December 24, 2016

2 Lesen Pengendali Goldstar Express Digantung Serta Merta Oleh SPAD



Lesen pengendali syarikat bas ekspres, Goldstar Express (M) Sdn Bhd, telah digantung serta merta oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berkuatkuasa hari ini. Ini bagi membolehkan pihak berkaitan menjalankan siasatan di dalam kes kemalangan bas ekspres Alison Golden Coach yang berlaku pada jam 3.45 pagi di KM 137.4 Lebuh Raya Utara Selatan yang telah mengakibatkan kehilangan nyawa dan kecederaan parah penumpang.

Dalam kejadian pukul 3.59 pagi itu, bas ekspres yang membawa mereka dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas kira-kira 20 kaki ke kawasan curam. 14 maut manakala 16 lagi cedera dalam kemalangan yang berlaku berdekatan Kampong Jayo, Muar, yang turut mengorbankan pemandu dan seorang kanak-kanak.

SPAD turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat serta memberikan jaminan bahawa siasatan menyeluruh akan dijalankan ke atas tragedi tersebut. Siasatan berkenaan akan diketuai oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros), manakala SPAD akan menyiasat perlanggaran syarat-syarat Kod Amalan Keselamatan Industri (SPAD ICOP). Kenyataan media penuh SPAD boleh dibaca di bawah:


2 comments:

Anonymous said...

Dulu ade bas jatuh gaung masa turun dari genting.
Ada menteri cakap nk siasat smp lubang cacing.
Xtau apa perkembangan dari kes itu ada bas lain plk masuk gaung.

Mungkin lubang cacing belum ditemui mnyebabkan lg banyak bas akan masuk gaung

jamil said...

Biasa laa, cakap orang politik.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates