March 26, 2016

53 Apabila Kakitangan Petronas Menyamakan DS @NajibRazak Sebagai Babi @PDRMsia

Anak muda ini mungkin hendak menjadi terkenal. Mungkin beliau adalah protege terbaru Rafizi Ramli. Apabila belajar tinggi-tinggi sehingga menjadi seorang jurutera minyak dan bekerja dengan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) namun masih tidak bersyukur, mungkin salah didikan dari kedua ibu bapanya.

Kita menerima perbezaan pendapat, namun jangan menghina pemimpin sebagai babi. Beberapa posting beliau juga turut nenunjukkan bahawa beliau amat bencikan Baginda Sultan Johor. Mungkin Pengerusi Petronas yang baru boleh melihat kesesuaian anak muda ini untuk bekerja di syarikat minyak milik Kerajaan. Memalukan betul.

13 Suddenly @limguaneng Knew The Market Value Of His Bungalow With #NoSwimmingPool ... Haiya!!!

Suddenly Lim Guan Eng just realized he knew about the market value of his bungalow with no swimming pool? Why before this he denied the awareness of the market value?

Is he admitting that he paid only RM2.8 million knowing that it is worth RM4.27 million when he inked the deal with Ms Phang?

Is Lim Guan Eng also indirectly admitting that Ms Phang also knew the market value of the bungalow?

No wonder police started investigation into the alleged fraud in declaring the Statutory Declaclation by Miss Phang made Media Statement by Mr P So What.

I thought his DAP macai said that he is an accountant and Chief Minister and not a Property Valuer. What a 'merry go round' they spin this issue

Haiya!!!

16 Kebebasan Bersuara Ala DAP, Melompat Bila Kena 'Troll' #NoSwimmingPool


Seringkali kita mendengar juak-juak pembangkang melaungkan kebebasan bersuara terutamanya parti bersih, suci dan keramat, DAP. Bila mana semalam sebuah restoren, Schohns Canteen memuatnaikkan dua iklan di laman sosial Facebook, berunsur satira untuk menyindir DAP (bahasa anak muda sekarang memanggilnya 'troll'), DAP bingkas meminta restoren berkenaan menurunkan iklan berkenaan. Baca The Star, di sini.

Iklan berkenaan memprovokasi isu ketiadaan kolam renang dan harga yang tidak tinggi yang melibatkan isu Ketua Menteri Pulau Pinang yang mendapat diskaun yang tinggi di dalam pembelian rumah beliau di Jalan Pinhorn. Pegawai Komunikasi Media DAP, Medaline Chang telah meminta restoren berkenaan untuk membuang iklan berkenaan atau DAP akan mengambil tindakan selanjutnya.

Inilah cara kebebasan bersuara ala DAP. Bila kena pada Kerajaan dan Barisan Nasional, mereka akan menganggap sebagai jenaka dan bahan lawak. Bila kena dapa batang hidung sendiri, mulalah guna saluran parti untuk membuat tindakan undang-undang. Semasa BN di troll beberapa kali oleh restoren makanan segera Nando, BN tenang dan 'cool' sahaja. Tiada pula kedengaran BN akan mengugut meminta Nando untuk memadamkan iklan berkenaan atau mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang.



Antara iklan-iklan Nando yang 'troll' BN:



March 24, 2016

23 Kenapa Banglo No. 34, Jalan Pinhorn Berharga RM3.6 Juta Berbanding Milik @limguaneng Berharga RM2.8 Juta?


Banglo bernombor 34, Jalan Pinhorn terletak hanya beberapa pintu dari banglo milik Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang terletak di No. 25, Jalan Pinhorn. Banglo berkenaan bersaiz kurang separuh daripada saiz rumah Lim Guan Eng tetapi secara rasminya telah dinilai pada harga RM3.6 juta pada tahun 2014 berbanding RM2.8 juta yang Lim Guan Eng bayar pada tahun 2015 untuk hartanya hanya beberapa bulan lepas.

Rumah bernombor 34, Jalan Pinhorn, juga tidak mempunyai kolam renang, telah dijual pada kadar harga yang dinilai tiga kali ganda lebih bagi setiap kaki persegi tanah berbanding banglo Lim Guan Eng. Berikut adalah senarai rasmi daripada Jabatan Penilaian Pulau Pinang tentang traksaksi terkini yang sedang berlaku di sekitar Jalan Pinhorn, Pulau Pinang.



Dan DAP semakin panas ...

March 23, 2016

0 SPAD Amalkan Polisi Toleransi Sifar Terhadap Rasuah, Pandang Serius Isu Anggota Terima Rasuah

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memandang serius terhadap penahanan lima anggota penguatkuasaan yang ditugaskan di KLIA dan KLIA2 oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas tuduhan menerima rasuah, semalam. 

Menurut Kenyataan Media dari SPAD hari ini, penahanan tersebut amat membimbangkan kerana ia melibatkan integriti Suruhanjaya di dalam melaksanakan tugas bagi kepentingan rakyat dan industri pengangkutan awam. SPAD akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM di dalam siasatan yang sedang dijalankan.

SPAD sentiasa mengamalkan polisi toleransi sifar terhadap rasuah. Suruhanjaya akan mengenakan tindakan yang keras terhadap kakitangan yang didapati bersalah. Ini termasuk tindakan pemecatan daripada perkhidmatan. 

Lima pembantu penguatkuasa SPAD dan seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ditahan oleh SPRM semalam.mMereka ditahan oleh SPRM Selangor bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima suapan daripada pemandu teksi dan kereta sapu yang mengambil penumpang tanpa kebenaran kuasa yang sah di KLIA dan KLIA2.

Kelima-lima ditahan reman selama enam hari mulai hari ini, kata satu kenyataan SPRM. Mahkamah Majistret Shah Alam membenarkan permohonan menahan reman ke atas kesemua enam penjawat awam itu. Mereka ditahan oleh SPRM Selangor bagi Kesemua mereka disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Kenyataan Media SPAD boleh dibaca di bawah:

0 Penang MCA Wonder How Can @limguaneng Not Know The Bungalow’s #NoSwimmingPool True Market Value?

Penang Chief Minister Lim Guan Eng is truly an extraordinary house buyer as he is able to purchase a luxurious bungalow way below market price, all the while claiming that he was unaware of the property’s value.

His excuse for not knowing the true value of his house because he is not a real estate agent is nonsensical. It is nothing more than an attempt to cover up any possible conflict of interest, abuse of power, and exchange of benefits in return for buying the house below market price. 

His self-claimed ignorance of the market price is clearly an insult to people’s intelligence and a desperate move to divert attention and claim innocence. MCA Penang Liaison Committee Secretary, Dr Tan Chuan Hong said it in his Media Statement yesterday.

Dr Tan added, any house buyer should know that a financial institution requires a property valuation to be conducted before deciding on the quantum of the loan. Thus, it is illogical for Lim, who has a professional accounting background, to not have knowledge about the market price before the purchase.

The property in question, according to Dr Tan, a double-storey bungalow located at Jalan Pinhorn, Georgetown was valued at RM2.5 million in 2008. But after extensive renovation, the previous owner had sold it to Lim at an astonishing low price of only RM2.8 million in 2015.

From the official valuation by the National Institute of Valuation (INSPEN) which can be obtained easily online, it is clearly indicated that the type of property should be valued at least RM4.27 million as at August 2015. As such, Lim must come clean and clarify the actual consideration for the huge differential price.

Dr Tan expressed than Lim Guan Eng actions in inviting the media to his house is meaningless. No matter how moderate the interior design or how down-to-earth the furnishing, it does not in any way help to answer the question of the below-market purchase. Instead, it only reflects Lim’s guilty conscious.

We at CTS concurred Dr Tan findings. Lim Guan Eng said he doesn't know the market value of his bungalow suggesting that he wasn't aware that it was grossly under-priced. Of course given that LGE had stayed there for 7 years and has been Chief Minister for 8 years and is an expert in land deals and the EXCO for 'Hal Ehwal Tanah dan Pembangunan Tanah', only fools believe his excuse of "Saya Tak Tahu!"

But in September 2015 letter from 'Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) to Lim Guan Eng clearly shows that LGE is fully aware that the house is undervalued and hence had to pay a stamp duty of RM122,000. The valuation of RM4.27 million by LHDN is based on the 'Jabatan Penilaian' valuation, which is normally lower than the market value made by professional valuer.

Thus Lim Guan Eng's RM2.8 million deal is fully RM1.4 million lower than the legal valuation and the fact that he paid the RM122,000 stamp duty (which is for RM4.27 million) means that he is fully aware of the undervaluation. This only means one thing, as a Public Official, he is bound by MACC law on purchase of undervaluation assets. I rest my case.

40 Giliran MP PKR Subang, @SivarasaRasiah Memfitnah DS @NajibRazak cc. @PDRMsia @SKMM_MCMC



Ringgit hari ini berterusan mengukuh pada kadar USD1 bersamaan RM3.96. Pembangkang semakin panas bontot. Agenda untuk memburukkan Perdana Menteri, DS Mohd Najib Tun Razak harus diteruskan walaupun dengan menggunakan fitnah dan adu domba.

Hari ini, Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah telah menaikkan gambar yang kononnya diambil dari Majalah Time untuk memfitnah DS Najib. Gambar yang telah diubahsuai (superimposed) itu telah disebarluas di dalam laman sosial Facebook beliau. Baca di sini.

Sivarasa dalam postingnya menulis, "Will he (DS Najib Tun Razak) now 'claim' to sue Time Magazine". Jawapan saya, tunggulah Sivarasa apabila peguam-peguam DS Najib Tun Razak menghantar surat saman kepada Yang Berhormat seperti mana mereka menyaman Ahli Parlimen Taiping dalam kes fitnah di bawah.


Satu lagi contoh pemimpin PKR pembangkang, EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin, yang turut menyebarkan gambar tersebut di laman media sosial Twitter.


Juga admin pencacai DS Mukhriz Mahathir.


Ini pula adalah 'cover' depan Majalah Time untuk sepanjang tahun 2016. Mana ada gambar DS Mohd Najib? Sivarasa Rasiah kantoi big time!



March 22, 2016

20 @msiakini Terdesak Fitnah DS @NajibRazak Dan @Zahid_Hamidi cc. @SKMM_MCMC @PDRMsia


Malaysiakini terdesak untuk memfitnah Perdana Menteri, DS Mohd Najib Tun Razak dan Timbalannya, DS Ahmad Zahid Hamidi di saat ringgit kembali mengukuh di mana USD 1 adalah bersamaan dengan RM3.99, hari ini. Video tersebut bertajuk "Video Dakwa Pemuda UMNO Selangor Desak Najib Undur Awal", telah dimuatnaik oleh kinitv, tonton di sini. Menurut kenyataan video berkenaan yang dimuatnaik tengah hari tadi:
Satu rakaman yang didakwa daripada kalangan pemuda Umno negeri Selangor mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi melepaskan jawatan kini viral di laman sosial. Rakaman tersebut dipercayai berlaku ketika satu mesyuarat pada hujung minggu lalu. Di dalam rakaman tersebut jelas terdengar laungan rasuah!... rasuah!
Amat malang fitnah yang cuba diutarakan oleh Malaysiakini tidak berhasil. Video berkenaan adalah video kitar semula pada tahun 2009 yang tidak ada kena mengena langsung dengan DS Mohd Najib Tun Razak mahupun DA Ahmad Zahidi.

17 Apa Kepentingan EXCO Penang Baca Akaun Bersumpah Miss Phang Berkenaan Isu Banglo #NoSwimmingPool ?


EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Phee Boon Poh hari ini memanggil Sidang Media bertempat di Komtar. Phee Boon Poh telah membacakan Akuan Bersumpah Miss Phang Li Koon, seorang ahli perniagaan yang telah menjual banglo (tanpa kolam renang) di Jalan Pinhorn kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. 

Untuk rekod, Phang Li Koon adalah juga merupakan sepupu kepada Phee Boon Poh. Phee Boon Poh ada membuat kenyataan bahawa hubungan Phang Li Khoon dan pihak berkepentingan (stakeholder) hanyalah sebagai rakan perniagaan (business partners).


Persoalannya kenapa tuan punya diri, Phang Li Koon sendiri tidak memanggil sidang media untuk memaklumkan Akuan Bersumpah yang telah dibuatnya? Kenapa perlu melalui sepupunya? Apa kepentingan Phee Boon Poh dalan isu ini? Kenapa Phee Boon Poh begitu "over protective" terhadap Phang Li Koon? Berikut adalah teks Akaun Bersumpah berkenaaan:
PENGISYTIHARAN STATUTORI/SURAT AKUAN
Saya, PHANG LI KOON (No. K/P. XXXX-XX-XXXX), seorang warganegara Malaysia yang menetap di XXXX dengan sesungguhnya dan sebenarnya mengakui bahawa:
Saya mula mengenali keluarga Ketua Menteri (KM) Pulau Pinang sejak 2008. Sejak itu, saya menjadi kawan karib isteri beliau, Betty Chew kerana sifatnya yang peramah dan rendah hati.
Pada 2008, saya telah membeli sebuah rumah di No. 25, Jalan Pinhorn, Pulau Pinang dengan harga RM2.5 juta dan membuat ubah suai dengan niat untuk membolehkan abang saya menetap di rumah itu. Bagaimanapun selepas saya mendapat tahu daripada isteri KM bahawa beliau sedang mencari rumah untuk disewa kerana mengalami masalah anai-anai di kediaman rasminya, saya membuat keputusan untuk menawarkan rumah saya untuk disewa kepada mereka. Perjanjian penyewaan rumah telah dipersetujui dan ditandatangani pada 1/7/2009 bagi tempoh 3 tahun dengan kadar sewa RM5,000 sebulan tetapi kemudian tempoh itu dilanjutkan untuk 3 tahun lagi sehingga 30/6/2015. 
Pada masa itu saya merasa bangga dapat menyewakan rumah saya kepada Ketua Menteri Pulau Pinang dan keluarganya dan juga dapat membantu mereka mengatasi masalah rumah.
Bagaimanapun, menyewakan rumah kepada mereka telah menyebabkan saya rasa tertekan berikutan tindakan BN dan NGO-NGO yang menuduh saya dengan cerita-cerita palsu. Pada masa itu saya membuat keputusan untuk menjual rumah tersebut. Ada lagi kejadian-kejadian lain pada tahun-tahun seterusnya, daripada demonstrasi dan upacara pengebumian di depan rumah, kepada bom botol molotov cocktail yang dibaling ke dalam kawasan rumah itu yang menyebabkan keadaan rumah terdedah dan tidak selamat.
Berita-berita disiarkan tanpa henti tentang rumah tersebut dengan menyiarkan alamat dan gambarnya sekali di dalam akhbar-akhbar. Saya merasa sangat tidak selesa, kerana jika suatu hari nanti saya atau mana-mana ahli keluarga dan sanak-saudara mahu menetap di sana pada masa depan, saya tidak akan merasa selamat dan terjamin untuk tinggal di sebuah rumah yang amat terdedah serta terlalu diketahui umum.
Jadi pada awal tahun 2012, saya secara lisan telah memberitahu isteri KM, Betty Chew bahawa jika mereka bersedia dan sanggup membeli rumah tersebut, saya akan menjual kepada mereka dengan harga RM2.8 juta. Saya dimaklumkan bahawa Betty berminat tetapi KM bimbang beliau tidak mampu membelinya jika tidak dipilih semula sebagai Ketua Menteri. Jadi Betty bertanya sama ada saya masih sanggup menjual rumah itu kepada mereka dengan harga yang sama RM2.8 juta selepas pilihanraya umum ke-13.
Bagaimanapun, selepas pilihanraya umum ke-13 pada 2013, isteri KM memberitahu saya mereka memerlukan masa lagi untuk membeli rumah tersebut dan beliau meminta saya memberi pilihan kepadanya untuk membelinya pada suatu tarikh akan datang apabila mereka bersedia berbuat demikian. Pada 2014 KM dan saya telah membuat perjanjian bertarikh 23.6.2014 di mana saya bersetuju untuk memberi pilihan kepada beliau tempoh 5 tahun untuk membeli rumah tersebut pada harga RM2.8 juta sejajar dengan pembayaran KM kepada saya sebanyak RM100,000-00. Sementara menunggu pelaksanaan pilihan itu, saya akan terus membenarkan KM dan keluarganya untuk kekal menyewa rumah tersebut.
Beberapa waktu sebelum lanjutan penyewaan rumah cukup tempohnya pada 20/6/2015, saya telah membuat keputusan muktamad untuk menjual rumah tersebut. Saya adalah seorang usahawan dan saya tidak mahu hidup dalam tekanan dan melihat nama saya terpapar dalam akhbar-akhbar dan media sosial secara berterusan terutamanya apabila mereka yang tidak sensitif mahu menyerang KM atau membangkitkan isu tanah Taman Manggis yang mana saya tidak terlibat sama sekali. Saya membuat keputusan untuk menjual rumah tersebut kerana ia telah menimbulkan pelbagai publisiti yang saya tak perlukan serta tuduhan-tuduhan dari semasa ke semasa.
Saya sekali lagi bertanya kepada isteri KM, Betty untuk meminta KM memutuskan pilihan untuk membeli. Saya tidak menyelidik pasaran apabila saya membuat keputusan untuk menjualnya kepada KM pada 2015 kerana saya rasa tidak perlu berbuat demikian. Saya sudah mempunyai KM sebagai pembeli dan sudah ada satu persetujuan kepada Perjanjian bertarikh 23.6.2014 berhubung harga jualan yang telah dipersetujui.
Selepas isteri KM, Betty memberitahu saya bahawa mereka telah berjaya mendapat pinjaman perumahan, kami membuat keputusan untuk menandatangani perjanjian membeli rumah pada harga yang kami telah persetujui dahulu, iaitu RM2.8 juta. Daripada rekod simpanan saya, perjanjian jual beli itu ditandatangani pada 28.7.2015 dan pihak bank telah mengeluarkan jumlah penuh pinjaman pada Oktober 2015. 
KM dan keluarganya menjadi penyewa yang baik sepanjang 6 tahun. Bagi saya, KM adalah seorang pemimpin yang dihormati dan saya rasa bangga dapat menjual rumah saya kepada beliau. Saya rasa Pulau Pinang telah berjaya membangun di bawah pentadbiran beliau. Lebih penting lagi saya telah menjual rumah saya kepada orang yang saya hormati. Saya tidak menyesal menjual rumah saya kepada KM dengan harga RM2.8 juta. Saya telah membebaskan diri saya daripada masalah dan tekanan yang saya tidak perlukan.
Saya tidak faham mengapa perjanjian saya untuk menjual rumah kepada KM telah dibesar-besarkan sehingga menjadi isu nasional sedangkan saya tidak membuat apa-apa urusan dengan Kerajaan Negeri. Saya juga tidak mendapat sebarang hasil daripada Kerajaan Negeri apabila saya menjual rumah kepada beliau. Ia adalah keputusan saya sendiri untuk menentukan harga menjual rumah kepada KM. Saya tegaskan bahawa saya tidak ditekan atau dipaksa atau di bawah apa-apa pengaruh daripada KM atau mana-mana pihak untuk menjual rumah saya kepada KM dengan harga RM2.8 juta. Saya menjualnya atas kerelaan saya sendiri atas dasar pembeli dan penjual yang sama-sama rela. 
Saya juga ingin menjelaskan bahawa saya bukan seorang pengarah atau pemegang saham syarikat KLIDC yang telah berjaya mendapat tanah Taman Manggis yang ditender secara terbuka. Saya juga tidak terlibat dalam pengurusan syarikat tersebut. Saya mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak jika mereka cuba membuat menimbulkan sebarang kaitan dengan saya yang tidak ada kena-mengena bagi menyulitkan perkara ini dan mengheret saya ke dalam kontroversi ini. 
Saya membuat surat akuan ini dengan kepercayaan bahawa apa-apa yang tersebut dalamnya adalah benar, serta menurut Undang-undang Surat Akuan 1960.
Diperbuat dan dengan sebenar-benarnya )
diakui oleh yang tersebut namanya di atas )
di George Town )
di Negeri Pulau Pinang ) ……………………….
pada tarikh 22 Mac 2016 ) PHANG LI KOON
Di hadapan saya, 
……………………………………
PESURUHJAYA SUMPAH

8 Dari 100% Tanah Taman Manggis Guna Untuk Pusat Perubatan, @limguaneng Tukar Jadi Hotel Mewah @SPRMMalaysia

Tender bagi tanah Taman Manggis 2 dikeluarkan pada Februari 2010 yang dimenangi oleh Kuala Lumpur International Dental Center Sdn Bhd (KLIDC) adalah untuk pembangunan dan pengurusan sesebuah pusat perubatan.

Semasa tender dikeluarkan syarat tanah berkenaan adalah hanya tertakluk kepada  100% kegunaan pusat perubatan swasta. Setahun kemudian, Kerajaan DAP Pulau Pinang menggunakan kuasa untuk menukar syarat tanah kepada 30% pusat perubatan swasta dan 70% 'service suits' dan hotel.

Geran haklmilik tanah tapak PPR Taman Manggis Fasa 2 telah dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada KLIDC pada April 2015, empat bulan sebelum Lim Guan Eng memeterai perjanjian jual beli banglo milik Ms Phang di No 25, Jalan Pinhorn, George Town.

Lim Guan Eng dalam kenyataan kepada media pada Jumaat lalu di Komtar menyatakan bahawa Kerajaan Pulau Pinang telah menjual tanah tersebut kepada KLIDC pada 2012. Difahamkan tanah tersebut telah pun dicagarkan ke bank pada 2012 lagi oleh KLIDC.

Walau bagaimanapun, syarat kegunaan tanah tersebut juga sudah ditukar pada 2011 dari kegunaan perkhidmatan perubatan ke kegunaan pusat perubatan pakar, service suites dan hotel.

Kerajaan DAP Pulau Pinang pernah mengeluarkan kenyataan bahawa tanah Taman Manggis tidak cukup luas untuk membina 272 unit perumahan PPRT, tetapi bagaimanapun tanah berkenaan kini cukup luas untuk membina hotel dan unit servis apartment 24 tingkat termasuk kolam renang. Jadi Lim Guan Eng tidak lagi boleh merungut #NoSwimmingPool.

March 21, 2016

3 MCA Desak @SPRMMalaysia Cepatkan Siasatan Ke Atas @limguaneng Berhubung Banglo #NoSwimmingPool

MCA hari ini telah membuat desakan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar mempercepatkan siasatan berhubung banglo Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang telah dibeli dengan harga yang begitu murah di bawah harga pasaran.

Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai menulis di laman sosial Facebooknya berkata, adakah penting bagi isu yang melibatkan Rakyat ditandatangani dengan dengan segera bagi memastikan nilai transpiransi dan intergriti sentiasa terpelihara.

Lim Guan Eng juga menurut DS Liow juga seharusnya membuktikan transaksi pembelian tersebut adalah sah dan bebas dari unsur penyalahgunaan kuasa. DS Liow menambah cakap-cakap kosong dan tidakan retorik tindakan retorik seperti mengajak pemberita melawat banglo milik Ketua Menteri berkenaan tidak menxukupi.

Sudah dua tiga hari sejak beberapa laporan polis dan SPRM telah dibuat. Bila siasatan hendak dijalankan?

2 Dividen Saham FGV Pasti Diterima Oleh Peneroka FELDA


FELDA memberi jaminan memberikan dividen kepada peneroka walaupun keuntungan FELDA Global Ventures (FGV) berkurangan. Pengerusi FELDA, TS  Mohd Isa Abdul Samad, berkata jumlah dividen hanya akan diputuskan sebaik Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) diadakan pada Jun ini.

Menurut TS Mohd Isa, peneroka FELDA yang mempunyai saham tetap akan menerima dividen, tetapi sedikit atau banyak akan ditentukan dalam mesyuarat itu. Beliau berkata idak perlu dengar cakap orang yang mendakwa FELDA dan FGV kerugian serta tidak ada duit. Memang FELDA dan FGV berhadapan pelbagai situasi yang mencabar tetapi masih mendapat keuntungan.

TS Mohd Isa yang juga Ahli Parlimen Jempol berkata, FGV akan terus memajukan sektor hiliran yang berdaya maju dalam usaha meningkatkan pendapatan syarikat sekali gus terus memacu Felda keatas pencapaian terbaik meskipun ekonomi global dalam keadaan ketidaktentuan.

Laporan media pada Febuari tahun ini, untung selepas cukai (PAT) FGV mencecah RM310 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015 lalu, dan FGV merekodkan hasil RM15.67 bilion bagi tahun kewangan sama berbanding RM15.26 bilion tahun sebelumnya ini menokok pertambahan hasil sebanyak 3%.

7 Tahniah Rakyat Penang! Bidan Terjun Tony Pua Dilantik Pengarah Ganti ADUN PKR Bukit Tengah #NoSwimmingPool


Tahniah kepada Rakyat Pulau Pinang di atas perlantikan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua sebagai Pengarah, Penang Invest dan Island Golf Properties Bhd bagi mengantikan ADUN PKR Bukit Tengah, Ong Chin Wen, yang telah ditamatkan khidmatnya. Ternyata, tidak ada seorangpun anak jati Pulau Pinang yang layak dilantik sebagai Pengarah di  sebuah anak syarikat Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang yang juga merupakan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).

Terdahulu, perlantikan Anthony Loke Siew Fook, Ahli Parlimen Seremban, sebagai Ahli Lembaga Pengarah Penang Hill Corporation (PHC), bagi mengantikan ADUN PKR Kebun Bunga, Cheah Kah Peng yang juga ditamatkan khidmatnya oleh Ketua Menteri yang berasal dari Batu Pahat, Johor, sudah cukup menghina anak-anak Pulau Pinang.

Tahniah sekali lagi kepada anak-anak jati Pulau Pinang. Yang layak menduduki kerusi Pengarah GLC di Pulau Pinang hanyalah Ahli-Ahli Parlimen dari Selangor dan Negeri Sembilan. Ketua Menteri pula orang Johor yang bermastautin di Melaka, yang layak membeli rumah dan tanah di kawasan strategik dengan harga yang cukup murah iaitu RM275 kaki persegi walaupun tanpa kolam renang. Sedang anak-anak jati Pualau Puinang hanya sekadar peminta sedekah untuk mendapatkan harga rumah kos murah berharga RM400,000. Padan muka hangpa!

15 Zarul Al Bakry Cuba Untuk Popular Kembali Dengan Memburukkan Isteri Perdana Menteri?


Di zaman kegemilangan pelakon wanita Ramona Rahman tahun 80an, nama Zarul Al Bakry tidaklah sehebat mana. Apabila seorang sahabat CTS memberitahu nama beliau muncul kembali dipetik portal pembangkang Malaysiakini, baca di sini, pasti ada sesuatu yang tidak kena. Kita tidak pasti apa masalah sebenar penerbit yang mahu bertukar karier menjadi seorang pelukis ini. Namun, beliau pasti akan mencetuskan kontroversi apabila beliau membuat karikatur Tun Dr Mahathir bertanduk ala syaitan dan mengeluarkan kenyataan, "Saya takut Rosmah, yang lain OK."

Tindakan Zarul menyentuh isteri Perdana Menteri dalam kenyataannya walaupun berunsur jenaka tidak kena dengan gayanya. Tindakan untuk kembali populis dengan lawak menggunakan isteri pemimpin negara yang tidak ada kena mengena dengan politik amat menjengkelkan. Sudah menjadi satu kebiasaan apabila nama DS Rosmah Mansor sering digunakan bertahun-tahun oleh pembangkang dalam memburukkan imej beliau. 

Apa sangkut paut DS Rosmah Mansor dengan kegagalan beliau menyiapkan filem untuk ditayangkan kerana gagal melepasi Lembaga Penapisan Filem (LPF). Apa yang pasti, Zarul cuba mewujudkan permusuhan dengan juak-juak Pro Tun apabila mengambarkan beliau seperti syaitan bertanduk. Anda telah memalukan lelaki-lelaki botak sedunia.


March 20, 2016

0 Kini Anda Boleh Menikmati Transaksi Tanpa Wang Di Restoren McDonald's Yang Terpilih



Dalam melayari dunia tanpa sempadan, tidak dapat tidak penggunaan kad kredit dan kad debit sudah menjadi satu kemestian bagi setiap restoren. McDonald's melangkah setapak lagi dengan mengadakan kerjasama dengan Maybank untuk mewujudkan transaksi tanpa wang. Setakat ini untuk projek perintis (pilot prject) sebanyak 20 buah restoren telah dipilih memberi kemudahan kepada pelanggan untuk menggunakan transaksi tanpa wang ini.

Untuk promosi bulan ini, pelanggan akan menerima percuma 'Sundae Cone' ais krim jika mereka memilih untuk membayar apa-apa jumlah yang melebihi RM10 dengan kad kredit atau debit mereka untuk masa yang terhad. Walau bagaimanapun tidak ada jumlah minimum yang diperlukan bagi pengguna untuk menggunakan kad kredit atau debit mereka. Seperti yang ditunjukkan dalam imej di atas, terminal pembayaran yang boleh didapati di cawangan McDonald's yang terpilih menerima American Express, JCB, MasterCard, Visa dan kad Visa payWave.

20 restoren McDonald's yang terlibat di dalam projek perintis ini adalah Mid Valley (LG floor), Mid Valley (3rd floor), Sunway Pyramid, Bukit Bintang, Batu Caves, Titiwangsa, Seksyen 3 Shah Alam, TTDI, KLIA, Genting, Jalan Silang, Jalan Tun Perak, Berjaya Times Square, SOGO, 1 Utama, Mutiara Damansara, Bandar Utama, Mont Kiara, Petronas Taman Melati dan Menara MARA.

Kita mengharapkan di dalam jangka panjang, McDonald's dapat memperluaskan perkhidmatan transaksi tanpa wang ke semua restorennya di seluruh negara. Lebih banyak cawangan McDonald's di Malaysia akan dilengkapi dengan pilihan kredit dan pembayaran kad debit tidak lama lagi, adalah dirasakan bahawa syarikat mungkin ingin mempertimbangkan untuk memperluaskan pilihan transaksi tanpa wang ini untuk McDelivery juga yang pasti akan menambah satu lagi tahap kemudahan kepada perkhidmatan kepada pengguna yang setia.

27 @limguaneng Menipu Apabila Berkata Beliau Tidak Tahu Harga Pasaran Banglonya, Ini Buktinya @SPRMMalaysia


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng didapati berbohong apabila beliau berkata beliau tidak tahu harga pasaran banglo yang telah dibelinya tahun lepas dengan harga RM2.8 juta. Memetik kata-kata beliau di dalam Free Malaysia Today, di sini, beliau berkata beliau bukanlah ajen hartanah.

Walaupun Lim Guan Eng cuba menafikan atau berpura-pura tidak tahu harga pasaran rumahnya, Lim Guan Eng pernah menerima surat dariada Lembaga Hasil Dalam Negeri bertarikh 27/08/2015 (C142015SIVA) berkenaan 'Notis Taksiran Pindah Milik Harta Tanah (Duti Ad Valorem) seperti di lampirkan di bawah.

Di dalam surat berkenaan, berdasarkan Seksyen 36, Akta Setem 1949, Duti Setem mengikut jumlah ad valorem yang dikenakan adalah sebanyak RM122,100. Dalam muka surat 2 surat berkenaan dengan jelas menyatakan bahawa nilai taksiran hartanah yang ditaksirkan oleh LHDN adalah RM4.270 juta, satu jumlah yang nyata lebih tinggi daripada harga belian rumah itu iaitu RM2.8 juta.

Adalah mustahil Lim Guan Eng tidak tahu harga pasaran rumah berkenaan lebih tinggi daripada harga belian oleh beliau. Melainkan pengundi Parlimen Bagan telah memilih Ketua Menteri yang paling bodoh dalam sejarah. Kalau LHDN mentaksir harga hartanah tersebut sebanyak RM4.270 juta, bayangkan penilaian yang dibuat oleh Jurunilai Profesional Komersial yang bertauliah. 

Oleh tu, tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang itu menjemput wartawan ke rumahnya hari ini tidak lebih sekadar 'political stunt' atau wayang cina. Fakta tetap tidak berubah. SPRM jangan terperdaya.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates