January 3, 2016

57 Kumpulan Kecewa Sedang Anjur Majlis Pecat DS @NajibRazak Di Pasir Gudang

Kumpulan Ketua Cawangan yang kecewa pada waktu ini sedang menganjurkan Pelancaran Gabungan Ketua-Ketua Cawangan Malaysia. Kumpulan ini mengadakan majlis ini di TS Scientex Hotel, Pasir Gudang. Bukankah ini kawasan Menteri Besar Johor, DS Khaled Noordin? Namun kelibat Menteri Besar Johor dan Timbalan Presiden UMNO, TS Muhyiddin Yassin tiada di majlis berkenaan.

Tidak sampai 50 orang hadir di dalam majlis berkenaan. Tidak dapat dipastikan sama ada kesemua yang hadir merupakan Ketua-Ketua Cawangan UMNO yang sah. Apa yang jelas kumpulan ini mendesak Presiden UMNO, DS Najib Tun Razak untuk meletakkan jawatan. 

Nasihat CTS, kalau betul kumpulan ini kuat, kumpulkan tenaga dan mobilasi ahli untuk menjatuhkan Presiden di dalam Persidangan UMNO yang akan datang. Itu kalau cukup kuatlah untuk 'Mat Sembab' hendak melawan Presiden.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates