December 15, 2016

0 90 Saat Sasaran Kekerapan Perkhidmatan Tren Di Lembah Klang


Pengguna perkhidmatan tren seperti komuter, monorail, LRT dan yang terbaru MRT pastinya teruja apabila Menteri Pengangkutan DS Liow Tiong Lai melahirkan harapan agar kekerapan perkhidmatan tren di Lembah Klang dapat ditingkatkan kepada setiap 90 saat.

DS Liow yang mengambil contoh lawatan kerja ke Moscow, Rusia baru-baru ini, beliau sangat kagum dengan perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) bawah tanah di bandar itu yang mampu menampung 8.5 juta penumpang sehari dengan kekerapan setiap 90 saat.

Berdasarkan langkah penambahbaikan perkhidmatan tren Lembah Klang yang telah dilaksanakan setakat ini, katanya sasaran itu mampu dicapai dengan usaha dan kerjasama semua pihak terlibat. DS Liow berkata kekerapan perkhidmatan KTM Komuter misalnya telah berjaya ditambah daripada setiap sejam kepada setengah jam dan yang terbaru kepada setiap 15 minit.

DS Liow yang juga Presiden MCA berkata melalui pelaksanaan Projek Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT), tempoh menunggu KTM Komuter akan disingkatkan lagi kepada 7.5 minit menjelang 2019 dan akan terus ditingkatkan kepada setiap 3.5 minit. 

Kita mengalu-alukan usaha dan hasrat Menteri Pengangkutan yang berusaha memberi perkhidmatan tambah baik kepada pengguna-pengguna perkhidmatan awam terutamanya perkhidmatan tren. Tidak seperti ahli-ahli politik pembangkang yang lain yang sering membuat kritikan dan tidak memberi nilai tambah.

0 comments:

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates