May 21, 2016

52 Tun Dr Mahathir Naik ETS Untuk Ke Negeri Jelapang Padi? Alhamdulillah


Alhamduillah. Tergerak juga Mantan Perdana Menteri untuk naik Electric Train Service (ETS) ke utara tanahair iaitu ke Negeri Jelapang Padi. Katanya, malam ini ada ceramah Deklarasi Selamatkan Malaysia di Langkawi bersama anaknya, Boboi ... maaf tersasul, DS Mukhriz Mahathir. Sungguh kuat iltizam Tun Dr Mahathir buat 'roadshow' ke seluruh Malaysia untuk menjatuhkan DS Najib Tun Razak.

Buat pengetahuan Tun, inilah antara nikmat yang diperolehi oleh pengguna-pengguna keretapi hasil daripada usaha Perdana Menteri sekarang, DS Najib Tun Razak. Sejak perlancaran ETS pada 12/08/2010 dan beroperasi sepenuhnya pada 12/07/2015, perjalanan menggunakan keretapi semakin singkat, selesa dan eksklusif. 

Kalau dulu, keretapi di zaman Tun, tidur bangun tidur bangun baru sampai Aloq Setaq. Dekat 10 jam atau lebih dari Kuala Lumpur. Sekarang 4 jam sudah boleh sampai Kuala Lumpur dari Padang Besar. Inikah nikmat yang kau dustakan Tun?


2 SPAD Akan Menjalankan Panel Inkuiri Berkaitan Insiden Tren

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan menjalankan panel inkuiri bagi insiden antara tren Electric Train Service (ETS) dan Ekspres Rakyat di km322 berhampiran stesen Kuala Kubu Bharu yang telah berlaku pada 7 Mei 2016. 

Panel inkuiri tersebut terdiri daripada pakar-pakar industri seperti Lembaga Jurutera Malaysia (BEM), Institut Jurutera Malaysia (IEM), Kementerian Pengangkutan dan pihak akademik.

Seramai 10 penumpang cedera dalam kejadian pada hari tersebut apabila dua tren milik KTMB bertembung di Kuala Kubu Bharu selepas melalui Stesen Komuter Batang Kali.

Kemalangan itu membabitkan sebuah kereta api 13 gerabak yang bertolak dari Butterworth, Pulau Pinang menghala Kuala Lumpur dan sebuah kereta api ETS enam gerabak dari ibu negara ke Ipoh, Perak.

Pasukan bomba dari Balai Bomba Kuala Kubu Bharu dan Puchong dikejarkan ke tempat kejadian, selepas menerima panggilan pada jam 1.48 tengah hari hari tersebut. Pada ketika kejadian, terdapat 510 penumpang berada dalam kedua-dua kereta api itu.

Melalui hasil siasatan awal oleh KTM Berhad yang akan dibentangkan, panel inkuiri ini akan mengenal pasti punca insiden tersebut, serta kemungkinan kesilapan untuk mengikuti prosedur. Panel ini juga akan menyemak kecekapan tindak balas kecemasan dan menangani jurang keselamatan yang akan dikenalpasti ketika inkuiri dijalankan. Bagi membantu inkuiri ini, individu-individu yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung akan diminta untuk hadir bagi memberikan keterangan.

Insiden ini akan disiasat di bawah Seksyen 161 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD). Berdasarkan inkuiri insiden rel yang pernah dijalankan oleh SPAD, siasatan ini dijangkakan akan mengambil tempoh masa selama tiga (3) bulan.



May 20, 2016

0 Sejarah 20 Mei 1972 Yang Perlu Anda Tahu #FriendsofKedaulatan


Istiadat yang penuh gilang gemilang itu turut disaksikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu selaku Ketua Kolonel Kehormat Pasukan Peninjau Malaysia, Perdana Menteri Tun Abdul Razak bin Hussein, Timbalan Perdana Menteri Tun Dr. Ismail bin Datuk Abdul Rahman, Ketua Turus Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Ibrahim Ismail dan lain-lain para jemputan khas.

Sementara itu kira-kira 300 orang pegawai dan anggota pasukan peninjau termasuk 35 buah kereta perisai dan land rover dari ketiga-tiga pasukan mengambil bahagian dalam perbarisan itu. Ianya telah diiringi oleh Pancaragam Pasukan Peninjau.

Ini adalah kali pertama dalam sejarah Tentera Darat Malaysia, sebuah unit tentera darat, dikurniakan gelaran Diraja. Penganugerahan gelaran ini adalah sebagai satu penghargaan yang tinggi kepada pasukan tentera, atas jasa, kesetiaan dan perkhidmatan mereka yang cemerlang kepada raja dan negara. Baca seterusnya, Friends Of Kedaulatan, di sini.

33 Oops!! Penang Did It Again cc. @cmlimguaneng


The ERL to KLIA2 extension of 2.2 km is funded by Federal Government for RM100 million and is for use to build the train tracks and the train station. In return, ERL does not impose any additional charge for customers travelling to KLIA2 from KL Sentral and cost the same as travelling to KLIA. The ERL extension works out to be RM45 million per km but the cost includes building the stations.

KLIA2 extension, read here.

However, in Penang, a paired arterial road at Jalan Paya Terubong paired road, also known as Jalan Bukit Kukus, will directly link Lebuhraya Thean Teik in Bandar Baru Ayer Itam to Lebuh Bukit Jambul and "is expected to ease traffic congestion by 15%", said Chief Minister, Tokong Joseph Lim Guan Eng. This is a normal dual lane road (not highway) to be funded by Penang State Government will cost RM300 million for 3.65 km or RM82 million per km.

Penang Jalan Paya Terubong extension, read here.

For the record, JKR's normal guidelines for road construction cost is between RM1 million to RM5 million per km.

You decide which project is better value.

0 Projek MRT Lembah Klang (KVMRT) Bakal Menjadi Mod Pengangkutan Utama Pelajar Sekolah


MRT Lembah Klang (KVMRT) adalah salah satu projek infrastruktur pengangkutan awam darat yang terbesar dilaksanakan di Malaysia setakat ini. Projek ini disenaraikan sebagai Projek Permulaan (EPP) di bawah Program Transformasi Ekonomi Greater Kuala Lumpur (GKL)/ Lembah Klang oleh Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), akan mendorong integrasi dan kecekapan pengangkutan awam bandar.

KVMRT Sungai Buloh - Kajang (KVMRT Laluan 1) bermula di Sungai Buloh dan melalui pusat bandar Kuala Lumpur sebelum berakhir di Kajang. Laluan sepanjang 51km ini mempunyai 31 stesen yang merangkumi stesen bertingkat dan bawah tanah. Kekerapan tren untuk KVMRT Laluan 1 dijangkakan setiap 3.5 minit.

Sebagai agensi yang menyelia projek KVMRT, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bertanggungjawab memastikan bahawa pembinaan memenuhi sasaran. Fasa Pertama dari Sungai Buloh ke   Semantan   akan   dibuka   kepada   pengguna menjelang akhir 2016, manakala fasa kedua, dari Semantan ke Kajang akan beroperasi menjelang awal suku ketiga, 2017. Ini akan membolehkan tren beroperasi diseluruh jajarannya.

Apabila telah siap nanti, projek KVMRT laluan Sungai Buluh - Kajang ini mampu membawa penumpang seramai 1,200 dalam satu-satu masa dan mampu beroperasi selama 120 jam tanpa henti. Tambahan pula, apa yang menarik perhatian kami ialah laluan yang dibina akan melalui 17 buah sekolah di mana ia pastinya akan menjadi salah satu pengangkutan awam pilihan pelajar di laluan berkenaan. 17 buah sekolah tersebut adalah:

1) SJK (T) Saraswathy
2) Sri KDU International School
3) SMK Bandar Utama Damansaea (4)
4) Sekolah Menengah Stella Maris
5) SJK (C) Jalan Davidson
6) SMJK (C) Confucian
7) Victoria Institution
8) SMK Cochrane Perkasa
9) SMK Cochrane
10) SMK Yaacob Latig
11) SK Yaacob Latif 1 & 2
12) SMK Convent Jalan Peel
13) SK Seri Cheras
14) SK Convent
15) SM Convent
16) SK Jalan Bukit 1
17) SMK Jalan Bukit

Syabas buat pihak MMC-Gamuda dan SPAD. Pastinya pembinaan projek Rakyat ini pastinya ditunggu-tunggu memandangkan kemudahan ini bukan setakat terjamin keselamatan malah ianya pasti memudahkan pergerakan pelajar untuk ke sekolah tanpa perlu menghadapi kesesakan teruk lalu lintas yang setiap pagi.

0 Ronald McDonald Menonton "Angry Birds" Bersama Kanak-kanak Kurang Bernasib Baik


Sabtu lalu, bertempat di TGV Bukit Indah, Johor Bahru, McDonald's Malaysia telah mengadakan aktiviti program amal yang melibatkan 3 buah rumah kebajikan sekitar Johor Bahru anjuran Ronald McDonald House Charities (RMHC) Malaysia iaitu program menonton wayang filem "Angry Birds" bersama-sama kanak-kanak yang kurang bernasib baik dari Asrama Kebajikan Ar-Rayyan, Pertubuhan Penjagaan Anak Yatim/Miskin Villa Paulos dan Rumah Anak Yatim Islam Pontian.

"The Angry Birds Movie" 2016 merupakan sebuah filem yang di adaptasi dari sebuah permainan atas talian bernama "Angry Birds". Film ini ternyata berasal dari Finland, dan dalam pembuatan filem ini, Columbia Pictures telah mengeluarkan dana sekitar USD80 juta untuk membuat filem ini untuk menjadikannya menarik di mata penonton. Filem animasi ini merupakan sebuah filem animasi Hollywood terbaru oleh dua sutradara sekaligus iaitu Clay Kaytis dan Fergal Reilly, dan skripnya ditulis oleh Jon Votti.


Di dalam majlis berkenaan juga Ronald McDonald House Charity (RMHC) telah menyampaikan sumbangan ikhlas kepada ketiga-tiga rumah kebajikan yang terlibat.




Selesai sudah tayangan "Angry Birds", semua kanak-kanak dari 3 rumah kebajikan di hidangkan Happy Meals dari McDonalds untuk makan tengah hari.


RMHC Malaysia telah ditubuhkan di Malaysia pada bulan Februari 1990 sebagai sebuah pertubuhan tanpa keuntungan. Ianya adalah sebahagian daripada 300 bahagian RMHC di seluruh dunia dengan visi yang jelas untuk membantu dan meringankan beban kehidupan kanak-kanak yang kurang bernasib baik serta membantu kanak-kanak ini untuk mencapai impian mereka. Untuk sumbangan dan keterangan lanjut mengenai Ronald McDonalds House Charities (MHC) Malaysia, sila layari http://rmhc.org.my.

7 Zunar Harus Dikenakan Tindakan Larangan Yang Sama Oleh Pihak @imigresenmy


Akhbar The Star melaporkan, Jabatan Imigresen boleh mengenakan larangan  ke luar negara sekiranya individu terbabit "discredit (mencemarkan nama baik), ridicule (mengejek / mencemuh) and disparage (memperlekeh / merendah-rendahkan)  pentadbiran negara ketika berada di luar negara".

Kalau mengikut ketiga-tiga istilah tersebut, ianya amat relevan dengan kedua-dua kartun di atas sebagai contoh. Kartun ini memberi signal atau pemahaman kepada pihak luar, termasuk musuh dan penceroboh, bahawa Malaysia adalah lemah, dengan mudah boleh ditumpaskan (disparaging), bahawa rakyat Malaysia sendiri tidak yakin dengan kekuatan pertahanan negara dan usaha melindungi kedaulatan negara (ridiculing). Kesannya, imej dan jenama negara terjejas (discrediting). 

Kartun di atas dibuat oleh seorang yang amat tidak patriotik, kurang ajar, biadap dan pengkhianat. Seseorang seperti Zunar tidak teragak-agak untuk memomokkan sistem pertahanan negara dengan cara yang begitu rendah dan hina. Di samping itu, ia juga menjejaskan moral anggota tentera. Zunar adalah musuh negara. Perancis memiliki Charlie Hebdo dan malangnya Malaysia memiliki Zunar sebagai Rakyatnya. 

12 Realiti Dan Janji Tokong Berkenaan 'Bubble' Lif di KOMTAR

Ini janji-janji manis Tokong Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang berkenaan pengubahsuaian yang melibatkan lif KOMTAR. Janjinya, lif berkenaan akan kelihatan cantik, nampak ke luar (see through) dan kelihatan moden.


Realitinya, ianya hanya satu struktur yang buruk. Seoalah-olah satu binaan konkrit yang tersembul di luar bangunan. Inilah Tokong pujaan Rakyat Pulau Pinang. Lain yang dijanji, lain pula yang dikotakan.


May 19, 2016

0 Farlim Group Bangunkan Projek Eko-Bandar Raya Antarabangsa Asean Di China


Pemaju hartanah dari Malaysia, Farlim Group (Malaysia) Bhd telah melabur sebanyak RM9 billion bagi membangunkan Eko-Bandar Raya Antarabangsa Asean di barat laut wilayah Shandong, China. Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, TS Lim Gait Tong berkata, bandar raya seluas 10.5 kilometer persegi itu akan menjadi platform pertukaran antara usahawan dan rakyat Asean dengan China. TS Lim Gait Tong adalah Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Farlim Malaysia dan merupakan Presiden Kehormat Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (HuaZong).

11 projek ekonomi rentas sempadan dirancang untuk bandar raya yang terletak di daerah Qihe, 25 kilometer dari Jinan, bandar pusat Shandong dan pembangunan melibatkan syarikat dari Asean dan China. Apabila projek ini dilaksana sepenuhnya, ia dijangka menjana peluang perniagaan bernilai AS$51 bilion bagi Asean dan China menjelang 2025," katanya menambah projek-projek terbabit akan menghasilkan lebih 250,000 pekerjaan.

Bandar raya itu akan menempatkan pusat pameran perindustrian; perniagaan meliputi perniagaan borong dan runcit, industri komunikasi, digital, perkhidmatan perniagaan, pelancongan, perubatan dan pelancongan perubatan, serta kewangan dan insurans; fasiliti pendidikan tinggi dan latihan, keselamatan makanan dan pensijilan (termasuk pensijilan halal); dan pusat pertukaran kebudayaan China-Asean.

Pembinaan fasa pertama daripada tiga fasa bandar raya itu sudah bermula dan dijangka siap dalam tempoh tiga tahun. Fasa pertama merangkumi pusat kebudayaan dan komersial Asean-China, sebuah hotel dan spa serta persekitaran mesra hijau bagi generasi muda.

Pengurus Besar Kumpulan Farlim (China) Lim Chuan Boon ketika menerima kunjungan daripada rombongan perdagangan Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS) Malaysia ke China yang diketuai oleh Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong, berkata sebagai permulaan, mereka akan melancarkan projek yang dinamakan sebagai “Jendela ASEAN” dengan keluasan 17.3 hektar dan jumlah kawasan pembinaan lebih daripada 470,000 meter persegi. Jumlah pelaburan untuk porjek permulaan ini dianggarkan sebanyak RM1.5 billion.

Menurut Lim Chuan Boon, orang Islam merupakan populasi terbesar di kawasan tersebut, oleh itu mereka telah merancang untuk membina satu pusat Hab Halal (Halal Hub) yang bakal menjadi sebahagian besar dalam projek “ASEAN International Eco-City”.





0 Malaysia Dan Arab Saudi Perkukuhkan Kerjasama Dalam Bidang Latihan Kakitangan Penerbangan Awam


Menteri Pengangkutan, DS Liow Tiong Lai telah mengadakan perbincangan yang produktif dengan rakan sejawatnya, Sulaiman Al Hamdan, Menteri Pengangkutan Kerajaan Arab Saudi, hari ini untuk mengukuhkan hubungan dua hala Malaysia-Arab Saudi di dalam sektor rel dan penerbangan. Rombongan DS Liow juga telah dibawa membuat lawatan tapak ke lapangan terbang baru Raja Abdul Aziz, Jeddah yang masih dalam pembinaan.

Berikutan hasil lawatan tersebut, Malaysia dan Suruhanjaya Penerbangan Awam Arab Saudi (ACAC) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) ke arah kerjasama dalam latihan kakitangan penerbangan awam antara kedua-dua negara. DS Liow berkata melalui MoU ini, kerajaan merasa gembira untuk berkongsi program latihan dan kursus dengan peserta dari ACAC. 

Beliau juga yakin bahawa perkongsian yang saling menguntungkan ini akan membuka jalan bagi kerjasama dalam penerbangan awam, yang seterusnya akan merangsang pertumbuhan ekonomi dan pembangunan. 

Malaysia, kata DS Liow komited untuk menggalakkan perkongsian pengetahuan di kalangan negara-negara di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP), terutamanya dari segi pembinaan keupayaan. Ini adalah selaras dengan sokongan kerajaan untuk Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

Berikut adalah Kenyataan Media DS Liow:






27 Tun Dr Mahathir Kata Agong Kena Tahanan Rumah, Memang Sudah Sah Gila Iseng


Apabila Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir melahirkan kenyataan bahawa YDP Agong telah dikenakan tahanan rumah, ianya bukan menjadi satu gurauan lagi. Ini lawak yang tidak lucu bagi seorang warga platinium yang berusia 90 tahun. Kita fikir baik sajalah. Mungkin YDP Agong tidak mahu berjumpa barua DAP.

Apatah lagi kalau kita lihat video di bawah. Adakah ini akhlak orang tua berusia 90 tahun yang hendak dijadikan contoh dan tauladan untuk orang muda. Tun Dr Mahathir secara sengaja buat-buat tersasul menyebut UMNO kini Parti Najis. Kalau sekali bolehlah beliau kata tersasul, ini dua kali. Ini adalah rakaman kedua. Kelakuan Tun Dr Mahathir saling tak tumpah seperti RBA DAP.

56 Bantah GST 6% Di Negara Sendiri, Boleh Pula Makan Angin Di Luar Dengan GST (VAT) 20%


Sehingga kini, belum pernah rasanya saya melihat mana-mana warganegara asing datang ke Malaysia, hanya untuk membuat demonstrasi dan memburukkan pemimpin dan negara mereka di sini. Belum pernah rasanya Rakyat UK datang ke Malaysia untuk memburukkan Perdana Menteri mereka. Namun manusia hamba DAP seperti Dyana Sofea dan rakan-rakan sanggup ke sana untuk memalukan DS Najib Tun Razak.

Jadinya, amat pelik apabila Rakyat Malaysia 'melancong' ke negara asing untuk memburukkan Malaysia. Banyak pulak duit balaci DAP ni. Siapa yang taja mereka di London? Mereka menghina dan membantah GST 6% di Malaysia sebaliknya mereka sanggup menghabiskan GST atau dipanggil VST sebanyak 20% di sana untuk berkempen.

Apakah sudah hilang adab dan akal apabila ada rakyat Malaysia keluar negara, dan memburuk-buruk pemimpin dengan membuat sepanduk, melukis gambar pemimpin yang memalukan semata mata bertujuan politik dan menagih simpati? Apa kata Jabatan Imigresen menarik balik passport antarabangsa. Perlu diingat passport antarabangsa bukan satu hak yang wajib diberi kepada setiap Rakyat, sebaliknya satu keistimewaan.

8 Portal Suara Rakyat Memfitnah Lagi, Bila @SKMM_MCMC Nak Ambil Tindakan cc. @PDRMsia


Lihat betapa liciknya portal pembangkang memutar belitkan kenyataan Menteri untuk menaikkan kemarahan Rakyat terhadap Kerajaan. Terbaru, kenyataan Menteri seperti di dalam gambar di atas ternyata menyebut tentang akta dan undang-undang yang berkaitan perniagaan dalam talian (online) dicadangkan untuk diperkenalkan iaitu Kerajaan akan mengenakan denda atau penjara jika peniaga dalam talian tidak berdaftar bermula tahun depan. 

Namun, portal Suara Rakyat ini memutar belitkan kenyataan berkenaan dengan menyebut tentang sumber pendapatan tambahan Rakyat yang hendak dicukai. Sama ada pihak ini terlalu bijak putar belit atau terlalu bodoh untuk membaca dalam Bahasa Malaysia.

Ramai Rakyat Malaysia yang bijak pandai yang marah bila ada cadangan perniagaan dalam talian (kalau betul sekalipun) akan dikenakan cukai. Apa mereka ingat hanya orang jual tudung, kerepek dan baju saja berniaga dalam talian? Apakah mereka lupa tentang Lazada, Lelong, 11Street.my dan banyak lagi perniagaan besar berniaga dalam talian? Syarikat-syarikat ini berdaftar dan pengguna amat yakin untuk berurusan. Mereka juga tertakluk kepada cukai bergantung kepada jumlah pendapatan dan jualan. Lihat cadangan ini secara global. Jangan sempitkan pemikiran.

Apakah salah semua perniagaan sama ada secara konvensional atau dalam talian diwajibkan untuk berdaftar? Malaysia bukan negara koboi, tanpa undang-undang. Bukankah cara ini dapat melindungi pengguna dari ditipu oleh peniaga-peniaga haram yang tidak bertanggungjawab? Kenyataan awal Menteri adalah Kerajaan hendak daftarkan peniaga dalam talian. Itu dimestikan demi menjaga kepentingan pengguna / pembeli agar berurusan dgn peniaga yang bertanggungjawab. 

Soal cukai, belum diputuskan dan masih di peringkat kajian. Perniagaan dalam talian adalah kaedah baru dan sesetengah peniaga menggunakan kaedah ini untuk mengaut keuntungan 'percuma' iaitu harga yang mereka tawarkan adalah termasuk cukai, tapi cukai sebenar tidak dibayar kepada Kerajaan. Oleh itu, sewajarnya perlu ada kawalan dan pengawasan.

Kesimpulan yang CTS boleh katakan adalah penyokong pembangkang dalam keadaan terdesak sekarang. Buktinya gambar yang diedit di bawah yang disebarkan di laman sosial.

0 Bersahur Sambil Layan EURO16 Di Kuala Lumpur International Hotel


Bersempena dengan Kedatangan bulan Ramadhan dan Euro 2016 bulan depan, pihak Kuala Lumpur International Hotel (KLIH) mengambil inisiatif dengan mengadakan promosi EURO-Sahur. Menurut Penolong Pengurus Besar KLIH, Azli Ariffin, pihak hotel akan menyediakan 3 jenis pakej untuk memeriahkan suasana dan menarik pengunjung.

“Sempena euro 2016, kami menyediakan skrin besar di coffee house dan menyediakan 3 jenis pakej iaitu pakej Combo Supper, Pakej Buffet Sahur dan Pakej Nasi Rames dengan harga bermula dari  Rm15,” katanya ketika sidang media Promosi Buffet Ramadhan Buffet di sini tadi.

Tambah beliau lagi, pakej ini akan bermula pada hari pertama Ramadhan sehingga akhir Ramadhan bermula dari 1 pagi sehingga Waktu Imsak. Bagi pakej ini, pengunjung akan disajikan dengan tayangan langsung di skrin besar di Toppot Cafe di aras 4 KLIH.

Sebagai salah satu cara memeriahkan pakej EURO 2016 ini, pihak KLIH turut mengadakan pertandingan bola sepak PS4 dari 15 Jun sehingga 2 Julai ini bermula jam 10 malam sehingga 12 tengah malam.

Pihak KLIH hanya mengenakan bayaran pendaftaran sebanyak RM120 dimana setiap pendaftaran akan diberikan sebuah booklet kupon bernilai 50 ringgit dan perlu dibayar sebelum 28 Mei ini dan terhad kepada 50 penyertaan.

Bagi pemenang pertandingan ini akan menerima hadiah bernilai RM2 000 bagi tempat pertama, manakala bagi tempat kedua, ketiga dan keempat masing-masing akan menerima hadiah bernilai RM1000, RM800 dan RM600.

KLIH juga akan menyajikan hidangan yang unik semperna bulan Ramadhan, saksikan video di bawah:

video

May 18, 2016

54 Portal Pembangkang Suara Rakyat Fitnah DS Rosmah Sekali Lagi cc. @SKMM_MCMC @PDRMsia

Portal pembangkang, fanpage Suara Rakyat sekali mengkitar semula fitnah yang dilakukan tahun 2012 melalui gambar di bawah. Gambar diubahsuai seolah-olah isteri Perdana Menteri, DS Rosmah Mansor berdiri di hadapan DS Najib Tun Razak dan berada sebaris dengan YDP Agong dan serta Permaisuri Agong.

Namun, gambar ubahsuai ini tidak dilakukan dengan sempurna seperti dilakukan oleh seorang amatur. Perhatikan beberapa perkara dalam gambar yang telah diaudit:

1. Ada kepala orang di belakang YDP Agong.
2. Perhatikan karpet merah yang tidak sekata.
3. Bagaimana ada kaki orang sedang berjalan di belakang DS Rosmah.

Pesan CTS, kalau hendak memfitnah lakukan dengan profesional. Kalau ditangkap, jawab dengan muka selamba tidak bersalah ala Rafizi Ramli seraya berkata, saya hanya bergurau.


May 17, 2016

30 Gambar-Gambar Kejadian Pesawat Aermacchi MB339CM Milik TUDM Terhempas


Menurut kenyataan akhbar daripada TUDM memberitahu bahawa sebuah pesawat jenis Aermacchi MB339CM telah mengalami masalah teknikal semasa membuat latihan pada jam 12.54 tengah hari ini. Kedua-dua juruterbang pesawat tersebut dilaporkan selamat setelah berjaya keluar dari pesawat dengan menggunakan kerusi injal pesawat. Berita lanjut boleh dibaca di Friends of Kedaulatan, di sini.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates