January 30, 2016

29 Kesian Konvoi #BebasAnwar Tidak Dapat Sambutan

Hari ini puteri sulung Ketua Umum PKR, Nurul Izzah Anwar melancarkan konvoi yang dinamakan #BebasAnwar. Konvoi ini akan berlangsung selama 24 jam di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor dan akan berakhir di Penjara Sungai Buloh.

Sayangnya, di sekitar pelancaran konvoi berkenaan petang tadi, sambutan pengikut-pengikut Anwar Ibrahim amat sejuk dan dingin. Peserta dan kenderaan konvoi boleh dibilang dengan jari. Tiada kelibat isteri Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah yang sibuk berkempen di Sarawak. Apakah aura Anwar Ibrahim sudah mula dilupai ramai?

January 28, 2016

58 Lawak Tengahari - 'Datin' Pegawai Tinggi SPRM Dakwa Akaun Facebook Diceroboh

27hb sibuk menaburkan fitnah. Apabila fitnah diketahui orang, tutup akaun. Tidak sampai 24 jam, buka kembali akaun Facebook dan membuat posting akaun telah diceroboh.

Agak-agaknya siapalah yang hendak menceroboh akaun Facebook 'Datin' ini dan agak-agak pembacalah, teruk sangatkhah sistem keselamatan Facebook sehingga senang-senag diceroboh. 

Mungkin juga suaminya ada hubungan dengan Mark Zukernberg sehingga membolehkan akaunnya diperolehi semula selepas tidak sampai 24 jam diceroboh.

Walaupun suami pegawai tinggi SPRM, tidak mungkin secepat itu beliau boleh mendapatkan kembali akaun beliau yang telah diceroboh dan mengaktifkan kembali. Jangan ingat kami bodoh lah 'Datin'.

24 Guru Cemerlang Pula Berhasrat Hendak Bom DS @NajibRazak cc. PDRMsia

Hebat seorang kakitangan awam, seorang guru dan pendidik dan pernah dianugerahkan Guru Cemerlang berhasrat untuk bom Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak sekiranya parti pujaannya DAP memerintah. Carian pihak kami pagi ini mendapati akaun berkenaan telahpun ditutup.

Ramai kakitangan awam hidup dalam dunia 'dilema siber'. Adakah akaun media sosial hak peribadi atau separuh hak tersebut melibatkan kerjayanya sebagai kakitangan awam.

Sudah sampai masanya setiap Kementerian dan Jabatan serta agensi berperanan dalam menangani isu ini bagi mendidik kakitangan awam tahu apa yang boleh dan tak boleh dalam melayari dunia siber.

Pihak polis sewajarnya mengambil ugutan guru ini sebagai serius kerana ianya merupakan satu ancaman bunuh kepada pemimpin negara.

January 27, 2016

62 Wajarkah Isteri Pegawai Tinggi SPRM Mencampuri Urusan Suaminya Dan Sebarkan Maklumat Di Facebook?


Wajarkah seorang isteri kepada suami yang berjawatan tinggi sebagai penjawat awam yang bertugas di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan maklumat siasatan yang berkemungkinan besar didedahkan oleh suaminya secara terbuka kepada orang awam?

Wajarkah seorang isteri kepada seorang pegawai kanan SPRM telah secara keterlaluan bercerita mengenai siasatan SPRM berkaitan kes wang derma RM2.6 bilion dan juga kes berkaitan syarikat SRC International Sdn Bhd dan mendedahkan secara terbuka (public) di dalam laman sosial Facebook yang boleh diakses oleh sesiapa sahaja?

Wajarkah seorang isteri pejawat awam yang berpangkat tinggi di dalam SPRM mengambil sumber daripada portal pembangkang seperti Malaysiakini dan Harakahdaily dan menyebarkan berita separuh masak berkenaan?

Wajarkah isteri seorang pejawat awam yang mana suaminya mempunyai kedudukan tinggi di dalam SPRM mencerca dan menghina majikan suaminya, seorang Perdana Menteri di Kerajaan Pusat dengan gelaran najis mughallazoh?

Wajarkah pegawai tinggi SPRM ini disiasat di bawah SOSMA dan Seksyen 124KK kerana mendedahkan maklumat siasatan kepada orang awam sehingga boleh mengancam kedudukan kerajaan Berparlimen?


Kemaskini 28/01/2016; 12:24AM

Cerita menarik 'Datin' ini boleh dibaca di sini.

January 26, 2016

17 DAP Sedang Menanam Doktrin 'Cauvinism' Di Sarawak, Apa Kementerian Pelajaran Negeri Buat?




DAP sedang menjalankan doktrin ke atas Rakyat Malaysia seawal umur kanak-kanak. Program ini dijalankan atas nama Kem Pendidikan Impian bakal dijalankan pada 14-19/03/2016 di Kampung Api-Api, Miri, Sarawak. Adakah program-program sebegini mendapat kebenaran dari Jabatan Pelajaran Negeri? 

Daripada laman sosial Twitter aktivis DAP, Syefura Othman atau lebih dikenali sebagai Rara, beliau telah mengiklankan perkara ini secara terbuka dan meminta lebih ramai sukarelawan dapat membantu melaksanakan program ini. Barisan Nasional sebagai sebagai kerajaan memerintah takkan hendak membiarkan keadaan ini membiak dan menanah, sehingga menjadi barah kepada Kerajaan Negeri khasnya dan Negara amnya untuk tempoh 10 atau 15 tahun akan datang?

2 Lain Ditanya, Lain Yang Tabung Haji Jawab - Isu BNM Masih Belum Terjawab

PENJELASAN TABUNG HAJI. BERHUBUNG FITNAH TERKINI PEMBANGKANG
Pihak kami ingin menyaran kepada semua umat Islam di negara ini dan juga para pendeposit TH ini agar tidak membuat spekulasi berkaitan dengan tarikh pengumuman Bonus Pendeposit TH.
Pada kelazimannya TH akan mengumumkan Bonus Pendeposit pada suku pertama (Jan - Mac ) tahun semasa. TH perlu memastikan semua proses auditan awalan dilalui dan kelulusan dalaman diperolehi.
Konsep simpanan di TH adalah AlWadiah Yad Dhamanah di mana apa apa pulangan adalah dalam bentuk Hibah tertakluk kepada  prestasi kewangan tahun semasa dan budi bicara pengurusan.
Konsep ini tiada bezanya dgn konsep AlWadiah oleh institusi perbankan Islam yang lain.
Pada tahun tahun lalu TH pernah mengumumkan bonus pendeposit pada hujung bulan Februari dan awal bulan Mac. Namun pada tahun lalu pengumuman bonus dapat diumumkan lebih awal.
Walaupun tahun 2015 adalah mencabar namun TH percaya hasil Strategi Alokasi Asetnya dapat membantu pulangan pendapatannya. Oleh yang demikian para pendeposit seharusnya tidak mengambil berita spekulasi yang akan mencetuskan kebimbangan.
Bahagian Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat
Tabung Haji
Ini adalah jawapan Bahagian Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat, Tabung Haji (TH) berkenaan isu dividen lewat yang telah berlegar di laman chat Whatsapp dan Telegram. Walau bagaimanapun, TH masih gagal untuk menjawab surat daripada Gabenor, Bank Negara Malaysia bertarikh 23/12/2015. Antara isu penting yang dibangkitkan oleh TS Zeti Akhtar Aziz adalah:

1. Amalan pengagihan dividen dan bonus yang dilakukan melebihi keuntungan semasa boleh menyebabkan paras rezab keuntungan terkumpul TH menjadi rendah dan tidak mencukupi untuk menampung prestasi lemah pasaran ekuiti terutama buat tahun 2015. Nilai rezab TH menjadi negatif. Ini bermakna, pada harga pasaran semsa, aset-aset TH tidak mencukupi untuk memenuhi semua obligasinya.

2. Nilai aset kurang dari nilai obligasi disebabkan oleh pengeluaran besar-besaran oleh pendeposit. Ini menyebabkan TH akan bergantung kepada Kerajaan untuk bantuan Kerajaan. Walaupun simpanan TH dijamin oleh Kerajaan, pengantungan ini akan menyebabkan beban kewangan yang bakal dialami oleh pihak Kerajaan.

3. Nilai aset hanya mencukupi untuk membayar tidak lebih daripada 98 sen bagi setiap seringgit nilai liabiliti. Paras rizab TH negatif dan tidak akan dapat membayar 8.8 juta pencarum sebarang dividen tahun ini jika tidak mengambil tindakan menyelesaikan masalah ini.

4. Seksyen 22 Akta Tabung Haji menyatakan TH tidak boleh mengisytiharkan pengagihan dividen dan bonus kepada pendeposit sekiranya nilai aset kurang daripada nilai kesemua obligasinya.

Kesemua penemuan daripada BNM ini berkaitan perbelanjaan berhemah perlu diambil perhatian yang serius oleh pihak pengurusan TH bagi mengelakkan implikasi hilangnya kepercayaan pelabur dan pendeposit. Bahagian Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat, TH sepatutnya memberikan penerangan kepada Rakyat mengenai isu ini dan bukannya isu remeh temeh seperti kenapa dividen dan bonus tidak diistiharkan pada bulan Januari.




Sumber surat-surat di sini.

January 24, 2016

13 Fitnah DS @NajibRazak Makan Steak RM19K Kantoi!

Usaha blog-blog hantu dan cytro bertaraf sampah untuk memfitnah Perdana Menteri, DS Najib Tun Abdul Razak, gagal apabila gambar yang dimuatnaik yang menunjukkan keluarga Perdana Menteri sedang menikmati hidangan rupanya adalah makanan india Tosai dan bukannya makanan barat, 'steak'.

Gambar berkenaan juga diambil di rumah Ibu Perdana Menteri, Toh Puan Rahah ketika mereka sekeluarga sedang menikmati makanan pada 03/04/2009. Pemilik Me'nate Steak House, mangsa fitnah di mana kononnya resit restoran berkenaan telah disebarluas di media sosial menafikan kebenaran fitnah berkenaan dan akan menyaman pihak-pihak yang membuat fitnah kepada mereka.


 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates