May 7, 2016

66 BN Dijangka Menang Besar Di #PRKSarawak Dan DAP Dilapor Demam


Sehingga jam 7.00 malam mengikut kiraan semasa, Barisan Nasional (BN) mendahului dengan 72 kerusi. DAP pula hilang 5 tempat yang dikuasainya sebelum ini iaitu Batu Kawa, Dudong, Meradong, Piasau dan Repok.

Batu Kawa (DAP 1,710, BN 3,314)
Dudong (DAP 3,762, BN 6,074)
Meradong (DAP 3,796, BN 4,893)
Piasau (DAP 2,009, BN 2,530)
Repok (DAP 2,327, BN 3,589)

Calon 'favourite' dan kesayangan DAP iaitu Aziz Isa juga dijangka kalah di Batu Kitang. BN ditentang hebat oleh calon Bebas di N49, Ngemah yang hanya berkelebihan 29 undi sahaja.

Di Ngemah, BN mendapat 2,171 undi, Bebas 2,142, DAP 1,405 undi dan Bebas 191 undi. PKR pula dijangka akan mengekalkan 3 kerusi yang dimenangi dahulu iaitu di Batu Lintang, Krian dan Bakelalan.

Ikut kiraan ini BN akan dapat 72 kerusi, DAP tinggal 7 kerusi dan PKR 3 kerusi. DAP sedang berkira-kira untuk memberi alasan kekalahan memalukan ini esok pagi.

Keputusan tidak rasmi #PRNSarawak setakat pukul 7.00 malam:

1) Lim Kit Siang = Sesak Nafas
2) Wan Azizah = Tepuk Dahi
3) Mat Sabu = Meroyan

Nantikan berita selanjutnya jam 8.00 malam nanti di Berita RTM mahupun Buletin Utama.

0 Pemberhentian Pengambilan Dan Penurunan Penumpang Di Jalan Tan Cheng Lock Dan Tun Sambathan

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengeluarkan arahan bahawa syarikat-syarikat bas berlesen tidak dibenarkan mengambil dan menurunkan penumpang di Jalan Tun Tan Cheng Lock dan Jalan Tun Sambanthan (berhampiran stesen LRT Pasar Seni) Kuala Lumpur. 

Operasi berkenaan akan dipindahkan ke Pudu Sentral bermula hari ini. Syarikat-syarikat bas yang terlibat adalah:

Sistem Kenderaan Seremban - Kuala Lumpur Sdn Bhd
Suasana Edaran Sdn Bhd
North South Speed Sdn Bhd
Syarikat Kenderaan Bahau Sdn Bhd 

Tindakan ini merupakan satu langkah yang tepat oleh pihak SPAD memandangkan kawasan Pasar Seni (Central Market) merupakan kawasan yang sangat padat di mana jalan sekitarnya hanya mempunyai dua lorong dan apabila bas berhenti di kawasan berkenaan, kesesakan lalu lintas pasti berlaku. Ia juga bagi mengelakkan bas-bas yang berkenaan membahayakan pejalan kaki yang melintas antara Stesen LRT Pasar Seni dan Central Market. 

Oleh itu, sebelum sesuatu kejadian yang tidak diingini berlaku, adalah lebih elok tindakan proaktif diambil oleh pihak SPAD untuk memindahkan semua aktiviti pengambilan dan penurunan penumpang ke kawasan Pudu Sentral yang lebih besar dan tersusun.

0 ISBSF Mesti Diteruskan Untuk Kelangsungan Keperluan Rakyat Marhaen

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah memeterai perjanjian dengan Cityliner Sdn Bhd dan MARA Liner Sdn Bhd untuk memperkenalkan konsep baru perkhidmatan bas henti-henti yang berasaskan konsep 'network planning' bagi Seremban dan Kangar. Menerusi skim Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-henti (SBST) rakyat akan menikmati perkhidmatan yang lebih cekap dan boleh dipercayai.

Skim ini akan dilancarkan pada bulan April bagi Seremban, manakala Perlis pada bulan Jun 2015. Skim ini juga dijangka akan diperkenalkan di Ipoh, Kuala Terengganu dan Kuching pada tahun ini. Projek bernilai RM100 juta yang melibatkan lima ibu negeri ini dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan.

Walau bagaimanapun, kita dikejutkan dengan pengumuman Konsortium Transnasional Berhad mengenai pemberhentian perkhidmatan bas henti-henti Cityliner di 19 laluan di Kelantan bermula 01 Mei lepas. Syarikat itu dalam kenyataan media berkata langkah itu diambil disebabkan syarikat tidak mampu menanggung kos operasi berikutan tidak lagi menerima sokongan dana daripada Kerajaan.

Kerajaan Persekutuan telah mewujudkan satu inisiatif di bawah NKRA UPT (Pengangkutan Awam Bandar Bidang Keberhasilan Utama Negara) yang dipanggil 'Interim Stage Bus Support Fund' (ISBSF) atau dalam bahasa mudahnya Kerajaan akan memberi subsidi kepada syarikat-syarikat pengangkutan awam darat ini supaya mereka terus beroperasi di laluan sosial demi kesejahteraan dan kesenangan rakyat. 

Objektif ISBSF adalah untuk menangani kekurangan dalam operasi harian pengendali bas henti-henti bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan. Kedua, dana ini menggalakkan pengendali-pengendali bas henti-henti untuk mengaktifkan laluan yang telah ditamatkan perkhidmatan dan mendorong pengendali dalam meningkatkan mutu perkhidmatan dengan menambah kekerapan perjalanan dan memperbaiki keadaan bas.

ISBSF diwujudkan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan bas dan menggalakkan rakyat untuk menggunakan bas sebagai mod pengangkutan yang berkesan. Inisiatif ini bertindak sebagai langkah sementara untuk membantu pengendali bas henti-henti yang terjejas ekoran daripada peningkatan kos operasi terutamanya di laluan sosial atau yang kurang menguntungkan.

Melalui penyediaan dana ini, SPAD dapat memastikan operasi yang berterusan di laluan-laluan ini oleh pengendali sekaligus dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan bas sedia ada dan menggalakkan lebih ramai penumpang untuk menggunakan bas.

Bermula pada 03/01/2012, kerajaan telah memperuntukkan dana sebanyak RM470 juta untuk membantu pengendali bas henti-henti yang bersedia untuk meneruskan perkhidmatan mereka di laluan sosial. Pada masa ini, SPAD terus membiayai pengendali yang terlibat dengan dana yang disediakan pada tahun 2015. Pembiayaan ini dijangka diteruskan untuk tahun 2016.

Adalah diharapkan khabar-khabar angin yang mengatakan bahawa Kerajaan akan menghentikan pemberian ISBSF adalah tidak benar. ISBSF semestinya wajib diteruskan bagi kemudahan Rakyat Marhaen yang menggunakan pengangkutan awam sebagai mod pengangkutan mereka. Kita tidak mahu Kerajaan Pusat kehilangan sokongan Rakyat di luar bandar sekiranya ISBSF ditangguhkan sementara atau diberhentikan.

25 Bila 10 ADUN PAS Kelantan Akan Lompat Parti PAN?

Hari tu bukan main berlagak lagi Datuk Husam Musa bercakap bahawa beliau tidak gundah dan sedih jika dipecat dari PAS. Semalam apabila dipecat ahli PAS, beliau terus menangis.

Agak jiwang juga Datuk Husam Musa, pemimpin yang dikatakan pilihan Anwar Ibrahim sebagai gandingan untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri. Ini turut diakui oleh Saifuddin Nasution Ismail jika Pakatan Rakyat (PR=arwah) menang PRU ke-13 yang lalu.

Nasib baik PR tak menang. Kalau tidak mahunya Timbalan Perdana Menteri asyik-asyik hendak menangis sahaja apabila diserang oleh pihak lawan.

Apa khabar pula Pengerusi Parti Amanah Kelantan (PAN), Datuk Wan Rahim Abdullah? Pasti hari ini beliau sibuk hendak mengadakan Sidang Media. Al maklumlah, katanya dengan bongkak, bila Husam sudah dipecat, 10 ADUN PAS akan melompat masuk PAN. Rakyat sedang memerhati. Jangan parti PAN terpaksa tambah nama dengan TAT.




Kemaskini 1:30PM:



Walau bagaimanapun, pagi ini Datuk Husam Musa merasmikan Mesyuarat Agong Tahunan PAS Kwasan Kubang Krian.

May 5, 2016

87 Kesan El Nino Dari Hilang Keberkatan Kepada Tanda Kasih Sayang Allah

Bukan niat untuk mempertikaikan alim ulama apatah lagi seseorang yang dilantik menjadi Mufti sesebuah negeri. Penghormatan hendaklah secara semulajadi dan bukannya paksaan. Kalau alim ulama sendiri tidak tetap pendirian dalam sesuatu perkara, bagaimana pengikut hendak menerima pendapat.

Inilah yang terjadi kepada Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin atau terkenal sebagai Dr MAZA. Apabila bencana berlaku di negeri di mana beliau menjadi Mufti, komen beliau itu adalah teguran dan kasih sayang dari Allah. 

Apabila negara ditimpa bencana kapal terbang, banjir dan sebagainya beliau berkata itu adalah tanda kemurkaan Allah dan keberkatan yang hilang. Semua pemimpin beliau akan kritik melainkan Mantan Menteri Besar Perlis, DS Shahidan Kassim. Baginya rakan baik beliau, DS Shahidan Kassim adalah pemimpin paling baik dan soleh di dunia.

0 Menteri Pengangkutan Beri Amaran Sindikit Tonto Akan Dibanteras Habis-Habisan


Menteri Pengangkutan, DS Liow Tiong Lai berkata, sejak 26 April lalu 15 dalang dan ketua sindiket tonto yang berusia lingkungan 21 hingga 46 tahun telah diberkas dalam siri operasi di Selangor, Negeri Sembilan serta Perak. Operasi yang dikenali sebagai Op Cantas Khas Tonto merupakan kerjasama julung-julung kali antara Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membanteras kegiatan tonto. Dalam operasi ini, 13 buah kereta, tiga lori, 37 walkie talkie dan 13 telefon bimbit telah dirampas.

Menurut DS Liow, tujuan Op Cantas Khas Tonto diadakan adalah untuk memerangi dan melumpuhkan jenayah yang dilakukan sindiket tonto yang memberi ancaman kepada keselamatan awam. Sindiket tonto ini katanya melindungi dan memberi maklumat kepada pengusaha lori yang melakukan kesalahan membawa lebih muatan dan muatan berbahaya daripada ditahan oleh agensi penguat kuasa.

Tujuh suspek yang ditahan di­siasat di bawah Akta Pencegahan Je­nayah (POCA) manakala lima suspek lagi disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas. Menurut DS Liow, tonto bukan sahaja melindungi pengusaha yang melanggar peraturan jalan raya malah berupaya melakukan jenayah-jenayah lain termasuk merosakkan kenderaan awam, membuli, menyerang, menggugut serta cubaan memberi suapan kepada anggota penguat kuasa.

DS Liow memberitahu, jenayah yang dilakukan sindiket tonto mengakibatkan kerugian besar kepada negara meliputi aspek ketirisan hasil cukai negara dan kerugian bagi pembangunan semula kerosakan harta benda awam. Katanya, pemantauan yang di­buat terhadap kira-kira 2,000 lori lebih muatan yang dilindung tonto di sekitar Lembah Klang mendapati kenderaan berkenaan tidak mempunyai cukai jalan yang sah serta mengakibatkan ketirisan hasil cukai sebanyak RM12 juta setahun.

Jelasnya lagi, Jabatan Kerja Raya (JKR) menganggarkan kos yang perlu ditanggung kerajaan bagi membaik pulih kerosakan jalan raya akibat kenderaan membawa lebih muatan adalah RM100 juta setahun.

25 Jet Peribadi Rosak Dan "BlackOut" Pun Nak Salahkan Orang?




Tiada kelibat Tun Dr Mahathir di Kelantan semalam, hanya wajah Tun Dr Mahathir menghiasai layar putih di Kelantan menerusi 'Skype'. Kebanyakan pemimpin-pemimpin baik dari sebelah Kerajaan dan pembangkang menghabiskan masa di Sarawak sempena Pilihan Raya Negeri, Tun Dr Mahathir dan rombongannya menghabiskan masa berkempen di Semenanjung untuk Deklarasi Selamatkan Boboi ... maaf, Malaysia. 

Alasan yang diberikan atas ketidakhadiran Tun Dr Mahathir di Kelantan adalah kerosakan teknikal ke atas jet peribadi beliau. Sementara itu, Syed Saddiq Palladium seperti biasa menyalahkan pihak tertentu yang 'blackout' kan kawasan berkenaan kononnya untuk sembunyikan "kehadiran beribu-ribu orang" di situ. Kalau lihat gambar-gambar di atas memang beribu-ribu orang termasuk halimunan dan orang halus!


May 4, 2016

59 Peguam Negara Nafi Sudah Buat Keputusan Mengenai Kes Phang Li Koon



Peguam Negara, TS Mohamed Apandi Haji Ali membuat kenyataan bahawa sehingga kini Peguam Negara belum membuat apa-apa keputusan berkaitan kes melibatkan ahli perniagaan Phang Li Koon yang didakwa telah membuat kenyataan palsu di dalam suatu akuan berkanun yang melibatkan isu pembelian rumah banglo oleh Ketua Menteri Pulau Pinang. Katanya, ia masih dalam proses kajian dan tindakan Peguam Negara.

Laporan akhbar The Star dan New Straits Times Online masing-masing hari ini melaporkan bahawa Peguam Negara telah membuat keputusan untuk menutup siasatan melibatkan ahli perniagaan berkenaan. Malasahnya, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Ghafar Rejab yang membuat kenyataan berkenaan kepada pemberita merujuk kepada Pejabat Peguam Negara mana? 

Kalau mengikut laporan Free Malaysia Today, Datuk Abdul Ghafar Rejab berkata, "I was informed two days ago about this decision and hence the case is considered closed." Dua hari lepas bukankah cuti umum Tuan 'CPO of Penang'? Peguam Negara mana yang Tuan hubungi?


May 3, 2016

42 Portal Pembangkang Suara Rakyat Kantoi Fitnah DS Rosmah Mansor Tampil Minta Maaf


Pembangkang sememangnya sinonim dengan fitnah. Portal pembangkang, Suara Rakyat sekali lagi kembali dengan fitnah. Gambar tahun 2015 dimainkan semula kononnya DS Rosmah Mansor tidak mahu bersalam dengan warga emas kaum Bidayuh. CTS pernah membuat posting berkenaan perkara ini di sini

Jahatnya hati kotor pembangkang untuk memfitnah isteri Perdana Menteri bersempena Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak. Nasib baiklah sekarang kita ada Dr Google di mana kita boleh cari gambar lain di mana DS Rosmah Mansor telah bersalam dengan wanita berkenaan.

Apa yang berlaku sebenarnya, di dalam gambar di atas, DS Rosmah Mansor sedang mendengar penerangan berkenaan "ring lady" dari suku kaum Bidayuh di Kuching, Sarawak. Gambar di bawah pula ialah apabila DS Rosmah Mansor bersalaman dengan wanita berkenaan setelah selesai mendengar penerangan mengenai "ring lady".


Portal pembangkang ini mengambil satu gambar untuk membuat fitnah kepada isteri Perdana Menteri. Jahat sungguh agenda pembangkang. Apabila helah mereka terbongkar di media sosial, untuk mengelakkan malu dan mungkin disaman, portal pembangkang Suara Rakyat tampil meminta maaf seperti di bawah.

27 Lambang Tangan Parti AMANAH Berasaskan Illuminati?






Parti Amanah Negara (Amanah) sememangnya adalah satu parti yang tidak mempunyai identiti sendiri. Sebelum ini, parti berkenaan berdepan dengan masalah apabila logonya didakwa menyamai logo sebuah syarikat elektrik di Bangladesh iaitu Al Sarwar Electric Department, Dhaka dan juga mirip kepada logo Imayam TV di India. Baca di sini.

Terbaru, pemimpin-pemimpin Amanah telah memperkenalkan lambang tangan yang mirip dan seakan-akan lambang illuminati, sebuah organisasi rahsia Yahudi yang bergerak di bawah tanah, menjalankan segenap agenda Zionisme yang didasarkan pada ajaran Qabala, iaitu ordo rahsia Yahudi tertua yang telah berusia lebih kurang 4.000 tahun.

Lambang ini turut dipeloporkan oleh pemimpin Jerman yang terkenal Adolf Hitler. Lambang segitiga yang ujungnya menghadap ke atas, itu menggambarkan Bukit Zion di Israel. Kesimpulannya, lambang itu mencerminkan kehancuran peradaban Mesir Firaun dan bangkitnya peradaban Zionisme (Yudaisme).

May 2, 2016

25 Peringatan Untuk MB @AzminAli, Tempoh Anda Tinggal Di Sarawak Tamat Hari Ini

Peringatan buat Menteri Besar Selangor, DS Mohamed Azmin Ali, penerbangan terakhir keluar dari Sarawak hari ini adalah pada pukul 6.05 petang.

Berikut adalah panduan untuk DS Azmin menempah tiket MAS untuk keluar dari Sarawak disebabkan tempoh lawatan beliau ke Sarawak tamat pada hari ini.

DS Azmin jangan bertanya kenapa beliau dihadkan masuk ke Sarawak. Mulut langsung tidak dijaga. Sanggup mendakwa Kerajaan Negeri Sarawak hanya memberi air longkang dan parit percuma kepada Rakyat. Datang ke negeri orang buat kurang ajar.

Kalau selepas hari ini 2hb Mei, Azmin masih di Sarawak, beliau boleh dianggap sebagai Pendatang Tanpa Izin (PATI) dan boleh ditahan di Kem Simunja bersama PATI-PATI lain sebelum diproses dan hantar balik ke negeri asal.

May 1, 2016

26 3 Jambatan BN Buat Untuk Rakyat Sarawak Berbanding 'Jambatan' @LimGuanEng #PRNSarawak



Lim Guan Eng begitu berbangga sekali dengan 'jambatan' yang DAP bina untuk Rakyat Sarawak. Beliau lupa jambatan yang Kerajaan Barisan Nasional (BN) bina untuk kemudahan Rakyat Sarawak tidak wajar dibandingkan dengan titi yang dibinanya ibarat seperti melepas betuk di tangga.

Bagi yang tidak tahu, terlupa atau buat-buat tak tahu berikut adalah 3 jambatan yang telah dan sedang dibina oleh Kerajaan BN:

1. Jambatan Batang Sadong. Sepanjang 774 meter dan merupakan Jambatan terpanjang di Sarawak dan akan menjadi pelengkap kepada laluan dari Kuching ke Muara Tuang-Asajaya-Sadong Jaya- Simunjan dan Sebuyau tanpa perlu lagi menggunakan perkhidmatan feri. Kos pembinaannya bernilai RM230 juta. Kerja pembinaan telah pun bermula pada tahun 2012 dan kini telah 91.3% siap. Dijangka siap sepenuhnya pada Ogos ini.


2. Jambatan Batang Lupar - Projek pembinaan Jambatan Batang Lupar di sungai Batang Lupar, Sri Aman yang dianggarkan bernilai RM1 bilion. Pembinaan jambatan terpanjang di Malaysia ini juga akan menjadi sebahagian daripada manifesto Barisan Nasional menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11.

3. Jambatan Batang Samarahan - Tempoh pembinaan Jambatan Batang Samarahan akan memakan selama masa 3 tahun dan dijangka siap pada Januari 2018. 


Apalah sangat titi DAP berbanding jambatan-jambatan BN di Sarawak, kan?

14 Sambutan Luar Biasa Dialog Generasi Muda Bersama TSMY Sehingga Pintu Dewan Pecah

Jarang berlaku sambutan hangat diberikan kepada penganjur untuk program orang muda. Kalau diikutkan kepada jumlah 'like' yang diperolehi oleh fanpage Kelab Che Det, lebih 3,000 'like' telah diterima ketika Kelab Che Det mempromosikan acara ini.

Forum yang disertai oleh Syed Saddiq Palladium, Wan Ahmad Farysal yang terkenal dengan fitnah dan maki hamun di akaun Facebooknya kepada Kerajaan dan seorang lagi entah CTS pun tak kenal, mendapat sambutan di luar dugaan. 

Bersama tetamu istimewa TS Muhyiddin Yassin, majlis yang diadakan di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya dikatakan penuh dan padat dengan penonton sehinggakan pintu masuk pecah kerana terlalu ramai orang yang berasak-asak. Kenapa? Tak percaya? Ironinya, mereka buat program pasal masa depan, tapi di depan mereka tiada masa orang nak datang.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates