January 16, 2016

0 Skim Insuran Untuk Murid Sekolah Dilanjutkan Untuk Tahun 2016!


Berita baik buat Ib Bapa dan pelajar daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Pelajar sekolah yang menaiki bas-bas sekolah yang berdaftar dengan SPAD akan terus dilindungi di bawah Skim Insurans Murid Sekolah yang telah dilanjutkan untuk tahun 2016. 

Di dalam Bajet 2013, Perdana Menteri, DS Najib Tun Abdul Razak telah mengumumkan Skim Perlindungan Insurans Kemalangan Diri, hilang upaya kekal dan kematian kepada semua murid sekolah yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah yang berlesen dengan SPAD bagi Semenanjung Malaysia dan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) untuk Sabah & Sarawak. 

Perlindungan maksimum sebanyak RM100,000 dengan kos premium sebanyak RM40 juta yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan untuk tempoh dua (2) tahun. Skim ini akan dikendali dan diuruskan oleh Syarikat Takaful Malaysia Berhad. Takaful Malaysia telah dilantik melalui proses tender terbuka dimana semua syarikat insurans yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dibenarkan mengambil bahagian.

Skim Insurans Pelajar Sekolah SPAD memberi manfaat kepada pelajar-pelajar yang menaiki bas sekolah seperti:

Kematian akibat kemalangan - RM100,000
Hilang keupayaan kekal - Sehingga RM100,000
Bayaran perubatan - RM3,000 maksimum (mengikut bil perubatan)
Manfaat hospital - RM100/sehari sehingga maksimum 30 hari
Khairat kematian - RM2,500

SPAD di dalam sidang medianya pada 19/12/2014 telah mengumumkan akan melanjutkan perlindungan Skim Insurans Murid Sekolah untuk terus dinikmati buat tahun 2015. Hari ini pula SPAD telah memberikan khabar gembira untuk melanjutkan skim insuran berkenaan utuk tahun yang ketiga bagi 2016, Terima kasih SPAD dan Kerajaan.

0 Kualiti Makanan Segera McDonald's Bersih Dan Mengikut Tahap Kementerian Kesihatan


Antara masalah utama di dalam keluarga kdang kalanya adalah untuk menentukan di manakah tempat makan yang hendak dituju ketika sarapan, makan tengah hari, minum petang atau makan malam. masalah menjadi lebih rumit apabila di dalam keluarga berkenaan mempunyai individu yang mempunyai selera yang berlainan.

Apabila kita mahu mencari tempat untuk menjamu selera sama ada bersendirian atau pun bersama keluarga sudah pasti perkara pertama yang akan kita fikirkan ialah kelazatan makanan atau masakan tersebut dan keduanya ialah kebersihan dan keselesaan premis perniagaan tersebut.

Kita bernasib baik kerana di negara kita Malaysia ini kerajaannya begitu mengambil berat soal keselamatan kesihatan melalui pengawasan dan kawalan makanan sama ada yang mentah atau pun yang telah di masak melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Restoran makanan segera McDonald's adalah di antara restoran yang mendapat kelulusan dan pengawasan ketat oleh KKM. Kebanyakan restoran-restoran McDonald's telah mendapat rating A, iaitu kelulusan tertinggi bagi setiap premisesnya.

Bagi memastikan tahap standard kesihatan yang tinggi, pekerja McDonald's diwajibkan untuk mengambil suntikan tifoid daripada pusat kesihatan yang diiktiraf oleh Kerajaan sebelum bekerja di mana-mana restoran mereka. Pekerja-pekerja McDonal's juga harus menuruti kod laku dan amalan kebersihan untuk memastikan syarat polisi Halal dipatuhi. Merokok, makan, minum atau sebarang aktiviti yang mungkin mencemarkan produk makanan tidak dibenarkan di kawasan pengeluaran makanan.

Program Keselamatan dan penjagaan Kualiti Makanan adalah program berterusan dari KKM juga dapat memastikan tahap keselamatan makanan di negara ini agar sentiasa betepatan dengan ‘Competent Authority’ kemeterian, juga tertakluk di bawah kuasa Akta Makanan 1983.

Oleh itu, sekiranya anda sekeluarga ingin mencari makanan sekeluarga yang pelbagai, bersih, halal dan bermutu, McDonald's adalah 'one stop centre' yang terbaik untuk menjamu selera tanpa merasa ragu-ragu.

0 Perdana Menteri DS @NajibRazak Merasmikan Wisma Huazong


Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak hari ini telah merasmikan Wisma Huazong, iaitu Ibu Pejabat Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Huazong). Bangunan yang terletak di antara Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban dan Serdang Lama itu, antara lain akan memudahkan urusan membabitkan masyarakat Cina dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan kaum berkenaan. 

Turut hadir, Penasihat Kehormat Huazong, TS Dr Jeffrey Cheah; Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai dan Presiden GERAKAN, Datuk Seri Mah Siew Kong. Pada majlis sama, DS Najib mengumumkan sumbangan kerajaan sebanyak RM3 juta untuk menampung dana Huazong yang masih kurang RM12 juta. 

Sebelum ini, RM5 juta disalurkan oleh Kerajaan bagi pembinaan wisma berkenaan pada tahun 2011. Bangunan yang bernilai RM55 juta itu, antara lain turut dilengkapi dewan makan yang dapat memuatkan 150 meja makan dan auditorium.

Najib Razak dalam ucapannya berkata, pembinaan bangunan terbabit menjadikan gerakan NGO Cina dipandang tinggi oleh masyarakat Cina di negara lain. Beliau percaya Huazong di bawah kepemimpinan TS  Pheng Yin Huah dapat terus berperanan mengeratkan hubungan antara kaum di negara ini, di samping dapat memajukan lagi masyarakat Cina. 

DS Najib menambah sikap toleransi yang wujud, selain perpaduan kaum yang jitu pastinya akan dapat memakmurkan lagi negara kita, seterusnya mengekalkan Malaysia sebagai negara yang aman dan mempunyai ekonomi berkembang pesat.

Dalam pada itu, Perdana Menteri ketika berucap di dalam majlis berkenaan juga menggesa agar Rakyat Malaysia khususnya pengguna media sosial supaya tidak menyalahguna platform sosial berkenaan. Menurutnya, media sosial tidak seharusnya digunakan untuk tujuan mempermainkan atau mempersenda individu atau kumpulan tertentu.

Mengulas lanjut, DS Najib juga menyeru agar Rakyat Malaysia bekerjasama bagi mengukuhkan lagi perpaduan untuk meneruskan pembangunan yang progresif di negara ini. Menurut beliu, rakyat Malaysia kena bekerjasama mengukuhkan pembinaan perpaduan dan progresif Malaysia.

January 15, 2016

0 Bagaimana Pelajar Sekolah Hingga Mahasiswa Universiti Boleh Mendapatkan Diskaun Tambang KTM/Bas Dan Rapid Rail?

Kenaikan beberapa tambang pengangutan awam agak meresahkan penguna-penguna pengangkutan berkenaan sejak kebelakangan ini. Namun pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mempunyai petua dan berita baik buat semua Pelajar Sekolah Rendah/Menengah/Kolej/Universiti yang kerap menggunakan pengangkutan awam untuk mendapatkan diskaun bagi tiket-tiket KTM, Rapid Rail dan juga bas.

Kepada yang bertanya bagaimana untuk membuat kad pelajar untuk menikmati diskaun di Rapid Rail/Bas dan di KTM, di bawah ini telah disediakan cara-cara yang perlu dipatuhi:

Untuk Pengguna Rapid Rail/Bas:

- Pelajar boleh membuat permohonan di Stesen LRT Pasar Seni. 
- Bayaran sebanyak RM10 (untuk proses kad) akan dikenakan.
- Salinan Kad Pengenalan.
- Salinan Kad Pelajar.
- Surat pengesahan daripada universiti/kolej.
- Isi borang.
- Ada sesi bergambar untuk kad. 
- Kad diskaun berkenaan akan siap dalam masa satu minggu.
- Kad berkenaan boleh dibuat di LRT Pasar Seni yang dibuka pada hari bekerja, termasuk Sabtu sehinggai 4.00 petang dan ditutup pada cuti umum.
- Pemegang kad akan menikmati diskaun 50% untuk semua perkhidmatan LRT, bas dan monorel.


Untuk Pengguna KTM:

- Permohonan boleh dibuat di KL Sentral (kaunter 8 & 9 KTM Antarabandar)
- Peljar dikehendaki datang awal disebabkan limit 200 sehari boleh mendaftar. Kaunter dibuka pada jam 8.30 pagi.
- Yuran tahunan RM31.80 termasuk GST akan dikenakan. Walau bagaimanapun KTMB ada membuat tawaran dari 04/01/2016 - 04/02/2016, hanya yuran sebanyak RM15.90 akan dikenakan.
- Surat pengesahan daripada universiti/kolej (para pelajar boleh memuat turun dari lawan sesawang KTMB).
- Isi borang.
- Salinan kad pengenalan dan Kad Pelajar
- Kad akan siap dalam 10 - 30 minit.
- Pemegang kad akan menikmati diskaun sebanyak 50% untuk Komuter dan 40% untuk ETS .

0 Tuduhan Status Halal Sos Mayanis McDonald's Dimainkan Semula Di Facebook


Baru-baru ini timbul kekecohan di laman sosial Facebook yang kononnya McDonald’s di Florida, Amerika Syarikat tidak halal kerana sos mayonis yang digunakan mengandungi LM10. Dengan kata lainnya, sos mayonis berkenaan berunsurkan khinzir. Menurut laman Facebook itu lagi, hampir ke semua sos di McDonald’s diimpot dari Amerika Syarikat, jadi semua McDonald’s di seluruh dunia secara kesimpulannya, tidak halal.

Ini bukanlah kali pertama tuduhan palsu dilemparkan ke atas McDonald’s dan banyak restoran makanan segera yang lain. McDonald’s Malaysia telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa restoran makanan segera berkenaan mendapat status 100% HALAL dari JAKIM, namun isu basi ini terus dimainkan oleh pengiat media sosial yang suka menabur fitnah tanpa mendapat maklumat yang sebenarnya. Berikut adalah kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh McDonald's pada 17/09/2013:



Kesemua produk yang dihidangkan oleh McDonald’s Malaysia, termasuk sos-sos yang diimport, dijamin 100% HALAL oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Badan Pengesahan Halal yang diluluskan oleh JAKIM, selain daripada memenuhi standard kualiti dan keselamatan makanan yang tinggi. Para pelanggan boleh menikmati hidangan McDonald's yang lazat dengan penuh keyakinan bahawa ia diperoleh dan disediakan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh kementerian-kementerian dan pihak berkuasa yang relevan.

8 Keistimewaan Ketua Menteri DAP Penang - Saman Boleh Dibatalkan

Betapa hebatnya seorang Ketua Menteri Cina DAP di Pulau Pinang. Saman juga boleh dibatalkan sesuka hati. Bukankah ini saman yang dikeluarrkan kerana salah parking di sebelah pili bomba rasanya? Sewaktu Raya Cina. Bukankah Tokong sudah membuat sidang media bahawa beliau sudah bagi saman dan pemandu beliau telah bayar? Selarang macam mana ni?

January 14, 2016

0 Pengerusi FELDA Anggotai Felo William Pitt


Sekalung tahniah buat Pengerusi FELDA, TS Mohd Isa Abdul Samad yang kini telah dilantik menganggotai Felo William Pitt, Kolej Pembroke, Universiti Cambridge, sebagai pengiktirafan hubungan baik di antara kumpulan FELDA, Kolej Pembroke dan Universiti Cambridge yang di bina selama ini. 

TS Mohd Isa ketika mengulas mengenai perlantikan itu berkata, anugerah itu adalah merupakan satu penghormatan kepada kumpulan FELDA yang telah mengadakan kerjasama dengan Kolej Pembroke selama dua tahun sebelum ini. TS Mohd Isa memaklumkan bahawa Yayasan FELDA kini telah mengadakan usahasama dengan Universiti Cambridge dalam bidang nano karbon untuk mengeluarkan graphine.

Dua tahun lalu, Yayasan FELDA telah menandatangani satu perjanjian strategik bersama Kolej Pembroke dan menyertai Program Perkongsian Korporat mereka, melalui program ini kesemua pegawai kanan FELDA termasuk FELDA Global Ventures Holding Berhad (FGVH) telah dan akan mengikuti latihan. Melalui memorandum persefahaman yang ditandatangani pada Januari 2012, pegawai-pegawai kanan FELDA dan FGVH telah mengikuti latihan dan kursus pengkropatan di Kolej Pembroke.

Anugerah William Pitt diambil bersempena bekas Perdana Menteri Britain yang termuda di sekitar tahun 1783 dan dilantik sekali lagi menjadi Perdana Menteri pada tahun 1804 sebelum meninggal dunia pada 1806 juga merupakan bekas pelajar kolej tersebut. Penerima anugerah ini merupakan mereka yang sangat dihormati dan disanjungi.

0 Setelah MyBAS Di Perlis Berjaya, Fasa Pertama MyBAS Seremban Berjaya Tingkatkan Jumlah Penumpang Sehingga 30%


Inisiatif perkhidmatan myBAS di bawah kelolaan kerajaan melalui Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-henti (Stage Bus Services Transformation atau SBST) sedang dilaksanakan di Seremban secara berperingkat-peringkat bagi menawarkan kepada pengguna peningkatan saling hubungan dan penambahan laluan.

Operasi myBAS bermula di Perlis 01/08/2015 dan telah menyaksikan peningkatan ketara dalam jumlah penumpang. Sehingga kini, jumlah penumpang bas di Kangar telah meningkat daripada 9,252 penumpang ke 20,423 penumpang setiap bulan. Perkhidmatan myBAS di Kangar juga telah meningkatkan akses dan liputan dari jumlah jarak laluan 124km kepada 337km. 

Ia menyediakan akses yang lebih baik kepada masyarakat bandar dan luar bandar melalui penyediaan 5 laluan utama dan 10 laluan perantara. Bagi laluan yang terpilih, kekerapan telah ditambahkan sebanyak dua kali ganda, manakala waktu perkhidmatan laluan utama telah dilanjutkan sehingga jam 9.00 malam. Ini termasuk perkhidmatan laluan utama dari Kangar ke Arau yang beroperasi dengan kekerapan setiap 30 minit.

Pada 15/11/2015, SPAD telah berjaya melaksanakan fasa pertama perkhidmatan myBAS di Seremban dengan menggerakkan 29 buah bas untuk mengaktifkan 4 laluan utama yang meliputi 127.7km. Laluan-laluan ini menghubungkan Terminal 1 ke Desa Rhu , Terminal 1 ke Port Dickson , Terminal 1 ke Seremban 2, dan Seremban ke Bahau.

Fasa pertama ini telah mencatatkan peningkatan penumpang sebanyak 30% iaitu dari 20,761 kepada 27,257 penumpang setiap minggu, dengan purata kekerapan sehingga 30 minit pada waktu puncak di waktu pagi. Fasa seterusnya akan melihat 20 laluan bermula operasi pada 31/12/2015.

Pelaksanaan penuh SBST Seremban akan merangkumi 24 laluan (11 laluan utama dan 13 laluan pengantara) berbanding 19 laluan sebelum ini. Ia juga akan meliputi jarak operasi sejauh 656 km berbanding 459 km sebelumnya. Ini akan turut melibatkan 110 bas setiap hari bagi menampung operasi laluan yang telah ditetapkan.

Di bawah skim SBST, Kerajaan Persekutuan dijangka melabur RM100 juta pada tahun pertama bagi 5 bandar raya, bermula dengan Kangar dan Seremban dan diikuti oleh Ipoh, Kuala Terengganu dan Kuching untuk meningkatkan mobiliti rakyat dan saling hubung di kawasan di mana bas henti-henti masih menjadi tunjang utama pengangkutan awam.

0 Taklimat Dan Bengkel TPPA Kepada Ahli Parlimen Bakal Kukuhkan Sokongan Di Parlimen - MP Kota Tinggi

Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) bakal dibahaskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di Dewan Rakyat dan Dewan Negara pada 26, 27 dan 28 Januari ini. Sehubungan itu, satu taklimat dan bengkel yang melibatkan kesemua Ahli Parlimen termasuk pembangkang itu merupakan gerakan terakhir MITI sebelum TPPA dibahaskan.

Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid berpendapat taklimat dan bengkel TPPA oleh MITI akan membantu kukuhkan sokongan kepada perlaksanaannya di Parlimen nanti. Menurut Noor Ehsanuddin bengkel yang diadakan itu memberi peluang kepada beliau selaku Ahli Parlimen serta rakan lain di Dewan Rakyat dan Dewan Negara mendapat penerangan, penjelasan dan ruang untuk bertanya secara terus kepada MITI berkaitan isu TPPA.

Bengkel-bengkel ini kata beliau membolehkan isu-isu di rungkai dengan lebih jelas dan terperinci malah kefahaman yang lebih baik boleh menolak persepsi negatif dan membolehkan pertimbangan dibuat dengan lebih baik demi kepentingan rakyat dan negara.

Pendapat yang diutarakan oleh Datuk Ehsanuddin ada kebenarannya. Langkah MITI mengadakan taklimat dan bengkel kepada semua Ahli Parlimen termasuk pembangkang dapat memberikan penjelasan yang sebaiknya kepada wakil-wakil Rakyat dalam memberi penerangan kepada isu-isu berbangkit. 

Langkah mengadakan taklimat dan bengkel ini selama dua hari pada 11 dan 12 Januari lalu dapat mewujudkan satu perbincangan serius di kalangan Ahli-Ahli Parlimen termasuk pembangkang dan soalan-soalan yang dikemukakan dapat diajukan terus kepada pegawai-pegawai Kementerian sendiri.

0 McDonald's Di Madinah - Negara Timur Tengah Perakui Status Makanan Ini






Antara maklumat penting yang tidak diketahui oleh pengguna-pengguna makanan segera di Malaysia adalah MacFood Services Sdn Bhd (MacFood Services) adalah penyedia dan pembekal makanan mentah kepada kesemua rangkaian restoran McDonald’s di Malaysia. Selin daripada itu juga, MacFood Services turut menjadi pembekal kepada restoran mereka di negara Islam yang lain terutama di Timur Tengah seperti Arab Saudi.

Keyakinan kepada penyediaan makanan oleh MacFood Services tidak perlu diragui oleh kerana MacFood Services telah mendapat pengiktirafan dengan persijilan SIRIM ISO 9001:2008 dan ianya telah dikawal selia oleh oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia, dan sudah pasti aktiviti MacFood Services ini dipantau oleh pihak-pihak yang berkenaan secara berterusan.

Di antara pengitirafan yang diterima oleh MacFood Services termasuklah HACCP Certification (Hazard Analysis and Critical Control Points) Program – Food safety management system, ISO 9001:2000 Certification oleh SIRIM QAS. ISO 2001:2000 adalah merupakan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti di Malaysia.

Seperti yang dinyatakan seawal tadi produk keluaran MacFood Services juga menjadi sumber eksport yang terjamin halal dan bersih kepada beberapa negara Timur Tengah yang menjadi pelanggan kepada produk MacFood Services. Memandangkan negara-negara di Timur Tengah juga mempunyai peraturan yang ketat mengenai status kebersihan dan Halal sesuatu produk, pihak-pihak berkuasa di Timur Tengah sudah pastinya memantau secara rapi produk-produk yang dibawa masuk ke sana oleh MacFood Services.

Selain di Malaysia, penyediaan Macfood Service juga di iktiraf di seluruh negara Islam di dunia, dengan itu membuktikan bahawa penyajian dari MacFood Services adalah yang terbaik. Sekiranya di negara-negara Timur Tengah memperakui bahawa penyediaan makanan McDonald's yang dikendalikan oleh MacFood Services adalah terbaik, halal, bersih dan berkualiti, siapalah kita pengguna-pengguna di Malaysia hendak mempertikaikan status Halal McDonald's. 

Apa yang penting, McDonald's selain dari semua ini turut mendapat kelulusan Halal daripada badan Islam tertinggi di Malaysia iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

0 Pakatan Harapan Adalah Gabungan Politik Yang Bercelaru - Wee Ka Siong

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden MCA, DS Dr Wee Ka Siong menyifatkan hubungan dalam Pakatan Rakyat atau Pakatan Harapan merupakan gabungan politik yang bercelaru. Beliau yang terkejut apabila melihat Pakatan Rakyat yang dahulunya secara intim bergabung dari tiga jadi satu atau tiba-tiba bercerai talak tiga. Bercerai dalam konteks kadangkala mereka nikah kadangkala mereka talak tiga.

Dr Wee berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas menandatangi perjanjian kerjasama dengan SPRM di ibupejabat MCA semalam. Menurut beliau, Barisan Nasional tidak suka menjaga tepi kain orang tetapi sebagai parti politik, MCA melihat keregangan di dalam Pakatan Pembangkang secara menyeluruh sebagai sesuatu di luar jangkaan dan di luar dugaan.

Beliau menambah apa yang beliau perhatikan kedudukan Parti Amanah adakah sebagai isteri luar nikah atau isteri betul? Ataupun ia anggota keempat dalam Pakatan yang bercelaru? Menurut Dr Wee, sama ada apa yang berlaku di dalam Pakatan Harapan/Rakyat adalah satu sandiwara atau realiti, pokoknya masing-masing memang rakus kuasa.

Beliau turut mempertikaikan kedudukan gabungan Kerajaan Kelantan di mana mereka membentuk satu jawatankuasa mengkaji perlaksanaan hudud, sedangkan di Selangor Kerajaan Pakatan Rakyat atau Pakatan Harapan bercakap mengenai kebebasan dan Islam yang 'moderate'. Beliau menambah di negeri lain mereka cakap lain.

Apa yang diperkatakan oleh Dr Wee wajar diperhalusi oleh masyarakat Malaysia terutamanya pengundi-pengundi Melayu. Sekiranya wadah perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS itu benar, kenapa perlu adanya lagi penubuhan parti serpihan, Parti Amanah Negara (PAN)? Apa prinsip perjuangan mereka? Kesemua ini perlu diperhalusi dan diterangkan dengan sejelas-jelasnya kepada Rakyat. Kalau tidak ini sekadar gimik untuk memancing undi.

0 MCA Menjadi Parti politik Pertama Materai Modul Pencegahan Rasuah Dengan SPRM


Detik bersejarah tercatat pada 12/01/2015, apabila parti politik Cina, Malaysian Chinese Association, lebih dikenali sebagai MCA, menjadi parti politik pertama di Malaysia yang mengguna pakai Modul Pencegahan Rasuah (MPR) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Sekolah Pengajian Politik MCA. Usaha ini menjadi realiti melalui pemeteraian Memorandum Kerjasama Latihan diantara MCA dan SPRM yang akan memperkenalkan MPR dalam siri latihan untuk ahli-ahlinya mulai tahun ini.

Memorandum yang ditandatangani oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), DS Mustafar Ali dan Pengetua Sekolah Pengajian Politik MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun, dilihat sebagai satu permuafakatan strategik ke arah pendidikan pencegahan rasuah berterusan melalui program latihan dan kursus anjuran Sekolah Pengajian Politik MCA.

Majlis menandatangani MoU berlangsung di Ibu Pejabat MCA di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. MCA merupakan parti politik pertama di Malaysia mengambil langkah ini. Turut hadir Timbalan Presiden MCA, DS Wee Ka Siong dan Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat, Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya Abdul Samat Kasah. Detik bersejarah ini adalah susulan sesi 'engagement' yang dianjurkan sejak SPRM memperkenalkan program tranformasi secara menyeluruh.

MPR yang dibangunkan oleh Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM akan menjadi alat bantuan pengajaran utama berkaitan topik-topik berkenaan rasuah dan pencegahan rasuah. Kandungan MPR antara lain akan menyentuk aspek-aspek maklumat khusus seperti peranan dan bidang kuasa SPRM, mekanisma 'Check & Balance', definasi rasuah, punca dan kesan, Akta SPRM 2009 dan kesalahan-kesalahan rasuah, statistik tangkapan yang melibatkan ahli politik, perlindungan kepada pemberi maklumat dan saksi, cara-cara melapor rasuah dan 'Bila Hadiah Menjadi Rasuah'.

Ketika berucap pada Majlis Menandatangani MOU, DS Mustafar menyatakan bahawa kerjasama latihan ini merupakan kesinambungan usaha pencegahan rasuah yang dijalankan oleh Suruhanjaya ini. Menurut beliau, tahun lalu SPRM telah mengadakan dua siri ceramah pada sesi kursus yang diadakan oleh MCA, jadi pada tahun ini MPR akan menjadi salah satu agenda dalam kursus yang dijalankan oleh Sekolah Pengajian Politik. Menurut DS Mustafar, MPR ini merupakan satu modul yang dirangka untuk memberi penerangan dan kefahaman kepada ahli parti politik mengenai pencegahan rasuah dan peranan mereka.

Penggunaan MPR dalam siri latihan anjuran Sekolah Pengajian Politik MCA ini turut mendapat reaksi positif daripada Timbalan Presiden MCA, DS Dr Wee Ka Siong. Katanya, hasil usahasama penggunaan MPR dalam latihan untuk ahli MCA ini, antara lain adalah di atas saranan Presiden parti itu sendiri, DS Liow Tiong Lai yang memberi penekanan untuk mendidik akar umbi parti terhadap pencegahan rasuah. Menurut Dr Wee, tahun ini MCA sasarkan seramai sepuluh ribu ahli akan menyertai sesi penerangan MPR yang akan dimasukkan dalam siri kursus anjuran Sekolah Pengajian Politik MCA.

Langkah parti politik MCA ini wajar dicontohi oleh parti-parti politik lain di Malaysia. Ini adalah kerana persepsi terhadap rasuah mempunyai parameter penting untuk ditangani dan sekiranya parti-parti politik dapat memerangi rasuah sehingga ke peringkat akar umbi, mereka akan dapat keyakinan dari masyarakat.

0 FELDA Dan Tun Abdul Razak Tidak Boleh Dipisahkan


Bersempena Seminar Khas Memperingati Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein sebagai Perdana Menteri kedua, 1970-1976, negara telah kehilangan seorang pemimpin yang memiliki tadbir urus yang baik, semangat keusahawanan tinggi dan mementingkan inovasi adalah tiga ciri kepemimpinan dimiliki Tun Abdul Razak sehingga beliau diangkat sebagai Bapa Pembangunan Negara.

Tanah rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang dibangunkan Tun Abdul Razak lebih 50 tahun lalu merupakan antara sumbangan terbesar Perdana Menteri kedua itu kepada masyarakat. Tiada siapa dapat menyangkal sumbangan dan jasa Tun Abdul Razak, yang begitu sinonim dan dekat di hati warga FELDA, khususnya golongan peneroka.

Bakti dan sumbangan Perdana Menteri kedua Malaysia dalam usaha menubuhkan FELDA untuk membuka tanah dan mengagihkannya kepada rakyat bagi tujuan pembangunan, lebih 50 tahun lalu bukan sahaja berjaya mengatasi masalah kemiskinan masyarakat luar bandar bahkan meningkatkan taraf hidup golongan itu sehingga hari ini.

Felda ditubuhkan pada 01/07/1956 atas inisiatif Tun Abdul Razak antaranya bagi membantu orang susah dan membangunkan kawasan luar bandar serta meningkatkan ekonomi negara melalui eksport getah dan minyak kelapa sawit.

Selepas 40 tahun pemergian Tun Abdul Razak pada tanggal 14/01/1976, FELDA yang lebih dikenali sebagai legasi Tun Razak terus menjadi kebanggaan dan pembakar semangat warganya untuk terus bersaing dan mengorak langkah dalam pelbagai lapangan seiring perubahan semasa.

Kini, setelah 55 tahun mengorak langkah, FELDA mempunyai kira-kira 1.6 juta keluarga peneroka di 317 tanah rancangan. Sejarahnya bermula dengan penempatan 30 orang peneroka pada 02/08/1959, di bawah rancangan pertama yang dibangunkan di rimba Lembah Bilut, Pahang. Rancangan pembukaan tanah yang diusahakan oleh  FELDA, bukan sahaja meliputi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, bahkan juga turut menjangkau ke Sabah dan Sarawak.

Usaha Tun Abdul Razak memperjuangkan nasib golongan miskin dan luar bandar diteruskan dan diperkembangkan oleh generasi selepasnya. Antara usaha tersebut termasuklah penubuhan Gabungan Wawasan Generasi FELDA yang dianggotai oleh anak-anak peneroka bergelar golongan profesional pada 2002. Gabungan ini bertujuan untuk melonjakkan status sosioekonomi generasi kedua dan ketiga peneroka bagi tempoh 20 tahun akan datang dan meletakkanya seiring dengan kemajuan glokal.|

Kini, FELDA telah berkembang luas ke serata dunia, pelancaran Felda Global Ventures Holdings (FGVH) pada 2006 telah berjaya memperkembangkan sayap perniagaan FELDA ke luar negara dan meletakkannya sebagai konglomerat yang tersohor. Langkah ini berjaya menjadikan FELDA berterusan kompetitif dalam perniagaan. Pada masa yang sama, misi asal penubuhannya untuk menjaga kepentingan dan kebajikan warga peneroka tetap terpelihara.

FELDA dan Allahyarham Tun Abdul Razak tidak boleh dipisahkan. Jasa beliau akan dikenang buat selama-lamanya. Al Fatihah.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates