November 19, 2016

0 Undang-Undang E-Hailing Masih Dalam Peringkat Rundingan Di Antara Pihak SPAD Dan Jabatan Peguam Negara


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) hanya akan melaksanakan dan mengawal selia aplikasi e-hailing apabila pindaan undang-undang dimuktamadkan dan kemudiannya akan dibentangkan kepada kabinet sebelum diluluskan Parlimen. Buat masa sekarang, SPAD sedang mengadakan rundingan dengan Jabatan Peguam Negara dan Kementerian Pengangkutan untuk meminda undang-undang bagi mengawal selia aplikasi e-hailing berkenaan.

Pihak suruhanjaya telah dinasihatkan bahawa kelulusan kabinet oleh Parlimen dianggarkan tercapai pada suku pertama 2017. Aplikasi e-hailing menjadi pilihan pengguna pengangkutan awam di negara ini kerana ia lebih mudah ditempah, kadar tambang lebih murah dan penumpang dapat menganggar kadar tambang sebelum memulakan perjalanan.

Dalam melaksanakan Program Transformasi Industri Teksi, SPAD menjelaskan pihaknya telah menjalankan langkah-langkah segera bagi inisiatif yang tidak memerlukan pindaan undang-undang oleh Parlimen, seperti liberalisasi permit teksi kepada pemandu teksi individu di bawah sistem model pajak.

Sejak 1 September lalu, sebanyak 1,600 permohonan telah diterima. Inisiatif e-hailing ini terus mendapat sambutan baik pemandu teksi kerana ia memberikan kebebasan untuk mencapai model perniagaan yang paling sesuai dengan taraf ekonomi yang ingin dicapai pada masa depan.

0 comments:

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates