February 6, 2016

46 Menteri Luar Arab Saudi Sahkan Dana RM2.6 Billion Tidak Melibatkan 1MDB

New York Times (NYT) melaporkan Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir menyatakan beliau tidak fikir wang yang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri, DS Najib Razak datang dari Kerajaan Arab Saudi atau derma politik.

Katanya, "it is a private Saudi citizen, I believe, and the funds went to an investment in Malaysia.” Pada waktu yang sama tidak ada sebarang dokumen atau bukti yang ditunjukkan kepada NYT.

Tiada sebarang dokumen dikemukakan dan tidak dinyatakan pelaburan tersebut adalah untuk syarikat mana dan perniagaan apa. Menteri Luar Arab Saudi berkata pelaburan dan bukannya derma. Pelaburan tidak semestinya perniagaan semata-mata. Pelaburan sumber manusia atau 'investment human capital' pun satu bentuk pelaburan juga.

Sebaliknya, pengesahan bahawa dana tersebut adalah derma telah disahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada bulan Ogos 2015 berdasarkan dokumen yang diperolehi dari Bank Negara Malaysia. SPRM juga mengesahkan bahawa mereka telah berhubung dengan pihak penderma yang mengesahkan ia merupakan sumbangan kepada Perdana Menteri.

Apa yang penting dari pendedahan ini mengesahkan:

1. Tiada penyalahgunaan wang kerajaan atau 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti mana yang didakwa oleh pembangkang dan Tun Dr Mahathir Mohamed.

2. Ia bukan merupakan rasuah atau suapan untuk kelulusan sesuatu projek kerana sehingga hari ini tiada sebarang projek yang kita ketahui dianugerahkan kepada syarikat Arab Saudi oleh kerajaan Malaysia. Sebaliknya, Malaysia pula telah mendapat beberapa projek di Arab Saudi termasuk projek MRT di sana.

22 Inilah Kualiti Berita RTM Sekarang

Bukan sekali malah berkali-kali berita yang disiarkan di RTM mengalami masalah tatabahasa di tajuk gambar yang dipaparkan. Tidak dapat dipastikan sama ada pekerja mereka tidak fasih dengan Bahasa Malaysia atau mereka bekerja dengan sambil lewa.

Kesalahan seperti meletakkan gambar seorang pegawai Polis sebagai Perdana Menteri, kapal selam menjadi kapal seram dan ijazah menjadi jenazah antara kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukan.

Bahagian penerbitan Berita RTM seharusnya lebih peka dan berhati-hati mengenai kesilapan sebegini pada masa akan datang.

February 5, 2016

44 Siapa Kata Rakyat Kedah Boikot DS @NajibRazak Dalam Isu Pertukaran Menteri Besar?

Perdana Menteri, DS Najib Razak hari ini mengadakan lawatan sehari di negeri Jelapang Padi iaitu Kedah. Dalam jadualnya beliau akan melawat Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Paya Besar di Lunas.

Di sebelah tengah hari kemudian beliau bersembayang Jumaat di Permatang Gedong dan akhir sekali merasmikan Bangunan UTC Sungai Petani.

Kehadiran Perdana Menteri mengamit kehadiran pelbagai peringkat kaum di negeri Kedah untuk sama-sama dengan beliau. Siapa kata isu pertukaran Menteri Besar memberi impak negatif kepada Rakyat Kedah?

0 MP Kota Tinggi Bagi Angpau Kepada Warga Emas Sempena Tahun Baru Cina


Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid telah menyerahkan angpau dan limau mandarin sempena sambutan Tahun Baru Cina kepada seramai 110 warga emas daripada keluarga kurang berkemampuan di sekitar parlimen beliau.

Datuk Ehsanuddin di dalam ucapannya berkata program anjuran Pusat Khidmat Anggota Parlimen Kota Tinggi itu bertujuan meringankan beban selain menambah keceriaan kepada golongan berkenaan menyambut perayaan.

Ia juga menjadi sebahagian daripada usaha pusat khidmat berkenaan untuk menghulurkan bantuan yang bukan sahaja ketika sambutan Tahun Baru Cina tetapi juga untuk perayaan lain. Terdahulu dalam ucapannya, Datuk Ehsanuddin turut mengajak masyarakat negeri ini supaya sama-sama bertanggungjawab menangani pelbagai ancaman yang dihadapi negara demi keamanan.

Beliau berkata, keamanan sesebuah negara tidak akan dapat dicapai tanpa didukung oleh rakyat negara ini. Oleh itu, selaku rakyat dan penduduk negara ini, kita perlu sama-sama bertanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan negara yang kita cintai.

Ucapan Datuk Ehsanuddin wajar diambil iktibar memandangkan ramai warganegara sekarang yang cuba menganggu gugat keamanan negara dengan cuba memburuk-burukkan Malaysia di mata dunia melalui media sosial dan juga terjebak dengan aktiviti-aktiviti keganasan yang boleh mencemarkan nama baik Malaysia.

February 4, 2016

0 FGV Merayu Kerajaan Mengkaji Semula Peningkatan Levi Pekerja Asing

Levi yang dikenakan bagi pekerja dalam sektor perladangan meningkat dengan ketara iaitu sebanyak 154 peratus daripada RM590 kepada RM1,500, peningkatan sebanyak RM910. 

Sebelum ini, dalam Bajet 2016, kerajaan mengumumkan gaji minimum meningkat kepada RM1,000 daripada RM900 untuk Semenanjung dan bagi Sabah dan Sarawak, ia meningkat kepada RM920 daripada RM800 bermula 1 Julai ini. 

Oleh itu, Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) dalam satu Kenyataan Media semalam merayu kepada Kerajaan supaya menimbang keputusan untuk meningkatkan levi bagi pekerja asing di sektor perladangan yang berkuat kuasa 1 Februari lalu. 

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Mohd Emir Mavani Abdullah, berkata syarikatnya akan mematuhi keperluan kerajaan dalam Bajet 2016. Pada masa ini, FGV telah membayar gaji minimum di seluruh Malaysia pada paras RM900 sebulan termasuk Sabah dan Sarawak yang mana syarat gaji minimum hanya RM800.

Langkah tiba-tiba ini, menurut beliau akan meningkatkan kos syarikat secara drastik. Pihak FGV menyatakan bahawa industri minyak sawit secara keseluruhannya telah terjejas oleh kejatuhan dalam harga minyak sawit mentah (MSM) dan pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS). 

Harga MSM telah merosot ke paras terendah dalam tempoh enam tahun pada Ogos 2015 dan dolar AS mengukuh berbanding ringgit sebanyak 18 peratus dengan kadar pertukaran dolar AS dan ringgit ditutup tinggi pada paras RM4.45 pada Disember.

February 3, 2016

66 Kenapa Mukhriz Sibuk Balik KL, Bukankah Beliau Masih ADUN Ayer Hitam?

Saya tidak faham kenapa DS Mukhriz Tun Mahathir bergegas untuk pulang ke Kuala Lumpur petang tadi setelah beliau membuat Sidang Media untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah pagi tadi.

Di dalam Sidang Media berkenaan juga DS Mukhriz telah memberi akujanji beliau masih lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hitam.

Bukankah tempat beliau bersama-sama Rakyat DUN Ayer Hitam yang telah mengundinya di dalam PRU-13 yang lepas? Bukankah beliau mengakui beliau rapat dengan Rakyat? Kenapa tinggalkan Rakyat Ayer Hitam dan kembali ke Kuala Lumpur?

Kalau dilihat penyokong-penyokongnya yang menyambut beliau di Lapangan Terbang Subang hanyalah sekadar seramai satu meja makan yang besar. Mana perginya yang lain?

February 2, 2016

0 Usaha Perak Transit Derma Dua Bas Untuk Sekolah Harus Dipuji


Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) TS Dr Syed Hamid Albar dan Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, En Mohd Azharuddin Mat Sah telah dijemput untuk merasmikan bas ekspres baharu syarikat Perak Transit di Terminal Aman Jaya, pagi tadi. 

Sebagai usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR), pihak syarikat Perak Transit  juga telah membaikpulih dua  buah bas dan diserahkan kepada Sekolah Menengah Agama Al-Wosto Temerloh, Pahang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Amar DiRaja Muar, Johor. TS Syed Hamid telah menerima replika kunci bas sebagai simbolik penerimaan bas tersebut. Satu sidang akhbar turut diadakan setelah selesai majlis penyerahan bas tersebut.

Usaha CSR syarikat Perak Transit mendermakan dua buah sekolah yang dibaikpulih harus dipuji. Ini secara langsung dapat membantu dua buah sekolah berkenaan dari segi kemudahan pengangkutan untuk pelajar-pelajar sekolah berkenaan. 

Ianya juga selaras dengan kelaziman SPAD yang mengalakkan mana-mana pihak yang terlibat dengan pembangunan sektor awam untuk menyediakan prasarana bagi menaikkan taraf pengangkutan awam untuk Rakyat.

Sebelum daripada itu, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif SPAD juga beberapa pegawai telah menggunakan perkhidmatan awam keretapi ke Ipoh dari stesen KL sentral untuk merasmikan upacara di atas.



45 Ajaran Apa Di Kedah Menteri Besar Ajar Berselawat Sambil Diterangi Cahaya Telefon Bimbit?





Ajaran apakah yang diamalkan di Kedah terutamanya di Stadium Darul Aman semalam apabila Menteri Besar Kedah, DS Mukhriz Tun Mahathir mengajak penonton bolasepak di stadium berkenaan untuk berselawat dan berwirid sambil menyalakan lampu pada telefon bimbit? Ramai yang terejakulasi pra matang apabila melihat kemunculan pertama 2M (Mukhriz dan Mahfoz) di Stadium Darulaman malam tadi. 

Saat paling epik adalah bila Mukhriz dan Mahfuz turut bersama-sama melaungkan wirid sambil tangan melambai-lambaikan telefon bimbit yang sengaja dinyalakan lampu bagi mewujudkan kesan yang dramatik sempena kemunculan sulung mereka pada malam tadi. Bagi abang-abang dan bapa-bapa pastinya tidak melupakan nostalgia peristiwa 'Woodstock 1969'.

Jom kita tonton video di bawah, ajaran baru cara-cara berdoa ala Kedah:

video

February 1, 2016

10 Mahfuz Sokong Mukhriz Di Stadium Darulaman

Bukan barisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) atau Ketua Bahagian UMNO Kedah yang hadir memberikan sokongan kepada Menteri Besar Kedah, DS Mukhriz Tun Mahathir sebaliknya ADUN PAS Pokok Sena, Mahfuz Omar!

Betullah peribahasa di mana ada tahi di situ ada langau. Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Antara Kedah menentang Sg Ara FC dijadikan pentas untuk menzahirkan sokongan kepada Menteri Besar. 

Tidak pasti orang ramai yang datang adalah hendak menonton bolasepak atau sememangnya memberikan sokongan kepada Menteri Besar. Namun, stadium gagal penuh walaupun tiket adalah percuma.

34 Gadis Bertuah Bernama Meera Alyanna Mukhriz


Di sebalik kemelut jawatan Menteri Besar yang dihadapi oleh bapanya, DS Mukhriz Tun Mahathir, salah seoarng puteri Menteri Besar Kedah langsung tidak terpalit dengan konflik yang dihadapi oleh bapanya. Akaun Instagram milik Meera Alyanna atau Ally, sarat dengan foto dan kata-kata sokongan kepada bapanya walaupun beliau sedang bercuti di luar negara. Bertuah DS Mukhriz Tun Mahathir mempunyai anak yang menyokong kerjaya beliau walaupun Ally tidak bersama-sama beliau dan Rakyat Kedah di bumi Jelapang Padi.






Mungkin sesekali Ally akan turun ke Kedah meluangkan masa bersama ahli keluarga menyusuri lautan di sekeliling Pulau Langkawi dengan bot di atas namanya sendiri yang dipercayai dihadiahkan bapanya. Bertuah sungguh menjadi anak Menteri Besar Kedah dan cucu Mantan Perdana Menteri.

0 Video Pemandu Bas Ekspress Viral Di Media Sosial, SPAD Beri Kerjasama Kepada @PDRMsia


video

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan memastikan tindakan tegas dan segera akan diambil ke atas seorang pemandu bas yang didakwa mengasari seorang penumpang semasa dalam perjalanan dari Melaka ke Pulau Pinang, beberapa hari lalu.

Rakaman video berdurasi 1 minit 3 saat memaparkan aksi seorang lelaki dipercayai pemandu bas ekspres memukul seorang penumpang tersebar di media sosial. Kejadian dikatakan berlaku sewaktu mangsa bersama rakan-rakannya dalam perjalanan dari Melaka ke Pulau Pinang bagi menyambut festival Thaipusam.

SPAD memandang serius perkara itu dan telah berhubung dengan penumpang berkenaan untuk merekodkan kenyataan dan menggesa mangsa untuk membuat laporan polis berikutan insiden itu. Susulan itu, penumpang berkenaan telah membuat laporan polis pada 28 Jan di Balai Polis Melaka Tengah.

SPAD dalam satu kenyataan semalam, akan terus memberikan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) bantuan dan maklumat yang diperlukan mengenai pemandu dan syarikat bas untuk memastikan tindakan yang tegas dan pantas akan diambil ke atas pemandu tidak bertanggungjawab ke atas tindakannya yang tidak boleh diterima.

0 MCA Sambut Baik Cadangan Pelancong Tidak Perlu Visa Selama 15 Hari


Pengumuman 11 langkah penstrukturan dan pengubahsuaian Bajet 2016 oleh Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak beberapa hari lalu disambut baik oleh Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai. Menurut DS Liow penyesuaian bajet yang cukup baik dan walaupun bajet operasi dikurangkan, dengan penstrukturan semula ini, Kerajaan akan menambahkan lagi pendapatan melalui pelancongan, pekerja asing dan pada masa sama dapat mengisi tabung negara untuk memastikan ekonomi stabil.

Beliau yang  juga Menteri Pengangkutan, turut mengalu-alukan pengecualian visa kepada pelancong dari China memandangkan hampir 400 juta pelawat dari negara itu keluar negara. Menurut beliau Malaysia perlu mengambil kesempatan ini untuk menarik pelancong dari China datang ke Malaysia. Dengan pengecualian visa ini bilangan mereka ke negara ini akan bertambah dan ia juga dapat meningkatkan pendapatan pelancongan.

Perdana Menteri sebelum itu mengumumkan pelancong dari China tidak memerlukan visa untuk ke Malaysia atau 'Visa Free', bermula 1 Mac sehingga 31 Disember 2016, tertakluk kepada syarat-syarat yang tertentu, bagi tempoh lawatan tidak melebihi 15 hari.

Sementara itu, Timbalannya DS Dr Wee Ka Siong yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, turut gembira dengan keputusan kerajaan memberikan kelonggaran tanpa visa 15 hari kepada pelancong dari Cina. Katanya langkah itu satu pendekatan yang betul dan akan menarik ramai pelancong berkualiti dari China. Katanya langkah itu juga akan merancakkan pembangunan di kawasan-kawasan yang mempunyai banyak destinasi menarik seperti Melaka dan Kuala Lumpur.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates