May 14, 2016

29 Grand Finale Di Stadium Melawati Shah Alam Gamit Ratusan Ribu Penyokong Deklarasi Selamatkan Malaysia


Stadium Shah Alam adalah bersebelahan dengan Stadium Melawati. Di Stadium Shah Alam malam ini berlangsung perlawanan akhir Piala FA di antara JDT dan PKNS.

Di Stadium Melawati pula pada masa yang sama, kumpulan Deklarasi Selamatkan Malaysia sedang sibuk mengadakan ceramah Selamatkan Boboi.

Tidak dapat dipastikan kenapa kumpulan ini mengambil tarikh yang sama dengan perlawanan akhir Piala FA. Mungkin hendak memancing 'crowd' daripada Stadium Shah Alam selepas perlawanan berkenaan berakhir.

Apapun tahniah kepada kumpulan Deklarasi Selamatkan Malaysia yang berjaya mengumpul ratusan ribu penonton, sesuai dengan tandatangan yang kononnya mereka berjaya kumpul sebanyak 1.2 juta.



Ini pula 'live update' dari stadium. Malangnya dari stadium sebelahlah. Stadium Shah Alam. Hahaha.

0 Bermula 01 Jun Pemilik Kenderaan Boleh Pindah Milik Kenderaan Secara Atas Talian - DS Liow


Menteri Pengangkutan, DS Liow Tiow Lai memberikan khabar gembira buat semua pemilik kenderaan iaitu bermula 1 Jun, pemilik kini boleh memperbaharui Sijil Hak Milik Kenderaan (VOC) mereka secara dalam talian (online).

Proses pemindahan hak milik kenderaan kini kata DS Liow tidak lagi perlu dilakukan di mana-mana cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan boleh dilakukan secara dalam talian. Langkah itu, katanya dilaksanakan untuk mengurangkan tempoh menunggu dan beratur panjang di kaunter JPJ.

Pemilik baharu juga boleh melakukan pendaftaran sijil VOC mereka di galeri jualan kereta. DS Liow menambah penjual sama ada kereta baharu atau kereta terpakai boleh memindah hak milik dengan hanya mengesahkan pemilik melalui sistem biometrik.

DS Liow berkata Kementerian Pengangkutan akan meneruskan misi memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, bermula dengan mengurangkan masa menunggu di kaunter. JPJ juga katanya sedang mengkaji cara lebih mudah bagi pemandu untuk memperbaharui lesen memandu mereka.

18 ADUN DAP Telok Datuk Pecah Amanah, Kes @LimGuanEng Masih Belum Selesai, Mana @SPRMMalaysia ?


ADUN Telok Datok, YB Loh Chee Heng baru sahaja dipecat oleh Jawatankuasa Disiplin DAP di atas salah laku menyalah guna peruntukan Kerajaan Negeri. Laporan telahpun dibuat oleh DAP Selangor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas kes ini Rabu lepas. Macai mana yang menyalak mengatakan DAP bebas dari rasuah?

Adakah Loh Chee Heng akan kekal sebagai ADUN Bebas atau adakah akan ada Pilihan Raya Kecil di Kuala Langat memandangkan tempoh matang 3 tahun DUN Selangor hanya akan berakhir paa 21/06/2016.

Adakah diharapkan pihak SPRM dapat menjalankan siasatan dengan segera supaya kes ini dapat dibawa ke mahkamah. Dalam pada itu, kita masih menunggu bilakah SPRM akan menamatkan siasatan mereka ke atas Banglo Tanpa Kolam Renang milik Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan kes salah guna kuasa PPRT Taman Manggis.

Di dalam Sidang DUN semalam, Tokong Joseph Lim didapati berbohong apabila di dalam jawapan balasnya, beliau mendakwa bahawa tanah di Taman Manggis II masih lagi kepunyaan KLIDC dan menafikan tanah berkenaan telah dicagarkan di Bank seperti soalan yang dikemukakan oleh Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang, Jahara Hamid, baca di sini.

Walau bagaimanapun, dokumen di bawah membuktikan Tokong Joseph Lim seorang pembohong. Carian ke atas Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati tanah berkenaan telah dicagarkan oleh KLIDC kepada AmIslamic Bank Berhad.


Hari ini pula, Tokong Joseph Lim dengan angkuh meletakkan kereta di atas garisan kuning. Siapa berani ambil tindakan?

May 13, 2016

49 Zuhudnya @AzminAli Berkain Pelikat Di Pasar Tani Sungai Besar


Kalau bab lakonan dan lakon layar, CTS memang 'salute' habis dengan Menteri Besar Selangor, DS Mohamad Azmin Ali. Lakonannya memang begitu mantap, terbaik dan terhebat. Walaupun YB Azmin Ali tinggal di Shah Alam, namun beliau sanggup berkain pelikat untuk kelihatan zuhud, bertandang ke Pasar Pagi Parit 13, Sungai Besar, Selangor, pagi ini.

Penamaan calon baru sahaja diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya pada 05 Jun depan dan hari pengundian pula akan dijalankan pada 18 Jun, namun Menteri Besar Selangor telah memulakan kelas lakonan terlebih awal dari tarikh hari berkempen.

Azmin Ali sememangnya anak didik Anwar Ibrahim yang terbaik dari segi lakonan. Antara watak-watak beliau yang memukau yang pernah dilakonkan adalah adengan terjun longkang, spray nyamuk, kutip sampah, sirap bungkus, makan bawah pokok, mencuci baju penduduk kampung, dan yang terkini pergi pasar berkain pelikat. Teringat CTS lagu Drama King nyanyian Meet Uncle Hussain & Black:

Lakon layarmu hebat
Terpukau ku melihat
Isi hati murahan
Sampai bila
Kau mahu tersesat
Tidak kau penat
Hidup penuh muslihat
Mahkotamu Raja Drama

May 12, 2016

52 Adakah Banjir Besar Malam Ini Di Sekitar Universiti Malaya Mempunyai Hubungan Dengan Ceramah Tun Dr Mahathir Esok?

Adakah banjir kilat yang berlaku di sekitar Universiti Malaya dan jalan-jalan menuju ke universiti berkenaan ada hubungan dengan ceramah yang bakal diadakan esok di sana dengan tetamu kehormatnya Tun Dr Mahathir?

Menurut laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat, ketinggian banjir separas pinggang dan arus deras berlaku di Pintu Masuk Universiti Malaya pada jam 7.39 malam.

Kenderaan yang terlibat adalah sebanyak 15 buah dan 11 orang mangsa berjaya diselamatkan dengan seorang wanita dewasa mengalami sesak nafas. 13 anggota bomba dari Balai Bomba Seputeh dan Pantai terlibat dengan operasi ini.

Adakah bencana alam ini akibat daripada kedegilan penganjur untuk meneruskan Demonstrasi Mahasiswa Menolak Najib dengan menjemput salah seorang tokoh kontroversi iaitu Datuk Noor Farida Ariffin. 

Wanita ini yang menganggotai kumpulan liberal G25 mencetuskan kontroversi apabila beliau menghina Agama Islam, mencadangkan untuk memansuhkan JAKIM, meminta Kerajaan menghapuskan undang-undang khalwat kerana bertentantangan dengan privasi Rakyat dan sebagainya.

Jangan pula ada yang bertanya di mana Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah berada sewaktu kawasan Parlimennya dilanda banjir kilat. Anda pilih, anda dapat.


18 Keistimewaan Yang Diberikan Kepada Anwar Ibrahim Harus Diberikan Kepada Banduan-Banduan Lain

Bukan CTS mahu bersikap kejam dan zalim. Sebaliknya keadilan itu mestilah sama rata. Tindakan Jabatan Penjara membenarkan Anwar Ibrahim untuk menziarahi adik perempuannya yang meninggal dunia, semalam di Teras Jernang, agak berat sebelah.

Kita bersimpati apabila beliau dibenarkan untuk melawat jenazah Ayahandanya suatu masa dulu sewaktu masih menjalani hukuman. Tetapi apabila keistimewaan ini melibatkan adik beradik yang lain, agak berlebihan rasanya.

Kenapa banduan-banduan yang lain tidak mendapat keistimewaan yang sama? Apa hebatnya Anwar Ibrahim berbanding banduan-banduan lain?

30 Hebat Abang Mat Sabu - Gelanggang Bola Keranjang Pun Boleh Ceramah

Ceramah parti pembangkang kini sudah di peringkat ekstrem. Walaupun mereka memerintah di Selangor, ceramah-ceramah yang diadakan melangkaui tempat-tempat yang tidak pernah terfikir sebelum ini. Terbaru, adalah ceramah Parti Amanah Negara (PAN) yang diadakan di tapak gelanggang bola keranjang, Subang Jaya. 

Lebih 30 ribu dikatakan hadir untuk mendengar amanat dan pengalaman PAN bagaimana mereka berjaya memenangi kerusi Pilihan Raya Negeri Sarawak dengan cemerlang. Basketball court pun basketball court lah.

May 11, 2016

46 Jom Kita Tonton Drama Tamil Pengiraan 1 Juta Tandatangan Deklarasi Selamatkan Malaysia


Semalam, jam 2.20 petang, Kelab Mantan Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir FC telah memuat naik status kononnya tandatangan Deklarasi Rakyat telahpun mencecah 1 juta. Maka drama Tamil pun bermula dengan peluk berpelukan diiringi tangisan syahdu.

Pada pukul 4.11 petang, satu lagi fanpage, Deklarasi Rakyat pula telah memuat naik status posting bahawa pengiraan tandatangan Deklarasi Rakyat baru bermula. Kelihatan keluarga bahagia yang terdiri daripada Ambiga S, Marina Chin Abdullah dan Teresa Kok turut sama mengira.

Drama Tamil apakah ini. Patutlah yang seorang mudah lupa dan lagi seorang pula blur!


Hari ini pulak kita sedia maklum apa yang berlaku ...

31 Azmi Shahrom Kata Deklarasi Rakyat Tiada Kesan Di Sisi Undang-Undang



Walaupun dengan drama linangan air mata semalam dan walaupun dengan bantuan keluarga baru seperti Teresa Kok, Marina Chin 'BERSIH' dan Datuk Padukang ala aww aww gitu, Mantan Perdana Menteri masih belum berjaya mencapai cita-citanya untuk mendapatkan sejumlah 1 juta tandatangan untuk diserahkan pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang bersidang hari ini dan esok. Ini disahkan sendiri oleh Ketua Sekretariat Selamatkan Malaysia, Datuk Kamaruddin Jaafar hari ini. Tidak tahulah siapa yang berbohong. Mantan kata beliau berjaya dapat 1 juta sedangkan Ketua Sekretariat kata baru 500,000.

Walaubagaimanapun, pendapat pakar undang-undang pro pembagkang ini perlu kita fahami. Kata Prof Dr Mohd Azmi Sharom yang dipetik China Press, Deklarasi Rakyat tiada kesan undang-undang, sekalipun diserahkan kepada Majlis Raja-Raja. Jelasnya, tidak kira satu juta atau dua juta tandatangan yang dikumpul, Deklarasi Rakyat sekadar satu bentuk atau simbolik kempen tandatangan di atas kertas. Tegasnya, Perdana Menteri hanya boleh digulingkan menerusi undi tidak percaya di Parlimen dengan memperoleh persetujuan kebanyakan wakil rakyat.

Persoalannya, kenapa kumpulan Deklarasi Selamatkan Malaysia ini buat kerja bodoh?

May 10, 2016

74 Deklarasi Rakyat Sudah Mencapai 1 Juta? Dah Audit Ke Belum?



Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak terpaksa mengemaskan pejabatnya hari ini disebabkan kumpulan Deklarasi Rakyat pimpinan Tun Dr Mahathir dan Lim Kit Siang telah berjaya kononnya memperolehi sejumlah tandatangan sebanyak 1 juta. Kalau betul sekalipun tandatangan 1 juta telah diperolehi, bagaimana dengan 29 juta lagi Rakyat Malaysia? Mereka ini tidak pentingkah?

Senarai jumlah penandatangan Deklarasi Rakyat perlu diaudit sebelum dibawa ke Majlis Raja-Raja. Sebagai juruaudit yang berpengalaman dan bertauliah, CTS menawarkan diri untuk mengaudit senarai berkenaan, memandangkan kami tidak boleh mengakses senarai nama-nama penandatangan berkenaan secara online. 


Beberapa perkara harus disahihkan terlebih dahulu seperti:

1. Identiti palsu diterima secara 'online'.
2. Penandatangan mungkin bukan warga negara.
3. Penandatangan mungkin diugut atau diupah.
4. Program komputer 'BOT' digunakan untuk menandatangan.
5. Nama-nama seperti Kucing Comel tidak terdapat di dalam senarai berkenaan.


Mantan Perdana Menteri harus bersabar sebelum proses audit ini berjalan. Bukankah Mantan yang beria-ria hendak hapuskan kuasa Raja-Raja Melayu suatu masa dulu. 

Sekarang beliau juga beria-ria mengumpulkan 1 juta tandatangan dan mencuba untuk memohon kepada Raja-Raja Melayu untuk memecat Perdana Menteri yang dipilih secara Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan.

Selepas ini UMNO pula kutip tandatangan 2 juta untuk singkirkan Boboi. Apa kesudahannya? Sistem Pilihan Raya kan ada. Ikut sajalah. Siapalah bebal jadi penasihat.

Kalau 1 juta tanda tangan boleh tukar Perdana Menteri, sudah lama Anwar Ibrahim buat dan pertukaran yang pertama berlaku dengan sistem ini ialah Tun Dr Mahathir sendiri pada era Reformasi.

0 Menderma RM10 Melalui “Show Your Stripes” Bersama Ronald McDonald House Charities (RMHC)



Anda boleh membantu kanak-kanak Malaysia yang memerlukan dengan menderma sambil membeli stokin istimewa ini. Program istimewa McDonald's Malaysia ini diberi nama “Show Your Stripes”. Harganya RM 10 sepasang, termasuk GST. Wang sumbangan anda akan disalurkan kepada kanak-kanak Malaysia melalui Ronald McDonald House Charities (RMHC). 

Stokin ini boleh didapati di semua cawangan McDonalds Malaysia, selagi stok masih ada. Dapatkan stokin anda cepat dan secara automatik anda telah menderma kepada RMHC. Sedikit sebanyak dapat membantu kanak-kanak gembira dan anda juga gembira dengan stokin anda.

Ronald McDonald House Charities (RMHC) Malaysia telah ditubuhkan di Malaysia pada bulan Februari 1990 sebagai sebuah pertubuhan bukan meraih keuntungan. Ia adalah sebahagian daripada 300 RMHC di seluruh dunia dengan visi yang jelas untuk meceriakan kehidupan kanak-kanak yang memerlukan melalui tiga bidang utama iaitu kesihatan, pendidikan dan kebajikan.

RMHC menyediakan program untuk membantu kanak-kanak seperti:


1) Ronald McDonald Gift of Smile – membantu kanak-kanak yang didiagnosis dengan bibir atau lelangit sumbing.


2) Ronald McDonald Sensory Room – pusat untuk kanak-kanak yang mengalami perkembangan mental perlahan.


3) Ronald McDonald Scholarship – Bantuan kewangan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah dari keluarga berpendapatan rendah yang cemerlang dalam pelajaran.


4) Ronald McDonald House PPUKM – sebuah rumah yang memberikan keselesaan untuk keluarga dan kanak-kanak yang sedang mendapatkan rawatan.

May 9, 2016

40 @RafiziRamli Bergurau Lagi - Tuduh DS @NajibRazak Arah MBSB Ketepikan Notis Bangkrap Ketua UMNO Kepong




Rafizi Ramli adalah seorang akauntan. Walau bagaimanapun beliau bodoh dalam soal Bank dan akta Bank. Kalau tidak bagaimana beliau boleh disaman dalam isu BAFIA. Hari ini beliau bergurau lagi. Katanya di dalam laman sosial Facebook beliau bahawa Perdana Menteri telah mengarahkan MBSB untuk mengenepuikan Notis Bangkrap yang dikeluarkan ke atas Ketua UMNO Kepong.

Ini adalah satu fitnah yang nyata. Yang yang bebal dan bodoh sahaja tidak dapat membaca dan memahami Bahasa Malaysia yang ditulis dalam surat di atas yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri. Secara jelas dinyatakan dlm perkara ke 2, BAGI TUJUAN DIATAS. PERDANA MENTERI MENELITI PERMOHONAN TERSEBUT DAN DIPANJANGKAN UNTUK PERHATIAN DAN TINDAKAN PIHAK YBHG DATO SEWAJARNYA. 

Maksudnya, apabila Perdana Menteri menerima permohonan, Perdana Menteri telah memanjangkan kepada MBSB untuk membuat keputusan. Kerana itu bidang kuasa MBSB untuk putuskan. Kalau terima, terimalah. Kalau tolak, tolaklah. Tidak ada satu ayat atau satu patah perkataan pun yang dinyatakan Perdana Menteri MENGARAHKAN. Itupun si Sotong susah nak faham?

13 Produk McDonald's Malaysia 'Quarter Pounder With Cheese' Difitnah Mengandungi Babi Di Media Sosial


Mudahnya bagi seseorang untuk menyebarkan fitnah di zaman teknologi maklumat di hujung jari. Tidak cukup dengan fitnah McDonald's adalah menyalurkan dana dan membantu Israel di atas kekejaman rejim Zionis terhadap Gaza selama ini. Baca artikel CTS mengenai mitos berkenaan, di sini.

Apabila McDonald's Malaysia cuba untuk menghentikan pengeluaran produk 'Quater Pounder with Cheese' untuk penyeragaman produk dan bagi membolehkan pengenalan produk baru, produk berkenaan pula difitnah mengandungi babi.

Agak mengecewakan bagi seseorang membuat dan menyebarkan fitnah di laman sosial bahawa produk McDonald's mengandungi babi. Umum mengetahui bahawa restoren McDonald's dijamin 100% Halal oleh JAKIM atau badan-badan persijilan Halal yang diiktiraf oleh JAKIM ke atas kesemua produk-produknya. 

Di Malaysia, bagi penyediaan daging lembu McDonald's Malaysia, pembekal utamanya adalah MacFood Sdn Bhd. Kilang McFood terletak di USJ, Subang Jaya, Selangor. Garis panduan penyediaan bahan mentah di MacFood telah ditetapkan oleh McDonald's sendiri. Proses kemasukan pekerja atau pelawat ke ruang tempat penyediaan bekalan makanan MacFood amat ketat bagi menjamin faktor kebersihan dan keselamatan terjaga. 

Dagingnya diproses di Malaysia bukannya di USA seperti yang disebarkan di dalam fitnah di atas. Anda boleh rujuk artikel CTS, di sini. Yang paling penting MacFood Sdn Bhd adalah 100% dikawal selia oleh pihak JAKIM dan tidak mungkin pihak JAKIM akan senyap begitu sahaja jika produk berkenaan ada unsur yang meragukan.




Faktor Halal dan kebersihan sentiasa menjadi penanda aras utama bagi McDonald's Malaysia. Pembaca boleh merujuk sendiri komitmen syarikat berkenaan terhadap kepatuhan Halal Shariah di laman web mereka di sini dan di sini. Kenyataan Media mengenai fitnah di atas boleh dibaca seperti berikut:

10 Sekarang Sudah 9 Mei, Nurul Izzah Masih Mencari Dulang ... Ehh Dalang


Kita harapkan anak Ketua Umum PKR, Nurul Izzah Anwar tidak akan melupakan janjinya untuk mencari siapakah dalang di sebalik krisis PKR-DAP di Pilihan Raya Negeri Sarawak baru-baru ini. Pastinya 'team' Rafizi Ramli akan menuduh kartel Azmin Ali adalah dalang utamanya. Kartel Azmin Ali pula akan menunding jari ke arah Presiden PKR yang dianggap sudah tidak berfungsi sebagai Ketua Pembangkang. 

Hendak salahkan PAS sudah tidak boleh sebab parti berkenaan sudah cerai talak tiga dengan Pakatan Harapan (PH). PAN pula hanyalah balaci pengampu di dalam PH. Kita harapkan dalang yang dicari tidaklah terlalu lama seperti mana kita menunggu bilakah dulang hantaran akan sampai untuk meminang anak Ketua Umum ini yang telah lama kegersangan.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates