April 23, 2016

0 Laluan Sambungan LRT Kelana Jaya Mula Beroperasi 30 Jun


Berita baik buat pengguna kemudahan pengangkutan awam di Lembah Klang. Laluan sambungan Transit Aliran Ringan (LRT) Kelana Jaya merupakan salah satu transformasi besar bagi perkhidmatan pengangkutan awam darat Malaysia. Laluan yang menghubungkan 13 stesen baru ini akan beroperasi sepenuhnya pada 30 Jun 2016.

Projek sambungan LRT Laluan Kelana Jaya - Putra Heights dengan jarak 17.4km yang dikendalikan oleh syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) itu merupakan salah satu transformasi besar bagi perkhidmatan pengangkutan awam darat Malaysia.

Perdana Menteri, DS Mohd Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2016 di Dewan Rakyat, mengumumkan projek sambungan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Ampang, dengan jarak 18.1 kilometer akan mula beroperasi pada Mac 2016. Sementara, projek sambungan LRT Laluan Kelana Jaya sehingga Putra Heights dengan jarak 17.4km pula, akan mula beroperasi sepenuhnya pada pertengahan 2016. Kedua-dua projek sambungan berkenaan menelan belanja RM10 bilion.

Perdana Menteri berkata demi keselesaan penduduk di kawasan bandar, sistem pengangkutan awam yang efisien sedang rancak dibangunkan. Ini semua dilaksanakan dengan peruntukan yang besar kerana Kerajaan mahu memudahkan kehidupan rakyat di kawasan bandar.

Syabas dan tahniah buat seluruh agensi-agensi yang terlibat di dalam melaksanakan projek tersebut untuk Rakyat seperti Prasarana, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan sudah tentu kerajaan Malaysia di bawah pimpinan DS Mohd Najib Tun Razak yang begitu komited untuk membangunkan perkhidmatan pengangkutan awam negara menjadi lebih baik, terurus dan efisyen.

0 Apakah Langkah Yang Diambil Oleh Pembekal McDonald's Malaysia Untuk Atasi Ayam Bermasalah?



Buat yang mengikuti artikel di blog ini, CTS telah menulis satu posting mengenai kilang pemprosesan ayam sebagai pembekal McDonald's Malaysia iaitu Dindings Poultry Processing Sdn Bhd (DPP) yang terletak di Sitiawan, Perak. Baca di sini. Kilang pemprosesan yang menjalankan aktiviti seperti penyembelihan dan pembersihan diuruskan oleh DPP sementara aktiviti ternakan pula dikendalikan oleh Dindings Poultry Development Centre Sdn Bhd (DPDC). Kedua-dua DPP dan DPDC ini merupakan syarikat dibawah kumpulan Malayan Flour Mills Berhad (MFM).

Terdapat persoalan tentang bagaimana pihak kilang pembekal menyekat serta menangani isu-isu seperti wabak penyakit, permasalahan-permasalahan semasa membabitkan produk keluarannya. Untuk makluman, sekiranya wabak penyakit atau permasalahan melanda ayam ternakan di reban DPDC maka pihak syarikat akan mengambil langkah mengutamakan keselamatan pelanggan dan mengurangkan risiko kerugian. Ini bermakna kesemua ayam yang ditempatkan di reban terbabit akan dihapuskan serta-merta walaupun penyakit yang menimpa produk mereka boleh diubati.

Walau bagaimanapun, MFM menegaskan bahawa peratus kemasukan wabak penyakit atau permasalahan membabitkan produk keluaran ladang mereka adalah sangat rendah. Ini kerana kilang-kilang mereka memiliki ciri-ciri keselamatan yang begitu baik dan selamat. Tidak cukup dengan itu, badan-badan penguatkuasa yang terlibat seperti Jabatan Veterinar dan agensi-agensi kerajaan yang lain turut memantau segala operasi kilang sebelum menerima sijil-sijil kelayakan mahupun pengesahan tertentu. 

Sekiranya DPP memiliki sijil antaranya ISO - Sistem Pengurusan Kualiti dan Sistem Pengurusan Keselamatan Makanan, DPDC pula dirujuk berdasarkan pada pensijilan MyGAP (Malaysian Good Agricultural Practices). MyGAP adalah penjenamaan semula Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM), Skim Amalan Ladang Ternakan (SALT) dan Skim Pensijilan Ladang Akuakultur Malaysia (SPLAM). Ia juga merupakan skim pensijilan yang komprehensif untuk sektor tanaman, akuakultur dan ternakan.

Dalam perkembangan berkaitan, cuaca panas El Nino yang melanda negara ketika ini menjejaskan beberapa industri termasuk pertanian dan penternakan. Kurangnya pengeluaran produk-produk yang menjadi keperluan masyarakat tempatan dan antarabangsa. Aktiviti import / eksport juga turut terjejas. Belum lagi dikira kerugian yang menimpa mereka apabila tumbuhan, pokok mahupun haiwan ternakan mati akibat cuaca panas melampau.

Haiwan ternakan seperti ayam juga tidak terkecuali daripada berdepan El Nino. Sehinggakan ia disebut di dalam persidangan Dewan Negara oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, DS Ahmad Shabery Cheek. Kata DS Ahmad Shabery, cuaca panas yang melanda negara kini menyebabkan ayam mengalami 'stress' yang menyebabkan proses pembesarannya terbantut.

Berbeza dengan kilang pembekal McDonald's, ianya bukan lagi reban berdindingkan papan yang terdedah dengan persekitaran terbuka. Sebaliknya ia dilengkapi dengan teknologi-teknologi canggih dilengkapi dengan kipas bagi memastikan suhu dalam reban kekal sejuk mengikut keperluan. Oleh yang demikian, masalah 'ayam stress' tidak memberi kesan langsung kepada bahan mentah restoran popular McDonald's.

Ternyata pilihan DPP dan DPCC sebagai kilang dan pembekal pilihan pembekal ayam kepada restoren McDonald's sejak tahun 2012 ini adalah pilihan tepat, memandangkan syarikat ini mematuhi piawaian yang ditetapkan, tahap kebersihan tinggi, patuh syariah dan halal serta faktor kesegaran bahan mentah sememangnya menepati kehendak McDonald's Malaysia.

30 Setelah @NgaKorMing Hina Sarawak, Berani Dia Tanya Kenapa Tidak Dibenarkan Masuk Sarawak? #BN4Sarawak

Terbaru, Pengerusi DAP Perak merangkap Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming disekat masuk ke Sarawak oleh pegawai imigresen selepas beliau tiba di Lapangan Terbang Sibu petang tadi. Malah beliau berani mempersoalkan tindakan Ketua Menteri Sarawak, TS Adenan Satem yang kononnya menyalahgunakan kuasa imigresen dengan menyekat pemimpin parti pembangkang berkempen di negeri itu.

Mungkin Nga Kor Ming terlupa bahawa beliau banyak membuat provokasi ke atas pemimpin dan Rakyat Sarawak. Antaranya, beliau pernah memfitnah Ketua Menteri Sarawak sebagai sebagai berkata "balik tongsan cina babi". Beliau juga pernah memuat naik gambar pelajar di negara jiran berjalan meniti titian usang untuk ke sekolah dan memfitnah keadaan tersebut berlaku di pendalaman Sarawak. Orang ini memang tidak layak masuk ke Sarawak. Noktah!

April 22, 2016

1 Lapangan Terbang Miri Akan Dibesarkan Dan Dinaiktaraf #BN4Sarawak

Menteri Pengangkutan, DS Liow Tiong Lai hari ini dalam rangka Lawatan Kerja sehari ke Lapangan Terbang Miri (LTM). DS Liow di dalam ucapan beliau menyatakan bahawa Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pengangkutan telah menyenaraikan Projek Cadangan Pembesaran Dan Menaiktaraf LTM dengan anggaran kos berjumlah RM285 juta.

Pembesaran dan menaiktaraf LTM terdapat di dalam Senarai Keutamaan Permohonan Projek Baharu bagi Rolling Plan 1 tahun 2017, di bawah Rancangan Malaysia ke 11. Projek LTM Miri ini membuktikan bahawa Kerajaan Pusat di bawah pimpinan Perdana  Menteri, DS Mohd Najib Tun Razak tidak pernah meminggirkan Sarawak di dalam arus pembangunan negara.

Turut hadir di dalam majlis ini adalah calon N75 Senadin Dato Lee Kim Shin, Datuk Sebastian Ting, Dato Chua Kok Ching dan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, DS Azharuddin Abdul Rahman.

47 Hebat Tok Mat Basha Kerja Haji Jumaat, Kalau Boboi Dah Ada Di KL Sudah

Alhamdulilah selesai sudah majlis penyerahan van jenazah di Taman Wira Mergong oleh DS Ahmad Bashah di Masjid Taman Wira Mergong. Tidak perlu memakai jubah Arab bagai untuk hadir di majlis di masjid. Kalau dilihatkan pemakaian Menteri Besar baru amat bersahaja dan tidak berlebih-lebih.

Apa yang peliknya adalah hari ini Hari Jumaat. Menteri Besar masih lagi bekerja di hari cuti. Kalau sebelum ini, Mantan Menteri Besar pastinya sudah bercuti dan berada di Kuala Lumpur untuk bersama-sama keluarganya. Kesimpulannya, nak jadi Menteri Besar Kedah, hari Jumaat di Kedah, buat program dengan Rakyat. Bukan hari Rabu petang dah naik Firefly pi Kuala Lumpur.

7 Kempen #PRNSarawak Belum Bermula, Calon N55 Nangka Sudah Difitnah Malaysiakini #BN4Sarawak


25 April ini adalah tarikh yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebagai Hari Penamaan Calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke 11. Namun, Malaysiakini telah menjalankan tanggungjawab mereka sebagai kaki fitnah dan kaki adu domba terhadap calon-calon Barisan Nasional (BN) Sarawak.

Semalam, calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N55 Nangka, Dr Annuar Rapaee telah diputar belitkan kenyataan beliau yang kononnya beliau bersifat perkauman. Pembangkang sedar salah satu strategi kempen di Sarawak untuk melemahkan BN adalah dengan membawa isu perkauman sempit ke dalam PRN Sarawak. Bacalah kenyataan Dr Annuar Rapee mengenai fitnah yang dilemparkan Malaysiakini seperti di bawah.
CLARIFICATION 
I have told the Muslims in the seminar that we Muslims in Sarawak should be thankful because other races are willing to support us because we are fair to others and we have been governing this country together well. Therefore I urge the Muslims to continue supporting Adenan as CM.  But what was published in Malaysiakini was different. 
Words was spinned in such a manner that I was made to be liked a racist. In actual fact I was giving an advice specifically to the Muslims to support Adenan whose acceptance rating was reported to have reached a high 81% from all races. Being Muslims we should be grateful that we are able to blend well with other races. 
Thus this harmony and tolerance need to be maintained.  In fact I have clarified to Malaysiakini reporter when she asked me questions but she seem to prefer to be deaf. And I told her that only racist see others as racist. As a result what was explained was not published.  
DR ANNUAR RAPAEE
Ini adalah wajah wartawan Malaysiakini yang ditugaskan untuk memutar belit  semua kenyataan daripada calon BN di Sarawak. Diharap calon-calon BN akan lebih berhati-hati.


April 21, 2016

1 Kerajaan Kaji Langkah Sistematik Mudahkan Majikan Ambil Pekerja Asing - Dr Wee Ka Siong

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri DS Dr Wee Ka Siong berkata Kerajaan kini sedang merangka langkah sistematik bagi memudahkan majikan mengambil pekerja asing melalui program penggajian semula. Dr Wee berkata demikian kepada media selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman Skim Pinjaman Khas Penduduk Kampung Baru Cina, semalam.

Beliau berkata kerajaan menerima rungutan daripada pihak persatuan industri yang berhadapan dengan kekurangan pekerja berikutan pembekuan pengambilan pekerja asing sejak Februari susulan pelaksanaan program penggajian semula pekerja asing itu. Dr Wee berkata pihak yang sebelum ini mahu pengambilan pekerja asing dibekukan kini merayu kepada kerajaan agar mempertimbangkan semula arahan itu setelah merasai kesannya selepas dua bulan.

Dr Wee menambah, salah satu sebab mengapa pembekuan dilakukan oleh Kerajaan adalah kerana ada permintaan pihak yang sama mengatakan tidak perlu kepada pengambilan pekerja asing. Kerajaan katanya telah berdialog dengan pelbagai persatuan dan masing-masing merayu kepada kerajaan untuk mempertimbangkan semula keputusan pembekuan pekerja asing.

Dr Wee berkata kerajaan telah melihat perkara tersebut dari segi kesannya kepada ekonomi yang mana terdapat sektor terutamanya berorientasikan eksport dan produktiviti yang terjejas. Kerajaan kini katanya sedang memikirkan cara untuk menangani isu ini, kerana ada tempat yang perlukan 200 pekerja, tetapi tidak tahu bagaimana mahu mencarinya melalui program penggajian semula ini,

Katanya kerajaan menjangka terdapat lebih 1.7 juta pekerja asing tidak sah di negara ini, namun setakat ini hanya 55,000 pekerja asing yang terlibat dalam program penggajian semula itu. Dr Wee berkata Timbalan Perdana Menteri, DS Dr Ahmad Zahid Hamidi telah diberi mandat oleh Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak untuk meneliti semula program tersebut agar lebih sistematik dan memudahkan majikan mendapatkan tenaga pekerja asing.

Dr Wee menambah, kerjasama secara kolektif diperlukan dalam membuat keputusan berkenaan isu ini melibatkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Unit Perancang Ekonomi bagi mengkaji kesan program itu kepada ekonomi negara di samping langkah pengawalan yang ketat. Kerajaan katanya tidak mahu mengimport terlalu banyak pekerja asing, yang mana kesannya nanti buruh dari program penggajian semula tidak ada kerja dan ini juga akan membawa masalah kepada negara.

27 Stupid MP Tanjung Blame TS Adenan Satem For His Unwell Condition #BN4Sarawak


Loyal Tokong assistant and now DAP Member of Parliament (MP) for Tanjung just told the Chinese media that he blames Sarawak Chief Minister, Adenan Satem for suddenly feeling unwell and  having to be urgently admitted to the hospital.

He says it is because Adenan banned a few of his colleagues from entering Sarawak so he has to fly there more and hence got sick.

This is the same MP who is famous for saying no floods in Penang anymore after DAP had solved 40 years of flooding in 9 months and then mere months later Penang badly flooded again.

This is the same guy who refused to pay RM10 parking and asking to see management.

And the same guy who said that Tokong is not to be blamed for buying the undervalued house as he is accountant and not valuer.

Why do DAP have such funny leaders?

Refer to the Chinese newspaper, here.

April 20, 2016

5 Suntikan Dana Baharu RM20 Juta Bagi Skim Pinjaman Khas Penduduk Kampung Baru Cina


Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, DS Dr Wee Ka Siong berkata sebanyak RM20 juta suntikan dana baharu akan disalurkan kepada Bank Simpanan Nasional (BSN) pada tahun ini bagi Skim Pinjaman Khas Penduduk Kampung Baru Cina (PKBC). Dana baharu itu diberikan susulan sambutan menggalakkan terhadap program PKBC dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) yang lepas.

Program ini kata Dr Wee bertujuan untuk membantu penduduk Kampung Baru mendapatkan pinjaman mudah dengan kadar faedah yang rendah berasaskan baki bulanan dalam membayar bayaran premium tanah, membiayai aktiviti perniagaan mikro dan menaik taraf rumah.

Kerajaan telah menyalurkan peruntukan berjumlah RM100 juta kepada BSN untuk melaksanakan Skim Pinjaman Khas itu sepanjang RMK10, katanya kepada media selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman Skim Pinjaman Khas Penduduk Kampung Baru Cina di Putrajaya, hari ini.

Menurut Dr Wee, disebabkan sambutan yang amat menggalakkan dan kadar hutang tidak berbayar yang rendah, program ini diteruskan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 bagi memanfaatkan lebih ramai penduduk Kampung Baru khususnya mereka yang berada dalam golongan B40. Dr Wee berkata penduduk Kampung Baru Cina yang berkelayakan boleh mendapatkan maklumat lanjut daripada BSN berdekatan berhubung skim berkenaan mulai 1 Mei tahun ini.

24 15,000 Hadir Ceramah @LimGuanEng Di Kuching #BN4Sarawak


video

Lim Guan Eng yang terpalit isu skandal Banglo Tanpa Kolam Renang dan isu skandal rasuah Taman Manggis 2 menjejakkan kaki untuk berceramah berceramah di Kuching, Sarawak. Siapa kata kehadiran penonton tidak ramai?

Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP, pembeli rumah banglo di Jalan Pin Horn sedang menerangkan hal kepada hampir 15,000 orang di Kuching tentang bagaimana cara untuk membeli rumah banglo di bawah harga pasaran. Biasalah standard Ketua Menterikan mestilah ramai.

Antara faktor yang perlu diambil kira adalah pastikan banglo tersebut tidak mempunyai kolam renang dan mempunyai Feng Shui yang tidak baik. Abaikan pemakai baju merah di dalam video berkenaan kerana mereka itu ahli DAP. Sejak bila DAP berminat dengan kumpulan baju merah pimipinan Dato Jamal Yunos?

April 19, 2016

31 Selamatkan Sarawak Pulak Dah! Yang Pasti Seperti Biasa PKR Minta Derma #BN4Sarawak




Agak melucukan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini apabila PKR mengemukakan tema 'Selamatkan Sarawak'. Tidak habis-habis PKR dengan tema 'selamat'. Tidak pastilah apa yang Rakyat Sarawak tidak selamat. Yang pasti Anwar Ibrahim sudah selamat di dalam Penjara Inn, Sungai Buluh.

Kalau betul hendak selamatkan Sarawak, kenapa perlu untuk meminta derma dari orang-orang yang kita hendak selamatkan. Walaupun nilai RM26 mungkin kecil bagi sesetengah orang, kalau Rakyat Sarawak boleh menderma untuk tabung kempen, pastinya mereka hidup tidak dalam keadaan susah dan tertekan di Sarawak bukan? Untuk apa mereka hendak diselamatkan lagi? 

Cuba lihat antara apa yang telah dan sedang Barisan Nasional berikan kepada Rakyat Sarawak seperti dalam poster-poster di bawah. Perlukah Rakyat Sarawak diselamatkan?




0 Kenali Kilang Pemprosesan Ayam McDonald's Malaysia, Dindings Poultry Processing Sdn Bhd


Pastinya kita tertanya-tanya pihak manakah yang menjadi pembekal daging ayam yang bermutu tinggi dan patuh kepada hukum syarak serta halal kepada McDonald's Malaysia selama ini. Untuk makluman, kilang khas untuk menternak dan memproses ayam sebelum dipasarkan ke restoran-restoran McDonald's di seluruh Malaysia terletak di Sitiawan, Perak dikenali sebagai Dindings Poultry Processing Sdn Bhd (DPP).

Kilang ini menggunakan teknologi moden sepenuhya dari penternakan sehingga penyembelihan yang mana mematuhi hukum syarak dan halal. Pusat ternakan DPP dilengkapi dengan teknologi canggih yang mana dinding-dinding bangunan mempunyai kipas bag memastikan suhu dalam reban kekal pada sekitar 25-29 darjah celcius. Udara di dalam pusat ternakan ini sentiasa ditukar ganti setiap masa.


Untuk memasuki kilang DPP, semua pelawat dikehendaki meninggalkan barang-barang logam dan memakai pakaian yang dikhaskan. Pelawat juga dikehendaki mencuci tangan. Kesihatan pelawat amat dititik beratkan. Sekiranya pelawat tidak sihat, beliau tidak akan dbenarkan masuk. Setiap pergerakan pelawat akan dipantau dengan ketat supaya pelawat sentiasa peka dengan  undang-undang yang telah ditetapkan.

Peraturan yang sama turut dikenakan di tempat ternakan dan penyembelihan. Suasana di tempat penyembelihan amat bersih. Tiada langsung bau ayam, darah mahupun najis ayam seperti mana yang selalu kita temui di tempat-tempat penyembelihan ayam seperti di pasar. Di DPP semuanya dipantau agar sentiasa dalam keadaan bersih.

Di pusat penyembelihan ini, hanya 18 orang pekerja sahaja yang berkhidmat untuk menyembelih. 18 orang pekerja ini akan dipecahkan mengikut 5 orang satu kumpulan. Setiap kumpulan bekerja akan menyembelih sekitar 3,500 ekor ayam. Selepas selesai 3,500 ekor, mereka akan bertukar syif 5 orang lagi untuk mengambil alih tugasan. Setiap hari purata 18 orang penyembelih ini akan menyembelih dalam lingkungan 80,000-85,000 ekor ayam.

Setiap penyembelih dipastikan mempunyai kelayakan sijil untuk menyembelih yang diperakui oleh Jabatan Agama Islam Negeri agar penyembelih mematuhi syarat penyembelihan mengikut hukum syarak. Jabatan Agama Islam Negeri juga kerap melakukan pemeriksaan mengejut untuk memantau operasi penyediaan ayam mentah ini.

Pisau yang digunakan oleh penyembelih juga akan diganti setiap enam bulan bagi mengawal kualiti. Disebabkan oleh kawalan kualiti, kebersihan dan kepatuhan kepada hukum syarak yang begitu tinggi, tidak hairanlah DPP mendapat kepercayaan McDonald's Malaysia untuk pembekalan ayam kepada rangkaian restoren berkenaan di seluruh Malaysia sejak 2012 lagi.




April 18, 2016

60 SPRM Sudah Jumpa Lim Guan Eng, Pandainya Ketua Menteri Main Wayang


Barulah saya faham apabila Ketua Biro Undang-Undang DAP, Gobind Singh Deo, memberitahu bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Guan Eng untuk memberi keterangan yang dijangka minggu depan. Baca di sini

Minggu depan dalam konteks di sini sudahpun berlalu dua minngu yang lepas. Semalampun SPRM mengulangi perkara yang sama iaitu ingin berjumpa dengan Lim Guan Eng. Baca Utusan Malaysia hari ini.


Rupa-rupanya betullah SPRM telah berjumpa Lim Guan Eng hari ini. Bukan setakat berjumpa secara berdepan, malah bersalaman di atas pentas yang sama, kononnya untuk menandatangani ikrar intergrati korporat. 

SPRM diwakili oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, DS Haji Mustafar Haji Ali. DS Mustafar khabarnya semalam di Pahang, hari ini beliau berbesar hati untuk hadir di majlis di Pulau Pinang.

Persoalannya, sejak bila Kerajaan DAP Pulau Pinang mempunyai intergriti? Bolehkan kita percaya bahawa SPRM akan bertindak adil di dalam menjalankan siasatan ke atas skandal Taman Manggis 2 dan Banglo Tanpa Kolam Renang? 

Maaflah SPRM, sebagai Rakyat yang prihatin tidak dapat rasanya kami mendengar nasihat daripada SPRM untuk menutup mulut dari membicarakan kes ini.

SPRM sepatutnnya lebih arif dan mengelakkan diri dari majlis-majlis sebegini dengan pihak yang sedang disiasat. Ia menyebabkan rakyat mempersoalkan kredibiliti dan integriti SPRM. Itupun nak kena ajar?

0 Pilihlah Bas Sekolah Yang Dilindungi Skim Insurans Murid Sekolah SPAD Untuk Keselamatan Anak-Anak Kita

Skim Perlindungan Insurans Murid-Murid Sekolah SPAD adalah skim perlindungan insuran kemalangan berkelompok takaful untuk murid-murid sekolah yang bersekolah di sekolah-sekolah berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia dan menaiki bas-bas sekolah yang berlesen dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).

Sejak pengumuman Bajet 2013, kerajaan telah mengambil berat akan keselamatan murid-murid sekolah yang menaiki bas ke sekolah berikutan kualiti bas sekolah yang kurang memuaskan. Sebagai satu titik permulaan untuk mentransformasikan industri bas sekolah, skim perlindungan ini disediakan bagi membantu murid atau keluarga pelajar bagi menghadapi keadaan yang tidak diduga.

Sejumlah 16,525 bas sekolah yang didaftarkan di bawah skim insurans berkenaan di seluruh negara setakat ini. Semua bas sekolah yang didaftarkan di bawah skim insurans SPAD itu akan dibekalkan dengan pelekat khas 'Bas Sekolah Ini Dilindungi oleh Skim Insurans Murid-murid Sekolah Bas' bagi memudahkan ia dikenal pasti.

Pelekat itu juga bagi memudahkan ibu bapa mengenal pasti dan memilih bas sekolah yang berdaftar sahaja demi keselamatan anak-anak mereka pergi dan pulang dari sekolah. Selain itu, SPAD juga akan membina sistem pemeriksaan status bas sekolah yang boleh dibuat melalui laman web dan juga SMS (khidmat pesanan ringkas) untuk memudahkan ibu bapa, pihak sekolah, pelajar dan orang awam menyemak status bas sekolah melalui nombor pendaftaran bas berkenaan.

Skim perlindungan insurans kemalangan berkelompok itu ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan bagi menghadapi keadaan tidak diduga penumpang yang menaiki bas sekolah. Maklumat lanjut mengenai Skim Insurans Murid Sekolah SPAD boleh dirujuk di laman rasmi SPAD, di sini.

0 McDonald’s Taja Biasiswa Pembelajaran Kepada Ecah


Masih ingatkah lagi dengan seorang pelajar, Siti Nuraisyah Sahrin, 13 tahun, yang kehilangan sepasang kakinya akibat putus putus selepas digilis sebuah lori di Parit 16, Sungai Panjang, Sabak Bernam, Januari yang lalu. 

Kejadian dikatakan berlaku apa­bila pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Terap itu bersama kakak tirinya, Shamin Amirah Roslan, 14, dalam perjalanan pulang ke rumah dari sekolah. Kedua-dua pelajar itu menunggang motosikal untuk pulang ke rumah mereka di Parit 16.

Semenjak kemalangan tersebut, pelbagai pihak tampil menghulurkan bantuan kepada pelajar berkenaan. Tidak terkecuali dengan syarikat rangkaian restoren makanan segera, McDonald's Malaysia. Walaupun perbagai tuduhan dilemparkan kepada McDonald's Malaysia, syarikat berkenaan tidak pernah melupakan insan-insan yang tidak bernasib baik. Ini dizahirkan melalui aktiviti-aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan di bawah Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat berkenaan.

McDonald's Malaysia melalui badan kebajikan di bawah naungannya, Persatuan Kebajikan Ronald McDonald’s (RMHC) Malaysia semalam telah menawarkan biasiswa pembelajaran selama lima tahun kepada Siti Nuraisyah Syahrin atau lebih mesra dengan panggilan Ecah, 13.

Menurut jurucakap McDonald’s Malaysia, pihaknya menawarkan biasiswa berjumlah RM5,000 untuk membiayai pembelajaran remaja itu daripada tingkatan satu hingga tingkatan lima. Biasiswa ini diberikan sebagai suntikan semangat kepada Ecah yang kehilangan kedua belah kaki­nya dalam tragedi yang sangat tragis. Selain itu, McDonald’s Malaysia turut berbesar hati mengambil Ecah sebagai anak angkat syarikat itu.

Sebagai motivasi kepada Ecah, McDonald's turut menyumbangkan wang tunai berjumlah RM2,000, buku-buku rujukan dan ulang kaji bernilai RM300 serta baucar tunai McDonald’s untuk setahun bernilai RM400.

April 17, 2016

51 Antara Pesta Air Ala Songkran Di Pulau Pinang Dan Ceramah Dr Zakir Naik Di Bukit Jalil




Di kala kawasan Utara mengalami cuaca panas dan kekurangan air sehingga Perlis terpaksa mencatu air, pada masa yang sama pula Kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang semalam telah meluluskan acara 'The Largest Water Splashing Festival' yang diadakan di Penang Times Squares. Acara yang kononnya meraikan pesta Songkran dengan percikan air berkenaan bermula dari jam 7.30 malam hingga 10.30 malam. 

Ketika pesawah terpaksa menahan kesedihan disebabkan sawah-sawah tidak dapat diusahakan dan ketika Umat Islam di sana sini menunaikan Solat Hajat Istiqa untuk memohon hujan turun, pada masa yang sama Kerajaan DAP Pulau Pinang boleh membiarkan pesta pembaziran air berlangsung. Sepatutnya kerajaan DAP Pulau Pinang menghormati masalah kekurangan air.




Pada masa yang sama semalam, sedang berlangsung program Dr Zakir Naik, pendakwah terkenal dari India yang sedang menyampaikan ceramah dan soal jawab melebihi 5 jam sehingga pukul 2.30 pagi semalam. Puluhan ribu manusia memenuhi Stadium Hoki Bukit Jalil. Puluhan ribu datang bukan untuk berseronok tetapi mendengar penjelasan ilmiah dan saintifik tentang kebenaran Al Quran. 

Stadium dipenuhi dengan lautan manusia. Dijamu dengan ilmu dan fakta oleh pendakwah unik Dr Zakir Naik. Program seperti inilah yang perlu diperbanyakkan di negara kita. Bukannya pesta air ala Songkran yang disediakan oleh Khalifah Lim Guan Eng.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates