PAS.

June 1, 2016

35 @azminali Hang Pi Mana Hang Pi Mana Hang Pi Mana

Malam ini telah diadakan pengistiharan calon Pakatan Harapan bagi Parlimen Sungai Besar. Kelibat Menteri Besar Selangor, DS Azmin Ali tidak kelihatan baik di atas pentas mahupun di kalangan penonton.

Sebagai Menteri Besar Selangor di mana Parlimen Sungai Besar terletak di dalam negeri berkenaan, ketidakhadiran DS Azmin Ali pasti menjadi tanda tanya.

Apatah lagi dengan semangat yang ditunjukkan oleh Menteri Besar Selangor sebelum ini untuk berkempen dengan menempah 'chalet' dan 'resort' serta berkain pelikat berkampung untuk bersama-sama Rakyat Sungai Besar.

30 Fitnah Terbaru Malaysiakini Ke Atas Keluarga DS @NajibRazak , Riza Aziz Dibongkar


Portal pro pembangkang, Malaysiakini, melebarkan lagi fitnahnya semalam. Malaysiakini telah memutar belitkan kehadiran anak tiri Perdana Menteri, DS Najib Razak, Riza Aziz, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, semalam, dalam sidang antarabangsa PERMATA. 

Kehadiran Riza Aziz disebabkan memberi sokongan kepada ibu beliau, DS Rosmah Mansor, yang juga isteri Perdana Menteri yang merupakan penaung program pendidikan awal kanak-kanak itu. Di dalam posting yang boleh dibaca di sini, Malaysiakini telah menulis:
"Pemberita bagaimanapun tidak berjaya mendapat ulasannya kerana Riza meninggalkan majlis lebih awal ketika perdana menteri sedang berucap."
Ini adalah satu fitnah yang nyata. Riza Aziz dan adiknya Nooryana Najwa Najib, kelihatan berada di dalam majlis berkenaan dari mula sehingga habis majlis. Tidak benar dakwaan yang mengatakan bahawa Riza Aziz meninggalkan majlis ketika Perdana Menteri berucap.

Begitu juga dengan fitnah yang dilemparkan sebelum ini ke atas Riza Aziz. Riza Aziz difitnah kononnya beliau diburu oleh FBI la, CIA la, Agent Fox Mulder la, Agent Dana Scully la sedangkan beliau bebas ke mana sahaja yang beliau suka. Buktinya beliau tidak ada masalah untuk datang ke Malaysia dari Amerika Syarikat.


0 Notis Awal Telah Diberikan Pihak SPAD Untuk Memindahkan Operasi Ke Terminal Pudu Sentral


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam satu kenyataan rasmi berkata notis awal sudah diberikan dan tiada alasan menuduh pegawai SPAD bertindak kejam terhadap pengusaha bas. Kenyataan ini dikeluarkan berikutan tuduhan segelintir pihak yang mendakwa SPAD sengaja menghalau pengendali perkhidmatan bas beroperasi di Jalan Tun Tan Cheng Lock di Kuala Lumpur.

SPAD dalam kenyataan rasmi berkenaan memaklumkan, pihaknya sudah memberi notis dan penerangan awal kepada pengendali perkhidmatan bas di Jalan Tun Tan Cheng Lock, untuk memindahkan operasi ke Terminal Pudu Sentral.

Difahamkan, pihak SPAD sudah mengadakan satu sesi penerangan kepada tiga pengendali bas yang menjalankan perkhidmatan bas perjalanan Kuala Lumpur ke Seremban, Negeri Sembilan, supaya tidak lagi mengambil dan menurunkan penumpang pada 29 April lalu.

Pihak SPAD telahpun memaklumkan kepada tiga pengendali bas yang berkenaan supaya memindahkan operasi ke Terminal Pudu Sentral melalui notis rasmi diberikan ketika sesi penerangan berkuat kuasa pada 7 Mei lalu. 

Terdahulu, SPAD memutuskan perkhidmatan bas perjalanan Kuala Lumpur ke Seremban perlu bermula di Terminal Pudu Sentral dan bas tidak dibenarkan mengambil serta menurunkan penumpang di situ.

May 31, 2016

21 Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat Seperti Himpunan Pendekar Melayu

Agama dijunjung, adat disanjung. Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Aziz dan Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man segak bergaya bertengkolok, berpakaian seperti pendekar dan berkeris tersisip di pinggang. Himpunan Dewan Muktamar PAS Pusat Kali ke 57 sudah seperti Himpunan Laksamana Melayu lagaknya.

Satu pembaharuan yang baik dibuat di Muktamar Pemuda PAS kali ini dengan memertabatkan pakaian tradisional Melayu. Selama ini jubah Arab yang menjadi pilihan.

Apa yang menariknya, Pemuda UMNO pun tidak berani hendak berbaju Melayu Adat dalam persidangan mereka walaupun kononnya mereka adalah generasi baru pejuang Melayu.


May 30, 2016

45 Girlfriend DS Mukhriz Mahathir, Liliana


Ooo ... Liliana namanya. Inilah dinamakan 'Lifestyle of Rich and Famous'. Mantan Menteri Besar Kedah, DS Muhkriz Mahathir, memaparkan kehidupan beliau yang serba kekurangan sebagai Rakyat Marhaen. Mungkin Rakyat Marhaen di Malaysia kebiasaanya membela kuda sebagai haiwan peliharaan. Mungkinlah. 

DS Muhkriz Mahathir adalah contoh terbaik pejuang kumpulan #DeklarasiRakyat yang duduk sama rendah, berdiri sama tinggi bersama-sama ahli-ahli Pakatan Harapan memperjuangkan hak Rakyat. Mungkin hasratnya untuk menyindir pemakan-pemakan dedak (yang mungkin juga pengikut-pengikutnya) secara tidak langsung telah menonjolkan kemewahan dirinya. Kudapun makan lobak merah kan?

10 Pertempuran Dalaman PKR Sudah Bermula, Dapatkan 'Popcorn' Anda Di Pawagam Terdekat



Setiausaha Agong PKR, Rafizi Ramli sebentar tadi telah membuat laporan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berikutan berlakunya habuan perempuan dan rasuah berurusan dengan kerajaan Selangor pimpinan DS Azmin Ali.

Semalam, telah bocor sekeping surat sokongan daripada MPN Wilayah Persekutuan terhadap Presiden Parti, Dr Wan Azizah. Nampak gayanya 'team' Dr Wan Azizah telah memulakan gerakan untuk menjatuhkan DS Azmin Ali di Selangor.

Pertempuran dan pertarungan sesama sendiri dalam PKR sudah bermula. Yang mengiringi Rafizi sudah pastinya kumpulan yang anti Azmin Ali juga kan? Selamat bergumpal dan bergasak. Kita beli 'popcorn' dan nikmati wayang ini.


May 29, 2016

16 Begini Ramai Yang Datang Ceramah, PAN Masih Ada Hati Bertanding Di Sungai Besar

Memang lawak antarabangsa kalau PAN masih bertekad untuk bertanding di Parlimen Sungai Besar. Melihatkan kehadiran Rakyat tempatan yang datang ke ceramah mereka semalam melambangkan bahawa parti ini bakal kehilangan deposit sekiranya mereka mahu mencuba nasib di sini. 

Adalah diharapkan sangat Presiden PAN, Mat Sabu berani mencuba nasib di sini. Siapa tahu aura Hotel Perdana 212 berjaya mengalahkan dua calon ADUN Selangor.



15 Menjawab Persoalan Dalam Eddah Dan Soal Kemenangan Calon BN Kuala Kangsar

BN Perak semalam telah mengumumkan Datin Mastura Yazid, isteri kepada arwah Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad sebagai calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar yang akan bermula pada 4 Jun ini. Pengumuman tersebut dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Naib Presiden UMNO, DS Ahmad Zahid Hamidi di hadapan ribuan penyokong BN di Safari Resort.

Terdapat desas desus berlegar di laman sosial yang mempertikaikan pencalonan Datin Mastura terutama dari segi tempoh eddah beliau yang belum tamat. Sayugia diingatkan Datin Mastura tidak hadir ketika pengumuman calon BN oleh TPM. Sebaliknya watikah calon diserahkan kepada anaknya. Kedua, Di dalam video yang ditayangkan semasa majlis pengumuman calon, Datin Mastura berkata beliau menerima pencalonan oleh BN, tetapi tidak akan turun berkempen kerana masih di dalam tempoh eddah. Kempen akan dijalankan oleh jentera parti sahaja.

Timbul pula persoalan daripada ahli-ahli parti yang kononnya memberontak dan bertanya kenapa pucuk pimpinan memilih seorang calon yang tidak boleh berkempen? Boleh menang ka? Jawapan CTS, mengapa tidak? Lupakah kita pada tahun 2008 iaitu di dalam Pilihan Raya Umum ke 12 (PRU12), calon DAP telah memenangi kerusi DUN Kota Alam Shah. M Manoharan dari DAP yang berada dalam tahanan di bawah ISA menang dengan undi 12,699 undi sekali gus merampas kerusi DUN Kota Alam Shah daripada penyandangnya, calon BN, Ching Su Chen yang hanya meraih 5,515 undi.

Beliau berada dalam tahanan ISA di Pusat Tahanan Perlindungan Taiping ketika pilihanraya berlaku. Setelah menang, angkat sumpah dilakukan di situ juga. Lupakah kita pada tahun 1978, dua calon DAP yang memenangi kerusi pilihan raya iaitu Chian Heng Kai (Parlimen Batu Gajah) dan Chan Kok Kit (Parlimen Sungai Besi), mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat di depan Yang Dipertua Dewan Rakyat ketika itu, TS Dr Syed Nasir Ismail juga di sini

Datin Mastura Yazid, merupakan seorang graduan undang-undang daripada universiti terkemuka perundangan dunia Lincoln's Inn di United Kingdom serta Diploma Shariah Universiti Islam Antarabangsa dan pernah bertugas sebagai seorang peguam selama enam tahun. Umum juga sering melihat kelibat Datin Mastura yang merupakan seorang yang berani mengeluarkan pendapat dan lantang bersuara untuk sebarang perihal melibatkan kebajikan penduduk di sekitar Kuala Kangsar, ketika membantu awah suaminya. Jika Datin Mastura mengambil keputusan tidak turun berkempen sebagai calon PRK di Kuala Kangsar ini, 3 peristiwa di atas boleh di jadikan panduan kepada petugas-petugas BN.

5 Untuk Apa Persisiran Pantai Gurney Drive Dipagar @cmlimguaneng ?


Gambar di atas adalah pemandangan persisiran pantai Gurney Drive tidak lama dahulu. Sekarang, hasil kreativiti dan daya usaha Ketua Menteri DAP Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng, persisiran pantai berkenaan telah dipagar. 

Persoalannya, apakah tujuan pantai berkenaan dipagar? Adakah untuk melindungi Pulau Pinang dari pencerobohan lanun dan pendatang asing? Atau adakah untuk mengelakkan pasangan bercinta bunuh diri dengan terjun ke laut sekiranya putus cinta? Habis semua legasi Pulau Pinang dikerjakan oleh Tokong tang berasal dari Batu Pahat.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates