March 5, 2016

37 Blog Hantu Diguna 'Gutter Politic' Keluarga DS @NajibRazak Selepas Deklarasi Tun M-Lim Kit Siang 'Backfire' #RespectMyPM

Setelah kejadian Deklarasi 'Selamatkan Malaysia' mendapat sambutan lebih banyak negatif daripada positif daripada penyokong kedua-dua pihak iaitu pihak Kerajaan dan pembangkang akibat masing-masing masih tidak dapat menerima sikap hipokrik Tun Dr Mahathir dan Lim Kit Siang 'comolot', blog hantu seperti biasa digunakan untuk membuat fitnah dan menyebarkan 'gutter politic' ke atas keluarga Perdana Menteri, DS Najib Tun Abdul Razak.

Blog hantu 'Suara Kami' telah dipadam oleh pihak SKMM. Pengendali blog hantu ini kembali dengan alamat url baru iaitu http://suarakamiibaru.blogspot.my/. Tuduhan 'gutter politic' ke atas keluarga DS Najib Razak dalam tajuk posting hari ini, "Anak Najib Masih Belajar Miliki Kereta Jutaan Ringgit...Sebarkan", baca di sini, bukan perkara baru. Dengan meletakkan sekeping gambar sebuah kereta mewah jenama Bantley, tuduh anak DS Najib Razak yang punya. Sedangkan nombor plat kereta itu sah-sah bertulis "TMJ"!!!


Tuduhan kedua bahawa anak DS Najib Razak merupakan Pengarah Syarikat itu dan ini, apa masalahnya. Apa anak Perdana Menteri tidak boleh menjadi Pengarah Syarikat? Hanya anak Mantan Perdana Menteri sahaja yang boleh menjadi 'billionaire' dan bapanya menggunakan wang Petronas untuk 'bail out' syarikat anaknya yang hampir bangkrap satu ketika dulu?

Tuduhan ketiga, masih mengenai perkahwinan anak DS Najib Razak, Nooryana Najwa dengan warga Kazakkhtan, Daniar Nazarbayev pada 17/06/2011 masih lagi diperkatakan. Blog ini beberapa kali membuat posting mengenai perkara ini. Sila rujuk arkib blog ini. Suami dia si Daniar orang kaya. Bapa si Daniar 'billionaire'. Kenapa perlu cemburu?

Cukup-cukuplah melakukan 'gutter politic' untuk menutup Deklarasi Selamatkan Malaysia yang telah 'backfire'.

0 Demi Rakyat - Kerajaan Melanjutkan Diskaun 30% Untuk Pengguna Bas Antara Bandar


Berita baik untuk pengguna-pengguna bas antara bandar terutama di Rawang, Klang, Seremban dan Kuala Lumpur. Kerajaan telah bersetuju untuk melanjutkan diskaun 30% untuk kadar tambang bulanan kepada pengguna perkhidmatan bas antara bandar bagi laluan dari Rawang, Klang dan Seremban ke Kuala Lumpur mulai 1 Mac 2016 sehingga 31 Disember 2016. 

Inisiatif diskaun bagi kadar tambang bulanan ini yang telah diperkenalkan pada 1 September 2015 ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan untuk meringankan kos perjalanan harian bagi pengguna yang menetap di kawasan pinggir bandar dan yang bekerja di pusat bandar Kuala Lumpur. 

Di samping itu, diskaun ini juga bertujuan untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan awam secara lebih meluas dan akan memberi manfaat kepada orang ramai yang memilih pas bulanan bagi perjalanan mereka. 

Keprihatinan Kerajaan melanjutkan tempoh diskaun selama 9 bulan sehingga hujung tahun ini diharap dapat mengurangkan beban orang ramai untuk mengguna pengangkutan awam bagi berulang alik ke tempat kerja.

Borang aplikasi boleh dimuat turun melalui laman rasmi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di www.spad.gov.my. Di samping itu, borang aplikasi juga boleh didapati di kaunter tiket pengendali bas yang yang ditetapkan sepertimana dalam jadual diatas. Pengguna yang berminat boleh membeli pas bulanan daripada pengendali pilihan, seperti tertera di jadual di dalam Kenyataan Media di bawah:

29 Bila Tun Dr Mahathir-Lim Kit Siang 'Comolot', A Kadir Jasin Sepentas Pula Di Forum DAP #RespectMyPM

Tidak sampai 24 jam Tun Dr Mahathir bergabung mesra bersama musuh politik ketatnya dari DAP, Lim Kit Siang dalam satu majlis deklarasi petang semalam, di sebelah malamnya pula, penulis Pro-Tun, Datuk A Kadir Jasin, sudah berada sepentas dengan DAP dalam satu forum. Tidak menyempat-nyempat.

Forum anjuran DAP ini diadakan di KL Selangor Chinese Assembly Hall. Turut hadir sebagai panel adalah Syerleena yang merupakan Setiausaha Publisiti Wanita DAP Pusat, A Kadir Jasin, Premesh Chandran (pemilik Malaysiakini), Lim Kit Siang dan Nurul Izzah. Forum dalam bahasa Inggeris ini turut mengadakan sidang Skype dgn Clare Brown, pemilik Sarawak Report dari luar negara yang merupakan pemfitnah nombor satu negara.

Ayat paling tragis dan menyayat hati yang dikeluarkan oleh A Kadir Jasin dalam forum ini adalah "Kit Siang bukan musuh politik saya yang sebenar." Cantil ayat jilat DAP nombor satu dari blogger Pro-Tun ni. Tahniah macai-macai Pro-Tun. Boss hangpa sudah 'comolot' dengan Lim Kit Siang, tak ada salahnya hangpa berpeluk dengan Teressa Kok, Lim Guan Eng dan Tony Pua.

0 Penerbangan Sulung Malindo Air Kuala Lumpur-Lahore Bangunkan Sektor Perlancongan Kedua Negara #MoveMalaysia


Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi semalam telah merasmikan penerbangan sulung penerbangan Malindo Air bagi laluan Kuala Lumpur - Lahore, Pakistan. Dalam ucapan perasmiannya, Datuk Ab Aziz melahirkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Pakistan di atas komitmen untuk membangunkan industri pelancongan sebagai salah satu penyumbang utama ekonomi kepada negara melalui kerjasama laluan penerbangan ini. Beliau juga turut merakamkan ucapan terima kasih kepada dedikasi dan tidak kenal penat usaha oleh Malindo Air yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Chandran Rama Muthy, dalam membuat Pakistan sebagai destinasi terbaru mereka di peta laluan Malindo Air.

Beliau berkata, Di Malaysia, industri pelancongan dianggap sebagai salah satu penyumbang ekonomi yang paling penting kepada KDNK negara. Pelancongan merupakan sektor besar ekonomi Malaysia, dengan rasmi statistik Kementerian Perlancongan Malaysia bahawa pada tahun 2014 Malaysia telah menarik 27.437.315 ketibaan pelancong antarabangsa, pertumbuhan sebanyak 6.7% berbanding dengan tahun 2013. Jumlah pendapatan pelancongan antarabangsa meningkat sebanyak 3.9% kepada RM60.6 bilion (US$ 19 billion) pada tahun 2014. Tahun lepas Malaysia mencatatkan 60,000 ketibaan pelancong dari Pakistan.

Datuk Ab Aziz yang juga merupakan Ahli Parlimen Sri Gading berkata, program Tahun Melawat Malaysia telah menjadi satu kejayaan besar dalam menarik pelancong ke negara Malaysia. Beliau turut memberikan beberapa contoh destinasi pelancongan utama Malaysia seperti Gua Mulu di Sarawak, tempat menyelam yang indah Perhentian dan Sipadan Kepulauan, Pulau Langkawi, mercu tanda tertinggi di dunia iaitu Menara Berkembar Petronas dan Gunung Kinabalu. Katanya, Pertubuhan Pelancongan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWTO) telah menyenaraikan Malaysia sebagai negara ke-10 paling dikunjungi di 2012.

Datuk Ab Aziz mengalakkan pelabur dari Lahore dan sudah tentu Pakistan, untuk melabur di Malaysia kerana negara ini mempunyai ekonomi pasaran yang kukuh. Ekonomi Malaysia adalah yang ketiga terbesar di Asia Tenggara, selepas Indonesia yang lebih ramai penduduknya dan Thailand, dan ke-35 terbesar di dunia. Malaysia juga katanya adalah ketiga terkaya di Asia Tenggara dengan KDNK nilai per kapita, selepas Singapura dan Brunei. Ekonomi Malaysia adalah salah satu negara yang paling berdaya saing di dunia, kedudukan ke-14 pada tahun 2015. Pada tahun 2015, Malaysia merupakan negara yang paling menarik iaitu tempat ke-6 bagi pelabur asing, kedudukan dalam 'Baseline Profit Index (BPI)' yang diterbitkan oleh 'Foreign Policy Magazine'.

Datuk Ab Aziz mengumumkan berkuat kuasa 15 Mac 2016, Malindo Air akan memindahkan operasi KLIA2 kami ke KLIA Terminal Utama. Beliau juga yakin akan ada peningkatan ketibaan di Malaysia dan Pakistan kerana ini merupakan penerbangan mingguan sebanyak 4 kali oleh Malindo Air yang menghubungkan Lahore dan Kuala Lumpur.

Di akhir ucapan beliau, Datuk Ab Aziz berkata pelancongan adalah lebih daripada ekonomi. Malaysia penuh dengan kepelbagaian budaya dan etnik dan ia mempunyai pelbagai kaum hidup dalam harmoni, yang mempamerkan keunikan dan kekuatan Malaysia dalam kepelbagaian. Ini telah menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan untuk pelancong untuk mengalami suatu suasana, 'Malaysia Truly Asia'. Katanya, "saya ingin menjemput anda semua untuk datang dan melawat Malaysia!"

March 4, 2016

60 Muhyiddin Yassin Dan Mukhriz Mahathir Wajar Dipecat UMNO Hadir Majlis Deklarasi Hari Ini #RespectMyPM

Sejarah telah tercipta apabila Mantan Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamed hadir di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur untuk menandatangani deklarasi Anti-Najib.

Deklarasi ini kononnya demi 'Selamatkan Malaysia' ditangani oleh Tun Dr Mahathit bersama-sama 'dinasour' politik di dalam UMNO dan barisan pemimpin-pemimpin pembangkang. Deklarasi itu bagi menolak pentadbiran Perdana Menteri DS Mohd Najib Tun Razak.

Ia menjadi detik bersejarah apabila buat pertama kali dalam sejarah Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas presiden Umno duduk semeja bersama pemimpin pembangkang di dalam majlis dan menandatangani deklarasi secara bersama.

Pihak Majlis Tertinggi UMNO wajar memecat Timbalan Presiden UMNO yang digantung, TS Muhyiddin Yassin dan Mantan Menteri Besar Kedah, DS Mukhriz Mahathir yang turut sama hadir dan menandatangani deklarasi tersebut, di bawah Fasa 20.9 Perlembagaan UMNO.

Berikut adalah antara penandatangan deklarasi berkenaan petang tadi:

SENARAI PENANDATANGAN DEKLARASI

Lima pertama:
Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali
Tun Dr Ling Liong Sik
Datuk Seri Azmin Ali
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Lima kedua:
Datuk Seri Mukhriz Mahathir
Mohamad Sabu
Lim Kit Siang
Datuk Mustafa Ali
Datuk Ambiga

Lima ketiga:
Tan Sri Sanusi Junid
Datuk Zaid Ibrahim
Datuk Kamarudin Jaffar
Datuk Mahfuz Omar
Tan Sri Muhammad Mohd Taib

Lima keempat:
Tian Chua
Teresa Kok
Anthony Loke
Tan Sri Aziz Yasin
Datuk Kadir Jasin

Lima kelima:
Salahudin Ayub
Datuk Dr Mujahid
Datuk Husam Musa
Rafizi Ramli
Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah

Lima keenam:
Datuk Fauzi Abdul Rahman
Datuk Lajim Okin
Hasanudin Yunus
Samsul Iskandar Akin
Maria Chin Abdullah

Lima ketujuh:
Dr Syed Azman
Amiruddin Saari
Datuk Hamidah Othman
Kamarul Azman Habibur Rahman
Uncerognised Indian lady

Lima kelapan:
Zahid Mat Arip
Elizabeth Wong
Tamrin Tun Ghafar
Afif Bahardin
Hishamudin Rais

Lima kesembilan:
Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan
Ainina Saadudin
Abdullah Sani
Datuk Wan Abu Bakar Muhammad
Sayid Sadiq Abdul Rahman

March 3, 2016

35 Adakah Challenger Ciptaan Syed Saddiq Bakal Berkubur Dan Mengorbankan Krewnya Seperti Kapal Angkasa Challenger?



Sekumpulan anak muda yang diketuai oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, seorang pemenang Debat Asia sebanyak 3 kali telah membuat satu Kenyataan Akhbar atas nama kumpulan 'Challenger' dengan menyatakan hilang rasa percaya kepada kepimpinan Perdana Menteri, DS Najib Tun Abdul Razak.

Bagi yang kurang mengenali Syed Saddiq ini, beliau adalah suara kepada Mantan Timbalan Presiden UMNO, TS Muhyiddin Yassin. Lihatlah sahaja gambar di bawah di mana Syed Saddiq begitu rapat dengan Mantan Timbalan Presiden dan Naib Presiden UMNO, DS Shafie Afdal di dalam satu majlis tertutup.


Mungkin anak muda ini masih terlalu mentah dan lupa sejarah nama 'Challenger' itu sendiri. Bagi yang tahu sejarah, Challenger adalah satu nama bagi sebuah kapal angkasa (space shuttle) yang meletup pada 28 Januari 1986, dan mengorbankan kesemua 7 crew kapal berkenaan.

Akibat kegagalan enjin kapal, kapal angkasa berkenaan hanya mampu bertahan selama 73 saat sebelum meletup. Agak ganjil bagi kumpulan berkenaan mengunakan nama sedemikian bukan? Mungkin hayat kumpulan ini juga tidak lama seperti kapal angkasa Challenger. Malah agak memualkan juga apabila logo kumpulan berkenaan nyata diciplak dari lambang lama Proton.


Kita berharap kumpulan Challenger yang bukannya mewakili suara majoriti anak muda, bukan setakat dipergunakan secara hangat-hangat tahi ayam. Kalau nak dengar suara majoriti anak muda, bacalah Kenyataan Media di bawah:
KENYATAAN MEDIA SOKONGAN ANAK MUDA PADA PERDANA MENTERI
1) Kami rasa terpanggil untuk menyatakan yang kumpulan mahasiswa, NGO dan generasi muda menyanggah kenyataan kumpulan Challenger yang mengecam Perdana Menteri Malaysia.
2) Challenger bukanlah satu pertubuhan berdaftar dengan ROS, ROY atau universiti. Mereka tidak mewakili suara majoriti anak muda di Malaysia.
3) Kenyataan mereka yang mempertahankan Rafizi Ramli yang sering menyerang Tabung Haji dengan tuduhan tidak berasas menyerlahkan mereka adalah sekutu pada pembangkang.
4) Kami bersetuju bahawa menghormati hak majoriti yang dipilih melalui proses demokrasi yang berlangsung setiap lima tahun adalah lebih mulia berbanding merosakkan sistem yang sedia ada.
5) Semua tuduhan yang dilempar ke atas Perdana Menteri hanyalah bersifat prasangka dan propaganda semata-mata, sedangkan realitinya sudah banyak perubahan yang dilakukan dan rakyat sedang menikmatinya sekarang.
6) Tindakan mempertahankan The Edge, Sarawak Report akhbar yang memetik sumber daripada Xavier Justo orang yang sudah ditahan dipenjara Thailand juga membuktikan Chalenger ini buat kenyataan media secara melulu dan tanpa usul periksa.
7) SPRM dan Peguam Negara sudah mengesahkan tentang isu dana RM2.6 billion selepas meneliti secara forensik dokumen setinggi 1.7 meter daripada SPRM dan sumber sumber lain. Keputusan Peguam Negara adalah jelas, tiada kaitan dengan 1MDB dan tiada kesalahan jenayah.
8) Jika ada bukti baru, maka pihak pihak berkaitan perlu memberi kerjasama kepada pihak polis, SPRM dan AG untuk siasatan. Bukan menuduh tanpa asas dalam blog dan tidak menyatakan sumber seperti yang dibuat oleh WSJ
9) Soal penggantungan yang kita segani Tan Sri Muhyiddin dan keluarnya insan yang kita sayangi Tun Mahathir daripada UMNO adalah soal dalaman parti. Pihak luar dan anak muda hanyalah menilai berdasar persepsi sahaja. Realitinya, berapa ramai yang turut serta keluar UMNO bersama sama dengan Tun Mahathir? Tun Mahathir sendiri masih belum menghantar surat rasmi keluar daripada UMNO.
10) Tindakan Tun Mahathir yang mahu bersekongkol dengan pembangkang untuk menjatuhkan PM adalah satu tindakan yang tidak wajar. Apakah Tun Mahathir mahu bersekutu dengan agenda Claire Brown, Editor Sarawak Report yang mahu raikan kejatuhan Najib dengan segelas arak?
11) Kami juga memperakui kepimpinan Perdana Menteri yang sehingga kini turut diiktiraf diperingkat antarabangsa. Pemimpin dari Timur Tengah, China, Eropah dan Amerika Syarikat menghormati kepimpinan Dato Sri Najib.
12) Dalam keadaan ekonomi dunia yang gawat, Malaysia masih lagi mengekalkan pertumbuham ekonomi 5% dan mendapat status kewangan yang semakin baik dari Fitch Rating. Ini bermakna, dasar ekonomi Dato Sri Najib adalah tepat, hinggakan Arab Saudi sendiri meniru GST yang dilaksanakan di Malaysia.
13) Sebagai anak muda, kita harus bertindak berdasar fakta, menjunjung Prinsip Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan. Tidak harus menyebar persepsi, menular emosi, menyemai benci terhadap pemimpin secara buta tuli.
14) Bagi umat Islam, Al Quran dan hadis tidak mengajar umatnya untuk membuat honar bagi jatuhkan pemimpin. Ayat 59 Surah An Nisa wajib dijadikan pegangan anak muda beragama Islam.
15) Ketika dunia lain bergolak dengan konflik dan kegawatan, rakyat Malaysia masih lagi berada dalam keadaan yang sejahtera untuk meneruskan kehidupan. Mahukah kita kufur dengan nikmat aman yang Allah SWT berikan ini?
16) Cuba namakan mana negara Islam yang aman dan stabil ekonominya pada hari ini? Cuba namakan nama pemimpin Islam yang dipercayai di peringkat antarabangsa hari ini?
17) Lima tahun yang lalu, anak muda berkumpul di Tahrir Square untuk gulingkan Mubarak secara berdemo, hari ini strategis anak muda yang memulakan demonstrasi itu sendiri menyesal dengan apa yang beliau lakukan.
18) Keadaan negaranya lebih tidak stabil, berlaku siri siri demonstrasi yang tidak terkawal dan anarki berleluasa di negara tersebut. Apakah perubahan sebegitu yang anak muda mahukan?
19) Sebagai generasi kepimpinan muda, usah kita hancurkan negara pada hari ini bersandar emosi dan persepsi. Marilah kita bersatu membantu Dato Sri Najib Razak untuk memajukan negara ini.
20) Banyak lagi agenda anak muda yang masih belum selesai dan perlu diperjuangkan secara bersama. Bukan mengikut dan terjerumus dalam "grand design" WSJ dan Sarawak Report yang mahu hancurkan negara ini.
Oleh:
Abang Mohd. Hafizie bin Abang Bunsu
Yang Di Pertua
Majlis Perwakilan Pelajar UiTM sesi 2013/2014
Timbalan Presiden
Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan sesi 2013/2014
Turut sama menyokong :
1) Mohd Fadlillah Mukhatar YDP MPP UPSI 2012/2013
2)Muhamad Amerul Muhamad, YDP MPP UMK 2012/2013)
3) Ahmad Mu'adz Nazari, Penolong SUA MPP UniMAP 13/14
4) Mohamad Amir Shaqim Bin Ahmad, NYDP MPP UPNM - 2013/14
5) Adam Ariffin (Exco MPP Multimedia University Melaka 2015/16)
6) Sulhairil Hafiz Sulaiman, Naib Yang Dipertua MPP UPM 2005/06
7) Muhammad Hariz Ahmad, Setiausaha Agung MPP UUM 2012/13
8) Azri Norfikri Aziz, Timbalan YDP MPP UUM, 2012/13
9) Mohd Fuad Ramlan, Timbalan YDP MPP UPM 2013/14
10) Nur Amierah Amaniena Binti Azmi, Timbalan YDP MPP Segi College Penang, 2015/16
11) Muhammad Syafiq Mahamud, Penggerak Hijrah UMK 2013/14
12) Mohd Fahzil Abidin, YDP MPP UMK 2014/15
13) Mohd Zaidi Mohd Idrus, YDP MPP UKM 2007/2008
14) Hariz Izham, Bendahari UTEM 2013/14
15) Mohd Ali Faiz Salleh, YDP MPP UUM 2014/15
16) Mohd Syahiran Annuar, YDP Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu Kebangsaan, Permata.
17) Asrizal Mohd Radzi, MPP UKM 2004/05
18) Raj Akhbar Sabu, MPP UMS 2004/05
19) Zuhairi Zuremi, Presiden MPP Unisza 2013/14
20) Azrinizam Ibrahim, Presiden MPP UUM 1999/2000
21) Mohd Ikhwanul Shafiq Mohd Fudzi, MPP UTHM 2012/13
22) Mohd Zul Fadzli Alias, MPP UPM 2014/15
23) Hanafi Mohd Ali, Naib Yang Dipertua MPP UPM 08/09
24) Hezrul Akram Bin Kamaruddin, Naib YDP MPP UMK, 2014/15
25) Jabdin Juhat
YDP MPP UMS, 2000/2001
26) Mohamad Shafiq Kamaruddin, YDP MPP USM 2013/15
27) Kamarul Badlishah Kamarulzaman, Exco MPP USM 1997/98
28) Muhammmad Zufar Zulkefle, YDP Mahasiswa Negeri Sembilan
29) Mohamad Syzrul Yahya, YDP MPP UPM 2015/16
30) Sarfarizmal Saad, Timbalan Presiden MPP UKM 2009/10
31) Mohd Efendi Omar, YDP MPP Universiti Malaya 2005/06
32) Muhammad Raziq Rezza Bin Azmi, YDP Kor Suksis UTHM 2014/15
33) Abdul Hadie Abdul Halim, Timbalan Hijrah UMK 2012/14
34) Muhammad Syahmi Aiman Sulaiman, Timbalan Pengerusi MPPK / YDP MPP UPSI 2015/16
35) Ahmad Raziz Rashid, Pengerusi Persatuan Anak Putra Perkasa UPM 2003/2004
36) Amiruddin Bin Nasrudin, Pengerusi Pertubuhan Pemikir Kreatif Pulau Pinang
37)Muhammad Farhan Bin Abd. Hadi, Bendahari MPP UniMAP 2013/14
38)Muhammad Azry bin Anuardy, Setiausaha Agung MPP UPSI 2014/15
39) Johari Awang Sazali, YDP MPP USM 2004/05
40) Yusuf Ghani, Presiden Persatuan Belia Generasi Interaksi, YOUGEN

March 2, 2016

11 Adakah Datuk Terlajak Laris Buat U-Turn Taja Pasukan Bolasepak Kedah?

Kemenangan pasukan bolasepak Kedah semalam ke atas Kelantan dengan 2-1 amat bermakna dengan kehadiran Datuk Terlajak Laris, Dato' Aliff Syukri Kamarzaman yang merupakan pemilik syarikat D'Herbs Holding (M) Sdn Bhd, duduk bersama-sama Menteri Besar Kedah, DS Ahmad Bashah di pentas utama.

Datuk Terlajak Laris sebelum ini diberitakan menarik diri dari menaja pasukan Kedah apabila Mantan Menteri Besar Kedah, DS Mukhriz Mahathir meletakkan jawatan. KFA diberitakan KFA memerlukan tajaan sebanyak RM30 juta bagi musim ini, dan telah memohon tajaan daripada jutawan TS Syed Mokhtar al-Bukhary.

Adakah gambar-gambar ceria Datuk Terlajak Laris mengambarkan bahawa beliau akan kembali membuat keputusan untuk menaja pasukan Helang Merah dari Negeri Jelapang Padi ini? Hanya masa yang akan menentukan.


Bagaimana pula penerimaan Mantan Menteri Besar Kedah mengenai perkara ini?

March 1, 2016

35 Gambar Terbaru DS Mukhriz Sekeluarga Bercuti, Tiada Masalah Tun Dr Mahathir Keluar UMNO

Untuk apa kita di bawah ini sebagai pengikut dan penyokong sedih gundah gulana apabila Tun Dr Mahathir semalam keluar UMNO. Untuk apa kedua-dua pihak Pro Tun dan Pro Najib bertegang leher bergaduh kerana isu Tun Dr Mahathir keluar UMNO.

Sedangkan anak kandung darah daging Tun Dr Mahathir sendiri tidak kisah, bercuti bersama keluarga dengan riang dan gembira di luar negara. Kita dapat apa sehinggakan nak mempertahankan sebegitu rupa? Projek berjuta?

Kalau ikut kata si bapa, negara sudah mahu hancur sudah. Ini si anak dia siap bawak anak bini jalan-jalan makan angin lagi di luar negera lagi. Dunia ... Dunia ...

February 29, 2016

66 Cerai Talak Tiga - Tun Dr Mahathir Tak Boleh Rujuk Dengan UMNO Lagi



Pada Mei 2008, Tun Dr Mahathir dan isterinya Tun Siti Hasmah Ali, anaknya Datuk Mokhzani dan veteran politik TS Sanusi Junid keluar UMNO. Bekas Presiden UMNO itu berkata beliau hanya akan kembali menjadi anggota UMNO selepas Perdana Menteri pada masa itu Tun Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan atau tidak lagi menjadi pemimpin utama negara.

Dalam sejarah Dr Mahathir dalam Umno, beliau pernah dipecat daripada Umno pada 1969 kerana melanggar disiplin parti apabila mengkritik kepimpinan Umno ketika itu, tetapi diterima kembali ke dalam parti pada 1972.

Mantan Perdana Menteri, dalam sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, sebentar tadi. mengumumkan keluar UMNO sebagai tanda protes terhadap DS Najib Razak. Alhamdulillah. Syukur kepada Allah. Pro Tun bila lagi hendak mengikuti jejak langkah mentor mereka?

Anaknya DS Mukhriz Mahathir dan Mantan Timbalan Perdana Menteri, TS Muhyiddin Yassin tak nak ikut sekali? Lihat sahajalah wajah-wajah penyokong-penyokong beliau. Macam samseng pun ada. Harap mereka juga bukan ahli UMNO. Bagi mereka, UMNO serupa hotel, suka-suka boleh 'check-in', suka-suka boleh 'check-out'.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates