December 26, 2016

0 Siapa Lim Guan Eng Untuk Bercakap Mengenai Demokrasi? - Presiden MCA


Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai melahirkan rasa terkejut dengan kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Agung DAP, Joseph Lim Guan Eng pada malam Hari Natal yang dipenuhi dengan ucapan politik yang negatif. DS Liow menemplak Lim yang mendakwa hak demokrasi di negara ini telah tidak dilindungi.

DS Liow mengingatkan Lim bahawa Hari Natal adalah hari perayaan keluarga yang diberkati dan disambut oleh Rakyat Malaysia secara aman. DS Liow berkata Lim sebaliknya telah memilih untuk bercakap mengenai Malaysia sebagai sebuah negara yang gagal, selain membuat tuduhan bahawa prinsip demokrasi telah terhakis.

Ini bukan kali pertama bahawa pemimpin-pemimpin DAP telah menukarkan mesej perayaan ke dalam propaganda politik yang negatif. Ini dapat dilihat daripada video Tahun Baru Cina oleh Ahli Parlimen DAP Teresa Kok dan salam Hari Raya Ahli Parlimen DAP Nga Kor Ming di mana bendera Amerika telah digunakan.

DS Liow berkata Lim adalah Ketua Menteri Pulau Pinang yang pertama yang mempunyai hubungan renggang dengan media Cina yang membantu beliau dalam pilihan raya umum lepas, sehinggakan beliau sanggup mengeluarkan kenyataan mengapa berita beliau sebagai Ketua Menteri tidak mendapat perhatian di dalam akhbar Cina.

Lim juga menurut DS Liow terkenal dengan tingkah laku yang tidak toleran dan ketidakupayaan untuk menerima kritikan di Pulau Pinang. Beliau pernah menyaman aktivis di Pulau Pinang tetapi kalah.



Beliau pernah disaman kerana mengeluarkan perkataan nenek kepada Ketua Pembangkang Pulau Pinang. Akibatnya, mahkamah telah memutuskan bahawa Lim harus membayar RM500,000 kepada Datuk Jahara Hamid.



DS Liow juga berkata, DAP tidak mempunyai pilihan raya langsung yang demokratik. Sistem pilihan raya DAP hanya merupakan ahli memilih sekumpulan pemimpin ke dalam Jawatankuasa Pusat Eksekutif (CEC), yang kemudiannya membuat keputusan mengenai pelbagai jawatan. 

Oleh itu, Lim tidak layak bercakap mengenai demokrasi. Di dalam DAP, seorang ahli boleh mendapatkan undi tertinggi di dalam CEC, tetapi ahli berkenaan tidak akan menjadi Setiausaha Agung DAP. Jika dibandingkan dengan parti MCA, di bawah sistem pengundian baru MCA, 33,000 perwakilan akan memilih presiden parti "dan tidak 20 ahli CEC" seperti yang diamalkan oleh DAP.

0 comments:

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates