April 9, 2016

0 Caj Permit Masuk Kenderaan (VEP) Ke Atas Kenderaan Asing Akan Dilaksanakan Tahun Ini



Menteri Pengangkutan, DS Liow Tiong Lai memaklumkan caj permit masuk kenderaan (VEP) ke atas kenderaan asing yang memasuki negara ini dari Singapura akan dilaksanakan pada tahun ini, selepas beberapa kali tertangguh. 

Kata beliau, caj berkenaan akan dilaksana­kan selepas beberapa masalah teknikal diselesaikan. Beliau menambah Malaysia juga menerima sokongan dari Singapura berhubung pelaksana­an caj tersebut.

VEP yang sepatutnya dilaksanakan pada tahun lalu dijangka dapat menyelaras, menyuraikan dan menyeragamkan sistem lalu lintas di pintu masuk antara Johor dan Singapura kerana lebih sistematik berbanding sebelum ini.

Buat masa ini, kereta dari Singapura datang ke Malaysia tidak mempunyai sebarang rekod. Oleh kerana itulah kenderaan yang melakukan sesuatu kesalahan di Semenanjung Malaysia adalah bebas daripada perlu membayar saman. 

Malah kenderaan yang berdaftar di Singapura ini masih bebas memasuki negara ini. Dengan perlaksanaan VEP kelak, semua kenderaan yang datang ke negara ini dari Singapura mesti didaftarkan dan sebarang pergerakan kenderaan asing dapat dikawal oleh penguatkuasa Malaysia.

25 Berapa Kali Deklarasi 'Mahathir-Lim Kit Siang' Mau Gagal? Semalam Di Langkawi, Hari Ini Di Kuala Lumpur

Walaupun dengan kedatangan pemidato-pemidato hebat pembangkang seperti Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dr Afif Bahardin, Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong, Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dan Pendebat Terbaik Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Himpunan Deklarasi Rakyat hari ini ternyata gagal.

Seperti mana gagalnya Himpunan Deklarasi Rakyat yang diadakan di Langkawi semalam oleh Datuk Padukang Khairuddin, himpunan hari ini di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru juga gagal apabila hanya 40-50 orang saja yang hadir.

Lebih mengaibkan apabila dalam setiap ucapan yang disampaikan, pemidato-pemidato yang hadir turut merayu golongan belia untuk menandatangani Deklarasi Rakyat sambil menjelaskan sambutan yang diterima setakat ini tidak begitu menggalakkan.

April 8, 2016

72 Ceramah Datuk Padukang Di Langkawi Mendapat Sambutan Hangat

Semenjak dua menjak ni, beliau adalah merupakan orang kanan dan Ketua Panglima kepada Tun Dr Mahathir selain dari Ainina Saaduddin yang merupakan wirawati kepercayaan Mantan Perdana Menteri. Beliaulah insan yang dipertanggungjawabkan untuk mengadakan ceramah di seluruh negara memberitahu 'penyelewengan' dan 'salah laku' yang dilakukan oleh Perdana Menteri, DS Mohd Najib Tun Razak. Beliau adalah Khairuddin Abu Hassan. 

Ceramah beliau di Langkawi mendapat sambutan hangat. Diberitakan kedatangan penonton melangkaui pemikiran sehingga bersesak-sesak penonton hingga ke luar dewan. Jadi tidak hairanlah kenapa Khairuddin Abu Hassan yang mempunyai jangka hayat muflis tidak sampai setahun mendapat kepercayaan daripada Tun Dr Mahathir.

0 Yang Klasik! Yang Hangat! Yang Gempak! Hanya Di McDonald's



Adakah anda masih ingat saat pertama kali anda berkunjung ke McDonald’s? Ataupun kenangan menikmati hidangan McDonald’s pertama anda? Keriangan zaman kanak-kanak ataupun remaja dan membesar bersama McDonald’s semestinya menggamit memori indah. Sesungguhnya, keseronokan dan kepuasan tidak mengenal faktor usia.

Teristimewa untuk anda, McDonald’s Malaysia pada 05 April 2016 yang lepas telah melancarkan satu sessi 'makeover' khas untuk kesemua koleksi burger ayam yang ada iaitu McChicken, Spicy Chicken McDeluxe dan Grilled Chicken Burger atau lebih dikenali sebagai GCB. Tiga kegemaran, tiga pengalaman unik yang pastinya mengamit memori untuk sentiasa berkunjung ke restoren kegemaran sekeluarga.


‘Yang Klasik’!

McChicken diberi jolokan yang klasik kerana ianya melambangkan jenama McDonald’s itu sendiri yang telah sekian lama bertapak di Malaysia. McChicken adaah antara menu burger paling awal diperkenalkan. Ianya sememangnya menjadi pilihan nombor satu pelanggan dengan keenakan daging ayam, roti ban yang lembut, ditambah pula salad dicincang dan juga mayonis yang lazat.


‘Yang Hangat’!

McDonald’s turut memiliki satu lagi koleksi burger ayam yang cukup popular. Tidak lain dan tidak bukan, semestinya Spicy Chicken McDeluxe. Nikmatilah rasa ayam yang pedas dan rangup, dengan hirisan sayur kobis dan salad pastinya membuka selera.


‘Yang Gempak’!

Masih ingat dengan burger istimewa, Grilled Chicken Burger atau lebih dikenali dengan nama manja, GCB? GCB kini telah kembali atas permintaan ramai dan telah dijadikan sebagai salah satu hidangan tetap di McDonald’s! Keunikan rasa ayam panggang, ditambah pula dengan sos lada hitam yang pekat serta salad segar sememangnya memberikan kenikmatan tidak terhingga.


Bersempena pelancaran Yang Klasik!, Yang Hangat! dan Yang Gempak! McDonald's juga telah melancarkan satu pertandingan Instagram di mana peminat-peminat McChicken, Spicy Chicken McDeluxe dan GCB boleh bergambar dan bergaya dengan burger kegemaran mereka dan menang. 

Apa yang perlu dilakukan adalah hantar ke Instagram dan menggunakan hashtag #McDOOTD dan tag gaya anda sama ada #YangKlasik , #YangGempak atau #YangHangat. Tarikh tutup peraduan ialah pada 24 April 2016 dan 20 gaya yang terbaik akan dipilih.

April 7, 2016

85 Ahli Parlimen DAP Sahkan DS @NajibRazak Tidak Terlibat Dalam Sebarang Penyelewengan 1MDB

“...Legally speaking, how can you take action on those (to Najib) who have done nothing...”
“...From our investigations, we found that he (Najib) is not directly involved. His name only appears in the board of advisers..”
- Dr. Tan Seng Giaw (Timbalan Pengerusi PAC)
Dr Tan Seng Giaw juga adalah Ahli Parlimen DAP Kepong. Naib Pengerusi DAP Kebangsaan itu menegaskan bahawa isu 1MDB sebenarnya lebih kepada aspek urus tadbir yang lemah.

Kita pasti selepas ini Dr Tan Seng Giaw akan dituduh oleh pencacai pembangkang dan ProTun sebagai pemakan dedak dan silap-silap sebagai Ahli UMNO.

0 Laluan Bas Ke Sungai Besi Disusun Semula - SPAD


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), dalam satu kenyataan semalam, menjelaskan sebanyak empat laluan bas di Koridor Sungai Besi akan diselaraskan semula mulai hari ini di bawah Penyusunan Semula Rangkaian Bas Henti-henti secara berperingkat bagi meningkatkan perkhidmatan penumpang di kawasan berkenaan. 

Laluan berkenaan ialah Laluan 501 (Putrajaya Sentral-KTM Serdang-HAB Lebuh Pudu); Laluan 540 (Bandar Putra Permai-HAB Lebuh Pudu); Laluan 570 (Serdang Jaya-Serdang Raya-LRT Bukit Jalil); dan Laluan T571 (Taman Sri Pulai-Stesen LRT Sungai Besi). Penyelarasan laluan ini dilakukan selepas penilaian SPAD terhadap pengendali bas, Metrobus yang gagal mematuhi piawaian minimum yang telah ditetapkan oleh suruhanjaya.

Menurut kenyataan itu, Laluan 501 (Putrajaya Sentral-KTM Serdang-HAB Lebuh Pudu) yang dikendalikan Nadi Putra akan beroperasi dari jam 6 pagi sehingga 11 malam dengan kekerapan 30 minit. Sementara Laluan 540 yang dikendalikan oleh RapidKL akan beroperasi dari 6 pagi sehingga 11.30 malam dengan kekerapan 15 minit, manakala Laluan 570 dan Laluan T571 yang juga dikendalikan RapidKL akan beroperasi dari 6 pagi sehingga 11 malam dengan kekerapan masing-masing 30 minit dan 45 minit. 

Penyelarasan berkenaan turut melibatkan Laluan 502 (Putrajaya Sentral-KTM Serdang) yang akan digabungkan dengan Laluan 501 manakala Laluan 541 (Pangsapuri Enggang-Bandar Putra Permai-KTM Serdang) akan dipanjangkan sehingga Stesen LRT Kinrara BK5 dengan waktu operasi bermula 6 pagi hingga 11 malam dengan kekerapan 30 minit.

Penyusunan semula ini bukanlah satu pelaksanaan yang statik. Oleh itu, pihak suruhanjaya sentiasa terbuka kepada penyemakan semula dan penambahbaikan laluan serta jadual pengoperasian berdasarkan permintaan dan maklum balas pengguna, Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh menghubungi SPAD di talian 1-800-88-7723.

39 Drama Terbaru MP Pembangkang Berarak Dari Parlimen Ke Bukit Aman

Ahli-Ahli Parlimen pembangkang memang tidak pernah sunyi daripada skrip-skrip drama murahan untuk dihidangkan kepada penyokong-penyokong mereka. Pagi ini, MP-MP pembangkang berarak ke Bukit Aman dari Parlimen menggesa kononnya kedaulatan Parlimen ditegakkan, Sotong Rafizi Ramli dibebaskan dan PM Najib diundurkan. Memang lawaklah mereka ni.










5 Memang Lawak Bakal Calon PAN Beting Maro Guna Akaun Bank Isteri Kutip Derma #BN4Sarawak


Belum lagi disahkan menjadi calon oleh Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mat Sabu untuk bertanding di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, bekas Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Sarawak dan kini merupakan Penyelaras DUN N29 Beting Maro untuk PAN, Andri Zulkarnaen Hamden telah mengeluarkan poster di laman sosial Facebook beliau atas nama 'abusiraj almuner'.

Lebih melucukan, walaupun selama ini parti PAS digelar parti tin milo, namun ianya tidaklah seteruk segala derma yang hendak disumbangkan kepada calon ini menggunakan nama isteri. Akaun Maybank bernombor 151146631363 adalah atas nama isteri beliau, Zuraini bte Sulung. Adakah ini bermakna bakal calon ini merupakan orang yang bermasalah untuk buka akaun dengan bank atau beliau seorang yang takut bini? Kenapa tidak gunakan akaun PAN Beting Maro?

Nampak sangat nafsu PAN amat besar untuk bertanding di PRN Sarawak namun pengurusan pilihan raya amat lemah. Carian juga mendapati ada juga bakal calon lain yang cuba untuk mempromosikan diri di Beting Maro. Nampak PAN seperti tiada keselarasan dan hanya syok sendiri. Semoga Barisan Nasional akan terus dapat mengekalkan kerusi berkenaan, Insha Allah.

April 6, 2016

29 Apa Motif Sotong @RafiziRamli Berlakon Seolah-Olah Digari? @PDRMsia

Si Sotong Rafizi Ramli memanglah seorang pelakon yang hebat. Kalau tak menipu bukanlah Rafizi Ramli namanya. Lihatlah bagaimana Rafizi Ramli menipu penyokong-penyokong beliau dan berpura-pura berlakon untuk meraih simpati Rakyat. Sotong Rafizi Ramli mengilas tangan ke belakang seolah-olah beliau digari ketika dibawa ke mahkamah pagi tadi.

Apa yang berlaku sebenarnya adalah tangannya hanya diletak di belakang. Walaupun dalam keadaan beliau merupakan seorang tahanan reman, beliau masih mempunyai hati yang busuk untuk memburukkan imej Polis Di Raja Malaysia (PDRM). Orang macam ni juga sanggup jaja gambar anak untuk dapat simpati. Bapak tak guna.



Pencacai Rafizi Ramli pasti akan memberikan pelbagai alasan kononnya percaya Rafizi Ramli digari. 

Baju warna lain la.
Bontot Rafizi leper la.
Perut dia besar la.
Muka tak ada iman la.

Kita lihat video di bawah yang diambil dari Buletin Utama malam ini.



Atau pencacai boleh menonton video di bawah untuk lebih pasti ketulenannya.

18 Ezam Mohd Nor Patut Meletak Jawatan Sebagai Pengarah Komunikasi, Kementerian Kewangan


Mohamad Ezam Mohd Nor dilantik sebagai Pengarah Komunikasi di Kementerian Kewangan Malaysia bermula 15 Mac 2014 hingga kini. Berkelayakan Gred Jusa B dengan gaji bulanan RM15,900. Semenjak beliau menjawat jawatan Pengarah Komunikasi, Kementerian Kewangan ini, tidak pernah mendengar beliau mengkritik pembangkang dan mempertahankan Kerajaan di dalam isu-isu seperti 1MDB, isu RM2.6 billion dan bermacam fitnah-fitnah pembangkang.

Secara tiba-tiba seperti baru bangun dari tidur, Ezam Mohd Nor telah membuat posting di laman sosial di Facebook, mempertikaikan penahanan Rafizi Ramli. Ezam Mohd Nor mempertikaikan tindakan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) menahan Rafizi Ramli di bawah OSA dan membandingkan dengan penahanan beliau pada tahun 2003.

Situasi penahanan Rafizi Ramli dan Ezam Mohd Nor rasanya amat berbeza. PDRM membuat tangkapan ke atas Rafizi Ramli berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh LTAT dan 1MDB. Pihak PDRM menyiasat Rafizi Ramli di bawah Seksyen 8, Akta Rahsia Rasmi. Berbanding Ezam Mohd Nor, beliau ditangkap atas laporan polis oleh siapa? Boleh tolong jelaskan?

Keduanya, cara beliau membuat teguran ke atas LHDN adalah tidak profesional dan kurang matang memandangkan LHDN adalah di bawah Kementerian Kewangan. Ibarat  gunting dalam lipatan dan duri dalam daging, siapalah yang membuat saranan kepada Perdana Menteri melantik beliau ke jawatan yang disandangnya. 

Daripada membayar Ezam Mohd Nor berbelas ribu sebulan, lebih baik duit berkenaan diberikan kepada kami yang saban hari mempertahankan parti dan Kerajaan. Saya dan ramai lagi rakan-rakan masih menunggu dokumen penyelewengan yang didakwanya berkotak-kotak.

6 DAP Perlu Cermin Diri Sendiri Sebelum Mengelarkan Ketua Menteri Sarawak Bersifat Perkauman #BN4Sarawak

Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen agak keterlaluan apabila menyamakan gaya politik Adenan sama seperti bersifat perkauman. Ini berikutan menurutnya gaya politik Ketua Menteri Sarawak, TS Adenan Satem yang bersifat kenegerian tidak sihat untuk diamalkan di dalam negara ini. Beliau berkata demikian di dalam video yang dipetik KitiTV, di sini.

DAP dan Chong Chieng Jen mungkin terlupa, di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak 2011, DAP lansung tidak berminat untuk bertanding selain daripada kawasan bandar memandangkan kawasan bandar mempunyai kepadatan penduduk dan pengundi berbangsa Cina. 

Malah kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang mewakili DAP sejak PRN Sarawak 2011 tidak ada seorangpun berbangsa selain daripada kaum Cina. Siapakah yang perkauman di sini? DAP atau Ketua Menteri Sarawak?

April 5, 2016

35 Dear @limguaneng You've Been Check Mated!


The Press Conference by Datuk Abdul Rahman Dahlan earlier today showing the owner of Kuala Lumpur International Dental (KLIDC) Sdn Bhd signed and stamped Sale & Purchase Agreement (SPA) that the Taman Manggis land had been sold for RM70.6 millon, slightly higher than Penang Government sold to KLIDC for RM11.5 million, six years ago.

Six years ago, this was a piece of empty land. Today, it is also still a piece of empty land. But after a bunch of approvals, the land was now sold for RM70.6million, a RM59.1 million profit!!! Penang Government is so nice to KLIDC.

Speaking to reporters at a press conference in Parliament, Lim said he had checked with the Companies Commission of Malaysia (SSM) and found that the land in Taman Manggis, Penang still belonged to the KLIDC.

Of course the land in Taman Manggis still belongs to KLIDC. The land is still registered under KLIDC but KLIDC itself has been sold to a third party for a profit of more than RM59 million. 

-------------------------------------------------------------------------

Press Statement
Abdul Rahman Dahlan
BN Strategic Communications Director

April 5, 2016

NO LONGER A QUESTION OF RM2.8 MILLION ONLY, BUT RM59 MILLION

● On 23 March 2016 during a parliamentary session, I revealed that evidence has been found in respect of the controversial land, previously designated for Phase 2 of an affordable housing project in Taman Manggis, Penang (“the land”).

● The said evidence suggests that a sub-sale transaction of the land might have taken place from KLIDC to a third party.

● Today, I have before me the duly signed and stamped Sale and Purchase Agreements dated 11 November 2015 of the land. The purchase price the sub-sale transaction is read at: RM70,643,628.00.

● The agreements that formed this sale are inter-alia connected to each other and are legally taken to mean one agreement, which reads:

1. The sale of Kuala Lumpur International Dental Center Sdn Bhd (KLIDC) for RM18,643,628; and
2. The sale of Victoria International Medical Centre Sdn Bhd (VMC) for RM52,000,000.

● Datuk Tang Yong Chew and his wife own all three companies – KLIDC, VMC and the vendors of VMC, Tang Renewable Energy Engineering – in majority.

● Based on the latest submission of accounts to SSM, KLIDC has a paid up capital of RM300,000 and negative net asset value of RM1.2 million.

● Meanwhile, VMC was created in Sept 2010, two months after the Taman Manggis land was awarded and has a paid up capital of RM500,000 with negative net assets of RM1.6 million.

● Further in the agreements, it is also stated that VMC had, on July 2011, executed a joint-venture agreement with KLIDC to develop the land.

● When read simultaneously, the two agreements appear to effect the sale of the Medical Center and Hotel project with the core asset being the land at Taman Manggis.

● In today’s property market, the asking price of commercial land along Jalan Burmah where this said lane is located can fetch up to RM1,000 psf or more.

● After my expose in Parliament recently, the Penang Chief Minister has denied that the land had been sold to a third party. But what he did not disclose is that the land is now held by KLIDC and the sale of the shares of KLIDC has the same effect of selling the land too.

● Given any standard government project and privatisation agreement, the `sale or change of ownership of a company, which has been awarded with a project, must be duly notified and approval to be obtained from the state government before such sale of shares can take effect.

● Did the Penang State Government notify of the sale of this project in Nov 2015 and subsequently give the approval?

● Or was this standard term deleted in the agreement between the state government and KLIDC?

● The land was originally sold to KLIDC on 16 Jun 2010 when DAP Penang Government had awarded it under a controversial RFP process at RM11,552,208.00 or at RM232 per square foot – a price many believe was grossly lower than the market value at the time.

● With the revelation before you today, on face value, the land previously allocated for public housing to benefit the poor has been sold to a private company at an allegedly underpriced value, without noticeable physical works on the land for almost six years after the award.

● This project had then been subsequently resold to a third party 5 years later - for a handsome price of RM70.6 million - a projected profit of RM59 million while the core project remains undeveloped.

● To this end, I have instructed my team to submit the sale and purchase agreements revealed today to SPRM and PDRM – along with other documents that we have uncovered. We hope that the documents will assist them to execute their job without fear or favour.








48 Alhamdulillah .... Si Sotong @RafiziRamli Ditangkap @PDRMsia

Ketua Polis Negara, TS Khalid Abu Bakar sebentar tadi telah mengesahkan penahanan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli di bawah OSA.

Marilah kita panjatkan kesyukuran kehadrat Allah. Alhamdulillah. Malam ni ada kenduri sotong goreng tepung dalam lokap.



Kemaskini 10.30 p.m.:

Sementara itu di Balai Polis Bukit Aman, para pencadat sotong sedang berkumpul menunjukkan solidariti.

29 Gambar-Gambar DS @NajibRazak Melawat TG Harun Din Di IJN Hari Ini

Tidak perlu posting panjang-panjang. Pasti ada yang berbuku di hati marah mencengkam di dada. Di saat Tun Dr Mahathir menghulur tangan kepada Lim Kit Siang, DS Najib Tun Razak menghulur tangan kepada Mursyidul Am PAS, TG Harun Din. Alhamdulillah.



47 Laporan MP DAP Dakwa DS @NajibRazak Beli 4 Pasang Baju Sehari Untuk Isteri Berniat Jahat


Tidak perlu menjadi pandai untuk menjadi Ahli Parlimen pembangkang. Cukuplah sekadar pandai membuat sesuatu isu mendapat paparan di muka depan media lidah pembangkang seperti Malaysiakini dan Roketkini. Gimik yang dimainkan oleh Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng bersama veteran DAP Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew dan Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Young Syefura Othman, membuat laporan polis berkenaan di IPD Dang Wangi kira-kira pukul 11 pagi semalam adalah tindakan yang kurang matang dan berunsur melakukan laporan palsu.

Laporan polis yang dibuat oleh pemimpin pembangkang berkenaan ke atas Perdana Menteri, DS Najib Razak berhubung dakwaan bahawa beliau memindahkan sejumlah AS$14 juta (kira-kira RM55 juta) antara tahun 2011 dan 2014 ke gedung fesyen tempatan Jakel Trading. Laporan ini adalah berdasarkan butiran perbelanjaan DS Najib yang diterbitkan oleh akhbar The Wall Street Journal minggu lalu.

Dakwaan Lim Lip Eng di dalam Malaysiakini, di sini, yang mengatakan bahawa "Jadi, adakah Najib membeli 5,500 pakaian dari Jakel untuk (isterinya, Datin Seri) Rosmah (Mansor) dalam tempoh empat tahun? Satu tahun bersamaan 365 hari, yang seterusnya bermakna 1,375 pakaian. Ini adalah kira-kira empat pakaian sehari", adalah kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan berunsur fitnah.


Adalah melucukan apabila Malaysiakini dan WSJ mengklasifikasikan gedung pakaian Jakel Trading Berhad (Jakel) sebagai "Malaysian luxury clothing". Jakel bukanlah merupakan butik mewah seperti Prada, Dolce & Gabbana, Versace dan sebagainya di United Kingdom dan Amerika Syarikat yang memungkinkan beberapa ratus helai pakaian sudah mencecah puluhan juta ringgit. Mewah sangatkah berbelanja di Jakel? Bodoh sangatkah Ahli Parlimen DAP tidak mengetahui perkara ini?

Malaysiakini dan beberapa media antarabangsa seperti WSJ cuba menonjolkan isteri Perdana Menteri membeli belah dengan begitu boros di Jakel sehingga Perdana Menteri terpaksa membayar lebih AS$14 juta kepada Jakel antara tahun 2011-2014.

Belum ada orang gila di Malaysia yang membeli pakaian bernilai jutaan ringgit di Jakel untuk kegunaan sendiri. Jika benar ianya merupakan pembelian peribadi, berdasarkan harga pakaian yang didakwa dibeli dari Jakel yang merupakan harga dalam kemampuan majoriti rakyat Malaysia, Perdana Menteri mungkin terpaksa menyewa gudang untuk menyimpan kesemua pakaian tersebut.

Hakikatnya, pembayaran bernilai berpuluh juta ringgit di Jakel antara tahun 2011-2014 oleh Perdana Menteri adalah untuk sumbangan pakaian dan barangan kepada pelbagai pihak seperti Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), mangsa bencana alam dan pakaian hari raya anak-anak yatim. Jakel adalah merupakan pembekal pakaian, selimut, barangan ibadat dan lain-lain barangan untuk mangsa bencana alam. Selain itu, acara-acara membeli pakaian untuk anak yatim sempena hari raya yang dibiayai oleh Perdana Menteri juga dilakukan di gedung membeli belah Jakel.

Adalah diharapkan pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dapat melihat laporan polis yang dibuat oleh ketiga-tiga pemimpin DAP berkenaan sebagai satu tindakan yang berniat jahat dan cubaan memfitnah. Mereka berkemungkinan boleh dikenakan tindakan kerana membuat 'Laporan Palsu' yang boleh didakwa di bawah Seksyen 182, Kanun Kesiksaan yang membawa hukuman dengan denda sehingga RM2,000 atau hukuman penjara sehingga 6 bulan atau kedua-duanya sekali.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates