February 13, 2016

0 McDonald's Memainkan Peranan Yang Besar Dalam Pendidikan Melalui Biasiswa 'Ronald McDonald House Charities'

'Ronald McDonald House Charities Malaysia (RMHC Malaysia)' adalah salah satu Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang telah diusahakan oleh McDonalds Malaysia sejak ianya dilancarkan di seluruh negara pada tahun 1997.

Di Malaysia program ini melibatkan pemberian biasiswa kepada pelajar-pelajar sekolah. Purata enam orang pelajar dari setiap negeri bagi peringkat menengah yang mendapat keputusan cemerlang dari keluarga berpendapatan rendah layak diterima di dalam program ini.

Program ini telah dijalankan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelajar-pelajar akan menerima bantuan biasiswa kewangan yang merangkumi seluruh peringkat pengajian sekolah menengah. Jumlah pemberian biasiswa ini melibatkan elaun bulanan untuk makan di sekolah sebagai tambahan kepada jumlah wang tambahan setiap awal tahun yang diberikan untuk pengangkutan, pakaian seragam sekolah dan yuran.

Sehingga kini, lebih daripada 500 pelajar telah mendapat manfaat daripada program ini. Sebagai tambahan, sekiranya pelajar tajaan syarikat makan segera nombor satu negara ini mendapat semua A untuk PMR atau SPM, baucar hadiah McD bernilai RM200 atau RM100 akan diberikan kepada mereka untuk dinikmati bersama dengan keluarga atau rakan-rakan mereka .

Jumlah Perbelanjaan yang telah disumbangkan oleh McDonalds Malaysia sejak tahun 1997 terhadap program adalah lebih daripada RM2.6 juta. Untuk rancangan masa hadapan, McDonalds Malaysia merancang untuk menaja 80 pelajar baru pada tahun 2016 dan mendapatkan lebih ramai pelajar dari sekolah-sekolah lain dari setiap negeri di seluruh Malaysia.

February 12, 2016

0 20,000 Pelatih Memulakan Latihan PLKN Bermula 26 Mac


Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun berkata seramai 20,000 pelatih akan menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) mengikut Program Transformasi PLKN 2.0 bermula 26 Mac ini. Pelatih itu akan ditempatkan di 81 kem di seluruh negara bagi mengikuti latihan selama lapan minggu.

Menurut Datuk Ehsanuddin, inilah tahun pertama MLKN buat pengambilan di bawah Program Transformasi PLKN 2.0 dan ia hanya melibatkan satu pengambilan sahaja, Beliau berkata demikian selepas menghadiri Mesyuarat MLKN Bilangan 1 Tahun 2016 di Kem PLKN Junaco Park, kira-kira 30 kilometer dari Sibu.

Beliau berkata dengan satu pengambilan itu, tumpuan dapat diberikan bagi menyediakan pelatih berkemahiran untuk memasuki fasa kedua latihan. Fasa itu akan memberi pendedahan kerjaya kepada pelatih di agensi yang menawarkan latihan kemahiran termasuk Institut Latihan Perindustrian, Institusi Kemahiran Belia Negara dan Institut Automotif Malaysia.

Tambah beliau, jangka masa latihan fasa kedua bergantung kepada jurusan yang diambil pelatih iaitu antara tiga sehingga 24 bulan. Ini akan membentuk generasi yang lebih holisitik, berjati diri, boleh bersaing dan mempunyai kebolehpasaran yang lebih baik bila meninggalkan program ini nanti.




33 Majlis Cinta Rasul Di Sungai Petani Diboikot Rakyat Kedah?

Lebih 7,000 Rakyat Kedah membanjiri Dataran Jam Besar di Sungai Petani, Kedah bersama-sama Menteri Besar Kedah, DS Ahmad Bashah Md Hanipah bagi menjayakan Malam Cinta Rasul. Beberapa EXCO Kerajaan Negeri Kedah seperti YB Dato Rawi, YB Dato Badrol Hisham, Dato Ku Rahman, Dato Tajul dan ADUN Pantai Merdeka, Dato Ali Yahya turut hadir dan mendapat perhatian ramai. Penceramah hebat, Datuk Ustaz Kazim Elias turut hadir memeriahkan majlis.

Walaupun beberapa usaha dilakukan termasuk menyebarkan tohmahan dan fitnah serta tindakan memasang bendera Barisan Nasional secara terbalik, kehadiran orang ramai memenuhi Dataran Jam Besar di Sungai Petani membuktikan bahawa tuduhan-tuduhan yang dilemparkan tidak diambil kisah oleh Rakyat Kedah. Seperti kata-kata seorang sahabat saya, "Buleh setara ni bawah MB baru dua tiga hari ambik alih jawatan kira ok la."

February 10, 2016

0 Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman Bakal Dibina Di Sabah


Majlis pecah tanah bagi tujuan pembinaan  Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR) bakal dirasmikan pada bulan april akan datang. Menurut Timbalan Presiden MCA,  Datuk Dr Wee Ka Siong, majlis pecah tanah itu akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah dan Presiden MCA. 

Dr Wee berharap agar dengan siapnya kolej tersebut akan dapat memberikan manfaat kepada masyarakat di Sabah agar tidak perlu lagi untuk ke semenanjung bagi mengikuti pengajian di kolej tersebut. Beliau mengumumkan perkara tersebut ketika sidang media sempena majlis rumah terbuka MCA sempena Tahun Baru Cina yang diadakan di Dewan Serbaguna Sekolah Tinggi Kota Kinabalu pagi semalam. 

Yang Di Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Dr Haji Juhar Haji Mahiruddin berkenan hadir memeriahkan sambutan majlis tersebut. Ketibaan Tun Juhar dan isteri, Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Norlidah R.M Jasni disambut oleh Pengerusi MCA, DS Liow Tiong Lai berserta Timbalannya dan para pemimpin MCA yang lain. Turut hadir Ketua Menteri Sabah, DS Panglima Musa Haji Aman serta para menteri kabinet persekutuan dan negeri.

Dr Wee dalam pada itu menambah, pihak MCA negeri akan terus mendampingi rakyat dengan mengadakan beberapa aktiviti dan pembinaan kolej tersebut merupakan salah satu daripada aktiviti tersebut. Kita menyanjung tinggi penglibatan MCA di dalam bidang pendidikan terutamanya dalam usaha mereka mengembangkan pembukaan Kolej Universiti TAR di Negeri Di Bawah Bayu.

13 Video Mat Sabu Mengamuk Baling Mikrofon Viral



Himpunan 365 Solidariti untuk Anwar Ibrahim telah diadakan pada malam tadi di hadapan Penjara Sungai Buloh. Kira-kira 1,000 orang membanjiri kawasan penjara berkenaan bagi memperingati genap setahun Anwar Ibrahim dipenjarakan. Tiada kelibat pemimpin-pemimpin PAS di dalam perhimpunan semalam. 

Yang ada adalah bekas Timbalan Presiden PAS yang kini merupakan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Haji Mohammad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu. Tidak ada yang menarik di dalam majlis berkenaan kecuali Mat Sabu yang mengamuk ketika di akhir ucapan sehingga membaling mikrofon yang dipegang olehnya. Tonton video di bawah untuk melihat telatah Mat Sabu.

video

February 9, 2016

0 SPAD Jalankan Operasi Bersepadu Semperna Tahun Baru Cina


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengadakan 'Ops Serkap' bersempena cuti panjang Tahun Baru Cina bagi memastikan semua kenderaan pengangkutan awam darat selamat bagi perjalanan balik kampung, SPAD telah memulakan operasi ini sejak 04/02/2016 di semua terminal utama di Semenanjung Malaysia dan akan berlanjutan sehingga 14/02/2016.

Seramai 264 pegawai dan anggota penguatkuasa SPAD bertugas sepanjang masa bagi memastikan semua kenderaan pengangkutan awam darat mematuhi syarat perkhidmatan dan tidak melanggar Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 ketika musim perayaan tahun baru Cina.

Baru-baru ini, SPAD telah menjalankan operasi bersepadu bersama agensi-agensi lain seperti Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan pihak Imigresen. Operasi bersepadu yang dijalankan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Bandar Tasik Selatan dan melibatkan 85 anggota SPAD, 26 dari PDRM, 5 dari JPJ, 6 dari AADK dan 6 dari Puspakom. 

Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, En. Mohd Azharuddin Mat Sah, Ketua Bahagian Penguatkuasaan SPAD Dato' Paduka Mej. General (B) Che Hasni Che Ahmad dan barisan pengurusan SPAD juga telah turun padang bagi meninjau operasi yang dijalankan.

Operasi bersepadu juga turut dijalankan di KL Sentrak, Pudu Sentral, Hentian Putra, Hentian Duta, Hentian Gombak, Hentian Pekeliling, Klang Sentral, Sek 13 Shah Alam, Sek 19 Shah Alam dan Sri Muda Shah Alam. Sebanyak 241 buah kenderaan telah diperiksa dan 12 kesalahan telah dikesan. Daripada jumlah itu 5 kes melibatkan teksi kerana kesalahan tidak menggunkan meter (2 kes), kad pemandu tamat tempoh (1 kes), tiada kad pemandu (1 kes) dan disk Puspakom tamat tempoh (1 kes).

Tujuh bas juga telah direkodkan kesalahan kerana tidak mematuhi jadual tambang (bas ekspres dan bas sewa khas/chatered), gagal mengemukakan salinan lesen pengendali, menggunakan tiket tidak bercetak, tiada senarai penumpang dan tidak mengikut syarat kelas lesen.





February 8, 2016

0 Sambutan Tahun Baru Cina 2016 - Tahun Monyet Janjikan Prospek Perkembangan Hidup Yang Baik



Perdana Menteri, DS Najib Razak dan isteri serta Timbalan Perdana Menteri, DS Dr Zahid Hamidi menyertai kira-kira 5,000 rakyat pelbagai lapisan masyarakat memeriahkan majlis Rumah Terbuka MCA sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Wisma MCA, Jalan Ampang, di sini, pagi ini. Ketibaan kedua-dua pemimpin utama negara itu disambut oleh Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai, Timbalannya, DS Dr Wee Ka Siong serta barisan kepimpinan MCA.

Perdana Menteri serta semua pemimpin yang hadir berpakaian berwarna merah, diiringi ke pentas bagi menyempurnakan acara tradisi menggaul 'Yee Sang', makanan tradisi ketika sambutan perayaan itu, yang melambangkan kemewahan, kemakmuran dan kesuburan. 'Yee Sang' adalah sejenis salad ikan mentah gaya Chaozhou, biasanya terdiri daripada potongan daging ikan mentah (khususnya salmon), yang bercampur dengan cebisan sayur-sayuran dan beraneka sos serta perasa.

Dalam perkembangan yang berkaitan, Presiden MCA ketika menyampaikan ucapan sempena Tahun Baru Cina, berkata masyarakat Tiong Hua sedang meraikan ketibaan tahun baru lunar mereka dan pada tahun ini adalah tahun monyet. Monyet melambangkan seekor binatang yang pada pandangan masyarakat tionghua adalah seekor binatang yang bijak, cergas dan mampu melompat untuk membawa perubahan dan pastinya magik. 

Mesej yang cuba disampaikan oleh Presiden MCA ini adalah mengajak keseluruhan rakyat Malaysia untuk melihat ke hadapan dengan harapan, keberanian dan keazaman merebut peluang dan magik yang menanti. Walaupun dengan cabaran yang menanti, sekiranya rakyat Malaysia bertekad untuk bersatu, pasti akan mampu membawa kejayaan yang lebih baik untuk semua.

22 ADUN PAS Berpakaian Dewa Cina Untuk Menarik Undi?

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Paya Jaras merangkap Setiausaha PAS Selangor, YB Mohd Khairuddin Othman sanggup berpakaian ala-ala Dewa kaum Cina di dalam majlis bersemperna perayaan Tahun Baru Cina.

Menurut kepercayaan masyarakat Cina ini adalah pakaian 'chai shen' atau 'Dewa Kekayaan'. Hendak menyambut Tahun Baru Cina tak salah sebab ianya bukan perayaan Agama, tapi budaya. Tapi kenapakah memakai 'cosplay' yang menyerupai Dewa sembahan masyarakat Cina? 

Mungkin ADUN Paya Jaras seorang yang kreatif dan berfikir di luar kotak atau adakah beliau terdesak untuk meraih undi kaum Cina? Tidak cukupkah sekadar mengedarkan buah lokam dan memberikan ucapan sahaja?

February 7, 2016

0 Pemandu bas Kasari Penumpang, SPAD Ambil Tindakan Tegas

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah memulakan tindakan undang-undang di dalam insiden seorang pemandu bas ekspres didakwa memukul dua penumpang ketika dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Melaka, yang viral di media sosial.

SPAD dalam satu Kenyataan Media semalam berkata siasatan kes ini dijalankan pada 01 Februari, bersama syarikat bas ekspres, pemandu dan seorang saksi. Pengendali bas telah melanggar syarat-syarat lesen, yang termasuk kegagalan untuk memastikan pemandu bas sentiasa berkelakuan baik dan beretika ketika bertugas.

Rakaman video selama satu minit yang memaparkan seorang pemandu bas ekspres mengasari seorang penumpang lelaki telah tersebar di media sosial. Pemandu itu dikatakan naik angin apabila penumpang itu didapati tidur di kerusi yang dikhaskan untuk pemandu. Lihat di sini untuk video berkenaan.

SPAD juga telah mengeluarkan surat kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memohon pembatalan lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) pemandu yang terbabit. Ini bermakna pemandu tersebut tidak akan dibenarkan memandu kenderaan pengangkutan awam darat di masa akan datang. 

Ekoran itu, pemandu berkenaan disahkan sebagai telah diberhentikan kerja oleh syarikat bas terlibat. Sementara itu, SPAD akan meneruskan kerjasama bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam siasatan yang masih sedang berjalan terhadap pemandu yang tidak bertanggungjawab itu.

SPAD menasihatkan orang awam yang merasai pengalaman yang sama supaya segera melaporkan kepada suruhanjaya itu di aduan@spad.gov.my atau menghubungi talian hotline 1-800-88-7723 bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates