April 2, 2016

0 Perjalanan Kuching - Lawas Lebih Pendek Dengan Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo #BN4Sarawak


Menurut Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak, Malaysia akan mengadakan rundingan dengan Brunei untuk mencari kaedah sesuai bagi memendekkan masa perjalanan dari Kuching ke Lawas berikutan pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo bernilai RM16 bilion.

Perdana Menteri berkata, sekarang perjalanan darat dari Kuching ke Lawas dianggarkan 20 jam berikutan adanya pemeriksaan imigresen dan kastam di sempadan Malaysia dan Brunei. Kerajaan katanya akan berbincang dengan Brunei kalau boleh masa perjalanan dari Kuching ke Lawas dapat dipendekkan antara 12 jam atau 14 jam.

Untuk rekod, kini terdapat empat pemeriksaan kastam dan imigresen di sempadan Malaysia-Brunei iaitu di Sungai Tujuh, Miri dan Kuala Belait, Brunei serta Tedungan, Limbang dan Kuala Lurah, Brunei. DS Najib berkata, untuk perjalanan dari Kuching ke Miri, masa perjalanan akan dapat dipendekkan daripada 14 jam kepada sembilan jam kalau tidak berhenti-henti setelah projek lebuh raya itu siap kelak.

Perdana Menteri sekali lagi memberi jaminan projek lebuh raya Pan Borneo tidak akan dikenakan tol kerana ia merupakan laluan utama pengguna jalan raya di negeri ini. Sehubungan itu, beliau berkata, rakyat Sarawak perlu memilih wakil rakyat daripada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri Sarawak akan datang bagi memastikan kesinambungan pembangunan Sarawak.

41 Wan Azizah Sibuk Makan Kenduri Macai Bodoh Jemur Anak Tengah Panas Terik

Kalau Mak Bapak dilahirkan bodoh sehingga sekarang, saya boleh faham dan boleh terima. Apabila mendedahkan anak-anak kepada suhu yang amat panas di luar sekitar 38°C hingga 40°C yang boleh menyebabkan kanak-kanak tersebut terdedah kepada strok haba, ini baghal namanya.

Sedangkan binatang sayangkan anaknya. Tidakkah Ibu bapa yang totok pembangkang boleh berfikir fan membezakan mana yang baik dan mana yang buruk? Kalau jadi apa-apa kepada kanak-kanak ini, Hospital Kerajaan juga yang dicari.

Itu cerita macai pembangkang bodoh jemur anak tengah panas. Di mana pula pemimpin mereka? Presiden PKR antaranya, dengan bangga memuat naik gambar-gambar beliau di laman sosial Facebook sedang bersukaria di sebuah majlis perkahwinan.

9 Demo Anti GST Di Dataran Merdeka Bukti Pembangkang Kalis Strok Haba

Pembangkang sekali lagi membuktikan sesuatu kepada Kerajaan bahawa gabungan mereka adalah kuat. Mana taknya, dalam keadaan suhu di Kuala Lumpur mencecah 38°C, mereka sanggup berhimpun untuk membuktikan bahawa mereka kalis strok haba di dalam Himpunan Anti GST.

Semalam, genaplah setahun GST diperkenalkan di dalam negara. Statistik membuktikan ramai yang jadi papa kedana dan tidak kurang juga yang mati kebuluran. Marilah kita bersama-sama mendoakan bahawa tidak ada yang turut mati di dalam himpunan hari ini akibat kepanasan yang melampau.

Kebanyakan pendemo yang datang hari ini kurus-kurus belaka gara-gara terhimpit disebabkan GST. Ini yang melambangkan bahawa Kerajaan Barisan Nasional (BN) amat zalim kepada Rakyat.

April 1, 2016

0 McCafe Mendapat Pengiktirafan MITI Di MIHAS 2016


Bermula 30 Mac hingga 2 April, McDonald's Malaysia telah mengambil bahagian dalam Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2016 yang sedang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). MIHAS adalah acara tahunan yang dianjurkan setiap awal tahun bagi mengiktiraf produk halal tempatan yang mempunyai potensi besar untuk diketengahkan ke pasaran halal antarabangsa. 

Penglibatan McDonald's dalam MIHAS ini merupakan satu usaha pihak syarikat untuk mempromosikan produk terbaru mereka iaitu McCafe yang menawarkan produk-produk kopi yang bermutu tinggi dengan harga yang amat berpatutan dan juga hidangan pembuka selera atau 'dessert' seperti kek, 'cup cake' dan 'macaroon'.

Selama tiga hari MIHAS berlangsung, gerai McCafe mendapat sambutan hangat dan pengunjungnya bukan calang-calang orang apabila gerai ini telah dikunjungi pemimpin-pemimpin negara seperti Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak, Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), DS Mustafa Mohamed dan Timbalannya Datuk Ahmad Maslan.

McDonald's juga merupakan satu-satunya syarikat yang mendapat pengiktirafan daripada MITI apabila Menterinya DS Mustafa Mohamed telah menyebut nama syarikat berkenaan di dalam mesej MIHAS 2016 beliau. Setiap produk McDonald's dijamin halal, bersih dan bermutu tinggi. Bagi rangkaian McCafe nya pula, status halalnya tidak perlu diragui lagi kerana setiap biji kopi mendapat kelulusan dan pengiktirafan halal oleh JAKIM.




37 Flash Mob Mega Kerana Nurul Izzah Makan Sardin Gamit 70,000


Flash Mob Mega yang dicadang dibuat petang ini di Bulatan Seberang Jaya, Pulau Pinang gagal mendapat sambutan. Flash Mob Mega ini mungkin disebabkan ketidakpuasan hati Nurul Izzah yang hanya makan sardin sekarang berbanding KFC pada tahun 1996.

Nurul Izzah dan ibunya Wan Azizah tidak kelihatan di sini. Yang ada hanyalah Dr Mansor Othman dan kira-kira 70 macai yang sudi memekik slogan bebaskan Anwar. Masih relevankah cara begini dilakukan pembangkang?

Dialog 1996 di atas sepatutnya berbunyi begini:

Abah dah gaji kan? Jom belanja kami makan KFC?
Abah: Sorry Abah ada mesyuarat di Tivoli Villa dengan pembancuh kopi.

Dialog 2016 pula begini:

Abah dah gaji kan? Ehhh, lupa Abah dalam jel.


0 SPAD Kaji Perkhidmatan UBER Dan Grabcar Bagi Pastikan Tidak Menganggu Industri Teksi


Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Mohd Azharuddin Mat Sah, berkata pertikaian berhubung aplikasi teksi oleh UBER dan Grabcar dihadapi semua bandar besar di seluruh dunia dan kajian mengenainya memerlukan masa. SPAD kata beliau sedang membuat kajian menyeluruh mengenai perkhidmatan teksi Uber dan Grabcar bagi memastikan ia tidak mengganggu gugat industri teksi sedia ada. 

Menurut Azharuddin, SPAD tidak setuju dengan tindakan sekumpulan pemandu teksi berhimpun di beberapa lokasi di ibu negara beberapa hari lalu. Bagaimanapun, SPAD sedang berbincang dengan gabungan teksi mengenai cara menambah baik industri teksi di negara ini. Kajian mengenai perkhidmatan UBER dan Grabcar katanya sedang dilakukan manakala hasil kajian akan dimaklumkan kelak. 

Sementara itu, SPAD dalam satu kenyataan, merakamkan penghargaan kepada Polis Di Raja Malaysia (PDRM) kerana pantas mengawal keadaan lalu lintas dan menahan lima individu yang dipercayai terbabit dalam perhimpunan itu. Tiga hari lepas, kira-kira 1,000 pemandu teksi berkumpul bagi menyatakan ketidakpuasan hati terhadap perkhidmatan UBER dan Grabcar di tiga lokasi di ibu negara. 

Demonstrasi secara aman itu berlaku di hadapan pusat beli-belah Pavilion, KLCC dan Stesen Sentral Kuala Lumpur bermula jam 9.30 pagi, bertujuan mendesak kerajaan mengharamkan dua perkhidmatan pengangkutan awam berkonsepkan dalam talian itu.

March 31, 2016

65 Tun Dr Mahathir Letak Jawatan Pengerusi Proton, Canselor Universiti Petronas, Penasihat LADA dan TIDA

Kita berharap perletakkan jawatan ini bukanlah merupakan lawak 'April Fool' bersempena 01/04/2016 esok. Kita fikir baiklah. Mungkin Tun Dr Mahathir ingin menumpukan untuk beramal ibadat dan menghabiskan masa dengan cucu-cucu beliau.
MEDIA RELEASE
31 Mar 2016 | Uncategorized
NOTE TO EDITOR
Tun Dr Mahathir bin Mohamad has resigned as Chairman of Proton Holdings, effective March 30, 2016.
A letter of resignation has been sent to Group Managing Director of DRB-HICOM Berhad, Dato Seri Syed Faisal Albar yesterday.
Dr Mahathir has also relinquished his post as the Chancellor of Universiti Teknologi Petronas, also effective Mar 30, 2016. His decision has been communicated to UTP Rector Datuk Abdul Rahim Hashim.
Apart from that, Dr Mahathir has also resigned as the advisors to the Langkawi Development Authority (LADA) and the Tioman Island Development Authority (TIDA). The Chief Secretary to the Government has been informed of these resignations.
Office of Dr Mahathir bin Mohamad
Putrajaya
31st March 2016 

March 30, 2016

26 Harap Maaf, Tiada Parol Untuk Peliwat

Berikutan kekeliruan pengikut-pengikut tegar Anwar Ibrahim disebabkan Mantan Menteri Besar Selangor, DS Khir Toyo yang dibebaskan dari penjara semalam tetapi diletakkan di bawah parol, lidah pembangkang Suara Rakyat menghasut Rakyat dan bertanya mengapakan keistimewaan yang serupa tidak diberikan kepada idola mereka.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mengeluarkan Kenyataan Media bahawa peliwat adalah satu daripada lima kategori penjenayah yang tidak mendapat keistimewaan parol dari pihak penjara. Ini bukan Menteri kata sebaliknya tertakluk di bawah Jadual Keempat, Akta Penjara 1995 (Akta 537). Harap maklum.

March 29, 2016

41 Budak 'Petronas' Panggil DS @NajibRazak Babi Akhirnya Minta Maaf

Di atas perbuatan beliau ini sepatutnya beliau dikenakan tindakan disiplin dan dibuang kerja sepatutnya diambil. Orang sebegini akan dijaga dan diambil bekerja olrh Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng. Kita fikir baik sajalah dan anggap beliau sudah insaf. Kita tengok selepas tu sama ada beliau berani atau tidak buat perkara yang sama sekali lagi.

March 28, 2016

84 DAP Menipu Apabila Cuba Menjual Tanah Taman Manggis 2 Kepada BN cc. @SPRMMalaysia

Semakan Gadaian yang terbaru yang dibuat ke atas syarikat Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn Bhd (KLIDC) mendapati tanah yang terletak di Taman Manggis Fasa 2 telah dicagarkan kepada AmIslamic Bank pada 10/11/2011.

Persoalan yang harus disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah bagaimana Kerajaan DAP Pulau Pinang cuba menjual tanah yang bukan lagi menjadi miliknya kepada Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang pada 03/10/2012 dan wang pendahuluan sebanyak RM220,073 telah diterima oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang, yang sehingga kini masih tidak dipulangkan.

Sinar Harian memetik Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang Oh Tong Keong berkata kerajaan negeri telah menghantar surat tawaran kepada BN Pulau Pinang pada 04/09/2012 dengan sebut harga bagi satu kaki persegi tapak tanah itu pada kadar RM450. 

Pada 03/10/2012, Pemuda Gerakan Pulau Pinang telah membawa wang tunai sebanyak RM224,073 iaitu satu peratus daripada harga keseluruhan tanah itu sebanyak RM22 juta sebagai tanda setuju di atas tawaran yang  diberikan.

Kerajaan DAP Pulau Pinang harus menjawab persoalan yang ditimbulkan ini. Ini adalah penipuan tahap tertinggi!

March 27, 2016

24 @TeresaKok Kata Banglo @limguaneng Dijual Murah Sebab Feng Shui Tidak Bagus #NoSwimmingPool


Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok Suh Sim, ketika berucap di Majlis Gerakan Selamatkan Malaysia petang tadi mendakwa harga pembelian banglo Ketua Menteri, Lim Guan Eng murah disebabkan Feng Shui yang tidak bagus. Oleh sebab itu katanya, pemilik asal banglo tersebut memutuskan untuk menjualkannya kepada Guan Eng. Teresa berkata,
"Sebenarnya harga rumah tersebut lebih murah dari harga pasaran disebabkan Miss Phang rasa bangga dapat jual pada Ketua Menteri Pulau Pinang. Sebab pada dia feng shui rumah tersebut tidak bagus sejak Guan Eng masuk kerana banyak tunjuk perasaan malah pengkebumian Guan Eng diadakan di luar rumah tersebut."
Mungkin Teresa Kok mahu mengantikan Feng Shui Master Lilian Too yang terkenal atau mungkin Teresa Kok lebih berkelayakan daripada Raja Bomoh Malaysia? Sejak bila Ahli Parlimen Seputih ini berubah angin menjadi Feng Shui Master? 

Sekiranya benar Feng Shui rumah itu tidak bagus atau buruk, kenapakah Lim Guan Eng sanggup membelinya dengan harga yang murah? Apapun ketidakhadiran keluarga Anwar Ibrahim di Kongres Rakyat hari ini bukanlah Feng Sui yang baik untuk Tun Dr Mahathir.

Cuba lihat di bawah bagaimana DAP pertahankan salahguna kuasa pemimpin mereka. Mereka akan cuba menghalalkan dan mencari alasan serta dalil untuk menunjukkan pemimpin mereka tidak bersalah, sehinggakan Feng Shui pun mereka gunakan sebagai alasan untuk menutup salah guna kuasa pembelian banglo Lim Guan Eng. Kalau pemimpin UMNO jangan kata hendak mempertahankan yang sejengkal pun orang UMNO sendiri jadikan berdepa-depa.

23 Gerakan Selamatkan Malaysia Di Shah Alam

'Gerakan Selamatkan Malaysia' atau Kongres Rakyat 2016 telah berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) Shah Alam petang tadi. Turut  bersama-sama dengan Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir adalah pasukan terbaiknya yang akan menyelamatkan Malaysia. Tak tahulah selamat dari apa atau siapa? Sedangkan tidak jauh dari tempat berkenaan di AEON Shah Alam, keadaan penuh sesak dengan orang yang sedang membeli belah sempena batu dapat gaji.

Panglima-panglima perang yang mengiringi Tun Dr Mahathir petang ini termasuklah TS Muhyiddin Yassin, Lim Kit Siang, Ambiga S, Mahfuz Omar, Datuk Husam Musa, Rafizi Ramli, Teresa Kok, DS Azmin Ali, Datuk Zaid Ibrahim, Mohammed Sabu dan anaknya sendiri DS Mukhriz Mahathir. Barisan yang ada petang ni cukup hebat bukan! Ada unsur liberal, ada unsur LGBT dan ada unsur cauvinisme.

Hormat dengan Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak. Inilah dasar keterbukaan yang beliau cuba laksanakan. Beliau tidak pernah ganggu majlis sebegini apatah lagi cuba untuk mensabotajnya. Kalau zaman Tun Dr Mahathir dahulu, silap-silap ramai yang akan dihumban ke Kamunting di bawah dakwaan ISA.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates