January 22, 2016

0 Felda Global Ventures Akan Terus Tumpu Produk Hiliran

Felda Global Ventures Holding Bhd. (FGV) akan terus menumpukan kepada pengeluaran produk hiliran yang mempunyai nilai tambah yang tinggi ekoran ketidaktentuan harga minyak di pasaran dunia. Pengerusi Kumpulan Felda, TS Mohd Isa Abdul Samad berkata, langkah itu wajar dibuat kerana produk industri hiliran yang berasaskan bahan pertanian terutama makanan menjanjikan pulangan berganda. 

Menurut TS Mohd Isa, selama ini purata keuntungan FELDA bergantung kepada hasil kelapa sawit dan getah, namun syarikat itu kini perlu membuka fokus perniagaan baharu dengan memberi tumpuan kepada industri hiliran.

Di antara produk hiliran milik FELDA yang terkenal diusahakan oleh Felda D'Saji. Felda D’Saji merupakan syarikat perniagaan berteraskan katering, restoran dan hospitaliti nombor satu di negara ini. Dalam perkembangan berkaitan, Felda D'Saji telah melabur sebanyak RM1.5 juta untuk membuka cawangan lokasi baharu majlis perkahwinan di Kajang Perdana Avenue.

Lokasi baharu Felda D'saji itu merupakan transformasi Tapak Pasar Kajang Perdana yang dibangunkan semula menjadi lebih menarik dan ceria serta dapat dimanfaatkan oleh penduduk sekitar. Lokasi majlis perkahwinan itu yang merupakan cawangan ke-11 telah siap dibina ini menjadikan syarikat katering itu mempunyai lokasi perkahwinan terbanyak di Lembah Klang.

Kajang Perdana Avenue mempunyai kapasiti sebanyak 700 orang pada satu masa serta dilengkapi sebuah dewan berhawa dingin yang boleh memuatkan 200 orang dan dua ruang terbuka yang memuatkan 250 orang setiap ruang selain dilengkapi bilik persalinan, bilik menunggu VIP, tandas dan bilik sembahyang.

Menurut TS Mohd Isa, pada tahun ini FGV telah menyasarkan 40 peratus daripada perniagaannya tertumpu kepada produk hiliran sementara 60 peratus lagi berdasarkan pertanian. Langkah FELDA dan FGV untuk menumpukan sebahagian daripada aktiviti perniagaan terasnya kepada industri produk hiliran patut dipuji memandangkan industri makanan berasaskan bahan pertanian mendapat permintaan yang tinggi di pasaran Malaysia. 

Mengambil Felda D'Saji sebagai contoh, industri katering ini telah mencapai jualan sebanyak RM70 juta pada tahun lalu sementara pada tahun ini FELDA menyasarkan jualan sebanyak RM809 juta.

2 Nikmati ETS Platinum KTM Dari KL Sentral Ke Padang Besar Dengan Diskaun 25%



Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) melancarkan 12 perkhidmatan baru Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) membabitkan perkhidmatan ETS Platinum dari Padang Besar ke Stesen Sentral Kuala Lumpur dan sebaliknya yang sudah bermula 18 Januari lalu.

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), TS Dr Syed Hamid Albar telah merasmikan Perkhidmatan Tren Tambahan ETS Platinum dan aplikasi dalam telefon pintar KTMB Mob Tiket untuk pembelian atas talian (online). Majlis berkenaan berlansung di KL Sentral itu turut menyaksikan satu detik sejarah tercipta dalam perkhidmatan keratapi.

Perkhidmatan baru tren ETS terbahagi tiga kategori iaitu tujuh tren bagi perkhidmatan setiap hari, satu tren untuk hari Isnin hingga Khamis manakala empat tren lagi bagi perkidmatan hari Jumaat hingga Ahad. Sempena pelancaran itu, pemberian diskaun tiket perjalanan diberikan sehingga 20 peratus bagi penumpang yang membuat perjalanan pada 25 hingga 31 Januari.

Diskaun itu membabitkan perkhidmatan ETS Platinum dari Padang Besar ke Stesen Sentral Kuala Lumpur dan sebaliknya sebanyak 20 peratus manakala perkhidmatan ETS Gold enam laluan terpilih diberi diskaun sebanyak 10 peratus.


TS Dr Syed Hamid turut melancarkan aplikasi 'KTM MOB Ticket' iaitu sebuah perisian pembelian tiket secara atas talian. 'KTMB Mob Ticket' ini boleh digunakan untuk pembelian tiket atas talian bagi perkhidmatan KTM Intercity dan ETS. Pengguna cuma perlu memuat turun perisian ini di aplikasi Google Play Store (android) atau Apple Store (iPhone) dengan menggunakan kata kunci carian 'KTMB MOB Ticket'.

50 30,000 Beri Sokongan Kepada Mukhriz Mahathir Di Sungai Petani

Dianggarkan tidak kurang daripada 30 orang berkumpul di Dataran Jam Besar Sungai Petani bagi menyatakan sokongan terhadap Menteri Besar Kedah, DS Mukhriz Mahathir petang tadi. 

Himpunan yang bermula sejurus selepas solat jumaat itu antara lainnya untuk memastikan Mukhriz terus kekal mentadbir kerajaan negeri.

Terdahulu DS Muhkriz dilihat meluangkan masa bersalaman dengan orang ramai sejurus selepas menunaikan solat jumaat di masjid Sungai Layar, di sini.

Para penyokong DS Mukhriz sebelum ini dilihat menyebarkan poster bagi menyeru orang ramai untuk hadir dan berhimpun bagi menunjukkan tanda sokongan. 

Tidak cukup dengan itu, laman-laman Facebook yang menyokong DS Mukhriz turut menyebarkan risalah berhubung himpunan tersebut.

Dalam pada itu, di sebelah petang, di dalam pertemuan tertutup lebih 100 pemimpin UMNO Kedah dengan Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak yang diadakan di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC.Ia bermula jam 4.30 tadi dan baru saja selesai.

Antara yang hadir DS Ahmad Bashah, DS Jamil Khir, Datuk Johari Baharom, Datuk Ir Nawawi, Datuk Azeez Rahim, Datuk Maznah Hamid. Perdana Menteri tidak bercakap dengan wartawan.

Walaupun Perdana Menteri sudah balik, pemimpin-pemimpin UMNO Kedah masih lagi dalam dewan. DS Mukhriz Mahathir tidak hadir dalam pertemuan itu.

3 Penyokong Kuat DAP, Sunway Group Sudah Berani Bida Projek Di Sarawak

Penyokong kuat DAP, Sunway Group sudah berani membida projek Lebuhraya Borneo Utara di Sarawak. Hebat penyokong parti 'cauvinist' Cina ini. Mereka tidak malu-malu untuk secara terang-terangan menyokong perjuangan parti DAP tetapi pada masa yang sama mereka masih mengharapkan kontrak dan projek daripada Kerajaan Pusat. Muka tebal dan tidak tahu malu.

January 21, 2016

0 22 Laluan Perjalanan Tebrau - Woodland Menggunakan Shuttle Tebrau Untuk Kurangkan Kesesakan


Berita baik buat Rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura. Untuk mengurangkan kesesakan di sepanjang Causeway Link, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dengan kerjasama daripada KTMB telah menyediakan 'Shuttle' Tebrau sebanyak 12 perjalanan dari JB Sentral ke Woodlands dan 10 perjalanan dari arah bertentangan setiap hari. Jadual terperinci adalah seperti di bawah:


Perkhidmatan ini telah bermula sejak 17/01/2016 itu menawarkan 22 perjalanan setiap hari dari JB Sentral ke Woodland. Tambang adalah RM5 dari JB Sentral dan SGD5 dari Woodlands untuk perjalanan satu arah. Dapatkan maklumat lanjut di www.ktmb.com.my atau hubungi Pusat Panggilan KTMB di 03-2267 1200.

Langkah proaktif SPAD dan pihak KTMB ini wajar dipuji sebagai langkah untuk mengelakkan kesesakan di sepanjang Causeway Link. Ini juga memberikan pengangkutan alternatif kepada Rakyat Malaysia terutamanya Rakyat Johor yang bekerja di Singapura untuk berulang alik ke tempat kerja dengan kadar tambang yang murah.

2 Isu Pemberhentian Biasiswa JPA, Kerajaan Minta Kaji Semula


Malaysiakini sekali lagi menjadi lidah penyebar fitnah nombor satu apabila memutar belitkan berita seolah-olah Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa biasiswa Japabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah dibekukan. Carian tajuk berkenaan petang ini mendapati Malaysiakini sudah memadamkan berita berkenaan.

Malah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri,  DS Dr Wee Ka Siong turut menafikan sekeras-kerasnya bahawa beliau pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Kerajaan akan menghapuskan dan memansuhkan program biasiswa Jabatan Pengangkutan Awam (JPA).

Apa yang berlaku sebenarnya adalah Jemaah Menteri yang bermesyuarat semalam telah mengarahkan Ketua Setiausaha Negara, TS Dr Ali Hamsa supaya mengkaji semula langkah menghentikan pemberian biasiswa JPA kepada pelajar cemerlang. Dr Wee Ka Siong berkata, beliau telah membangkitkan isu itu dalam Kabinet selepas menerima pelbagai aduan daripada pelajar-pelajar cemerlang.

Beliau turut menganggarkan pemberhentian pemberian biasiswa yang bertujuan mengurangkan perbelanjaan kerajaan itu akan memberi kesan kepada 700 pelajar cemerlang. Dr Wee berkata, kajian semula harus dijalankan dengan secepat mungkin memandangkan universiti sesetengah negara seperti Australia akan memulakan sesi pengajian seawal Februari ini.

Akhbar Sinchew Daily adalah akhbar yang mula-mula melaporkan keadaan ekonomi yang kurang memberangsang mendorong kerajaan mulai tahun ini menghentikan pemberian biasiswa untuk semua jurusan di universiti tempatan dan luar negara.

Dr Wee berkata, Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak memahami beban rakyat bertambah dalam keadaan semasa dan beliau telah mengarahkan Ketua Setiausaha Negara mengkaji pendekatan baharu," katanya. Dr Wee bagaimanapun memberitahu beliau tidak seratus peratus yakin akan wujud perubahan dalam isu biasiswa JPA. Katanya, pelajar mungkin hanya boleh memohon biasiswa JPA selepas pendekatan baharu dikenal pasti kerajaan.

Bagi pendapat CTS, sebelum setiap bajet tahunan disediakan, Kementerian Kewangan (MOF) akan memohon setiap kementerian dan agensi-agensi yang berkenaan mengemukan jumlah setiap kementerian dan agensi perlukan untuk perbelanjaan mereke termasuk perbelanjaan pembangunan dan perbelanjaan operasi untuk tahun berkenaan.

Untuk pengubahsuaian Bajet 2016 yang akan di umumkan oleh Perdana Menteri pada 28 Februari ini, begitu juga MOF telah memohon setiap kementerian dan agensi mengemukakan jumlah perbelanjaan pembangunan dan perbelanjaan operasi yang setiap kementerian dan agensi fikirkan boleh dikurangkan atau di tangguhkan kepada tahun yang lain.

Jika JPA mengemukan pemotongan atau pengurangan perbelanjaan yang akan melibatkan pembiayaan untuk biasiswa, itu adalah permintaan JPA dan bukan MOF ataupun Perdana Menteri sendiri. Ini bermakna sekiranya Kabinet meminta agar JPA mengkaji semula hasrat mereka untuk menghentikan pemberian biasiswa, ini bermakna, Perdana Menteri dan juga Kabinet tidak bersetuju dengan cadangan JPA untuk memotong peruntukan untuk biasiswa JPA. JPA akan membentangkan cadangan baru pada mesyuarat Kabinet Rabu depan.

0 FELDA Dan Encorp Umum Pembangunan Perbandaran Bersepadu Di Melaka


Pengerusi FELDA dan Encorp, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad telah mengumumkan satu pembangunan projek perbandaran bersepadu Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan Encorp Bhd bernilai RM3.2 bilion di Melaka. Projek berskala mega ini akan dilaksanakan secara tiga fasa dan siap dalam tempoh 14 tahun.

Pada Mei 2015, FELDA mengejutkan industri hartanah apabila FELDA melalui anak syarikatnya Felda Investment Corporation (FIC) telah mengambil alih syarikat pemaju hartanah, Encorp Berhad (Encorp) dan menguasai 49.45 peratus kepentingan syarikat dengan membabitkan transaksi bernilai RM239.6 juta.

Pada 30/06/2015 pula pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad dilantik sebagai pengerusi dan pengarah Encorp Bhd . Manakala Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid, Datuk Faizoull Ahmad dan Mohd Zaid Abdul Jalil pula dilantik sebagai pengarah bukan eksekutif.

Menurut TS Isa Samad, Setiap fasa projek itu akan mengambil masa sehingga tiga tahun untuk disiapkan memandangkan pasaran hartanah yang kurang memberangsangkan, bagaimanapun, mereka percaya ini adalah kitaran biasa. Tambah beliau, nilai tanah projek itu adalah RM12.58 kaki persegi dan kami melihat pulangan pelaburan yang minimum sebanyak 18 peratus. 

Ini kerana dengan membahagikan projek kepada 3 fasa, FELDA dan ENCORP dapat mengurangkan risiko dalam projek ini serta mengurangkan Capital Expenditure (CAPEX) mereka dengan memanjangkan jangka hayat sehingga 14 tahun.

Keputusan FELDA untuk mengambilalih Encorp setahun yang lalu adalah sebagai satu langkah yang munasabah dalam usahanya untuk melebarkan sayap dalam industri pembangunan hartanah. Ini memandangkan pembangunan sektor hartanah antara yang stabil buat masa ini memandangkan harga minyak mentah dunia serta ekonomi yang tidak stabil. 

Ini ditambah dengan kedudukan Encorp merupakan syarikat pemaju hartanah yang memiliki banyak projek hartanah berbentuk kediaman dan komersial di dalam dan luar negara.

January 20, 2016

20 Panas!!! Adakah Menteri Besar Kedah Bakal Bertukar Nakhoda?

Keadaan di Kedah semakin panas. Kepimpinan Bahagian-Bahagian UMNO di negeri itu dikatakan sudah hilang kepercayaan pada Menteri Besar yang sedia ada, DS Mukhriz Tun Dr Mahthir. 15 Ketua Bahagian telah mengadakan Sidang Media petang ini untuk membuat rayuan kepada Perdana Menteri untuk mengubah pucuk kepimpinan negeri. Berikut adalah laporan dari negeri Jelapang Padi.
KENYATAAN AKHBAR MENDESAK PERUBAHAN PUCUK PIMPINAN NEGERI KEDAH. 
Pada 20 JAN 2016, l/kurang jam 1525 hingga 1540, bertempat di Bilik Mesyuarat Halia 2, Tingkat 2, Hotel Grand Alora, ALOR SETAR, UMNO KEDAH yang diketuai oleh Dato' AHMAD BASHAH MD HANIFAH, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO KEDAH telah mengadakan sidang akhbar meminta YAB Perdana Menteri melakukan perubahan pucuk pimpinan Negeri KEDAH yang dilihat gagal menggerakkan jentera parti khususnya UMNO  serta menjana  ekonomi Negeri.
Hadirin seramai 100 orang terdiri daripada Jawatankuasa Perhubungan UMNO Negeri KEDAH termasuk Ketua-Ketua Sayap PWUMNO, PPUMNO, Puteri UMNO Negeri KEDAH dan majoriti wakil rakyat UMNO di Negeri KEDAH. Diantara tokoh yang dikenali hadir ialah:-
Dato GHAZALI bin IBRAHIM-Tim. KUB Padang Terap /Setpol Menteri kewangan
Dato JOHARI BAHAROM-KUB Kbg Pasu
Dato AZEEZ bin RAHIM - KUB Baling
Dato JAMIL KHIR bin BAHAROM - KUB Jerai / Menteri di JPM
Dato ROZAI bin SHAFIAN-KUB Pendang
Datin Norashimah bt Md Nowar - Ketua Puteri KEDAH
 Dato SHAIFUL AZIZY bin ZAINAL ABIDIN- Ketua PPUMNO KEDAH
iDato MAZNAH bt ABD HAMID- Ketua PWUMNO KEDAH.

Intipati Ucapan Dato Seri AHMAD BASHAH
- Seluruh pimpinan dan wakil rakyat UMNO KEDAH berhimpun untuk menyatakan bahawa kami hilang kepercayaan ke atas kepimpinan Dato Seri MUKHRIZ sebagai MB dan pengerusi perhubungan UMNO KEDAH.
- Kegagalan beliau untuk menyatupadukan UMNO dan Jentera Parti di semua peringkat Negeri KEDAH.
- Tiada sebarang perancangan yang strategik oleh UMNO untuk menghadapi PRU ke 14.
- Sebagai MB KEDAH beliau juga gagal untuk urustadbir kerajaan negeri.
- Sebab itu kami berhimpun untuk merayu dan membuat permohonan kepada Perdana Menteri untuk menukar MB KEDAH dan Pengerusi Perhubungan Negeri KEDAH.
- Kami berharap PM akan segera mengambil tindakan terhadap perkara ini, demi menjaga parti dan rakyat di Negeri KEDAH dan kita juga akan menyokong sebarang keputusan yang akan diambil oleh YAB. Perdana Menteri.

Kesemua Ketua UMNO Bahagian telah hadir kecuali JERLUN manakala  PADANG TERAP akan diwakili oleh Dato Seri GHAZALI IBRAHIM kerana Dato Seri MAHDZIR KHALID berada di LONDON.  Manakala turut dikesan hadir ialah Dato AZMI DAIM - Setpol MB KEDAH dan PIJA DAN ANAS - Pegawai Khas MB. Kehadiran mereka ini dipercayai bahawa untuk memantau keadaan. Setelah selesai kenyataan media tiada sebarang sesi soal jawab.

January 19, 2016

1 MCA Sudah Bersedia Menghadapi PRU-14, Bakal Serah Nama Calon Kepada PM @NajibRazak

Dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tengah sibuk mengadakan persediaan untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang bakal diadakan pada masa terdekat, lain pula dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) yang sudah mula membuat persediaan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) yang ke 14.

Menurut Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai, MCA akan menyerahkan senarai awal calon pilihan raya umum akan datang yang perlu diadakan selewat-lewatnya pada 2018 kepada Presiden BN yang juga Perdana Menteri, DS Mohd Najib Razak tidak lama lagi.

DS liow berkata beliau akan mengemukakan senarai itu, kepada Presiden BN  iaitu Perdana Menteri, untuk dibincangkan serta bersedia untuk pilihan raya akan datang. Senarai awal itu katanya, meliputi 40 kerusi Parlimen dan 90 kerusi Dewan Undangan Negeri yang ingin MCA tandingi.

DS Liow berkata beliau mahu mengumumkan perkara ini lebih awal kerana MCA perlu bergerak lebih awal dan lebih cepat dan perlu menyediakan peringkat akar umbi terlebih dahulu. Sebelum ini MCA sentiasa lewat mengumumkannya, terlalu hampir dengan pilihan raya menyebabkan akar umbi dan pemimpin bahagian tidak sempat melakukan kerja mereka dengan lebih berkesan.

Bahagian-bahagian MCA sejak setahun lalu katanya, perlu menanda senarai semak bagi menandakan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dalam mengukur kesediaan mereka untuk berdepan pilihan raya. Timbalan Presiden MCA pula katanya, akan melawat setiap bahagian parti untuk memeriksa kemajuan mereka kerana MCA menyedari bahawa kekal bersatu adalah penting untuk kemenangan sewaktu pilihan raya.

Selain itu, MCA juga katanya, akan mengadakan siri jelajah “Jom Gerak, Kukuh Bersama MCA” di 14 lokasi seluruh negara bermula di Ayer Itam, Johor, Mac ini bagi mendekati akar umbi. Pada PRUke 13 pada 2013, MCA memenangi tujuh daripada 37 kerusi Parlimen dan 11 daripada 90 kerusi DUN yang ditandingi. MCA bagaimanapun menunjukkan prestasi lebih baik pada PRU 2008, dengan memenangi 15 kerusi parlimen dan 32 kerusi DUN.

January 17, 2016

0 Malaysia Masih Mampu Menawarkan Peluang Pekerjaan - Dr Wee Ka Siong

Timbalan Presiden MCA yang juga merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, DS Dr Wee Ka Siong percaya bahawa Malaysia masih mampu menawarkan peluang pekerjaan, meskipun ramai graduan baru merungut tentang ketiadaan pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan masing-masing.

Beliau berkata, keyakinan itu berpaksikan selagi ekonomi negara berkembang antara empat hingga lima peratus, peluang pekerjaan itu sentiasa ada malah, terdapat kira-kira empat juta pekerja asing memiliki pekerjaan di negara ini, sehingga kini.

Menurut Dr Wee, ada daripada mereka seperti warga Bangladesh sanggup membuka perniagaan mencuci kereta atau melakukan pekerjaan di tapak-tapak pembinaan semata-mata untuk terus hidup dan kita sebagai rakyat Malaysia, kenapa tidak boleh mengikuti jejak itu?

Menurut Dr Wee, tiada alasan untuk Rakyat tempatan tidak mampu memperoleh kejayaan apatah lagi kita ini memang Rakyat Malaysia. Justeru, beliau meminta graduan agar bersifat lebih realistik dan pragmatik apabila ditawarkan dengan pekerjaan yang mempunyai gaji permulaan rendah.

Dr Wee yang juga merupakan Ahli Parlimen Ayer Hitam itu menambah, menjadi lumrah bagi mana-mana syarikat enggan membayar gaji tinggi kepada graduan baru, kerana mereka disedari belum mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang secukupnya dalam bidang diceburi. 

Melainkan seseorang itu terbukti membawa produktiviti yang tinggi kepada syarikat maka tentulah mereka diiktiraf atau diberikan jawatan yang bergaji menarik. Selain itu, graduan, katanya juga, harus memperbaiki kemahiran komunikasi dengan menjadikan Bahasa Inggeris sebagai kepentingan bagi membolehkan mereka berdaya saing.

Cabaran Dr Wee ini harus disambut baik oleh graduan-graduan Malaysia. Majikan pada masa sekarang bukan sahaja melihat kepada segulung ijazah semata-mata. Graduan-grduan dan Rakyat Malaysia yang masih memilih pekerjaan yang sesuai harus mempunyai objektif dalam soal mendapatkan pekerjaan. 

Pengalaman dan aspek kemahiran diri seseorang pekerja juga amat dititikberatkan oleh majikan. Justeru itu, sikaptidak memilih pekerjaan amat wajar diterapkan di kalangan graduan bagi memastikan mereka dibekalkan dengan pengalaman agar dapat mencari peluang pekerjaan yang lebih baik.

0 Berikutan Kod E472, Kopi McDonald's Terpalit Isu Gelatin Babi


Pengguna media sosial masih memainkan isu kod E472E yang terdapat pada satu produk berjenama LA Kopiko. Menurut memfitnah media sosial, kod berkenaan menunjukkan bahawa produk berkenaan mengandungi isu lemak babi. Pihak Jawatankuasa Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun menjawab persoalan berkenaan di laman sosial Facebook mereka di sini.


Suka atau tidak, kesan daripada fitnah ke atas produk di atas, rangkaian restoran McDonald's juga turut terpalit dengan dakwaan bahawa kopi McDonald's juga mengandungi isu lemak babi. Bagaikan satu kemestian untuk memfitnah McDonald's apabila timbul isu halal haram, pihak pengurusan McDonald's Malaysia kembali mengeluarkan kenyataan bahawa segala bahan makanan berunsurkan kopi di McDonald's bebas daripada mengandungi lemak babi.
Kenyataan tentang Kopi McDonald’s
Kami telah dimaklumkan tentang maklumat palsu yang disebarkan tentang kopi McDonald’s, yang dikatakan mengandungi lemak khinzir. Kami menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang dibuat oleh laman web tersebut tentang kualiti kopi kami. Kami percaya yang mesej ini bertujuan untuk menimbulkan ketakutan dan keraguan di kalangan para pengguna dan masyarakat, dalam usaha untuk memfitnah jenama kami. Kami memberi jaminan bahawa McDonald’s mematuhi standard kualiti dan keselamatan makanan yang tertinggi di seluruh dunia, dan di Malaysia, kesemua produk kami turut disahkan 100% Halal oleh JAKIM dan pihak-pihak berkuasa Halal yang diiktiraf oleh JAKIM.
Pihak Pengurusan McDonald’s Malaysia
Malah, McDonald's juga mempunyai persijilan halal daripada JAKIM terhadap semua produk kopinya yang sentiasa diperbaharui sijil halalnya dari tahun ke tahun. Kopi McDonald's merupakan satu hidangan wajib bagi saya sekiranya berkunjung ke sana. Nikmatailah aroma lazat dan kenikmatan koi Arabica tana rasa was was.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates