April 30, 2016

16 Calon DAP #PRNSarawak Berbohong Apabila Janji Bas Percuma Di Sarikei Dan Bitangor

Terdesak dan menyedari kemenangan semakin menjauhi, calon-calon DAP Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak berjanji bulan dan bintang. Calon DAP DUN Repoh dan Meradong, Yong Siew Wei dan Ting Tze Fui, berjanji untuk  menyediakan perkhidmatan bas percuma dari Sarikei dan Bitangor.

Semestinya apabila kedua-dua calon ini menang, mereka akan memberi alasan kami tidak menguasai Kerajaan Negeri. Oleh itu janji kami tidak dapat ditepati. Ironinya janji ini dibuat hanyalah umpanan untuk Rakyat di dua Dun ini mengundi mereka.

Hakikatnya, apa yang pelik ialah bila mana janji kedua-dua calon ini tidak termasuk di dalam manifesto DAP yang menyatakan akan menyediakan bas percuma hanya di Kuching, Miri, Bintulu dan Sibu, tidak di dalam kawasan Sarikei dan Bitangor.

Apakah kedua-dua calon ini akan menggunakan duit poket mereka sendiri untuk menyediakan pengangkutan percuma kalau mereka menang kelak? Ptuii ...

April 29, 2016

29 Kenapa DAP Perlukan Orang Luar Sebagai PACA Untuk #PRNSarawak ? Tiada Rakyat Sarawak Yang Berminatkah?

Kenapakah DAP perlu membawa masuk atau mengimpot petugas-petugas parti dari luar Sarawak terutamanya dari Semenanjung untuk bertugas sebagai PACA (Polling Agents and Counting Agents) pada hari mengundi 7 Mei nanti? Tidak cukupkah sokongan penduduk tempatan atau anak jati Sarawak?

DAP sudah kaya sekarang sehingga sanggup membelanjakan tiket kapal terbang pergi balik, penginapan dan makanan kepada orang luar Sarawak sedangkan anak Sarawak dianak tirikan. Apatah lagi pekerja PACA dijanjikan ikan empurau!

Satu kilogram ikan empurau di pasaran sekarang mencecah RM1,000. Ini belum termasuk kos untuk hidangan di restoren. Kenapa tidak semua kemewahan ini diberikan kepada Rakyat Sarawak atau DAP sendiri tidak mempercayai mereka?

Untuk rekod, Skyz Wong Yuee Harng adalah Pengerusi Publisiti Pemuda DAP Pulau Pinang yang juga Setiausaha Pemuda Bahagian Tanjung merangkap Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang merangkap bekas pembantu peribadi Ahli Parlinen Tanjung, Ng Wei Aik.

April 28, 2016

61 Calon DAP Bukit Assek Lupa Pengorbanan Kerajaan Negeri Sarawak Membantu Suami Ketika Sakit #BN4Sarawak


Terdapat pepatah Cina mengatakan, "apabila anda minum air, ingatlah mata air dari mana air tersebut mengalir." Apabila calon baru DAP DUN Bukit Assek, Irene Mary Chang Oi Ling, diistiharkan sebagai calon DAP di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, ramai yang terkejut.

Mana tidaknya, sewaktu suami beliau, Mantan ADUN Bukit Assek, Wong Ho Leng berada di dalam keadaan koma setelah dimasukkan ke Pusat Perubatan Rejang di Kuching, Sarawak untuk rawatan tumor otak, tiada pemimpin DAP datang membantu.

Sebaliknya, Pada 15 April tahun lalu, Kerajaan Sarawak mengumumkan akan menanggung sebahagian daripada kos rawatan Wong Ho Leng yang sedang menjalani rawatan di Singapura. Ketua Menteri, 

TS Adenan Satem berkata, bantuan kewangan itu diberikan kepada Wong Ho Leng adalah atas dasar kemanusian dan belas kasihan kerana dasar diamalkan kerajaan hanya akan membiayai kos rawatan ADUN yang menerima rawatan dalam negeri atau negara.

Kalau kita tidak boleh membayar balik jasa orang yang menolong kita, janganlah pula menggigit tangan yang memberi kita makan. Sememangnya baik pemimpin maupun pengikut DAP, mereka ini tidak pernah mengenang jasa.

April 27, 2016

92 Pengangkutan Sekolah Percuma Hanyalah Retorik DAP Untuk #PRNSarawak #BN4Sarawak


Pengangkutan Sekolah Percuma adalah salah satu retorik atau pembohongan yang cuba digula-gulakan sebagai salah satu janji manifesto DAP dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11. Hakikatnya, negeri yang diperintah oleh DAP di bawah Tokong Joseph Lim Guan Eng sendiri tidak pernah mewujudkan pengangkutan sekolah percuma sepanjang pemerintahan mereka di Pulau Pinang. Kalau DAP sebagai Kerajaanpun tidak mampu laksanakan pengangkutan sekolah percuma, bagaimana kita harapkan mereka dapat adakan perkhidmatan ini kelak hanya sebagai pembangkang di Sarawak?

Di Pulau Pinang, Kerajaan DAP hanya menyediakan pengangkutan bas percuma (BEST) dari Prai ke Komtar melalui Jambatan Pulau Pinang. Walau bagaimanapun, perkhidmatan ini pada awalnya diberikan secara percuma. Sekarang sudah dikenakan bayaran oleh Kerajaan Pulau Pinang. Janji percuma hanyalah umpan awal sahaja. DAP tidak boleh dipercayai.

April 26, 2016

48 Mimpi Ngeri Tokong Lim Di PRN Sarawak

Inilah mimpi ngeri yang melanda Tokong Joseph Lim Guan Eng semalam. Hanya 10 orang penyokong DAP datang untuk penamaan calon bagi DUN N75 Senadin di PRN Sarawak.

CTS pernah bertugas di sini dan DUN N75 Piasau dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lepas dan sambutan pada masa itu untuk parti DAP amat luar biasa. Kali ini jauh berbeza. 

Ini bakal menjadi satu kenangan pahit sepanjang hidupnya sebagai 'tokong'. Adalah diharapkan Rakyat Sarawak dapat menterjemahkan ini sebagai penolakan DAP di Sarawak.

27 Tidak Akur Dengan Perjanjian Sendiri Yang Dibuat, Pakatan Harapan Patut Dibubarkan!


Perjanjian ditandatangani pada 9 Januari 2016. Perjanjian telah dimungkiri pada 25 April 2016. Baru selepas 3 bulan 16 hari, perjanjian yang telah ditandatangani oleh Presiden PKR, Setiausaha Agung DAP dan Presiden Amanah telah dicabuli. Perjanjian apa? Baca Fasal 5: Perjalanan Pilihanraya para 5.2 seperti di atas yang menyatakan "Pakatan Harapan akan meletakkan satu calon sahaja untuk mewakili Pakatan Harapan di dalam sesuatu pilihanraya di mana-mana peringkat."

Semalam, Rakyat telah memerhatikan pertembungan 9 kerusi DUN Sarawak di mana PKR menentang DAP di dalam Pilihan Raya Negeri. Perjanjian yang ditandatangani oleh pembangkang tidak mempunyai apa-apa nilai dan tidak berharga. Bagaimana kita mengharapkan mereka ini akan menepati janji-janji mereka kepada Rakyat sedangkan perjanjian yang mereka buat sesama sendiri sekalipun mereka mungkiri?



12 Apa Salahnya Boboi Tidur Dalam Sidang DUN?

Saya tak nampak apa masalahnya kalau Mantan Menteri Besar Kedah, DS Mukhriz Mahathir, tidur atau tertidur di dalam Sidang DUN. Kita hendaklah berfikiran positif. Bukankah Malaysia sedang musim panas El Nino sekarang. Memanglah seronok tidur dalam dewan memandangkan ianya sejuk. Ada air-cord kan?

Lagi pun jangan marahkan DS Muhriz tidur. Beliau penat jelajah tabur persepsi negatif kepada Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak melalui Deklarasi Selamatkan Malaysia. Pengikut-pengikut beliau pasti terpana sejak semalam. Mana taknya, tidak berapa lama dulu mereka jugak yang menyebarkan gambar kononnya Menteri Besar Kedah, DS Ahmad Bashah tidur. Allah bayar tunai bukan?

April 25, 2016

11 DAP Ng Wei Aik Told PKR To Go To Hell

Ng Wei Aik is currently the Member of Parliament (MP) for Tanjong. He was previously Lim Guan Eng's Political Secretary. In Penang, he is well known as Lim Guan Eng's barking dog, nicknamed "Rottweiler". He is also known as YB Tong Gas.

And today he has these words for Azmin Ali and PKR, "Ask PKR go to hell". A very parliamentary remarks from him.

And if you are wondering what DAP Superman Hew Kuan Yau wrote, this is the translation,

"Keadilan is a bankrupt party, against PAS it is a yes man, against DAP it is a ferocious beast."

28 Pesta Lawan Sesama Pembangkang Di PRN Sarawak Ke-11 #BN4Sarawak


Proses penamaan calon di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 telahpun berakhir pagi tadi. 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) memperlihatkan pembangkang berlawan sesama sendiri. Senarai di atas perlu ditambah satu lagi kerusi DUN panas yang menjadi perebutan iaitu di Batu Kitang, pertembungan di antara PKR menentang DAP.

9 kerusi DUN, PKR menentang DAP.
5 kerusi DUN, PAS menentang PAN.
1 kerusi DUN, PAS menentang DAP.
2 kerusi DUN, PAS menentang PKR

Pakatan Harapan sudah menjadi Pakatan Haru Biru. Mereka sering mewar-warkan bahawa Pakatan Harapan adalah utuh, sedangkan PRN Sarawak membuktikan bahawa mereka adalah Pakatan Tak Ada Harapan. 16 DUN pun mereka tidak boleh sepakat, bagaimana mereka hendak memerintah Sarawak apatah lagi Malaysia?

Sementara itu, Barisan Nasional (BN) telah memperolehi dua DUN di hari pertama penamaan calon iaitu di N82 Bukit Sari (Parlimen Lawas) dan N79 Bukit Kota (Parlimen Limbang). Calon BN N82 Bukit Sari, Datuk Amar Haji Awang Tengahbin Ali Hassan dan calon BN N79 Bukit Kota, Dr Haji Abdul Rahman Haji Ismail distihar menang tanpa bertanding.

April 24, 2016

50 Desperado Betul Orang Kanan Tun Dr Mahathir Kutip Tandatangan Bersama Mak Lampir

Terdesak apabila Deklarasi Selamatkan Malaysia gagal mencapai jumlah yang diharapkan, orang kanan Tun Dr Mahathir, Khairuddin Abu Hassan terpaksa mengemis kepada Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Zakaria, yang terkenal di media sosial sebagai Mak Lampir untuk bersama-sama membantu mendapatkan apa yang dihajati.

Gambar-gambar di bawah adalah ketika 'walkabout' dilakukan di Pasar Ampang dan Komplek Muhibbah Ampang. Mereka kata mereka lakukan semua ini untuk menyelamatkan UMNO. Sedangkan mereka berpeluk dengan musuh untuk menjatuhkan pemimpin sendiri. Patutlah Allah masih tidak mengizinkan ianya berlaku.

17 Budak Pun Tau Sayang DS @NajibRazak










Perdana Menteri, DS Mohd Najib Tun Razak dan isteri, DS Rosmah Mansor sejurus tiba di Kuching hari ini terus melawat adik Mohd Addi Asyraaf Mohd Missbahuddin, 6 tahun, yang menghidap penyakit hati di Kampung Bintawa Tengah. Kisah adik Addi Asraaf mendapat tempat di laman sosial apabila beliau ingin sangat berjumpa dengan Perdana Menteri.

Ibunya Zurina Jamil, telah memuatnaik kisahnya di laman sosial Facebook sehingga mendapat 'share' yang begitu banyak sehingga memungkinkan pertemuan ini. Alhamdulillah termakbul juga hajat adik Addi Asyraaf penghidap penyakit hati atau nama saintifiknya 'Allagile Syndrome' sejak usianya mencecah tiga tahun.


5 Bukan Setakat Berebut Kerusi Bertanding, Maskot DAP Dan PKR Juga Tidak Sama #BN4Sarawak

Setelah menampakkan gabungan Pakatan Harapan di Sarawak tidaklah begitu erat ekoran wujudnya pertelagahan antara pemimpin mereka dan lebih teruk perebutan kerusi pilihan untuk ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ke-11, kini isu maskot juga menimbulkan ketidaksamaan citarasa.

Kalau sebelum ini kawasan seperti DUN Mambong, Simanggang, Tasik Biru, Murum dan Mulu menjadi punca pergaduhan di antara pemimpin DAP dan PKR kerana kedua-dua parti ingin bertanding di kawasan yang sama, hari ini PKR juga tidak mahu maskot yang digunakan oleh DAP menjadi maskot bersama mereka.

Inilah yang dikatakan tidur sebantal, mimpi lain-lain. PKR hari ini mengumumkan akan mengunakan maskot badak dan tidak mahu menggunakan maskot UBAH yang merupakan burung kenyalang yang digunakan oleh DAP sejak PRN lepas. Kita tunggu pula apa maskot yang digunakan oleh parti pengemis di dalam Pakatan Harapan iaitu PAN atau Amanah. Mungkin maskot labi-labi kot?
 
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates